Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:23 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


"Balik la," jerit Jamal pada Ambiga

Posted: 07 Oct 2016 09:48 PM PDT

'Flag Off' BERSIH 5 di Sabah bermula

Posted: 07 Oct 2016 09:33 PM PDT

Jamal 'Baju Merah' parkir kereta tepi jalan, ganggu laluan trafik

Posted: 07 Oct 2016 09:31 PM PDT

‘Pecat Muhyiddin ada risiko, tetapi tiada pemimpin akan ikut jejak adun Jorak’ kata MP Umno

Posted: 07 Oct 2016 09:26 PM PDT

Anuar berkata, Umno perlu menjadikan penyertaan adun Jorak dalam PPBM sebagai iktibar sekaligus bangkit memperkukuh dan mempertahankan Umno.
Ahli Parlimen Sekijang mengakui pemecatan bekas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kesan kepada parti itu, namun yakin tiada pemimpin dan adun lain akan keluar parti.
Anuar Abdul Manap berkata, risiko yang terpaksa dihadapi Umno selepas memecat Muhyiddin termasuk tindakan melompat parti seperti dilakukan Adun Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
"Kepimpinan Umno sedar risiko penyingkiran Tan Sri Muhyiddin dulu akan ada akibat lain yang akan berlaku seperti kejadian ini (kehilangan wakil rakyat). Justeru, ianya haruslah dijadikan iktibar dan semua jentera serta pimpinan parti dari semua peringkat harus diperkukuhkan lagi," katanya kepada FMT.
Bagaimanapun, exco Pemuda Umno itu yakin tidak akan ada lagi pemimpin atau wakil rakyat Umno Johor yang akan mengikut jejak Shahruddin, kerana kebanyakan mereka masih setia dan yakin hanya parti itu mampu membela nasib rakyat.
"Setakat ini hanya 1 kerusi yang sudah dijangka sebelum ini akan terlibat (menyertai PPBM) kerana kedudukannya (adun Jorak) di bawah Parlimen Pagoh dan juga beliau antara pemimpin dalam Parlimen Pagoh yang turut bersama Muhyiddin meletak jawatan dan keluar daripada Umno.
"Umno juga perlu bersiap sedia dan mendapat maklumat tepat bagi menangkis segala bentuk tohmahan pembangkang (termasuk parti baharu PPBM). Saya juga yakin ahli dan pemimpin Umno masih setia memilih Umno hari ini kerana mereka melihat tiada parti lain boleh menggantikan apa dilakukan Umno Johor," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Perkongsian kuasa termasuk AMANAH dan DAP, kata Muhyiddin

Posted: 07 Oct 2016 09:22 PM PDT

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin menekankan tentang perlunya gabungan pembangkang yang menyeluruh, yang termasuk Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP.
Ini walaupun PAS bertegas bahawa parti-parti yang mahu bekerjasama dengan parti Islam itu mesti terlebih dahulu menolak DAP.
Berucap di majlis pelancaran bahagian BERSATU Pagoh malam tadi, Muhyiddin berkata pemimpin PAS telah menyatakan bahawa sudah sampai masanya parti-parti pembangkang bergabung dan bekerjasama sekiranya mereka mahu mengalahkan Umno.
"Nak kalahkan Umno, PAS, BERSATU dan PKR mesti bekerjasama untuk hadapi pilihan raya umum dan apabila Umno dapat dikalahkan, kita dapat bentuk kerajaan baru.
"Bukan mereka (parti-parti lain) tak masuk dalam tu, AMANAH ada, DAP ada....
"Tujuannya adalah untuk bersatu bersama-sama dalam perjuangan dan akhirnya akan membentuk kerajaan di mana kuasanya boleh kita kongsi bersama-sama," kata Muhyiddin dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung di Facebook.
Beliau berkata BERSATU secara bersendirian tidak mungkin boleh menang, sama seperti Umno yang tidak mungkin boleh membentuk kerajaan sendirian.
"Ia mesti bekerjasama dengan parti-parti lain seperti MCA, MIC dan parti-parti lain," tambahnya.
Muhyiddin berkata beliau sedang berbincang dengan parti-parti pembangkang untuk menzahirkan sebuah gerakan dan membentuk kerjasama di mana semua parti bersetuju atas dua perkara.
"Pertama, sanggup bekerjasama sebagai satu pasukan.
"Keduanyam menentukan dalam pilihan raya umum akan datang, kita bertanding satu lawan satu (menentang BN)," katanya.

Muhyiddin: “Tak susah cari 10 kerusi bentuk kerajaan baru Johor”

Posted: 07 Oct 2016 09:16 PM PDT

MUAR, 8 OKT: Kerajaan Johor diterajui Umno-Barisan Nasional (BN) boleh ditumbangkan sekiranya 10 wakil rakyat mereka di Dewan Negeri Johor turut mengambil keputusan meninggalkan parti masing-masing bagi membolehkan pembangkang memperolehi majoriti mudah dan membentuk kerajaan baru.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddn Yassin, berkata bagi mendapatkan sepuluh kerusi yang sanggup meninggalkan Umno pada masa ini bukanlah suatu perkara yang sukar.

