Followers

Nuffnang

ALHUSSEYN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 4:12 PTG | Posted in

sumber :-

ALHUSSEYN


Cakap ‘pusing-pusing’, DAP saran Nik Abduh jumpa psikiatri

Posted: 14 Nov 2016 03:24 PM PST

Nik Abduh perlu rawatan psikiatri - Teng Chang Khim
Datuk Teng Chang Khim menyarankan Ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berjumpa psikiatri berhubung kenyataan terhadap partinya.

 Naib pengerusi DAP Selangor itu berkata, Nik Abduh memerlukan rawatan psikiatri agar tidak mengeluarkan kenyataan yang "berpusing-pusing".

"Saya cadangkan Nik Abduh pergi jumpa doktor psikiatri supaya beliau tidak cakap bukan-bukan. Setiap hari beliau nak cari hal untuk menyakitkan hati orang.

 "Beliau cakap 'pusing-pusing' dan pemimpin sendiri cakap pun beliau tidak setuju. Saya juga setuju dengan kenyataan yang ramai orang ada masalah mental, suma tidak tahu serius atau tidak," katanya kepada FMT di Dewan Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor.

 Beliau berkata demikian berhubung kenyataan Nik Abduh yang mengesahkan sedang berunding untuk bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetapi tidak akan mempertimbangkan berbaik semula dengan DAP dan Amanah.  Baca lagi di sini

Lakonan Jamal Jamban semakin menarik...

Posted: 14 Nov 2016 05:00 AM PST


Hari ini Jamal Jamban menafikan menuduh polis menyerang dia, sebaliknya mengatakan bahawa dia bermaksud untuk memberitahu pihak berkuasa bahawa dia telah ditumbuk.

  "Apabila kejadian itu berlaku, saya tidak berkata polis memukul saya, tetapi saya mahu memberitahu polis yang saya telah dipukul.Baca lanjut di sini

Semalam Jamal Jamban buat laporan polis menuduh pengikut Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menumbuknya walaupun ketika kejadian penyokong Bersih telah meninggalkan lokasi berkenaan.

Pandai betul Jamal jamban ini berlakon....Dia ingat kita yang tengok rakaman dalam video tu yang menjerit terlolong "Polis tumbuk Saya! Polis tumbuk Saya! Polis tumbuk Saya! pelesit mana kalau bukan dia sendiri?

Muat naik di fesbuk ini beliau dakwa sebagai fake account! Siapa yang akan percaya cakap Jamal Jamban yang kaki temberang ini?

Jamal Jamban memang mahu menimbulkan kekacauan di Bersih 5 nanti. Salah satu cara yang mereka rancangkan adalah 'Operasi Falseflag'

Sahabat-sahabat BERSIH 5 Berhati-hati dengan provokasi. Budak Jamal Hidung Berdarah memang merancang sesuatu yang lebih buruk. Balaci-balaci Jamal akan memakai baju kuning dan membuat kacau supaya berlaku rusuhan dan mungkin menjadi alasan Najib si pencuri memaksakan Emergency, akta MKN akan dijalankan.
Jamal Jamban ni memang jenis bangang tapi kuat kelentong. Para pengikutnya percaya hanya kerana mereka juga sama bangang dan tongong macam Jamal Jamban. Dedak telah menjadikan mereka semua ni jadi macam ini.

Surat Rafizi dari kandang tertuduh

Posted: 14 Nov 2016 02:09 AM PST


Saya berterima kasih kepada pasukan peguam saya yang diketuai Saudara Gobind, Saudara Saiful Izham, Saudara Ahmad Nizam dan dibantu oleh kumpulan peguam-peguam muda Saudara Haijan, Saudara Adi, Saudara Nik Zarith, Saudari Joanne, Saudara Falihin dan Saudara Ashraf.

 Bersama-sama satu lagi pasukan peguam iaitu Saudara Ranjit Singh, Saudara Razlan Hadri, Saudari Siau San dan Saudari Michele, serta satu lagi pasukan peguam iaitu Saudara William Leong dan Saudara Halim.

