Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:51 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


UMNO Lebih Zalim Dari DAP Kata PAS?

Posted: 13 Nov 2016 08:30 AM PST


PAS nampaknya cuba berlembut dengan blok pembangkang dalam Pakatan Harapan selepas menyedari mereka kini semakin hampir dipermainkan Umno membabitkan isu Rang Undang-Undang 355 atau hudud yang dibawa ke Dewan Rakyat lalu.


Sehingga kini masuk minggu akhir sidang Dewan Rakyat, tidak nampak RUU yang dibentang oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu akan dibahas di Dewan Rakyat walaupun pada awalnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah memberi jaminan untuk mengetengahkan undang-undang Islam itu.

Jika dahulu PAS Selangor paling lantang menentang DAP, tapi tiba-tiba mereka dilihat mengambil langkah berlembut apabila mendakwa Umno lebih zalim berbanding DAP, kenyataan untuk meredakan ketegangan antara dua parti berlainan pendirian itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata parti itu melalui pengalaman dizalimi Umno dan BN lebih teruk berbanding parti-parti lain, termasuk DAP.

Kata Iskandar parti berkenaan pernah berdepan pelbagai pengalaman hitam, termasuk pembunuhan ahli mereka di Memali, Kedah, serta penahanan Dr Burhanuddin Al-Helmy di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dr Burhanuddin adalah presiden ketiga PAS yang menduduki jawatan itu antara 1956 hingga 1969.

Justeru kata Iskandar PAS sentiasa lebih berhati-hati untuk membincangkan apa saja isu dengan Umno serta BN berbanding parti lain.

"PAS banyak tertipu dengan Umno. Kita pernah berada dalam BN; ahli kita mati dalam tragedi Mamali.

"Apabila kita berurusan dengan Umno kita amat berhati-hati kerana sebelum ini banyak ahli PAS ditangkap, masuk ISA macam Datuk Burhanudin Al-Helmy yang mati diseksa dalam ISA," katanya pada sidang media selepas majlis Himpunan Ledakan Suara Rakyat (LASAK) di Taman Medan, Petaling Jaya, hari ini.

LASAK menghimpunkan wakil daripada pelbagai kelompok rakyat yang menyatakan pandangan mereka terhadap bermacam isu melanda negara.

Dianggarkan kira-kira 1,000 orang ahli dan penyokong PAS menghadiri majlis berkenaan.

Menurut Iskandar berbanding parti lain PAS menjadi pihak paling teruk dizalimi Umno lapor TheMalaysianMirror


Kusangkakan Dikau Kebal.. Rupa-rupanya Bebal...

Posted: 13 Nov 2016 06:26 AM PST


Pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berdarah pada hidungnya selepas dia didakwa diserang dan ditumbuk dalam kejadian di Ampang hari ini.


Kejadian berlaku ketika Jamal bersama pengikutnya mengekori Anggota Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang sedang mempromosikan perhimpunan BERSIH5 di pusat beli-belah Ampang Point.

Sejurus kemudian berlaku pergelutan dan ketika itulah muka Jamal didakwa ditumbuk pihak tidak diketahui.

Anggota kumpulan Baju Merah kemudian bergelut pula dengan beberapa anggota polis yang menyekat laluan keluar.

Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka ditahan. Ditemui media selepas itu Jamal berkata seorang daripada "budak Zuraida" telah memukulnya.

Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar jelas tidak berpuas hati dengan insiden itu dan memberitahu beliau akan bertindak balas.

"Saya tak puas hati. Saya akan kejar mereka lebih dari apa saya umumkan (terhadap BERSIH sebelum ini).

"Saya akan cincang mereka," katanya.

Bagaimanapun melalui rakaman video, ketika kekecohan itu berlaku Jamal didengar berkata: "Polis tumbuk saya!" berkali-kali.



Jamal dikenali sebagai pimpinan utama Baju Merah yang giat menyaingi kempen BERSIH menjelang perhimpunan di Kuala Lumpur pada Sabtu depan.

Selain memberi amaran untuk berkumpul beramai-ramai bersama BERSIH, sejak beberapa hari lalu kumpulan berkenaan mempamerkan kekuatan mereka dalam seni bela diri, termasuk ketika mengadakan protes berhampiran pejabat Malaysiakini pada 5 November lalu.

Beberapa klip video yang tersebar di media sosial pula menunjukkan beberapa individu - termasuk Jamal sendiri - menunjukkan kemampuan mereka menahan pukulan serta serangan fizikal melalui seni bela diri.




Sementara itu Zuraida ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu menahu mengenai mengenai serangan ke atas Jamal.

Laporan penuh silalah baca di SINI

Comments (0)