Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:03 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Kenyataan Media Rafizi Selepas Dijatuhkan Hukuman..

Posted: 14 Nov 2016 08:30 AM PST



Saya berterima kasih kepada pasukan peguam saya yang diketuai Saudara Gobind, Saudara Saiful Izham, Saudara Ahmad Nizam dan dibantu oleh kumpulan peguam-peguam muda Saudara Haijan, Saudara Adi, Saudara Nik Zarith, Saudari Joanne, Saudara Falihin dan Saudara Ashraf.

Bersama-sama satu lagi pasukan peguam iaitu Saudara Ranjit Singh, Saudara Razlan Hadri, Saudari Siau San dan Saudari Michele, serta satu lagi pasukan peguam iaitu Saudara William Leong dan Saudara Halim, ketiga-tiga pasukan peguam ini menangani kesemua 12 kes yang saya hadapi dalam saya menjalankan tugas saya sebagai seorang wakil rakyat.

Mereka tidak pernah mengenakan satu sen pun yuran guaman sejak tahun 2012 mereka menangani kes-kes saya.

Saya tidak boleh menjadi lantang jika tidak kerana peguam-peguam ini yang sewajarnya diberikan pengiktirafan oleh masyarakat. Keputusan pada hari ini telah saya jangka. Hukuman penjara 3 tahun bagi kedua-dua kes juga telah saya jangka.


Saya yakin atas penghujahan undang-undang yang kukuh oleh pasukan guaman, rayuan saya ke Mahkamah Tinggi ada peluang baik untuk menang. Saya telah meminta supaya Saudara Gobind, Saudara Saiful Izham dan Saudara Ahmad Nizam bersama-sama peguam muda untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi secepat mungkin.

Pun begitu, saya bukan orang baru dalam sepak terajang politik negara. Saya tahu saya perlu realistik bahawa besar kemungkinan saya akan dipenjarakan dan ia boleh berlaku dalam masa beberapa bulan sahaja dari sekarang.

Saya telah susun seadanya segala perancangan agar isteri, anak dan ibu bapa kami dapat menjalankan kehidupan sebaik mungkin walaupun saya tiada buat sementara waktu.

Saya menghargai rasa prihatin yang dicurahkan, namun saya juga memohon supaya ruang peribadi kami bertiga (saya, isteri dan anak) dihormati dalam beberapa bulan akan datang supaya kami boleh menjalani kehidupan seperti sebuah keluarga biasa.

Setiap kali saya berdoa kepada Allah SWT, saya tidak pernah memohon agar dibebaskan atau tidak dipenjarakan. Saya memohon supaya Allah SWT melapangkan dada saya supaya redha dengan apa-apa keputusan hari ini dan yang akan datang kerana semuanya telah ditetapkan olehNya.

Saya tenang tanpa rasa marah, takut atau pun sedih kerana saya yakin saya telah menjalankan amanah saya sebagai seorang rakyat biasa, seorang pemimpin parti pembangkang dan seorang wakil rakyat. Setiap kali saya berdepan dengan keputusan, saya tidak pernah menghadapi dilema untuk membuat keputusan kerana hukumnya kebajikan dan kesusahan rakyat mengatasi kepentingan peribadi kita sebagai ahli politik.

Oleh itu, keputusan saya sebagai seorang wakil rakyat atau ahli politik kadang-kadang mengundang rasa marah atau rasa terancam di kalangan pemimpin lain baik di dalam Barisan Nasional atau parti saya sendiri. Ingatan kepada diri saya setiap pagi saya ke pejabat ialah setiap tindakan dan amal kita disukat setiap saat bukannya oleh ahli-ahli politik yang nampak berkuasa, tetapi oleh malaikat yang tidak akan lalai walau sezarah pun.

Maka janganlah terlalu takut atau bimbang dengan pandangan sang berkuasa, atau terlalu berkira-kira dalam keputusan kita sebagai seorang pemimpin, kerana berkira-kira kerana takut atau bimbangkan pertimbangan politik dalam keadaan kita berdepan dengan isu yang jelas yang benar dan jelas yang salahnya; itu pun akan turut dicatat untuk dihisab.

Oleh sebab itu, keputusan pemenjaraan yang memang telah dijangka pada hari ini sedikit pun tidak akan mengubah apa-apa. Saya akan terus lantang seperti sebelum ini di dalam dan di luar parti.