"Untuk membentuk kerajaan baru di Johor tak susah sangat. Kita perlukan tambahan sepuluh kerusi sahaja lagi. Cuba kita kira satu persatu termasuklah Maharani atau mana kawasan-kawasan lain, cukup tak?
"Tak susah nak cari 10, malah boleh jadi dapat 12 atau 15. Bukan mustahil tuan-tuan. Habis misalnya kalau kerajaan di Johor yang dipimpin Umno-Barisan Nasional jatuh dan kerajaan kita naik, nasib orang Melayu macam mana, tidak terbelakah nanti?," kata Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata demikian pada program ceramah Bicara Rakyat Bersatu di Sungai Terap, Pagoh di sini, malam tadi.
districts_of_johorJelasnya, sebelum ini BN Johor mempunyai 38 kerusi dan pembangkang pula sebanyak 18 kerusi daripada 56 kerusi secara keseluruhannya.
Bagaimanapun kerusi BN berkurangan kepada 37 dan pembangkang meningkat kepada 19 kerusi selepas Ahli Dewan Negeri (ADN) Jorak, Datuk Shahruddin Salleh meninggalkan Umno untuk menyertai Bersatu.
Katanya, tindakan Shahruddin itu menyebabkan kawasan Dewan Negeri baru tidak boleh diwujudkan oleh Kerajaan Johor tanpa sokongan pembangkang.
"Di Johor hari ini dengan sebab kita lantik Setiausaha Agung baru kita (Shahruddin), satu kerusi (BN) sudah pun kurang. Maka Kerajaan Johor di bawah BN sudah tidak ada dua pertiga dalam dewan negeri. Kalau sebelum ini mereka bercita-cita nak mewujudkan kawasan Dewan Negeri baru, tak ada dua pertiga dia kena fikir sepuluh kali.
"Kalau dia tidak dapat sokongan daripada parti lain, dia tidak boleh pinda. Kekal jumlah 56 kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri," katanya.

Kecoh pun bermula, Baju Merah halang lalu lintas konvoi BERSIH 5

Posted: 07 Oct 2016 08:32 PM PDT

Aksi Jamal 'Baju Merah' sedia tunggu konvoi BERSIH 5 di Teluk Intan

Posted: 07 Oct 2016 08:23 PM PDT

"Ada ahli UMNO guna nama UMNO buat perkara samseng," kata Maria

Posted: 07 Oct 2016 08:22 PM PDT

Sebelum Konvoi BERSIH 5 bergerak, ini kata dua Maria Chin

Posted: 07 Oct 2016 08:21 PM PDT

10 THINGS - Jamal Yunos Merah (Special Edition - Bersih 5 vs Bodoh x 5)

Posted: 07 Oct 2016 08:18 PM PDT

3 wakil rakyat Kedah langgar keputusan Pas tidak sertai Bersih

Posted: 07 Oct 2016 08:15 PM PDT

Amirudin, Mahfuz dan Nasir menyertai konvoi Bersih 5 di Sungai Petani semalam.Amirudin, Mahfuz dan Nasir menyertai konvoi Bersih 5 di Sungai Petani semalam.

Walaupun Pas secara rasmi menolak tawaran untuk bersama-sama Bersih 5, namun tiga wakil rakyat Pas di Kedah melanggar keputusan itu.
Ketua pembangkang Dun Kedah, Datuk Amirudin Hamzah, Adun Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa serta ahli parlimen Kuala Kedah Datuk Mahfuz Omar menyertai konvoi Bersih semalam.
Amirudin turut berucap di pentas Bersih 5.Amirudin turut berucap di pentas Bersih 5."Berani bersama Bersih walaupun ditegah oleh pemimpin Pas Kedah serta Pusat," tulis Aris Awang, pemimpin Amanah Kedah dalam facebooknya.
Mereka menyertai konvoi Bersih yang diadakan di Sungai Petani semalam selepas kumpulan konvoi ini memulakan perarakan mereka di Kangar, Perlis 1 Oktober lalu.
Sebelum ini, Amirudin telah meletakkkan jawatannya sebagai Yang Dipertua Pas Kuala Kedah dengan alasan tidak dapat memikul arahan dari Pas pusat.
Beliau yang baru pulang dari menunaikan fardhu haji turut memberikan ucapan di perhimpunan konvoi Bersih 5 itu.
Konvoi Bersih 5 akan berakhir di Kuala Lumpur 18 November depan sebelum perhimpunan besar pada keesokan harinya di Dataran Merdeka.
Menurut Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah, Pas secara rasmi telah menolak untuk menyertai Bersih 5 walaupun dipujuk hampir tiga minggu oleh pemimpin Bersih.
"Saya mengambil masa tiga minggu untuk memujuk mereka agar menyertai Bersih 5, tetapi Pas tetap menolaknya," kata Maria Chin Abdullah, sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Amanah.
Katanya, selain beliau, ahli jawatankuasa pemandu yang lain juga menghubungi pemimpin Pas, namun ditolak.
"Kami hubungi Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (timbalan presiden), Datuk Mustafa Ali (pengarah pilihan raya), Idris Ahmad (naib presiden) dan lain-lain lagi. Selepas bermesyuarat, mereka menolak untuk menyertai Bersih 5," kata Maria kepada mingguan Amanah.

