Followers

Nuffnang

Suara Melayu Baru

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:50 PG | Posted in

sumber :-

Suara Melayu Baru


[BONGKAR] PANAS!!! Banyak Betul Wang Tunai Atas Meja Tu! Pulangkan Saja, Jika Betul Itu Milik Anak2 Saudara Yang Kini Sudah Yatim Piatu... #SahabatSMB

Posted: 19 Oct 2016 11:13 PM PDT

MUFTI MAKSUDKAN PENERIMA SUMBANGAN SEBAGAI PEMEGANG AMANAH, BUKAN PEMILIK DAN PEMBOLOT MUTLAK SUMBANGAN ORANG RAMAI... TAK FAHAM, ATAU BUAT-BUAT TAK FAHAM...

Pada 2 Mei 2015, sepasang suami isteri dan bayi perempuan mereka berusia tujuh bulan maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di KM 6.2 Lebuhraya Duke. Mereka ialah Fairuz Nizam Husain, 35, isterinya Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi mereka Nur Firuza Annisa, 7 bulan.
Fairuz yang memandu kenderaan Pajero maut di tempat nahas manakala isteri dan anaknya meninggal di Hospital Kuala Lumpur.
Pasangan itu meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira; 9, dan Nur Firuza Aqila; 5, bergelar anak yatim piatu.
Bagaimanapun, penjaga Amira dan Aqila,kakak kedua Allahyarham Fairuz, Yusnida Husain; 48, tampil membuat pendedahan melalui satu sidang media bahawa adik bongsunya, Muhammad Faizznur Asyraf Husain telah melakukan pecah amanah.
Semasa kemalangan tersebut baru terjadi, nombor akaun bank Faizznur telah disebarkan supaya orang ramai yang ingin menderma atau membuat sumbangan kepada dua kanak-kanak itu.

Namun begitu, Faizznur langsung tidak memberikan wang sumbangan orang ramai kepada dua beradik itu sebaliknya mendakwa wang itu merupakan miliknya memandangkan ia dimasukkan ke dalam akaun banknya.
Faizznur juga, dalam bulan yang sama kutipan derma dilakukan, telah melangsungkan perkahwinan.

Faizznur yang sebelum ini menguar-uarkan kepada pihak media bahawa dia bakal menjaga kedua-dua anak buahnya itu langsung tidak menjaga mereka sebaliknya hal itu diserahkan bulat-bulat kepada Yusnida sekeluarga. Jelas Yusnida:
Sumbangan mula diberi kepada saya tahun lepas, 22 Jun 2015, itupun setelah saya buat laporan polis, adik bongsu saya baru serahkan RM12,000 (wang derma sumbangan orang ramai).
Pada mulanya, perbincangan adik yang nombor tiga dan yang bongsu yang akan jaga anak-anak ini sebab isteri adik nombor tiga adalah sepupu kepada arwah ibu (Nova Safitri) kepada dua-dua anak ini.
Faizznur dikatakan memberi alasan tersebut setelah merujuk kepada Mufti Wilayah Persekutuan:
Alasan dia (Faizznur), merujuk kepada Mufti Wilayah katanya, duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka sebab ada dalam akaun atas nama mereka sendiri, bukan untuk budak-budak ini.
Yusnida menjaga kedua beradik itu seminggu selepas kematian kedua ibu bapa mereka sehingga sekarang.
Menurut Yusnida, tujuan sidang media diadakan adalah untuk menuntut hak bagi kedua-dua anak yatim piatu tersebut yang dinafikan hak mereka oleh bapa saudara sendiri.
Selain itu, Yusnida turut membuat pendedahan bahawa ahli keluarga arwah Nova Safitri (ibu mereka) turut melakukan penipuan demi menuntut wang insurans arwah Fairuz Nizam.
Keluarga sebelah ibu (Nova Safitri) telah membuat satu penipuan mengatakan mereka telah menjaga anak-anak ini, pergi keluarkan duit insurans bapa mereka (Fairuz Nizam) bernilai RM50,000. Seringgit pun tidak dihantar untuk anak-anak ini.
Orang lain semua ambil kesempatan, tak pernah jaga anak ni pun.
Berdasarkan kenyataan Yusnida, Faizznur malam tadi telah mengeluarkan satu kenyataan di Facebook mendakwa difitnah dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Sementara itu, Mufti Wilayah telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi mendakwa tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti yang diberitahu oleh Faizznur sebaliknya kenyataan itu telah dimanipulasi.


Tidak dapat dipastikan sama ada dakwaan Yusniza itu benar, namun jika benar, ia ialah sesuatu yang serius. Mengikut logik akal sekalipun, duit yang dimasukkan orang ramai ke akaun waris diniatkan untuk disedekahkan kepada anak-anak yatim tersebut, bukannya kepada pemegang akaun bank. Jadi mana mungkin Mufti Wilayah akan mengeluarkan kenyataan sebegitu, bukan?



Diulang sekali lagi, Faizznur telah menafikan bahawa beliau makan harta anak yatim, hari ini muncul pula gambar beliau bersama beberapa ikat duit RM50 dan kehidupan mewah yang telah menimbulkan syak wasangka oleh netizen.





Diharap supaya kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik untuk menjaga kepentingan anak anak mangsa kemalangan tersebut.


Comments (0)