Followers

Nuffnang

WarkahDaily Online

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:23 PG | Posted in

sumber :-

WarkahDaily Online


Penangan RUU 355

Posted: 19 Oct 2016 08:39 PM PDT

Tak bentang pun.... noja guane Tok Guru pasal 355 tu... tanya Tok iman yang dulu ketua 10 umno. Sekarang masih umno, dulu tak pernah panggil Presiden Pas dengan 'Tok Guru'...

Aku buat selambe je... tidak terkejut dengan pertanyaan Tok Iman lepas subuh sakning. ' Minum air dululah.... pelawa aku.

Semasa melangkah menuju meja teh... dia mengulangi soalan yang sama.

Aku sebenarnya tiada jawapan untuk soalan pagi yang bertaraf nasional ini.

Bila secawan teh tarik sampai aku marah-marah kepada tuan kedai... mana sudu? Teh tarik kita dok bubuh sudu noja weh... adunan teh dan susu sudah sebati... minum je...

Haji rasa jika bentang boleh lulus ke? Kita nak 113 undi menyokong...

Dia tidak boleh jawab.... bahkan dia pulangkan semula soalan itu pada aku... mung rase guane?

Haji che loh mencelah... bila nak bentang ni... satu lagi soalan mari menerjah... bentang ke dok ni noja? Haji Man menambah tekanan...

Aku terpaksa jawab juga, walaupun aku cuba mengalih tetapi 4 orang semeja memberi tekanan bertalu-talu dengan soalan sama. Seolah pagi ni mereka telah berpakat untuk kenakan aku...

Tuan kedai sambil tebar roti canai dengan bini dia yg tukang buat air seolah menyebelahi Tok Iman. Biasanya mereka tak campur pasal sibuk dengan kerja mereka, pagi ni lain pulak..adoi berpeluh aku, nak buat kuca air teh tarik... tadi kena dah..

Aku cuba...

Presiden Pas dah selesai tugas dia, tunggu proses menteri sebut je mengikut peraturan dewan, sekarang bukan bidang kuasa Tuan Guru, kena ikut peraturan... walaupun penting setaramana pun bergantung kepada peraturan dan tertib terening dewan...

Kalah menang bukan persoalan utama dah sekarang, walaupun kami nak menang, tempoh sidang parlimen sehingga november ini. Bila -bila masa boleh naik ... dua tiga bulan dah orang Islam tunggu saat ni, baik umno pas, orang kapir pun terpaksa tunggu juga..

Semua orang dah hafal 355, semua ahli parlimen cari buku pasal ni, mereka berlajar, baik cina india atau melayu , riuh rendah orang bincang pasal 355 , tv3 suku duk stanby berbulan dah pasal ni,

Umno pun kecoh, Mic kecoh , Mca kecoh, Dap kecoh habis parti kecoh pasal ini , sampai Tok Iman pun kecoh nak tahu, dan naik semangat pasal 355

Sebelum ni mana ada orang kisah pasal 355? Jadi ini kehebatan dakwah yang di bawa oleh Tuan Presiden PAS... kerana 355 seluruh rakyat Malaysia ternanti, tertanya, terpedaya, ter itu ter ini...

Jadi inilah kemenangan dakwah, orang kafir pun tahu betapa rendahnya hukuman dibawah mahkamah syariah berkait 355, sebelum ini nak ke mereka tahu dan kita sendirpun...

Jadi kita tunggulah, usaha dah dibuat, proses dah berjalan, peraturan diikut sampai masa berserah, itu keyakianan kita sebagai yang beriman. Berusaha, berdoa dan berserah dan menerima apa jua keputusan...

Jika umno nak buat main-main seperti di dakwa Pan, itu akan mengzahirkan sikap umno sejelasnya, membogelkan diri dia siapa sebenarnya jika dia menolak cadangan ini...

Ahli parlimen Islam akan dinilai jika mereka tidak menyokong walaupun apa jua alasan. Ahli parlimen PKr dan dap yang bukan Islam juga akan dinilai oleh pengundi Islam.... mereka akan kehilangan undi Islam buat selama-lamanya ....

Apabila aku melihat semua orang diam, membisu hanya mengganguk -angguk aku rasa cukuplah setakat itu...

Aku yakin mereka faham dan sebenarnya mereka tertekan juga kerana dalam hati mereka mereka nak pindaan RUU 355 ini diluluskan dan itulah orang Islam walaupun umno, mereka sensitif pasal agama....

Siapa nak bayar ni? Aku dah berpeluh,..... Tok Iman hulur RM50... dan bayar. Terima kasih Tok Iman... kami bersalaman untuk kali ketiga pagi ini.

Hebat penanggan RUU 355 yang dibawa oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang...

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Murobbi ummah...

#catatanoja
sumber

Comments (0)