TARIAN POLITIK GABUNGAN PEMBANGKANG, UMNO TERTINGGAL BAS

Posted: 07 Oct 2016 08:11 PM PDT


 Pada hujung minggu lepas di Terengganu, Presiden parti BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dijemput ke satu ceramah yang dihadiri oleh beberapa pimpinan tertinggi PAS.
Antara yang hadir ke acara 4 hari tersebut termasuklah Hadi Awang, Mustafa Ali dan Ustaz Idris Ahmad.
Apa yang menarik adalah intipati ucapan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat iaitu Mustafa Ali pada malam itu. Antara sedutan ucapannya ialah:
"Kalau hendak tumbangkan BN kita perlu kalahkan Umno terlebih dahulu sebab majoriti kerusi BN didominasi Umno. Kita bukan perlu semua kerusi Umno, kalau dapat lebih separuh menang pun kita (pembangkang) akan menang.
"Semua ini bukan kerja sukar tetapi kita semua perlu kerja kuat. Kalau ketiga-tiga parti masing-masing tidak mahu bergabung dan bergantung pada parti sendiri sahaja tentu sukar untuk menang, jadi kita perlu bekerjasama.
"Pas sedia berbincang dengan Bersatu dan PKR kerana gabungan ini satu formula pembentukan gabungan pembangkang yang lebih kuat. Sekarang, Pas masih bekerjasama dengan PKR dan dengan Bersatu belum secara rasmi."
Terdapat makna yang mendalam di dalam kata-kata di atas. Yang mungkin mendebarkan sesetengah pihak. Video ucapan Mustafa Ali boleh ditonton di bawah. Beliau mengemukakan formula untuk menawan kerusi milik UMNO dengan cara bekerjasama dengan BERSATU dan PKR.

Dengan sorak gembira dari para hadirin yang datang, dapat digambarkan bahawa banyak penyokong akar umbi PAS yang tidak suka kepada UMNO. Ini disebut jelas oleh Tengku Razaleigh baru-baru ini apabila dia berkata:
"Saya rasa kita tetap lawan PAS pada pilihan raya akan datang kerana orang bawahan tidak mahu kita bersatu dengan PAS. Dan, orang PAS juga sama, tidak mahu bersatu dengan Umno."
Ku Li mungkin lebih tahu perasaan para penyokong UMNO dan PAS, lebih-lebih lagi di kawasan Pantai Timur. Tidak logik baginya untuk PAS dan UMNO berbaik-baik di peringkat nasional tetapi di dalam pilihanraya nanti mereka akan menjadi seteru dan berlawan antara satu sama lain. Hanya yang dungu sahaja yang sanggup bergelumang dengan hipokrasi begini.
Jika diteliti ucapan Mustafa Ali di atas, besar kemungkinan PAS dan BERSATU serta PKR akan bergabung membentuk gabungan pembangkang di kawasan pendalaman Melayu.
Ini dikuatkan pula oleh ucapan Tan Sri Muhyiddin pada malam itu yang nampak lebih mengetahui kehendak dan aspirasi rakyat yang sudah jelak dengan kepimpinan korup Najib dan UMNO. Ia juga senada dengan ucapan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat tersebut.
"Saya percaya sudah sampai masanya untuk dijalinkan kerjasama dalam bentuk lebih konkrit. Mana mungkin Bersatu dan parti-parti lain boleh bersendirian (memenangi PRU)…tidak mungkin…tidak boleh, yang boleh ialah gabungan serta gandingan semua parti dalam pakatan.
"Walaupun sedikit atau banyak, apabila dikumpulkan maka jumlahnya memadai untuk cukupkan bilangan (kerusi bertanding), maka cara itulah kita boleh buat supaya kita sama-sama dapat laksanakan.
"Saya tahu cabarannya besar tetapi kita boleh ketepikan berbezaan antara kita dan melihat ke depan. Lebih penting kemuafakatan ini serta formula satu lawan satu mampu membantu memenangi PRU akan datang, gelombang besar yang mahu lihat perubahan."
Read More / Baca Lagi >>