 Ketiga-tiga pasukan peguam ini menangani kesemua 12 kes yang saya hadapi dalam saya menjalankan tugas saya sebagai seorang wakil rakyat.

 Mereka tidak pernah mengenakan satu sen pun yuran guaman sejak tahun 2012 mereka menangani kes-kes saya. Saya tidak boleh menjadi lantang jika tidak kerana peguam-peguam ini yang sewajarnya diberikan pengiktirafan oleh masyarakat.

 Keputusan pada hari ini telah saya jangka. Hukuman penjara tiga tahun bagi kedua-dua kes juga telah saya jangka.

 Saya yakin atas penghujahan undang-undang yang kukuh oleh pasukan guaman, rayuan saya ke Mahkamah Tinggi ada peluang baik untuk menang. 

Saya telah meminta supaya Saudara Gobind, Saudara Saiful Izham dan Saudara Ahmad Nizam bersama-sama peguam muda untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi secepat mungkin.

 Pun begitu, saya bukan orang baru dalam sepak terajang politik negara. Saya tahu saya perlu realistik bahawa besar kemungkinan saya akan dipenjarakan dan ia boleh berlaku dalam masa beberapa bulan sahaja dari sekarang.

 Saya telah susun seadanya segala perancangan agar isteri, anak dan ibu bapa kami dapat menjalankan kehidupan sebaik mungkin walaupun saya tiada buat sementara waktu.

 Saya menghargai rasa prihatin yang dicurahkan, namun saya juga memohon supaya ruang peribadi kami bertiga (saya, isteri dan anak) dihormati dalam beberapa bulan akan datang supaya kami boleh menjalani kehidupan seperti sebuah keluarga biasa.

 Setiap kali saya berdoa kepada Allah SWT, saya tidak pernah memohon agar dibebaskan atau tidak dipenjarakan. Saya memohon supaya Allah SWT melapangkan dada saya supaya redha dengan apa-apa keputusan hari ini dan yang akan datang kerana semuanya telah ditetapkan oleh-Nya.

 Saya tenang tanpa rasa marah, takut atau pun sedih kerana saya yakin saya telah menjalankan amanah saya sebagai seorang rakyat biasa, seorang pemimpin parti pembangkang dan seorang wakil rakyat.

 Setiap kali saya berdepan dengan keputusan, saya tidak pernah menghadapi dilema untuk membuat keputusan kerana hukumnya kebajikan dan kesusahan rakyat mengatasi kepentingan peribadi kita sebagai ahli politik.

 Oleh itu, keputusan saya sebagai seorang wakil rakyat atau ahli politik kadang-kadang mengundang rasa marah atau rasa terancam di kalangan pemimpin lain baik dalam BN atau parti saya sendiri.

 Ingatan kepada diri saya setiap pagi saya ke pejabat ialah setiap tindakan dan amal kita disukat setiap saat bukannya oleh ahli-ahli politik yang nampak berkuasa, tetapi oleh malaikat yang tidak akan lalai walau sezarah pun.

 Maka janganlah terlalu takut atau bimbang dengan pandangan sang berkuasa, atau terlalu berkira-kira dalam keputusan kita sebagai seorang pemimpin, kerana berkira-kira kerana takut atau bimbangkan pertimbangan politik dalam keadaan kita berdepan dengan isu yang jelas yang benar dan jelas yang salahnya; itu pun akan turut dicatat untuk dihisab.

 Oleh sebab itu, keputusan pemenjaraan yang memang telah dijangka pada hari ini sedikit pun tidak akan mengubah apa-apa. Saya akan terus lantang seperti sebelum ini di dalam dan di luar parti.

 Saya akan teruskan dengan pembongkaran dan menyemak setiap satu sen yang dibelanjakan oleh pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak selagi dalam kemampuan saya.

 Esok, saya dan rakan-rakan anggota parlimen Pakatan Harapan iaitu YB Tony Pua, YB Wong Chen, YB Dr Hatta dan YB Ong Kian Ming akan terus mendedahkan kepincangan projek kereta api pantai timur (ECRL) yang kini dilaksanakan Datuk Seri Najib.

