Posted by Unknown | Posted on 10:02 PTG | Posted in
RAKYAT MARHAEN |
- KANTOI MENIPU LAGI NOH OMAR !!!
- DEDAH RAHSIA KERAJAAN BN, MUNGKINKAH TIGA BEKAS MENTERI UMNO HILANG KELAYAKAN BERTANDING PRU 14 NANTI?
- Najib musuhi Cina DAP tapi intim dengan China mengadai harta negara.....
- 3 Bekas Menteri Umno Yang Menakutkan Kerajaan BN...!!!
- ALAHAI, KESIANNYA....PLAKAD...!!!
- Skandal 1MDB: Polis mulakan siasatan terhadap 3 bekas menteri Umno....Najib...???
- Polis salah guna kuasa ambil kad pengenalan orang awam, kata Maria Chin
- Pemimpin Umno Tambun kesal Husni persoal 1MDB
- Sumpah kerahsian bukan untuk lindungi salah laku pemimpin
- Maria Chin dibebas dengan jaminan polis
- APA LAGI NAJIB NAK JUAL KEPADA CHINA: BAHAYA TERLALU BERGANTUNG KEPADA BEIJING
- DULU DR M ‘BEST’, SEKARANG NAJIB ‘TERUK’: DAHULU DAN SEKARANG MEMANG JAUH BERBEZA
- Kenapa 1MDB terabai daripada Bajet 2017
- Tak moleklah serang Ahmad Husni, kata Pemuda Umno
- Maria Chin ditahan di Sabah ketika edar risalah Bersih
- Apakah Jamal benar-benar mahu 'bermandi darah'
- HIDUP MELAYU !!!
- HIDUP UMNO !!..HIDUP MELAYU !!!!
- Najib Razak: Kami Lawan Pengganas (Yes Malaysia!)
- Amerika AG vs Malaysia AG Apandi Ali
- Siapa yang suka cakap pasal Apandi?
- AG Swiss dah hubungi Malaysia - AG Apandi
KANTOI MENIPU LAGI NOH OMAR !!! Posted: 29 Oct 2016 09:56 AM PDT Memang patutler MB Selangor Azmin Ali gelarkan Noh Omar tak reti buat kerja semasa perbahasan di parlimen baru2 ini.. Banyak sangat keluar autanya menipunya daripada fakta... TAHUKAH ANDA.. Kerajaan Persekutuan akan cari 'kambing hitam' bagi menutup kegagalan sistem perumahan Pusat yang disifatkan gagal dan ketinggalan berbanding di Selangor. HAKIKATNYA harga rumah Selangorku lebih murah berbanding #PR1MA.. |
Posted: 29 Oct 2016 09:49 AM PDT ![]() Tiga anggota kabinet tersebut ialah Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Husni Hanadzlah. Katanya, siasatan terhadap mereka dibuat mengikut Akta Rahsia Rasmi atau OSA 1972 kerana mendedahkan rahsia kerajaan, termasuk berkaitan 1MDB. Isu ini mula dibangkitkan oleh Speaker Parlimen, Pandikar Amin Haji Mulia selepas ketiga-tigas bekas menteri itu menyampaikan ucapan membahaskan Bajet 2017 di Parlimen yang kemudian diikuti dengan beberapa laporan polis turut dibuat berkenaan dengannya. Berdasarkan hakikat yang ada, apakah nasib Muhyiddin, Shafie dan Husni selepas ini? Dipenjara? Didenda? Atau dihukum sehingga hilang kelayakan daripada bertanding dalam PRU 14 akan datang? Berikut adalah ulasan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar berkenaan tindakan terhadap tiga bekas menteri itu. SUMPAH KERAHSIAAN MENTERI BUKAN LINDUNGI SALAH LAKU PEMIMPIN TETAPI LINDUNGI NEGARA DAN RAKYAT. 1. Amalan sumpah kerahsiaan di kalangan Anggota Kabinet telah menjadi amalan dalam semua kerajaan di dunia. Amalan ini untuk memastikan rancangan strategik sesebuah kerajaan dalam membangun negara tidak dipintas oleh pihak lain. Contohnya dalam penyediaan rancangan keselamatan dan pertahanan negara. 2. Ini bermakna perkara-perkara yang berkaitan dengan unsur rasuah dan penyelewengan pembelian peralatan pertahanan negara serta pelaburan dalam syarikat yang tidak wujud dalam rancangan pelaburan sebenar adalah tidak termasuk dalam sumpah kerahsiaan. Contohnya pembayaran kepada Aabar Investment PJS Limited (Aabar BVI) yang bukan anak syarikat Petroleum Investment Company (IPIC) adalah perbuatan salah laku yang tidak boleh dirahsiakan dan rakyat berhak tahu. 3. Sumpah kerahsiaan Anggota Kabinet bukan bertujuan untuk melindungi jenayah salah laku mana-mana anggota kabinet termasuk Perdana Menteri. Jemaah Menteri bukannya 'jemaah penyamun' yang