Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:02 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Sejarah Tak Pernah Menipu..

Posted: 27 Oct 2016 06:00 PM PDT

Pemimpin2 AMENO lah penyangak sebenar yg gadai tanah2 Melayu di Pulau Pinang..

LGE yang perkenalkan GST..
LGE perkenalkan 1MDB..
LGE naikkan harga minyak masak..
LGE hapuskan subsidi gula, tepung, beras ST
LGE naikan tarif elektrik
LGE perkenalkan MKN.
LGE naikkan caj TOL, tambang pengangkutan awam..
LGE jual EDRA Global Energy pada PRC
LGE jual bandar Malaysia pada PRC..
BUKAN Najib Razak....
#HidupMelayu...!!

APA DOSA BESAR AHMAD HUSNI SEHINGGA DILAYAN, DICERCA SEBEGITU RUPA?

Posted: 27 Oct 2016 05:33 PM PDT

Apakah bekas Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berdosa besar apabila meninggalkan Kabinet?
Juga apakah beliau sedang melakukan dosa besar kepada UMNO, Barisan Nasional (BN) kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak?
Apakah kerana pertanyaan dan kebimbangannya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ketika  membahaskan rang undang-undang perbekalan 2017 di Dewan Rakyat.
Ahmad Husni bukan bercakap mengenai 1MDB di ceramah atau pentas politik.
Dia bercakap di Dewan Rakyat, iaitu medan yang amat sesuai untuk dia mengemukakan soalan dan bertanya sesuatu yang masih terbuku di hatinya.
Beliau timbulkan beberapa persoalan seperti berikut:
1.      Untuk apa 1MDB ditubuhkan?
2.      Bagaimana masalah kewangan dan skandal 1MDB akan memberi kesan  kepada survival Malaysia.
3.      Mahu kerajaan mempertimbangkan beberapa kesan negatif akibat kontroversi 1MDB.
4.      Apa kesan dan persepsi dunia terhadap saman Jabatan Keadilan, Amerika  Syarikat?
5.     Apa nasib AS$4 bilion yang disalurkan kepada Aabar (BVI) tetapi  hilang. Apakah tindakan yang diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana melabur wang bukan di tempat sepatutnya?
6.      Bagaimana persepsi ke atas Malaysia jika International Petroleum Investment Co (IPIC) menang di mahkamah timbangtara antarabangsa bagi mendapatkan semula AS$ 6.5 bilion?; dan
7.      Memberi amaran, 1MDB akan menjejaskan peluang BN dalam pilihan raya akan datang dan kalaupun menang, bagaimana keadaan selepas itu?
Boleh media prokerajaan dan UMNO beritahu medan apa lagi yang lebih baik dan mulia selain Dewan Rakyat dan Dewan Negara?

Lagipun, Ahli Parlimen (MP) dibenarkan berucap dan mengemukakan pandangannya. Speaker membenarkannya, dan tidak  perlu meminta izin daripada media prokerajaan atau UMNO.
Kalau media berkenaan yang melulus atau membenarkan seseorang Ahli Parlimen (MP), kita boleh fahamlah.
Dia berucap bukan menentang atau mengherdik media prokerajaan dan UMNO.
Salahkah atau menjadi dosa besar jika ingin tahu tujuan sebenar 1MDB ditubuhkan selepas beliau gagal mencari jawapan ketika berada dalam kerajaan dan selepas berhenti daripada Kabinet?
Baguslah ramai menteri dan pemimpin UMNO, termasuk Ketua Penerangannya Tan Sri Annuar Musa mengetahui dengan jelas kenapa 1MDB ditubuhkan.
Tetapi Ahmad Husni tidak jelas, malah tertanya-tanya kenapa 1MDB ditubuhkan yang sepatutnya tidak menanggung berbagai beban, termasuk hutang sehingga RM52 bilion, selain apa yang disebutkan di atas.

Ahmad Husni turut bertanyakan apa jadi dengan unit pelaburan bernilai AS$1 bilion (RM4.17 bilion), yang sepatutnya matang tahun lepas.
Sepatutnya semua menghormati bahawa Ahmad Husni yang menjadi wakil rakyat berucap sebagai suara rakyat, setidak-tidaknya untuk kawasan parlimennya. Salahkah berbuat demikian?
Beliau bercakap  secara terbuka dan bukan mengatakan belakang. Apakah setiap ucapan mesti disajikan dengan hanya puji-pujian?
Read More / Baca Lagi >>

