Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:26 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


"Ada Kejutan Menggoncang Jantung Menjelang PRU14" - Annuar Musa

Posted: 03 Oct 2016 08:14 PM PDT

Oleh: HASRIQ AMIRUDDIN
KUALA LUMPUR: Kejutan besar dijangka berlaku menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan kemungkinan Barisan Nasional (BN) membentuk pakatan baharu, demikian bayangan yang disampaikan Tan Sri Annuar Musa.
Ketua Penerangan Umno dan BN itu berkata, berdasarkan situasi politik tanah air dengan penubuhan parti baharu, tidak mustahil BN akan membentuk pakatan dengan parti lain.
"Berikan kami sedikit masa untuk mencari kesimbangan dan pakatan baharu ini akan terbentuk sebelum PRU.
"Akan ada kejutan yang menggoncang jantung," katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PTWC) pada Isnin.
Menyifatkan situsasi berkenaan sebagai normal, Annuar berkata, Umno dan BN telah mencapai kesimbangan apabila menyelesaikan isu antara parti dan kini mencari keseimbangan antara parti kerajaan dan pembangkang.
"Kesimbangan ini akan mengambil masa sedikit kerana ada parti yang mahu membentuk pakatan baharu seperti blok ketiga.
"Blok ketiga tidak pasti lagi sama ada ke kiri (pembangkang) atau kanan (kerajaan). Siapa tahu mungkin PAS akan bekerjasama dengan BN.
"Atau mana tahu Tun Mahathir jadi ketua baharu (pembangkang) dan Anwar Ibrahim mahu bekerjasama dengan Najib (Tun Razak).
"Jangan ketepikan kemungkinan itu kerana dalam politik tiada yang mustahil," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata, bagi memperkemaskan jentera parti menjelang Perhimpunan Agung Umno (PAU), parti mencapai persetujuan untuk menukar gerak kerja daripada bertahan kepada serangan.
Jelasnya, pelaksanaan strategi baharu itu melibatkan siri jelajah di setiap negeri bermula 7 Oktober ini.
Berbanding memberi tumpuan sepenuhnya menggalas tugas kerajaan, Annuar berkata, sudah tiba masanya Umno dan BN berada di barisan hadapan iaitu di peringkat akar umbi.
Read More / Baca Lagi >>

Lompat melompat bukan asing buat Lajim

Posted: 03 Oct 2016 08:12 PM PDT

Oleh ZULKIFLI JALIL
Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin keluar PKR? Luar biasakah? Bagi sesiapa yang mengikuti secara dekat politik Sabah, tindakan Lajim bukanlah suatu yang pelik pun.
Lompat melompat bukanlah perkara asing buat Lajim. Lajim tidak teragak-agak melompat kalau dia merasakan perlu untuk melompat.
Individu kontroversi ini mula melompat ke parti kerajaan sebelum diikuti Datuk Rubin Balang dan beberapa lagi orang lagi sehingga Parti Bersatu Sabah (PBS) yang memenangi Pilihanraya Umum 1994 dengan majoriti mudah, tumbang setelah Lajim, Rubin, Zaini dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri PBS berpaling tadah.
Tujuh belas tahun kemudian, Lajim keluar dari Barisan Nasional dan walaupun baharu sahaja menyertai pembangkang di Sabah, dia terus dilantik mengetuai PKR negeri itu oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tiada sumbangan kepada PKR sebelum ini.
Pemimpin-pemimpin PKR yang telah lama berjuang diketepikan dan juak-juak Lajim diberi keutamaan dalam parti. Mereka dalam PKR waktu itu begitu marah diperlakukan demikian dan akhirnya meninggalkan parti satu demi satu.
Paling lawak sudah tentunya respon dari Lajim mengenai tindakan wakil rakyat PKR keluar parti ketika itu.
Kata Lajim, tindakan Ketua Penerangan PKR, Jeremmy Malajad keluar parti adalah suatu pengkhianatan terhadap mandat yang diberikan kepadanya oleh orang di Kadamaian dalam pilihan raya (umum).
Tetapi dia lupa semasa keluar UMNO dan masuk PKR, itu bukankah suatu pengkhianatan terhadap mandat rakyat? Dipilih sebagai calon UMNO, tetapi keluar UMNO dan masuk PKR bukankah dalam kategori atau definisi pengkhianatan?
Semalam, Lajim buat hal lagi. Katanya, tindakan keluar PKR yang disertai beberapa orang kanan parti itu kerana mahu memberi fokus dalam politik tempatan selepas hilang keyakinan dengan kemampuan PKR.
Adakah Lajim akan menyertai sebuah parti yang diambil alih oleh Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal setelah kelibatnya kelihatan semasa satu perhimpunan anjuran Mohd. Shafie di Kota Belud, Julai lalu?
Lajim oh! Lajim.

Bersatu dedah jumlah ahli dua minggu lagi

Posted: 03 Oct 2016 08:10 PM PDT

Jumlah sebenar penyertaan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan didedah dalam masa dua minggu lagi.
logo Bersatu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, buat masa ini pihaknya tidak dapat mendedahkan jumlah penyertaan sebenar memandangkan borang secara manual masih belum dapat dikumpul di setiap negeri.
"Secara jujurnya saya agak terkejut dengan penyertaan golongan anak muda bawah 30 tahun ke dalam parti ini.
"Selalunya orang kata anak muda tak ambil kisah tentang parti politik, tetapi majoriti yang daftar masuk (ke dalam parti Bersatu) datang dari golongan anak muda," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Menurut Syed Saddiq lagi, kebanyakan ahli Bersatu didapati tidak pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.
"Setakat ini pihak kami sudah edarkan sehingga 200,000 borang dan kami masih terima pendaftaran secara atas talian.
"Bila semua borang sudah dikumpulkan kami akan umumkan jumlah sebenar ahli," katanya lagi.

JKOASM: Kenapa hanya lihat pada perut dan akaun kamu?

