Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:34 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Hidung Jamal Berdarah Ditumbuk? Padan Muka Kata Wanita MCA

Posted: 15 Nov 2016 10:00 PM PST


Wanita MCA menyelar tindakan ketua kumpulan baju merah Datuk Sri Jamal Md Yunos yang sering bertindak ganas dan mengeluarkan kenyataan berbentuk ancaman khususnya kepada wanita.


Pengerusinya Datuk Heng Seai Kie berkata, walaupun Jamal salah seorang pemimpin Umno namun beliau telah melanggar semangat BN dan semangat 1Malaysia yang mendukung keamanan , keharmonian dan perpaduan dalam negara.

Beliau menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak tegas ke atas Jamal dan kumpulannya dan tidak boleh memandang ringan kenyataan Jamal yang berbaur ugutan.

Ia merujuk kepada laporan polis yang dibuat Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin kerana tindakan Jamal yang kerap mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada beberapa pimpinan Bersih 5.

"Walaupun Wanita MCA tidak pernah bersetuju dengan mana-mana demonstrasi jalanan terutamanya Bersih 5.0 yang jelas melanggar objektif asal dan kini bertindak lebih pro pembangkang untuk mewujudkan huru-hara, namun kita bimbang dengan dakwaan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin bahawa Jamal Yunos sekali lagi mengancam untuk 'mencincang" petugas partinya.

"Kami mahu pihak polis mengambil tundakan yang lebih tegas terhadap kumpulan kumpulan baju merah dan Jamal," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau bagaimana pun berasa lucu apabila Jamal yang selalu mahukan 'pertumpahan darah' ditumbuk dan kini menuntut keadilan ke atas dirinya.

"Lucu apabila seseorang seperti Jamal yang selalu menyeru kepada pertumpahan darah ditumbuk di hidung dan mahukan keadilan untuk dirinya sedangkan sebelm ini dia dan kumpulannya sering mengeluarkan ancaman.

"Apa yang dia lakukan kepada orang lain, akan kembali kepada dirinya. Tidak salah kalau dia mendapat penumbuk," katanya lapor MalaysiaDateline


ECRL: Kejatuhan Ringgit Sebab Nilai Projek Meningkat?.. Jangan Nak Perbodoh Rakyatlah..

Posted: 15 Nov 2016 07:48 PM PST


Semalam Malaysiakini melaporkan.. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata peningkatan RM26 bilion bagi Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) daripada RM29 bilion kepada RM55 bilion adalah sebahagiannya disebabkan oleh kejatuhan ringgit.


Lapor Malaysiakini lagi.. Liow berkata perangkaan yang dipetik dalam kajian kebolehlaksanaan projek itu berdasarkan kadar pertukaran 2009-2010.

"Ketika itu dolar hanya pada RM3.2, sekarang RM4.2 dan meningkat kepada RM4.5," kata Liow ketika menerangkan peningkatan kos bahan-bahan pembinaan.

Kajian kajian kebolehlaksanaan projek ECRL itu dilakukan oleh HSS Integrated. Syarikat itu diberi tugas membuat kajian pada tahun 2009, dan ini diselesaikan pada Disember 2015.

Kata Menteri yang dilantik atas ehsan Najib tu.. kadar pertukaran yang dipakai ialah kadar pertukaran tahun 2009-2010.

Pada masa itu setiap 1 dollar bersamaan dengan RM3.2.. jadi nilai projek itu ialah RM29,000,000,000.00

Sekarang nilai projek dah meningkat jadi RM55,000,000,000.00 sebab nilai ringgit dah jatuh menjadi RM4.2 hingga RM4.5 bagi setiap satu Dollar..

Pada masa USD1 = RM3.2 nilai projek itu adalah bersamaan dengan USD9,062,500,000.00

Jadi bila nilai ringgit jatuh menjadi USD1 = RM4.2 nilai projek itu akan meningkat menjadi RM38,062,500,000.00

Awat tak dapatpun RM55 Billion?.. kalkulator aku rosak ka?.. atau aku kira salah.. cuba hangpa pakat kira sat..

Selain itu persoalan lain yang berbangkit ialah awat firma perunding tu bodoh sangat?.. Kenapa dia guna nilai ringgit pada tahun 2009 sedangkan kajian dia selesai pada tahun 2015?

Kenapa dia tak gunakan nilai ringgit pada tahun 2015?? Depa tak nampak ka nilai ringgit sedang menjunam di bawah pentadbiran Najib ni?

Laporan berkaitan..

