Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:36 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


ECRL - Najib Cakap 55 Bil Tapi CCCC Umum 46 Bil ....

Posted: 09 Nov 2016 03:00 PM PST


On November 1, CCCC signed the business contract with MRL for a railway project in eastern coastal Malaysia, with a contract value of some 46,000 million Malaysian ringgits. This is the largest overseas project signed by CCCC, as well as the largest economic and trade cooperation project between China and Malaysia so far.

 Didedahkan oleh CCCC dalam laporan korporatnya, Nilai kontrek ECRL adalah RM46 bilion.

 Angka itu pun perlu didedahkan bagaimana dicapai sebab kontrek dibuat secara terus. Ramai yang dakwa ia terlalu tinggi berbanding kos sebenar dan bakal menjadikan ECRL satu projek keretapi termahal dunia !

Kemudian..... kita diwar2kan dengan angka RM55 bilion nilai pinjaman untuk projek itu. Untuk apa lebihan RM9 bilion itu ?

Malaysia, China meterai perjanjian RM55bil ECRL
Benda2 pelik macam inilah yang kita tidak mahu lihat ! Di zaman Najib ni banyak sangat benda pelik. Banyak sangat yang mahu disorokkan. Langsung tidak menepati janji Najib ketika mula jadi PM dulu kononnya Zaman Kerajaan Lebih Tahu Sudah Berlalu ! Konon kerajaan akan transparen, telus dan terbuka ... Piiiiiraaaah...  Baca lagi dari sumber

KONTRAK KERETAPI PANTAI TIMUR (ECRL): MALAYSIA DIWAKILI OLEH SYARIKAT RM2

Posted: 08 Nov 2016 10:00 PM PST

 Kami merujuk kepada satu kenyataan media yang disiarkan oleh New Straits Times bertarikh 2 November 2016 seperti keratannya yang dilampirkan di bawah:


 Berita ini disemak dengan pengumuman yang dibuat sendiri oleh China Communication Construction Company Ltd (CCCC) dalam bahasa Inggeris dan Mandarin seperti dipaparkan di laman web syarikat itu seperti berikut:


Berita-berita ini mengesahkan bahawa satu perjanjian menganugerahkan kontrak pembinaan ECRL berjumlah RM46 bilion kepada CCCC telah ditandatangani. Syarikat yang mewakili Kerajaan Malaysia itu dan menandatangani perjanjian bagi pihak Kerajaan Malaysia adalah Malaysia Rail Link Sdn Bhd.

 Kami telah menyemak dokumen penubuhan syarikat Malaysia Rail Link Sdn Bhd ini yang dilampirkan bersama dan boleh mengesahkan bahawa:

 1. Ia adalah syarikat bermodalkan RM2 yang ditubuhkan pada 26 September 20169 

2. Saham RM2 dipegang oleh Ahmad Suhaimi Endut dan Dr Yusof Ismail. Kedua-dua mereka adalah pegawai-pegawai kanan berpangkat Timbalan Setiausaha di Kementeria Kewangan mengikut maklumat yang ada di internet.
(Sila Klik Download (PDF, 221KB))

Apabila kontrak ini ditandatangani oleh sebuah syarikat yang bermodal RM2 dan ditubuhkan pada 26 September 2016, ia menimbulkan tanda tanya sama ada kelulusan yang sewajarnya mengikut peraturan kerajaan telah diikuti.

 Pada kebiasaannya, sebuah syarikat khusus ("special purpose vehicle") yang ditubuhkan kerajaan untuk menjalankan projek infrastruktur besar negara perlu mendapat kelulusan Parlimen untuk mendapatkan modal. Contohnya, semasa Kerajaan Persekutuan mahu menjalankan projek keretapi laju Kuala Lumpur – Singapura, Dato' Seri Najib terpaksa membentangkan usul di Parlimen untuk meluluskan pendanaan syarikat khusus itu sebanyak RM10 juta.

 Jelas proses itu tidak berlaku sehingga sebuah syarikat yang bermodal RM2 digunakan untuk menandatangani sebuah kontrak bernilai RM46 bilion. Malah, kami ingin mempersoalkan sama ada Dato' Seri Najib Tun Razak membawa isu ini mesyuarat Jemaah Kabinet untuk mendapatkan kelulusan Jemaah Kabinet agar sebuah syarikat yang mewakili Kerajaan Malaysia menandatangani sebuah projek bernilai RM46 bilion?

RAFIZI RAMLI, AHLI PARLIMEN PANDAN
DR HATTA RAMLI, AHLI PARLIMEN KUALA KRAI
WONG CHEN, AHLI PARLIMEN KELANA JAYA
DR ONG KIAN MING, AHLI PARLIMAN SERDANG ~ sumber

Comments (1)

Apakah Anda dalam kesulitan keuangan? Apakah Anda perlu
pinjaman untuk membeli mobil impian Anda atau memulai bisnis atau untuk membayar tagihan Anda?
Kami memberikan pinjaman kepada orang yang membutuhkan bantuan dan kami memberikan pinjaman kepada perusahaan lokal, internasional dan juga pada tingkat bunga yang sangat rendah dari 2%.
Terapkan Sekarang Via Email: victoriamichaelloanfirm@gmail.com
Terima kasih
Terima kasih dan Tuhan memberkati
Mrs Victoria