Posted: 03 Oct 2016 08:04 PM PDT


Tijah Yok ChopilTijah Yok ChopilJaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia (JKOASM) menggesa kerajaan negeri Kelantan supaya menghentikan serta-merta kegiatan pembalakan di Tohoi, Gua Musang.
Koordinatornya, Tijah Yok Chopil berkata, kesan pembalakan sedia ada sudah begitu teruk sehingga menjejaskan sumber rezeki mereka.
"Kenapa kamu hanya lihat pada perut dan akaun kamu sahaja? Kenapa tidak lihat pada perut kanak-kanak dan perempuan Orang Asli?" soalnya ketika ditemubual Malaysia Dateline di Gua Musang pagi tadi.
Menurutnya, perbincangan berkaitan kepentingan Orang Asli harus mempertimbangkan hak, keadilan dan kebajikan serta kesinambungan orang asli.
"Hormati Orang Asli. Jangan layan mereka seperti anjing kurap di tepi jalan. Mereka juga manusia biasa ciptaan Tuhan," ujarnya.
Mengulas keputusan kerajaan negeri menghentikan sementara kegiatan pembalakan, Tijah berkata, Orang Asli sebenarnya tidak gembira dengan ketetapan itu.
"Tuntutan Orang Asli adalah hentikan terus sebab kesan pembalakan yang berlaku amat teruk. Tidak guna kalau hentikan sementara pembalakan di Hutan Simpan Balah hanya atas alasan untuk selesaikan kekeruhan tapi sebenarnya untuk meneruskan pembalakan," ujarnya.
Beliau yang menjadi aktivis lebih 20 tahun berkata, Orang Asli sudah hilang keyakinan dengan jaminan kononnya kegiatan pembalakan lebih seimbang memandangkan kesan buruk sebelum ini sudah terang-terang depan mata.
"Siapa nak baiki kerosakan yang berlaku sejak kegiatan membalak dilakukan bertahun-tahun?
"Kalau serah pada pembalak, mereka hanya akan menambahkan kemusnahan alam semula jadi.
"Orang Asli akan tetap juga menderita. Ini bukan isu Orang Asli harus berdamai dengan syarikat pembalak. Isu utamanya pembalakan ini harus dihentikan. Orang Asli di Kelantan sudah cukup menderita," tegasnya.
Read More / Baca Lagi >>

JAKOA sedang selesai bantahan Orang Asli terhadap pembalakan

Posted: 03 Oct 2016 08:03 PM PDT


26 September lepas 200 penduduk Orang Asli membina sekatan sehingga mencetuskan kekecohan dengan pembalak26 September lepas 200 penduduk Orang Asli membina sekatan sehingga mencetuskan kekecohan dengan pembalak
Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sedang berusaha menyelesaikan tindakan lebih 200 penduduk Orang Asli yang membantah aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang.
Kumpulan itu membuat halangan di laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering di sini.
Berikutan bantahan tersebut, kerajaan Kelantan mengarahkan semua aktiviti pembalakan di kawasan terbabit dihentikan sementara berkuatkuasa hari ini.
Ketua Pengarah Jakoa, Mohd Jamalludin Kasbi berkata sebelum mengadakan perjumpaan dengan kumpulan tersebut, pihaknya terlebih dahulu mengadakan perbincangan dengan pihak lain termasuk agensi kerajaan yang berkaitan dalam isu berkenaan.
Beliau berkata perjumpaan kali pertama dengan agensi kerajaan terbabit telah diadakan petang ini dan akan disusuli perjumpaan kali kedua dalam masa terdekat.
"Kita percaya perkara itu boleh diselesaikan secara rundingan tanpa berlaku kejadian tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan agensi kerajaan terbabit di Wisma Persekutuan di sini, hari ini.
Antara agensi kerajaan terbabit ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Perhutanan Kelantan, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, dan Jabatan Kesihatan Kelantan.
Sejak 26 September lepas, lebih 200 penduduk Orang Asli dilaporkan berkumpul di Kampung Petei, Pos Bering di sini, bagi membantah aktiviti pembalakan di HSK Balah itu dengan mereka membina sekatan untuk menghalang lori mengangkut keluar balak dari kawasan tersebut sehingga mencetuskan kekecohan dengan pembalak.
Kumpulan Orang Asli berkenaan bertindak demikian kerana tidak mahu aktiviti pembalakan diteruskan kerana dakwaan mereka ia membawa kesan kepada kemusnahan hutan dan kawasan tadahan air bukit untuk kegunaan harian mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Sambutan hangat Jelajah 1MDB , PKR Pahang rakam penghargaan

Posted: 03 Oct 2016 07:56 PM PDT

Dr Mahathir di program jelajah 1MDB peringkat negeri PahangDr Mahathir di program jelajah 1MDB peringkat negeri Pahang
Sambutan kira-kira 5,000 warga felda menerusi penganjuran siri Jelajah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan tuntutan reformasi masyarakat luar bandar terhadap sistem pentadbiran negara, pada masa kini.
Pengarah Komunikasi Keadilan Pahang, dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan tahniah dan syabas kepada MPN Pahang serta Keadilan Cabang Bera selaku tuan rumah
majlis itu.
"Program Jelajah 1MDB peringkat negeri Pahang yang telah diadakan pada 02 Okt 2016 di Simpang Kepayang amat Berjaya dengan cemerlang," katanya.
"Ribuan terima kasih tidak terhingga kepada semua jentera yang terlibat termasuk dari luar kawasan Bera, kepada semua pihak yang telah memainkan peranan mempromosikan program ini sehingga mendapat sambutan yang di luar jangkaan.
"Tanpa kerjasama semua pihak, kami yakin program ini tidak akan berjaya,"
Kepada sekelian yang hadir beliau menyampaikan penghargaan atas sokonagn semua.
"Juga saya ucapkan kepada semua yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama di dalam program ini dengan harapan semoga program ini memberi manafaat kepada kita bersama di dalam melakar perubahan," katanya.
Beliau berharap misi tawan felda, tawan Pahang seterusnya mengambil alih Putrajaya akan tercapai dengan berkat usaha gigih dan penyatuan kita bersama.
"Ketepikan perbezaan, hampiri persamaan, Insya Allah, kita berjaya," katanya

