Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:52 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Warna Baju Melayu Perdana Menteri Menjadi 'Debat' Netizen #Bajet2017

Posted: 20 Oct 2016 09:43 PM PDT


Pilihan warna baju Melayu yang bakal disarung oleh Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak yang bakal membentangkan #Bajet2017 menjadi perbualan hangat netizen seawal pagi ini.

Warna² pilihan Perdana Menteri kebiasaannya akan menyerlahkan diri beliau berbanding mereka yang lain di dalam Dewan Rakyat.


Sehingga kini, teka teki pilihan baju Melayu beliau masih belum kelihatan di dalam media sosial miliknya dan pemimpin² lain.

Kita tunggu dan lihat nanti.

Kenyataan Media KKM Fahami Maksud Pesakit Bayar Penuh

Posted: 20 Oct 2016 08:11 PM PDT


Perkhidmatan FPP adalah singkatan bagi perkhidmatan Full Paying Patient (FPP) atau Pesakit Bayar Penuh yang telah dimulakan pada tahun 2007. Objektif utama perkhidmatan ini adalah sebagai pakej retensi bagi Pegawai Perubatan Pakar KKM dan untuk mengurangkan penghijrahan mereka ke hospital swasta, di mana kekurangan Pegawai Perubatan Pakar di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sering menjejaskan pemberian perkhidmatan kepakaran dan subkepakaran di hospital KKM.

Adalah dimaklumkan bahawa perkhidmatan FPP ini bukanlah bermaksud penswastaan perkhidmatan penjagaan kesihatan di hospital-hospital kerajaan. Perkhidmatan penjagaan kesihatan sedia ada yang disubsidi kerajaan akan tetap diteruskan malah akan dimantapkan lagi melalui pelbagai teras transformasi sistem kesihatan oleh KKM.

Bagi perkhidmatan perubatan bersubsidi tinggi ini, pesakit sememangnya dikenakan sedikit bayaran bersubsidi bergantung kepada kelas rawatan dan kemudahan yang disediakan kepada pesakit di mana caj ini adalah sangat rendah dan berpatutan kerana ianya masih terus disubsidi kerajaan.


Fokus perkhidmatan FPP ini adalah kepada rakyat yang berkemampuan untuk membayar kos penuh perubatan di mana mereka mempunyai pilihan untuk mendapatkan penjagaan rawatan kepakaran yang tinggi di hospital KKM yang terpilih. Ada juga pesakit yang di rujuk daripada hospital swasta ke hospital kerajaan kerana kelebihan kepakaran tertentu di hospital kerajaan, sedia untuk memilih skim FPP tanpa subsidi kerajaan. Antara kelebihan-kelebihan tertentu di bawah skim ini adalah seperti berikut:
  • Pesakit boleh memilih Pegawai Perubatan Pakar untuk merawatnya;
  • Pesakit mendapat kemudahan giliran untuk mendapat rawatan daripada Pegawai Perubatan Pakar; dan
  • Pesakit dalam boleh menikmati beberapa kemudahan di wad eksekutif, kelas satu atau yang setaraf.
Semua kemudahan yang akan diberi adalah bergantung kepada sumber, bidang kepakaran dan fasiliti sedia ada. Pesakit yang telah mendaftar sebagai pesakit FPP akan dikenakan bayaran penuh tanpa subsidi kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan rawatan perubatan Pegawai Perubatan Pakar yang dilantik untuk menjalankan perkhidmatan FPP di hospital-hospital kerajaan yang terpilih.

Sebahagian hasil daripada pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan melalui FPP akan diberikan kepada Pegawai Perubatan Pakar yang berdaftar di bawah perkhidmatan ini. Kadar caj bagi perkhidmatan perubatan untuk pesakit FPP adalah tertakluk kepada Akta Fi Pesakit Bayar Penuh (2007).

Kaedah pembayaran bil FPP boleh dibuat secara: tunai, kad kredit, kad debit atau draf bank. Surat jaminan (guarantee letter atau GL) syarikat swasta dan insuran perubatan yang mempunyai perjanjian persefahaman bersama Bahagian Kewangan KKM bagi perkhidmatan FPP juga boleh digunapakai untuk pembiayaan kos rawatan.

KKM sentiasa komited untuk terus menyediakan dan memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada rakyat dan yakin bahawa Pegawai Perubatan Pakar di KKM akan terus memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat serta memastikan perkhidmatan FPP ini tidak menjejaskan pemberian perkhidmatan kepada pesakit awam yang lain.

Adalah diharapkan inisiatif ini dapat meningkatkan motivasi dan minat Pegawai Perubatan Pakar di KKM untuk terus memberi perkhidmatan cemerlang mereka di fasiliti kesihatan KKM.


DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
20 Oktober 2016

Pembentangan #Bajet2017 Hari Ini Jam 4 Petang @NajibRazak

Posted: 20 Oct 2016 06:56 PM PDT


Comments (0)