berpakat untuk melindungi jenayah salah laku antara satu sama lain. Sebaliknya Jemaah Menteri adalah satu jemaah untuk melindungi kepentingan negara dan rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Najib musuhi Cina DAP tapi intim dengan China mengadai harta negara..... Posted: 29 Oct 2016 09:47 AM PDT Najib mungkin tidak sedar sedang mematikan legasi bapanya yang mahukan Malaysia dan China bersahabat sama rata, bukannya mendominasi dengan wang ringgit. ![]() Bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press itu melalui blog peribadinya hari ini berkata, pemimpin negara sepatutnya berasa bimbang dengan hegemoni baru China apatah lagi dengan "politik" mereka yang sedang giat mengganggu gugat konsensus Asean dan dasar berkecualinya. "Atau Najib secara sedar atau tidak sedang mematikan legasi Allahyarham Tun Abdul Razak yang mahukan Malaysia dan China bersahabat sama rata bukannya China mendominasi kita dengan wang ringgit," katanya. Menurut beliau lagi, keintiman tindakan Najib juga sangat bertentangan dengan sikap bermusuhan Umno dengan parti Cina DAP. "Aneh, di saat orang Umno dipropagandakan supaya takut dan benci kepada Cina DAP, presiden mereka sendiri sangat intim dengan negara China sehingga menyerahkan projek strategik (kereta api dan kawalan laut) dan ikonik (Bandar Malaysia) kepada syarikat milik pemerintah China," kata beliau. Kadir berkata, terdapat 2 perkembangan besar yang sangat berkaitan dengan kenyataan Najib pada 21 Oktober yang meminta didoakan lawatan beliau ke China membwa kejayaan lumayan kepada negara. "Dalam beberapa hari selepas Najib meminta kita berdoa itu, 2 perkembangan besar berlaku. "Pertama, Cai Zemin, Pengurus Besar Kereta Api China di Malaysia berkata sebuah Bandar bawah tanah terbesar di dunia akan dibina di Bandar Malaysia. Cai Zemin menyifatkannya sebagai 'permata yang bergemerlapan di koridor kereta api China'. "Kedua, pada 28 Oktober, Kementerian Pertahanan mengumumkan melalui laman Facebooknya Malaysia akan menandatangani kontrak membeli kapal persisiran pantai daripada China." Menurut Kadir lagi, lawatan Najib itu dipercayai cuba "menjual" beberapa buah projek raksasa lagi termasuklah kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura dan Landasan Kereta Api Pantai Timur. Beliau turut mempersoalkan mengapa China menjadi pilihan Najib, adakah kerana China mempunyai modal dan negara kemuflisan modal; atau adakah China ada kepakaran, tetapi kita ketandusan kepakaran? "Atau adakah hanya China sanggup memberi hutang kepada kerajaan pimpinan Najib ekoran skandal global 1MDB? "Atau ada udang lobster gergasi di sebalik batu karang dalam penjualan aset negara kepada negara China?" |
3 Bekas Menteri Umno Yang Menakutkan Kerajaan BN...!!! Posted: 29 Oct 2016 09:41 AM PDT |
ALAHAI, KESIANNYA....PLAKAD...!!! Posted: 29 Oct 2016 04:19 AM PDT Sebagaimana maklumat daripada laman Facebook dan Twitter Najib Razak sendiri, semalam belau dilaporkan menerima kunjungan imam-mam dan para pelajar tahfiz di pejabatnya. Tetapi, plakad bertulisan apa yang mereka pegang itu? Mari kita besarkan satu persatu gambar-gambar mereka agar lebih jelas gambarannya. Hehehe...mereka menyokong Najib rupanya!! Hahaha...yang memuji Bajet 2017 pun ada juga!! Siapa agaknya yang menyediakan plakad-plakad tersebut? Para imam dan pelajar tahfiz berkenaan yang menyediakannya atau mereka hanya disuruh memegangnya saja untuk tujuan diambil gambar? Lihat pula wajah-mereka? Kenapa masam air muka dan macam terpaksa saja? |