 Saya juga akan menjawab isu-isu berkenaan Tabung Haji dan membentangkan beberapa analisis baru kedudukan kewangannya.

 Selain Tabung Haji, fokus saya masih lagi kepada isu pendidikan tinggi dan kelangsungan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kedudukan tabung pencen negara, perbezaan imbuhan gaji yang terlalu ketara di antara kakitangan kerajaan berpangkat rendah dan tinggi, mendesak dihapuskan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan sebagainya.

 Mulai esok, saya akan mula turun berceramah bersama-sama pimpinan dan aktivis yang mahukan Datuk Seri Najib meletak jawatan. Ceramah pertama yang bertemakan #LawanTetapLawan akan bermula di Pandan iaitu di Dewan Kampung Cheras Baru.

 Hari Rabu, saya akan ke Pangkalan Tentera Laut (TLDM) Lumut untuk berjumpa dengan pesara-pesara tentera laut yang mula-mula sekali membawa ke pengetahuan saya kelewatan pembayaran pampasan persaraan. Malam itu, saya akan berceramah di Lumut bersama-sama pimpinan Pakatan Harapan yang lain.

 Mulai minggu ini, saya akan jelajah ke setiap negeri dengan menumpukan di kerusi-kerusi marginal (BN menang tipis) supaya saya telah berkempen di kesemua negeri dan kerusi marginal menjelang akhir Januari.

 Di setiap negeri, di sebelah siangnya saya akan tumpukan untuk merekrut sukarelawan dan melatih mereka, di sebelah malamnya saya akan gempur kerusi-kerusi marginal dengan isu-isu pembongkaran terbaru melalui ceramah-ceramah #LawanTetapLawan

 Saya telah lama bersedia dengan keadaan ini dan telah persiapkan semua yang diperlukan untuk melawan pentadbiran Datuk Seri Najib.

 Bagi mereka yang merasakan saya bodoh kerana membela golongan pencen askar, pertimbangan saya bukanlah sokongan politik atau kedudukan. Orang yang paling tiada suaralah yang perlu kita bela.

 Bagi mereka yang marah atau simpati, jangan hanya marah di Facebook atau Twitter. Zahirkan rasa mual anda terhadap Datuk Seri Najib itu dengan menjadi sukarelawan INVOKE yang saya latih sendiri dan sertai ribuan sukarelawan yang akan memastikan Datuk Seri Najib hilang semua kerusi marginal yang dipegang Umno/BN sekarang.

 Layari  https://invokemalaysia.org/ untuk mendaftar menjadi sukarelawan atau menghulurkan bantuan kewangan kepada #ProjekBuangNajib yang saya sedang usahakan.9 Datuk Seri Najib mungkin rasa kebal apabila berdepan dengan beberapa anggota parlimen seperti saya, tetapi beliau pasti kalah jika berdepan dengan puluhan ribu sukarelawan terlatih dari kalangan rakyat biasa.

 Akhir sekali, saya sedar saya mungkin hanya ada beberapa bulan sahaja lagi sebelum direhatkan. Saya berharap Datuk Seri Najib juga sedar beliau pun mungkin hanya ada beberapa bulan sahaja lagi sebagai Perdana Menteri sekiranya kemarahan rakyat itu terus merebak.

 #LawanTetapLawan Kita jumpa di Pandan dan kawasan-kawasan lain selepas ini.

Nota : RAFIZI RAMLI anggota parlimen Pandan merangkap setiausaha agung dan naib presiden PKR. Menurutnya, surat itu ditulis dari kandang tertuduh semasa penghakiman dibacakan. ~ sumber

Jamal Melalak Melolong kena tumbuk Zuraidah?

Posted: 13 Nov 2016 08:00 PM PST

Kejadian berlaku ketika Jamal yang juga ketua kumpulan berkenaan mengekori Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin mempromoasikan perhimpunan Bersih 5 di pusat beli-belah Ampang Point.