PANDIKAR ‘SECRET WEAPON’ NAJIB? MUHYIDDIN, HUSNI & SHAFIE MUNGKIN LANGGAR SUMPAH KERAHSIAAN

Posted: 27 Oct 2016 05:26 PM PDT


Bekas anggota Kabinet yang terlibat dalam perbahasan Bajet 2017 mungkin telah melanggar sumpah kerahsiaan, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
"Pasal apa yang saya dengar kelmarin, keputusan kabinet konon tidak dilaksanakan. Itu adalah informasi dalam kabinet," kata Pandikar pada sidang akhbar di bilik resepsi parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada ucapan-ucapan oleh bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Husni Hanadzlah dan bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah Datuk Seri Shafie Apdal telah melanggar mana-mana peraturan dewan.
Ini kerana ketiga-tiga ucapan mereka menyentuh mengenai dakwaan skandal 1MDB.
Muhyiddin dalam ucapannya semalam menegaskan bahawa kabinet tidak berunding mengenai pembentukan 1MDB dan merahsiakan kedudukan kewangannya sehingga skandal itu meletus.
Pandikar berkata, dalam pengalamannya sebagai bekas menteri sendiri, anggota-anggota kabinet perlu mengangkat sumpah kerahsiaan.
"Kita tak akan menzahirkan kepada sesiapa. Tak boleh bisik kepada bini pada waktu malam," katanya.

Apa Yang Anda Tahu Tugas Mereka Ini ??!!

Posted: 27 Oct 2016 05:22 PM PDT


Rasuah di IPT: Jangan sampai jadi barah

Posted: 27 Oct 2016 05:13 PM PDT

IPT perlu bebas daripada rasuah bagi memelihara intergriti pendidikan tinggi negaraIPT perlu bebas daripada rasuah bagi memelihara intergriti pendidikan tinggi negara
Semua pihak perlu memandang serius kenyataan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil yang mengesahkan wujud perlakuan rasuah membabitkan pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dengan menawarkan wang kepada pensyarah untuk menaikkan gred pencapaian akademik dan lulus peperiksaan.
Dr Mohd Nuri Al-AminDr Mohd Nuri Al-AminSehubungan itu Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Akademia Ummah Sejahtera (ARUS) Perak, Dr Mohd Nuri Al-Amin menggesa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyiasat dakwaan ini dan menubuhkan jawatankuasa khas siasatan agar ia tidak merebak secara berleluasa sama ada di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mahupun di Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
"Gejala tidak sihat di kalangan mahasiswa ini perlu dibendung secara serius kerana ianya tidak sepatutnya wujud di dalam institusi pendidikan yang menjadi pusat penyebaran ilmu ketamadunan, pengukuhan nilai-nilai mulia dan pembangunan modal insan bagi menyediakan kepimpinan negara di masa hadapan," ujarnya.
Menurutnya, rasuah adalah isu sejagat yang perlu ditentang habis-habisan apatah lagi di dalam bidang pendidikan.
KPT serta SPRM, tambah beliau perlu berganding bahu membanteras perilaku rasuah di IPT supaya ia tidak mencemar integriti institusi pendidikan di negara ini.
"Pihak IPT juga wajar memberikan segala komitmen bagi menentang rasuah kerana masa depan negara kita boleh hancur jika IPT menjadi medan permulaan rasuah yang merosakkan sistem pentadbiran dalam negara kita," tegas beliau.
Beliau turut menyarankan KPT memperkenalkan kurikulum dan sistem pembelajaran yang lebih berkesan untuk menerapkan asas nilai-nilai mulia seperti integriti di kalangan mahasiswa bagi mengekang gejala rasuah.
"Pengukuhan sistem nilai di kalangan mahasiswa adalah penting kerana mereka bakal menjadi pemimpin, pentadbir atau pembuat dasar yang perlu bebas dari najis rasuah demi kelangsungan kemakmuran negara yang kita cintai ini," jelas Dr Mohd Nuri.

Khairuddin umum keluar PPBM berkuat kuasa serta-merta untuk lawan Najib

Posted: 27 Oct 2016 05:12 PM PDT

Beliau mahu fokus menghadapi beberapa perbicaraan penting untuk lawan kemungkaran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
khairudinPETALING JAYA: Orang kuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Khairuddin Abu Hassan malam ini mengumumkan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkuat kuasa serta-merta.
Dalam satu kenyataan yang diterima FMT, Khairuddin menjelaskan pemergian ini membolehkan beliau tumpu menangani kes-kes mahkamah yang sedang serta akan berlangsung "secara berterusan" selepas ini.
"Pada hakikatnya, saya perlu memberi fokus secara sepenuh masa bagi menghadapi beberapa perbicaraan penting untuk lawan segala bentuk kemungkaran korupsi (Perdana Menteri) Najib Razak dan salahlaku institusi-institusi kerajaan," jelasnya.
Beliau pernah ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) tahun lepas selepas beliau membuat aduan berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di beberapa agensi penguatkuasa undang-undang luar negara.
Bagaimanapun Khairuddin akan tetap bersama Sekretariat Deklarasi Rakyat, yang cukup "bermakna dan amat sentimental" buat dirinya.
"Adakalanya di dalam perjuangan kita hanya perlu berbekalkan keikhlasan untuk berjuang. Jawatan tidak penting langsung sekiranya kita ikhlas untuk berjuang," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Padah menunggu jika penceramah agama lawan Pas kata pemimpin Pas Terengganu

