Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:12 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Kemaruk sangat nak jadi hero konon... Akhirnya Hj Hadi kena main dengan Umno!

Posted: 27 Nov 2016 08:00 AM PST


Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa dalam  suratnya bertarikh 26 Mei 2016 lalu telah menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

 Antara tuduhan yang dilemparkan terhadap Husam ialah:
 • Mempersenda dan mempersoalkan langkah dan/atau kaedah parti PAS dan membawa rang undang-undang persendirian di Parlimen bagi meminda Akta 355.
 Dalam penjelasannya mengenai perkara tersebut, antara lain Husam menjelaskan :

 Tindakan membawa usul untuk meminda Akta 355 secara bill Persendirian atau private member's bill ke Parlimen atas nama Presiden selaku ahli Parlimen bagi kawasan Marang, jelas bercanggah dengan keputusan parti dan juga keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Jenayah Syariah Peringkat Persekutuan Bil.3/ 2014 bertarikh 18-20 Disember 2014 yang berlangsung di Dewan Kijang 6, Aras 3, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

 Jawatankuasa bersama antara kerajaan negeri dan Pusat itu telah sebulat suara antara lain memutuskan usul berkenaan hendaklah dibawa oleh menteri setelah melalui Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang akan bersidang pada bulan Mac 2015 dan seterusnya dibentangkan oleh menteri pada bulan Mei/Jun 2016.

 Persoalan besar di sini ialah kenapa keputusan yang dibuat bersama itu dilanggar?

 Ketika membincangkan isu Akta 355 ini, Jawatankuasa Pas Pusat yang bersidang sebelum usul itu dibawa telah memberikan pandangan supaya usul itu dibawa sendiri oleh kerajaan pusat. Jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat itu mengambil maklum akan perlunya proses yang paling masak dan matang diambil bagi membolehkan pindaan akta itu menjadi kenyataan.

Usul yang ditandatangani oleh presiden telah dihantar ke parlimen pada 18 Mac 2015 iaitu sebelum pun Enakmen Jenayah Syariah yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan diluluskan.

 (Lazimnya, jika benar pindaan Akta 355 di Parlimen memerlukan kelulusan Enakmen Jenayah Syariah di DUN Kelantan - ia dilakukan selepas penggazetan Enakmen itu. Ini semua tidak berlaku kerana ketergesaan luar biasa. Apakah yang mendorong ketergesaan luar biasa itu?)

Selepas usul itu difailkan, barulah satu mesyuarat Lajnah Politik Pas Pusat diadakan untuk membincangkannya.

Dalam mesyuarat itu , YB Dato' Takiyuddin Hassan yang ketika itu adalah Penolong Setiausaha Agong PAS menjelaskan usul perlu disegerakan kerana untuk mengejar masa bagi membolehkan ia dibentangkan dalam sesi yang sedang berlangsung dan akan berakhir dalam bulan April 2015 itu.

 Mengenai adanya wakil menteri dan seorang Pegawai Parlimen mengunjungi kerajaan negeri sama ada pada 17 atau 18 Mac itu 2015 dan kononnya membawa mandat menteri untuk meyakinkan perlunya usul itu di bawa secara bill persendirian secepat mungkin dan tidak mengikuti keputusan asal Jawatankuasa Bersama, perkara ini boleh diselidiki sendiri oleh Jawatankuasa Disiplin dengan pihak-pihak berkenaan. Saya mempertahankan dakwaan saya.

Hendaklah diketahui, YB Dato Taki dan YB Dato Jamil Khir adalah kawan rapat sejak zaman sekolah. Saya sesungguhnya curiga, dengan agenda sebenar pindaan akta itu secara bill persendirian.

 Jelas bahawa Hj Hadi memang degil dan telah melanggar keputusan parti dan juga keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Jenayah Syariah Peringkat Persekutuan bahawa usul berkenaan hendaklah dibawa oleh menteri ......

 Tiba-tiba Jamil Khir Baharom buat kenyataan di sini bahawa kerajaan akan membawa sendiri Rang Undang-Undang Persendirian Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa jenayah) pindaan 2016 (RUU355) - Langkah yang sama yang pernah diputuskan  sebulat suara oleh Jawatankuasa bersama antara kerajaan negeri dan Pusat bahawa  usul berkenaan hendaklah dibawa oleh menteri.

Oleh itu, Hj Hadi bolehlah berehat....tak payahlah nak buat himpunan raksasa sebab Umno dah tutup peluang untuk Hj Hadi nak bentangkan pindaan RUU 355 setelah diberikan dua kali peluang.... Kerajaan akan mengambil tanggungjawab membawa RUU ini.

 Kesian Hj Hadi....beriya sangat nak bawa pindaan RUU 355 tapi tidak kesampaian juga akhirnya akibat vangang punya lebai!  Kemaruk sangat nak jadi hero konon... akhirnya Hj Hadi kena main dengan Umno!  

Comments (0)