Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:21 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


SIRI PEMBOHONGAN AMENO-BN WAJIB DITERUSKAN..

Posted: 26 Oct 2016 09:55 PM PDT

Menteri Kewangan M'sia.. NAJIB !!
Perdana Menteri M'sia.. NAJIB !!
Bentang Bajet Menipu.. NAJIB !!
Kuat Menipu Rakyat.. NAJIB !!

Inilah kebijaksanaan & kelebihan yg ada pada Perdana Menteri M'sia dan Punahsihat #1MDB..

Apa nasib pelajar, pensyarah lepas PM umum tutup 9 maktab guru?

Posted: 26 Oct 2016 09:51 PM PDT

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) mahu kepastian status dan nasib pensyarah serta pelajar yang bakal terjejas berikutan keputusan kerajaan untuk menutup sembilan daripada 27 institut latihan guru yang terdapat di negara ini.
Presidennya, Kamarozaman Abd Razak, mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika pembentangan Bajet 2017 minggu lalu yang berkata, sembilan institusi akan dijadikan politeknik dan kolej vokasional.
Kamarozaman mengakui bahawa kesatuan itu ada berjumpa dengan wakil daripada Kementerian Pendidikan sebelum Bajet 2017 dibentangkan dan telah dimaklumkan bahawa institusi berkenaan akan "dinaikkan taraf".
"Kita dah tau cerita tentang institut pendidikan guru (IPG) ini akan dinaiktaraf, cuma dia (kementerian) tak panggil berbincang secara terperinci," katanya kepada Malaysiakini.
Sehubungan itu, KPPK berharap mesyuarat akan datang dengan Kementerian Pelajaran akan membincangkan isu-isu berkaitan pelajar dan pensyarah yang terbabit.
Kamarozaman bagaimanapun berkata beliau tidak pasti bila mesyuarat itu akan diadakan, walaupun telah diberi kepastian ia akan diadakan.
"(Kita) nak tau adakah pensyarah diserapkan ataupun kekal ataupun pergi ke sekolah ataupun pergi ke politek-politek lain. Politek dulu pun guru.
"Kesatuan belum lagi dipanggil untuk berbincang (mengenai perkara ini)," katanya.
Selain nasib pensyarah, KPPK juga ingin bimbang dengan masa depan pelajar semasa di sembilan institusi berkenaan.
"Saya jangka (pelajar) akan dipindahkan ke IPG yang lain, mengikut pilihan masing-masing," katanya.
Kamarozaman berpendapat bahawa 18 institut lain lebih daripada mencukupi bagi menampung pelajar-pelajar ini.
Ini adalah kerana sejak tempoh dua tahun yang lalu, kerajaan telah mengurangkan pengambilan guru pelatih daripada semua IPG.
"Pengambilan guru semakin berkurangan kalau ikutkan dari segi unjuran kita kalau kita tgengok dengan kementerian, IPG ada 27.
"Jadi tak efektif kalau berlaku kekosongan bangunan," katanya.

