Followers

Nuffnang

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:48 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


RUU355 Hadi: Antara jerat politik, keutamaan atau senjata makan tuan?

Posted: 30 Oct 2016 05:05 PM PDT


 


ustazcheibrahim1
Pertikaian usul pindaan Rang Undang-Undang konon bagi memperkasakan Mahkamah Syariah (RUU355) yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mencetuskan polemik dan perdebatan hangat kelompok rakyat negara ini.
Perdebatan hangat ini sedikit sebanyak menenggelamkan banyak isu mendasar melibatkan ketirisan wang negara akibat skandal mega 1MDB, derma RM4,2 bilion, individu MO1, isu persempadanan semula SPR, isu perkauman samseng Baju Merah UMNO selain isu balak yang dilesenkan kerajaan PAS Kelantan.
Perdebatan RUU355 yang dibawa oleh Presiden PAS itu juga semakin panas apabila ada sebilangan kelompok kecil agamawan seolah-olah meruntuhkan perpaduan rakyat negara ini khususnya yang beragama Islam apabila mereka cenderung memandang golongan yang menentang RUU355 adalah anti-Islam, malah dikafirkan.
Bagi merungkai lanjut polemik hudud ini, wartawan Hafiz Zainuddin dan Fatih Hasan Nordin ke Kuala Krai Kelantan bagi menemubual Ustaz Che Ibrahim Mohamed yang merupakan bekas Setiausaha Enakmen Jenayah Syariah Kelantan yang kini Naib Pengerusi Amanah Kelantan. Foto oleh Ahmad Yusufi.

KRONOLOGI PERPECAHAN DALAM PAS







"Golongan agama jangan memperdagangkan agama"
ustazcheibrahim

"Isu takfiri bukan benda baru. Isu ni benda lama. Dulu isu mengkafirkan orang yang mengamalkan politik suku agama suku (Amanat Haji Hadi). Sekarang ni timbul pula isu sebegini (melibatkan) masalah undang-undang sedangkan rakyat tak ada kuasa luluskan undang-undang," kata Ustaz Ibrahim
Salah faham meluas yang timbul dengan mengatakan menolak RUU persendirian Ahli Parlimen Marang itu sebagai menolak hukum Allah adalah tidak benar sama sekali malah tohmahan itu hanya akan membenihkan fahaman pelampau agama di Malaysia.
Kesannya dapat dilihat apabila ada pihak menganggap mana-mana rakyat Malaysia yang mempersoalkan pelaksanaannya di negara sebagai musuh Islam sehingga ada yang sanggup mengkafirkan individu Islam lain yang tidak bersetuju mengenainya.
Tanggapan sedemikian, kata bekas Setiausaha Enakmen Jenayah Syariah Negeri Kelantan Ustaz Che Ibrahim, adalah satu tanggapan yang salah dan amat tidak wajar.
"Isu takfiri bukan benda baru. Isu ni benda lama. Dulu isu mengkafirkan orang yang mengamalkan politik suku agama suku (Amanat Haji Hadi). Sekarang ni timbul pula isu sebegini (melibatkan) masalah undang-undang sedangkan rakyat tak ada kuasa luluskan undang-undang.
"Sebab kita kena faham, hukum syarak adalah satu perkara, RUU 355 ini pula adalah suatu perkara lain.
"Kita sekarang ni bukan membincangkan mempertikaikan hukum syarak. Kita memperkatakan tentang bagaimana hukum ini hendak dilaksanakan," katanya.
Beliau menegaskan sehubungan itu, golongan agama tidak boleh sama sekali memperdagangkan agama semata-mata demi kepentingan politik kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi kekeliruan di kalangan rakyat.
Perkara ini dapat dilihat jelas apabila polemik melibatkan usul Presiden Pas itu seolah-olah mahu memaksa rakyat supaya menerimanya.
"Sekarang ni seolah-olah nak paksa rakyat menerima undang-undang ini sedangkan rakyat tidak ada kuasa pun. Rakyat bukan penggubal undang-undang. Yang akan melulus atau menolak ialah Parlimen atau DUN," ujarnya.
Katanya lagi, dari sudut hukum, seseorang umat Islam tidak boleh menolak ketetapan yang digariskan syariah namun penolakan terhadap pelaksanaan undang-undang syariah atas sebab tertentu adalah perkara yang jauh berbeza.
"Berapa ramai orang Islam yang menolak untuk lakukan Haji sedangkan dia ada kemampuan dan wajib? Dia bukan menolak kewajipan Haji tapi dia ada alasan tertentu mengapa dia tidak tunaikan ibadat haji.
"Begitu juga isu pelaksanaan undang-undang. Bukan soal menolak syariah tetapi kerajaan yang memerintah itu mungkin mempunyai alasan-alasan tertentu mengapa ianya tidak menjadi satu keutamaan," jelas beliau.
ustazcheibrahim3

