Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:48 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pelajar rasuah pensyarah untuk lulus, menteri janji siasat

Posted: 31 Oct 2016 09:12 PM PDT

Husni - Sebelum, Semasa dan Selepas Parlimen

Posted: 31 Oct 2016 08:33 PM PDT

8 Hari bersama Ahmad Husni *dari Parlimen ke luar Parlimen*

Posted: 31 Oct 2016 08:32 PM PDT

Walaupun diasak pelbagai soalan, mulut Husni tetap 'terkunci'

Posted: 31 Oct 2016 08:31 PM PDT

Terima kasih buat pengundi2 BN...

Posted: 31 Oct 2016 08:05 PM PDT

ONLY IN MALAYSIA !!!..

Bila minyak dunia naik,
Minyak M'sia ikut naik...

Bila minyak dunia jatuh,
Minyak M'sia MAKIN NAIK !!!

SEKALI LAGI Najib cuba nak perbodoh & menipu rakyat...

Posted: 31 Oct 2016 08:04 PM PDT

 Kalau benarlah hutang 1MDB bukan hutang kerajaan Persekutuan, KENAPA KALAU 1MDB GAGAL BAYAR HUTANG, KERAJAAN PULA YANG AKAN TANGGUNG !!!

Mudahnya jadi KERAjaan BN.. Dah pandai buat hutang berpuluh2 bilion ringgit, dipaksanya rakyat bayar CUKAI GST 6% !!!

Kemudian Najib satu keluarga punggah anak-beranak (termasuk anak tiri Najib) naik jet mewah VVIP kerajaan pergi ke Beijing, China..

Bajet 2017 malap, pelabur tinggalkan Malaysia?

Posted: 31 Oct 2016 07:51 PM PDT

Bajet 2017 tidak mampu menaikkan keyakinan pelabur tempatan dan lura negara. Seorang pelabur asing dari negara barat, John Law, 60 tahun berkata situasi ekonomi dan politik Malaysia semakin bercelaru dan menyebabkan beliau berfikir untuk mengubah pelaburan ke negara lain.
"Nampaknya situasi politik di negara ini sedang menghadapi satu gelombang ketidakstabilan. Saya sebagai pelabur asing amat bimbang kerana situasi politik telah menyebabkan ekonomi menjadi lembap," katanya kepada Suara pakatan daily.
Beliau yang juga bekerja di sebuah kilang di Selangor memberitahu penulis bahawa Business Conditions Index (Indeks Iklim Perniagaan) telah jatuh sebanyak 22.5 mata dari 106.4 menjadi 83.9 kerana permintaan domestik dan luar negeri untuk barangan buatan Malaysia menurun.
Begitu juga Consumer Sentiments Index (Indeks Sentimen Pengguna) turun sebanyak 5 mata kepada 73.6 akibat situasi pencarian kerja dan kewangan masa depan yang kurang memberangsangkan.
John membandingkan keadaan di Indonesia yang lebih meyakinkan. Katanya, semakin banyak pelabur asing melangkauai Malaysia untuk menanam modal di sana
"Negara Indonesia sedang maju dan ditadbir-urus dengan amat baik. Saya perhatikan Presiden Jokowi memang berkebolehan dan di bawah pimpinan beliau, ramai pelabur asing telah pergi ke sana. Rakan pelabur asing saya yang lain semua sedang memuji Presiden Jokowi," ujar John.
Beliau memberitahu titik fokus pelabur asing adalah November ini. Katanya, selain kelembapan ekonomi perhimpunan provokasi Baju Merah ke atas himpunan Bersih 5 juga dijadikan indikator kestabilan ekonomi Malaysia.

Berhenti ganggu aktivis pro-demokrasi

Posted: 31 Oct 2016 07:48 PM PDT

Wan Azizah menyertai konvoi Bersih 5 di Kota Bharu pada OktoberWan Azizah menyertai konvoi Bersih 5 di Kota Bharu pada Oktober
Perbuatan anti demokrasi oleh pihak berkuasa menyebabkan kredibiliti mereka makin dipersoal, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Merujuk kepada penahanan pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah ketika mengedarkan risalah Bersih di Sabah Sabtu lalu, Wan Azizah mempersoal sama ada mengedarkan risalah mengajak rakyat turun menyertai perhimpunan aman demi pilihan raya yang bersih dan adil adalah satu jenayah.
"Persoalan yang harus dijawab oleh pihak berkuasa; adakah mengedarkan risalah mengajak rakyat turun menyertai perhimpunan aman demi pilihan raya yang bersih dan adil satu jenayah?
"Perbuatan anti-demokratik oleh pihak berkuasa ini telah menyebabkan kredibiliti mereka makin dipersoal. Tambahan lagi 'penjenayah-penjenayah' sebenar contohnya mereka yang terlibat dengan skandal 1MDB, masih bebas. Tiada siasatan terhadap mereka ini apatah lagi penahanan," katanya dalam satu kenyataan.
Sabtu lalu, Maria ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu untuk disoal siasat.
Beliau dibebaskan atas jaminan polis.
Read More / Baca Lagi >>

