Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:22 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Saman fitnah Lahad Datu: Utusan minta maaf kepada Anwar

Posted: 04 Oct 2016 09:53 PM PDT

Saman fitnah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas Utusan Melayu hari ini diselesaikan secara baik selepas syarikat akhbar milik Umno itu membaca kenyataan kesalnya.
Ia berhubung laporan yang mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan isu pencerobohan oleh sekumpulan lelaki asing bersenjata di Lahad Datu, Sabah pada Mac, 2013.
Sehubungan itu, kenyataan kesal itu perlu diterbitkan di muka surat dua atau tiga akhbar Utusan Malaysia dalam masa dua minggu dari tarikh hari ini.
Anwar diwakili oleh peguam Datuk S Ambiga manakala Utusan oleh Wan Aziz Wan Majid.

Bersih 5.0 vs Bodoh x 5.0 (siapa menang?) - Hitam Referee

Posted: 04 Oct 2016 09:37 PM PDT

Baju Merah marah En. Polis jadi viral (vs Bersih 5.0, Polis tolak)

Posted: 04 Oct 2016 09:36 PM PDT

Persempadanan Semula Taktik BN Rampas Kerusi Pembangkang

Posted: 04 Oct 2016 09:35 PM PDT

Amaran kepada PAS Kelantan !

Posted: 04 Oct 2016 09:32 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Sekiranya dalam PRU 14 nanti Pas Kelantan kalah dan hilang kerajaan negeri parti itu akan menghadapi tempoh sangat memenderitakan untuk bangkit kembali. Jika Umno memerintah Kelantan selepas ini, mungkin kerajaan Umno itu akan dapat digantikan bukan lagi oleh Pas, tetapi parti lain.
Kenapa saya berpendapat begitu:
1. Jika Pas kalah situasi kekalahan itu tidak seperti tahun 1978. Ketika itu Pas mempunyai aktivis parti yang sanggup bekerja siang malam untuk memulihkan Pas dan memberi keyakinan kepada orang ramai bahawa Pas adalah parti Islam yang lebih baik daripada Umno.
Mereka yang menjadi aktivis Pas ini sanggup berkerja siang dan malam penuh keikhlasan. Mereka bersemangat sekali untuk menyemarakkan perjuangan Pas tanpa mendapat upah malahan menghabiskan wang poket sendiri.
Beberapa nama yang boleh disebut orang seperti Cikgu Musa Saleh, Wan Ismail Jirat, Bunyamin Yakob, Ahmad Laksamana, Zahari Awang, Salahuddin Abdullah, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Fatah Haron, Wan Asma Abdul Kadir, Nik Mustapa dan lain-lain.
Mereka adalah mujahid dan mujahidah Pas Kelantan.
Berbeza kali ini, Pas tidak mempunyai orang2 yang gigih dan ulet dalam perjuangan seperti itu. Dan kalau pun ada mereka yang tidak lasak, tidak jujur dengan perjuangan kerana mereka sudah terbiasa dengan wang ringgit dan kemudahan. Mereka juga tidak seutuh dan segigih orang2 itu yang berani menghadapi apa jua risiko demi parti.
Paling penting juga mereka dahulu tidak pernah merasa nikmat kemenangan jadi perjuangan mereka tulen dan ikhlas.
Berbeza dengan yang ada hari ini apa lagi generasi baharu yang sangat cetek dan mentah dengan seluk beluk perjuangan. Dalam kata lain mereka belum terlatih baik mental dan fizikal.
Read More / Baca Lagi >>

PDRM tarik balik notis rayuan pembebasan Sanjeevan

Posted: 04 Oct 2016 09:31 PM PDT

PDRM tarik balik notis rayuan pembebasan Sanjeevan PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan rayuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R Sri Sanjeevan daripada tahanan reman mengikut Akta Pencegahan Jenayah 2013 (Poca), Julai lalu.
Keputusan itu dibuat oleh lima panel hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria selepas membenarkan permohonan Peguam Kanan Persekutuan, Muhammad Sinti menarik balik rayuan itu.
Terdahulu, Muhammad yang mewakili pegawai penyiasat Asistan Superintandan E K Poonnam dan Ketua Polis Negara sebagai perayu memaklumkan pihaknya tidak berhasrat untuk meneruskan dan menarik balik rayuan tersebut.
Di luar mahkamah, Gobind Singh Deo yang mewakili Sanjeevan berkata, beliau tidak dimaklumkan alasan penarikan balik rayuan itu.
"Kami hanya dimaklumkan mereka ingin menarik balik permohonan rayuan itu sahaja," katanya.
Pada 26 Julai lalu, mahkamah tinggi mengarahkan Sanjeevan dilepas dan dibebaskan daripada perintah tahanan reman selama 21 hari yang dikenakan selepas membenarkan permohonan habeas corpus yang dikemukakan Sanjeevan bagi mencabar penahanannya.