Skandal 1MDB: Polis mulakan siasatan terhadap 3 bekas menteri Umno....Najib...??? Posted: 29 Oct 2016 04:15 AM PDT Kenyataan akan diambil daripada Muhyiddin, Shafie dan Husni berhubung kenyataan mereka di Dewan Rakyat mengenai 1MDB. ![]() Mereka ialah bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri pembangunan wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Mereka membuat kenyataan kritikal mengenai 1MDB di Dewan Rakyat, yang kemudiannya ditegur speaker sebagai berkemungkinan melanggar sumpah kerahsiaan. Laporan polis juga dibuat 2 kumpulan, Jaringan Melayu Malaysia dan Sahabat N87 cawangan Wilayah Persekutuan. Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata: "Kami membuka kertas siasatan dan akan menghubungi mereka untuk disoal secepat mungkin. Mudah-mudahan esok atau lusa," lapor New Straits Times. Khalid dipetik sebagai berkata: "Saya ingin mengingatkan kakitangan kerajaan, sama ada mereka yang masih bekerja atau meninggalkan perkhidmatan, berhati-hati dan bertanggungjawab apabila membuat kenyataan kerana jika mereka mendedahkan rahsia kerajaan, tindakan akan diambil terhadap mereka). "Apabila ia melibatkan rahsia kerajaan, kita perlu berhati-hati kerana terdapat banyak implikasi kerana apabila rahsia kerajaan dinyatakan, ia boleh mengancam keselamatan negara dan ekonomi." Muhyiddin dikatakan mendedahkan maklumat sulit mengenai 1MDB, firma pelaburan negara, ketika berucap pada perbahasan Bajet 2017 di Dewan Rakyat. Menurut laporan itu, maklumat itu diperoleh ketika beliau masih memegang jawatan sebagai timbalan perdana menteri. Muhyiddin digugurkan daripada Kabinet pada Julai tahun lalu selepas mengkritik pengendalian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terhadap 1MDB, dan dibuang daripada Umno awal tahun ini. Beliau kini menjadi presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Menurut laporan itu, Shafie juga mempersoalkan beberapa keputusan kerajaan mengenai 1MDB, manakala Husni berkata negara ini masih boleh menghadapi kesan ekonomi jika isu 1MDB tidak dikendalikan dengan betul. |
Polis salah guna kuasa ambil kad pengenalan orang awam, kata Maria Chin Posted: 29 Oct 2016 04:13 AM PDT ![]() Maria berkata, beliau dipercayai ditahan di bawah Seksyen 11 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengedar risalah haram. "Tapi di risalah yang kami edar ada alamat lengkap pejabat dan di mana ia diterbitkan. Jadi tak ada masalah," katanya selepas disoal siasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu. Maria juga berkata, polis menyalahgunakan kuasa mereka apabila meminta kad pengenalan orang ramai yang didapati mengambil risalah Bersih. "Polis menyalahguna kuasa mereka apabila mengambil kad pengenalan orang yang menerima risalah Bersih. Mereka tak ada hak mengambil kad pengenalan orang awam dan kami akan ambil tindakan terhadap perkara ini," katanya yang diiringi Ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Fadiah Nadwa Fikri. Bermula 1 Oktober lalu, Bersih menjalankan pameran bergerak di seluruh negara untuk mempromosi perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini. Perhimpunan itu bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran skandal 1MDB. Semalam, Maria telah mengemukukan notis kepada pihak polis mengenai perhimpunan tersebut. |