Saya akan teruskan dengan pembongkaran dan menyemak setiap satu sen yang dibelanjakan oleh pentadbiran Dato' Seri Najib Tun Razak selagi dalam kemampuan saya. Esok, saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan iaitu YB Tony Pua, YB Wong Chen, YB Dr Hatta dan YB Ong Kian Ming akan terus mendedahkan kepincangan projek keretapi pantai timur (ECRL) yang kini dilaksanakan Dato' Seri Najib.

Saya juga akan menjawab isu-isu berkenaan Tabung Haji dan membentangkan beberapa analisa baru kedudukan kewangannya. Selain Tabung Haji, fokus saya masih lagi kepada isu pendidikan tinggi dan kelangsungan PTPTN, kedudukan tabung pencen negara, perbezaan imbuhan gaji yang terlalu ketara di antara kakitangan kerajaan berpangkat rendah dan tinggi, mendesak dihapuskan GST dan sebagainya.

Mulai esok, saya akan mula turun berceramah bersama-sama pimpinan dan aktivis yang mahukan Dato' Seri Najib meletak jawatan. Ceramah pertama yang bertemakan #LawanTetapLawan akan bermula di Pandan iaitu di Dewan Kampung Cheras Baru.

Hari Rabu, saya akan ke Pengkalan Tentera Laut (TLDM) Lumut untuk berjumpa dengan pesara-pesara tentera laut yang mula-mula sekali membawa ke pengetahuan saya kelewatan pembayaran pampasan persaraan. Malam itu, saya akan berceramah di Lumut bersama-sama pimpinan Pakatan Harapan yang lain.

Mulai minggu ini, saya akan jelajah ke setiap negeri dengan menumpukan di kerusi-kerusi marginal (BN menang tipis) supaya saya telah berkempen di kesemua negeri dan kerusi marginal menjelang akhir Januari. Di setiap negeri, di sebelah siangnya saya akan tumpukan untuk merekrut sukarelawan dan melatih mereka, di sebelah malamnya saya akan gempur kerusi-kerusi marginal dengan isu-isu pembongkaran terbaru melalui ceramah-ceramah #LawanTetapLawan

Saya telah lama bersedia dengan keadaan ini dan telah persiapkan semua yang diperlukan untuk melawan pentadbiran Dato' Seri Najib.

Bagi mereka yang merasakan saya bodoh kerana membela golongan pencen askar, pertimbangan saya bukanlah sokongan politik atau kedudukan. Orang yang paling tiada suaralah yang perlu kita bela.

Bagi mereka yang marah atau simpati, jangan hanya marah di Facebook atau Twitter. Zahirkan rasa mual anda terhadap Dato' Seri Najib itu dengan menjadi sukarelawan INVOKE yang saya latih sendiri dan sertai ribuan sukarelawan yang akan memastikab Dato' Seri Najib hilang semua kerusi marginal yang dipegang Umno/BN sekarang.

Layari www.invokemalaysia.org untuk mendaftar menjadi sukarelawan atau menghulurkan bantuan kewangan kepada #ProjekBuangNajib yang saya sedang usahakan.

Dato' Seri Najib mungkin rasa kebal apabila berdepan dengan beberapa Ahli Parlimen seperti saya, tetapi beliau pasti kalah jika berdepan dengan puluhan ribu sukarelawan terlatih dari kalangan rakyat biasa.

Akhir sekali, saya sedar saya mungkin hanya ada beberapa bulan sahaja lagi sebelum direhatkan. Saya berharap Dato' Seri Najib juga sedar beliau pun mungkin hanya ada beberapa bulan sahaja lagi sebagai Perdana Menteri sekiranya kemarahan rakyat itu terus merebak.

#LawanTetapLawan kita jumpa di Pandan dan kawasan-kawasan lain selepas ini.

*Rafizi Ramli*
Ditulis dari kandang tertuduh semasa penghakiman dibacakan

Isnin, 14 November 2016

Rafizi Kekal MP Sehingga Proses Rayuan Selesai

Posted: 14 Nov 2016 07:56 AM PST


Rafizi Ramli yang dijatuhi hukuman penjara 18 bulan atas kesalahan memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih kekal sebagai Anggota Parlimen Pandan.