Buta politik faktor survival Melayu tergugat

Posted: 04 Oct 2016 09:29 PM PDT

Oleh Profesor Madya Dr Ismail Sualman
Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan daripada 17.7 juta yang layak mendaftar sebagai pemilih, masih ada hampir 4.2 juta yang belum berdaftar dan 59 peratus daripada jumlah itu adalah kalangan Melayu dan Bumiputera. Ini bermakna sekurang-kurangnya 2.4 juta orang Melayu dan Bumiputera yang tidak akan keluar mengundi dan hilang kelayakan sebagai pengundi ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) nanti.
Amat merugikan! Jumlah ini menunjukkan bukan sahaja anak muda Melayu, malahan ramai lagi yang tidak menganggap perkara ini satu tanggungjawab penting sebagai rakyat Malaysia. Jumlah yang besar ini memberi impak kepada politik negara. Pada hakikatnya, hanya dengan satu undi boleh menentukan kemenangan atau kekalahan sesebuah parti dalam membentuk kerajaan pada masa akan datang. Maka jumlah yang keluar mengundi amat penting untuk menentukan corak dan hala tuju masa depan sesebuah negeri malahan negara. Tidak cakna, prihatin dan tidak peduli antara punca hampir 1.9 juta anak muda Melayu di negara ini tidak berdaftar sebagai pengundi. Lebih malang lagi ada yang meremehkan tanggungjawab dan tidak mahu mengundi walaupun sudah berdaftar. Sikap tidak celik politik ini amat menggusarkan. Malah sikap sebegini mampu mengundang 'ketirisan kuasa' dan survival Melayu.
Undi tak beri sebarang kesan
Beberapa alasan diberi anak muda Melayu. Kajian saya menunjukkan mereka mendakwa undi tidak akan memberi sebarang kesan kepada politik negara. Ada juga mengatakan apa faedah yang akan diperoleh jika mereka mengundi?
Sesetengahnya mengatakan 'tidak suka politik', bosan dan tidak mahu masuk campur hal ehwal negara. Keadaan ini amat membimbangkan kerana tonggak masa depan negara berada di tangan anak muda masa kini.
Sekiranya mereka tidak mendaftar sebagai pengundi, maka perubahan dan anjakan serta transformasi yang diidamkan di Malaysia tidak akan menjadi kenyataan. Senario politik yang semakin mencabar dan rencam, amat penting fahaman politik dalam kalangan orang muda untuk mengekalkan survival Melayu. Adakah Melayu 'mudah lupa'? Sehingga tanah air sendiri pun tidak mahu dipertahankan. Hak dan wasiat kuasa diterapkan dalam Wasiat Raja Melayu diabaikan.
Antara lain, Wasiat Raja Melayu menyatakan bahawa: "Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja Melayu memerintah negara ini; Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan; Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu; Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain." (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Kekal kelangsungan Melayu
Read More / Baca Lagi >>

Disoal di Parlimen, bank Australia nafikan hubungan dengan 1MDB

Posted: 04 Oct 2016 09:22 PM PDT

Bank Australia ANZ tidak mempunyai sebarang hubungan dengan skandal 1MDB, kata ketua eksekutifnya, Shayne Elliott kepada jawatankuasa ekonomi, Dewan Perwakilan Autralia.
Elliott hadir di hadapan ahli parlimen untuk menjawab soalan mengenai tindakan bank berkenaan.
Ketika disoal oleh ahli parlimen parti Hijau Melbourne, Adam Bandt, Elliot berkata beliau berpuas hati bahawa tiada pekerja ANZ terkhilaf atau sedang disiasat oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat, lapor The Australian.
"Beliau berkata bank itu tidak mempunyai hubungan dengan 1MDB, atau kaitan berhubung apa yang didakwa berlaku," lapor akhbar itu.
April lalu, apabila disoal oleh Senat Australia, Timbalan Ketua Eksekutif ANZ, Grahan Hodges mempertahankan peranan ANZ dalam lembaga pengarah Ambank.
ANZ memegang 25 peratus saham Ambank, bank Malaysia yang menurut penyiasat Amerika Syarikat digunakan untuk menyalurkan sebahagian daripada dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB.
Tuntutan mahkamah Jabatan Keadilan Amerika Syarikat juga memperincikan bagaimana AS$681 juta mengalir dari 1MDB ke akaun Ambank yang dimiliki oleh "Malaysian Official 1".
Menteri kabinet, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengesahkan "Malaysian Official 1" adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, namun menegaskan fakta bahawa Najib tidak dinamakan dalam saman itu menunjukkan bahawa tindakan Amerika bukannnya terhadap perdana menteri.
Tuntutan mahkamah itu adalah untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion di Amerika Syarikat yang dipercayai diperoleh dengan menggunakan dana daripada 1MDB.
Mereka yang dinamakan dalam tuntutan mahkamah itu adalah termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz dan rakan keluarga mereka, iaitu ahli perniagaan Jho Low.
Najib secara konsisten menafikan beliau menyalahgunakan dana awam, dan berkata mereka yang dinamakan dalam saman pelucuthakan sivil berkenaan perlu membersihkan nama mereka.

Muhyidin jumpa Anwar di mahkamah

Posted: 04 Oct 2016 09:20 PM PDT

Selepan Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyidin Yassin pula bertemu dengan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah.
Muhyidin dilihat berbincang dengan Anwar dengan kehadiran Datuk Kamarudin Jaffar, pengurus pejabat Ketua Umum PKR yang juga ahli parlimen Tumpat itu.
Anwar keluar dari penjara ke mahkamah hari ini untuk perbicaraan saman beliau terhadap Utusan Malaysia.
Kedua-duanya dikatakan sedang menyelesaikan tuntutan itu tanpa perbicaraan dan syarikat media milik Umno itu dikatakan sedang berunding jumlah bayaran.
Turut kelihatan di mahkamah adalah Datuk Abdul Aziz Ishak, Ketua Pengarang Kumpulan akhbar itu.
Di samping itu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya yang juga menteri besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali serta Nurul Izzah Anwar turut kelihatan di mahkamah.