"Bagi saya isu ini betul-betul permainan politik. Kalaulah betul sebagaimana yang disebut oleh Mufti Wilayah Persekutuan bahawa RUU355 wajib disokong, maka sepatutnya Majlis Fatwa Kebangsaan bawa fatwa ini kepada kerajaan. Mendesak kerajaan meminda akta ini."
RUU355 mainan politik
Jangan lupa, Pakatan Rakyat berpecah akibat gagal menguruskan pertikaian melibatkan 'hudud'. Perpecahan itu merupakan rahmat besar kepada UMNO dan sebahagian pemimpin PAS bergelar ulama yang bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin UMNO demi kepentingan politik dan perkauman sempit mereka.
Usul RUU 355 oleh PAS jelas telah mendapat restu UMNO apabila pindaan tersebut dipercepatkan untuk bacaan kali pertama dalam Dewan Rakyat pada bulan Mei lalu mendahului usul-usul lain.
Permulaan ini sudah memberi gambaran awal tentang politik UMNO-PAS untuk menjauhkan lagi kebersamaan parti-parti pembangkang negara ini yang telah lama berjuang menentang salah laku, rasuah dan salah guna kuasa yang berleluasa.
Naib Pengerusi Amanah Kelantan itu berkata, RUU Hadi yang menimbulkan kontroversi dan pertikaian meluas dalam sistem perundangan negara ini telah dipergunakan sebagai mainan politik.
"Bagi saya isu ini betul-betul permainan politik. Kalaulah betul sebagaimana yang disebut oleh Mufti Wilayah Persekutuan bahawa RUU355 wajib disokong, maka sepatutnya Majlis Fatwa Kebangsaan bawa fatwa ini kepada kerajaan. Mendesak kerajaan meminda akta ini.
"Bukan serah kepada pihak pembangkang sebab ini kalau tahap wajib, bukan serah kepada parti politik sebab tugas mufti dan majlis fatwa ialah menasihat kerajaan bukan nasihat parti politik.
"Jadi, sekiranya mufti berpandangan Akta 355 ini sudah berada tahap wajib, maka sepatutnya mufti beri pandangan kepada pihak kerajaan.
"Pernah dibuat suatu keputusan rasmi dalam Majlis Fatwa Kebangsaan? Tak pernah. Ini jelas menampakkan bahawa isu ini telah dipolitikkan, bukan isu agama," ujarnya.
Bukan pertikaian hukam-hakam agama tapi soal perundangan negara
ustaz4"Sekarang ini bukan soal nak mengamalkan hak orang Islam untuk mengamalkan peraturan agama dia. Sekarang ni ialah soal undang-undang di mana ia bukan hak individu untuk (melaksanakannya) walaupun ia dikaitkan dengan Islam."
Ustaz Che Ibrahim berkata lagi, rakyat khususnya umat Islam negara ini perlu jelas bahawa polemik 'hudud' melibatkan RUU355 ini bukanlah pertikaian di peringkat hukum-hakam agama tetapi adalah perbahasan pelaksanaannya dalam konteks perundangan negara.
Beliau menempelak pihak yang mendakwa kritikan terhadap cadangan RUU tersebut sebagaimengganggu hak orang Islam mengamalkan ajaran agama.
"Sekarang ini bukan soal nak mengamalkan hak orang Islam untuk mengamalkan peraturan agama dia. Sekarang ni ialah soal undang-undang di mana ia bukan hak individu untuk (melaksanakannya) walaupun ia dikaitkan dengan Islam.
