Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:52 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Gambar Tun M, Mukhriz diturunkan Umno Langkawi?

Posted: 09 Oct 2016 08:49 PM PDT

Gambar Tun M, Mukhriz diturunkan Umno Langkawi?
Viral yang menunjukkan gambar Tun Mahathir dan Mukhriz diturunkan di Bangunan Umno Langkawi.
ALOR SETAR – Gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipercayai diturunkan daripada Bangunan Umno Langkawi.
Perkara itu diviralkan di akaun Facebook 'Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad' sejak kelmarin dengan perkongsian 218 pengguna setakat jam 3.58 petang, semalam.
Viral itu menunjukkan gambar Tun Mahathir dan Mukhriz diturunkan daripada koleksi pemimpin Umno yang pernah menjawat sebagai Perdana Menteri dan Menteri Besar Kedah.
Kebanyakan netizen mengecam tindakan itu dengan menyifatkan ia sebagai keterlaluan apabila cuba menghapuskan sejarah yang berkaitan dengan Tun Mahathir.
Terdapat juga netizen yang mendakwa ia kemungkinan disebabkan Tun Mahathir dan Mukhriz tidak lagi bersama Umno apabila membentuk parti Bersatu.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad ketika dihubungi berkata, pihaknya tidak menerima sebarang arahan untuk menurunkan gambar Tun Mahathir dan Mukhriz daripada koleksi di bangunan berkenaan.
"Saya tak perasan pula gambar mereka diturunkan sebab saya belum masuk pejabat (Umno). Mungkin mereka nak cuci tempat itu dan turunkan gambar itu sementara.
"Saya akan periksa perkara ini, tapi memang tak ada arahan yang meminta supaya gambar Tun Mahathir dan Mukhriz diturunkan," katanya.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, pemimpin berkenaan merupakan sebahagian daripada sejarah Malaysia dan tidak ada keperluan untuk digugurkan gambar mereka.

Dr M: Tanpa si 'korup' pun, Umno tiada masa depan

Posted: 09 Oct 2016 08:47 PM PDT

Liku politik Tun Dr Mahathir Mohamad memang sukar dibaca dan penuh warna-warni – daripada pengkritik Tunku Abdul Rahman kepada perdana menteri lebih dua dekad.
Justeru, walaupun seperti berpatah arang berkerat rotan dengan Umno, banyak pihak masih mencongak kemungkinan beliau kembali ke pangkuan parti Melayu itu.
Ini kerana, Mahathir sebelum ini dalam kempen-kempennya hanya menyasarkan serangan pada sosok Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan bukan Umno-BN.
Soalnya, adakah mungkin Mahathir kembali pada Umno jika Najib bukan lagi orang nombor satu parti itu, seperti ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur pada 2009?
"Tidak, saya tidak fikir begitu.

"Saya sudah lepas tahap itu," katanya tegas dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lepas.
Beliau malah beranggapan, parti yang dianggotai lebih 60 tahun itu, kini sudah melepasi tahap boleh diselamatkan, walaupun "pemimpin korup" berundur?

Dalam wawancara kira-kira 20 minit di Putrajaya it, Mahathir juga keberatan menamakan secara langsung siapa yang dipercayainya untuk mengepalai negara ini.
Bercakap soal Muhyiddin, yang memimpin serpihan Umno Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU), Mahathir hanya berkata beliau yakin bekas timbalan Najib itu akan dapat memimpin parti.
Bagaimanapun, kelihatan berhati-hati, pemimpin 91 tahun itu berkata, bab memimpin negara, itu soal yang lain.
Soalan: Kenapa BERSATU ada pengerusi dan presiden?

Mahathir: Kita tidak mahu tumpukan kuasa pada seorang individu. Jika tidak, jika ada salah guna kuasa, majlis (tertinggi) tidak mampu membendungnya.
Jadi lebih baik ada sebuah badan dipengerusikan oleh seorang pengerusi, yang akan menyeimbangkan kuasa presiden.
Ada orang tuduh Tun cuba kekang Muhyiddin dengan jadi presiden?

Itu biasalah orang kata. Tapi saya sudah terlalu tua untuk kawal orang. Tetapi saya percaya bekerjasama dua orang lebih baik berbanding usaha seorang.
Ada orang kata Muhyiddin tidak mampu pimpin parti. Boleh BERSATU hidup tanpa Tun?
Saya raya BERSATU boleh hidup. Sudah tentu Muhyiddin ada di situ tetapi tidak bermakna dia akan kekal jadi presiden.

Kita akan buat pemilihan dan terpulanglah kepada anggota-anggota untuk tentukan sama ada beliau mampu teruskan atau tidak. Kita parti yang demokrasi.

Tun rasa Muhyiddin mampu memimpin?
Saya rasa buat masa ini, dengan sokongan diberikan, beliau boleh memimpin, (berhenti sekejap) parti. Sama ada beliau boleh pimpin kerajaan itu soal lain.

Apa peranan Mukhriz dalam parti?
Dia anggota parti dan jika dia dipilih untuk sebarang jawatan, dia ada hak bertanding. Dan jika dia terpilih dia terpilihlah.