3 kenyataan Mengelirukan Dari Adiwira Dalam Negara

Posted: 04 Oct 2016 09:15 PM PDT

Oleh Muhammad Syafiq Azmi
1. Bersih 2.0 ada unsur DAESH. Jamal Yunos sebenarnya tahu atau tidak apa itu DAESH? Mereka lahir dari idoelogi yang sebenarnya dogma akhirnya menyebabkan mereka memilih untuk taksub dan esktrim dalam tindakan.
Saya kira ramai yang bersetuju gerakan pimpinan Jamal Yunos itu lebih rapat dan dekat dengan tingkah DAESH yang juga dikenali sebagai IS. Takkan Hishamudin Rais DAESH, pemuda baju merah ketuk tingkap kereta pun dia dah tak tentu arah.
2. PAS lawan UMNO nanti bukan Islam akan memerintah. Ini juga hilang rasionalnya walau si penutur seorang yang katanya disanjung tinggi seantero gerakan Islam.
Ini adalah jarum perkauman yang kini diakupuntur kepada PAS agar imej PAS Untuk Semua musnah setelah bersusah payah dibina oleh pimpinan terdahulu.
Inilah taktik untuk memenangkan Barisan Nasional atau UMNO itu sendiri. Sedang PAS dan UMNO tak berkawan lagi melayu Islam telah lama dipersendakan, kalau berkawan pasti lebih meriah.
3. Selagi Royalti tidak diberi, kami akan terus membalak. Ini adalah alasan atau hujah yang sekadar menghalalkan cara. Malah ia lebih rakus dan zalim.
Jika kerajaan pusat tidak menunaikan janji mereka dalam melunaskan royalti hingga taraf hidup dan pembangunan terjejas, maka galang gantinya adalah dengan cara meluaskan lagi projek pembalakan.
Tapi persoalannya apakah selepas balak ditebang, taraf hidup serta pembangunan mereka kini terbela. Jika tidak, yang memberi hujah ini tiada beza dengan gerombolan dari UMNO.

ANDA PERCAYA ??!!!!

Posted: 04 Oct 2016 09:12 PM PDT

 Tuduhan DATO' SRI Jamal Yunos :
"Bersih 5 merancang untuk mengepung KLIA1 dan KLIA2, dan diresapi pengganas IS dan Daesh"

ANDA PERCAYA ??!!!!

Sama2 kita tunggu slps 48 jam nanti samada Jamal akan minta maaf ATAU BERSEDIA MENJAWAB DI MAHKAMAH KELAK !!!

Indeks Rasuah Negara yang dikeluarkan baru2 ni.. TERUS MEROSOT DARI TAHUN KE TAHUN...

Posted: 04 Oct 2016 09:10 PM PDT

Shahidan Kassim kata..
"Malaysia adalah k'jaan yg paling telus, adil & bijaksana" -(1/10/2013)

Ahmad Maslan kata..
"Persepsi bhw Umno terlibat dalam gejala negatif (rasuah) itu adalah tidak benar" -(12/11/2012)

Ranking 2016 : ???
Ranking 2015 : Ke-54, score 50
Ranking 2014 : Ke-50, score 52

ADAKAH PEMIMPIN2 UMNO JENIS BUTA SEJARAH atau bodoh dlm sejarah ??!!

Posted: 04 Oct 2016 09:08 PM PDT

Kenapa UMNO dibenarkan sedangkan parti itu telah diharamkan oleh Mahkamah Tinggi KL pada 4 Feb. 1988..?

Undang-undang harus dilihat secara adil pada semua, bukannya berat sebelah pada satu pihak saja..

Siapa boleh jamin tiada tiga penjuru?