PAS ajak kaum Cina tolak DAP tidak berprinsip

Posted: 07 Oct 2016 08:10 PM PDT

Ahmad Fadhli berkata, DAP dahulu menyokong agenda hudud diperjuangkan PAS, tetapi kini ia berubah dan membantah pindaan Akta 355 yang diusulkan presiden parti Islam itu, pada Mei lalu.
Ahmad Fadhli ShaariPETALING JAYA: Selepas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dan Nasrudin Hassan Tantawi menyerang DAP, seorang lagi pemimpin PAS hari ini menganggap parti itu tidak perlu lagi bekerjasama dengan DAP.
Ketua Penerangan Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menyokong gesaan Nasrudin untuk tidak bekerjasama dengan DAP dan mana-mana parti bersama DAP yang menggambarkan hasrat akar umbi parti Islam itu, khususnya selepas Muktamar Tahunan 2015.
Beliau turut mempelawa rakyat Malaysia, termasuk kaum Cina untuk bersama menolak DAP yang tidak berprinsip.
Ini kerana, katanya, DAP dahulu menyokong agenda hudud diperjuangkan PAS, tetapi kini ia berubah dan membantah Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) yang diusulkan presiden parti Islam itu, Mei lalu.
"Jika sebelum ini, DAP yang berperanan memberi penjelasan kepada masyarakat bukan Islam, khususnya kaum Tionghua agar tidak bimbang dengan agenda hudud, kerana ia sama sekali tidak melibatkan kaum bukan Islam.
"Namun pada hari ini, DAP yang berada di barisan hadapan untuk membantah Rang Undang-undang untuk meminda Akta 355 yang hanya bertujuan mengangkat bidang kuasa Mahkamah Syariah.
"DAP hari ini mula membuktikan dengan jelas ia merupakan sebuah parti yang sangat anti kepada usaha memperkasakan undang-undang syariah di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada 28 September lalu, Nasrudin berkata, PAS sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berhasrat membawa pembaharuan kepada negara, namun ia tidak akan mengulangi kesilapan sama untuk bekerjasama dengan DAP.
Ketua penerangan PAS itu berkata, sehingga hari ini, DAP dan mereka yang bersama parti itu masih menentang dasar Islam diperjuangkan PAS.
Read More / Baca Lagi >>

Dr M: Sikit saja lagi, tiga kerajaan negeri BN boleh tumbang

Posted: 07 Oct 2016 08:09 PM PDT

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sedikit sahaja lagi perubahan jumlah wakil rakyat, boleh menumbangkan tiga kerajaan negeri BN - Perak, Terengganu dan Johor - sebelum pilihan raya umum akan datang.
Mahathir berkata demikian merujuk kepada ADUn Jorak, Datuk Shahruddin Md Salleh keluar Umno untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) awal minggu ini.
Tegasnya, bila sesuatu dimulakan, maka yang akan berkembang dan "lain-lain nak tiru".
Mahathir berkata di Perak dan Terengganu, hanya memerlukan dua orang sahaja wakil rakyat untuk lompat parti.
Jika mereka berbuat demikian, tambahnya, kerajaannya akan tumbang.
"Tak payah tungguh PRU14, kita boleh memerintah di negeri-negeri ini termasuk Selangor dan Pulau Pinang," katanya dalam satu ceramah di Muar malam tadi.
BN akan kehilangan majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang mempunyai 32 ADUN dan juga di DUN Perak yang mempunyai 59 ADUN, jika dua wakil rakyat melompat menyertai pembangkang.
Di Johor, kata Mahathir, jika 10 lagi ADUN BN mengikuti jejak Shahruddin, "kita dah jadi kerajaan Johor".

PRU14: Pertarungan hidup mati siapa?