Pemimpin Umno Tambun kesal Husni persoal 1MDB Posted: 29 Oct 2016 02:54 AM PDT Pemimpin akar umbi Umno di Parlimen Tambun kesal dengan tindakan wakil rakyatnya Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang dilihat begitu lantang mengkritik kerajaan sehingga melanggar sumpah kerahsiaan. Read More / Baca Lagi >>Menurut sumber itu yang hanya bersetuju bercakap jika identitinya dirahsiakan, segelintir anggota Umno Bahagian Tambun juga 'keliru' dengan kenyataan yang dilemparkan bekas menteri kewangan kedua itu berhubung pengurusan 1MDB. "Persoalan yang ditimbulkan oleh beliau mengenai 1MDB bercanggah dengan beberapa penerangan yang beliau lakukan di peringkat akar umbi sebelum ini. "Kenyataan beliau mengenai isu itu amat berbeza semasa di dalam dan setelah berada di luar kerajaan," kata sumber itu kepada Malaysiakini. Semasa perbahasan ucapan Bajet 2017 Isnin lalu, Ahmad Husni meminta kerajaan menyatakan sebab 1MDB ditubuhkan dan sekiranya terdapat sebarang tindakan diambil kerana menyalurkan dana syarikat ke "tempat yang salah". Ahmad Husni juga menyoal mengapa kerajaan hanya akan dibayar pada tahun 2020 bagi penjualan 60 peratus kepentingan dalam projek Bandar Malaysia kepada sebuah syarikat China. Beliau turut membangkitkan sama ada imej Malaysia terjejas sekiranya 1MDB tewas dalam kes timbang tara berhubung tindakan International Petroleum Investment Co milik Abu Dhabi menuntut lebih AS$6.5 bilion daripada 1MDB di London. Adakah Husni akan pertahan 1MDB jika jadi menteri? Mengulas lanjut, sumber itu mempersoalkan sama ada Ahmad Husni akan membangkitkan persoalan berkenaan sekiranya khidmatnya selaku menteri kewangan kedua tidak ditamatkan pada rombakan kabinet lalu. "Ada yang mempersoalkan sekiranya beliau disambung tugas selaku menteri kewangan kedua pada rombakan kabinet yang lalu, apakah beliau akan mempertahankan 1MDB?" katanya kepada Malaysiakini. Sehubungan itu, menurutnya, majoriti anggota Umno kawasan Tambun kini mengambil pendekatan tunggu dan lihat dengan perkembangan sekarang. "Di Tambun kebanyakan anggota Umno dan kepimpinan akar umbi tenang dengan mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap polemik yang ditimbulkan oleh Datuk Seri Husni. "Manakala jawatankuasa Umno bahagian nampaknya kukuh dan teguh bersama kepimpinan sedia ada," kata sumber itu. Tambahnya, hanya segelintir sahaja di kawasan sebuah kampung di Tambun cuba menangguk di air keruh dengan mengelirukan masyarakat setempat termasuk memasang banner sokongan terhadap Husni. "Mereka ini sebenarnya adalah penentang tegar Husni sebelum ini sehingga bertindak menubuhkan BERSATU. |
Sumpah kerahsian bukan untuk lindungi salah laku pemimpin Posted: 29 Oct 2016 02:45 AM PDT ![]() Mahfuz berkata, hal ini kerana Pandikar mendakwa bekas anggota kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mungkin melanggar sumpah kerahsiaan apabila mereka menyentuh mengenai 1MDB dalam ucapan di Parlimen. Pandikar berkata, keputusan kabinet itu belum dilaksanakan dan bahawa ia adalah maklumat rahsia kabinet. "Jika apa yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Handzlah bekas menteri kewangan kedua, yang juga bekas jurucakap kabinet berkaitan dengan 1MDB dalam perbahasan bajet 2017 di Parlimen baru-baru ini dianggap melanggar sumpah kerahsiaan,ini bermakna Speaker Parlimen Malaysia telah mengakui kebenaran apa yang dibangkit dan didedahkan oleh mereka tentang jenayah salah laku dalam urusan pentadbiran kerajaan adalah benar tetapi ianya rahsia," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mahfuz juga berkata, sumpah kerahsiaan bukan bertujuan melindungi jenayah salah laku anggota kabinet termasuk Perdana Menteri. "Jemaah Menteri bukannya 'jemaah penyamun' yang berpakat untuk melindungi jenayah salah laku antara satu sama lain sebaliknya jemaah menteri adalah satu jemaah untuk melindungi kepentingan negara dan rakyat," tegasnya. Menurut Mahfuz, amalan sumpah kerahsiaan dalam kalangan anggota kabinet bagi memastikan rancangan strategik sesebuah kerajaan tidak dipintas oleh pihak lain contohnya dalam rancangan keselamatan dan pertahanan negara. Read More / Baca Lagi >> |
