Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:13 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Bebaskan segera 41 Orang Asli Gua Musang

Posted: 29 Nov 2016 05:24 AM PST

Solidariti di hadapan IPD Gua Musang
Ekoran penangkapan 41 orang Asli Temiar Gua Musang yang mempertahankan tanah milik mereka dari percerobohan pembalak  rakus, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) telah mengeluarkan satu kenyataan bantahan dan menggesa pihak berkuasa supaya segera membebaskan tahanan berkenaan.

Berikut adalah kenyataan KUASA:

Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA menggesa 41 orang Asli yang ditahan dalam operasi serbuan Blockade Gua Musang hari ini segera dibebaskan.

 Insiden ini tidak akan berlaku jika pihak berkuasa negeri sendiri menghormati dan mengikuti garis panduan/manual pembalakan dan pembukaan ladang Hutan Akta Perhutanan Negara 1984 dengan memilih kawasan yang kurang sensitif untuk pembukaan ladang hutan daripada memilih hutan simpan yang kaya spesis dan mempunyai kepentingan sosial yang penting.

 Perjuangan masyarakat orang Asli Temiar bukan baru lagi. Mereka telah mula berjuang sejak 5 tahun yang lalu lagi dan telah mernggunakan pelbagai jalan yang ada termasuk berunding, bermesyuarat, berdialog dan berhimpun secara aman di hadapan pejabat SUK Kelantan. Namun segalanya menemui jalan buntu dan tidak dilayan kerajaan negeri.

 Kemuncaknya, mereka terpaksa melakukan halangan 'blockade' di Pos/Kampung mereka setelah keadaan sudah mencapai sampai tahap kritikal yang mana ada yang jatuh sakit ekoran meminum daripada bekalan air yang penuh dengan lumpur, koridor pencarian sumber makanan/herba dan kepentingan ekologi yang lain.

 KUASA sendiri pernah meninjau kawasan Hutan Simpan Kekal Balah, HSK Gunung Stong Selatan dan HS Perias beberapa bulan yang lalu. Terbukti hasil kajian kami, terdapat pencerobohan rizab sungai, mengeruhkan sungai bekalan minuman, gangguan sensitiviti seperti pembalakan di kawasan kubur, tebangan habis di kawasan berkecerunan lebih daripada 45 darjah, berketinggian lebih 1,000 m daripda paras laut dan melibatkan kawasan hutan asli yang kaya dengan spesis flora dan fauna.

 Jelas sekali, pembalakan di sini bukannya pembalakan secara terpilih. Sebaliknya ia adalah pembalakan tebang habis (clear cutting) untuk pembukaan ladang TLC (Timber Latex Clone). Lalu apakah yang tinggal jika semuanya dimusnahkan?

 Kini, segala kemusnahan, kemudaratan dan konflik telah berlaku secara terang-terangan dan masyarakat Asli pula ditangkap kerana mempertahankan hak mereka untuk hidup, mendapatkan sumber makanan, minuman dan tempat tinggal (koridor hutan)

 KUASA mendesak pihak kerajaan negeri dan Jabatan Perhutanan sebagai agensi pelaksana menghentikan segera aktiviti yang menzalimi alam dan masyarakat orang asli ini serta bertanggungjawab dalam segala kemudaratan dan kemusnahan yang telah terjadi. 

KUASA juga menggesa pihak berkuasa membebaskan rakan-rakan orang Asli yang ditahan.

 Pihak berkuasa harus ingat bahawa bukan orang Asli yang melanggar undang-undang, sebaliknya pihak kerajaan negeri yang terlebih dahulu melanggar undang-undang peraturan mereka sendiri.

 KUASA juga menggesa seluruh rakyat untuk solidariti bersama masyarakat orang Asli Temiar Gua Musang dan Orang Asli di seluruh negara amnya dalam perjuangan mereka mempertahankan khazanah alam. 

KUASA mengiktiraf peranan orang Asli sebagai penjaga alam yang menjaga sumber-sumber bekalan air kita, sumber oksigen, makanan, biodiversiti dan pengawalan bencana.

 KUASA KEPADA RAKYAT

 Hafizudin Nasarudin
 Presiden KUASA ~ sumber

Pas dulu kutip derma... kini kutip orang!

