Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:18 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Pindaan RUU 355 : Kerja-kerja Bodoh Pas

Posted: 27 Nov 2016 11:00 PM PST


Sejak Hj Hadi berjanji pada 26/5/2016 akan  membentangkannya pada persidangan Dewan rakyat yg akan datang maka bermacam-macam program diadakan berkempen untuk mendapat sokongan orang ramai.

Pas melancarkan kempen kononnya untuk memberi penerangan mengenai usul pindaan RUU 355 tetapi tidak kepada golongan sasaran iaitu kepada mereka yang akan mengundi bila pindaan tersebut dibentangkan diparlimen.

 Hj Hadi mengisytiharkan bulan September 2016 sebagai Bulan RUU 355. Tujuan utamanya adalah untuk menggembeling kesatuan umat bagi seterusnya meyakinkan ahli-ahli parlimen untuk menyokong usul pindaan ini. Sepanjang Bulan RUU 355 ini, siri jelajah penerangan akan diatur di setiap negeri.

 Pas buat penerangan kepada orang ramai yang tidak terlibat dengan proses pengundian. Tindakan ini hanya menyemarakan polemik dikalangan masyarakat dengan pelbagai ragam dan kerenah hingga ada kalangan pemimpin Pas yang mengkafirkan individu yang tidak menyokong, malah ada yang nak di jiratkan! 

Sepanjang bulan RUU 355 itu, beriya benar Pas menghantar memo minta ahli parlimen supaya menyokong pindaan RUU 355, tapi Pas tidak berani untuk mengadakan sesi dialog atau perbincangan mengenainya dengan mereka.

Sehinggakan pada hari pada hari pembentangan pindaan RUU 355, dilaporkan Kira-kira 200 hadir beri sokongan RUU 355 di sepanjang laluan masuk ke bangunan Parlimen sejak jam 8.30 pagi yang merangkumi pelajar maahad tahfiz, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam dan pendakwah bebas dari seluruh negara. 

Yang peliknya, Hj Hadi masih mahu meneruskan kerja-kerja bodohnya ini dengan berjanji akan mengadakan himpunan raksasa bagi membuktikan sokongan umat Islam di negara ini terhadap usul pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355.

Bertambah pelik kerana masih ramai pengikutnya yang seronok dengan permainan Hj Hadi yang kena main dengan Umno...Berhentikanlah lakonan ini semua, sebab kerajaan akan membawa sendiri usul pindaan RUU 355 dan bukan lagi oleh Hj Hadi.  

Kenapa masih ramai pengikutnya yang seronok dengan permainan Hj Hadi yang kena main dengan Umno?

Posted: 27 Nov 2016 06:00 PM PST

 Hj Hadi kata, penangguhan huraian pindaan Rang Undang-Undang persendirian Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) Pindaan 2016 (RUU 355) tiada kaitan dengan Umno.

 Hj Hadi berkata demikian sebagai menolak dakwaan YB Rafizi Ramli yang menuduhnya sengaja melengah-lengahkan penghuraian tersebut berulang kali kerana itu adalah permainan atau rencana Umno untuk memanjangkan kuasa PM Najib.

 Hj Hadi semasa hari terakhir sidang Dewan Rakyat hanya membacakan usul tersebut dan memohon untuk menghuraikan cadangannya itu dalam sessi yang akan datang...apa jenis vangang ni?

Selasa lalu, Hj Hadi telah dipanggil oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan penangguhan penghuraian itu adalah merupakan hasil dari perbincangan tersebut.

Menafikan dakwaan Rafizi tersebut, Hj Hadi berkata bahawa penangguhan tersebut tiada kaitan dengan permainan Umno tetapi adalah bertujuan:

1) untuk memberi ruang penambahbaikan agar dapat memberi peluang kepada semua pihak untuk memahami dengan cara yang betul.

2) untuk memberi ruang kepada semua pihak terutama mereka bukan bergama Islam memahami lebih mendalam mengenai RUU 355.

3)  saya tidak bertindak dengan cara tergopoh-gopoh.

"Itu tidak betul, tidak betul...saya bukan melengah-lengahkan, tetapi itu untuk memberi ruang penambahbaikan dan memberi peluang kepada semua pihak supaya memahami dengan cara yang betul. Sebab (itu) saya tidak bertindak dengan cara tergopoh-gopoh. ~ 'Penangguhan tiada kaitan Umno'
Bukti-Bukti Permainan Umno

Bukti remote kontol oleh Umno
 Terbukti Hj Hadi memang kaki kelentong! Dia hanya manusia robot yang diprogramkan oleh Umno yang Remote Kontolnya dipegang oleh Umno. Dia hanya ikut apa yang Umno suruh.

 Bukti (1) : Zahid Hamidi yang tekan punat supaya Hj Hadi bacakan usul pindaan RUU355 dan minta tangguh penghuraiannya.

 Zahid menjelaskan, taklimat khas berkaitan RUU selama sejam yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah turut dihadiri anggota parlimen BN dan pembangkang, termasuklah Hj Hadi menjelang hari 'pembacaan' tersebut.

 Umno hanya mahu mengexploitasi isu pindaan RUU akta 355 untuk politacal mileage mereka dan menjadikan Hj Hadi sebagai boneka mereka.

 Bukti (2) : Jamil Khir Baharom berkata bahawa kerajaan akan membawa sendiri Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 (RUU355). Baca di sini

 Bukti (3) : Pada 26 Mei lepas Hj Hadi mendapat peluang untuk pertama peruntukan rang undang-undang persendirian melalui cadangan oleh menteri Azalina Othman untuk dibahaskan, tetapi Hj Hadi minta tangguh untuk dibahaskan. 

Inilah kebodohan yang sangat ketara - Selepas beberapa kali cubaannya agal, tapi apabila akhirnya dibenarkan oleh Dewan Rakyat untuk dibawa dia pula minta tangguh!

Dapat pula peluang kali kedua pada 26 November lalu, sekali lagi dia minta tangguh untuk menghuraikannya dengan memberikan alasan-alasan yang bodoh!

Akhirnya, kerajaan yang akan membawa sendiri Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 (RUU355). 

Bukankah tiga episode diatas  menunjukan penglibatan Umno? 

Bukankah memang itu roadmap asal yang telah dicadangkan oleh Jawatankuasa Teknikal Undang Jenayah Syariah peringkat kebangsaan antara wakil persekutuan dan wakil Kelantan sejak awal-awal lagi?

Menurut Dr Dzulkarnain Lokman, bekas ahli Jawatankuasa Teknikal pelaksanaan kanun jenayah syariah peringkat kebangsaan yang ditubuhkan oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan Kelantan, berdasarkan roadmap yang dibuat jawatan kuasa itu, sepatutnya menteri yang membawa rang undang-undang itu bukannya pembangkang. Beliau turut mencadangkan supaya Hj Hadi menarik balik usul tersebut.Baca di sini 

Comments (0)