Posted: 27 Oct 2016 05:11 PM PDT

Status Facebook Dr Azman Ibrahim menyentuh penceramah agama anti PasSeorang pemimpin Pas Terengganu menarik perhatian pengguna media sosial apabila 'garang' memberi amaran kepada penceramah agama supaya tidak menyatakan penentangan terbuka terhadap parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas negeri, Dr Azman Ibrahim mendakwa sebahagian besar peserta majlis agama adalah 'orang Pas' atau mereka yang bersimpati dengan parti itu.
"Adalah satu kerugian bagi mana-mana penceramah, pengkuliah, Ustaz, Dr, Syeikh dan yang sewaktu dengannya andai mereka mengambil sikap menzahirkan penentangan secara terbuka terhadap apa yang diperjuangkan oleh gerakan Islam seperti Pas.
"Hakikat yang perlu diakui, majoriti hadirin yang menjadi pengunjung setia majlis-majlis ilmu agama adalah orang Pas sama ada ahli, penyokong atau mereka yang bersimpati secara senyap," ujar bekas calon Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jabi itu seperti dipetik di status Facebook miliknya semalam.
Mendakwa ahli Pas tidak peduli sama ada penceramah terbabit bukan pemimpin Pas sekalipun, Dr Azman menegaskan bilangan audiens dalam sesi kuliah seterusnya juga akan terjejas jika mengkritik parti itu secara terus-terang.
"Tapi tolong jangan zahirkan secara terbuka dengan lidah kamu bahawa kamu menentang arus perjuangan Islam yang diperjuangkan Pas.
"Akibatnya? Bukan orang Pas akan bangun tumbuk atau tempeleng kamu. Cukup kamu boleh tengok pada kuliah yang akan datang, berapa orang yang masih hadir," tegas doktor gigi itu lagi.

TN50 helah Najib tutup kegagalan capai Wawasan 2020, kata Mukhriz

Posted: 27 Oct 2016 05:08 PM PDT


SHAH ALAM: Datuk Seri Mukhriz Mahathir semalam berkata pengumuman Transformasi Nasional 2050 (TN50) oleh perdana menteri ketika pembentangan Bajet 2017 merupakan helah bagi menutup kegagalan mencapai matlamat Wawasan 2020.
Bekas menteri besar Kedah yang kini naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata keadaan ekonomi dan sosial Malaysia hari ini jelas menunjukkan ia jauh daripada Wawasan 2020, visi status negara maju yang dipelopori bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad satu masa dulu.
mukhriz2"Jadi untuk mengalihkan perhatian kita daripada kegagalan itu, kerajaan umumkan TN50 yang tempohnya masih lama," kata Mukhriz pada program di Shah Alam semalam.
Najib ketika pembentangan Bajet 2017 minggu lalu mengumumkan TN50 dan berkata "biarlah legasi lama berlalu pergi", dipercayai merujuk kepada Wawasan 2020.
Mukhriz berkata, kerajaan sepatutnya cuba memenuhi sasaran Wawasan 2020 terlebih dahulu sebelum mengumumkan sebarang inisiatif baru.
"Yang kita nak tahu apakah usaha kita dalam 4 tahun ini (menjelang 2020), walaupun mungkin terlambat. Apakah yang boleh melonjak kedudukan ekonomi negara untuk memenuhi wawasan itu.
"Kalau sudah penuhi matlamat sedia ada, barulah boleh cerita wawasan baru. Ini tidak sepatutnya berlaku."
Sebelum ini, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar mempersoalkan pengumuman Najib itu yang disifatkannya sebagai satu penafian kepada dasar yang baik untuk masa depan negara.

" Menteri Umno Tak Guna Kad Kredit (Berhutang) Tapi Guna Kad Debit (Duit Banyak) "

Posted: 27 Oct 2016 05:06 PM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said ‎mendedahkan, beliau tidak gemar menggunakan kad kredit bagi mengawal perbelanjaan hariannya.
Azalina berkata, beliau lebih suka menggunakan kad debit ketika menjalankan urusan pembelian.
"Saya sendiri sebagai menteri dah berumur 52 tahun tak nak pakai kad kredit sebab saya lebih suka menggunakan debit.
"Sebab debit tiada isu bunga, kalau pakai kad kredit maknanya saya hutang bank dan kena bunga...‎dan cara itulah cara saya kawal kewangan saya," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.
Minggu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan, kerajaan akan meminda Akta Kebankrapan 1967 mulai awal tahun depan yang dijangka akan memberi perhatian terhadap mereka yang diisytiharkan bankrap terutamanya kerana menjadi 'penjamin sosial'.
Sementara itu, tambah Azalina lagi, penggunaan kad kredit akan membuatkan kadang-kadang kita 'terbabas' ketika berbelanja.
"Sebab kadang-kadang niat untuk membeli lebih daripada kemampuan," katanya.

KANGKONG LAND

Posted: 27 Oct 2016 07:49 AM PDT





ANTARA NAJIB DAN TIGA BEKAS MENTERI, SIAPA YANG DULU KENA?