Jaringan Orang Asli kecewa sikap kerajaan negeri Kelantan

Posted: 31 Oct 2016 07:44 PM PDT


Orang Asli buat sekatan kepada pembalakan di Kelantan selepas kawasan mereka mencari makan teruk dicerobohi.Orang Asli buat sekatan kepada pembalakan di Kelantan selepas kawasan mereka mencari makan teruk dicerobohi.
Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) kesal dan kecewa dengan tindakan Kerajaan Negeri Kelantan berhubung dengan isu pembalakan yang melanda masyarakat Orang Asli negeri itu.
JOAS mengakui bahawa Orang Asli mempunyai hak istimewa ke atas tanah yang telah diduduki oleh mereka sejak turun temurun lagi.
Bagi badan itu, tindakan membuat sekatan adalah petunjuk bahawa penduduk kampung sudah tidak mempunyai cara lain dalam mempertahankan tanah mereka.
Pelbagai usaha sudah dilakukan seperti membuat bantahan, menghantar memorandum kepada pihak kerajaan dan bertemu dengan wakil kerajaan negeri, namun tiada juga tindakan diambil malahan kegiatan pembalakan semakin menjadi-jadi, kata kenyataan badan itu.
"Kami, amat kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak pernah turun padang dan seolah-olah memandang remeh masalah penduduk yang sepatutnya menjaga kebajikan rakyat," kata kenyataan itu lagi.
Kerajaan negeri didakwa gagal jaga kebajikan Orang Asli.Kerajaan negeri didakwa gagal jaga kebajikan Orang Asli.Lebih teruk lagi, katanya, apabila Timbalan Menteri Besar berkata Orang Asli dihasut oleh pihak luar.
"Kami menganggap ini satu komen yang tidak jujur dan merupakan buah mulut dari orang yang cuba lepas tangan daripada tanggungjawab.
Sehubungan itu, mereka menggesa kerajaan negeri Kelantan untuk berunding dan berbincang sendiri dengan semua komuniti Orang Asli Gua Musang dan bukannya hanya berbincang dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) atau dengan penghulu kampung sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Minyak Naik, Bukti Kerajaan Umno@Bn Tiada Duit !

Posted: 31 Oct 2016 07:40 PM PDT

Kenaikan harga minyak yang diumumkan untuk bulan November telah menzahirkan negara sedang mengalami krisis kewangan yang meruncing. Kenaikan bulan ini adalah tertinggi dalam tempoh tahun ini iaitu RON 95 berharga RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30), dan diesel (RM1.90).

Harga baru yang diumumkan oleh kerajaan ini sudah pasti disambut negatif oleh masyarakat yang kini dalam keadaan yang sangat tertekan dengan kos kehidupan yang semakin meningkat. Kenaikan harga bahan bakar ini akan menyebabkan kenaikan harga-harga barangan berdasarkan keadaan dan pengalaman sebelum ini, ini akan menambahkan lagi bebanan rakyat khusunya golongan berpendapatan rendah dan sederhana. 

Biarpun Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak baru sahaja membentangkan belanjawan 2016, tidak sampai sebulan kerajaan telah membuktikan belanjawan yang dibentangkan itu tidak realistik kerana negara mengalami krisis kewangan. Kerajaan sendiri menunjukkan kepada masyarakat bahawa belanjawan negara untuk tahun 2016 tempang dan sukar untuk dilaksanakan.

Rakyat baru sahaja dimomokkan dengan belanjawan yang 'enak' di mata masyarakat, ini termasuklah pengumuman kenaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dan sebagainya. Belum sempat rakyat 'menikmati' bantuan tersebut, poket rakyat telah 'dicuri' melalui kenaikan harga minyak.

Rakyat perlu melihat kenaikan harga minyak ini sebagai bukti kerajaan yang ada pada hari ini tidak lagi memikirkan kepentingan rakyat, sebaliknya membuat kerja mudah untuk mendapatkan dana dengan menaikkan harga minyak!

Sidang DUN Kelantan : Pas sendiri tergugat?