Kumpulan baju merah muncul di luar Ampang Point sekitar pukul 3 petang untuk sekali lagi mengganggu penyokong Bersih apabila Jamal dilihat menolak seorang lelaki yang memakai baju Bersih sebelum polis campur tangan.

 Tidak lama selepas itu, kumpulan baju merah dan Jamal meluru masuk ke dalam pusat membeli-belah sebelum pihak polis menyekat mereka.

Pergelutan akhirnya berlaku antara kumpulan Jamal dan anggota polis.  Lihat vdo berikut; kedengaran dengan jelas : "Polis tumbuk saya! Polis tumbuk saya! berulang kali.

Tak terduga sama sekali bahawa itu adalah suara Jamal yang katanya samseng Sekinchan....

Jamal dengan hidung berdarah melalak melolong mengadu kena tumbuk.... ingatkan bapok manalah bila dengar suaranya...


 Tetapi kemudian, Jamal mendakwa ditumbuk oleh salah seorang pengikut Zuraida walaupun ketika kejadian penyokong Bersih telah meninggalkan lokasi berkenaan.

 Jamal kemudiannya membuat laporan polis bahawa dia ditumbuk oleh budak-budak suruhan Zuraidah di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin hari ini berkata beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Jamal Yunos kerana menuduh pengikutnya menumbuk beliau di muka.

Beliau juga berkata ia adalah satu kesalahan untuk membuat laporan polis palsu selepas Jamal berbuat demikian semalam, mendakwa bahawa seseorang memakai Bersih T-shirt telah menumbuknya di hidung berikutan pergelutan di pusat membeli-belah Ampang Point. 

Pas Tak Khianat ...cuma kencing di sana sini...

Posted: 13 Nov 2016 04:08 PM PST


Pas tidak pernah khianat dalam pakatan pembangkang, malah parti Islam itu sentiasa menghormati adab dan akhlak berpakat. Presidennya, Hj Hadi berkata, ketika berada dalam pakatan, Pas sentiasa teguh dengan dasar dan matlamat yang wajib dihormati semua pihak.

"Dalam sejarah pakatan dengan pihak lain, Pas tak pernah khianat (dalam apa-apa pakatan), sehingga Pas dipecat daripada BN (pada 1978) dan terkini, DAP memecat Pas daripada Pakatan Harapan (PR)," katanya dalam satu kenyataan, kelmarin, di sini

Kah! Kah! Kah! Memang kenyataan Hj Hadi tu hancing! Hj Hadi tak pernah khianat...dia cuma jenis kerap kencing kawan-kawan pakatannya di merata tempat banyak kali!

Sejarah negara merakamkan banyak pengkhianatan yang Pas telah lakukan semasa bertahaluf siayasi dgn Pakatan Rakyat.Kali ini pula Hj Hadi kata : DAP memecat Pas daripada Pakatan Harapan (PR)? Saya cuma nak ulas tentang perkara ini sahaja sebab ini adalah satu pembohongan yang sangat melampau.

Walhalnya, seawal 17 Feb.2013, Hj Hadi sendiri telah mengugut Pakatan Rakyat dengan berkata : Pas akan keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekiranya kerjasama antara PKR dan DAP merugikan Islam dan Melayu.

Walaupun telah ratusan kali Hj Hadi mengakui bahawa tahaaluf siyasi yg PAS lakukan bersama PKR/DAP itu cukup untungkan Islam, memberikan manfaat pada dakwah, suatu yg tidak pernah PAS kecapi sejak dahulu; tetapi pada 5/6/2015 iaitu hari kedua muktamar, Hj Hadi telah mengarahkan secara terus Ketua JK Usul Muktamar utk pastikan "muktamar mesti terima tanpa bahas" usul tergempar Dewan Ulamak PAS utk "putuskan hubungan dgn DAP".

Hj Hadi mengarahkan demikian walaupun dia maklum bahawa Dewan Ulamak seperti yg disebut oleh Dr Mahfuz Ketua Dewan Ulamak sendiri, memang diangkat sbg "usul tergempar" di saat akhir dengan satu sahaja tujuan mereka, iaitu utk usul itu diperbahaskan oleh perwakilan, sebelum apa-apa keputusan terima atau tolak dibuat.