Posted: 27 Oct 2016 07:14 AM PDT

Ada dua perkara yang berlaku di Parlimen hari ini.

Pertama, usul untuk merujuk Najib Razak kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas dakwaan mengelirukan Parlimen berkaitan ucapan Bajet 2017 yang dibentangkannya di Dewan Rakyat, Jumaat lalu.

Usul yang dikemukakan oleh seorang wakil DAP  itu mendakwa beberapa pengumuman yang dibaca oleh Najib dalam ucapan bajetnya tidak terdapat atau berbeza dengan apa yang terkandung dalam dokumen belanjawan.
Perbuatan itu dianggap cuba mengelirukan dewan kerana fakta yang sah ialah apa yang terkandung dalam dokumen belanjawan, bukan ucapan belanjawan oleh Najib

DAP memberi contoh, Najib dalam ucapannya menyebut SKMM akan membelanjakan RM1 bilion untuk menaik taraf liputan dan kualiti perkhidmatan jalur lebar di seluruh negara sedangkan dalam anggaran perbelanjaan yang diperuntukkan kepada Kementerian Komunikasi dan Multimeda yang menaungi SKMM, hanya RM57.5 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan untuk projek jalur lebar.

Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Haji Mulia berkata, beliau memerlukan masa untuk menyiasat dakwaan berkenaan.

Ini kerana, tegasnya, kes prima facie mesti diwujudkan terlebih dahulu sebelum seseorang boleh dirujuk kepada jawatankuasa itu.

Kedua, kenyataan Pandikar Amin yang tidak menolak kemungkinan tiga bekas menteri yang menyentuh isu berkaitan 1MDB dalam ucapan membahaskan Bajet 2017 iaitu Muhyiddin Yassin, Shafie Apdal dan Husni Hanadzlah, telah melanggar sumpah kerahsiaan sebagai anggota kabinet.

Kata beliau, ketiga-tiga mereka telah mengangkat sumpah menyimpan rahsia sewaktu menjadi menteri sebelum ini dan tidak sewajarnya mendedahkan sesuatu perkara berkaitan keputusan kabinet, walau di dalam Parlimen sekali pun.

Menurutnya lagi, jika pun sesuatu tindakan tidak diambil dalam persidangan Dewan Rakyat, bekas-bekas menteri itu mungkin berdepan tindakan perundangan di bawah Akta Rahsia Rasmi atau Akta Hasutan.

Kes pertama memerlukan Pandikar Amin  sendiri membuat keputusan berkaitan Najib yang didakwa mengelirukan Parlimen.

Berapa lama agaknya Pandikar Amin perlukan masa untuk menyiasat?

Kes kedua pula dibangkitkan oleh Pandikar yang menyebut kemungkinan tindakan perundangan boleh diambil ke atas tiga bekas menteri berkenaan kerana didakwa telah melanggar sumpah kerahsiaan.
Read More / Baca Lagi >>

SPRM buka 35 kertas siasatan penyelewengan karpet masjid

Posted: 27 Oct 2016 07:11 AM PDT

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu berkata ia melibatkan penyelewengan tuntutan keseluruhan bernilai lebih RM1 juta.
MACC director P GanasonKUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu membuka 35 kertas siasatan berhubung penyelewengan pembekalan pemasangan karpet di beberapa masjid dan surau di negeri ini.
Pengarah SPRM Terengganu P Ganason berkata kertas siasatan itu kini di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya SPRM.
"Kira-kira 30 saksi terdiri daripada kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), orang awam dan kontraktor telah dipanggil bagi membantu siasatan sejak kita mendapat maklumat mengenai kes itu awal tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Pecah Tanah Projek Kompleks Pejabat SPRM Negeri oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad di Mukim Kubang Parit, dekat sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Bangunan Datuk Seri Amer Hamzah Mohd Yunus, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu Ab Hamid Md Daud dan Penasihat Korporat Serada Realty Sdn Bhd Tan Sri Abdullah Taib.
Selasa lepas, media melaporkan Pesuruhjaya JHEAT Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim mendedahkan perkara itu yang melibatkan penyelewengan tuntutan keseluruhan bernilai lebih RM1 juta.
Dalam pada itu, Ganason memberitahu bahawa SPRM Terengganu membuka 51 kertas siasatan berhubung kes jenayah kolar putih melibatkan kes rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa tahun ini.
"Daripada jumlah itu sebanyak 14 tangkapan telah dilakukan dan 19 individu telah dituduh di mahkamah," katanya.