Ada yang akta Tun mahu jadi menteri menteri macam mendiang Lee Kuan Yew.

Saya tidak ada cita-cita jadi menteri, menteri kanan atau menteri mentor atau apa pun.
Annuar Musa kata jika Mukhriz mahu jadi perdana menteri dia boleh balik pada Umno.
(Ketawa kecil) Saya rasa Umno tak akan hasilkan perdana menteri selama-lamanya.

Selain Muhyiddin, siapa yang Tun lihat mampu pimpin negara ini?
Ada banyak orang yang tidak dibenarkan masuk Umno khususnya. Sebab pemimpin Umno takut orang lebih baik daripada mereka masuk parti dan singkirkan mereka.

Pemimpin Umno makin hari jadi kurang dan kurang berkemampuan kerana mereka hanya benarkan orang kurang berkemampuan masuk parti.

Dan bila mereka mati, parti akan dipimpin oleh pemimpin yang lebih teruk. Dan bila orang itu pula mati, kualiti kepimpinan terus jatuh.

Boleh Tun namakan seseorang secara khusus yang Tun lihat boleh jadi pemimpin untuk negara ini?
Saya tidak boleh sebut secara khusus tetapi kita ada ramai orang yang minat masuk Umno contohnya, (tetapi) mereka ini disekat daripada masuk Umno.

Malah, Mukhriz pun dulu tidak dibenarkan masuk Umno.
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan Selangor bantah persempadanan semula

Posted: 09 Oct 2016 08:41 PM PDT

Kerajaan pimpinan Azmin di Selangor menolak cadangan PRN di negeri itu.Kerajaan pimpinan Azmin di Selangor menolak cadangan PRN di negeri itu.
Kerajaan negeri Selangor secara rasmi membantah cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) 15 September lalu.
Sehubungan dengan itu, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) diarahkan membuat bantahan itu berdasarkan Seksyen 5 Bahagian 11, Jadual ketiga belas Perlembagaan Persekutuan dan Akta Kerajaan Tempatan 1976.
Kerajaan Selangor juga mengambil ketetapan tidak akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) dalam masa terdekat.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri ke 31/2016 pada 21 September 2016, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Shuhaimi Shafiei dalam kenyataannya.
DAP mencadangkan agar kerajaan negeri Selangor mengadakan PRN awal sebelum persempadanan semula berkuatkuasa dan disokong oleh Amanah Selangor.

Jamal tidak wajar guna platform politik, polis perlu berlaku adil

Posted: 09 Oct 2016 08:38 PM PDT


Prof Ahmad Fauzi Abdul HamidProf Ahmad Fauzi Abdul HamidPengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos tidak wajar mengunakan platform politiknya untuk bertindak di luar batasan untuk menentang Bersih 5, kata Prof Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Jabatan Sains Politik Universiti Sains Malaysia.
Beliau berkata, dengan memegang dua jawatan dalam NGO dan politik sebagai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Jamal tidak seharusnya melakukan tindakan yang mengaitkan parti disokongnya.
"Perbuatannya tidak wajar kerana ia akan mengaitkan parti yang bertangungjawab menegakkan undang-undang di negara ini.
"Mungkin Jamal mempunyai muslihat politik untuk menonjolkan diri sebagai juara mempertahankan orang Melayu dan parti pemerintah.
"Mahu menonjolkan diri sebagai bakal calon dan pada akhirnya dia akan lebih memaparkan wajah negatif kepada pihak pemerintah.
"Dalam hal ini dia perlu berfikir dua tiga kali sebelum terlambat bukan sahaja NGO yang dipimpinnya tetapi identiti Umno yang dibawanya sekali," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas dakwaan dikalangan pemimpin pembangkang dan penyokong Bersih 5, tindakan ala samseng kumpulan Baju Merah diketuai Jamal ke atas peserta konvoi Bersih 5 yang dianggap amat memalukan dan tidak menggambarkan keperibadian Melayu.
Perbuatan Jamal seperti merentap kain pemidang di Teluk Intan, mengadakan sidang media dalam jamban di bangunan Umno, insiden baling telur dan menerajang peserta konvoi Bersih 5 di Sabak Bernam adalah jelas sekali sebagai tindakan tidak bertamadun.
Tindakan ini bukan membela Melayu, sebaliknya memalukan orang Melayu.
"Jamal, anda bertanggungjawab kerana memalukan orang Melayu!," kata Setiauasaha DAP Sheikh Omar Ali seperti dipetik dalam kenyataannya semalam.
Ahmad Fauzi juga menegaskan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu bertindak segera terhadap gerakan Baju Merah atau Baju Kuning, sekiranya melanggar undang-undang dalam perhimpunan aman Bersih 5 pada 19 November ini.
Beliau berkata, tindakan polis yang lewat bertindak dalam beberapa insiden Konvoi Bersih di Teluk Intan dan Sungai Besar membabitkan dua pihak memberikan imej buruk kepada PDRM.
"Sangat penting pihak keselamatan juga berlaku adil terhadap kedua pihak sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang sama ada betul atau tidak biar mahkamah tentukan.
"Jika berlaku kekacauan kita tidak mahu nama PDRM terbabit seolah menyebelahi parti pemerintah kerana lambat bertindak.
'Seperti berlaku di Sabak Bernam semalam hanya polis trafik yang bertindak meleraikan pergaduhan antara penyokong Baju Merah dan Baju Kuning," ujarnya.
Jelas Ahmad Fauzi lagi, kelewatan pihak polis bertindak akan memberi persepsi buruk kepada parti pemerintah seolah tidak ada pemisah antara kuasa kerajaan dan parti.
"Setiap orang perlu bertangugngjawab tidak kira berapa banyak identiti yang dipegangnya. Ini kerana ramai lagi orang yang pegang dua tiga jawatan tidak pernah menimbulkan masalah babit kenteraman awam.
Read More / Baca Lagi >>