Posted: 07 Oct 2016 07:56 PM PDT

PRU13 adalah peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menumbangkan kerajaan Barisan Nasional di peringkat persekutuan. Kenyataan ini masih dan tetap saya yakini sama ada sebelum, mahupun selepas 5 Mei 2013. "Ini kali-lah," terlepasnya peluang keemasan ini, bermakna sejarah berlalu begitu sahaja dari sisi kita. Untuk menemu semula detik saat sebegini, kita kena tunggu "Lain kali-lah".
Biar berterus-terang dalam realiti politik. "Kuasa" yang menyatukan parti pembangkang. Berkecainya harapan menawan Putrajaya, maka berpecahlah parti pembangkang. Selangor jawapan terbaik untuk menguji teori ini. Apakah PAS yang berdendam dengan DAP boleh duduk semeja di Selangor, andainya bukan dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri?
Justeru itu, selagi harapan menawan Putrajaya tidak cerah untuk pembangkang, agak mustahil DAP, PAS, AMANAH, PKR dan BERSATU kembali ke meja rundingan dan mencapai muafakat. Perkembangan hari ini bakal memberi kesan terhadap keputusan PRU14, namun ramalan terhadap PRU14 juga sedikit sebanyak menentukan perkembangan sekarang. Apapun terjadi, PRU14 tetap satu titik penting dalam sejarah politik Malaysia.
PRU terakhir Anwar dan Mahathir
PRU14 adalah PRU terakhir untuk Anwar Ibrahim. Anwar jatuh sebagai orang kedua di tangga kuasa pada tahun 1998, sempat kembali pada tahun 2008, di usia 61 tahun.
PRU13 adalah cubaan terakhir Anwar untuk bangkit ke puncak hayat politiknya, namun digagalkan oleh sistem pilihan raya yang memenangkan parti 47 peratus. Pandangan pesimis mengandaikan nyawa politik Anwar terkubur, setelah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun, kerana beliau hilang kelayakan untuk bertanding, barangkali untuk dua penggal.
Dengan andaian PRU14 dan PRU15 berlangsung pada tahun 2018 dan 2023, apa yang tinggal untuk tokoh yang dilahirkan pada tahun 1947 ini?
Anwar sudah hampir pasti tidak boleh bertanding dalam PRU14, tetapi susuk tubuh ini tetap relevan, memandangkan tiada tokoh yang seiring pengaruh dan wibawanya untuk diterima parti pembangkang mahupun rakyat secara umum buat masa kini.
Anwar sering dipersalahkan ketika di luar penjara, namun rakyat mula sedar betapa sukarnya pembangkang bergerak tanpa Anwar selepas 10 Februari 2015. Dari segi teknikalnya, Anwar hanya disekat undang-undang, yang boleh diatasi seandainya senario politik berubah dalam PRU14.
Namun, jikalau keputusan PRU14 tidak melonjakkan pembangkang ke mana, malah kedudukan BN semakin selesa dengan peratusan kerusi yang dipegang, maka masa depan Anwar akan menjadi semakin malap. Begitu juga dengan musuh ketat yang bersalaman dengan Anwar selepas 18 tahun, Mahathir Mohamad, PRU14 adalah peluang terakhir tokoh berusia 91 tahun ini menumbangkan Najib.
Mahathir pernah berjenaka bahawa dirinya hanya mampu menjenguk Malaysia "dari atas" pada tahun 2020, sama ada Malaysia berjaya merealisasikan wawasan sebagai negara maju atau tidak. Kira-kira tiga tahun sahaja yang menjarakkan kita dengan 2020, namun politik tempatan nampaknya belum lagi terlepas dari genggaman beberapa tokoh veteran.
Najib Razak, 63, masih mampu bertahan untuk melanjutkan hayat politiknya selagi skandal 1MDB tidak berkembang di luar kawalannya. Peranan Mahathir menjadi tumpuan di sini bukan kerana diktator pencen ini telah dinobatkan sebagai ikon reformasi, cuma seandainya pengasas Umno Baru yang tebal dengan keMelayuannya itu pun gagal meyakinkan masyarakat Melayu untuk menyingkirkan Najib, maka siapa lagi yang mampu menggalas dan menyempurnakan misi sedemikian?
Kedua-dua orang Mahathir dan Anwar melambangkan generasi dan zaman masing-masing. Pergelutan dua tokoh ini selama 18 tahun mencorakkan politik tanahair. Ada yang menyifatkan perbalahan politik ini sebagai konflik generasi, pertembungan dua paradigma politik yang berbeza - di mana Anwar mencabar autoritarian Mahathir dengan tuntutan Reformasi.
Hakikatnya, reformasi sistem negara tidak pernah sempurna, sejak dilanda kemelut ekonomi 1997, disusuli kemudian dengan krisis kewangan 2008.
PRU pertama AMANAH & BERSATU
Baik reformasi mahupun transformasi, laungan slogan ini gagal menyelesaikan beberapa konflik yang timbul. Bukan sahaja sistem negara tidak dirombak, malah sistem parti politik pun gagal berfungsi seiring langkah peredaran zaman. Kemunculan AMANAH dan BERSATU, misalnya, adalah manifestasi bagaimana konflik parti gagal diselesaikan melalui saluran dalaman.
Maka serpihan keluar dan menubuhkan parti baru, memasuki gelanggang yang direka untuk menindas parti baru yang kecil. AMANAH telah diuji dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak dan dua pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar sepanjang tempoh setahun ditubuhkan.
Read More / Baca Lagi >>

Konvoi BERSIH diganggu Pemuda Umno Kedah di Alor Setar

Posted: 07 Oct 2016 07:52 PM PDT

Konvoi BERSIH dari Alor Setar, Kedah terganggu seketika dengan kemunculan sekumpulan lelaki yang memakai baju-T merah dengan terpampang logo parti Umno ketika mereka hendak berlepas ke Sungai Petani semalam.
Kumpulan bermotosikal itu tiba ketika konvoi BERSIH yang terdiri daripada kira-kira 50 buah kereta, hendak bergerak dari Jalan Bahiyah, tempat ia berkumpul pada kira-kira pukul 9 pagi.
"Kumpulan itu menyekat kereta kami dan menghalang kami daripada berlepas... mereka menjerit pada kami," kata Ahli Parlimen PKR Alor Setar, Gooi Hsiao Leung kepada Malaysiakini.
Katanya, polis datang dan membolehkan mereka berlepas dari situ.
"Kumpulan itu kebanyakannya menjerit pada saya kerana kereta saya berada di depan sekali, mengetuai konvoi itu," katanya.
Menurutnya, kumpulan itu melaungkan kata-kata seperti meminta orang Melayu supaya jangan menjadi "balaci Cina".
Gooi mendakwa bahawa kumpulan baju merah itu diketuai oleh Ketua Pemuda Umno negeri, Syed Hafiz Syed Mustapha.
Dalam video yang diperolehi oleh Malaysiakini, seorang anggota kumpulan baju merah itu yang memakai topi keledar hitam dan cermin mata gelap dipercayai Syed Hafiz, dilihat melaung kepada ahlli parlimen itu, dengan berkata: "Ahli Parlimen Alor Setar mai buat kerja di Alor Setar".
Read More / Baca Lagi >>