UCAPAN INI BUKTI!! Najib Sangat GOYANG Bila Mahathir BERSALAM Dengan Anwar

Posted: 27 Oct 2016 06:59 AM PDT

Perbahasan Bajet 2017: |Dato Mohd Ariff Sabri [ Raub ]

Posted: 27 Oct 2016 05:12 AM PDT

Perbahasan Bajet 2017 - Nga Kor Ming [ Taiping ]

Posted: 27 Oct 2016 05:11 AM PDT

YB Rantau Panjang bahas Bajet 2017

Posted: 27 Oct 2016 05:10 AM PDT

MKN akan terima arahan PM jika terdapat ancaman, kata Najib

Posted: 27 Oct 2016 04:53 AM PDT

1MDB berhantu seperti Altantuya: Tahniah Muhyddin, Husni dan Shafei

Posted: 27 Oct 2016 04:43 AM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
Walaupun Parlimen telah melarang keras isu 1MDB dibangkitkann dalam perbahasan di parlimen kerana ia dianggap subjudis (?) tetapi kebijaksanaan dan rasa tidak tahan hati ahli parlimen mengenai isu itu yang kini disifatkan sebagai skandal perdana negara ia berjaya juga ditimbulkan untuk pengetahuan rakyat dan tindakan ahli-ahli parlimen yang lain.


Tindakan berani dan bertanggungjawab ahli parlimen membangkit dan mendedahkan bagaimana syarikat pelaburan strategi yang dipengerusikan Najib Razak itu digerak dan dijanakan dalam keadaan songsang dan meragukan sangat dialu-alukan. Tahniah dan syabas kepada mereka yang berani dan ikhlas membangkitkan perkara itu demi negara.

Tindakan mereka itu adalah satu tanggungjawab kepada bangsa dan negara dan sikap seperti inilah yang dibutuhi rakyat. Mereka layak digelar sebagai perwira membela rakyat dan negara.

Dua orang ahli parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan Bajet 2017 yang langsung membangkitkan perkara itu kandatipun secara imbas lalu tetapi memberi makna dan kesan besar. Mereka ialah ahli parlimen Pagoh (Muhyiddin Yassin) dan Tambun (Ahmad Husni Hanadzlah). Kedua-dua mereka adalah bekas anggota kabinet dimana mereka tentu lebih arif dan berautoriti bercakap mengenai isu berkenaan dan apa yang mereka utarakan adalah kebenaran.

Sebagai ahli kabinet mereka bukan sahaja tahu yang telor Najib dua biji tetapi warnanya sekali amat dimaklumi. Maaf terkasar sedikit.

Daripada penjelasan dan persoalan dibangkitkan oleh mereka berdua menjelaskan mereka tidak diberikan maklumat yang betul mengenai tujuan penubuhan syarikat 1MDB dan ia tampaknya digerakkan secara perseorangan (one man show) oleh Najib Razak.

Najib adalah pengerusi 1MDB. Kekesalan mereka bersabit isu itu kerana Najib menyembunyikan daripada pengetahuan mereka akan kedudukan sebenar yang sekaligus menafikan hak mereka sebagai anggota kabinet. Di sinilah mereka berasakan mereka hanya dijadikan alat oleh Najib untuk diheret sama dengan skandal itu yang akhirnya mereka tidak lagi betah. Keadaan ini mereka tidak boleh menerima kerana tidak sanggup dilumuri noda.

Kedua-dua mereka kini tidak lagi berada dalam kabinet. Semasa dipecat Muhyiddin adalah timbalan perdana menteri manakala Husni adalah Menteri Kewangan II.

Husni meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan II dan semua jawatan dalam Umno semasa Najib menyusun kabinet baharu berikutan pemecatan Muhyuddin dan Shafei Afdal sebagai anggota kabinet. Walaupun Husni tidak terlibat dengan tindakan "penyucian" kabinet dilakukan Najib dengan pemecatan itu, tetapi beliau mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan kerana tidak mahu bersubahat dan terpalit dengan dosa kering?

Ekoran tindakan Husni mengejutkan itu ada yang menganggap beliau menghadapi masalah peribadi menyebabkan tidak dapat menumpukan kepada tugasnya di MOF. Ada juga mengatakan beliau ingin menumpukan perhatian kepada isterinya yang uzur. Sebelum ini Husni tidak menyatakan secara pasti kenapa beliau berhenti dan melepas semua jawatan menyebabkan tindakan drastiknya itu kabur?

Tentulah bagi mereka yang bernafsu besar tergila-gila untuk menjadi menteri gembira dan "raya hindu" dengan tindakan Husni dan tindakan ke atas Muhyiddin dan Shafei itu kerana mereka berharap akan menjadi penggantinya. Dua orang yang dilihat mendapat laba besar ekoran proses penyucian itu ialah Zahid Hamidi dilantik menjadi TPM dan Salleh Said Keruak dibawa masuk ke dalam kabinet.
Read More / Baca Lagi >>

Wikileaks dedah lobi anti-Najib Soros di Washington

Posted: 27 Oct 2016 04:41 AM PDT

E-mel terkini yang diselongkar oleh Wikileaks mendedahkan terdapat usaha untuk melobi pentadbiran Amerika Syarikat supaya menjauhkan diri mereka daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Ini didedahkan dalam pertukaran e-mel antara jurucakap Soros Fund Management (SFM) Michael Vachon dan pengerusi kempen calon presiden 2016, Hillary Clinton iaitu John Podesta.
Perbualan antara Podesta dan Vachon berkisar pada memo yang ditulis oleh felo Open Society Global, John Pang, yang antara lain menggesa pentadbiran Amerika untuk "menjarakkan diri" daripada Najib.
Dalam e-mel 6 Mac dengan tajuk "Memo John Pang", Vachon memberitahu Podesta: "Dan saya fikir George akan mahu bercakap tentang perkara ini, antara lain".