Posted: 31 Oct 2016 07:38 PM PDT


sidang dun kelantan grafik2
Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan telah berakhir tanpa membersihkan imej kerajaan Islam Pas Kelantan. Isu yang dibangkitkan oleh wakil tunggal Pan, Dato Husam Musa menimbulkan lebih banyak persoalan baru yang menggambarkan kerajaan sekarang pada kedudukan lemah dan tidak telus.
Pimpinan Pas bawahan hairan, kenapa begitu lemah pengurusan Kelab Penyokong (BBC) Kelantan untuk bangun mengganggu ucapan Datuk Husam yang sarat dengan tuduhan dan fakta yang boleh menghakis sokongan rakyat kepada kerajaan yang memerintah sekarang. Bahkan ada yang membuat andaian, masih ramai penyokong Datuk Husam dalam kalangan wakil rakyat sekarang.
Sidang Dun kali ini seolah-olah mengikut rentak gendang dan tari Datuk Husam, bukan menonjolkan imej dan gagasan imej kerajaan negeri yang membentangkan Bajet 2017 bertema 'Kelantan sejahtera untuk Islam'. Amat merugikan peluang pembentangan bajet negeri yang terbaik ini disia-siakan begitu sahaja.
Exco agama dilihat terlalu emosi dan bengkeng menghadapi aura Datuk Husam yang hanya perlu bangun memohon laluan untuk bertanya. Kenapa perlu bangkit perkara tidak sepatutnya iaitu soal pemecatan Datuk Husam yang disebut gagal hadir ke jawatankuasa tatatertib Pas Pusat setelah dihantar surat. Sekali lagi Datuk Husam membuktikan pembohongan telah dibuat ke atasnya dan menafikan ada surat sedemikian.Imej exco agama sekarang terlalu buruk pada pandangan rakyat kerana tersasar daripada kebenaran dan bawa imej bengis dan sombong yang tidak lagi sesuai berada dalam saf kepimpinan Ustaz Mad yang dilihat lemah lembut.
Ketidakhadiran Timbalan Menteri Besar untuk menggulung dan menjawab persoalan tentang Ladang Rakyat juga suatu yang mendukacitakan. Kalau MB sanggup hadir dan berani menjawab isu pengambilan tanah rakyat Kampung Laut tetapi TMB membiarkan isu Ladang Rakyat yang kontroversi tidak berjawab, maka imej kerajaan Islam Pas Kelantan akan terus tercalar.
Kesilapan terbesar Speaker Dewan apabila membenarkan laporan audit dalaman berkaitan dengan Kumpulan Perkayuan Kelantan (KPK) yang dibawa oleh Datuk Husam diedarkan. Laporan tersebut tidak lagi mampu ditarik balik kerana ia sarat dengan fakta dan bukti. Maka bagi mengembalikan imej bersih kerajaan negeri, maka individu yang bertanggungjawab ke atas kelemahan dan kehilangan aset KPK tersebut perlu diambil tindakan. Ini sahaja pilihan yang ada kepada Ustaz Mad MB sebelum akan terus dilabel lemah dan tenggelam dengan pengaruh TMB yang berkepentingan sekiranya tidak berbuat apa-apa.
Read More / Baca Lagi >>

Ke mana Pas selepas dibohongi umpan perpaduan ‘Melayu-Islam’ Umno?

Posted: 31 Oct 2016 07:36 PM PDT

Hadi dan Umno, siapa tipu siapa?Hadi dan Umno, siapa tipu siapa?
Cita-cita peribadi dan misi jemaah adalah sesuatu yang jauh berbeza. Lebih-lebih lagi bila sudah wujud konsensus bersama yang dinamai tahaluf siyasi dalam sesebuah gerakan siasah.
Situasi ini dapat dilihat apabila Pas 'tercicir' dari bahtera Pakatan Rakyat sekaligus menguburkan agenda yang disetujui bersama sebelum ini.
PAS makin tertekan bila kegelojohan cita-cita peribadi 'hudud' atau setidak-tidaknya sekarang, RUU355 telah dipergunakan Umno untuk kepentingan politik mereka.
Persoalan mula timbul. Adakah Presiden PAS tidak fikir panjang sebelum kemukakan usul itu atau sememangnya ia adalah rancangan bersama apabila beliau, senang dilihat mesra dan baik dengan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Ada pihak mengatakan hubungan Hadi dan Najib itu demi 'perpaduan Melayu dan Islam'. Namun, realiti politik tidak memberi ruang untuk itu berlaku memandangkan Umno yang menjadi nakhoda BN terbukti gagal melaksanakan dasar-dasar adil khususnya dasar-dasar ekonomi mapan yang akhirnya memangsakan golongan pekerja dan miskin – yang kebanyakannya juga 'Melayu Islam'.
Akhirnya, usul RUU355 yang pada mulanya diletak sebagai usul perbahasan nombor empat kini sudah semakin terkebawah. Pimpinan dan ahli PAS yang riuh bertakbir gembira pada ketika ia dimasukkan dalam Aturan Mesyuarat kini pun sudah ada yang berasa curiga.
PAS terus menerima tamparan memalukan apabila Speaker Dewan Tan Sri Pandikar Amin menyatakan bahawa perbahasan RUU355 tertakluk pada kerajaan sama ada mendahulukannya atau tidak. Dalam erti kata lain, hanya kerajaan sahaja yang berkuasa menentukannya.
Malah, jika diluluskan sekalipun dalam perbahasan Parlimen sesi ini, RUU tersebut perlu melalui beberapa lagi sekatan termasuk sebelum perbahasan mengenainya diteruskan.
Kini, Pas semakin terhimpit dalam permainan Umno yang mengatasnamakan 'Perpaduan Melayu dan Islam' yang sebenarnya sangat abstrak dan longgar. Mengapa terlalu mudah Pas termakan umpan Umno?
Sepanjang polemik 'hudud' dan RUU355 ini, kita telah melihat banyak korban besar berlaku. Anasir pro-Umno di dalam Pas yang senyap-senyap berkempen bahawa 'pendekatan melalui Pakatan Rakyat merugikan PAS' sebelum ini, sudah memecahkan gerakan Islam tersebut dan merugikan tahaluf siyasi dalam PR yang amat digeruni BN.
Read More / Baca Lagi >>