Posted: 04 Oct 2016 09:06 PM PDT

DAP tidak akan meminta apatah lagi memaksa PAS untuk mengubah pendirian mereka berkaitan agenda Hudud, kerana itu adalah hak mutlak PAS. Suka atau tidak, DAP harus menghormati pilihan PAS.
Atas agenda Hudud itu juga, PAS sudah tidak berminat bekerja untuk menumbangkan UMNO, sebaliknya sedang bekerjasama dengan UMNO untuk mencapai agenda parti mereka, saya ulangi – agenda parti mereka, bukan rakyat.
mat sabu kit siang mahathirAtas senario inilah , matlamat melawan UMNO BN telah terbiar, maka DAP tidak dapat menerima sikap PAS ini. DAP berpisah dengan PAS kerana sikap PAS kepada UMNO, bukan menafikan hak PAS dan Hududnya.
Perjuangan dan agenda DAP dalam pilihanraya ini hal duniawi yang cukup jelas, iaitu mahu kalahkan UMNO dan bersama dengan rakan pembangkang melakukan perubahan politik. Bukan bekerjasama dengan UMNO untuk mengekalkan kuasanya.
Kewujudan Amanah dan Pakatan Harapan
Amanah wujud atas sebab untuk meneruskan agenda melawan UMNO yang ditinggal terbengkalai oleh PAS. Amanah mahu menang dan mengisi kemenangan itu dengan hasrat melakukan perubahan (reformasi) bersama-sama dengan dengan PKR dan DAP.
Dengan kata lain, Amanah, PKR dan DAP berkongsi agenda yang sama, bukan agenda parti masing-masing seperti PAS dengan Hududnya. Ini perbezaan yang sangat nyata mengapa Pakatan Rakyat terpecah.
Maka itulah wujudnya Pakatan Harapan – untuk meneruskan agenda reformasi.
Dikatakan Amanah menjadi proksi DAP, manakala PAS di Selangor dikatakan menjadi proksi PKR. Ini semua labun politik, ini bukan agenda reformasi.
Wujudnya pertandingan 3 penjuru
Di Pilihanraya Negeri Sarawak dan Pilihanraya Kecil Sabak Bernam dan Kuala Kangsar yang lepas, berlaku pertandingan 3 penjuru antara PH, PAS dan UMNO.
Boleh saja kita menyalahkan Amanah atau PKR dan PAS hatta DAP sekalipun (walaupun DAP tak bertanding di 2 PRK). Tetapi menyalahkan mana-mana parti, bukan jalan penyelesaian untuk menang.
Yang ideal sememangnya pertandingan 1 lawan 1. Cara ini akan menyukarkan UMNO, dan cara ini juga dikatakan kerja untuk mencari kemenangan lebih cerah.
Tetapi adakah formula 'ideal' ini boleh dilaksanakan dalam keadaan ada parti yang tidak setia dengan prinsip gabungan?
Jika kita yakin hanya dengan pertandingan 1 lawan 1 itu boleh membawa kejayaan, maka usaha tersebut tidak seharusnya sukar seperti sekarang.
PAS telah mengesahkan bahawa mereka tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan kerana adanya DAP dan Amanah. Secara tidak langsung PAS memberi mesej kepada umum bahawa Amanah dan DAP adalah musuh PAS, bukan UMNO. Ini tragedi yang pelik.
Mesej kedua yang dihantar PAS kepada khalayak ialah, mereka tidak peduli lagi kehendak rakyat yang mahukan pembangkang yang bersatu. Sebaliknya, PAS mementingkan kesucian parti mereka daripada bekerjasama dengan parti pengkhianat Amanah dan parti kafir DAP.
Realiti Pengundi
Hari ini, mereka yang anti UMNO-Najib semakin bertambah bilangannya. Bukan sahaja dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan, malah ramai lagi yang anti UMNO-Najib ini didalam parti PAS dan UMNO.
Read More / Baca Lagi >>

Apa jadi kalau penyokong BERSIH 5 yang buat kecoh?

Posted: 04 Oct 2016 09:05 PM PDT

Polis digesa menyegerakan siasatan dan bertindak terhadap kekecohan yang ditimbulkan gerombolan Baju Merah terhadap peserta konvoi BERSIH 5 di Teluk Intan baru-baru ini.
"Sudah lebih 72 jam sejak kekecohan kumpulan Baju Merah itu berlaku di Teluk Intan tetapi kita tidak dengar sebarang 'bunyi' dari Ketua Polis Negara atau mana-mana pegawai tinggi polis.
"Apa yang telah dilakukan Ketua Polis Negara sepanjang tiga hari lalu untuk melindungi hak masyarakat sivik untuk berhimpun secara aman?" soal Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam kenyataan semalam.
Menurut beliau, apa yang pasti jika peserta konvoi BERSIH 5 yang melakukan kekecohan, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar akan memberi arahan segera supaya mereka menyerah diri atau memburu mereka dalam tempoh 24 jam.
"Apa akan berlaku jika penyokong BERSIH 5 bertindak liar dan provokatif sebagaimana tingkah laku gerombolan Baju Merah di Teluk Intan Sabtu lalu?" soalnya.
Sebaliknya, polis di Johor Baru pula bertindak mengikut lunas undang-undang dengan memberikan perlindungan sewajarnya kepada peserta konvoi BERSIH 5 di sana.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut menyelar tindakan Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor yang membela tindakan gerombolan Baju Merah itu dengan mendesak BERSIH 5 dan kumpulan Baju Merah supaya "waras dan bekerjasama sebagai rakyat Malaysia untuk mengekalkan perpaduan negara".
Sedangkan kata Kit Siang, kumpulan Baju Merah pro-Najib dan BN itu telah melanggar tatasusila, hak malah melanggar undang-undang dengan gangguan untuk menakutkan penyokong BERSIH 5.
Tindakan ganas penyokong Baju Merah itu turut mendapat kecaman dari sepuluh badan masyarakat sivik melalui jurucakapnya Datuk A.Samad Said.
Mereka turut mendesak Ketua Polis Negara menjalankan siasatan segera dan bertindak menahan mereka yang mencetuskan kekecohan tersebut.