Adalah dipercayai bahawa beliau merujuk kepada jutawan dan penderma kempen Clinton, George Soros.
Vachon dikatakan berhubungan dengan Podesta untuk mengaturkan sebuah mesyuarat, yang juga akan dihadiri oleh anak Soros iaitu Alex.
Podesta kemudian menghantar e-mel 6 Mac itu kepada seorang kakitangan pejabat Clinton iaitu Milia Fisher pada hari yang sama.
E-mel berkenaan diterbitkan oleh Wikileaks Ahad lalu.
Malaysiakini telah menghubungi Vachon dan Pang untuk mendapatkan ulasan mereka.
Memo Pang tang bertajuk "The TPP and Malaysia's Corruption Crisis" menggesa pentadbiran presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama supaya menjauhkan diri daripada Najib.
Read More / Baca Lagi >>

RUU 355: Biarlah mereka perbodoh diri, kata Nasrudin Tantawi

Posted: 27 Oct 2016 04:37 AM PDT


Nasrudin HassanNasrudin Hassan
Selepas Presiden Pas menggunakan gelaran keldai dan anjing gila, Ketua Penerangan parti Islam itu pula menggelar pihak yang mengkritik usul pindaan Akta 355 sebagai 'membohongi dan memperbodohkan diri sendiri'.
"Adapun pihak yang hanya mahu mencari populariti murahan, rating di Facebook, kelemahan yang mahu dieksploit, debat yang melampau, spin dan sebagainya, biarlah mereka tenggelam dalam keseronokan dan hanyut dalam keghairahan mereka membohongi dan memperbodohkan diri sendiri.
"Bagi mereka yang berlapang dada, bersikap terbuka, ikhlas dan jujur dalam perbincangan dan persahabatan, maka kita rakamkan setinggi-tinggi tahniah dan juga penghargaan," kata Nasrudin Hassan dalam satu kenyataan hari ini.
Ketika menganggap pihak yang mempersoal usul pindaan akta tersebut sebagai membohongi dan memperbodohkan diri sendiri, Ahli Parlimen Temerloh itu mendakwa Pas membudayakan politik matang dan sejahtera bercirikan politik dakwah dan amar makruf nahi mungkar.
"Maka Pas bersikap terbuka bertemu dengan siapa jua, mendengar pandangan, menerima kritikan dalam usaha membawa Islam dan apa yang diperjuangkannya.
"Pas menerang tidak menghukum. Pas berdakwah dan melunakkan madu'u (sasaran dakwah) bukan menjauh dan meliarkan mereka. Kita pendakwah bukan qadhi. Jauhkan diri dari kafir mengkafir dan label yang tidak selayaknya sesama ummat Islam," ujarnya ketika giliran pembentangan RUU 355 semakin tertolak ke bawah dalam aturan mesyuarat Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Kit Siang terkejut Husni diserang selepas tinggalkan k'jaan

Posted: 27 Oct 2016 04:35 AM PDT

Ketua Anggota-anggota Parlimen DAP, Lim Kit Siang hari ini menzahirkan rasa terkejut setelah menyaksikan bekas Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah diserang selepas meninggalkan kerajaan.
"Apa yang...mengejutkan ialah pendedahan Ahmad Husni dalam ucapannya di Parlimen bahawa walaupun beliau menjadi menteri yang setia dan profesional, dengan menjana KPI 'di kalangan menteri yang terbaik' telah difitnah dan diburukkan oleh jentera media baru Umno dalam media sosial selepas meninggalkan Kabinet," ujar Lim dalam kenyataan, hari ini.
Sehingga kini, Ahmad Husni masih menutup mulutnya mengenai sebab sebenar beliau meninggalkan kerajaan pada bulan Jun yang lalu tetapi dalam satu wawancara tiga bulan kemudiannya mengakui berada di bawah tekanan yang dahsyat ekoran skandal 1MDB.
Ahmad Husni dipetik sebagai berkata, walaupun bukan beliau tidak mewujudkan skandal tersebut, dirinya ditugaskan untuk menyelesaikannya.
Pada Isnin yang lalu, ketika berucap di Parlimen, Ahmad Husni buat pertama kalinya bersuara secara terbuka terhadap cara kerajaan menangani 1MDB.
"KPI (indeks prestasi utama) saya adalah yang terbaik di kalangan menteri-menteri - sentiasa melebihi 100 peratus.
"(Sebaik sahaja) saya berhenti, anda lihat di media sosial - dua hari selepas saya berhenti, mereka menyerang saya tanpa sebarang sebab.
"Saya tahu siapa 'A', 'B' dan 'C" yang menyerang saya. Mengapa bermain-main? Marilah cintakan rakyat. Kita bekerja untuk rakyat," tambah beliau yang juga anggota Parlimen Tambun.