Sementara itu Timbalan Presiden PKR, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali ketika berucap di majlis itu berkata, masyarakat felda yang sinonim dengan pentadbiran Umno-Barisan Nasional (BN) kini berani menghadiri program pembangkang.
"Momentum ini menjadikan kita terus optimis melakukan perubahan dengan syarat rakyat perlu berani bangkit dan bangun membawa perubahan.
"Walapupun Umno akan lakukan apa sahaja untuk mematikan perjuangan dan perubahan ini tetapi mereka tidak boleh menghalang sejarah yang sedang tercipta," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

‘Biar gabungan Shafie sahaja lawan BN Sabah’ - Penganalisis

Posted: 03 Oct 2016 07:55 PM PDT

Peningkatan sentimen nasionalis Sabah dan Sarawak bermakna isu tempatan semakin diutamakan pengundi.
awang-pawi-jeniri-sabah-shafiee
Pakatan Harapan boleh membantu menjatuhkan Barisan Nasional (BN) di Sabah sekiranya ia menarik diri bertanding di negeri itu bagi memberi laluan kepada sebuah gabungan pembangkang berbilang bangsa yang diketuai Datuk Seri Shafie Apdal, kata seorang pemerhati politik.
Dr Awang Azman Pawi daripada Universiti Malaya berkata peningkatan sentimen nasionalis Sabah dan Sarawak bermakna isu tempatan semakin diutamakan pengundi.
Ini, katanya, menjadikan parti lain dianggap pihak luar.
Awang Azman mengulas siri perletakan jawatan pemimpin PKR dan DAP Sabah yang mahu menyertai parti pembangkang berasaskan negeri.
"BN Sabah tidak banyak bercakap soal autonomi," katanya kepada FMT.
"Ini senjata yang akan digunakan Shafie."
Menurutnya, sentimen tempatan memberikan impak seperti dibuktikan pada pilihan raya negeri Sarawak Mei lalu, yang menyaksikan kemenangan BN di bawah kepimpinan Tan Sri Adenan Satem.
Awang Azman percaya Shafie merancang menyatukan semua pembangkang Sabah.
Beliau berkata Pakatan tidak dapat bertahan dalam pertandingan lebih 2 penjuru, dan perlu berunding dengan Shafie.
"Di Sabah, Pakatan boleh mempertimbangkan menarik diri dan menyerahkan tugas melawan BN kepada Shafie," katanya.
Bagaimanapun, Pakatan masih boleh berfungsi di Sarawak disebabkan ketiadaan kepimpinan pembangkang.
Sementara itu, penganalisis dari Universiti Malaysia Sarawak, Dr Jeniri Amir mengkritik PKR dan DAP kerana tidak memperkasakan jentera mereka di Sabah.
"Kepimpinan kedua-dua parti tidak menggunakan sumber kewangan yang mereka ada di Pulau Pinang dan Selangor," katanya, yang menambah Pakatan sepatutnya menumpukan dana lebih dalam membina jentera pilihan raya di Sabah.
Read More / Baca Lagi >>

Penganalisis: PKR sudah tidak relevan di Sabah

Posted: 03 Oct 2016 07:53 PM PDT

Pengumuman pemimpin PKR Sabah yang keluar daripada parti dengan alasan hilang keyakinan terhadap kemampuan mengundang persoalan ramai.
Penganalisis politik, Md Shukri Shuib berkata, tindakan tersebut menunjukkan kesetian dalam politik pembangkang di Sabah tidak konsisten.
"Sabah sememangnya terkenal dengan sikap dan budaya para pemimpinnya yang sukar untuk setia dengan satu parti.
PKR "Tradisi lompat parti oleh para ahli politik di Sabah kelihatan masih lagi berakar umbi hingga hari ini," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Beliau juga turut mengatakan bahawa perkara ini berubah apabila wujudnya Umno di Sabah.
"Jika dilihat, hanya dengan tertubuhnya Umno di Sabah, barulah nampak wujudnya elemen pemantapan politik  yang mantap di negeri itu," tambahnya lagi.
Katanya lagi, tanpa sokongan kumpulan pemimpin elit politik kaum di Sabah, PKR akan lenyap pengaruhnya di negeri itu.
"PKR seperti sudah tiada nilai politik di Sabah, rakyat di sana sudah ada platform lain yang lebih mudah diterima masyarakat," katanya lagi.
Tambahnya lagi, apa yang dilakukan pemimpin PKR di Sabah menunjukkan isyarat merah buat PKR untuk melupakan soal peluasan pengaruh mereka di Sabah.
"Saya berasakan sudah tiba masanya untuk PKR melupakan Sabah dan fokus sahaja pada negeri di Semenanjung.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin politik Sabah diminta jangan hipokrit, perguna Sabah untuk Sabahan

Posted: 03 Oct 2016 07:52 PM PDT


Sabah for Sabahan menjadi alasan kempen keluar parti di Sabah.Sabah for Sabahan menjadi alasan kempen keluar parti di Sabah.
Tokoh politik veteran Sabah, Hamzah Abdullah mengkritik kenyataan dan tindakan pemimpin politik Sabah yang bermain dengan sentimen rakyat "Sabah untuk Sabahan" untuk mendapatkan kuasa.
Padahal selepas berkuasa Sabahan sendiri yang mengkhianati mandat dan amanah rakyat Sabah, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Sabah itu.
"Usah hipokrit. Yang lingkupkan Sabah dan miskinkan rakyatnya ialah parti lokal yang diterajui oleg Sabahan sendiri," kata Hamzah melalui facebooknya hari ini.
Hamzah dipercayai mengkritik sesetengah pemimpin di Sabah yang keluar dari parti asalnya untuk menubuhkan parti baru untuk Sabah sahaja.
Ia kononnya untuk mengelakkan sentimen mereka mewakili parti dari semenanjung.
Ia bermula dengan Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking yang keluar dari PKR dengan melepaskan jawatan naib presiden parti itu untuk menyertai parti yang sedang dibentuk bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Shafei Apdal.
Ia disusuli dengan ADUN Likas daripada DAP, Junz Wong; Timbalan Pengerusi DAP Sabah, Joan Goh; Naib Pengerusi DAP Sabah, George Hiew dan tujuh lagi Exco DAP Sabah turut meninggalkan parti itu.
Serentak dengan itu juga, Pengerusi Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin yang disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Moyog daripada PKR, Terrance Siambun; Setiausaha PKR Sabah, Datuk Majjol Mahap dan Ketua Wanita PKR Sabah, Johair Matlani meninggalkan PKR.
Read More / Baca Lagi >>

Mereka ini bekerja untuk SIAPA ??!!.. Untuk rakyat atau Najib ?

