Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:53 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Penjawat Awam Pro Pembangkang Berpotensi Membocorkan Maklumat Sulit Kerajaan

Posted: 28 Oct 2016 01:23 AM PDT


Sudah tidak terbilang, berapa banyak kali maklumat sulit yang sepatutnya hanya diketahui oleh Pengarah serta pegawai² tertentu dalam Jabatan kerajaan bocor keluar ke pengetahun umum dan lebih 'menyayat hati' ianya dikemukakan kepada umum oleh pemimpin Pembangkang.

Sepatutnya hal sebegini tidak harus berlaku kerana ia merupakan maklumat sulit yang boleh disalahgunakan pihak-pihak tertentu. Namun bagaimana cara kerajaan mengekang hal ini, sememangnya ia amat sukar dikekang.


Kecanggihan teknologi dan kemudahan internet hari ini telah memperlihatkan kebenaran dunia tanpa sempadan sudah mula dirasai oleh warga dunia. Namun apa yang pihak kerajaan boleh harapkan hari ini adalah ketelusan dan kejujuran penjawat awam dalam melaksanakan tugas sebagai amanah & tanggungjawab.

Apa yang pasti sebagai penjawat awam, mereka sudah tentu telah diterangkan mengenai perihal tertentu mengenai amanah serta tanggungjawab kerja yang tidak boleh disebar atau disampaikan kepada pihak ketiga (terutama bukan dari Kementerian, Agensi atau Jabatan yang sama).


Tapi bagi mereka yang berhaluan kiri dan tidak menyebelahi kerajaan, sudah pasti akan bertindak melanggar etika kerja demi memenuhi nafsu ketidakpuasan hati terhadap pemerintah. Ada yang sanggup menjadi tali barut pembangkang dan menyalurkan pelbagai maklumat rahsia. Tidak kurang juga ada yang bersikap seperti daun keladi. Bekerja hanya sekadar mendapatkan gaji bulanan serta pencen tapi tidak mempunyai hati mempertahankan majikan mereka sendiri daripada diserang fitnah dan tohmahan.

Hal ini sememangnya membimbangkan semua peringkat jawatan tertinggi Kementerian, Agensi atau Jabatan. Sekiranya ia tidak ditangani dengan segera, dibimbangi akan menjadi virus kepada organisasi tersebut nanti.

Comments (0)