Kedudukan beliau seterusnya akan diketahui selepas proses rayuan beliau selesai sepenuhnya.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata, walaupun mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atas Naib Presiden PKR itu, beliau berhak membuat rayuan berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 48(4)(b) Perlembagaan Persekutuan.

"Oleh yang demikian kerusi yang disandang oleh beliau tidak akan menjadi kosong dan kedudukan beliau kekal seperti sedia ada sehinggalah proses rayuan di bawah Perlembagaan Persekutuan selesai sepenuhnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hashim berkata, oleh itu adalah tidak wajar bagi SPR membuat ulasan berkaitan keperluan mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi tersebut.

"Tambahan pula dalam kes ini, berdasarkan laporan oleh pihak media bahawa rayuan akan difailkan oleh Mohd Rafizi," tambahnya.

Rafizi hari ini dijatuhi hukuman penjara itu oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur selepas didapati bersalah memiliki dan mendedahkan laporan pengauditan 1MDB pada Mac lepas.

Hakim Zulqarnain Hassan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan bagi setiap satu daripada dua pertuduhan terhadap Mohd Rafizi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak bermula hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan difailkan ke Mahkamah Tinggi, dengan menaikkan jumlah jaminan daripada RM3,000 kepada RM5,000 lapor MalaysiaDateline

Kenaikkan Caj Hospital Adalah Wajar Kata Menteri..

Posted: 14 Nov 2016 01:52 AM PST


Kementerian Kesihatan dijangka menaikkan caj wad dan rawatan di seluruh hospital kerajaan di negara ini sehingga 50 peratus mulai Disember ini. 




Kenaikan tersebut didakwa melibatkan pesakit-pesakit yang dirawat di kelas 1 dan kelas 2. Kenaikan itu juga dikatakan melibatkan semua jenis rawatan untuk warganegara seperti bayaran wad am dan wad bersalin, rawatan pesakit ditahan dalam wad, fisioterapi, radioterapi dan nuklear, nefrologi serta psikiatri.

Namun begitu bagi pesakit warganegara yang memilih untuk dirawat di kelas 3, caj wad dan rawatan kekal dengan kadar lama. 

Berkuat kuasa 1 Disember ini atau selewat-lewatnya awal Januari 2017, semua caj rawatan di hospital kerajaan akan dinaikkan 50 peratus.

Satu sumber di Kementerian Kesihatan memberitahu, antara alasan utama kenaikan tersebut dise­babkan caj rawatan di hospital kerajaan didakwa tidak pernah dinaikkan sejak tahun 1982.

Itu antara petikan laporan dari Kosmo di SINI .. aku ingatkan khabar angin saja maklumlah dalam keadaan ekonomi yang menghimpit dengan berbagai kenaikkan harga barang ni.. takkanlah Kerajaan pimpinan Najib begitu buta perut untuk menaikkan kadar caj Hospital pula..

Rupa-rupanya betul laporan tu.. ni ha.. Mentereri sendiri dah sahkan..