Posted: 03 Oct 2016 07:51 PM PDT

Kelayakan bagaimana yg membolehkan menjawat jawatan Peguam Negara Kleptokrasi atau bahasa lebih mudah difahami oleh PAKCIK kampung & MAKCIK FELDA.. 'Negara yang dikuasai oleh pencuri harta rakyat'.. ???
 Berhujah dengan fakta kajian boleh mendedahkan pembohongan lawan.

[FAKTA NO.1..]
Dlm senarai Forbes 2013, hanya 4 orang putera sahaja berada dalam senarai 100 terkaya. Yang paling kaya kepada seorang raja adalah Putera Mutaib Abdulaziz dengan kekayaan AS$110.1 juta pada ranking ke-98. YANG PELIKNYA.. boleh lagi derma AS$681 juta pada Najib ???

[FAKTA NO.2..]
Jika benar Najib pulangkan balik AS$620 pada Ogos 2013, sepatutnya beliau akan berada di ranking lebih tinggi dalam senarai Forbes. YANG PELIKNYA kenapa beliau tidak pula tersenarai pada Forbes 2014 ???

NAMPAK TAK !!!.. NAJIB, ZAHID HAMIDI, AG APANDI, & pemimpin2 Umno lain yg pertahankan derma RM2.6 bilion semuanya kaki pembohong...
 Wajah mana satukah yg benar2 ada nur dlm menegakkan kebenaran & melawan segala kebobrokan pemerintahan & pemimpin Umno/BN ???

PAS tak sokong program ‘pihak lain’ yang tolak perjuangan Islam

Posted: 03 Oct 2016 07:43 PM PDT

Kenyataan Tuan Ibrahim itu tidak menamakan sesiapa, tetapi jelas ada kaitan dengan keputusannya tidak mahu menyertai perhimpunan Bersih 5 bulan depan.
tuan-ibrahim-pas
KUALA LUMPUR: Beberapa hari selepas memutuskan tidak mahu menyertai perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini, PAS berkata ia tidak mahu diambil kesempatan oleh golongan "sekular" yang menentang perjuangannya.
"Ada masanya, PAS hanya memberikan sokongan moral kepada agenda bersama yang dipersetujui PAS, akan tetapi tidak menyertai program untuk mengelak pihak lain mengambil kesempatan terhadap apa yang ada pada parti demi matlamat lain yang tidak selaras dengan matlamat PAS," kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, dalam kenyataan yang dipercayai penjelasan terhadap keputusannya tidak menyertai Bersih 5.
Tuan Ibrahim berkata sejarah menunjukkan gerakan Islam selalunya membantu tuntutan kemerdekaan dan keadilan tetapi akhirnya "hasilnya dinikmati oleh pihak lain".
"Cukuplah gerakan Islam menjadi alat bagi mencapai hasrat golongan sekular untuk mencapai hasrat mereka dan bilamana mereka berjaya Islam akan terus ditekan dan terus menjadi mangsa," katanya tanpa secara spesifik menyatakan siapa yang dimaksudkan olehnya.
Keputusan PAS tidak menyertain perhimpunan Bersih kali ini merupakan kali kedua parti Islam itu menjauhkan diri daripada perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) itu.
Pada Ogos tahun lalu, ia enggan mengerah ahlinya untuk turut serta dalam perhimpunan Bersih 4 yang berjalan 2 hari di Kuala Lumpur.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata walaupun parti itu menyokong matlamat asal tuntutan Bersih, perhimpunan November 19 itu ada matlamat lain yang menurutnya tidak selari dengan pendekatan PAS.
"Kita ada kaedah sendiri untuk menjadi pembangkang yang efektif di negara ini selaras dengan budaya politik matang dan sejahtera yang dibawa PAS," katanya.
Bersih 2.0 kini sedang giat menjalankan kempen menjelang perhimpunan di Kuala Lumpur bulan depan.
Read More / Baca Lagi >>

‘Nilai kepimpinan Umno sudah rosak’​ – Ezam

Posted: 03 Oct 2016 07:42 PM PDT

SHAH ALAM – Bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor menyifatkan keputusannya keluar daripada Umno sebagai tepat.
Katanya, keadaan semasa dalam Umno yang didakwa kini dicemari kelompok pemimpin yang teruja membangkitkan soal jawatan, habuan dan kebendaan untuk kepentingan peribadi mengukuhkan lagi keputusannya keluar parti,
"Alhamdulillah respons amat positif (keputusan keluar Umno). Keadaan semasa dalam Umno memperkukuhkan keyakinan saya bahawa memang benarlah saya meninggalkan sebuah parti yang sudah rosak nilai kepimpinannya.
"Lihatlah reaksi awal mereka, di benak pemikiran mereka hanya soal ganjaran dan habuan peribadi. Isu pokoknya adalah OSA (Akta Rahsia Rasmi) dan rasuah, tapi mereka tidak bincangkan soal itu. Jadi, tidak hairanlah Presiden Umno paling lama dalam sejarah parti itu, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri tinggalkan Umno," katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata demikian ketika mengulas lanjut keputusannya keluar Umno.
Dalam pada itu, beliau belum memikirkan lagi hala tuju politiknya selepas ini dan sebarang keputusan susulan bergantung kepada reaksi sahabat dan keluarga
Ketika ditanya sejauh mana kebenaran ada usaha beberapa pemimpin membawanya masuk semula ke dalam PKR, Mohamad Ezam tidak mengulas.
Pada perkembangan sama, Mohamad Ezam memberitahu, tindakan menggunakan OSA untuk menghalang akses publik terhadap laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menambah lagi kemarahan dan kecewanya kepada kerajaan.
"Saya memang menunggu laporan penuh PAC untuk perhalusi kes 1MDB (1Malaysia Development Berhad). Ini kes besar, kita harus dan berhak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
"Kedua, kedua kerana saya pernah didakwa, dibicara dan dipenjarakan di bawah OSA, sehingga hari ini saya satu-satunya rakyat yang pernah dibicara di bawah akta itu, tentunya saya merasa bertanggungjawab untuk pastikan OSA tidak lagi disalahgunakan untuk melindungi perasuah sepertimana dalam kes saya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Mustahil Pas akan bertahaluf dengan rakan DAP, tegas Pemuda Amanah