DAP setuju tampilkan calon PM, Kabinet bayangan

Posted: 07 Oct 2016 07:46 PM PDT

Anthony LokeDAP bersetuju dengan cadangan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mahukan pembangkang menampilkan calon perdana menteri dan Kabinet bayangan sebelum PRU14.
Setiausaha Organisasi Kebangsaannya, Anthony Loke berkata, pemilihan itu perlu diumumkan kepada rakyat jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan di peringkat negeri atau Persekutuan.
"Kita terbuka dengan cadangan beliau (Muhyiddin) dan mengalu-alukannya.
"Sebenarnya, sebelum ini saya juga ada mencadangkan supaya bukan sahaja perdana menteri, malah calon menteri besar juga perlu diputuskan sebelum PRU14," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Bagaimanapun, Loke berkata, perkara tersebut perlu dibincangkan menerusi kepimpinan Pakatan Harapan.
"Sebarang keputusan perlu dalam kerangka Pakatan Harapan yang perlu dipersetujui oleh parti-parti yang ada.
"Ia tidak boleh berdasarkan keputusan satu parti sahaja. Apa-apa keputusan haruslah dihasilkan daripada persetujuan bersama," katanya.

Bersatu sertai Bersih 5

Posted: 07 Oct 2016 07:44 PM PDT

Bersatu akan menyertai perhimpunan Bersih 5 yang dijangka diadakan bulan depan.
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, secara asasnya perjuangan Bersih sama dengan dasar parti itu.
"Saya telah menerima jemputan daripada Maria Chin Abdullah (Pengerusi Bersih) yang berharap saya akan hadir. Asalkan tujuannya sehaluan dengan apa yang kami perjuangkan, saya rasa tiada masalah.
"Antara matlamat perjuangan Bersih ialah menuntut Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) berundur, kerajaan yang bersih dan tiada rasuah. Ini saya fikir turut menjadi asas dan dasar perjuangan parti kita," katanya kepada Sinar Harian.
Sebelum ini, Maria mengumumkan bahawa pihaknya akan menganjurkan himpunan itu dengan bertemakan 'Satukan Tenaga, Malaysia Baru!'.
Menurut Muhyiddin, kehadiran Bersatu dalam perhimpunan itu juga tidak seharusnya disalahtafsirkan.
"Saya fikir Bersih bukan satu kumpulan provokasi. Asalkan ia tak membangkitkan isu yang boleh menimbulkan masalah keselamatan dan menggangu ketenteraman awam.
"Bagi saya, yang penting ialah apa tujuannya iaitu untuk sampaikan mesej rakyat.," katanya.

Dr Mahathir, Muhyiddin perlu lebih fokus dalam gerakannya

Posted: 07 Oct 2016 05:11 PM PDT

Kalau ikut pengalaman lalu, tidak cukup sekadar berusaha memujuk PAS memastikan agenda satu lawan satu.
muhyiddin_mahathir_bersatuSejak kemasukan Datuk Husam Musa ke dalam Amanah, politik Kelantan semakin panas. Ada sahaja isu pertentangan antara pembangkang dan kerajaan negeri di media, khasnya media sosial.
Daripada isu durian kunyit kepada kemasukan Husam ke dalam Amanah, bangunan Pusat Khidmat DUN Salor, tanah balak Orang Asli dan terkini isu air terjun Dakota.
Semuanya memperlihatkan ada usaha yang tersusun rapi dari pembangkang untuk mengambil alih kerajaan negeri Kelantan atas nama menyelamatkannya daripada jatuh ke tangan Umno.
Adun Salor itu nampaknya berjaya mengumpulkan semua tokoh bersama beliau. Tun Dr Mahathir Mohamad yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sehinggalah bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim yang jelas menyokong gerakan Husam ini.
Dr Mahathir akan turun lagi ke Kelantan 14 Oktober ini untuk bersama Husam dan Datuk Rosli Ibrahim (bekas ahli PAS dan pemimpin Umno dan Semangat 46) atas jemputan Zaid. Bekas ahli parlimen Kota Bharu itu menyusun khas majlis ini untuk menggoncang Kelantan.
Dengan tajuk program, "Mengapa kita boleh menang", Zaid yakin akan menerima sambutan baik termasuk dari pengundi di luar Kelantan dengan mensasarkan 10,000 kehadiran pada majlis yang akan diadakan di Tunjong itu.
"Kita bukan mahu menang Malaysia sahaja tetapi kita mahu menang Kelantan juga. Kita nak sapu bersih dan membawa era baru di Kelantan," kata Zaid kepada FMT menyokong gelombang yang dibawa Husam ke Kelantan.
Jika menang pusat dan Kelantan, kata Zaid, rakyat negeri pantai timur itu paling untung kerana Dr Mahathir sebelum ini sudah berjanji akan memberikan royalti minyak untuk Kelantan yang tidak pernah diperolehi sebelum ini.
Belum jelas
Namun, ketika Kelantan dilihat bergegar dengan isu dan program yang dibuat, gerakan yang dibuat Dr Mahathir dan Muhyiddin belum nampak jelas lagi.
Cubaan Muhyiddin merapati PAS mendapat sambutan suam-suam kuku sahaja dari pimpinan PAS dengan mesej yang bercampur aduk antara positif dan negatif.
Read More / Baca Lagi >>