Jangan politikkan agama demi tutup korupsi, skandal balak

Posted: 04 Oct 2016 09:04 PM PDT


MENTAKAB, 5 OKT: Pemimpin PAS diingat supaya tidak sewenang-wenang memperalatkan nama Islam semata-mata untuk meraih simpati politik dengan memainkan sentimen agama melibatkan usul pindaan Rang Undang-Undang 355 Akta Mahkamah Syariah.
tengku-zul (1)Lebih mendukacitakan, mereka seolah-olah pejam mata terhadap cabaran sebenar realiti politik semasa yang semakin membebankan rakyat dan negara.
Naib Pengerusi DAP Pahang Tengku Zulpuri Shah berkata, tindakan memperalatkan agama demi kepentingan parti politik hanya akan merugikan umat Islam sekaligus melebarkan lagi jurang perkauman di Malaysia.
Katanya sentimen 'hudud' yang sering diputarkan pemimpin PAS selama ini telah menyebabkan sebahagian umat Islam terpengaruh dengan fahaman takfiri yang berbahaya dan merupakan punca meletusnya radikalisme dalam sesebuah masyarakat.
"Jelas isu RUU355 misalnya seperti mahu mengalihkan perhatian rakyat dari isu sebenar yang dihadapi negara.
"Negara sedang hadapi banyak masalah seperti skandal 1MDB, skandal derma berbilion ringgit, isu alam sekitar, isu pembalakan besar-besaran di Kelantan, isu hak orang asal dan golongan terpinggir, tekanan ekonomi yang dihadapi golongan kelas pekerja dan sebagainya, tapi PAS sibuk mainkan isu agama," ujarnya kepada Roketkini.
Adun Mentakab itu merujuk kepada satu laporan media berhubung kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu sedia bekerjasama dengan mana-mana parti untuk memperkasakan Islam (menyokong RUU355) kerana 'parti-parti lain yang ada kerjasama dengan PAS ini hanya hendak gunakan PAS sahaja'.
"Rakyat perlu lebih realistik dengan isu sebenar yang melanda negara dan tidak mudah termakan dengan retorik politik semata-mata," jelas Ketua Pembangkang DUN Pahang itu.
Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis: Pas perlu jaga maruah dan bersama Umno.....

Posted: 04 Oct 2016 09:03 PM PDT

Penganalisis politik berpendapat Pas sepatutnya lebih menjaga 'maruah' dan tidak lagi hanya menjadi jentera kepada parti anti BN.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, usaha itu hanya akan merugikan parti Islam itu sendiri.
Menurutnya, Pas sebaliknya perlu bersama Umno untuk memastikan survival parti itu kekal sehingga selepas PRU.
"Pas mengalami bencana dan musibah besar apabila bersekongkol dengan DAP sebelum ini. Ia menjadikan saf kepimpinan Pas berpecah-belah. Adakah Pas tidak serik? Pas tidak boleh sendirian. Pas perlu kerjasama baharu dan jika tidak, Pas akan menjadi parti minoriti yang terhakis peranannya," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Umno membayangkan akan berlaku satu persepakatan baharu dalam arena politik negara menjelang PRU14.
Menurutnya, Pas sepatutnya sedar usaha mengetengahkan Islam yang dibuat oleh pembangkang amat lemah jika dibandingkan dengan Umno.
Katanya, ia sudah dibuktikan dengan tindakan beberapa pemimpin daripada parti pembangkang yang secara jelas menolak hukum Islam yang cuba dibawa Pas.
"Tidak salah bagi Pas untuk mencari formula murni bersama Umno demi kebaikan ummah dan survival Islam di negara ini," katanya.
Beliau turut berpendapat, Pas perlu membelakangi ego parti dalam soal survival parti kerana banyak kerusi majoriti Melayu akan terselamat dan tidak terlepas ke tangan Pakatan Harapan sekiranya penggabungan berlaku antara Pas dan Umno.
Read More / Baca Lagi >>

HARAP NAJIB TIDAK TERKEJUT

Posted: 04 Oct 2016 08:57 PM PDT

PPBM dilaporkan akan mengumumkan jumlah keahlian yang berjaya didaftarkannya dalam tempoh dua minggu lagi.

Mukhriz Mahathir sebelum ini mendakwa jumlah keahlian PPBM sudah mencecah angka 500 ribu orang, manakala Anina Saadudin pula mengatakan cetakan borang keahlian peringkat pertama sebanyak 200 ribu sudah habis diedarkan dan memerlulan ia diulang cetak lagi.
Kemudian, pendaftaran secara dalam talian turut sudah berfungsi sepenuhnya. Pendaftaran biasa di seluruh negara juga terus rancak meskipun mendapat pelbagai halangan serta cabaran.

Berapa agaknya jumlah keahlian PPBM yang bakal diumumkan nanti?

200 ribu, 500 ribu atau lebih daripada itu?

Jika Najib Razak pada minggu lalu berbangga mengumumkan pertambahan jumlah keahlian UMNO seramai 6,000 orang, semoganya beliau tidak terkejut apabila PPBM mengumumkan jumlah keahliannya nanti.

Jumlah 6,000 yang dibanggakan Najib itu mungkin masih kecil jika dibandingkan dengan bilangan ahli UMNO sendiri yang keluar parti sejak PPBM diluluskan pendaftarannya.

Blog ini pernah menulis bahawa sekiranya menjelang akhir tahun ini, PPBM dapat mendaftarkan ahli seramai kira-kira 350 ribu atau 10 peratus daripada jumlah keahlian UMNO, ia lebih daripada memadai sebagai isyarat BN sudah menemui titik penamatnya.

Mana Akaun 2015 1MDB ? Tangguh Lagi Berapa Tahun ? Labur Bilion2 Tapi Akaun Tak Boleh Jaga