Maria Chin dibebas dengan jaminan polis Posted: 29 Oct 2016 02:43 AM PDT Ahli jawatankuasa Bersih, Fadiah berkata status tangkapan tidak jelas kerana polis juga ada menyebut Akta Hasutan. ![]() PETALING JAYA: Maria Chin Abdullah, pemimpin kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 dibebaskan dengan ikat jamin selepas ditahan di Langkon, Sabah, hari ini. Ahli jawatankuasa pemandu Bersih, Fadiah Nadwa Fikri memberitahu FMT yang Maria dibebaskan dengan jaminan sehingga diberitahu kelak. Menurutnya, Maria dipercayai ditahan di bawah Seksyen 11 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengedar risalah "Tiba-tiba sahaja polis datang dan menahan beliau," katanya. "Pegawai penyiasat masih mengambil laporannya, tetapi mereka ada menyebut tentang Akta Hasutan. Kami tidak tahu status seterusnya." Chin ditangkap di Langkon dan dibawa ke Balai Polis Kota Marudu di mana beliau ditahan, menurut satu posting Bersih di Twitter. Fadiah berkata polis memberi amaran kepada konvoi jalanan Bersih 5 apabila mereka meninggalkan Kudat, dengan mengatakan apa yang mereka lakukan adalah menyalahi undang-undang. "Kami berkata tidak ada yang menyalahi undang-undang mengenai konvoi ini, kami sentiasa memaklumkan kepada polis sepanjang masa." Kemudian mereka berkata, 'anda tahu, ia tidak penting, kammi mempunyai kuasa menghentikan anda daripada melakukan ini'," kata Fadiah. Tidak lama selepas amaran polis itu, 2 lelaki bermotosikal mula menganggu konvoi itu, manakala polis hanya memerhatikan, kata Fadiah. "Sejak 5 minggu lalu, pihak polis tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan konvoi itu, jadi mengapa sekarang? Ia agak jelas mereka menyasarkan Maria." Read More / Baca Lagi >> |
APA LAGI NAJIB NAK JUAL KEPADA CHINA: BAHAYA TERLALU BERGANTUNG KEPADA BEIJING Posted: 29 Oct 2016 02:42 AM PDT MULA-mula sekali permohonan berbanyak-banyak maaf kerana lama tidak buat posting baru. Maklumlah dalam usia macam saya, ada saja roadblock. Tapi Alhamdulillah dah ok dan berdaya menulis semula. Kedua komen seorang kawan Facebook yang berbunyi: "Lumayan???? Apakah setiap kali peri (pergi)… Ada saja benda nak dijual kepada mereka…" Dalam pesanan bertarikh 21 Oktober itu, Mohd Najib berkata: "Minggu hadapan, saya akan ke China pula. Doakan agar lawatan ini membawa kejayaan lumayan untuk negara kita." Pengulas yang curiga terhadap apa yang Mohd Najib akan rundingkan di China itu adalah seorang pesara PDRM berpangkat pengarah di Bukit Aman. Kenyataan pegawai polis pencen itu mewakili perasaan ramai rakyat jelata Malaysia yang sedar mengenai bahaya terlalu bergantung kepada China. Soalnya, tidakkah tindakan Najib seperti menggadaikan masa depan negara dan cucu cicit kita kepada China semata-mata kerana menimbus RM50 bilion hutang 1MDB? Dalam beberapa hari selepas Najib meminta kita berdoa itu, dua perkembangan besar telah berlaku. Pertama, Cai Zemin, Pengurus Besar Kereta Api China di Malaysia berkata sebuah Bandar bawah tanah terbesar di dunia akan dibina di Bandar Malaysia. Cai Zemin menyifatkannya sebagai "permata yang bergemerlapan di koridor kereta api China." Ingat tu – "koridor kereta api China" – yang akan menghubungkan Asia Tenggara dengan Asia Timur, Asia Timur dan Asia Selatan." Kedua, pada 28 Oktober Kementerian Pertahanan mengumumkan melalui laman Facebooknya bahawa Malaysia akan menandatangani kontrak membeli kapal persisiran pandai daripada China. Menurut agensi berita Reuters tampalan itu ditarik balik apabila pemberitanya meminta jurucakap kementerian mengulas ucapan Hishammuddin Hussein itu. Saya dimaklumkan ketika lawatan saya ke Jepun antara 10 dan 16 Oktober lalu yang kerajaan Jepun ingin menawarkan secara percuma bekas kapal pengawal pantainya kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Tapi kalau setakat membuat tawaran kepada APMM dan secara percuma mungkin susah berjaya sebab bila percuma tentulah tidak ada unsur komisen. Dalam lawatan kali ini dia dipercayai akan cuba "menjual" beberapa buah projek raksasa lagi termasuklah kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura dan Landasan Kereta Api Pantai Timur. Jual Harga Lelong Sebelum Bandar Malaysia, 1MDB yang Najib sendiri asaskan dan menjadi pegawai nombor satunya (MO1 kata Abdul Rahman Dahlan) telah menjual kilang penjana elektrik bebas (IPP) kepada China General Nuclear Company dengan "harga lelong" RM9.2 bilion. Saya kata "harga lelong" sebab 1MDB membeli kilang-kilang IPP hujung usia itu daripada pemilik Cina, Melayu dan India Malaysia dengan harga tinggi. Ikut perjanjian konsesi antara kerajaan dan pemilik IPP berkenaan, kilang-kilang itu akan jadi milik TNB apabila habis tempoh konsesi kalau tidak disambung dengan bayaran antara RM50 hingga RM100 saja. IPP Malaysia itu adalah antara 13 kilang elektrik di lima buah negara yang dijual oleh anak syarikat 1MDB, Edra Global Energy, kepada China Nuclear tahun lalu. Penjualan murah itu mencetuskan dua ramalan sensasi. Pertama 1MDB kesesakan wang dan sanggup tanggung kerugian dianggarkan RM3 bilion. Kedua RM3 bilion dibayar bawah meja bagi menyelesaikan sebahagian hutang 1MDB. Tetapi 1MDB menafikannya. Ia berkata harga itu berpatutan kerana syarikat milik negara China tersebut turut mengambil alih hutang Edra. Rancangan asal ialah menjual saham Edra untuk mengumpul modal tetapi dirasakan tidak "viable" apabila skandal 1MDB meledak. Penjualan 60 peratus saham Bandar Malaysia kepada China Railway Group (CREC) dan Iskandar Waterfront Berhad juga menjadi tanda tanya kerana ia bukanlah pembangunan teknologi tinggi yang kita tidak ada kepakaran. Kita Tidak Mampu? ![]() Pertanyaan timbul apakah kita memerlukan modal dan kepakaran China untuk membina Bandar Malaysia, bandar kita sendiri, sedangkan kita ada banyak syarikat tempatan seperti Sime Darby, SP Setia, MRCB dan Boustead yang telah berjaya membina projek seperti itu atau lebih besar? Kalau Sime Darby, SP Setia dan KWSP mampu membangunkan bandar orang putih di tapak kilang penjana elektrik Battersea di London adakah mereka tidak berdaya memajukan Bandar Malaysia? Siapakah yang memajukan KL Sentral kalau bukan MRCB dan Kompleks Menara Kembar Petronas kalau bukan Petronas sendiri? Apakah syarikat kita tidak ada modal sehingga perlu bergantung kepada China? Siapakah yang meminjamkan modal kepada 1MDB untuk membeli tapak Bandar Malaysia dan TRX daripada kerajaan kalau bukan tabung-tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk Tahung Haji, KWSP dan KWAP? Apakah Tabung Haji, KSWP, PNB dan LTAT disuruh berpakat memajukan Bandar Malaysia menggunakan modal dan kepakaran tempatan? ![]() Mengapa China? Adakah kerana China ada modal dan kita telah kemuflisan modal? Adakah kerana China ada kepakaran tetapi kita ketandusan kepakaran? Atau adakah hanya China sanggup memberi hutang kepada kerajaan pimpinan Mohd Najib ekoran skandal global 1MDB? Read More / Baca Lagi >> |