Ucapan Husni Hanadzlah di Dewan Rakyat dilindungi Akta Majlis Parlimen

Posted: 31 Oct 2016 07:35 PM PDT

KUALA LUMPUR, 31 OKT: Tindakan bekas Menteri Kewangan II Datuk Seri Husni Hanadzlah membangkitkan penyelewengan 1MDB di Parlimen baru-baru ini bakal mengundang siasatan pihak polis..
Siasatan polis itu dibuat berdasarkan kemungkinan Ahli Parlimen Tambun itu telah melanggar sumpah kerahsiaan kabinet ketika berucap di dalam Dewan.
Bagaimanapun, berdasarkan Klausa 9(e) Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, tindakan polis menyiasat Husni juga berkemungkinan melanggar akta tersebut.
Ini kerana, akta itu melindungi Ahli-ahli Parlimen melibatkan tindakannya di dalam Dewan rakyat termasuk ucapannya ketika perbahasan Belanjawan.
"Husni wajar menarik perhatian pihak polis yang ditugaskan menyiasatnya kepada Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.
"Beliau juga boleh memberi amaran kepada pegawai polis itu bahawa ia mungkin bersalah menghina Parlimen dan boleh dihukum mengikut Klausa 9(e) Akta Majlis Parlimen itu yang melindungi Ahli-ahli Parlimen daripada halangan melibatkan tindakannya di dalam Dewan Rakyat," kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menjelaskan, polis hanya boleh menjalankan siasatan mereka hanya jika Husni kehilangan keistimewaan itu di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan berkaitan Akta Hasutan kerana mempersoalkan satu daripada empat isu sensitif, yang tidak terpakai dalam keadaan ini.
Kit Siang berkata, keadaan yang serupa pernah berlaku ke atasnya berdasarkan satu ucapannya di Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Pandikar akan mohon maaf ahli parlimen keluar dewan?

Posted: 31 Oct 2016 07:33 PM PDT


Ahli-ahli parlimen pembangkang yang meninggalkan dewan ketika ucapan Bajet 2017 oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak setelah diminta keluar oleh Pandikar.Ahli-ahli parlimen pembangkang yang meninggalkan dewan ketika ucapan Bajet 2017 oleh Datuk Seri Mohd Najib Razak setelah diminta keluar oleh Pandikar.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu sidang media Khamis lalu di Parlimen bahawa, "In the British House of Commons, no MP has ever walked out during the tabling of a budget, never".
Namun dengan carian mudah di google, tanpa memerlukan pasukan penyelidik dan setiausaha seperti yang dimiliki Pandikar, kita boleh temui bahawa pada pembentangan belanjawan kedua pentadbiran Margaret Thatcher dalam tahun 1981, ramai anggota parlimen daripada parti konservatifnya sendiri meninggalkan sidang ketika Chancellor of the Exchequer (Menteri Kewangan) Geoffrey Howe membentangkan belanjawan.
Adakah Pandikar akan memohon maaf kepada ahli-ahli parlimen pembangkang yang meninggalkan dewan ketika ucapan belanjawan 2017 oleh Datuk Seri Najib Razak setelah diminta keluar oleh Pandikar, atau adakah beliau akan menuduh saya mempersendakan Speaker di luar Parlimen?
Pandikar juga menyebut dalam sidang media yang sama, "We always say we are a democratic country so we should emulate how other democratic countries, how the House of Commons operate. We like to quote that, but we don't act like the lawmakers we refer to".
Di Malaysia, Speaker Dewan Rakyat bukanlah seorang wakil rakyat yang dilantik melalui pilihanraya umum. Ini adalah satu keanehan paling besar dalam sebuah sistem demokratik. Tidak ada tempat lain di dunia, terutamanya di UK, Australia, Kanada, New Zealand yang menjadi contoh sistem parlimen Westminster, yang membolehkan seorang yang tidak dilantik melalui pilihanraya untuk menjadi Speaker.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa Khalid? Dia lebih besar dari Parlimen? – Guan Eng

Posted: 31 Oct 2016 07:31 PM PDT


KUALA LUMPUR, 31 OKT: DAP hari ini menuntut supaya Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee membuat perintah bagi melarang pihak polis daripada menyiasat tiga mantan menteri kabinet berhubung kritikan lantang mereka mengenai skandal 1MDB di Parlimen.
Lim Guan EngSetiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tindakan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar memanggil tiga mantan pemimpin dan pemimpin Barisan Nasional (BN) itu untuk memberikan keterangan adalah melampau dan membelakangi kuasa Parlimen.
"Kita (mesti) pertahankan martabat maruah dan kuasa terunggul parlimen dalam Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya kita benarkan juga KPN untuk buat demikian, ini bukan (lagi) negara demokrasi berparlimen, (tetapi) ini (sudah jadi) negara polis," tegas Guan Eng di Parlimen pagi tadi.
"Mengapa ucapan yang dibuat dalam dewan yang mulia ini disiasat? KPN nak jadi lebih besar daripada Parlimen. Siapa KPN berbanding dengan Parlimen?
"Bolehkah saya dapat arahan daripada Tuan Yang Dipertua (agar) menyedarkan dia mengenai tempat (tugas) dia, tempat (tugas) dia adalah untuk lawan penjenayah, bukan siasat Ahli Parlimen yang bagi ucapan (di Parlimen)," katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.
Bagaimanapun, Ronald enggan membuat sebarang perintah mengenai isu itu meskipun terus diasak untuk berbuat demikian oleh beberapa pemimpin pembangkang.
Ketua Polis Negara seperti yang dilaporkan media pada Sabtu lepas berkata akan memanggil tiga mantan menteri Kabinet berkenaan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan membocorkan rahsia kerajaan ketika membahaskan Belanjawan 2017.
Read More / Baca Lagi >>

RUPA-RUPANYA PAS MEMANG RELA DIKENCING UMNO!!