Posted: 04 Oct 2016 08:54 PM PDT


Hari ini dah 5 Oktober…. sudah 5 hari berlalu tarikh penyerahan akaun 1MDB yang telah di audit selepas 2 KALI DITANGGUH.
Sudah diserahkan ke belum ? Dah siap ke belum ?
Seperti yang semua maklum, Deloitte sudah menarik diri dari menjadi juruaudit 1MDB dan sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan dari 1MDB atau kerajaan siapakah yang menggantikan tempat Deloitte.
Bukan itu saja, Deloitte juga telah menarik balik akaun 1MDB yang telah mereka audit bagi tahun 2012-2013 dan 2013-2014 dan tanpa segan silu menyatakan akaun 1MDB yang telah mereka audit untuk dua tahun itu TAK BOLEH PAKAI ! ( should no longer be relied upon )
Akaun mana2 syarikat pun adalah 'bersambung' dari tahun ke tahun. Kalau tahun 2 sangkut, juruaudit kena selesaikan akaun tahun 2 terlebih dahulu sebelum boleh audit tahun 3. Tak boleh main lompat2. Maknanya, jika juruaudit baru diambil menggantikan tempat Deloitte, mereka harus audit semula akaun tahun 2013 dan 2014 itu sebelum boleh audit akaun 2014-2015.
Menurut kenyataan 1MDB pada 26 Julai lalu –
… the Board has decided that, as a precautionary measure, the 2013 and 2014 audited financial statements of 1MDB should no longer be relied on by any party, pending final and conclusive determination by a court of law of certain alleged facts, as described in the Complaint.
'Complaint' itu merujuk kepada kes DOJ.
Pendek kata – kena tunggu kes DOJ selesai dulu baru boleh cerita tentang akaun2 1MDB. Itu keputusan ahli lembaga pengarah 1MDB sendiri.
Kalau terbukti ADA KES dan transaksi2 yang didedahkan oleh DOJ itu ada kebenarannya …. apa jadi dengan akaun2 1MDB ?
Hmmmm ….. tapi 1MDB berkeras kata tidak ada aset atau wangnya yang hilang. So, kenapa perlu tunggu kes DOJ selesai ? Berkeras menolak dakwaan DOJ tapi waktu sama akur dengan keputusan prosiding DOJ ? Pelik ….
Nampak gayanya TUNDA LAGILAH akaun 2014-2015 1MDB itu …… padahal banyak maklumat penting yang kita nak cek berkaitan pelbagai skandal 1MDB. Selamat lagilah dalang2 disebalik skandal2 itu ….
Dahla lapuran Ketua Audit Negara dijadikan rahsia kerajaan di bawah OSA tanpa alasan yang munasabah diberikan, kini akaun 1MDB pula tergantung.
Apa yang payah sangat nak dedahkan akaun2 1MDB ? ? ? NAK SOROK APA ? ?
Unit2 pelaburan luar 1MDB ( termasuk Just Unit ) pula apa cerita ? Bila nak buktikan kewujudannya dan juga nilainya kalau benar wujud ?
Read More / Baca Lagi >>

Untuk Renungan Bakal Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO Disember 2016

Posted: 04 Oct 2016 08:53 PM PDT

ISU BEBAN HUTANG 1MDB : CABARAN KEPADA PERWAKILAN DI PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN 2016 DISEMBER INI.
Najib Tun Razak telah mewujudkan 1MDB. 1MDB telah meminjam wang berjumlah RM 42 billion dan Kementerian Kewangan telah menjadi Penjamin.
2. Sehingga tahun 2015 jumlah hutang tersebut termasuk faedah tahunannya belum dibayar balik oleh 1MDB.
3. Pada Perhimpunan Agung UMNO November 2015 yang lalu, Najib selaku Presiden telah mengumumkan dalam ucapan penggulungannya bahawa pada Mei 2015 Kabinet telah meluluskan satu Program Rasionalisasi untuk melangsaikan beban hutang 1MDB.
4. Mengikut Program Rasionalisasi itu Najib janjikan hutang 1MDB akan dikurangkan menjadi RM 17 Billion sahaja pada akhir 2015. Pengumuman Najib itu telah disambut dengan sorak tepukan para perwakilan dalam Dewan Merdeka, PWTC.
5. Malangnya bagi Najib, selepas itu Ketua Audit Negara pula selesaikan pemeriksaan audit 1MDB. Laporan Audit itu dikemukakan kepada Jawatan Kuasa Kira Kira Wang Negara atau PAC. Kemudian pada 17hb April 2016 PAC bentangkan Laporan Audit itu di Parlimen. Parlimen dimaklumkan bahawa Laporan Audit mendapati baki beban hutang 1MDB sebenarnya telah meningkat dari RM42 billion menjadi RM 50 billion pada akhir Januari, 2016.
6. Dengan secara langsung Laporan Audit oleh Ketua Audit Negara yang dibentangkan di Parlimen menyanggah pengumuman Najib kepada perwakilan UMNO bahawa hutang 1MDB akan berkurang menjadi hanya RM 17 billion pada penghujung 2015. Jelas bahawa Najib tidak ikhlas sewaktu memberi jaminan kepada Perwakilan UMNO pada bulan November 2015 padahal Najib sedia faham hutang 1MDB tidak boleh dikurangkan dengan begitu banyak dalam tempoh sebulan sahaja.
7. Laporan Ketua Audit juga membuktikan hutang 1MDB yang bermula dengan RM 42 billion itu tidak pernah dibayar balik oleh 1MDB sejak mula lagi. Sebaliknya jumlah hutang meningkat menjadi RM50 billion pada akhir Januari 2016 (melepasi tempoh Program Rasionalisasi Najib). Oleh kerana hutang 1MDB dijamin Kerajaan, ini bermakna hutang RM 50 billion itu terpaksa ditanggung Kerajaan.
8. Soalan besarnya kemanakah perginya duit RM50 billion yang asalnya RM 42 billion yang dipinjam oleh 1MDB? Wang RM 50 billion itu hilang ke mana ? Siapakah yang mengambil wang itu? Menteri Saleh Said Keruak berkata duit itu tidak hilang. Kalau duit itu tidak hilang, kenapa tidak digunakan untuk membayar balik hutang 1MDB? Kalau Kerajaan pula yang terpaksa menanggung beban membayar balik hutang itu, ke mana lagi wang itu kalau tidak disonglap?
9. Perwakilan UMNO juga perlu membangkitkan soalan berikut pada Perhimpunan Agung UMNO Disember ini :
(i) Kenapa tidak ada seorang pun Pemimpin UMNO menyoal percanggahan antara janji Presiden bahawa hutang 1MDB akan menurun kepada RM 17 billion pada akhir 2015dengan laporan Ketua Audit Negara bahawa hutang 1MDB pada Januari 2016 telah meningkat menjadi RM 50 Billion? Apakah Perwakilan UMNO tidak faham kira-kira wang yang begitu mudah? Ataupun mereka terlalu takut tindak balas Presiden dan isterinya?
Read More / Baca Lagi >>

