Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:22 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


RM 3 Juta Tunai Dirampas, Pengarah & Timbalan Jabatan Air Negeri Sabah Ditahan #SPRM

Posted: 04 Oct 2016 01:28 AM PDT


Akhirnya tembelang Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Ag. Mohd. Tahir B. Mohd. Talib sejak 2010 terburai jua. Begitu juga Teo Chee Kong yang dulu Jurutera Bekalan Air Sabah yang kini Timbalan Pengarah ditahan SPRM.

Mengumpul kekayaan RM50 juta dan RM3 juta dirampas dari peti besi.

Kedua-duanya yang berusia 54 dan 51 itu ditahan di pejabat mereka di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pada jam 9.15 pagi tadi.

Baca lagi, sini.

Sumber : Jeneral M

KPT Jawab Tohmahan Tak Bertanggungjawab Di Media Sosial

Posted: 03 Oct 2016 10:50 PM PDT


Semua pelajar tajaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di luar negara akan menerima elaun sara hidup selewat-lewatnya Jumaat ini.

Jaminan itu diumumkan dalam Twitter kementerian berkenaan semalam, tiga hari selepas Bahagian Biasiswa KPT mengeluarkan surat memaklumkan kelewatan pembayaran elaun sara hidup kepada pelajar terbabit berikutan beberapa masalah teknikal.
"Kementerian memberi jaminan bahawa semua pelajar tajaan KPT di luar negara akan menerima elaun sara hidup masing-masing minggu ini, selewat-lewatna pada 7 Oktober," menurut kenyataan terbaru kementerian itu.

Dalam surat pengumuman kelewatan pembayaran bertarikh 30 September lalu yang ditandatangani Setiausaha Bahagian Biasiswa, Aidawati Misdar bagi pihak Ketua Setiausaha KPT, pelajar akan menerima elaun berkenaan pada 14 Oktober ini.

Berikutan itu, media mellaporkan rintihan pelajar tajaan KPT di luar negara yang endakwa terpaksa menanggung banyak implikasi, termasuk bayaran buanan, sewa rumah pelbagai bil utiliti dan insurans kenderaan

TERKINI 17 Cedera Helikopter Nuri Terhempas Di Sekolah, Tawau

Posted: 03 Oct 2016 07:58 PM PDT


Sebuah helikopter milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Balung, dekat sini, pagi tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 13 anggota tentera dan empat pelajar cedera.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi.

Semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Helikopter terbabit dipercayai melanggar bucu bumbung bangunan sekolah sebelum terhempas di dewan sekolah terbabit yang dalam pembinaan mengakibatkan struktur berkenaan mengalami kerosakan teruk.

Kejadian berlaku ketika sesi pembelajaran sebelum disusuli dentuman kuat yang mengejutkan warga sekolah berkenaan.

Difahamkan, sebahagian pelajar trauma dengan insiden berkenaan termasuk ada yang dilaporkan menangis.









Comments (0)