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kenaikan caj rawatan hospital kerajaan sepertimana yang dilaporkan sebuah akhbar tempatan hari ini. 
Menterinya, Datuk Seri Dr S.Subramaniam memberitahu kenaikan tersebut akan mula berkuat kuasa Januari tahun depan, bagaimanapun ketika ini kadarnya masih belum diputuskan lagi. 
Tegas beliau, keputusan itu adalah wajar memandangkan kos operasi hospital yang semakin meningkat. 
Malah, kali terakhir KKM melaksanakan kenaikan caj hospital kerajaan adalah pada 1982, iaitu 34 tahun yang lepas. 
Katanya, kenaikan kali ini hanya melibatkan caj yang dikenakan terhadap pesakit kelas 1 dan kelas 2. 
"Walaupun kita naik sedikit berbanding bayaran dulu, tetapi masih ada subsidi yang besar terhadap pesakit kelas 1 dan kelas 2. 
"Tanggungjawab utama KKM adalah untuk pastikan bahawa kumpulan (masyarakat) miskin dan berpendapatan rendah yang datang ke sistem perkhidmatan awam tidak dikenakan apa-apa bayaran. Kita tidak lari daripada prinsip itu," katanya dalam sidang media mesyuarat 'Post-Cabinet' kementeriannya di sini. 
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar tempatan hari ini yang mendakwa bahawa caj rawatan dan wad hospital kerajaan seluruh negara akan dinaikkan sebanyak 50 peratus. 
Menurut Subramaniam, daripada dua juta pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, hanya kira-kira 32,000 adalah pesakit kelas 1 dan kelas 2. 
Katanya lagi, golongan tersebut adalah kalangan yang mempunyai pilihan dan ada kalanya mendapatkan rawatan di hospital swasta. 
"Sebab itu kami naikkan caj dan potong subsidi. 
"Saya harap hasil daripadanya akan diguna untuk mendapatkan ubat tambahan atau seumpamanya bagi mereka yang memerlukan di kelas 3," jelasnya. 
Ketika ini, kira-kira 75 peratus daripada keseluruhan 31 juta rakyat Malaysia mendapatkan rawatan di hospital kerajaan manakala hanya 25 peratus sahaja memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta. 
Sementara itu, mengulas perkembangan terkini siasatan terhadap kes kebakaran Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, Dr S.Subramaniam menegaskan bahawa pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat konsesi di hospital yang didapati cuai dan tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebaiknya mengikut kontrak yang ditandatangani. 
Beliau memaklumkan, setakat ini KKM telah mengenakan penalti iaitu pemotongan bayaran terhadap lima syarikat konsesi sebanyak RM55 juta dalam tempoh April 2015 hingga Oktober tahun ini. "Jika didapati berlaku jenayah seperti penipuan, kami tidak teragak-agak untuk melaporkannya kepada agensi berkaitan seperti polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
"Malah, sekiranya pegawai KKM yang ditugaskan untuk memantau perkara ini didapati tidak menjalankan tugas dengan baik, tindakan akan diambil mengikut undang-undang di bawah Akta Perkhidmatan Awam," tegasnya. 
Kata Dr S.Subramaniam, langkah-langkah ini diambil supaya rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang besar terhadap perkhidmatan di hospital kerajaan lapor AstroAwani 

Memang buta perut rupanya.. dalam keadaan ekonomi sedang menekan rakyat terus ditekan... kutip GST tu untuk apa?


Jawapan Dari AMK Ampang Buat Jamal Yang Dakwa Ketuanya Kaya Kerana Jawatan Dalam PKR.

Posted: 14 Nov 2016 12:01 AM PST


Entah dari mana dia kutip cerita tak tahulah.. Jamal dakwa seorang pemimpin 28 tahun dari AMK memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR..




Dia kata "Terbongkar sebuah kisah bagaimana seorang yang berumur 28 tahun memegang jawatan daripada PKR tak sampai sepenggal memiliki kekayaan yang sangat luar biasa… rumah banglo, kereta berbelas biji, kereta berjuta-juta (ringgit),"

Jadi esok pukul 12.00 tengahari diapun jemputlah wartawan untuk naik Heli kawan dia punya untuk meninjau kekayaan mamat tu..

Ok.. ni jawapan dari AMK Ampang tu buat Jamal..

KENYATAAN MEDIA ANGKATAN MUDA KEADILAN AMPANG

Angkatan Muda Keadilan Ampang mengecam tindakan biadap Kumpulan Berbaju Merah yang diketuai oleh Jamal serta Ismail Kijo dan pemimpin Umno Bahagian Ampang , yang menyerang rumah Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang dengan kehadiran lebih 100 orang berhimpun , mengambil gambar , rakaman video serta melemparkan tuduhan jahat melalui media kepada Dato Ketua AMK Ampang , Dato Seri Menteri Besar dan YB Ahli Parlimen Ampang .

Angkatan Muda Keadilan Ampang akan mengambil tindakan tegas , gagah dan berani untuk membawa perkara ini ke muka pengadilan . Angkatan Muda Keadilan Ampang akan membuat laporan polis terhadap tindakan jahat serta fitnah jahat ini , Pimpinan Keadilan telah diberikan penerangan panjang serta padat mengenai sumber harta sebenar milik Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang .

Angkatan Muda Keadilan Ampang ingin tegaskan bahawa Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang tidak menjawat mana-mana jawatan lantikan politik dalam semua sektor dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor , sangat tidak wajar mengaitkan Kerajaan Selangor dalam isu ini . Keadilan terus komited melahirkan pemimpin yang bersih dan komited menjaga kepimpinan parti ini agar terus membawa agenda reformasi dalam pentadbiran .

