Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:34 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Cikgu Sertai BERSIH Akan Dikenakan Tindakan..

Posted: 15 Nov 2016 02:58 AM PST


Guru yang didapati menyertai perhimpunan Bersih yang dijadual berlangsung Sabtu ini akan berhadapan tindakan disiplin, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.


>Beliau berkata tindakan tatatertib yang akan dikenakan termasuk digantung tugas.

"Selain guru, sekiranya ada pegawai dan kakitangan kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri serta Pejabat Pendidikan Daerah yang didapati menyertai perhimpunan, juga akan dikenakan tindakan yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Kepimpinan Bett Asia 2016 yang akan berlangsung selama 2 hari di sini, mulai hari ini.

Dalam pada itu, Mahdzir turut mengingatkan supaya tidak melibatkan pelajar untuk menyertai perhimpunan itu.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa wujud sindiket menjual soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016, beliau berkata kementerian menyerahkan perkara itu kepada polis untuk melakukan siasatan.

Laporan penuh silalah baca di SINI

Mari Kita Lihat Siapa Tumbuk Jamal Yang Sebenarnya..

Posted: 14 Nov 2016 08:49 PM PST


Darah meleleh dari hidung pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas kumpulannya cuba mendekati penyokong PKR di pusat beli-belah Ampang Point di Kuala Lumpur semalam.


Berlaku pergelutan selepas beliau disekat oleh polis.

Dalam keadaan tegang itu, beliau kedengaran menjerit "polis tumbuk saya" berkali-kali. Selepas itu, beliau memberitahu pemberita bahawa diserang oleh "budak" anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin, walaupun laporan polisnya hanya menyebut seseorang yang memakai kemeja T BERSIH.

Lebih mengelirukan, Jamal hari ini berkata kata-katanya semalam bermaksud beliau meminta laluan untuk mengejar pihak yang telah menumbuknya dari arah belakang.

Bagaimanapun, semakan terhadap rakaman KiniTV, menunjukkan bagaimana pertembungan fizikal berlaku di muka Jamal ketika pergelutan semalam.

Kesannya juga dilihat agak kuat sehingga kaca matanya terangkat selepas kejadian.

Pembaca boleh melayani video di bawah ini untuk menilai sendiri keadaan sebenar...

Laporan dari Malaysiakini

Comments (0)