Posted: 03 Oct 2016 07:41 PM PDT

Pakatan Harapan
Pakatan Harapan harus bijak membaca hala tuju politik Pas dan mengambil iktibar daripada pengkhianatan parti itu terhadap kepercayaan rakyat sebelum ini, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Faiz Fadzil.
Menurutnya, rakyat mulai sekarang perlu diberi pemahaman untuk menyokong perjuangan Pakatan Harapan dalam membela rakyat dengan meninggalkan sama sekali Pas yang pernah memusnahkan blok pembangkang, Pakatan Rakyat.
"Pas terang-terang menolak untuk bertahaluf dengan DAP. Mustahil pada masa sama mereka akan bertahaluf dengan rakan tahaluf DAP pula termasuk Amanah dan PKR," tegasnya merujuk kepada kenyataan Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi yang sanggup kehilangan DAP sebagai rakan politik parti itu.
Khalil dalam ucapannya di Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) 2016, di Kemaman, 30 September lalu berkata, Pas lebih sayangkan Islam daripada rakan politik walaupun pihak lain menganggap tindakan parti itu memutuskan hubungan dengan DAP sebagai tidak cerdik.
Sehubungan itu, Faiz menyeru semua parti pembangkang dalam koalisi Pakatan Harapan yang komited untuk menggantikan BN sebagai kerajaan alternatif pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) supaya mengambil serius kenyataan terbaharu Khalil berkenaan.
"Kenyataan tersebut menggambarkan bahawa pertembungan tiga penjuru tidak dapat dielak. Jika Pakatan Harapan dapat bersatu hati dan komited dengan tawaran terbaik kepada rakyat, saya percaya rakyat akan dapat memilih calon yang mewakili Pakatan Harapan.
"Mereka itu sama ada Amanah, PKR atau DAP dalam PRU14 dan menolak calon BN serta Gagasan Sejahtera anjuran Pas. Oleh itu, masa yang semakin suntuk ini harus Pakatan Harapan gunakan untuk menyusun strategi dan merangka polisi bersama yang terbaik untuk ditawarkan kepada rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

Perlembagaan Bersatu Unik Dan Lebih Menjamin Perjuangan Parti DiUtamakan Dari Kemahuan Pemimpin – Muhyiddin

Posted: 03 Oct 2016 07:40 PM PDT

Perlembagaan Bersatu digubal agak luarbiasa kerana dalam parti2 lain, dia tidak menyenaraikan satu persatu apakah dasar perjuangannya. Kalaupun ada, ia jadi dasar.
Tetapi dalam Bersatu, ia bukan dasar. Ia dikanunkan di dalam Perlembagaan.
Kalau ditanya apakah yang diperjuangkan oleh Bersatu ? Maka perjuangan Bersatu adalah apa yang disebutkan dalam Perlembagaan. Matlamat Perjuangannya …. 13 perkara.
…… bila sebut perlembagaan ini, kita tidak boleh pinda sewenang2. Kalau polisi, hari ini ketuanya ikut polisi A, esok naik orang lain ia tukar jadi polisi B.
Tapi dalam Bersatu kita kena pertahankan .

Saya percaya hanya beberapa kerat saja yang pernah baca Perlembagaan Bersatu terutama 13 perkara yang disebut oleh Muhyiddin di atas.
Malahan …. ramai juga saya percaya, tidak tahu apa maksud lambang Bersatu. Nah, saya kongsikan maklumat itu –

5.2.1 Lima kelopak bunga bererti lima (5) Rukun Islam sebagai Agama Persekutuan dan lima (5) Prinsip Rukunegara.
5.2.2 Lima kelopak bunga yang bersambung secara seimbang dan sekata melambangkan perpaduan warga Pribumi dan seluruh rakyat Malaysia yang hidup secara aman dan harmoni serta mendapat layanan yang adil dan saksama dalam sebuah masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama.
5.3 Pengertian Warna
5.3.1 Warna merah bererti keberanian, semangat patriotisme dan daya juang yang jitu.
5.3.2 Warna putih bererti kesucian, keikhlasan dan keluhuran dalam perjuangan serta sifat amanah, jujur dan berintegriti yang mesti dimiliki oleh ahli-ahli parti;
FASAL 6 TUJUAN DAN MATLAMAT
6.1 Tujuan dan matlamat parti adalah seperti berikut:
6.1.1. Menegakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan menghormati hak orang bukan Islam untuk menganut dan mengamalkan agama masing-masing secara aman dan harmoni.
6.1.2 Menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.
6.1.3 Mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan hak-hak yang sah untuk semua kaum.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan buat kacau di Sungai Siput, PSM beritahu PKR, DAP