"Undang-undang adalah hak negara, kuasa negara. Ini bukan soal ibadat macam sembahyang, puasa atau haji. Kamu nak sembahyang ke haji ke puasa ke tak ada siapa pun boleh menghalang. Itu hak kamu.
"Tapi bila kita sebut perlaksanaan undang-undang ini bukan hak rakyat biasa ini hak kerajaan," katanya meminta rakyat negara ini tidak hilang fokus terhadap isu sebenar polemik 'hudud'.
Pertindihan kuasa Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil, apa yang mahu diperkasakan?
Selain soal hukum dan politik, Ustaz Che Ibrahim turut membangkitkan kelemahan isu-isu teknikal RUU355 dan pertindihan yang wujud apabila Mahkamah Syariah diberi kuasa menjatuhkan hukuman ke atas kesalahan jenayah kecuali hukuman mati.
Menurut Ustaz Che Ibrahim, usul pindaan RUU355 bersifat tidak jelas apabila diberi kuasa memberi hukuman ke atas kesalahan jenayah.
"Pertama sekali  kita kena jelas apa sebenarnya yang nak diperkasakan di Mahkamah Syariah. Sebab ada beberapa aspek yang mesti perkasakan," katanya.
Pertamanya kata beliau adalah berkaitan status Mahkamah Syariah yang setaraf mahkamah negeri dan bukannya Mahkamah Persekutuan.
Ini bermakna, ia hanya boleh laksanakan membicarakan kes-kes melibatkan bidang kuasa negeri sahaja dan berbeza dengan Mahkamah Sivil.
"Jadi sekarang ni soalnya apa yang nak diperkasakan? Adakah nak perkasakan sudut bidang kuasa Mahkamah Syariah?" soalnya.
Ia bermakna, Mahkamah Syariah hanya mempunyai kuasa di sudut kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan kekeluargaan Islam seperti isu perkahwinan, isu hak penjagaan anak, nafkah dan seumpamanya serta kesalahan tertentu melibatkan moral seperti perbuatan tak sopan, khalwat dan sebagainya.
"Dengan kata lain semua kesalahan yang dibicarakan dalam mahkamah syariah ini tidak dianggap suatu kesalahan jenayah. Ia hanya kesalahan pelanggaran kepada rukun-rukun agama.
"Adapun semua kesalahan yang berkaitan jenayah sama ada ia berkaitan rasuah, salah guna kuasa, mencuri atau seumpamanya, ia masih lagi dibicarakan di mahkamah sivil. Ini satu. Maksudnya apa yang nak diperkasakan RUU ini pun sudah tidak jelas," kata beliau.
Ketempangan RUU 355 Hadi
Ustaz Che Ibrahim menekankan, RUU 355 PAS ini hanya memberi penekanan soal hukuman semata-mata sedangkan kuasa menjatuhi hukuman dan bidang kuasa jenayah ini perlulah seimbang.
"Jadi RUU355 ini hanya memfokuskan kepada hukuman sahaja bukan kepada bidang kuasa jenayah.
"Berbeza dengan mahkamah sivil, walaupun Mahkamah Sesyen boleh menjatuhkan semua hukuman selain hukuman mati, tapi dalam masa yang sama mahkamah itu boleh membicarakan semua kesalahan kecuali kesalahan-kesalahan di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah," jelasnya.
Berdasarkan sisi teknikalnya sahaja jelas beliau, wujud kelompongan yang besar dalam usul RUU355 tersebut yang kemudiannya dipolitikkan untuk kepentingan pihak tertentu.
