Followers

Nuffnang

REZQEEN HILL

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:04 PG | Posted in

sumber :-

REZQEEN HILL


Esok Penentuan Siapa Yang DiPertuan Agong Seterusnya

Posted: 13 Oct 2016 05:30 AM PDT


Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-242 di Istana Negara.

Mesyuarat selama dua hari itu dihadiri semua Raja Melayu dengan diiringi Menteri Besar masing-masing.

Yang Dipertua Negeri Melaka, Pulau Pinang dan Sabah hadir pada mesyuarat itu diiringi Ketua Menteri masing-masing.

Sementara itu, Mesyuarat Majlis Raja-Raja Khas akan diadakan Jumaat ini bagi memilih Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Ketika ini, jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 disandang oleh Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkuat kuasa 13 Dis 2011 dan tempoh perkhidmatan Tuanku Abdul Halim akan berakhir 12 Disember.

Jika berdasarkan sistem penggiliran yang ditetapkan Majlis Raja-Raja, Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berada pada giliran sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh Majlis Raja-Raja menerusi undi rahsia bagi menentukan pengganti seterusnya seperti baginda yang dilantik berkenan untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengalami kelemahan atau ketidakupayaan mental.

Selain itu, baginda yang dilantik adalah merupakan raja yang berada di kedudukan teratas, mendapat sokongan sekurang-kurangnya lima raja lain serta bukan seseorang yang telah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong selama dua penggal berturut-turut.

Mengikut kebiasaan sebelum proses pemilihan berlangsung, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja terlebih dahulu akan menanyakan raja yang seterusnya dalam senarai giliran mengenai kesediaannya untuk dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Sembilan raja berkenaan kemudian akan membuat undi rahsia dan sekiranya raja dalam senarai itu mendapat lima undian, baginda dengan rasminya dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

Proses yang sama diulangi untuk memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong, yang akan memangku jawatan Yang di-Pertuan Agong semasa ketiadaan baginda di dalam negara atau kerana keuzuran.


Warga Emas Cuba Menghasut Rakyat Jangan 'Reloud' Aplikasi @NajibRazak

Posted: 12 Oct 2016 06:47 PM PDT


Nak cakap lebih², kasihan pula tapi tu lah bangangnya bila mengaku diri tu terlalu maksum dan hanya dia jer yang best.

Apa kejadahnya Zaharin cuba menghasut orang ramai supaya jangan download install 'reloud' aplikasi Najib Razak yang semakin popular di kalangan rakyat Malaysia.

Mungkin CIA tidak mengajar beliau istilah yang sesuai dan tepat untuk digunakan bagi memuat turun aplikasi tersebut ke dalam henpon dalam bahasa Inggeris.


Comments (0)