Ambil alih Johor? Menang dulu, Salleh beritahu Muhyiddin

Posted: 09 Oct 2016 08:24 PM PDT

Bendahari Umno itu berkata Muhyiddin perlu meyakinkan pengundi ia mempunyai sesuatu yang lebih baik untuk ditawarkan daripada kerajaan sekarang.
Salleh-Keruak_Muhyiddin_600KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin pembangkang dapat mengambil alih Johor jika memenangi hanya 10 lagi kerusi pada pilihan raya umum akan datang ibarat "belum beranak sudah ditimang".
"Ia samalah seperti 'belum beranak sudah ditimang." Pertama sekali Muhyiddin perlu meyakinkan pengundi bahawa ia mempunyai sesuatu yang lebih baik untuk ditawarkan daripada kerajaan sekarang.
"Pada masa ini, nampaknya seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semata-mata ditubuhkan untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti juga PKR ditubuhkan untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara," katanya menerusi posting terbaru beliau dalam blognya.
Semalam, bekas timbalan perdana menteri itu dilaporkan berkata pembangkang hanya memerlukan 10 lagi kerusi negeri untuk mengambil alih kerajaan Johor pimpinan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Johor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daripada jumlah tersebut, BN menguasai 37 kerusi dan pembangkang 19 kerusi.
Salleh, yang juga bendahari Umno, berkata Pakatan Harapan belum lagi memutuskan sama ada untuk menerima PPBM ke dalam pakatan pembangkang atau sama ada PPBM cuma menubuhkan pakatan pilihan mengenai pengagihan kerusi.
Read More / Baca Lagi >>

Kronisme didakwa punca kerajaan tidak cukup wang untuk kesihatan

Posted: 09 Oct 2016 08:23 PM PDT

Dr Jeyakumar berkata, kebanyakan peruntukan itu dibelanjakan untuk membayar harga tinggi dikenakan syarikat kroni.
jeyakumar-1
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Sungai Siput menyalahkan progam penswastaan dan kronisme sebagai punca kerajaan tidak mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan mencukupi di bawah Bajet 2016.
Dr Michael Jeyakumar berkata, Kementerian Kesihatan mendapat bekalan dan perkhidmatan kesihatan daripada syarikat kroni yang biasanya mengenakan harga terlalu tinggi.
"Hampir setiap aspek dalam industri kesihatan di negara ini mempunyai syarikat kroni.
"Kami tidak membeli ubat-ubatan daripada syarikat farmaseutikal secara terus. Kami beli daripada syarikat-syarikat kroni yang akan menaikkan harga," katanya kepada FMT.
Doktor perubatan itu mendakwa, peralatan dan buku perubatan juga dibeli daripada syarikat kroni, malah perkhidmatan dobi dan pembersihan turut diswastakan.
"Sebahagian besar bajet pergi kepada perbelanjaan tinggi kerana kami mahu membantu syarikat berkenaan mengaut keuntungan," katanya.
Bukan itu sahaja, Dr Jeyakumar berkata, syarikat kroni turut membina hospital, klinik serta melakukan pembaikan dan pengubahsuaian.
Beliau berkata, sebahagian masalah itu berpunca daripada kerajaan yang terlalu fokus untuk melahirkan usahawan bumiputera dan berusaha sedaya upaya bagi menjayakan matlamat itu.
"Tiada salahnya dengan agenda ini. Ia bukan perkara buruk. Jika anda mahu mempunyai ekonomi pasaran bebas, maka anda perlu membabitkan semua kaum dalam keusahawanan.
"Masalahnya anda menggunakan bajet diperuntukkan untuk kesihatan. Sebahagian besar daripadanya pergi kepada membentuk usahawan-usahawan ini. Ia tidak betul untuk agenda ini menyebabkan pengurangan dalam perkhidmatan kesihatan. Wujud kegagalan untuk menyedari hakikat ini."
Read More / Baca Lagi >>

Kelantan di bawah PAS bukan lagi destinasi pelancong

Posted: 09 Oct 2016 08:17 PM PDT

Empat juta pelancong melalui Kelantan setiap tahun, tetapi industri pelancongan di negeri ini hambar kerana ramai yang hanya menjadikannya sebagai transit sebelum ke destinasi sebenar.
kelantan
KOTA BHARU: Melancong ke Kota Bharu 20 atau 30 tahun lalu merupakan pengalaman berbeza. Pelawat akan mendapati ramai pelancong asing berkeliaran di bandar itu terutama di stesen bas dan juga pasar malam.
Namun keadaan itu kini sudah bertukar. Tidak ramai pelancong di bandar Kota Bharu, walaupun ramai masih boleh ditemui di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.
Satu daripada puncanya ialah Kelantan kini hanya menjadi transit pelancongan, bukan destinasi pelancong sebenarnya , disebabkan kekurangan promosi dan produk pelancongan di negeri Che Siti Wan Kembang itu.
Akibatnya, walaupun lebih 4 juta pelancong memasuki Kelantan setiap tahun dan terus meningkat, pendapatan industri pelancongan tidak sepadan dengannya, kata pengusaha industri ditemui FMT.