"Sepatutnya selesaikan bidang kuasa jenayah bukan hukuman. Setelah selesai bidang kuasa jenayah. Barulah hukuman. Sebab apa guna kita beri hukuman kalau dia tidak ada kuasa untuk membicarakan kesalahan," jelas Ustaz Che Ibrahim.
Beliau turut mempersoalkan kesalahan apa dibicarakan bagi membolehkan RUU tersebut terpakai.
"Okay sekarang ini kita lihat RUU 355 seolah-olah mahu memberi semua kuasa hukuman kepada Mahkamah Syariah kecuali hukuman mati.
"Jadi sekarang ni, apa kesalahan yang nak kita bicarakan bagi membolehkan hukuman yang dia (RUU355) mintak ni untuk dikenakan? Katalah, selain hukuman mati, bererti Mahkamah Syariah diberi kuasa hukuman penjara, tak disebut pun berapa tempoh, mungkin 15 tahun, mungkin 20 tahun, mungkin 30 tahun, mungkin sepanjang hayat.
"(RUU355) hanya kata hukuman mengikut undang-undang syariah selain hukuman mati. Jadi bererti hukuman penjara seumur hidup juga boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah? Soalnya, bila pula Mahkamah Syariah diberi kuasa (jatuhkan) hukuman penjara seumur hidup? Apa pula kesalahan yang dibuat untuk hukuman penjara seumur hidup tu?" soalnya.
Tambahan pula kata beliau, kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Syariah hanya sekitar kesalahan-kesalahan kekeluargaan Islam.
Perkara kedua jelas Ustaz Che Ibrahim ialah berhubung kuasa mendenda oleh Mahkamah Syariah.
"Sekarang ini kuasa denda di Mahkamah Syariah maksimum RM5,000. Katakanlah pindaan ini memberi satu kuasa tanpa had. Sebab (RUU355) tak disebut berapa denda yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah. Yang dia hanya sebut ialah hukuman mengikut undang-undang syariah termasuklah denda. Tapi berapa denda dia? Mungkin sejuta ringgit, dua juta? (apa hadnya?)" soalnya lagi.
Benarkah RUU355 akan perkasakan Mahkamah Syariah di Malaysia?
Melalui perbincangan ringkas kami bersama Ustaz Che Ibrahim di Kuala Krai kali ini, kesimpulan yang boleh dibuat ialah RUU 355 tidak mampu memartabatkan Mahkamah Syariah di negara ini.
Ia kerana pindaan tersebut terlalu 'obses' kepada aspek hukuman namun gagal menyelesaikan banyak aspek pentadbiran, teknikal dan apa yang ketara, terlalu banyak kes melibatkan pelaksanaan undang-undang keluarga Islam yang tidak selesai dan bermasalah.
Bagaimanapun RUU 355 ini mampu menjadi senjata politik terbaik bagi UMNO dan PAS untuk memecahkan gabungan pembangkang negara ini yang giat memberi fokus kepada keutamaan tadbir urus yang baik, membanteras rasuah, mengurangkan kemiskinan dan keadilan sosial.
Polemik RUU 355 dan hudud PAS telah banyak memesongkan fokus terhadap isu yang lebih realistik dan dekat dengan kehidupan rakyat yang semakin terbeban dengan peningkatan kos sara hidup dan kelembapan ekonomi negara.
Selain itu, ia turut akan memberi impak terhadap Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak keadilan yang sama-rata dan adil terhadap warganya. – Roketkini.com