Posted: 31 Oct 2016 07:29 PM PDT

Khususnya ahli-ahli Pas, sila ambil perhatian mengenai kenyataan Idris Ahmad ini. Beliau adalah Naib Presiden Pas, bukannya pemimpin parti peringkat kawasan atau ranting yang cakapnya hanya umpama angin lalu saja.

Sebagai Naib Presiden Pas, kata-katanya bukan saja dianggap benar, bahkan juga tentunya adalah gambaran tentang parti itu sendiri.

Sebagaimana yang dipetik dari portal Malaysia Dateline semalam, Idris dilaporkan berkata, Pas tidak pernah kesah kalau ditipu oleh UMNO sekali lagi dalam isu isu rang undang-undang Akta 355.

Ketika berceramah di Kuantan, Idris yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, Pas dan rakyat negara ini sudah lama ditipu oleh BN.
"Kita dah pilihanraya 13 kali. Dah 13 kali kita dikencing (ditipu) oleh BN. Sebab itu kita kalah selalu.

"Jadi kalau kena kencing sekali lagi kita tidak terkejutlah," kata Idris dalam ceramahnya itu.

Bagi beliau, Pas tidak rugi dikencing oleh UMNO, tetapi UMNOlah yang rugi.
Read More / Baca Lagi >>

Pas setuju satu lawan satu tapi bersyarat

Posted: 31 Oct 2016 07:28 PM PDT


Hashim JasinHashim JasinPas bersetuju dengan konsep satu lawan satu seperti yang diharapkan parti pembangkang lain bagi menentang BN pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Mursyidul Am Pas Hashim Jasin berkata, perkara itu mungkin memberi gambaran positif kepada pembangkang, namun ia terpulang kepada budi bicara parti-parti pembangkang.
"Pas sentiasa membuka pintu untuk mana-mana parti bersama kita, tapi dengan syarat kita bersatu atas dasar agama Allah. Sebab dulu kita tak buat atas dasar itu, jadilah apa berlaku sekarang (bubar PR).
"Pengalaman memaksa kita meletakkan syarat dan ini mesti kita lakukan. Kalau mereka setuju, DAP pun boleh bersama. Seeloknya satu lawan satu, tapi kalau dah tak boleh jadi satu lawan satu, kita terpaksa empat lawan satu," katanya seperti dipetik Sinar Harian.
Beliau turut menyeru parti-parti politik dan semua pemimpin dalam negara supaya tidak memingirkan tuntutan al-Quran.
"Pas Islam, Umno Islam, PKR pun kebanyakan Islam dan DAP pun ada orang Islam. Dalam erti kata lain kebanyakannya Islam. Sekarang al-Quran kata berpegang teguh dengan agama Allah.
"Kalau nak bersatu memang bagi pihak Pas pintu sentiasa terbuka pagi dan petang, tapi bersatu itu mestilah berdasarkan kepada agama Allah. Tak usah cari yang lain sebab tak akan berjaya," katanya.
Menurutnya, parti Islam itu mempunyai banyak pengalaman sejak 65 tahun penubuhannya yang pernah menjalinkan kerjasama politik dengan BN dan PR.
"Mari kita bersatu berdasarkan al-Quran. Bukan saya tak buka peluang, saya buka kepada DAP pun boleh bersama kita kerana nabi pun pernah buat tahaluf selepas perjanjian Hudaibiyah. Antara syarat itu mereka tak boleh berperang dengan Nabi Muhammad selama 10 tahun.
"Ini perjanjiannya dan kalau ada antara mana-mana kabilah yang hendak bersama berlindung di bawah Nabi Muhammad untuk kerajaan Islam pun boleh. Kenapa kita nak tolak DAP? Mari, hukumnya boleh bertahaluf dengan syarat jangan ganggu al-Quran itu. Kamu dengan agama kamu, aku tak ganggu dan jangan kamu mengganggu agama kami," katanya.
Bagaimanapun katanya, sekiranya ada campur tangan yang bersabit dengan akidah oleh pihak luar, maka Pas tidak boleh menerimanya.
"Orang Islam wajib pegang kepada janji, kita tak boleh mungkir. Orang lain juga boleh bersama Pas, Umno pun kita buka tapi dengan syarat Islam mesti memimpin sebab kita dah bagi orang lain pimpin kita, tak sampai ke mana.
Read More / Baca Lagi >>

Harga minyak dunia jatuh ketara pagi ini...di Malaysia naik ketara..!!

