Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:04 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


3,000 Lagi Ahli UMNO Keluar Parti Di Sabah..

Posted: 11 Nov 2016 12:39 AM PST


Kira-kira 3,000 ahli Umno Sabah keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) yang diketuai bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal.



Naib Presiden Warisan, Junz Wong berkata, 3,000 ahli baharu itu datang daripada Umno Bahagian Sepanggar.

"Borang keahlian mereka diserahkan kepada Ketua Pemuda Warisan, Aziz Jamman dan saya oleh bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Sepanggar, Mentoh Aru.

"Mereka meninggalkan Umno kerana mahu menyertai Warisan untuk mendapatkan kembali 'kunci' ke 'rumah' kami," katanya kepada FMT.

Wong berkata, parti itu menjangkakan lebih ramai orang akan menyertai Warisan kerana orang Sabah mahu sebuah parti tempatan yang kuat untuk menentang Barisan Nasional.

Akhir bulan lalu, Setiausaha Agung Warisan, Loretto S Padua Jr berkata, parti itu menerima kira-kira 7,000 permohonan keahlian hanya dalam masa beberapa hari selepas laman web parti itu dilancarkan.

Pada 17 Oktober lalu, Shafie yang juga bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah mengumumkan penubuhan Warisan sebagai parti baharu yang bertekad menyatupadukan semua kaum di Sabah.

Ahli Parlimen Semporna itu berkata, Warisan sedia bekerjasama dengan semua pihak, termasuk parti pembangkang lain untuk menewaskan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Pada 4 Julai, Shafie mengumumkan keluar Umno, selepas keahliannya digantung pada 24 Jun kerana dituduh bersekongkol dengan pembangkang.

Shafie bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada Kabinet, tahun lalu, selepas mereka mempersoalkan hutang 1MDB.

Itu laporan dari FMT, manakala menurut laporan dari The Sabah Insider lebih kurang 40,000 ahli UMNO akan meninggalkan UMNO di Sabah..  bacalah di SINI


Singapura Secara Rasmi Namakan Jho Low Terlibat Kes 1MDB.. Apa Kata Najib?

Posted: 10 Nov 2016 07:01 PM PST


Najib pada 16 Mac 2015 dilaporkan berkata Low Taek Jho atau Jho Low tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Sebaliknya, Najib berkata semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB.

"Encik Low Thaek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB," kata Najib di dalam satu jawapan bertulis menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong.

Manakala Arul Kanda turut menafikan penglibatan Jho Low, individu yang didakwa ada kaitan dengan 1MDB, dalam apa-apa aktiviti syarikat.

"Sebelum ia (1MDB) menjadi 1MDB, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) telah ditubuhkan di mana pemegang sahamnya ialah Kerajaan Terengganu. Pada masa tersebut, Jho Low dilantik sebagai penasihat kepada TIA," katanya.

Bagaimanapun, Arul berkata, Jho Low telah meletak jawatan pada Mei 2009, sebelum saham TIA diambil alih oleh Kementerian Kewangan dan nama TIA ditukar kepada 1MDB.

"Jadi Jho Low tiada sebarang aktiviti di dalam syarikat, beliau tidak dibayar oleh syarikat dan tidak diberikan apa-apa tugas untuk syarikat," katanya.

Tapi seorang penyiasat dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram berprofil tinggi membabitkan seorang bekas pengurus bank swasta Switzerland, BSI, di Singapura mendedahkan...

SINGAPURA: Unit jenayah kolar putih Singapura julung kali mengenal pasti ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho sebagai orang penting dalam siasatan pengubahan wang haram dikaitkan dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Pendedahan itu dibuat seorang penyiasat dalam perbicaraan kes pengubahan wang haram berprofil tinggi membabitkan seorang bekas pengurus bank swasta Switzerland, BSI, di Singapura. 
Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low antara orang yang dinamakan dalam saman sivil difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang mendakwa lebih AS$3.5 bilion diseleweng daripada 1MDB. 
Pihak berkuasa Singapura turut membekukan aset Low, bagaimanapun pemuda berusia 34 tahun itu tidak berdepan sebarang pertuduhan dalam siasatan ke atas 1MDB. 
1MDB diasaskan Najib yang pernah mempengerusikan lembaga penasihat syarikat itu, kini terbabit dalam siasatan pengubahan wang di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat. 
Najib yang menafikan sebarang salah laku berjanji Malaysia akan bekerjasama dalam mana-mana siasatan antarabangsa. 
Oh Yong Yang, seorang pegawai polis Jabatan Hal Ehwal Komersial (CAD) memberitahu sebuah mahkamah di Singapura yang Low disiasat sejak 2015. 
"Low Taek Jho adalah orang berkepentingan utama dalam siasatan kami dan dia juga adalah orang berkepentingan dalam siasatan berkaitan bidang kuasa lain…Ia bermula pada 2015." 
Beliau berkata demikian pada perbicaraan Yeo Jiawei, bekas pengurus bank BSI yang berdepan 4 pertuduhan berkaitan cubaannya memutar belit proses keadilan dengan memujuk saksi berbohong kepada polis dan memusnahkan bukti. 
Pegawai CAD itu berkata, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar Investments di Abu Dhabi, Eric Tan Kim Loong dan Mohamed Ahmed Badawy Al Husseiny, turut disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram laporan penuh sila baca di SINI

Berapa lama boleh tutup?.. bangkai gajah.. mana boleh tutup dengan nyiru..


Comments (0)