PETALING JAYA: Tony Pua hari ini mempersoalkan menteri pengangkutan jika perunding HSS Integrated Sdn Bhd begitu bodoh menggunakan kadar pertukaran mata wang pada 2009 hingga 2010 untuk mengira kos Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), sedangkan kajian projek itu hanya dimuktamadkan tahun lalu. 
Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Dewan Rakyat semalam yang kos pembinaan ECRL meningkat daripada RM29 bilion kepada RM55 bilion disebabkan penurunan nilai ringgit. 
Katanya, pengiraan itu dibuat mengikut kadar pertukaran ringgit pada 2009 hingga 2010, iaitu RM3.20 kepada 1 dolar Amerika, berbanding kadar sekarang RM4.20 atau sudah naik kepada RM4.50." 
Pua berkata, tindakan Liow itu menunjukkan beliau terdesak menjawab soalan semata-mata untuk mewajarkan kenaikan kos daripada RM29 bilion kepada RM55 bilion yang seterusnya menimbulkan lebih banyak soalan berbanding jawapan. 
"Adakah menteri pengangkutan memberitahu kita perunding-perunding HSS yang menyiapkan banyak projek infrastruktur mega di negara ini begitu bodoh menggunakan kadar pertukaran mata wang pada 2009-2010 untuk mengira kos projek itu, walaupun mereka hanya memuktamadkan laporan berkenaan pada Disember 2015 apabila kadar pertukaran sudah mencecah RM4 kepada dolar ketika itu?" 
Pua berkata, kajian kebolehlaksanaan HSS itu menelan belanja RM8.7 juta dan mengambil masa 6 tahun untuk disiapkan, mulai Disember 2009 hingga Disember 2015, sebelum memuktamadkan kos ECRL berjumlah RM29 bilion. 
"Disebabkan kajian lengkap HSS perlu mengambil 6 tahun untuk disiapkan dan hanya dimuktamadkan pada Disember 2015, bagaimana kerajaan tiba-tiba memutuskan hendak mengubah jajaran dalam masa 6 bulan atau lebih? Adakah perunding kejuruteraan baharu dilantik untuk menjalankan satu kajian baharu yang boleh disiapkan dalam tempoh itu?" 
Pengerusi DAP Selangor itu turut mempersoalkan kenapa kerajaan memilih laluan terowong sepanjang 50km merentasi Banjaran Titiwangsa, sedangkan HSS mencadangkan laluan 30km yang lebih pendek. Beliau berkata, jika benar Liow dan kerajaan telus serta bertanggungjawab, mereka perlu mengumumkan 2 kajian dijalankan HSS, termasuk kajian kebolehlaksanaan. 
Katanya, melalui cara itu, pengkritik daripada pembangkang terpaksa mendiamkan diri dengan segera. 
"Jika tidak, menteri pengangkutan yang juga presiden MCA itu tiada hak menuduh kami cuba 'meraih kepentingan politik', apabila apa yang kita jelas mahu ialah memastikan ia bukan satu lagi projek di mana berpuluh-puluh bilion ringgit digelapkan oleh mereka yang berkuasa. 
"Sebaliknya, ia menampakkan Liow yang bermain politik untuk menutup satu lagi skandal mega berbilion ringgit," katanya lapor FMT

Cadangan aku kan.. letakkan bawah OSA sajalah hasil dari dua kajian tu..


Comments (1)

Assalamualaikum.wr.wb. perkenalkan nama saya Ibu Anita Tki Malaysia, saat menulis ini saya teringat memory masa lalu.saya sangat tergugah hati melihat coretan hati yang Ibu tulis. saya jadi teringat tentang masa-masa sulit dulu,karena iktiar dan usaha , seolah2 menjadi dendam bukan lagi motivasi, cuma satu tujuan saya pada saat bagaiman caranya untuk bangkit..singkat kata berbagai macam iktiar dan cara yang saya lalui, mengingat pada saat itu hutang saya 1,2m yang tidak sedikit, belum lagi bunga renternir yang bertambah. karena usaha, kesungguhan hati, akhirnya menemukan jalan /solusi . saya percaya ALLAH ITU TIDAK DIAM MAHA PENYAYANG , cobaan itu bukan lah ujian tapi hadiah yang tersilmut untuk kebahagiaan yang sebenar2nya. Sudah banyak para normal yg kami mintai angka togel dan uang gaib cuma Ki Witjaksno yg berhasil alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus. jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi Ki Witjaksno:+62852_2223_1459. ingat kesempatan tidak akan datang untuk yang kedua kalinya
KLIK-> PESUGIHAN TOGEL