Ke Terengganu

Penggiat industri pelancongan Mohd Hishamudin Ghazali berkata destinasi sebenar pelancong yang masuk ke Kelantan sekarang adalah Pulau Perhentian di Terengganu serta pusat pelancongan di Thailand seperti Songkla, Hat Nyai, Krabi, Phuket dan lain-lain.
"Mereka lebih senang turun di lapangan terbang Pengkalan Chepa di Kota Bharu kerana ia lebih dekat dengan destinasi itu berbanding Bangkok yang lebih jauh ke utara atau Kuala Terengganu yang jauh ke selatan," kata Hishamudin kepada FMT.
Sebab itu, katanya, ramai yang masuk Kelantan tetapi bukan berbelanja di negeri ini.
Katanya, sebelum ini ramai pelancong ditemui di Kota Bharu kerana menggunakan sistem pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk ke destinasi sebenar.
Bagaimanapun, dengan wujudnya sistem penerbangan tambang murah, mereka terus ke destinasi dari lapangan terbang dengan menggunakan van dan bas yang disediakan hotel ke tempat destinasi pelancongan sebenar mereka.
Kelantan pernah digemari pelancong kerana makanannya, dan ramai berkunjung ke gerai makan seperti Padang Bas yang terletak di tengah pusat bandar, bersebelahan stesen bas Kota Bharu.
Tetapi selepas pasar malam itu dipindahkan untuk pembinaan pusat membeli belah, ia tidak menarik perhatian pelancong lagi kerana tempatnya yang tersorok di samping bau busuk kerana terletak di sebelah pusat pengumpulan sampah.
"Kalau pelancong menjadikan Kelantan sebagai destinasi, maka akan penuhlah pantai Irama dan Pantai Cahaya Bulan, Pasar Siti Khatijah, pasar malam dan lain-lain dengan pelancong, tetapi mereka tidak ada di situ lagi.
"Puncanya Kelantan tiada produk pelancongan di samping masalah jalan raya yang teruk serta kebersihan yang tidak terjaga dengan baik," kata Hishamudin.
Read More / Baca Lagi >>

DIGHAIBKAN.....???

Posted: 09 Oct 2016 08:09 PM PDT

KANTOI !!!...Tajuk berita asal yg tertera nama JAMAL telah dipadamkan DAN digantikan dgn tajuk baru ??

KENAPA ??.. Adakah sbb ia yg baru saja dpt gelaran DATO' SRI dari negeri Pahang ???

Link berita asal:
http://www.bhplus.com.my/node/200522

Link berita setelah diedit:
http://www.bhplus.com.my/node/200535

BN akan dilanda 'tragedi Oktober'?

Posted: 09 Oct 2016 07:57 PM PDT

"Bergantung kepada berapa orang keluar, kalau ramai (Adun, ahli Parlimen) akan menjadi 'tragedi Oktober' buat Barisan Nasional (BN).
Demikian pandangan Pensyarah Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani mengenai keadaan 'rumah tangga' BN kini.
BN Perkembangan terbaharu terutamanya di Johor memperlihatkan, BN Johor kerhilangan seorang Adunnya apabila Adun Jorak, Datuk Shahruddin Salleh meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Bersatu Malaysia (Bersatu).
Namun begitu ujarnya keadaan di Johor masih kukuh dan stabil.
"Setakat ini baru kurang satu Adun, selagi BN berjaya kekalkan majoriti mudah sebenarnya masih stabil.
"Hanya sekiranya ramai meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu seperti berduyun-duyun meninggalkan Pas untuk menyertai Amanah di Johor, baru keadaan kurang stabil ke arah tidak stabil," katanya kepada Sinar Online.
Dun Johor terdiri daripada 56 Adun di mana 37 kerusi adalah milik BN, DAP 13, PKR 1, Pas 3, Bersatu 1 dan Amanah 1.
Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan BN akan kehilangan beberapa negeri sekiranya lebih ramai Adun yang keluar parti, Azizuddin berkata buat masa ini perkara itu 'mustahil' berlaku.
"Tun M, cuba cipta suasana yang membolehkan orang Melayu fikir akan sokongan mereka kepada Umno.
"Saya rasa sebenarnya sukar untuk menggugat Umno masa kini," katanya.