Posted: 31 Oct 2016 07:26 PM PDT

NEW YORK 1 NOVEMBER: Harga minyak mentah jatuh ketara pagi ini mencecah paras terendah satu bulan disebabkan kebimbangan berhubung kemampuan OPEC dalam melaksanakan rancangan pengurangan pengeluaran, manakala harga saham global pula kurang stabil berikutan sentimen semasa.
Agensi berita antarabangsa, Reuters melaporkan harga minyak mentah jatuh lebih tiga peratus disebabkan keraguan berhubungan keupayaan pelaksanaan cadangan pengurangan pengeluaran OPEC.
OPEC yang dijangka menunjukkan rekod pengeluaran tertinggi pada Oktober, turut mempengaruhi pasaran.
"Pasaran menjadi sedikit tidak bermaya," kata Kyle Cooper, penganalisis di ION Energy di Houston.
"Melainkan OPEC dapat meyakinkan ahlinya dan pemain minyak dan gas lain dalam menyertai usaha pengurangan pengeluaran, pasaran akan menjadi skeptikal.
" Brent jatuh AS$1.41, atau 2.84 peratus pagi ini, pada AS$48.30 satu tong, manakala minyak mentah AS pula susut AS$1.84, atau 3.78 peratus, pada AS$46.86. Harga minyak yang lebih rendah mempengaruhi saham berkaitan tenaga di Wall Street dan bursa saham Eropah.

Skandal Lembu-Kondo: Rafizi akan buat rayuan penghakiman kes saman NFC

Posted: 31 Oct 2016 07:16 PM PDT

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan membuat rayuan penghakiman kes saman Pusat Fidlot Nasional (NFC) dalam masa terdekat.
"Saya sedang berbincang dengan peguam-peguam saya mengenai sudut-sudut penghujahan yang boleh dikemukakan di dalam rayuan kelak.
"Saya akan memaklumkan kepada media apabila rayuan dikemukakan kepada Mahkamah Rayuan dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa dirinya memfitnah NFC, Rafizi yang juga Setiausaha Agung dan Naib Presiden PKR menghargai ketetapan berkenaan.
"Saya berterima kasih di atas penghakiman Yang Arif Azizul Azmi Adnan yang memutuskan kenyataan saya adalah fitnah dan mengarahkan saya membayar RM300,000 kepada Datuk Seri Salleh Ismail (Pengerusi NFC) dalam bentuk gantirugi dan kos guaman," jelasnya.
Terdahulu, mahkamah memutuskan memihak kepada NFC dan pengerusinya, Salleh dalam saman undang-undang mereka terhadap Rafizi.
Sehubungan itu, hakim mengarahkan Rafizi membayar RM150,000 kepada NFC dan RM50,000 lagi kepada Salleh dengan kedua-dua mereka turut diberikan kos RM100,000.
Pada masa sama, Azizul memutuskan NFC dan Salleh membayar kos RM50,000 kepada portal berita Malaysiakini yang melaporkan dakwaan Rafizi itu.
"Saya yakin keputusan ini tidak mengubah pandangan masyarakat mengenai skandal NFC dan segala pendedahan yang saya buat setakat ini, saya mengambil pendirian mempertahankan ruang untuk membawa kebertanggungjawaban kepada mereka yang menggunakan dana awam mestilah dipertahankan sebaik-baiknya," tegas Rafizi lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas jumpa polis, Husni ceramah isu urus wang negara

Posted: 31 Oct 2016 07:12 PM PDT

Husni meminta pihak media supaya tidak merakam ceramah tersebut bagi mengelakkan masalah di masa hadapan
husni-ceramah
BUKIT JELUTONG: Selepas dipanggil polis petang tadi bagi memberi keterangan berhubung kenyataan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bekas menteri kewangan II tampil berceramah mengenai tadbir urus kewangan negara malam ini.
Di acara Kepentingan Tadbir Urus Kewangan anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia, Husni bagaimana meminta pihak media supaya tidak merakam ucapannya.
Beliau meminta hadirin dan media supaya menganggap acara malam ini sebagai majlis tertutup.
"Kita biar jujur dan ikhlas, selepas majlis ini kita temuramah," kata Husni, "jadi saya minta tolong tutup rakaman…terima kasih."
Di hadapan kira-kira 200 orang hadirin malam ini, Husni tidak bersedia untuk bercakap mengenai perkara "sensitif".
"Bagi peluang kepada saya untuk tidak bercakap perkara-perkara sensitif," katanya.
Husni turut mengelak daripada menjawab soalan hadirin mengenai 1MDB.
Petang tadi Husni diminta hadir ke Bukit Aman untuk diambil keterangan berhubung kenyataanya mengenai 1MDB di Dewan Rakyat minggu lalu.
Ahli Parlimen Tambun itu mempertikaikan mengapa tiada tindakan diambil terhadap 1MDB yang beliau dakwa menyaksikan banyak kes penggelapan.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Bekas pegawai bank BSI mula dibicara di Singapura

