Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:42 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Contengan Di Dinding Rumah Memberi Maksud tertentu Kepada Perompak

Posted: 24 Oct 2016 05:30 AM PDT


Jangan Pandang Remeh Code Contengan Di Dinding Pagar Rumah

Pernahkah anda melihat tulisan atau contengan di dalam sesebuah bangunan atau pun pagar rumah, tanpa anda sedari sebenarnya itu bukanlah tulisan kosong atau hasil seni lampiasan orang yang tidak berpuas hati.

Namun tahukah anda sebenarnya tanda itu memiliki makna tersembunyi yang hanya akan di fahami oleh perompak atau penyamun.

Rumah atau pagar yang diberi tanda seperti itu adalah merupakan mangsa seterusnya.Code yang di conteng di dinding tersebut merupakan salah satu cara perompak berkomunikasi sebagai bahasa isyarat yang menggambarkan keadaan rumah tersebut.

Seorang pengguna media sosial mengakui bahawa tanda di atas pernah tertulis di dinding pagar rumahnya, seminggu selepas tulisan itu ada, rumahnya pun kena rompak.

Lebih mengejutkan lagi rompakan itu bukan dilakukan pada waktu malam tetapi ianya berlaku pada siang hari ketika beliau bekerja.


Apabila anda melihat coretan seperti di atas di sekitar kawasan rumah anda, sebaiknya padam dengan cepat, seterunya anda harus meningkatkan penjagaan untuk berjaga jaga.

DAP Tetap Dengan Keputusan Pecat Separuh Penjawat Awam Jika Berkuasa Kelak

Posted: 23 Oct 2016 11:15 PM PDT


DAP KONSISTEN:JIKA DAP MEMERINTAH NEGARA SEPARUH PENJAWAT AWAM DIKURANGKAN. PENANG INSTITUTE MILIK DAP KATA 430 RIBU ORANG SAHAJA!

Sejak 2011, DAP melalui Tony Pua, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP MP Petaling Jaya Utara sudah menguar-uarkan jika Pakatan yang didominasi DAP Menang mereka akan mengurangkan separuh penjawat awam di negara ini.

Hari ini Penang Institute yang ditubuh DAP sebagai "Think Tank" DAP kembali mempublisitikan idea Tony Pua DAP itu.

Menurut Think Tank DAP itu Malaysia mempunyai 1.6 juta penjawat awam, bersamaan 5.5% daripada penduduk negara ini. Jerman juga mempunyai perkhidmatan awam yang besar tetapi 4.18 juta penjawat awam itu bekerja dalam ekonomi dengan Keluaran Dalam Negara Kasar mencecah AS$3.636 trilion.

Jadi jika membandingkan Malaysia dengan Jerman menggunakan KDNK Malaysia AS$375 bilion maka Malaysia hanya perlukan 430,000 orang penjawat awam

Bayangkan jika penjawat awam ini dibuang!

i. Jumlah guru di negara ini sahaja 420,000 orang.
ii. Jumlah anggota Polis pula sekitar 110 ribu.
iii. Jumlah anggota Tentera 150 ribu orang.

Tiga sektor ini sudah merangkumi separuh daripada jumlah kakitangan kerajaan. Ini belum mengambil kira penjawat awam lain seperti PTD, bilangan pegawai perubatan dan sokongan kesihatan, pasukan bomba dan penyelamat dan pasukan pertahanan awam.

Malah setiap tahun pengambilan penjawat awam secara terbuka diambil untuk mengisi kekosongan.

Jadi kalau DAP kata hendak kurangkan penjawat awam tu siapa agaknya yang terlibat?

Sumber : Wa Sengat Lu

Kenaikan Gaji Minimum Boleh Mufliskan Malaysia - Dr. Mahathir

Posted: 23 Oct 2016 09:27 PM PDT


Gaji minimum sebanyak RM1,500 telah dicadangkan oleh Pakatan Harapan dalam bajet alternatif 2017 yang diumumkan minggu lepas.

Namun pelaksanaan gaji minimum ini, jika diperhalusi adalah tidak praktikal kerana pembayaran gaji dilaksanakan mengikut produktiviti, bukannya pihak ketiga.
Malah kenaikan gaji ini mungkin boleh memufliskan Malaysia apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.

Mungkin yang tertanya-tanya siapa yang membuat kenyataan berkenaan. Tidak lain adalah pemimpin pembangkang sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu telah melihat mengenai perkara ini empat tahun lepas dan pernah menulis mengenainya dalam blog beliau, berjudul `Minimum Pay' pada 2 Mac 2012.

Dalam tulisannya itu, Dr Mahathir melahirkan kebimbangan dengan dasar gaji minimum yang bakal meningkatkan gaji secara keseluruhan kerana majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred pekerja yang berbeza dapat dikekalkan.

"Jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat.

"Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita .Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya.

Ternyata pendirian Dr. Mahathir mengenai gaji minimum telah diluahkannya sejak empat tahun lalu dan ia berbeza dengan pendirian pembangkang yang mencadangkan gaji minimum RM1,500 tanpa mengambil kira kemampuan majikan.

Ia juga menunjukkan Dr. Mahathir tidak sependapat dengan rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan. Semua tahu pembangkang telah lama mencadangkan gaji minimum ini sementara Dr. Mahathir pula diketahui membantah pelaksanaan gaji minimum.

Gara-gara pendirian Dr. Mahathir mengenai gaji minimum ini juga, beliau pernah dibidas oleh pembangkang ketika itu dengan Anwar Ibrahim merupakan pemimpin pembangkang yang paling lantang mengecamnya sehinggakan Anwar mendakwa Mahathir hanya mahu mengkayakan kroni semata-mata.

Bagi Pakatan Harapan pula, memandangkan mereka sudah menguasai dua negeri, Pulau Pinang dan Selangor, jadi moleklah sekiranya negeri-negeri terbabit melaksanakan dulu gaji minimum ini.

Tidak guna jika mereka sekadar bercakap mengenai pelaksaan gaji minimum sebanyak RM1,500 tetapi tidak mampu melaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang.


Beruang Biru
BB98, Isnin
24 Oktober 201

Comments (0)