Posted: 03 Oct 2016 07:38 PM PDT

PKR dan DAP didakwa masing-masing mahu meletakkan calon di satu-satunya kerusi Parlimen PSM yang dimenangi 8 tahun lalu.
Arutchelvan_sungai-siput_psm_600
KUALA LUMPUR: Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan mempertahankan satu-satunya kerusi Parlimen yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu, Sungai Siput, sekiranya DAP dan PKR meneruskan hasrat meletakkan calon di sana tanpa persetujuan parti itu.
Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar berkata, kedua-dua parti itu perlu menghormati PSM dan berunding dengan mereka.
"DAP dan PKR tidak boleh kata kerusi Sungai Siput dipinjam kepada PSM. Kalau begitu, maknanya PSM tiada kerusi langsung. Sedangkan kita sudah bertanding di sana dalam 4 pilihan raya, dan menang 2 penggal.
"Jika kita kena berundur semata-mata atas alasan ingin mengelakkan pertembungan 3 penjuru dan menjamin kemenangan pembangkang, maknanya PSM gulung tikarlah. Kami terpaksa bertanding jika tak mahu 'bunuh diri'," kata ahli Jawatankuasa Pusat PSM itu kepada FMT.
Jeyakumar bagaimanapun berkata partinya sanggup membuat pertukaran dengan Pakatan Harapan sekiranya ditawarkan kerusi Parlimen di Selangor.
Read More / Baca Lagi >>

Akar umbi PAS tak setuju serah kerusi kepada PPBM

Posted: 03 Oct 2016 07:37 PM PDT

Seorang bekas calon PAS di Terengganu mempersoalkan Muhyiddin kerana membuat cadangan demikian walaupun PPBM pimpinannya tidak mempunyai jentera dan ahli.
azman-pas
KUALA LUMPUR: Cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya PAS beri laluan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bertanding di kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu tidak diterima baik pimpinan bawahan PAS.
Bagi mereka, masuk pilihan raya adalah sesuatu yang serius, dan tidak boleh diambil mudah kerana ia memerlukan jentera dan petugas.
Malah, seorang bekas calon PAS di Terengganu mempersoalkan Muhyiddin kerana membuat cadangan demikian walaupun PPBM pimpinannya masih baharu.
"Jangan ingat parti lain yang tak ada cawangan, tak ada ahli, tak ada jentera serta tak pernah nampak muka pun berkhidmat kepada rakyat, boleh mudah-mudah buat teori, (dengan berkata) 'PAS tak menang bagilah parti lain pula cuba'," kata Dr Azman Ibrahim, memetik ucapan Muhyiddin di Kemaman Sabtu lalu.
Dr Azman yang pernah bertanding di kerusi negeri Jabi, berkata PAS sudah luas pengalamannya dalam berdepan dengan Umno dan BN.
"Ada cawangan, ada markas, ada jentera dan ada program yang berterusan sepanjang masa. Tapi tak menang lagi di sesetengah kawasan termasuklah (di kawasan) saya)!" doktor pergigian itu menulis dalam Facebook baru-baru ini.
Berucap julung kali di atas pentas PAS, Muhyiddin dalam ucapannya di Kemaman berkata PPBM sedia bekerjasama dan berunding dengan parti Islam itu termasuk pembahagian kerusi pilihan raya.
"Bukan kita nak ambil kerusi yang sudah dimenangi PAS tetapi kerusi yang Umno menang itu, bagilah kepada kami untuk kami kalahkan Umno.
"Kita akan pastikan Umno tewas dan kini menang dan membentuk kerajaan bersama," kata Muhyiddin.
Muhyiddin baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dalam usaha meyakinkan parti itu mengadakan perjanjian dengan parti pembangkang lain bagi memastikan pertandingan satu-lawan-satu menentang BN pada PRU akan datang.
Amanah Terengganu bersedia
Berbeza dengan PAS, Amanah Terengganu sedia berunding dengan PPBM di negeri yang menjadi kubu kepimpinan PAS itu.
"Kami sedia berunding dengan PPBM dan PAS dalam mencari formula satu lawan satu dengan BN tetapi ia satu jalan yang sukar," kata Mohd Zubir Mohamad, Pengerusi Biro Pilihan Raya Amanah Terengganu kepada FMT.
Menurut beliau, sikap PAS yang sedia bekerjasama dengan PPBM dan PKR tetapi tidak dengan Amanah dan DAP satu perkara yang sukar untuk dicerakinkan.
Read More / Baca Lagi >>

HALA TUJU EZAM DIKETAHUI MINGGU DEPAN?

Posted: 03 Oct 2016 07:36 PM PDT

Setelah mengumumkan keluar daripada UMNO semalam,  apa yang menjadi perhatian mengenai Ezam Mohd Nor sekarang ialah tentu saja tentang hala tuju baru yang bakal menjadi pilihannya.

Apakah beliau akan kembali kepada PKR, menyertai wadah baru PPBM atau menumpukan sepenuh masanya kepada NGO menentang rasuah yang telah ditubuhkannya sebelum ini?

Dalam hal tersebut, sumber yang dekat dengan Ezam memberitahu, bekas Senator itu dijangka akan membuat pengumuman mengenai pendirian barunya pada minggu depan.
Kata beliau, hala tuju baru Ezam itu dibuat setelah beliau membuat pertimbangan yang semasak-masaknya berdasarkan beberapa perkembangan yang berlaku dalam negara sejak kebelakangan ini.

Tambah sumber itu lagi, pilihan yang bakal dibuat Ezam itu juga akan bersesuaian dengan kenyataannya semalam yang membangkitkan beberapa isu dalam  negara seperti rasuah, ISA, OSA dan sebagainya.