DULU DR M ‘BEST’, SEKARANG NAJIB ‘TERUK’: DAHULU DAN SEKARANG MEMANG JAUH BERBEZA Posted: 29 Oct 2016 02:40 AM PDT Dalam satu posting di blognya yang ternampak sedikit emosi yang ditujukan kepada Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Najib Razak berkata, perjuangan dahulu dan sekarang adalah berbeza. Katanya, perjuangan dahulu ialah memperjuangkan kemerdekaan, manakala sekarang pula membangunkan negara. Memang tidak dinafikan bahawa banyak bezanya antara Tun Mahathir dahulu dengan Najib yang ada sekarang. ![]() 2. PLUS Highway 3. Besraya Highway 4. NKVE Highway 5. KESAS Highway 6. Besarkan Seremban KL Highway 7. 2nd Link 8. KLIA 9. Jambatan Pulau Pinang 10. Litar Sepang 11. Kompleks Sukan Bukit Jalil 12. Putra LRT 13. Star LRT 14. Komuter 15. Monorel 16. ERL 17. Pembesaran Pasir Gudang Port 18. West Port 19. Tanjung Pelepas Port 20. Smart Tunel 21. KL Tower 22. Daya Bumi 23. Perodua 24. Modenas 25. Proton 26. Masjid Wilayah 27. Masjid Putra 28. UTP 29. UIA 30. UUM 31. MMU 32. Cyberjaya 33. KLCC 34. Langkawi 35. Puluhan Masjid2 baru 36. Ratusan Surau2 baru 37. Hospital2 baru 38. Puluhan Sekolah2 baru 39. Puluhan Balai Polis baru 40. Puluhan bangunan Kuaters Guru baru 41. Puluhan bangunan Kuaters baru utk kakitangan kerajaan. 42. PICC 43. Ratusan lagi pembangunan di seluruh negara. Sekarang:- 1. 1MDB 2. RM2,600 juta dalam akaun peribadi Apa bezanya? Dua yang ada sekarang saja sudah cukup untuk menenggelamkan semua yang dahulu. |
Kenapa 1MDB terabai daripada Bajet 2017 Posted: 29 Oct 2016 02:39 AM PDT Ahli Parlimen itu menuduh Najib membuat "cubaan sembunyi daripada skandal itu" selepas dengan bongkak bercakap mengenai syarikat pelaburan itu pada ucapan bajet tahun sebelumnya. ![]() KUALA LUMPUR: Tony Pua berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba menyembunyikan skandal 1MDB, dan menutupnya bagi pihak bersalah termasuk dirinya sendiri, kerana tidak membangkitkan langsung mengenai syarikat pelaburan negara itu dalam Bajet 2017. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata seorang menteri kewangan yang bertanggungjawab sudah tentu menjelaskan bagaimana skandal kewangan itu akan diselesaikan. Beliau berkata Najib yang juga menteri kewangan, "seronok" mengenai projek 1MDB dan pencapaiannya dalam beberapa siri ucapan bajetnya sebelum 2013. Tidak menyentuh mengenai perkara itu dalam Bajet 2017 menunjukkan ia "cubaan jelas untuk menyembunyikan skandal itu dan menutupnya untuk pihak bersalah termasuk dirinya", kata Tony yang juga setiausaha publisiti kebangsaan DAP. Katanya, pelaksanaan rasionalisasi 1MDB sepatutnya selesai pada Jun tetapi "sudah runtuh" dan berbilion ringgit diseleweng daripada 1MDB. Tony juga menyentuh perbezaan sikap Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebelum dan selepas pelantikannya dalam Kabinet. "Kagum melihat bagaimana seorang ahli Parlimen Umno bercakap ketika dia berada di dalam dan luar Kabinet," katanya. Tony berkata Johari sebelum ini antara ahli Parlimen Umno yang lantang dan bertanya mengenai huraian RM50 bilion dalam skandal 1MDB. "Tetapi sejak jadi menteri kewangan kedua, Johari beritahu orang 1MDB tidak ada kena mengena dengan bajet persekutuan," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Tak moleklah serang Ahmad Husni, kata Pemuda Umno Posted: 29 Oct 2016 02:37 AM PDT Exco Pergerakan Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah meminta semua pihak dalam Umno agar berhenti menyerang bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah kerana beliau masih lagi pemimpin Umno. Read More / Baca Lagi >>Armand Azha menambah, tohmahan ke atas anggota Parlimen Tambun itu akhirnya memberi kesan negatif kepada parti. "Saya rasakan cara serangan terhadap Husni ini tidak baik dan tidak bagus. Husni masih lagi pemimpin Umno dan ahli Parlimen BN. Tidak molek jika Umno serang Ahmad Husni sebegini. "Ini bukan caranya menyerang kembali pemimpin dalam parti Umno itu sendiri. Saya mohon jasa baik sahabat-sahabat untuk fokus kepada perkukuhkan Umno dengan menceritakan dan memberikan penerangan tentang kekuatan Umno dan lebih ke arah politik khidmat bakti sebagai keutamaan. "Sebagai pemimpin muda yang dilatih untuk terus menghormati yang