Jamal nafi pemilik akaun fb 'parang terbang' , laporan polis dibuat

Posted: 09 Oct 2016 07:55 PM PDT


Tan Sri Khali Abu Bakar di twitternya semalam akan mengambil tindakan terhadap pemilik facebook berkenaan.Tan Sri Khali Abu Bakar di twitternya semalam akan mengambil tindakan terhadap pemilik facebook berkenaan.Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Jamal Md Yunos mendakwa akaun facebook 'parang terbang' yang menjadi viral adalah akaun palsu menggunakan namanya seperti dimuat naik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar di twitternya semalam.
Jamal ketika dihubungi mengesahkan status facebook itu bukan miliknya.
"IGP maksudkan itu adalah akaun palsu fb saya," ujarnya.
Sehubungan itu malam tadi satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam oleh seorang pengadu yang dikenali sebagai Mohd Azli Jaafar yang juga Presiden Setiakawan Malaysia (PMSM). Aduan juga telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
Laporan menyebut posting palsu yang dimuatnaik itu mendapat reaksi 2.8 juta suka, 4.839 juta komen dan 6,209 perkongsian menyebut posting itu baru disedari hari ini (semalam) dan bila dilihat memang benar posting tersebut bukan dari kenyataan Datuk Jamal dan page yang memuat naik serta menyebarkannya adalah palsu.
Link facebook tersebut didapati palsu apabila mengunakan nama "datokjamalyunos' sedang link sebenar milik Jamal adalah : https://www.facebook.com/jamal.yunos?fref=ts.
Laporan itu dibuat ekoran status menghasut yang didakwa dimuat naik Jamal pada 21 September jam 8.10 malam, Jamal dalam akaun Facebook dipercayai miliknya, dikatakan memuat naik status berbunyi:
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat mesti turun sokong Bersih 5, saran Marina

Posted: 09 Oct 2016 07:55 PM PDT


Marina MahathirMarina MahathirGerakan Bersih 5 yang sedang digerakkan ke seluruh negara harus disokong oleh seluruh rakyat yang cintakan keamanan, keharmonian dan demokrasi, kata Marina Mahathir.
Beliau berkata, lima tuntutan yang dituntut kali ini adalah untuk anak cucu dan generasi yang akan datang mewarisi kepimpinan negara.
Belia berkata demikian, ketika hadir dalam gerakan Bersih 5 yang telah diadakan di Taman Tunku Putra, Kulim pada Sabtu lalu.
"Semua rakyat tanpa mengambil kira kaum dan agama mesti turun pada 19 November bagi membuktikan kepada kerajaan bahawa kepimpinan mereka sudah tidak relevan lagi.
"Keberanian rakyat untuk turun ke jalan jelas memperlihatkan betapa mereka begitu peduli dengan pelbagai skandal dan penyelewengan dibawah pentadbiran Najib Tun Razak.
"Rakyat juga menyedari membuat perubahan yang drastik mampu memperbetulkan segala kejelekan yang sedang berleluasa dibawah kepimpinan Umno dan BN, " tegasnya lagi.
Sehubungan itu katanya, penyertaannya dalam gerakan konvoi Bersih 5, sebagai solidariti dan sokongan yang menuntut supaya kepimpinan kerajaan diubah dengan segera.
"Demi memartabatkan kembali maruah negara yang telah tercalar, maka perubahan lanskap politik mesti menjadi realiti dalam pilihan raya umum yang akan datang.
"Terlalu banyak pendedahan yang dibuat tentang kerajaan yang korup dan rasuah, sebaliknya mereka berlakon umpama tiada apa-apa yang berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Saya tetap hadir Bersih 5, kata lelaki diterajang Baju Merah

Posted: 09 Oct 2016 07:54 PM PDT

Kusaini Kasim menceritakan detik cemas ketika dikerumuni kumpulan dipimpin Jamal, namun semangatnya menyertai Bersih 5 tidak luntur.
bersih Dua hari selepas diserang sekumpulan penyokong gerakan Baju Merah, Kusaini Kasim tetap bersemangat dan bertekad terus menyokong dan meneruskan kempen himpunan Bersih 5 bulan depan.
Klip video serangan ke atas Kusaini, 49 tersebar luas, menunjukkan beliau dikerumuni puluhan penyokong Baju Merah pimpinan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Jamal Yunos, ketika pulang rumah menaiki motosikal Kawasaki ER6.
Menceritakan detik cemas itu kepada FMT, Kusaini berkata jalan yang dilaluinya ketika itu digunakan seharian untuk pulang ke rumah.
"Selepas habis program Bersih, saya keluar untuk balik ke rumah. Jalan itu memang jalan yang saya gunakan untuk balik," katanya.
Selepas diserang dengan telur dan diterajang di belakangnya, Kusaini diselamatkan seorang anggota polis trafik.
"Nasib baik polis cepat tiba ke situ. Polis datang beramai-ramai. Biasalah perkara macam ini.
"Insya Allah, kalau ada masa saya akan sertai himpunan Bersih 5," katanya.
Konvoi Bersih 5 di seluruh negara memasuki hari ketiga Sabtu lalu dan mereka berlepas dari 6 lokasi mempromosikan perhimpunan kelima gerakan itu.
Mereka bertolak dari Sungai Petani, Kedah; Kulai, Johor; Kota Bharu, Kelantan; Teluk Intan, Perak; Bintulu, Sarawak dan Tawau, Sabah.
Perjalanan konvoi itu adalah sebahagian daripada jelajah 7 minggu anjuran Bersih 2.0 mempromosi perhimpunan Bersih November 19 nanti di Kuala Lumpur bagi menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan dan mendesak pembaharuan institusi.
Kata-kata kesat kumpulan Jamal
Kusaini berkata, apabila tiba hampir dengan sekumpulan penyokong Baju Merah, beliau dihamburkan kata-kata kesat daripada kumpulan diketuai Jamal.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin disindir 'belum beranak sudah ditimang'