 Hasil dari tindakan veto tanpa hujjah Hj Hadi yang memaksa perwakilan terima usul untuk "putuskan dengan DAP" tersebut, telah dibantah oleh beberapa perwakilan :

 (a) Pandangan perwakilan Negeri Sembilan, Faiz Fadzil, anak kepada mantan Presiden PAS yg juga merupakan Peguam PAS menegur tindakan salahguna kuasa Hj Hadi membelakangkan muktamar itu sbg kesalahan dan dosa besar, sebab ia bertentangan dgn perlembagaan parti sendiri. Faktanya, Hj Hadi sbg Presiden tidak pernah memiliki hak sedemikian spt tertakluk di dalam perlembagaan.

 (b) Pandangan perwakilan Kota Raja cukup jelas bahawa Hj Hadi tiada hak untuk menjadi diktator memaksa perwakilan PAS wajib membabi-buta taat sahaja pada arahan tersebut, walau pun Hj Hadi bercakap sbg ulamak besar sekalipun. Perwakilan itu mengingatkan bahawa setiap tindakan mestilah disandarkan hujjah, dan hujjah tersebut mestilah dikemukakan utk kefahaman. Perwakilan tersebut memberi peringatan bahawa tanggungjawab Presiden adalah utk membuat keputusan secara bersama (syura), bukannya veto, bukan diktator, dgn memaksa "putuskan hubungan dgn DAP" oleh satu kepala sahaja utk sehingga menolak keputusan 7 kali muktamar sejak 2008 lagi.

 (c) Bahkan org kuat dan org kanan Hj Hadi sendiri, seorg Adun dari Marang yg berkali-kali bangkit membantah keras tindakan Hj Hadi tersebut sbg merosakkan jamaah dan mengundang FITNAH yg begitu besar pada PAS dan PR dan diri Hj Hadi sendiri. Perwakilan itu menyebut, sememangnya keputusan spt arahan Hj Hadi itulah sgt diidamkan oleh UMNO sejak sekian lama. Segala teriakan, amaran dan marah Adun dari Marang tersebut diabaikan sahaja oleh Hj Hadi.

 (d) Perwakilan Sabah dan perwakilan2 lain pakat bangun nyatakan PAS pasti menuju kehancuran tatkala elemen salah guna veto dibenarkan dilakukan oleh Presiden tanpa mahu ikut keputusan syura muktamar yg tertinggi. Hingga pagi ketiga itu, dewan gamat dgn teriakan dan herdikan marahnya mereka pada Hj Hadi atas salah guna kuasa tersebut.

 (e) Dan yg paling jelas, TIDAK ADA seorang pun dari kalangan perwakilan yg bangkit "bersetuju" dgn "usul diterima tanpa bahas" tersebut. Itulah FAKTA nya!

Jelas bahawa Pas telah meluluskan usul dlm muktamar 2015 utk memutuskan hubungan dengan Dap (usul dibawa oleh dewan ulama dan diluluskan TANPA DIBENARKAN UNTUK DIBAHAS oleh Hj Hadi walaupun cuba dibantah oleh beberapa perwakilan. (Fakta-fakta diatas dikutip dari tulisan Ahmad Sayuti Basiron di sini

Maka jadilah PAS seperti hari ini, memasuki perangkap UMNO, dan robohlah PR. 

Tindakan Hj Hadi itulah satu-satunya kejayaan utama UMNO yg diperjuangkan sejak 2008 hingga hari ini. 

Hj Hadi sendri meruntuhkan satu uasaha tahaaluf yg dimulakan oleh Al-Marhum Ustaz Fadhil Noor dan Al-Marhum TG Nik Aziz sejak sekian lama.

Tidak hairanlah jika Hj Hadi kalut dan asyik menyalahkan DAP dalam segala hal kerana memang itulah kalimah wirid dan zikir yang diperturunkan kepadanya oleh Umno.

Comments (0)