Sementara itu, dengan keluarnya Ezam yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja, Selangor daripada parti itu, bermakna sudah dua orang pemimpin bahagian tersebut yang berbuat demikian. Ezam memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding pada pemilihan 2013 yang lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Perbincangan antara Tun M, Agong sulit -Mukhriz Mahathir

Posted: 03 Oct 2016 07:34 PM PDT

ALOR SETAR - Bersatu tidak berhasrat menuntut penjelasan daripada Istana Negara mahupun Jabatan Perdana Menteri berhubung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkaitan Deklarasi Rakyat yang diserah Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad, 16 September lalu.
Mukhriz Mahathir Naib Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya enggan mencampuri urusan melibatkan pihak istana kerana menganggap pertemuan empat mata itu sebagai perbincangan sulit antara Mahathir dengan Tuanku Abdul Halim.
"Kami hormati institusi istana dan ia adalah perbincangan tertutup, inti patinya tidak perlu didedah kepada umum. Biarlah setakat itu sahaja, Bersatu tidak mohon sebarang penjelasan, namun terkilan kerana kenyataan dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai titah baginda tidak tepat," katanya.
Menurutnya, terdapat banyak kesilapan pada kenyataan dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri pada 21 September itu, di  mana bercanggah dengan fakta sebenar.
"Antara kesalahan ketara ialah lokasi pertemuan, jawatan Mahathir dan parti diwakili. Malah Gerakan Selamatkan Malaysia diasaskan sebelum Bersatu diwujudkan. Saya juga hairan bagaimana individu yang menjadi tajuk perbincangan sulit itu boleh mengeluarkan kenyataan media dengan menegaskan baginda menolak Deklarasi Rakyat," katanya.
Mukhriz berkata, sebarang kenyataan rasmi Tuanku Abdul Halim sepatutnya dikeluarkan oleh Istana Negara, Istana Anak Bukit atau melalui Setiausaha Sulit baginda.
"Mahathir sendiri tidak mengeluarkan kenyataan berkaitan apabila Tuanku Abdul Halim tidak mendedahkan intipati perbincangan untuk pengetahuan umum.
Menurutnya, pihaknya kesal wujud cubaan mengheret pihak istana bagi meredakan kemelut  melibatkan Najib.
Read More / Baca Lagi >>

Rahman Dahlan: Mahathir sebenarnya kecewa

Posted: 03 Oct 2016 07:44 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kecewa kerana gagal menggulingkan kerajaan yang dilantik secara demokrasi demi membuka jalan bagi anaknya.
Menurutnya, tindakan Mahathir itu juga bagi membuka jalan supaya anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kecundang dalam politik supaya dapat menjadi Perdana Menteri namun marah apabila gagal dalam pilihan raya bersama dengan sekutunya.
"Sebagai contoh, dua Pilihan Raya Kecil (PRK) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tahun ini yang disifatkan oleh Mahathir sebagai pungutan suara terhadap Perdana Menteri.
"Namun harus menyaksikan rakyat memberi kemenangan besar kepada BN dengan majoriti yang lebih besar berbanding sebelumnya," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
BN menang besar dalam dua PRK lalu iaitu di Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang berlangsung pada Jun lepas.
Malah BN sekali lagi mencorak kemenangan pada PRN Sarawak yang berlangsung pada Mei tahun ini.
Mahathir ketika diminta mengulas mengenai kemenangan tersebut berkata, Datuk Seri Najib Razak tiada alasan untuk bergembira meskipun menang PRN Sarawak.
Kata Mahathir, Najib sekarang akan lebih bergantung kepada sokongan Sarawak berbanding sebelum ini.
Dalam pada itu, Abdul Rahman menyatakan rasa hairan terhadap kenyataan Mahathir tentang demokrasi.
Read More / Baca Lagi >>

Satu persepakatan baharu bersama Pas bakal dibentuk kata Umno

Posted: 03 Oct 2016 07:07 AM PDT

Annuar Musa KUALA LUMPUR - Umno membayangkan akan berlaku satu persepakatan baharu dalam arena politik negara menjelang Plilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Dalam politik banyak kemungkinan akan berlaku, tiada yang mustahil sekiranya Pas akan bergabung bersama Barisan Nasional (BN)," kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua penerangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, sekiranya Tun Mahathir Mohamad menyertai barisan pakatan pembangkang tidak mustahil Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama BN.
"Pada peringkat BN, kami telah berjaya menyelesaikan isu-isu dalaman tetapi pembangkang masih memikirkan persepakatan ini," katanya.
Tambahnya, melihat kepada keadaan politik semasa, memang wujud satu keadaan ketidakseimbangan politik tetapi itu adalah perkara biasa.

5 agensi bincang bantahan Orang Asli Gua Musang terhadap pembalakan

Posted: 03 Oct 2016 06:35 AM PDT

Mesyuarat membabitkan Jabatan Kemajuan Orang Asli, polis, Jabatan Perhutanan Kelantan, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, dan Jabatan Kesihatan Kelantan.
orangasli_pembalakan
GUA MUSANG: Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) sedang berusaha menyelesaikan tindakan lebih 200 penduduk Orang Asli yang membantah aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang.
Kumpulan itu membuat halangan di laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering di sini.
Berikutan bantahan tersebut, kerajaan Kelantan mengarahkan semua aktiviti pembalakan di kawasan terbabit dihentikan sementara berkuatkuasa hari ini.
Ketua Pengarah Jakoa, Mohd Jamalludin Kasbi berkata sebelum mengadakan perjumpaan dengan kumpulan tersebut, pihaknya terlebih dahulu mengadakan perbincangan dengan pihak lain termasuk agensi kerajaan yang berkaitan dalam isu berkenaan.
Beliau berkata perjumpaan kali pertama dengan agensi kerajaan terbabit diadakan petang ini dan akan disusuli perjumpaan kali kedua dalam masa terdekat.
"Kita percaya perkara itu boleh diselesaikan secara rundingan tanpa berlaku kejadian tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan agensi kerajaan terbabit di Wisma Persekutuan di sini, hari ini.
Antara agensi kerajaan terbabit ialah polis, Jabatan Perhutanan Kelantan, Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, dan Jabatan Kesihatan Kelantan.
Sejak 26 September lepas, lebih 200 penduduk Orang Asli dilaporkan berkumpul di Kampung Petei, Pos Bering di sini, bagi membantah aktiviti pembalakan di HSK Balah itu dengan mereka membina sekatan untuk menghalang lori mengangkut keluar balak dari kawasan tersebut sehingga mencetuskan kekecohan dengan pembalak.
Kumpulan Orang Asli berkenaan bertindak demikian kerana tidak mahu aktiviti pembalakan diteruskan kerana dakwaan mereka ia membawa kesan kepada kemusnahan hutan dan kawasan tadahan air bukit untuk kegunaan harian mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Makin banyak tanah diteroka, tapi rumah dibina untuk siapa ?