Azeez doa moga Muhyiddin, Husni tak jadi hipokrit

Posted: 27 Oct 2016 04:29 AM PDT

Ahli Parlimen Baling berkata mereka mungkin kebal di dalam Dewan, tetapi mereka mungkin mungkir Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan
Umno MP hits out at 'opposition stooges' Muhyiddin, HusniKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini mempertikaikan dua bekas menteri yang membangkitkan isu 1Malaysia Development Berhad dalam perbahasan Bajet 2017.
Dalam ucapan bahasnya, Azeez (BN-Baling) mempertikaikan mengapa bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (PPBM-Pagoh) dan bekas menteri kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno-Tambun) tiba-tiba prihatin akan perkara berkaitan 1MDB.
Beliau mengingatkan kedua mereka akan sumpah kerahsiaan yang mereka ikrarkan semasa menjawat portfolio kementerian masing-masing.
"Sebelum ini kamu pertahan 1MDB, sekarang kamu persoalkan? Kamu yang sepatutnya menjawab.
"Kamu tahu amalannya. Sebagai seorang menteri kamu terikat pada sumpah.
"Sekarang (di Dewan Rakyat) kamu kebal, tapi kamu mungkin memungkiri Akta Rahsia Rasmi dan Akta Hasutan."
Muhyiddin kehilangan kerusi TPM dalam rombakan Jemaah Menteri tahun lepas. Dikatakan kerana kelantangannya mengkritik parti berkenaan isu 1MDB.
Pada Julai tahun ini, beliau disingkirkan sebagai timbalan presiden Umno.
Manakala Husni digugurkan daripada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak awal tahun ini.
Husni, yang mendakwa uzur akibat menangani kontroversi sekitar 1MDB, mengejutkan ramai pihak apabila mengemukakan mengajukan soalan kritikal terhadap syarikat kerajaan bermasalah itu dalam ucapan Bajet 2017 pada Isnin.
Read More / Baca Lagi >>

Ucapan Bajet 2017: Menuju ekonomi era baru negara

Posted: 27 Oct 2016 04:27 AM PDT

Oleh DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA
Muqaddimah
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِّنَ اللَّهِ لِنتَ لَهُمْ ۖ وَلَوْ كُنتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ ۖ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ ( Ali Imran: 159)
Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.


It was by the mercy of Allah that thou wast lenient with them (O Muhammad), for if thou hadst been stern and fierce of heart they would have dispersed from round about thee. So pardon them and ask forgiveness for them and consult with them upon the conduct of affairs. And when thou art resolved, then put thy trust in Allah. Lo! Allah loveth those who put their trust (in Him).)
[The Meaning of the Glorious Quran]
Suasana manusia yang mahukan sebuah negara yang dapat memberikan kepadanya rasa belas dan rahmat serta bebas adalah idaman seluruh warganegara. Namun ada juga pemimpin negara yang merasakan dirinya mula terancam apabila teguran kepada kefasadan politik seprti rasuah dan penindasan disambut dengan tindakan ala kukubesi bertopengkan undang-undang dan kuasa yang ada. Saat itu sesebuah negara akan menuju kehancuran:
"When the law no longer protects you from the corrupt but protects the corrupt from you, you know your nation is doom" ( Ayn Rand)
Perkara asas menuntut jawapan spt skandal 1MDB, jumlah besar wang 2.6B dalam akaun Perdana Menteri dll dibalas dengan berbagai helah yang tidak menjawab hatta perkara asas seperti menyiasat dan membawa ke pihak pengadilan mereka yang terlibat. Malah bertanyakan soalan ini satu kesalahan sehingga ada yang dipecat dari jawatannya kerana soalan yang menggamit kepentingan negara dan maruah negara.
MELUSURI DASAR EKONOMI NEGARA
Dasar ekonomi negara bermula era post-kemerdekaan dalam inisiden perkauman yang memberi peluang kepada lahirnya Dasar Ekonomi Baru atau DEB bermula 1971-1990. Tujuannya jelas sebagai usaha untuk menghapuskan kemiskinan dan menstruktur semula masyarakat. Satu pendekatan ekonomi secara afirmatif (positive discrimination) dilaksanakan dengan merujuk kepada kaum Melayu yang perlu diberi perhatian kerana ketinggalan dalam struktur masyarakat dari sudut kekayaan dan pemilikan.
Dasar pendidikan mengutamakan anak Melayu memberi tempat kepada mereka di universiti awam dan luar negara dengan biasiswa penuh kerajaan supaya mereka dapat mengisi kekosongan kerja dalam sektor awam, meningkatkan pendapatan dan penglibatan sektor perniagaan lebih meluas.
POST DEB
1990 menyaksikan pendekatan baru ekonomi yang asasnya tidak lari dari tindakan affirmative dengan dasar baru seperti Dasar Pembangunan Negara (1991-2000), Dasar Wawasan Negara (2001-2010) dan terkini bagi mengejar W2020 sebagai negara maju iaitu Model Ekonomi Baru (2010-2020). Lanjutan dasar pro Bumi dan ethnic-centric ekonomi setelah 20 tahun ianya dikecualikan semasa DEB menuntut beberapa persoalan,
1. Apakah Dasar-dasar ini telah gagal sehingga ia terpaksa diteruskan dalam format affirmative dan Melayu-centric? ( lahir istilah ketuanan Melayu selepas DEB)
2. Apakah masalah hubungan antara kaum yang menjadi asas penstruktran semula masyarakat dapat diselesaikan? (kelompok nuansa rasis masih berleluasa mempertikaikan kaum lain atas asas bukan asal di Malaysia)
3. Adakah sasaran kepada orang Melayu tercapai dengan mereka mampu bersaing tanpa dasar affirmative?(amalan perlindungan politik, akses dan ugutan bahaya 'bangsa lain' masih lagi berligar dalam kelompok Melayu, diwajarkan persempedanan semula atas kaum dan momokan Dap anti Melayu dan golongan tertentu Liberal dsb)
IMPLIKASI DEB DAN DASAR AFFIRMATIVE
Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan buat bodoh skandal 1MDB, Husni Hanadzlah pula diserang persoal kebenaran?