Posted: 31 Oct 2016 07:09 PM PDT

Ia perbicaraan pertama berkaitan siasatan terhadap dana 1MDB yang kini menjangkaui 6 bidang kuasa, termasuk Switzerland dan Amerika Syarikat.
Yeo-JiaweiSINGAPURA: Pihak pendakwa memanggil 9 saksi dengan pegawai perancang kekayaan bank BSI, Yeo Jiawei, orang pertama dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan atas peranannya dalam pengubahan wang berkaitan dana pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semalam.
Berita Harian Singapura melaporkan Timbalan Pendakwa Raya Tan Kiat Pheng dalam kenyataan pembukaannya berkata kes itu "paling canggih dan kes pengubahan wang terbesar dikendalikan Jabatan Ehwal Komersial" yang melibatkan pergerakan banyak wang di antara negara dalam beberapa tahun.
Jiawei dibicarakan kerana memutarbalikkan proses keadilan dengan mempengaruhi saksi utama, menggesa mereka berbohong dan memusnahkan bukti.
Tertuduh dibicarakan atas 4 dakwaan kerana memutarbalikkan proses keadilan. Manakala 7 lagi tuduhan melabur wang haram, menipu dan pemalsuan sedang menunggu dikenakan terhadapnya.
Tertuduh ditangkap pada Mac lalu kerana disyaki melakukan pelaburan wang haram dengan pendakwa berkata dia memainkan peranan penting dalam melaburkan "jumlah besar" dan dalam proses itu, meraih wang S$26 juta.
Ia perbicaraan pertama berkaitan siasatan terhadap dana 1MDB yang kini menjangkaui 6 bidang kuasa, termasuk Switzerland dan Amerika Syarikat.
Beritamediacorp melaporkan selepas tertuduh berusia 33 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin pada Mac, dia dipercayai menghubungi 3 saksi utama dan meminta mereka berbohong kepada polis untuk melindunginya dan firmanya, Bridgerock Investment.
Pada satu pertemuan pada 27 Mac di Swiss Club di Singapura, Jiawei dikatakan meminta Kevin Michael Swampillai – ketika itu pengarah khidmat pengurusan harta BSI untuk berbohong kepada polis wang disalurkan Samuel Goh Sze-Wei kepada Bridgerock Investment dan GTB Investment merupakan pelaburan sah.
Pendakwa raya berkata wang itu sebenarnya dicuri dari bank BSI dan seorang pengurus dana yang tidak dinamakan dan disalurkan ke dalam Bridgerock Investment dan GTB Investment – syarikat dimiliki Jiawei dan Swampillai.
Dalam pertemuan sama, tertuduh dipercayai meminta Goh berbohong kepada polis wang yang disalurkan itu sebenarnya adalah pelaburannya.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa guna nama Nik Aziz - Husam atau Anuar Tan?

Posted: 31 Oct 2016 07:07 PM PDT

Exco perindustrian Kelantan Datuk Anuar Tan Abdullah berkata pemimpin pembangkang negeri Datuk Husam Musa tidak patut mengungkit dasar yang diluluskan di zaman bekas menteri besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Ini kerana, kata Anuar yang memegang portfolio perindustrian, perdagangan, perpaduan masyarakat dan pembangunan usahawan, almarhum "telah berada di alam yang lain" dan tidak berpeluang membela diri.
"YB Datuk Husam membuat perbandingan di mana beliau menyatakan lebih baik menanam sayur kangkung kerana hasilnya lebih lumayan berbanding daripada almarhum memberi tanah yang luas kepada pelabur untuk menanam kelapa sawit yang menghasilkan pendapatan yang begitu sedikit.
"Pada saya, ini merupakan satu kenyataan penghinaan yang tidak wajar ke atas program almarhum di samping beliau meludah ke atas muka sendiri kerana ia merupakan satu program yang dipersetujui oleh semua exco secara konsensus (sebulat suara dan ijmak), termasuklah YB Datuk Husam sendiri bersetuju," katanya.
Anuar berkata demikian ketika merujuk ucapan Husam di media sosial, yang mengkritik program Ladang Rakyat yang dilaksanakan Nik Abdul Aziz untuk membantu rakyat miskin.
Dalam kenyataan di Harakahdaily semalam, Anuar menegaskan bahawa konsep mesyuarat yang diamalkan di zaman Nik Aziz ialah secara konsensus.
"Setiap ahli boleh memberi pandangan masing-masing ke atas satu-satu isu, namun selepas almarhum membuat keputusan, semua ahli wajib memberi sokongan penuh ke atas perkara itu secara collective responsibility di mana semua ahli perlu akur dan sokong ke atas keputusan yang dicapai," katanya.
Menurut laman web rasmi, Program Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan dilancarkan oleh Nik Aziz pada 26 Januari 2006 badan berkanun itu ditubuhkan bagi memenuhi hasrat Kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk dan sosio ekonomi negeri.
Ia juga bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan melalui sektor perladangan dan mengurangkan kadar penerokaan haram tanah kerajaan.
'Nik Aziz tak pernah pengerusikan Ladang Rakyat'
Sementara itu, Husam dalam jawapan balasnya malam tadi berkata Nik Aziz tidak pernah mempengerusikan Ladang Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Seorang lagi pegawai kanan dikaitkan dengan skandal Scorpene

Posted: 31 Oct 2016 07:04 PM PDT

Seorang lagi pegawai kanan Perancis - didakwa terlibat aktif dalam kegiatan korup - dikaitkan dengan siasatan urus niaga kapal selam Scorpene di Paris.
Dalam kenyataan bersama yang dilihat Malaysiakini, Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy dan Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel berkata individu yang ada kaitan dengan siasatan Scorpene itu ialah Dominique Castellan.
DIa adalah bekas ketua pegawai eksekutif syarikat pembinaan kapal DCN International (DCNI).
Kata dua NGO itu pembabitan Castellan dikatakan berhubung kait dengan kontrak C5 antara DCNI dengan Thint Asia pada 2000, serta kontrak perundingan antara Thint Asia and Terasasi Sdn Bhd.
Kontrak berkenaan, kata Suaram dan C4, melibatkan pemindahan dana bernilai 30 juta euro kepada Terasi Hong Kong pada November 2002.

