Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:35 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Undi PAS Mengatasi DAP dan PKR?? Betulke?

Posted: 17 Nov 2016 07:35 AM PST


Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali berkata kemenangan PKR dan DAP pada pilihan raya yang lalu jelas banyak dibantu oleh PAS.


Katanya, undi PAS melebihi separuh daripada kekuatan pembangkang lain ketika mereka bersama Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya umum lepas.

"Semua orang tahu kekuatan PAS, dalam pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini lagi. Ini satu bukti yang jelas," katanya kepada FMT.

Menurutnya, usaha pembangkang mendekati PAS adalah bagi meredakan percakaran yang berlaku berhubung pembahagian kerusi.

"Misalnya Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Mereka nak kerjasama dengan PAS sebab nak bertanding di kerusi yang PAS bertanding," katanya.

Zaid dalam wawancara bersama FMT meluahkan rasa hairannya melihat segelintir pemimpin pembangkang yang menurutnya masih menagih kerjasama daripada PAS, dan berkata ia timbul daripada persepsi parti itu mempunyai pengaruh kuat di kalangan orang Melayu.

Menurut Zaid, pengaruh PAS kini tidak sehebat ketika zaman bekas mursyidul am dan presiden, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Fadzil Noor.

Zaid berkata jika PAS tidak bekerjasama dengan pembangkang lain, parti Islam itu bakal hilang semua kerusi di Selangor dan Kelantan pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, Khairuddin berkata bukan PAS yang akan kehilangan kerusi, tetapi DAP dan PKR yang akan kehilangan banyak kerusi pada PRU akan datang.

"Ini kerana kemenangan mereka disokong oleh PAS. Undi PAS mewakili separuh undi Melayu. Undi Melayu dalam PAS dan Umno sahaja. Itu telah dibuktikan dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

"Tidak ada orang boleh cakap atas angin, kena rujuk PRK dulu. Nak gunakan Amanah, ada pengaruh ke? Biar mereka di awang-awangan, biar Zaid di awang-awangan," katanya merujuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar Jun lalu.

Itu apa yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today..

Betulke apa yang Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS tu kata? setahu akulah biasanya data-data dari PRK tak banyak pihak yang ambil sebagai panduan analisa pilihanraya..

Dalam PRU13 yang lalu, parti utama yang bertanding ialah BN,DAP, PKR dan PAS.

Jumlah pengundi berdaftar yang layak mengundi dalam PRU-13 ialah 13,268,002, tapi  yang turun mengundi hanyalah 11,257,147 atau 84%.

Berdasarkan kiraan Sinar Harian, jumlah keseluruhan undi yang diterima bagi kerusi Parlimen, BN mendapat undi sebanyak 5,307,538, manakala PR 5,636,605 dan bagi kerusi Dun pula BN memperoleh undi sebanyak 4,731,794 dan PR 4,978,019.

Jumlah ini dikira berdasarkan undi menang dan undi kalah yang diperolehi bagi setiap negeri, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Manakala Lidah Rasmi UMNO pula mengeluarkan angka pecahan mengikut parti yang bertanding, seperti berikut..

1. BN (UMNO+MCA+MIC+GERAKAN dan lain-lain lagi memperolehi undi sebanyak 46.53% atau 5,237,699.

2. PKR kedua dengan 20.03% atau 2,254,328;

3. DAP tempat ketiga dengan 15.42% atau 1,736,267;

4. Pas tempat keempat dengan 14.51% atau 1,633,389;

5. Parti-parti lain & Bebas di tempat kelima dengan 1.71% atau 192,904;

6. Undi rosak pula adalah sebanyak 1.8% atau 202,560

Jumlah undi yang PAS perolehi adalah dibelakang DAP, jadi bagaimana Khairuddin boleh berkata undi PAS mengatasi PKR dan DAP?


Jamal Janji 'Habuan Besar' Untuk Pengikutnya Jika Dicekup Polis?

Posted: 16 Nov 2016 10:00 PM PST


Hanya tiga hari menjelang demonstrasi jalanan pada 19 November ini, Datuk Seri Jamal Md Yunos menawarkan habuan 'besar' kepada ahli kumpulan Baju Merah yang ditahan polis ketika menyertai perhimpunan itu.


Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia (GNGMM) itu berkata, ganjaran itu bagi menggalakkan lebih ramai rakyat turun padang pada Sabtu ini.

"Ia juga sebagai simbol pengorbanan mereka dan menghargai perjuangan ahli kumpulan Baju Merah," katanya.

Jamal juga mengakui persiapan telah dilakukan dan jentera Baju Merah sudah bersedia untuk berdepan kumpulan Bersih.

"Kami telah menggerakkan jentera di seluruh negara yang terdiri daripada rakyat Malaysia berbilang kaum termasuk anak muda, belia dan profesional," katanya.

Dianggarkan 300,000 penyokong Baju Merah akan hadir bagi menentang dan menyekat pergerakan Bersih 5.

"Kalau nak tahu dimana kami akan berkumpul, tanya kumpulan Bersih dimana mereka berkumpul, kerana gerakan Baju Merah akan berada di setiap lokasi di mana Bersih berada," katanya.

Sebanyak 38 peguam akan ditempatkan di setiap lokasi kumpulan Bersih sebagai langkah berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media Perutusan Khas Menjelang Himpunan Gergasi Merah menentang Bersih 5 di sini, pada Rabu.

Selain itu Jamal turut menyatakan hasratnya untuk bertembung dengan beberapa pemimpin pembangkang lain seperti Lim Guan Eng, Tony Pua, Lim Kit Siang, Muhammad Sabu, Datuk Ambiga Sreenevasan dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya ingin bersalaman dengan Tun Mahathir," katanya.

Beliau juga menghormati nasihat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk tidak meneruskan perhimpunan itu namun tetap dengan pendirian kumpulan itu untuk meneruskan perjuangan lapor mStar


Bukan BERSIH Tapi Pilihanraya Tentukan Nasib Saya - Najib

Posted: 16 Nov 2016 08:03 PM PST


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak akan gentar dengan protes jalanan yang menuntut beliau meletak jawatan, dan hanya peti undi dapat menentukan nasibnya.


Merujuk kepada demonstrasi yang dirancang oleh Bersih di Kuala Lumpur pada Sabtu, perdana menteri berkata, kehendak rakyat akan diputuskan apabila pilihan raya umum diadakan. 

Sebarang percubaan lain untuk menggulingkan kerajaan sebelum pilihan raya adalah tidak mengikut perlembagaan, tegas beliau.

Najib menggesa kedaulatan undang-undang diguna pakai, menyatakan bahawa demonstrasi jalanan hanya akan membawa kepada huru-hara di negara ini.

"Kita telah melihat perkara ini berlaku di banyak negara. Walaupun Arab Spring dikatakan sebagai era perubahan, tetapi ia sebaliknya menyebabkan kesengsaraan kepada rakyat di negara berkenaan.

"Oleh itu, masa terbaik untuk membuat keputusan adalah apabila tiba masanya, '' katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan mengenai lawatan beliau ke Jepun.

Arab Spring adalah satu siri protes anti-kerajaan, kebangkitan dan pemberontakan bersenjata yang tersebar di Timur Tengah pada awal tahun 2011.

Najib ditanya mengenai pandangan beliau berhubung ketegangan yang semakin meningkat antara kumpulan Bersih dan kumpulan Baju Merah.

Kebimbangan semakin meningkat apabila penyokong Bersih dan kumpulan pro-kerajaan, Baju Merah berkemungkinan besar bertembung pada perhimpunan itu, dengan polis memberi amaran tindakan tegas terhadap mereka yang melakukan kekecohan.

Mengenai penglibatan kumpulan Baju Merah untuk menentang Bersih, Najib berkata:

"Jika satu ada pihak mahu memprotes, pihak yang mahu mempertahankan kerajaan berasa terpanggil untuk keluar."

Tetapi Najib berkata beliau tidak mahukan sebarang pertembungan fizikal antara dua kumpulan tersebut.

"Mereka perlu bertindak mengikut undang-undang dan mematuhi apa sahaja arahan polis.

"Jelas sekali, saya tidak boleh menjamin apa-apa. Keputusan saya adalah seseorang itu perlu sentiasa menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak menimbulkan kekacauan dan huru-hara.

"Ia (demonstrasi jalanan) bukan sesuatu yang baik untuk kita dan itu bukan budaya yang diterima di negara kita, '' katanya lapor mStar


Comments (0)