Annuar Musa: Kerajaan perlu rombak legasi negatif Mahathir

Posted: 07 Oct 2016 05:10 PM PDT

KUALA NERUS - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berani untuk merombak legasi negatif bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bagi memastikan kerajaan sedia ada terus menjadi pilihan rakyat.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, sudah tiba masanya untuk kepimpinan tertinggi negara mengambil langkah berani agar rakyat tidak terus terbeban dengan legasi negatif yang ditinggalkan bekas perdana menteri itu.
"Saya tidak nafikan beliau (Mahathir) ada laksanakan projek positif yang memberi kebaikan kepada rakyat, tetapi legasi yang negatif perlu ditinggalkan supaya tidak terus memberi beban kepada rakyat.
"Mana-mana yang tidak untungkan rakyat rakyat, kita perlu rombak...kita harap perdana menteri (Najib) ada sokongan untuk tangani perkara ini dan kita menyokong penuh.
"BN kena jadi juara rakyat dan kita perlu rombak mana-mana legasi negatif yang ditinggalkan seperti penswastaan sisa pepejal dan kenaikan tol setiap dua tahun sekali," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Himpunan Jentera Penerangan Umno Terengganu di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, di sini, semalam.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, beliau menafikan salah seorang suspek yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Sabah berkait kes penyelewengan adalah bendahari Umno Bahagian Kimanis, Sabah.
"Tiada pemimpin Umno Sabah yang dikaitkan dengan kes rampasan wang tunai berjumlah RM52 juta Rabu lalu itu.
"Seperti dimaklumkan SPRM dua lelaki yang ditahan itu adalah pegawai salah sebuah agensi kerajaan di Sabah," katanya.

Politik Kelantan panas, anak muda mula bangkit

Posted: 07 Oct 2016 05:07 PM PDT


Sham Ghaz, penternak kelulut di Kelantan menerima anugerah 'Anugerah Usahawan Tani Jaya' dari MB Kelantan kini menjadi penggerak utama anak muda.Sham Ghaz, penternak kelulut di Kelantan menerima anugerah 'Anugerah Usahawan Tani Jaya' dari MB Kelantan kini menjadi penggerak utama anak muda.
Serentak dengan kemasukan Datuk Husam Musa ke dalam Amanah di Kelantan adalah kebangkitan anak muda di negeri itu sehingga menyebabkan politik Kelantan menjadi panas dan memenuhi ruang dalam media khasnya media sosial.
Salah seorang anak muda yang bangkit selepas kemasukan Husam adalah Mohamad Hishamudin Ghazali atau lebih dikenali sebagai Sham Ghaz.
Beliau antara mangsa pertukaran kepimpinan kerajaan negeri Kelantan dari Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat kepada Datuk Ahmad Yakub.
Ekoran pergolakan politik itu, Sham Ghaz telah menamatkan khidmatnya dengan Kelantan Biotech Sdn Bhd, sebuah syarikat yang membuat kajian dan penyelidikan serta pembangunan tentang bioteknologi di negeri itu khasnya tentang madu kelulut.
Ekoran aktifnya Sham Ghaz, beliau telah menjadi sasaran penyokong kerajaan negeri khasnya penyokong Pas di di negeri itu.
Sham Ghaz melayani Nik Aziz ketika Allahyarham melawat pameran kelulut yang beliau buat.Sham Ghaz melayani Nik Aziz ketika Allahyarham melawat pameran kelulut yang beliau buat.Marah dengan tindakan penyokong Pas di Kelantan menyerang pribadi beliau selepas membangkitkan beberapa isu politik di negeri itu, Sham Ghaz mendedahkan anugerah yang beliau terima kerana kerjabuatnya selama ini.
Ia termasuklah 'Anugerah Usahawan Tani Jaya' yang berkaitan dengan projek Kelulut di peringkat negeri Kelantan yang disampaikan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan sekarang, Datuk Ahmad Yaakob.
"Alhamduliah saya berjaya dalam perniagaan dan hobi saya, dalam NGO ROYALTI juga saya fokus, dan sekarang tengah membantu rakan-rakan ngo lain untuk membawa isu rakyat," kata Sham Ghaz dalam facebooknya.
Sham Ghaz menjadi sasaran penyokong kerajaan negeri Kelantan selepas beliau membuat pelbagai pendedahan kelemahan kerajaan negeri.
Ia termasuklah memperjuangkan hak Orang Asli di Kelantan untuk mendapatkan geran tanah mereka sendiri.
Ini berikutan tindakan Orang Asli membuat sekatan terhadap pengusaha balak di hulu Kelantan yang disifatkan sebagai mengganggu punca pendapatan mereka.
Read More / Baca Lagi >>