Posted: 09 Oct 2016 07:52 PM PDT

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pembangkang dapat mengambil alih Johor jika memenangi hanya 10 lagi kerusi pada pilihan raya umum akan datang ibarat 'belum beranak sudah ditimang'.
"Ia samalah seperti 'belum beranak sudah ditimang." Pertama sekali Muhyiddin perlu meyakinkan pengundi bahawa ia mempunyai sesuatu yang lebih baik untuk ditawarkan daripada kerajaan sekarang.
"Pada masa ini, nampaknya seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semata-mata ditubuhkan untuk menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti juga PKR (Parti Keadilan Rakyat) ditubuhkan untuk membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara," katanya menerusi posting terbaru beliau dalam blognya (http //sskeruak.blogspot.my/) semalam.
Hari ini, media tempatan memetik bekas timbalan perdana menteri itu sebagai berkata pembangkang hanya memerlukan 10 lagi kerusi negeri untuk mengambil alih kerajaan Johor pimpinan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Johor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan daripada jumlah tersebut, BN menguasai 37 kerusi dan pembangkang 19 kerusi.
Salleh, yang juga Bendahari UMNO, berkata Pakatan Harapan belum lagi memutuskan sama ada untuk menerima PPBM ke dalam pakatan pembangkang atau sama ada PPBM cuma menubuhkan pakatan pilihan mengenai pengagihan kerusi.
"Ini harus dibuktikan dahulu kerana jika mereka tidak dapat mewujudkan kesepakatan sebelum pilihan raya, bagaimana mereka hendak mencapai kata sepakat biarpun jika mereka menawan Johor?", tambahnya.
Salleh juga menarik perhatian bahawa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata mereka tidak perlu mengumumkan calon pembangkang untuk jawatan perdana menteri ataupun mengumumkan kabinet bayangan.
Read More / Baca Lagi >>

Dyana: Pengundi guna otak otak, bukan desakan seksual

Posted: 09 Oct 2016 07:49 PM PDT


Gesaan dalam mesyuarat agung Gerakan supaya parti itu meletakkan lebih ramai calon "wanita muda dan seksi" terus mengundang kecaman, kali ini dari pemimpin belia DAP pula.
Dyana Sofya Mohd Daud berkata, Pakatan Harapan menggalakkan wanita muda yang bijak, berdedikasi dan berani menyertai politik.
Selain itu, katanya, kemampuan, sikap patriotik dan sikap ringan tulanglah yang menjadikan mereka calon boleh menang, bukan kerana ciri-ciri fizikal.

"Sebaliknya, pemimpin Gerakan dan banyak lagi pemimpin di sebelah sana (BN) lebih gemar pada objektif seksual wanita dalam politik dengan retorik murah kononnya pengundi memilih berdasarkan gesaan seksual, bukan otak," kata Dyana.

Dalam perhimpunan agung semalam, Dyana turut dirujuk sebagai "seorang wanita muda Melayu saja".
Dyana mencabar presiden parti itu Datuk Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada 2014 dan hanya tewas tipis.
Ketua Biro Perundangan dan Hak Asasi Manusia Gerakan Datuk Baljit Singh berkata di kerusi yang peluang sangat tipis, Gerakan perlu meletakkan calon wanita muda, seksi dan "sanggup melakukan segala-galanya".

Baljit kemudian meminta maaf jika kenyataannya mengguris perasaan sesiapa tetapi menegaskan tidak berniat merendah-rendahkan mana-mana wanita.
Katanya, kenyataan itu dibuat merujuk kepada ahli seumur hidup Gerakan, Azmar Md Alias, yang menganggotai parti itu sejak 1985, yang menurutnya "seorang nenek".

Bersih 5: Himpunan cara Fahmi Reza - muka badut sebagai protest (tak gaduh, tak buang telur)

Posted: 09 Oct 2016 07:43 PM PDT

Baju Merah vs Power Rangers (Jamal Yunos semakin aggresif)

Posted: 09 Oct 2016 07:40 PM PDT

Lokman Noor Adam bidas pertemuan Muhyiddin-Anwar

Posted: 09 Oct 2016 07:39 PM PDT

Hillary atau Trump? Dua-dua teruk, kata Dr Mahathir

Posted: 09 Oct 2016 07:35 PM PDT

Mahathir: Muhyiddin mampu pimpin BERSATU, tetapi negara ...