Siasat Dedah OSA: Lembaga Disiplin Umno wajar berlaku adil terhadap Ahmad Husni

Posted: 30 Oct 2016 04:47 PM PDT


Tan Sri Abdul Aziz RahmanTan Sri Abdul Aziz RahmanAhli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah wajar diberikan keadilan sekalipun beliau disiasat oleh pihak polis dan Lembaga Disiplin Umno kerana dedah Akta Rahsia Rasmi (OSA), kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman.
"Beri peluang pihak polis lakukan soal siasatan sama ada kenyataan yang disebut Ahmad Husni itu melanggar OSA.
"Dalam hal ini Umno juga perlulah berlaku adil  lakukan siasatan terlebih dahulu terhadap ucapan yang dibuat oleh Husni di dewan rakyat itu.
"Buat masa ini kita tidak pasti sama ada Ahmad Husni melanggr OSA atau tidak seperti yang disebutnya dalam sidang dewan itu kerana polis belum lagi lakukan siasatan mengenai hal ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas kenyataan di buat oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khaled Abu Bakar  yang dilaporkan berkata siasatan akan dilakukan pada hari ini (Isnin) terhadap tiga bekas menteri kabinet berhubung dakwaan mendedahkan maklumat sulit kerajaan mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Selain Ahmad Husni yang juga bekas menteri kewangan kedua, turut akan disoalsiat bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas menteri pembangunan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahManakala bekas Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman pula dipetik berkata, jika Ahmad Husni tidak dipecat atau terlepas daripada tindakan lembaga disiplin Umno, ada kemungkinan tokoh lain daripada parti itu akan turut mempersoalkan skandal 1MDB berkenaan.
Sebabnya, ujar Hamidah kalau diam (tiada tindakan disiplin diambil) maknanya adanya kebenaran apa yang dipersoalkan Ahmad Husni dan dari situ ujarnya, akan ada lagi yang akan buka mulut tentang 1MDB ini.
Menjelaskan lagi kenyataan Hamidah itu, ujar Abdul Rahman lagi, sekiranya hasil siasatan polis mendapati  Ahmad Husni melanggar OSA sudah pasti ia ada kaitan dengan disiplin parti.
"Kalau sekiranya hasil siasatan polis didapati telah melanggar OSA, Lembaga Disiplin Umno perlu menyiasat adakah melanggar syarat-syarat dalam disiplin Umno pula," jelasnya.
Menurut beliau ia bukan persoalan sama ada tindakan itu diambil untuk "menutup mulut" daripada ahli parti bercakap soal 1MDB seperti yang dikatakan oleh Hamidah.
"Mubarak tidak menyebelahi mana-mana pihak. Mubarak ikut apa sahaja dalam perundangan jika melanggar undang-undang OSA seperti apa yang disebut oleh Speaker (Tan Sri Pandikar Amin) dalam dewan kerana speaker mempunyai kuasa penuh tidak boleh dicabar mana-mana Yang Berhormat kerana speaker ada kerangka perundangannya sendiri, dia pun pengamal undang-undang, dia tahu apa yang dicakapkannya.
"Manakala hak kerajaan (polis) jika ada aduan mereka perlu siasat dan Lembaga Disiplin parti pula perlu jalankan siasatan dalaman sebelum mengambil sebarang  tindakan disiplin terhadap Ahmad Husni atau mana-mana ahli lainnya yang didapati mendedahkan rahsia kerajaan," ujarnya.

AKHIRNYA PAS TERTIPU LAGI

Posted: 30 Oct 2016 04:31 PM PDT

Punca perpecahan pimpinan Pas sudah diketahui.Ini kerana ahli yang keluar dan menubuhkan amanah sudah beberapa kali tidak bersetuju dengan Hadi untuk tidak bergantung kepada Umno untuk meluluskan  akta 355 mahkamah syariah yang dijaja oleh ahli Pas sebagai hudud..termasuk lah sehingga nak kapirkan orang yang tak sokong..Malahan walaun tegar terang terang kata Hadi dah bentang..eeerkkkk..bila pulak Hadi bentang..malahan bertegang urat tengkok mengatakan bahawa usul ulamak ini orang biasa tak tahu...tu dia aihh..dasyat sungguh .

Tapi kini tekaan orang ramai yang sudah tidak lagi yakin Pas akan menentang Umno dengan tindak tanduk mereka dan menganggap Pas hanya membawa perpecahan dalam proses untuk nak memecahkan undi dikatakan sebagai parti yang hanya mahu menjadi pembangkang dan mengikut tunjuk orang lain..Dalam pada hadi kata ikut tunjuk orang lain, Pas dikatakan menang di 3 negeri  iaitu kedah ,kelantan Terengganu..Cuma Kelantan kekal namun Terengganu dan Kedah yang dibolot semua oleh Pas dalam mentadbir hanya kekal 1 penggal sahaja.

Malahan usul yang dicadangkan, liku liku jalan nak kena tipu, semua orang dah  tahu dan katakan bahawa Pas kena tipu..Namun Pas dan penyokongnnya tetap tidak percaya dan yakin walau orang ramai kata kena tipu...akhirnya Azalina yang pernah duduk dengan Takiyuddin untuk memberi ruang pada Hadi yang gambarnya dirakam dalam dewan, kini , menyatakan tiada masa....kan dah kena...






Bukan sahaja isu usul 355 ini menjadikan orang ramai tidak percaya.Wakil rakyat duduk diam dalam dewan pun jadi isu, malahan perpecahan dalaman pas dan perpecahan yang juga dikatakan selepas muktamar 2015 secara setandan dari 24 ajk pas pusat, dan ini ada sesuatu disebalik perpecahan itu dan pimpinan Pas tidak lagi dianggap sebagai senjata ampuh untuk menentang Umno/Bn





Image result for azalina othman


Kenyataan Azalina 

Dewan Rakyat mungkin tiada masa untuk tangani rang undang-undang (RUU) persendrian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata menteri bagi hal ehwal Parlimen.