70% aduan integriti tertumpu kepada polis

Posted: 04 Oct 2016 08:52 PM PDT

Yaakob berkata, ada di antara kes yang mengambil masa lebih setahun untuk disiasat.
EAICPETALING JAYA: Lambat menjalankan siasatan dan perkembangan kes yang perlahan antara faktor rakyat tidak berpuas hati terhadap polis.
Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Datuk Yaakob Md Sam dipetik Oriental Daily berkata, pihaknya menerima 1,138 aduan atau 70% membabitkan masalah disiplin dan salah laku polis daripada keseluruhan 1,657 aduan yang diterima sejak ia ditubuhkan pada April 2011 sehingga bulan lalu.
Beliau berkata, 253 aduan mengenai polis diterima EAIC pada 2012, diikuti 215 aduan pada 2013, 222 aduan pada 2014 dan 219 aduan pada 2015.
Katanya, kebanyakan aduan orang ramai ialah wujud kelewatan dalam prosedur siasatan, malah ada di antara kes yang mengambil masa lebih setahun untuk disiasat.
Beliau berkata, keadaan itu boleh difahami untuk kes rumit, khasnya membabitkan siasatan dokumen, tetapi bagi kes lain seperti rogol, jika kehilangan sampel DNA, ia akan menyebabkan kelewatan dalam siasatan dan menjejaskan kes itu.
Katanya, mengikut prosedur operasi standard (SOP) polis, orang ramai dan pengadu berhak mengetahui perkembangan siasatan, iaitu memaklumkan kemajuan siasatan, suspek ditahan dan pembawaan kes ke mahkamah.
Sementara itu, Star Online melaporkan, hukuman yang dicadangkan EAIC tidak dipatuhi, sebaliknya badan disiplin sesebuah agensi berkaitan hanya mengenakan hukuman ringan terhadap anggota mereka.
Beliau berkata, pihaknya ingin tahu kenapa wujud perbezaan besar antara hukuman disyorkan EAIC dan hukuman ringan yang dikenakan.
"Contohnya kami mencadangkan penggantungan gaji selama 6 bulan, tetapi hanya amaran diberikan kepada pegawai terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

Umat Islam bertanggungjawab betulkan umatnya yang silap, kata Raja Muda Perlis

Posted: 04 Oct 2016 08:51 PM PDT


Tuanku Syed Faizuddin Putra JamalullailTuanku Syed Faizuddin Putra JamalullailRaja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah umat Islam sendiri bertanggungjawab membetulkan  umatnya yang mengamalkan ciri-ciri bertentangan ajaran Islam.
Menurut baginda persoalan yang sering dikemukakan seperti punca umat Islam mundur dan kemunculan kumpulan-kumpulan yang mendakwa sebagai Islam tetapi mengganas dan mempamerkan ciri-ciri berlawanan dengan ajaran Rasulullah SAW seharusnya mencabar masyarakat Islam hari ini.
"Masyarakat Islam harus rasa tercabar untuk mendidik pengikutnya serta membetulkan persepsi bukan Islam terhadapnya bagi membuktikan bahawa Islam adalah penyelesai kepada segala permasalahan di dunia ini," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin bertitah demikian semasa merasmikan Seminar Warisan Nabawi (SWAN) 2016 selama dua hari sehingga esok di Universiti Fatoni  semalam.
Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Seminar anjuran bersama Universiti Fatoni, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) itu turut mendapat kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), membincangkan beberapa kertas kerja yang dibentangkan wakil ketiga-tiga universiti terbabit.
Read More / Baca Lagi >>

Masa depan politik umat Islam di Malaysia tidak menentu akibat perpecahan

Posted: 04 Oct 2016 08:50 PM PDT

Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Dr Nasharuddin Mat IsaKetua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Dr Nasharuddin Mat Isa
Perpecahan di kalangan umat Islam yang semakin ketara di Malaysia boleh menyebabkan masa depan politik umat Islam di negara itu menjadi tidak menentu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) Dr Nasharuddin Mat Isa.
Katanya, jika umat Islam di Malaysia terus berpecah, ia menyebabkan Islam menjadi lemah dan memudahkan anasir tertentu untuk menyerapkan ideologi songsang seperti terrorisme ke dalam fikiran anak-anak muda.
Bercakap kepada Bernama di Jakarta, Nasharuddin berkata, umat Islam Malaysia harus mengambil iktibar dan pengajaran perpecahan ukhwah yang berlaku di negara-negara Arab.
Keadaan itu telah mengakibatkan anak-anak muda di negara itu kini menjadi anggota pengganas dan seterusnya memusnahkan negara mereka sendiri.
Beliau berkata, antara bibit perpecahan umat Islam di Malaysia ialah apabila mereka berpecah dengan menubuhkan pelbagai parti politik hanya kerana perasaan tidak puashati.
"Sememangnya dalam sistem demokrasi adalah menjadi hak masing-masing untuk menubuhkan parti politik tetapi kita bertanya apakah kepentingannya kepada negara kerana tindakan itu hanya membawa kepada perpecahan di kalangan umat Islam," kata beliau.
Terdahulu, beliau menyampaikan taklimat mengenai pengaruh terrorisme di Malaysia anjuran bersama Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dan GMM di sini.
Dalam taklimat itu, Nasharuddin berkata hasil kajian mendapati anak-anak muda yang tidak mempunyai kawan dan bersikap selalu memandang dirinya sahaja yang betul sebenarnya mudah terpengaruh dengan fahaman radikal.
Katanya, disebabkan tidak mempunyai kawan untuk berbincang dan bermain, mereka akan menjadikan internet sebagai kawan dan terpengaruh dengan fahaman radikal menerusi bacaan dalam laman-laman sosial di internet.
Read More / Baca Lagi >>