Posted: 09 Oct 2016 07:34 PM PDT

Izzah mahu jumpa 6,000 pengundi baharu dari Bukit Aman

Posted: 09 Oct 2016 08:24 AM PDT

Izzah mahu jumpa 6,000 pengundi baharu
Izzah mahu jumpa 6,000 pengundi baharu
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berharap beliau diberi peluang untuk berjumpa dengan lebih 6,000 pengundi baharu di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman yang didaftarkan dalam Parlimen Lembah Pantai.
Menurutnya, sebelum ini, Bukit Aman terletak dalam Parlimen Segambut.
"Hari ini, apabila kita datang untuk berjumpa pengundi, tetapi mereka dikatakan bercuti dan minta datang semula pada waktu pejabat.
"Mereka juga meminta kita membuat permohonan rasmi kepada unit perhubungan awam bagi mendapatkan kebenaran," katanya ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
Katanya lagi, setiap perubahan yang dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hendaklah bersebab selaras dengan peruntukan di bawah Jadual 13, Perlembagaan Persekutuan.
Menurut daftar pemilih baharu SPR, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman menunjukkan pertambahan paling tinggi iaitu 6,249 pemilih dan Berek Polis Bukit Aman adalah 133.
Selain itu, Jalan Bukit Aman (76), Jalan Cenderasari (52), Taman Bunga (31), Jalan Tangsi (9), Istana Tamu (7),  Jalan Cenderawasih (5), Jalan Tangling dan Sekolah MGD Jalan Cenderasari dan Jalan Tangling masing-masing tiga pemilih.

Husam: Jika ditakdir Pas tidak bersama...

Posted: 09 Oct 2016 08:18 AM PDT

IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan tidak menolak kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru di negeri itu pada PRU14 nanti.
Adun Salor, Datuk Husam Musa berkata, perkara itu hanya dapat dielakkan jika Pas bersetuju dengan rundingan atau kerjasama politik yang sedang digerakkan oleh pelbagai pihak dalam parti pembangkang.
Husam: Jika ditakdir Pas tidak bersama... "Sekiranya Pas ingin kembali ke dalam lingkungan pakatan, kita boleh terima. Tetapi dengan terma-terma tertentu. Misalnya, berkaitan  kemajuan, kebaikan selain melahirkan kerajaan yang bersih sepertimana yang dituntut Islam.
"Jika ditakdirkan Pas tak bersama, kita harus berjalan tanpa menunggu lampu hijau atau ketentuan mereka. Ini ketetapan yang saya ambil di Kelantan," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Pusat Khidmat Peduli Rakyat anjuran Amanah Gopeng di Hotel Seri Malaysia, hari ini
Hadir sama Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham, Pengerusi PKR Perak, Dr Muhammad Nur Manuty dan Timbalan Pengerusi Amanah Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Menurutnya, beliau secara asasnya mahu Pakatan Harapan meletakkan soal kepercayaan, kredibiliti dan integriti sebagai agenda utama dalam melakukan sebarang kerjasama dengan mana-mana pihak.
Katanya, perkara itu penting bagi memastikan pelbagai masalah seperti korupsi, kerosakan alam sekitar dan kegagalan urus tadbir yang berlaku tidak berulang kembali.
"Kita tak mahu terperangkap dengan keadaan dan suasana yang seperti itu. Kita juga kena fikir siapakah rakan kongsi yang boleh dipercayai sebelum, semasa dan selepas PRU14 nanti," katanya.
Husam berkata, pihaknya juga percaya beberapa negeri seperti Perak, Sabah, Kedah dan Johor boleh dimenangi pembangkang jika ada usaha bersepadu dijalankan.
Read More / Baca Lagi >>

Jamal tidak mewakili peribadi Melayu, jangan jadi macam Jamal!

Posted: 09 Oct 2016 08:18 AM PDT


Tindakan ini bukan membela Melayu sebaliknya memalukan orang MelayuTindakan ini bukan membela Melayu sebaliknya memalukan orang MelayuKelakuan ala samseng kumpulan baju merah diketuai Jamal Yunos keatas peserta konvoi Bersih 5 adalah amat memalukan dan tidak menggambarkan keperibadian Melayu.
Perbuatan Jamal seperti merentap kain pemidang di Teluk Intan, mengadakan sidang media dalam jamban, insiden baling telur dan menerajang peserta konvoi Bersih 5 di Sabak Bernam adalah jelas sekali sebagai tindakan tidak bertamadun.
Tindakan ini bukan membela Melayu, sebaliknya memalukan orang Melayu. Jamal, anda bertanggungjawab kerana memalukan orang Melayu!
Sejak Bersih 1, 2, 3 dan 4 yang lalu, rakyat Malaysia berbilang bangsa termasuklah orang Melayu telah turut sama menyertainya.
Pengalaman peribadi saya sendiri sepanjang menyertai himpunan Bersih, rakyat pelbagai kaum, agama dan latar belakang telah turun berhimpun atas semangat patriotik.
Kami mahu sistem pilihan raya dan sebuah kerajaan yang bersih. Ini akan memastikan Malaysia berjalan atas landasan yang betul demi masa depan anak bangsa termasuklah orang Melayu.
Saya fikir, Jamal yang lebih obses dengan kelakuan samseng dan membuat PC di dalam jamban pastinya tidak akan faham perkara ini.
Jamal pastinya lebih tidak faham suasana persaudaraan rakyat yang wujud sewaktu himpunan Bersih.
Jamal mana tahu ada orang-orang cina yang menjadi bentang untuk keselamatan peserta Bersih beragama Islam yang sedang menunaikan solat berjamaah.
Jamal juga tidak akan pernah terbayang bagaimana para peserta bersih tak kira bangsa saling bergilir-gilir menjaga keselamatan sewaktu tidur malam ketika Bersih 4 yang lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Aman pilihan kami, ambil tindakan kepada provokator, kata koordinator Bersih