Datuk seri Azalina Othman Said dalam satu wawancara berkata Dewan hanya mempunyai baki 2 hari lagi selepas perbahasan Bajet 2017 selesai, tetapi urusan kerajaan perlu didahulukan.

"Mengikut kalendar, ada 2-3 usul menanti untuk diluluskan selepas perbahasan Bajet selesai," katanya lapor Sin Chew Daily.

Turut berada dalam agenda adalah usul menggantung Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng selama 6 bulan.

"Kami hanya ada 2 hari untuk selesaikan semua urusan, saya tak tahu sama ada kita ada masa kecuali kita semua bermalam di Parlimen," katanya.

Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung sehingga 24 November. Sebanyak 6 hari diperuntukkan untuk rang undang-undang dan urusan kerajaan lain, manakala 23 November hingga 24 November diperuntukkan untuk urusan lain.

Hadi mengemukakan usul mendapatkan persetujuan ahli Dewan untuk membentangkan rang undang-undang memperluaskan bidang kuasa jenayah mahkamah syariah.

Usulnya perlu dibahas dan diundi ahli Dewan. Sekiranya usul diluluskan, RUU dianggap sudah dibentangkan tetapi menteri berkaitan perlu kemukakan ia untuk dibahaskan.

RUU itu mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 bagi membolehkan mahkamah syariah negeri melaksanakan sebarang hukuman yang diperuntukkan dibawah undang-undang Islam kecuali hukuman mati lapor FMT

60% TANAH BANDAR MALAYSIA JATUH KE TANGAN CHINA?

Posted: 30 Oct 2016 03:59 AM PDT



KREDIT: YONG SUKA KUNING



Beberapa hari sudah gempar bumi Melayu apabila Shafie Apdal mendakwa 60% dari pada tanah Bandar Malaysia telah dijual kepada China.

Mungkin ini rujukan Shafie Apdal:

ASTRO AWANI

Lalu bertempiklah menteri UMNO, Abdul Rahman Dahlan, membetulkan kenyataan Shafie Apdal.

Bukan! Bukan 60%, tetapi 24%:

MSN

Apabila ada menteri yang menghurai dengan nombor-nombor, maka Yong terpanggil untuk melihat nombor-nombor tersebut.

Betullah yang 60% itu dijual kepada IWH dan China Railways group. Yaitu:
IWH = 60%
China Railway Group = 40%

Maka kiraannya:
60% daripada 60% = 36% 
40% daripada 60% = 24%

IWH tu milik rakyat Malaysia.

Maka Yong selak-selak data mencari nama-nama Melayu, kot ada dalam IWH. Yong jumpa nama Datuk Haris Onn Hussein, adik Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang memiliki 20.16% stake dalam Ekovest. Bhd, cabang yang buat kerja binaan dan kejuruteraan untuk IWH (The STAR). 

Ada la...nama Melayu, betul tak lebai?

Selebihnya siapa punya?

Menurut THE EDGE:

"Tan Sri Lim Kang Hoo is a common shareholder of IWH, holding a 70% stake via Credence Resources Sdn Bhd and Ekovest. He is the single largest shareholder of the latter with a 28% stake...Nephew Lim Keng Cheng, the managing director of Ekovest, owns 7.61% of the company and also has a small stake in Credence Resources."

Maknanya yang control IWH tu adalah rakyat Malaysia bangsa Cina, yang setahu Yong bukan beragama Islam.

Credence Resource ni Pakcik Google tak tau siapa punya:

BLOOMBERG

Cuba tengok di sini pulak:

EKOVEST

Macam tak nampak nama orang Melayu Islam yang jadi BOD di Ekovest... Nak kenal, kena tanya ahli BOD tu, adakah demer semua ahli DAP?

Dan yang ini pulak cerita apa?:

BLOOMBERG

Ada laa nama Melayu! Tapi nama penjualnya, bukan pembeli.

Dah lama buat kerja ni rupanya!

Jangan bimbang walaupun bumi Melayu tergadai. Ini mudarat yang ringan jer. Masih ada lagi mudarat yang lebih besar. 

Seperti kata ketua lebai:

"Kalau kita berlawan dengan UMNO, orang bukan Islam boleh memerintah" (YSK).

