Followers

Nuffnang

Anak Sungai Derhaka

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:33 PG | Posted in

sumber :-

Anak Sungai Derhaka


Lagi Pengarah GLC Ditahan SPRM, Aset Lebih RM10 Juta Ditemui..

Posted: 10 Nov 2016 07:30 AM PST


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini menahan seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dipercayai telah menyalahgunakan kuasanya dan menerima sejumlah wang suapan.



Pasukan siasatan menahan suspek yang berusia 56 tahun di kediamannya di Seremban lebih kurang jam 9.35 pagi.

Sumber memberitahu, suspek yang memegang jawatan tersebut sejak 2010 juga disyaki telah menamatkan perkhidmatan kira-kira 20 pegawai bawahan yang enggan bersubahat dengan perbuatannya.

Pegawai tersebut juga dipercayai telah menerima sejumlah wang daripada beberapa kontraktor sebagai suapan membenarkan mereka meneruskan projek walaupun gagal menyiapkan kerja dalam tempoh masa yang ditetapkan.

"Bagaimanapun, SPRM masih menyiasat jumlah wang suapan yang telah diperolehi oleh suspek tersebut setakat ini," ujar beliau.

SPRM telah merampas wang tunai berjumlah RM30,000 dan dua buah kereta jenis Audi TT, Toyota Hilux dan motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson milik suspek di kediamannya itu.

SPRM juga telah membeku beberapa akaun bank milik suspek dan isteri serta anaknya yang mengandungi wang berjumlah lebih kurang RM2.5 juta yang disyaki diperolehi secara rasuah.

Pembekuan ini bertujuan untuk pasukan siasatan menjalankan siasatan di bawah Akta SPRM dan Penggubahan Wang Haram.

Suspek yang mempunyai tiga orang anak itu memiliki sembilan buah rumah yang mana dia dipercayai telah membeli kesemua rumah itu dengan pembayaran tunai.

Sumber berkata, kesemua rumah itu dibeli di Putrajaya (3), pusat bandar Kuala Lumpur (1), Cyberjaya (1)dan Negeri Sembilan (4) bernilai lebih kurang RM8 juta.

Suspek dijangka akan dibawa ke mahkamah Putrajaya bagi permohonan reman esok.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak beberapa lagi tangkapan susulan akan dibuat terhadap mereka yang memegang jawatan penting yang dipercayai menerima wang suapan dengan menyalahgunakan kuasa mereka.

Beliau berkata, suspek yang ditahan dipercayai telah menyalahgunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri sendiri sehingga menjejaskan kerjaya dan pendapatan orang lain.

Semalam, ketika mengulas berhubung kes ini kepada media Azam berkata, ia merupakan satu perkara yang bahaya apabila seseorang yang mengamalkan rasuah sehingga sanggup mengenepikan mereka yang berintegriti asalkan matlamat menghalalkan cara lapor Sinar Harian


Siasatan Skandal PKFZ Hanya Buang Masa?

Posted: 10 Nov 2016 05:53 AM PST


Bekas pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datuk Lee Hwa Beng menyifatkan siasatan berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sebagai usaha yang hanya "membuang masa".



Ini berikutan keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam yang membebaskan bekas pengurus besar LPK, OC Phang daripada tuduhan pecah amanah.

"Saya beri keterangan terhadapnya selama dua minggu dan kes (PKFZ) berlangsung selama kira-kira tujuh tahun.

"Jadi sekarang, bagi saya, semua ini hanya membuang masa dan juga pembaziran wang kerajaan," kata Lee.

Lee adalah antara tokoh utama dalam siasatan kerajaan mengenai lebihan kos PKFZ. Projek yang dimiliki oleh LPK itu pada mulanya hanya dianggarkan bernilai RM1.957 bilion pada tahun 2001.

Bagaimanapun, menjelang tahun 2006, harga projek itu meningkat kepada RM4.6 bilion dan sedang menghadapi masalah kewangan. Ini memaksa kerajaan meminjamkan LPK RM4.632 bilion untuk membantu membiayai PKFZ.

Lee dilantik sebagai pengerusi LPK oleh menteri pengangkutan ketika itu, Tan Sri Ong Tee Keat pada tahun 2008, selepas skandal tersebut didedahkan.

Di bawah teraju Lee, LPK melantik Pricewaterhouse Coopers (PwC) untuk mengaudit akaun PKFZ.

Audit mendedahkan salah urus dan menganggarkan sekiranya pembayaran balik dilakukan kepada semua pemiutangnya dan dicampur dengan unjuran aliran tunai LPK, perbelanjaan projek itu akan menelan kos RM12.5 bilion.

Susulan laporan audit itu, Phang didakwa atas tiga pertuduhan pecah amanah manakala dua menteri kabinet - Tun Dr Ling Liong Sik dan Tan Sri Chan Kong Choy - didakwa, antara lain, cuba "menipu" kerajaan.

Kedua-dua Ling dan Chan akhirnya dibebaskan daripada semua pertuduhan.

Walau bagaimanapun, saman sivil LPK ke atas Phang berhubung tuduhan pecah amanah masih berterusan.

"Saman itu difailkan oleh Lembaga Pelabuhan Klang semasa saya menjadi pengerusi.

"Selepas banyak kali penangguhan, akhirnya perbicaraan akan bermula pada Disember," kata Lee, yang menambah bahawa beliau akan menjadi saksi lapor Malaysiakini


Hampir 300,000 Rakyat Kelantan Hadapi Masalah Mental?

Posted: 10 Nov 2016 02:49 AM PST


Kira-kira 300,000 daripada 1.2 juta penduduk Kelantan mengalami masalah kesihatan mental akibat pelbagai tekanan hidup termasuk gejala dadah, kemurungan dan masalah keluarga.



Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata jumlah itu (300,000) berdasarkan kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan pada tahun lepas.

"Sebilangan besar mereka berumur antara 16 dan 24 tahun terutama dari kalangan wanita," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Bachok Datuk Dr Ilias Hussain.

Dr Ahmad Razin berkata masalah kesihatan mental jika tidak dirawat lebih awal ia berisiko tinggi untuk pesakit mendapat penyakit mental.

Beliau berkata bagi tujuan merawatnya, Hospital Raja Perempuan Zainab II dan Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, menyediakan perkhidmatan psikiatri.

Hospital Tanah Merah dan Hospital Kuala Krai pula menyediakan perkhidmatan pesakit luar psikiatri dan hospital daerah lain menyediakan perkhidmatan berkala, katanya.

Beliau berkata di samping itu terdapat 10 pusat pemulihan psikososial di seluruh Kelantan dan bagi daerah Bachok bertempat di Klinik Kesihatan Bachok lapor Themalaysianmirror


Comments (0)