Pas bukan alat pihak lain - Tuan Ibrahim

Posted: 04 Oct 2016 08:49 PM PDT

Pas tidak akan sesekali menjadi alat untuk pihak lain mengambil kesempatan dan mencapai hasrat mereka.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu hanya akan menyokong sesuatu yang menguntungkan dan selaras dengan perjuangan Islam yang menjadi dasar Pas.
Tuan Ibrahim Tuan Man "Seperti bisnes, di dalam politik juga ada pertimbangan untung rugi terhadap apa yang dianggap bernilai bagi parti masing-masing. Bagi Pas, Islam berada di kedudukan tertinggi.
"Ada masanya, Pas hanya memberikan sokongan moral kepada agenda bersama yang dipersetujui Pas, akan tetapi tidak menyertai program untuk mengelak pihak lain mengambil kesempatan demi matlamat lain yang tidak selaras dengan matlamat Pas," katanya dalam kenyataan, semalam.
Menurutnya, sejarah pernah membuktikan gerakan Islam menjadi penggerak kepada perjuangan menuntut keadilan dan menjadi mangsa kepada kezaliman pimpinan, namun hasilnya dinikmati oleh pihak lain.
"Cukuplah gerakan Islam menjadi alat bagi mencapai hasrat golongan sekular untuk mencapai hasrat mereka, namun apabila mereka berjaya, Islam akan terus ditekan dan terus menjadi mangsa," katanya.
Tuan Ibrahim berkata, situasi itu juga pernah berlaku terhadap Pas apabila diminta menyokong pelbagai gerakan dan program pihak lain.
Bagaimanapun katanya, apabila tiba soal perjuangan Islam yang dipelopori Pas, ada dalam kalangan mereka menjadi penentang.
"Tiada parti yang mungkin akan bersama dengan pihak yang hanya ingin mengambil kesempatan dengan apa yang dimiliki oleh parti tersebut.
"Pas tidak berkecuali dalam hal ini, sebagaimana ditegaskan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pas tidak akan menjadi anak tangga bagi pihak lain," katanya.

PAS pentingkan kesucian diri berbanding kerjasama dengan parti lain, kata DAP

Posted: 04 Oct 2016 08:48 PM PDT

Mahdzir berkata, kesepakatan sukar dicapai antara PAS dengan parti pembangkang lain, kerana ia dilihat lebih mesra Umno melalui isyarat jelas mereka tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah dalam Pakatan Harapan.
Mahdzir IbrahimPETALING JAYA: DAP Johor menasihatkan pembangkang berhati-hati berunding dengan PAS bagi mencari formula 1 lawan 1 pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kerana ia lebih mementingkan kesucian sendiri daripada kerjasama dengan parti lain.
Pengarah biro pendidikan politik DAP Johor, Mahdzir Ibrahim berkata, kesepakatan sukar dicapai antara PAS dengan parti pembangkang lain, kerana ia dilihat lebih mesra Umno melalui isyarat jelas mereka tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah dalam Pakatan Harapan.
"Secara tidak langsung PAS memberi mesej kepada umum yang Amanah dan DAP adalah musuh PAS, bukan Umno. Ini tragedi yang pelik.
"Mesej ke-2 yang dihantar PAS kepada khalayak ialah mereka tidak peduli lagi kehendak rakyat yang mahukan pembangkang bersatu. Sebaliknya, PAS mementingkan kesucian parti mereka daripada bekerjasama dengan parti pengkhianat Amanah dan parti kafir DAP," katanya dalam 1 kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, Mahdzir menyarankan garis panduan politik yang jelas dirangka dan dipersetujui semua parti pembangkang dalam usaha merealisasikan matlamat 1 lawan 1.
"Kita mendengar PPBM (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) dan PKR sedang memujuk dan berunding dengan PAS untuk tujuan itu, ianya usaha yang baik, kita ok, tetapi berapakah 'kos' yang perlu dibayar untuk memastikan PAS tidak bertembung dengan kerusi PPBM, PKR, Amanah malah DAP?
"Tanpa garis panduan politik yang jelas, usaha meyakinkan rakyat untuk mengundi pembangkang sangat sukar. Tidak kira formula 1 lawan 1 atau pelbagai penjuru, pro dan kontra formula 1 lawan 1 atau pelbagai penjuru itu memang wujud, risiko tidak dapat dielakkan.
"Hingga saat ini, belum ada jaminan pertandingan 3 penjuru dapat dielakkan. Rakyat terus menunggu apakah hasil rundingan pemimpin mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)