Wahai pejuang Melayu and penyokong lebai! Perhatilah keliling anda! Siapakah yang menjual aset negara kepada entiti dan rakyat asing yang bukan Islam?

Fikir-fikirlah.

Rujukan:

PELIK, 1MDB TIDAK DISENTUH LANGSUNG DALAM BAJET 2017? – TONY PUA

Posted: 30 Oct 2016 03:53 AM PDT

‘MUSUHI CINA DALAM NEGARA TAPI JUAL PROJEK KEPADA CINA TANAH BESAR?’

Posted: 30 Oct 2016 03:45 AM PDT

Penduduk Kampung Laut tubuh cawangan Amanah, tidak lagi percaya Pas

Posted: 30 Oct 2016 03:37 AM PDT


Zakaria Yussuf menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Ketua Amanah Tumpat Wan Johari.Zakaria Yussuf menyerahkan borang keahlian Amanah kepada Ketua Amanah Tumpat Wan Johari.
Sekumpulan 20 penduduk Kampung Laut, Tumpat, Kelantan menubuhkan cawangan Parti Amanah Negara (Amanah) selepas tidak lagi yakin dengan pemerintahan Pas di negeri itu.
Penubuhan cawangan itu selepas penduduk kampung itu mengadakan himpunan membantah perpindahan mereka bagi memberi laluan kepada projek Kampung Warisan.
Wakil kumpulan berkenaan, Zakaria Yussuf bagaimanapun menafikan keputusan mereka itu ada hubung kait dengan bantahan di hadapan kompleks pentadbiran negeri dua hari lalu.
"Penubuhan cawangan Amanah ini telah kami rancang lama," katanya.
Dalam pertemuan pagi semalam mereka bersetuju membentuk jawatankuasa penaja Amanah cawangan Kampung Laut yang diketuai Nik Ghazi Nik Abdullah.
Menurut Zakaria, penduduk di situ telah lama memerhati tindak-tanduk Pas yang disifatkan sebagai hilang fokus untuk membantu rakyat setelah ketiadaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Nampak sangat kini keputusan-keputusan berkaitan orang ramai kurang dirunding dan hanya pihak atasan membuat keputusan.
"Kita melihat kerajaan Pas sekarang sudah hilang fokus untuk membantu rakyat. Projek dilihat lebih penting daripada jerit perih rakyat.
"Semasa tok guru dulu, rintihan rakyat selalu diambil berat. Sekarang sudah hilang. Ini yang menyebabkan kita sudah hilang kepercayaan kepada mereka," katanya.
Menurutnya, rasa pelik juga timbul apabila hubungan Pas dengan Umno yang dilihat semakin intim berbanding zaman pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz.
"Rakyat di bawah tidak faham apa hubungan dengan Umno hingga di media pemimpin Pas dan Umno kelihatan sokong-menyokong," katanya.
Zakaria berkata satu majlis ceramah besar-besaran akan diadakan di kampung Laut sebaik permohanan penubuhan cawangan diluluskan.
"Kita Akan jemput pemimpin-pemimpin kanan Amanah peringkat negeri dan nasional," katanya.

Penduduk Kg Laut membuat demo di perkarangan DUN Kelantan 27 Oktober lepas.Penduduk Kg Laut membuat demo di perkarangan DUN Kelantan 27 Oktober lepas.
DEMO BANTAHAN
Berpuluh penduduk Kampung Laut, Tumpat, Kelantan berdemonstrasi di perkarangan kompleks pejabat kerajaan negeri, di Kota Bharu 27 Oktober lepas.
Mereka membantah tindakan kerajaan mengambil tapak rumah dan tanah mereka untuk dijadikan tapak projek Warisan.
"Kami mahu rumah bukan waye kulit," adalah antara sepanduk yang dinaikkan oleh mereka di depan pejabat SUK Kelantan yang turut menempatkan Dewan Undangan Negeri Kelantan yang kini sedang bersidang.
"Kami oghe Kampung Laut tolak projek Warisan, Jange hambat kami," juga antara sepanduk dan kain rentang yang dinaikkan.
Ketika Dewan berehat tengahari, Adun Salor Datuk Husam Musa telah menemui mereka bagi meredakan kemarahan.

Comments (0)