Posted: 09 Oct 2016 08:15 AM PDT


Samudin KambaliSamudin Kambali
Tindakan kumpulan 'Baju Merah'yang melintangkan lori di kawasan lampu isyarat mengejutkan peserta konvoi Bersih 5 Kulai = Keluang.
"Kami mendesak agar tindakan susulan dilakukan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia agar aksi sebegini tidak berulang lagi di masa hadapan," kata koordinator konvoi, Samudin Kambali dalam satu kenyataan.
Tidak cukup setakat itu katanya, mereka juga menghamburkan kata-kata kesat dan maki hamun selain turut mengetuk kenderaan peserta konvoi bersih.
"Kami mempersoalkan apakah kuasa yang mereka ada sehingga sewenang-wenangnya bertindak menghalang lalu lintas.
"Tindakan itu cukup mengejutkan kami yang baru sahaja selesai menunaikan solat Asar di masjid berdekatan," katanya.
Menurutnya, keadaan ini tidak mematahkan semangat peserta dan mengubah laluan kami ke Kluang melalui Renggam dengan jayanya.
"Walaupun terkilan tindakan itu, kami tidak patah semangat dan akan tetap akan meneruskan konvoi ini sehingga ke kemuncak Himpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 19 November nanti kerana kami tegas yakin bahawa ini ialah himpunan yang patriotik dan demoktratik," katanya.
Bagaimanapun bagi beliau konvoi Bersih 5 Kulai-Kluang etarikh 8 Oktober itu telah berlangsung dengan jayanya.
"Pujian dan ucapan tahniah kepada PDRM Johor di atas komitmen dan kawalan keselamatan yang cukup baik demi memastikan konvoi ini berlangsung aman.
Read More / Baca Lagi >>

Ambil tindakan ke atas Jamal dan konconya

Posted: 09 Oct 2016 08:14 AM PDT

Ahli Majlis Peguam, Syahredzan JohanAhli Majlis Peguam, Syahredzan Johan
Aksi ganas geng baju merah terhadap peserta konvoi Bersih dilihat sebagai berbahaya untuk ketenteraman awam bahkan bercanggah dengan semangat Perlembagaan.
Ahli Majlis Peguam, Syahredzan Johan berkata, Datuk Jamal dan geng Umno baju merahnya membawa budaya politik samseng ke persada baru yang amat membimbangkan.
"Kita tidak pernah lihat budaya politik samseng diberi legitimasi sebelum ini. Bagaikan geng baju merah Umno ini ada kekebalan boleh berbuat sesuka hati tanpa ada sekatan undang-undang," ujarnya ketika dihubungi Malaysia Dateline.
Beliau berkata, langkah pihak polis di beberapa lokasi mengawal keadaan untuk memastikan mereka tidak menyerang penyokong Bersih amat disambut baik.
"Namun, saya persoalkan kenapa tidak ada tindakan lanjut ke atas Jamal dan geng baju merah Umnonya.
"Walhal, kalau pembangkang atau aktivis, kritik sedikit mesti ada tindakan diambil," bidasnya.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Shaani AbdullahAhli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Shaani AbdullahSehubungan itu, Syahredzan pihak berwajib mengheret Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar ke muka pengadilan memandangkan negara ini masih mempunyai undang-undang.
"Saya harap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan ke atas Jamal dan gengnya," tegasnya lagi.
Sementara itu, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Muhammad Shaani Abdullah berkata, hak untuk menyatakan pendapat adalah hak asasi setiap rakyat di negara ini.
"Mereka yang menghormati hak asasi harus membela hak pihak lain itu untuk menyatakan pendapat mereka secara bebas.
"Sebarang tindakan untuk menghalang hak itu adalah bertentanga dengan Perlembagaan Persekutuan," jelasnya kepada Malaysia Dateline.
Geng Baju Merah Umno di Sabak Bernam menerajang peserta Bersih 5, Sabtu lalu.Geng Baju Merah Umno di Sabak Bernam menerajang peserta Bersih 5, Sabtu lalu.Menurutnya yang juga bekas Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), penggunaan keganasan dan ugutan adalah satu bentuk jenayah.
"Integriti pihak berkuasa keselamatan semakin terhakis dengan keengganan untuk menasihatkan pihak tertentu yang mengggunakan keganasan ke atas pihak yang melakukan kempen secara aman dan sah di sisi undang-undang negara," ujarnya lagi.

Bila Nak "Taubat"...??

Posted: 09 Oct 2016 08:09 AM PDT



Comments (0)