Jesteru , Angkatan Muda Keadilan Ampang mencabar kejantanan Jamal dan Ismail Kijo untuk membuat laporan polis dan laporan ke SPRM serta memberikan segala bukti tuduhan jahat mereka segera dalam tempoh 24 Jam . 
Kami komited untuk mempertahankan kebenaran dan hak sebagai rakyat untuk memiliki kekayaan tanpa melibatkan dana politik . Keadilan bukan parti seperti umno yang memeras rakyat dan mengumpul kekayaan dalam berpolitik . 
Keadilan tekad untuk terus memastikan rezab Selangor terus bertambah dari tahun ke tahun dan kini selangor punyai rezab melebihi 4 bilion ringgit , ini menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor terbukti bersih dan menjaga amanah rakyat dengan baik .
Terima Kasih .

Muhd Harris Idaham Rashid
Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang
Biro Guaman Angkatan Muda Keadilan Ampang .

Ayat ni best.. "Keadilan bukan parti seperti umno yang memeras rakyat dan mengumpul kekayaan dalam berpolitik ".. ha..ha..ha..

Ahli Parlimen Ampang turut menafikan dakwaan oleh Jamal Jamban itu menurut laporan dari BNBBC..

Bukan sahaja banglo RM7 juta malah Ketua AMK PKR, Datuk Adam Rosly turut memiliki beberapa rumah lain.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menegaskan, kekayaan Adam sehingga memilik beberapa buah rumah adalah kerana bapanya seorang ahli perniagaan.

Menurut Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR, kekayaan Adam tiada kaitan dengan beliau.

Beliau turut menafikan dakwaan kononnya Adam pernah tinggal di kawasan setinggan.

"Itu bohong, dia tak pernah tinggal setinggan, Adam ada beberapa buah rumah, kebetulan dia juga adalah Pengerusi Penduduk Pangsapuri Industri, dia juga jadi pengerusi surau di situ, jadi dia ada satu unit (rumah) di situ yang didudukinya bersama dengan nenek.

"Jadi dia baharu kahwin (selepas itu), dia pindah ke rumah baru ini, secara peribadi (kekayaan) dia dibantu oleh bapanya," katanya.

Zuraida diminta mengulas kekayaan Adam memilik banglo RM7 juta yang viral di media sosial semalam sedangkan bapanya dikatakan hanya tinggal di rumah setinggan.

"Setahu saya Adam memang anak seorang ahli perniagaan. Di dalam parti pun, saya tak ada buat lantikan sebagai ahli majlis atau ketua kampung untuk dia, saya percaya dia adalah telus dengan kekayaan dia dan harta yang dia ada," ujar beliau.

Tegasnya, tiada mana-mana individu termasuk Adam naik kerana beliau sebaliknya kekayaan mereka adalah berdasarkan keupayaan masing-masing.

"Itu memang bohonglah, tak ada sesiapa yang naik kerana saya, semua atas dasar keupayaan sendiri," katanya bagi menjawab segala tuduhan tersebut.

Dalam pada itu, Zuraida turut memaklumkan bahawa laporan polis akan dibuat di IPD Ampang bersama Adam, esok berhubung gangguan yang dibuat oleh ketua kumpulan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos di hadapan rumah Adam, semalam.

Menurut Zuraida, mereka turut akan mengemukakan saman kepada Jamal berhubung isu tersebut. -BNBBC

Jamal Macam Kartun Pinocchio Kata Zuraida?

Posted: 13 Nov 2016 09:35 PM PST


Tidak ada pihak yang akan terpengaruh setiap dakwaan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos berkaitan kecederaan hidungnya.


Sebaliknya dakwa Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Jamal hanya mengundang kecederaan ke atas dirinya sendiri.

"Jamal ini sama seperti watak dalam Pinocchio, cerita dongeng mengisahkan anak patung yang memiliki hidung ajaib yang memanjang setiap kali ia berbohong.

"Hidung Jamal bertambah panjang setiap kali dia terlanggar sesuatu dan berdarah. Padan mukanya. Pembuli dan pembohong itu layak menerimanya," tempelak Zuraida seperti yang dipetik menerusi kenyataan hari ini.

Difahamkan, Ketua Wanita PKR itu bersama penyokong berada di pusat beli belah Ampang Point petang semalam untuk mengedarkan risalah Bersih 5 sebelum bertembung dengan kumpulan Jamal. 

Jamal kemudiannya mendapat kecederaan di bahagian hidung ketika pergelutan terjadi antara pihak polis dan penyokong Bersih.