lama dan sayangi yang muda rasakan pendekatan kasih sayang lebih baik daripada pendekatan kebencian," ujar beliau, memetik laporan Astro AWANI. Armand mengulas kenyataan Ahmad Husni berhubung soalannya mengenai 1MDB di Parlimen. Pada Isnin yang lalu, ketika berucap di Parlimen, Ahmad Husni buat pertama kalinya bersuara secara terbuka terhadap cara kerajaan menangani 1MDB. "KPI (indeks prestasi utama) saya adalah yang terbaik di kalangan menteri-menteri - sentiasa melebihi 100 peratus. "(Sebaik sahaja) saya berhenti, anda lihat di media sosial - dua hari selepas saya berhenti, mereka menyerang saya tanpa sebarang sebab. |
Maria Chin ditahan di Sabah ketika edar risalah Bersih Posted: 29 Oct 2016 02:36 AM PDT ![]() Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah ditahan polis di Sabah hari ini. Menurut akaun rasmi facebook Bersih, Maria ditahan kerana mengedarkan risalah berkenaan di Langkon, Kota Marudu. Beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu untuk disoal siasat. "Polis turut mengancam untuk menangkap mereka yang mengambil risalah Bersih," kata Bersih. Beberapa aktivis berkumpul di luar balai polis bagi menunjukkan solidariti untuk Maria yang tidak dibenarkan ditemani sesiapa. Bermula 1 Oktober lalu, Bersih menjalankan pameran bergerak di seluruh negara untuk mempromosi perhimpunan Bersih 5 pada 19 November ini. Perhimpunan itu bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran skandal 1MDB. Semalam, Maria telah mengemukukan notis kepada pihak polis mengenai perhimpunan tersebut. |
Apakah Jamal benar-benar mahu 'bermandi darah' Posted: 29 Oct 2016 02:34 AM PDT Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ditanya sama ada beliau akan menahan Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berhubung kenyataan 'bermandi darah' atau melepaskannya sekali lagi. "Saya ingin bertanya kepada Khalid sama ada polis akan menahan Jamal untuk disoal siasat atas kenyataan 'bermandikan darah' yang dibuat beliau. ![]() Pada hari Khamis yang lalu, Jamal semasa sidang media di ibu pejabat Umno Selangor berikrar untuk menyekat perhimpunan BERSIH 5. "Kita tidak akan teragak-agak untuk berbuat apa sahaja untuk menghentikan perhimpunan BERSIH...Bagi saya, perjuangan kita akan berterusan walaupun jika bermandikan darah," beliau dilaporkan berkata. Kok menambah, adalah tidak bijak bagi Khalid untuk mengenepikan apa-apa kenyataan Jamal sebagai pergerakan baju merah yang dipimpinnya kerana mempunyai sejarah keganasan. "Khalid terlepas pandang fakta penting - bahawa kumpulan baju merah telah bertindak ganas terhadap siri jelajah BERSIH. "Begitu jua, walaupun Jamal telah membuat kenyataan yang sama pada perhimpunan di Kapar Sabtu lalu dan menjelaskan bahawa 'bermandikan darah' itu bermakna baju merah berlumuran dengan darah sendiri dan bukannya orang lain, polis perlu melihat kenyataan itu secara," ujar Kok. Beliau berharap Khalid akan memulakan siasatan mengenai perkara ini, kata Kok. Kok juga mengkritik Umno kerana tidak menyekat Jamal. "Adalah amat mengecewakan dan tidak bertanggungjawab untuk kepimpinan Umno berdiam diri mengenai 'keterlibatan dalam baju merah' oleh Jamal dan kalangan ahli Umno terhadap BERSIH. |
Posted: 29 Oct 2016 02:32 AM PDT |
HIDUP UMNO !!..HIDUP MELAYU !!!! Posted: 29 Oct 2016 02:31 AM PDT |
Najib Razak: Kami Lawan Pengganas (Yes Malaysia!) Posted: 29 Oct 2016 02:27 AM PDT |
Amerika AG vs Malaysia AG Apandi Ali Posted: 29 Oct 2016 02:26 AM PDT |
Siapa yang suka cakap pasal Apandi? Posted: 29 Oct 2016 02:26 AM PDT |
AG Swiss dah hubungi Malaysia - AG Apandi Posted: 29 Oct 2016 02:26 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
Comments (0)
Catat Ulasan