Parti komponen BN tolak perhimpunan balas Baju Merah

Posted: 31 Oct 2016 08:14 AM PDT

Perhimpunan balas anjuran gerakan Baju Merah hanya akan menjejaskan keamanan dan memecah belahkan rakyat pelbagai kaum di negara ini.
siva-ti-lian-ker
PETALING JAYA: Parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak bersetuju dengan tindakan Khairy Jamaluddin membenarkan ahli Pemuda Umno menyertai perhimpunan balas gerakan Baju Merah terhadap Bersih 5.
Ketua Pemuda MIC, Sivarraajh Chandran berkata, tindakan membenarkan ahli Pemuda Umno menyertai kumpulan Baju Merah yang diketuai Datuk Jamal Yunos tidak mendatangkan sebarang faedah, sebaliknya hanya menghuru-harakan negara dengan isu perkauman.
"Ahli MIC tidak dibenarkan menyertai Baju Merah, sebab kita tidak tahu apa motif sebenar Baju Merah. Walaupun kita tahu Jamal ketua, tapi dia tidak ada elemen kepelbagaian kaum. Saya minta Pemuda MIC jangan terlibat langsung.
"Ini akan menjejaskan keamanan dan huru-harakan negara dan saya rasa ia dibuat sehingga boleh memecah belahkan agama dan perkauman," katanya kepada FMT hari ini.
Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker turut menyifatkan tindakan gerakan Baju Merah lebih kepada sentimen perkauman.
"Ia hanya boleh mendatangkan ketegangan sebab setiap kumpulan mempunyai unsur perkauman dan ia dijadikan tempat untuk melepaskan sentimen agama dan perkauman semata-mata.
"Mereka seharusnya mengawal emosi dan bagi saya, apa yang lebih penting ialah kedua-dua kumpulan itu seharusnya memberi tumpuan dengan melakukan aktiviti dan kerja yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara daripada memperagakan kumpulan tertentu untuk kepentingan politik," katanya.
Semalam, Khairy dilaporkan memberi lampu hijau kepada ahlinya menyertai perhimpunan Baju Merah, tetapi tindakan disiplin akan diambil terhadap mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 5, bulan depan.
Read More / Baca Lagi >>

KDNK bukan segala-galanya, kata pakar ekonomi

Posted: 31 Oct 2016 08:11 AM PDT

Negara yang mempunyai keupayaan dalam industri canggih akan memberinya peluang lebih besar untuk berkembang.
Noor-Azlan-Ghazali-1
SUBANG JAYA: Memperoleh status "negara maju" memerlukan lebih daripada sekadar bekerja ke arah meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kata pakar ekonomi Noor Azlan Ghazali.
Naib canselor Universiti Kebangsaan Malaysia itu menegaskan, perkara sama penting yang perlu diberi perhatian adalah kemampuan sesebuah negara serta fokusnya terhadap industri yang menuntut tahap lebih tinggi kecanggihannya.
Menjelaskan pandangannya, beliau memberi contoh bagaimana pada 1990, Korea Selatan berjaya berubah daripada menjadi sebuah negara yang keutamaannya menghasilkan pakaian kepada industri lebih canggih dan bagaimana pada 2010, ia memberi tumpuan kepada pembuatan jentera.
Sebaliknya, Malaysia bukan sahaja gagal dalam memberi fokus kepada industri lebih canggih, tetapi kekal dengan "industri lebih rendah" seperti menyediakan buruh murah dan pembuatan pakaian.
Beliau berkata, lebih banyak keupayaan sesebuah negara berkaitan industri canggih, semakin besar kemungkinan besar untuk ia berubah adalah lebih baik.
"Negara-negara berkembang dari masa ke masa dan evolusi boleh diramal. Ramalan berdasarkan apa yang negara itu sedang lakukan," kata beliau pada satu forum mengenai Kelestarian Pertumbuhan Malaysia dan Transformasi Ekonomi di Universiti Sunway di sini hari ini.
Beliau berkata, untuk memastikan Malaysia membuat perubahan ke arah industri canggih, negara perlu menghentikan pemikiran pertumbuhan produk sebagai proses linear.
"Jika anda pandai memotong, ia tidak bermakna anda memotong kayu dan menjadikannya perabot. Banyak perkara lain memerlukan perkhidmatan memotong, seperti berlian."
Katanya, Switzerland sangat bagus dalam menghasilkan coklat dan pembuatan jam tangan serta terkenal dalam bidang perbankan, tiada barangan yang berkaitan tetapi semuanya memerlukan ketepatan.
Dalam ucapan Bajet 2017 baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan Transformasi Negara 2050 (TN50), pelan yang dikritik sesetengah pihak dengan dakwaan kerajaan cuba menutup kegagalan mereka dalam mencapai Wawasan 2020.
Noor Azlan, bagaimanapun berkata ekonomi negara jauh daripada sebarang status kegagalan.
"Sejak 1990 kita mengalami pertumbuhan KDNK pada kadar 6% setahun. Namun, kita tidak mencapai transformasi.
"Saya percaya kita perlu melihat lebih daripada sekadar pertumbuhan (KDNK)."

Comments (0)