Jamal kemudiannya mendakwa beliau ditumbuk penyokong Bersih ketika pertembungan berlaku itu. 

Zuraida bagaimanapun tidak bimbang dengan laporan polis yang dibuat Jamal kerana yakin pemimpin Umno itu akan didakwa dengan laporan polis palsu.

"Bukti terpampang untuk semua menilainya," katanya lagi.


Rafizi Didapati Bersalah Langgar OSA, Penjara 18 Bulan, Hukuman Ditangguh

Posted: 13 Nov 2016 08:14 PM PST


Setiausaha Agung PKR yang juga Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli didapati bersalah melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA) hari ini dan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan ke atasnya.


Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Zulqarnain Hassan memutuskan Rafizi gagal membangkitkan keraguan munasabah atas dakwaan yang dikenakan ke atasnya.

Berdasarkan kertas pertuduhan Rafizi didakwa memiliki secara salah halaman 98 laporan Ketua Audit Negara berkaitan 1MDB.

Justeru beliau didakwa melanggar Seksyen 8(1)(c)(iii) OSA 1972.

Rafizi juga dituduh mengedarkan dokumen sulit tanpa kebenaran di lobi parlimen pada 28 Mac dan ia didakwa melanggar Seksyen 8(1)(e)(iv) akta yang sama.

Setiap satu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan kesalahan.

Rafizi diwakili peguam Gobind Singh manakala Shukor Abu Bakar bertindak sebagai timbalan pendakwa raya.

Ketika sepatutnya membela diri pada 6 Oktober lalu Rafizi berkata beliau tidak dapat berbuat demikian kerana keseluruhan halaman 98 laporan mengenai 1MDB itu tidak pernah dikemukakan dalam mahkamah lapor Malaysiakini


Dalam Nak Tolak RUU Hadi, MCA Akui PAS Kuat Kerana DAP..

Posted: 13 Nov 2016 04:00 PM PST


Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata parti itu akan menolak rang undang-undang persendirian dibawa presiden PAS yang mahu meningkatkan tahap hukuman mahkamah syariah.


Kenyataan Liow itu dibuat ketika mesyuarat agung tahunan ke-63 MCA di Kuala Lumpur.

Lebih menarik ikrar itu dibuat di depan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang masih berteka-teki mengenai pendirian mereka terhadap rang undang-undang berkenaan.

Kata Liow cadangan dibawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bercanggah dengan dasar penubuhan Malaya yang perlembagaannya disokong MCA.

"Kita mesti hormat dan mematuhi sistem sedia ada. Kita akan menentang keras, sebulat suara dan tanpa soal, sebab (hudud) bercanggah dengan perlembagaan persekutuan," katanya.

Beliau yang juga menteri pengangkutan berkata komuniti Cina di negara ini sangat bimbang dengan cubaan PAS melaksanakan hukum hudud yang didakwanya akan menyebabkan sistem perundangan terbahagi kepada dua.

Bagaimanapun dalam ucapannya selepas itu Najib tidak menyentuh langsung tentang rang undang-undang Abdul Hadi untuk meminda Akta 355 atau bantahan MCA itu.

Rang undang-undang itu didakwa PAS untuk memperkasa mahkamah syariah, dan dibawa ke Dewan Rakyat selepas diluluskan sebulat suara oleh DUN Kelantan tahun lalu.

Ironinya langkah itu dibantu oleh sebuah jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan dengan kerjasama Putrajaya dan kerajaan negeri.

Rang undang-undang itu - jika diluluskan - bakal membatalkan kekangan pusat untuk pelaksanaan hukum hudud di peringkat negeri.

Liow juga berkata PAS memperoleh kedudukan, kuasa dan pengaruh dengan bantuan daripada DAP.

Katanya PAS tidak pernah memenangi sebarang kerusi DUN di Selangor sepanjang tempoh 1978 hingga 2004.

"Bagaimanapun pada 2008 PAS tiba-tiba memenangi lapan kerusi dengan sokongan DAP. Lebih teruk pada 2013 PAS memenangi lebih banyak kerusi. Sekarang mereka ada 15 kerusi.

"Kita boleh lihat hari ini walaupun mereka tidak berada dalam satu pakatan, DAP masih bekerjasama dengan PAS dalam kerajaan Selangor," katanya lapor Malaysiakini


Comments (0)