Posted: 03 Oct 2016 06:33 AM PDT

Yang menjadi mangsa adalah 40% golongan berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran membeli rumah.
RumahPETALING JAYA: Kerajaan membenarkan lebih banyak tanah diteroka tetapi perumahan yang dibina diluar kemampuan rakyat, kata Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Dalam satu kenyataan sempena sambutan Hari Habitat Sedunia, Penyelaras Biro Perumahan dan Peneroka Bandar Parames Elumalai mendesak kerajaan menjawab siapa kumpulan sasaran sebenar mereka.
"Permintaan rumah kos rendah semakin hari semakin bertambah. Namun pembinaan rumah kos rendah oleh pihak swasta mahupun kerajaan tidak setimpal dengan permintaan rakyat marhaen.
"Banyak tanah diteroka untuk membina rumah-rumah yang mewah dan mahal. Spekulasi harga rumah masih berleluasa tanpa kawalan ketat dari kerajaan.
"Yang menjadi mangsa adalah 40% golongan berpendapatan rendah menghadapi kesukaran untuk membeli rumah. Harga rumah melambung tinggi tapi gaji golongan berpendapatan rendah masih rendah," kata Parames.
Hari Habitat Sedunia disambut setiap Isnin pertama bulan Oktober sebagai perakuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada hak tempat tinggal.
Kajian Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) 2016 menyatakan harga rumah 4.4 kali lebih tinggi berbanding purata gaji tahunan sebenar rakyat.
Berdasarkan tinjauan FMT di beberapa laman web agen perumahan (Mitula.my, trovit.my) harga rumah di Kuala Lumpur bermula daripada RM80,000 sehingga jutaan ringgit.
Manakala di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Johor Bahru, Johor, harga rumah bermula daripada RM140,000 dan RM180,000.
"Permasalahan rakyat marhaen bukan setakat pemilikan rumah kos rendah. Pangsapuri-pangsapuri kos rendah rendah pula berhadapan dengan masalah penyelenggaran, pengurusan JMB, masalah geran strata dan kondisi bangunan yang teruk," kata Parames.
Read More / Baca Lagi >>

Kumpulan Baju Merah tak semesti penyokong Umno sembang Annuar Musa

Posted: 03 Oct 2016 06:32 AM PDT

Hanya Himpunan Baju Merah enggan kerjasama
Himpunan Baju Merah yang berlangsung pada September tahun lalu.
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa menyangkal dakwaan tuduhan sesetengah pihak bahawa Gerakan Baju Merah yang dilabel bersikap agresif didalangi oleh Umno.
Beliau berkata, isu baju merah tidak pernah dibawa atau dijadikan agenda mesyuarat Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan Jawatankuasa Pengurusan Umno.
"Kita tak boleh label mana-mana individu yang pakai baju merah itu Umno dan kalau agresif itu bukan mewakili parti tapi individu,"katanya selepas mempengerusikan mesyuarat ketua-ketua penerangan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.
Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh berkata, tidak wajar mengaitkan penyokong baju merah sebagai mat rempit dan dibayar.
"Kalau mereka mat rempit apakah mereka kelas dua dalam negara ini? Adakah kerana mereka mat rempit dan berbaju merah mereka tidak berhak menyampaikan perasaan hati mereka," katanya.
Soal Annuar juga, kenapa begitu mudah mengandaikan mereka diupah dan Bersih tidak.
"Saya menghormati rakyat yang hendak mengunjuk rasa," katanya.
Terdahulu pada sabtu lepas, siri konvoi Bersih 5 di Lumut Perak menyaksikan pertembungan dengan sekumpulan penyokong baju merah di ketuai Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos.
Dalam insiden itu Jamal didakwa telah mengasari penyokong Bersih.

Tegakkan Islam: Syarat Hadi hanya cari pasal, kata Salahuddin Ayub

Posted: 03 Oct 2016 06:30 AM PDT

Presiden PAS mencari jalan untuk tidak membolehkan kerjasama dengan semua parti pembangkang, kata Amanah
Salahuddin-Ayub_Abdul-Hadi-Awang_600
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya mencari jalan untuk tidak membolehkan kerjasama dengan semua parti pembangkang, dakwa Timbalan Presiden Amanah.
Salahuddin Ayub berkata 'syarat Hadi' menunjukkan wajah sebenarnya dikala parti pembangkang cuba membentuk kerjasama menghadapi BN dalam pilihan raya akan datang.
"Belum apa-apa lagi sudah letak syarat. Itu bukan berbincang. Itu namanya cari pasal untuk orang lain tidak setuju dengan syarat kita," katanya ketika dihubungi FMT.
Kerjasama dengan PAS dilihat menarik kerana selain membawa imej Melayu-Islam, ia mempunyai kekuatan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor.
Susulan usaha Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mendekati PAS, Hadi pada Ahad meletakkan syarat hanya akan menerima kerjasama dengan parti yang mahu menegakkan Islam.
"Kita minta dia (Hadi) tanya balik kepada parti lain sama ada nak bekerjasama dengan PAS atau tidak (dengan syarat menegakkan Islam)," kata Salahuddin.
PAS kini membentuk perikatan rasmi dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia yang dipimpin Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, dan dalam satu bentuk kerjasama dengan PKR, serta mahu merapati Umno.
Read More / Baca Lagi >>

TIPU KA....BOHONG..??

Posted: 03 Oct 2016 05:57 AM PDT

Tindakan Peguam Negara baru yg dilantik atas nasihat Najib..

8/12/2015:
Pertuduhan NFC ditarik balik kerana tak cukup bukti.

26/1/2016:
Najib tidak bersalah, arah SPRM tutup kertas siasatan PM.

TANG MANA DAH 'DIPULIHKAN' ITU !!!

Dah puas menjilat !!!
BILA dia ni nak dapat TAN SRI ??!!!

Comments (0)