Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:39 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Keua Polis Negara buta Perundangan dan Perlembagaan Negara

Posted: 07 Nov 2016 03:00 PM PST


Dato Mahfuz Omar menyifatkan KPN buta Perundangan dan Perlembagaan Negara.

Beliau berkata demikian ekoran tindakan KPN yang mengarahkan siasatan keatas tiga bekas menteri dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Hasutan oleh sebab ucapan mereka yang menyentuh kes 1MDB di dalam sesi Parlimen.

Mahfuz berkata siasatan polis terhadap tiga bekas menteri itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan mendesak supaya KPN memberhentikan serta-merta penyiasatan tersebut.

 Mahfuz turut mempersoalkan status mengenai siasatan PDRM berkaitan 1MDB yang telah sekian lama dijalankan. Beliau mungkin secara sinis mengingatkan KPN supaya menyiapkan siasatan itu terlebih dahulu ...

Beliau membidas tindakan KPN yang jelas bertentangan dengan perlembagaan mengenai hak setiap ahli parlimen untuk bercakap berkaitan apa sahaja perkara sewaktu berbahas di Parlimen adalah dilindungi oleh hak keistimewaan (parliamentary privileges) dan kekebalan dari sebarang tindakan undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan.

Mahfuz menyifatkan KPN sebagai jahil dan cetek berkaitan asas undang-undang dan perlembagaan dan menyifatkan KPN telah menyalahgunakan kuasa polis sehingga ke institusi Parlimen yang secara umumnya  ahli parlimen adalah dilindungi oleh hak keistimewaan (parliamentary privileges) dan kekebalan dari sebarang tindakan undang-undang sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan.

 Menurutnya, tindakan tiga bekas menteri membangkitkan isu 1MDB di Dewan Rakyat tidak melanggar sumpah kerahsiaan kerajaan dan Akta Hasutan kerana mereka sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

 Tapi yang paling bestnya bila Mahfus tanya Khalid : Adakah KPN dah jadi 'belaan' Umno? ~ sumber

Golongan pelacur agama

Posted: 06 Nov 2016 06:03 PM PST


  Di saat majoriti rakyat sedang perit menghadapi kenaikan harga barangan dan makanan akibat pelaksanaan GST; ditambah pula dengan pemansuhan subsidi minyak masak, kenaikan harga petrol dan diesel sebanyak 15 sen pada November menyebabkan ramai yang mengeluh... ada pula pelacur agama yang menggunakan atas nama agama memviralkan di laman sosial, bahawa Allah yang naikkan harga barang dan mahukan supaya kita semua redha kerana semuanya adalah ketentuan Allah... Allah S.W.T yg beri rezeki bukan makhluk...

 Rahsia rezeki 
Hakikatnya krisis kenaikan harga barang telah berlaku ke atas manusia sejak pada zaman Rasulullah SAW lagi, dan ia telah direkodkan dalam hadis sahih.

 Dari Anas bin Malik ra. dia berkata, "Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, 'Wahai Rasulullah, harga telah menjadi mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.'" (Riwayat Abu Dawud)

Peristiwa ini berlaku apabila harga barang di pasar di Madinah naik, maka para sahabat bertemu Rasulullah meminta supaya Baginda menetapkan harga supaya orang-orang miskin dapat membeli barang dengan harga yang mereka mampu. Lalu apa jawab Rasulullah?

Baginda bersabda:

"Sesungguhnya Allah, Dialah yang menetapkan harga itu, Dialah Allah yang melapangkan, Dialah Allah yang menyempitkan, serta Dialah Allah yang memberikan rezeki. Dan sesungguhnya aku berharap agar aku bertemu Allah SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku di dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta." (Sahih. Riwayat Abu Daud)

 Kenaikan harga barang tidak mengubah rezeki seseorang. Nabi menyatakan bahawa Allah-lah yang melapangkan rezeki seseorang hamba dan Dia juga yang menyempitkan rezeki mana-mana hamba yang dikehendakiNya.

 Ini selari dengan firman Allah SWT, "Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki." (Al-Ra'd: 26)

 "Jika Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambaNya tentulah mereka melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakiNya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hambaNya lagi Maha Melihat." (As-Syura: 27)

 Usah khuatir kerana rezeki setiap manusia pasti dicukupkan dan tidak dikurangkan sedikit pun. Kenaikan harga sama sekali tidak mempengaruhi rezeki yang ditetapkan.