Posted: 27 Oct 2016 03:11 AM PDT

Reaksi terhadap ucapan perbahasan bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah di Parlimen Selasa lalu yang membangkitkan beberapa persoalan kritis terhadap skandal mega 1MDB tidak memeranjatkan.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa pula membakulsampahkan ucapan Husni dengan berkata bahawa tiada apa-apa yang baru diutarakan bekas menteri itu dalam siri persoalannya berkenaan skandal 1MDB.
"Saya terkejut dengan komen Annuar, memandangkan saya mengikuti dengan rapat kisah memilukan skandal 1MDB ini sepanjang tujuh tahun lalu.
"Setahu saya inilah kali pertama Husni menyuarakan keresahannya mengenai skandal mega global 1MDB kepada khalayak umum," kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengulas perbahasan terbabit.
Dalam ucapan tersebut, buat kali pertama Husni memberi amaran bahawa skandal 1MDB akan menghantui kerajaan Malaysia.
Ini termasuklah persoalan kehilangan dana berjumlah US4 bilion syarikat Aabar BVI, saman arbitrasi US$6.5 bilion IPIC berpangkalan di Abu Dhabi dan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Amanah Pencek (KWAP) kepada anak syarikat 1MDB, SRC International.
"Apa yang lebih memeranjatkan dalam pendedahan Husni di Parlimen itu ialah, meskipun beliau merupakan menteri paling setia dan profesional dengan KPI terbaik di kalangan menteri-menteri, beliau difitnah oleh cybertrooper UMNO di media sosial selepas meninggalkan Kabinet," ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi.
Dalam ucapannya Husni berkata, "…the social media, dua hari selepas saya berhenti, dia punya attacking kepada saya for no reason and I know who the "A", "B", "C" yang attack saya. Why play this game? Let us love the rakyat. Kita bekerjalah untuk rakyat."
Semalam, blogger terbuang Raja Petra Kamaruddin juga melancarkan serangan peribadi terhadap Husni, dengan memetik tuduhan-tuduhan salahlaku seks, malah menuduh Ahli Parlimen Tambun itu tidur dengan isteri orang.
Parlimen Malaysia dilihat sedang bersandiwara dengan berlagak seolah-olah masalah melibatkan kleptokrasi dalam negara tidak wujud sama sekali.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan politikkan perang menentang jenayah asuhan seksual

Posted: 27 Oct 2016 03:10 AM PDT


KUALA LUMPUR, 27 OKT: Tidak ada statistik kes asuhan seksual (sexual grooming) di Malaysia memandangkan tidak ada undang-undang yang diperuntukkan untuk jenayah ini.
nie chingJusteru penubuhan jawatankuasa bertindak yang diketuai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said untuk mengkaji isu melibatkan jenayah seksual terutamanya terhadap kanak-kanak amat dialu-alukan.
Namun, kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching, jawatankuasa tersebut seharusnya lebih inklusif dan melibatkan Ahli-ahli Parlimen Pembangkang sebelum sebarang rang undang-undang dibentangkan.
"Perang menentang jenayah asuhan seksual bukan sesuatu yang politikal.
"Azalina yang juga pengerusi kaukus wanita di Parlimen pastinya tahu bahawa ahli-ahli Parlimen wanita bersedia mengenepikan perbezaan politik untuk bekerjasama demi kepentingan wanita dan kanak-kanak," ujar Nie Ching dalam satu kenyataan.
Menurutnya lagi, tidak ada keperluan untuk menyembunyikan rang undang-undang tersebut daripada pengetahuan wakil rakyat pembangkang.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)