‘Tangan’ tak senang edar senarai calon PRU14, kata MB Terengganu

Posted: 07 Oct 2016 05:05 PM PDT

Ahmad Razif berkata, ada gangguan yang dilakukan pihak tertentu untuk mencetuskan konflik dalam Umno Terengganu.
KUALA NERUS: Badan Perhubungan Umno Terengganu menafikan ada mengeluarkan senarai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, seperti disiarkan sebuah akhbar.
Pengerusinya, Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga menteri besar Terengganu berkata, beliau kesal dengan laporan berita itu yang dibuat berpandukan sumber daripada aplikasi WhatsApp.
"Saya amat kecewa atas sikap tidak bertanggungjawab pihak akhbar terbabit yang membesarkan perkara ini sedangkan kita dalam Umno Terengganu tak ambil kisah sangat kerana kita belum hantar pun senarai nama…kenapa laporan tersebut perlu ditafsirkan sebagai senarai bocor? Bocornya daripada mana?
"Itu yang kita amat terkejut sebab pihak Majlis Tertinggi (Umno) belum lagi minta senarai nama. Saya bimbang nanti akan keluar lagi nama baru. Setakat ini, perbincangan pun belum ada, tak fikir pun lagi hal ini," katanya selepas Program Himpunan Jentera Penerangan Umno Terengganu yang dihadiri Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.
Ahmad Razif berkata, semua pihak juga seharusnya mendapatkan berita sahih daripada sumber sah sebelum menerbitkannya.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah dan PAS politikkan Islam, kata MCA

Posted: 07 Oct 2016 05:03 PM PDT

Ti Lian Ker berkata, Amanah sama dengan PAS kerana menggunakan agama demi kepentingan politik, walaupun dengan cara lebih "bijaksana dan lembut".
ti lian kerPETALING JAYA: Ahli politik perlu menghentikan budaya ingin menjadi jaguh dan menggunakan Islam sebagai alat mereka untuk mencapai kepentingan parti sendiri, kata pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA.
Datuk Seri Ti Lian Ker ketika mengulas cadangan balas Amanah terhadap Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) yang diusulkan presiden PAS berkata, ahli politik kini memperluaskan politik berasaskan bangsa kepada agama.
"Semua agama adalah suci dan perlu dihormati. Kita perlu berhati-hati tidak mencampur adukkan agama dengan politik," katanya kepada FMT.
Ahli jawatankuasa pusat MCA itu berkata, Amanah sama dengan PAS kerana menggunakan agama demi kepentingan politik, walaupun dengan cara lebih "bijaksana dan lembut".
"PAS bergerak laju dalam 'lorong' politik Islam. Amanah mungkin mengekori dengan berhati-hati tetapi akhirnya mereka berdua sama, kedua-duanya menggunakan agama untuk kepentingan politik dan kuasa."
Rabu lalu, Amanah mendakwa cadangan balas mereka akan mendapat sokongan ahli Parlimen bukan Islam.
Read More / Baca Lagi >>

ADUN Jorak dipecat serta merta sebagai pengerusi ITBM

Posted: 07 Oct 2016 05:02 PM PDT

Anggota Dewan Undangan Negeri Jorak, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dipecat serta merta sebagai pengerusi lembaga pengarah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) berkuatkuasa semalam.
Kementerian Pendidikan mengumumkan pemecatan itu dalam kenyataannya lewat malam tadi, kira-kira 24 jam selepas beliau dilantik sebagai setiausaha agung serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kelmarin.
Menurut kementerian, penamatan perkhidmatan beliau dibuat berdasarkan kuasa menteri pendidikan bawah Artikel 135(1) Tataurusan Syarikat ITBM.
"Sehubungan dengan itu adalah dimaklumkan bahawa YB Datuk Dr Shahruddin Md Salleh telah ditamatkan serta merta sebagai pengerusi Lembaga Penagrah ITBM," kata kementerian.
Shahruddin pertama kali dilantik ke jawatan itu pada Februari 2010.
Pelantikan Shahruddin ke jawatan kanan BERSATU dipercayai secara automatik membuatkan beliau gugur keanggotaan Umno dan menjadi wakil pembangkang dalam dewan negeri.
Malah, lebih buruk bagi BN, ia menyebabkan parti itu hilang majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) dan menyukarkannya meminda undang-undang Johor.
Dengan itu, ADUN BN Johor berkurangan daripada 38 kepada 37, manakala pembangkang bertambah daripada 18 kepada 19 orang ADUN.
ITBM (sebelum ini dikenal sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia) ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia pada 1993 untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di negara ini.
Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, modal asas ITBM dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) manakala pentadbirannya diselia oleh Kementerian Pendidikan.

Comments (0)