Posted: 29 Nov 2016 01:34 AM PST

Ini bukan nak kutip derma untuk Pas ... tapi nak kutip orang Asli untuk Pas....
Sehingga petang ini, Mustafa Along, Setiausaha Jaringan Kg Org Asli Kelantan baru memaklumkan beliau bersama 14 lagi orang asli ditahan, menjadikan keseluruhannya 32 orang Asli di Gua Musang hari ini telah ditangkap hanya kerana mereka mempertahankan hutan dan sumber air daripada terus musnah di tangan syarikat pembalak.

  Komuniti orang Asli membuat sekatan sebagai mengalang aktiviti pembalakan tebang habis di hutan simpan kekal disitu dihentikan. Tiga kawasan membabitkan sekatan yang telah dibina ialah :

 i. Hutan Simpan Balah - Hutan simpan kedua terluas di Kelantan 
ii. Hutan Simpan Perias - Hutan simpan paling luas di Kelantan 
iii. Hutan Simpan Stong Selatan.

Hari ini halangan-halangan yang bertujuan menyelamatkan hutan simpan berkenaan telah dimusnahkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

Apakah peranan sebenar Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan : Mahu menyelamatkan hutan simpan atau memusnahkannya?

Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dilihat bersekongkol dengan syarikat pembalak hingga tergamak berlakunya pencerobohan hutan simpan yang mereka sendiri wartakan.

Kerajaan negeri Kelantan PAS perlu dipertanggung jawabkan diatas segala pencabulan ke ats hutan simpan negeri Kelantan dan menafikan hak Orang Asli yang juga rakyat negeri itu.

 Mana perginya slogan Pas 'Membangun bersama Islam' yang suatu ketika dulu sewaktu almarhum TGNA pernah perjuangkan?

Selain bertujuan melindungi hutan semulajadi mereka dari kegiatan pembalakan yang jelas menjejaskan sumber rezeki mereka, komuniti orang Asli menuntut supaya kerajaan negeri memberikan Tanah Adat mereka.

Berikut laporan dari aktivis Syam Ghaz melalui media fesbuk :
Kemasini Blockade 3:20 petang: Orang Asli vs Kerajaan Negeri Kelantan.

Setakat ni, 18 Aktivis Orang Asli ditahan. Kesemua mereka ketika ini ditempatkan didalam Trak Polis dan ditahan didalam kawasan Sekolah Kebangsaan Kuala Betis.

 Berikut adalah Kronologi peristiwa hari ini.

 7:00 pagi: Pihak Polis Gerak Am (PGA) dengan kekuatan lebih kurang 100 Anggota kelihatan berkumpul dan mendengar taklimat di perkarangan IPD Gua Musang.

 8:00 pagi - Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) diiringi oleh Polis Gerak Am (PGA) mula memasuki Hutan Simpan Balah melalui Kuala Betis.

 10:30 pagi - 3 Buah kenderaan 4wd JPNK tiba di Blockade Simpang Petei.

11:30 pagi - Lebih kurang 27 buah kenderaan 4wd JPNK dan 8 buah Land Rover PGA dengan kekuatan Anggota lebih kurang 150 orang mula mengepung Blockade Simpang Petei.

12:00 tghr - Peserta Blockade dipanggil berkumpul dengan Anggota Penguasa, berlaku ketegangan - Perang Mulut dan ketika ini pihak JPNK mula memusnahkan Blockade dan Pondok2 OA dengan menggunakan chainsaw.

 1:00 tghr - Tangkapan pertama seramai 6 orang, disusuli dengan tangkapan kedua seramai 10 orang dan seterusnya 2 orang (sehingga berita ini dikemaskini)

 Rampasan - Semua Telephone Bimbit, Video Camera milik Orang Asli termasuk 4 buah motor.

 Semua tahanan sedang dalam perjalanan ke IPD Gua Musang. 
 Jelas bahawa kerajaan Pas Kelantan adalah zalim. Mereka gunakuasa untuk tangkap mereka yang cuma minta pembalakan di kawasan mereka dihentikan, dan berikan mereka tanah adat.

Comments (0)