Ini seperti mana sabda Nabi SAW, "Wahai manusia, sesungguhnya salah seorang kamu tidak akan mati sehingga dia mendapat seluruh rezekinya secara sempurna. Maka janganlah kamu tidak sabar dalam mendapatkan rezeki. Bertakwalah kepada Allah, wahai manusia! Carilah rezeki secara baik, ambillah yang halal dan tinggalkan yang haram." (Sahih. Riwayat Al-Hakim)

 "Ajaibnya urusan orang Mukmin, seluruh urusannya adalah kebaikan dan ini tidak terdapat kecuali pada seorang Mukmin. Jika mendapat kesenangan dia bersyukur dan ini baik baginya, jika ditimpa musibah dia bersabar dan ini juga baik baginya." (Riwayat Muslim)

 Allah S.W.T yg beri rezeki bkn makhluk...
 Tulisan diatas sebenarnya merupakan ciplakan dari artikel yang asalnya bertajuk Menyingkap Kenaikan Harga Barang yang ditulis oleh Dr Fathul Bari Mat Jahya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ilmuwan Malaysia.  Artikel ini disiarkan di akhbar (di sinipada Jumaat, 06 September 2013

 Tulisan tersebut pernah diulas oleh Dr Maza seperti berikut : 
Saya suka menyebut bahawa dalam sejarah umat Islam pernah muncul aliran Jabariah yang menganggap bahawa semua perkara adalah ketetapan Tuhan, manusia sama sekali tiada pilihan. Jabariah tidak termasuk dalam kalangan Ahlus Sunnah wal Jamaah, sebaliknya mereka termasuk dalam golongan Ahlul Hawa (pengikut hawa nafsu). Saya percaya penulis berkenaan tidak demikian. Baca lagi di sini.
Berikut ini saya sertakan pula komentar dari seorang rakan wassup saya :
As salam

 Ini adalah satu bentuk penyalahgunaan nas, di mana ayat al-Quran dan Hadith2 nabi digunakan untuk menghalalkan perbuatan sesetengah pihak.

 Jika kita mendalami sirah Rasullullah SAW, kisah mengenai kenaikan harga barang yg berlaku di hayat baginda adalah sama sekali berbeza dan tidak wajar dibandingkan pada akhir zaman ini terutama dalam negara Malaysia yg sistem politik, ekonomi dan sosialnya berpaksikan sistem sekular.

 Kenaikan harga barang yg berlaku di Madinah di zaman Rasulullah itu sebenarnya disebabkan oleh masalah bencana alam seperti tanaman tidak menjadi, kemarau panjang, suhu panas dan juga manipulasi pasaran yg berpunca dari sikap peniaga2 Yahudi yg secara diam2 ingin merosakkan sistem ekonomi negara Islam Madinah di mana Rasulullah SAW adalah ketua pemerintahnya.

 Bila berlaku masalah seperti ini, kita akur di atas maksud ayat2 al-Quran dan hadith2 ini. Sebab kenaikan harga barang bukan berpunca dari tindakan menyeleweng Rasulullah SAW dan sahabat2 yg mentadbir negara Islam Madinah seperti menggelapkan hasil negara, rasuah, ketirisan dan penyelewengan.

Tetapi di Malaysia ini, tak perlulah saya berikan maklumat2nya, sahabat2 sendiri boleh akses dari Laporan Ketua Audit Negara yg sangat menakutkan.

 Disebabkan amalan rasuah, penyelewengan dan penipuan dalam sistem pentadbiran negara ini, rakyat sebenarnya kehilangan lebih dari RM30 bilion setahun.

 Jika pemimpin yg mentadbir negara ini boleh menguruskan ekonomi negara sebaik Khalifah Umar al-Khattab atau Khalifah Umar Bin Abdul Aziz, saya percaya RM30 bilion yg hilang dicuri setiap tahun itu mampu digunakan untuk mensubsidikan rakyat yg jumlahnya tak sampai pun RM10 bilion setahun.

 Hari ini, saya risau sbb ada golongan agama digunakan oleh pemerintah yg curang yg cenderung menggunakan agama dan menyalahgunakan nas2 bertujuan untuk menutup mulut pengkritik2 dan menghalalkan perbuatan rasuah pemimpin mereka. ~ DMA

Comments (0)