Bajet Najib 'muruku' pengalas perut 2017

Posted: 26 Oct 2016 09:48 PM PDT

Persoalan besar buat kami ialah keengganan Najib berterus terang mengenai kedudukan ekonomi sebenar atau dengan kata lain, dia buat pekak sahaja.
dzulkifly-ahmad
Oleh Dr Dzulkefly Ahmad
Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak berjaya merumuskan "bajet pilihan raya" dengan cemerlang. Syabas!
Pastinya hampir seluruh segmen rakyat diberikan peruntukan bagi menyuntik rasa sedap. Tidak ada yang dipinggirkan. Perdana menteri berjaya mencetuskan "rasa enak" atau "feel-good factor".
Tetapi selama mana boleh lega dan rasa sedap atau enak itu? Selama ada makanan itu dalam mulut sebagai "alas perut".
Ya, tetamu diberikan hidangan "muruku" ketika bertandang di rumah sahabat menyambut perayaan Deepavali. Tak sedap ke muruku ini? Sedap. Tetapi kalau sampai ke malam tetamu masih menguyah muruku, tentunya pelik dan ada yang tidak kena.
Nah, kami nobatkan Belanjawaan 2017 ini sebagai "Bajet Muruku Najib Razak"! Tulisan ini bertanggungjawab meyakinkan anda akan ketepatan keputusan kami.
Buat permulaan, peringatan fakta anggaran perbelanjaan dan sedikit komentar awal tentang perihal itu.
Anggaran Perbelanjaan Persekutuan yang diperakukan bagi tahun 2017 berjumlah RM262,800 juta. Perbelanjaan Mengurus sebanyak RM214,800 juta, sementara Perbelanjaan Pembangunan disediakan peruntukan sebanyak RM48,000 juta atau 18.3%.
Daripada peruntukan pembangunan ini, hanya RM25.9 bilion sahaja untuk sektor ekonomi, selebihnya untuk sektor sosial, keselamatan dan pentadbiran am.
Hutang 'tersembunyi'
Mengurangkan peruntukan pembangunan sememang menjadi tabiat Najib. Peruntukan untuk memacu pembangunan ekonomi khasnya, sejak beliau ambil alih negara, sengaja secara di luar bajet atau "off-budget spending".
Hutang itu tidak dikira atau "nampak" dalam penyata kewangan (balance sheet) sebagai aset dan hutang (debt) sebagai liabiliti. Dengan kata lain, hutangnya "tersembunyi". Maka kewangan negara (atau syarikat) nampak sihat atau 'heathy'.
Laporan Ketua Audit 2012, contohnya, menggemparkan rakyat yang faham kewangan, kerana tetiba nama PFI Sdn Bhd, anak syarikat milik kerajaan berhutang sebanyak RM28 bilion. Tabiat berbelanja di luar kawalan pemantauan Parlimen ini jugalah, antara lainnya, menatijahkan fenomena skandal super-mega 1MDB.
"Defisit fiskal" nisbah KDNK seolah-olah terus turun daripada 3.8% pada 2013 kepada 3.4% pada 2014, 3.2% untuk tahun 2015. Bagi 2016, kerajaan mengharapkan defisit fiskal akan dapat diturunkan ke paras 3.1% KDNK dan 3% untuk 2017. Hakikatnya pastinya tidak begitu.
Penelitian Laporan Ekonomi 2016/2017 yang diterbitkan Kementerian Kewangan akan menemukakan kita dengan fakta bahawa Syarikat Awam Bukan Kewangan (SABK) yang terdiri daripada 29 syarikat-kaitan kerajaan (GLC) seperti Indah Water Konsortium, KTM Bhd, Telekom Malaysia, Malaysia Airlines Bhd, Malaysia Airport Holdings, Prasarana, Syarikat Perumahan Negara, Tenaga Nasional, MRT Co, UEM Group dan banyak lagi, juga berhutang dengan jumlah yang besar.
Laporan tersebut menunjukkan SABK masih punya hutang berbaki sebanyak RM50,472 juta (RM50.5 bilion). Pembayaran hutang (debt services) kerajaan pusat pula dilaporkan dalam bajet pada paras RM28.8bilion setahun untuk 2017.
Itu tidak termasuk hutang RM20 bilion, juga ditanggung kerajaan akibat angkara rompakan ke atas 1MDB.
Tema bajet Najib, andainya anda terlupa kerana seronok menguyah muruku, ialah "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh". Tahniah Najib! Tema Belanjawaan paling panjang sejak Merdeka.
Seandainya penulis diminta mengulas bajet Najib tentang perihal seluruh "pemberian muruku atau gula-gula" ini kepada semua segmen rakyat; B-40 dan M-40, OKU, awam-swasta dan sektor ketiga-tak formal, bandar-luar bandar, mengikut sektor pertanian, pembuatan, perkhidmatan, pendidikan, kesihatan dan lain-lain nescaya habis ruang penulisan ini. Tentu tidak besar menafaatnya. Cukup secara kritis dan secara selektif. Kita mulakan.
Bajet PRU?
Kita jawab dulu sama ada ini "bajet pilihan raya". Sebab ada yang dakwa tak mungkin kerana peruntukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya RM48.6 juta sahaja.
SPR diperuntukkan RM150.6 juta pada 2016 bagi antara lainnya, menjalankan pilihan raya negeri Sarawak. Pada Bajet 2013, SPR mendapat peruntukan mega RM461.6 juta untuk mengurus pilihan raya umum (PRU) ke-13. Jadi bagaimana?
Komentar saya, tanggapan seperti ini punya risiko. Ini mungkin langkah Najib secara taktikal untuk "decoy" atau "tipu" pembangkang. Bila-bila masa Najib boleh bentang "Anggaran Perbelanjaan Tambahan" (Supplementary Budget) kalau beliau sudah cukup yakin boleh menang tahun depan. Hati-hati dan jangan terleka.
Perumusan Bajet 2017 ini dan ditambah dengan cara Najib membentangkannya berjaya melupakan rakyat akan kedudukan ekonomi negara sebenarnya.
Pendapatan negara terus menurun sejak 2015 daripada RM235.2 bilion kepada anggaran RM225.7 bilion pada 2016. Bajet 2017 menganggarkan pendapatan turun lagi sebanyak RM219.7 bilion. Anggaran angka itu pun tidak realistik.
Sementara pendapatan dari hasil cukai pendapatan petroleum (Pita) yang menurun daripada RM11.6 bilion pada 2015 kepada RM8.5 bilion, apakah asas jangkaan Najib bahawa ramalan pendapatan dari Pita akan meningkat ke tahap RM10.6 bilion?
Begitu juga kedudukan cukai pendapatan korporat (Cita) yang dijangkakan akan meningkat, sementara Putrajaya tahu bahawa kadar pertumbuhan negara tidak begitu memberangsangkan. Ramalan untuk mendapatkan RM69.2 bilion, sekali lagi agak tinggi. Pihak korporat hanya mampu menjana RM63.2 bilion tahun 2016 ini.
Pun begitu, ramalan untuk mendapatkan pungutan cukai GST untuk 2017 akan melonjak ke paras RM40 bilion dari RM38.5 bilion untuk 2016. Apa asas Najib rakyat akan berbelanja besar. Sebab diberi BR1M?
Read More / Baca Lagi >>

Naik kadar BR1M: Bajet anak orang kaya, kata PPIM

Posted: 26 Oct 2016 09:45 PM PDT


Datuk Nadzim Johan Datuk Nadzim Johan Kenaikan kadar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dalam Bajet 2017 kepada 7juta penerima dilihat tidak praktikal dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nazim Johan.
Beliau membayangkan pemberian BRIM itu sebagai 'bajet anak orang kaya' kerana ia tidak akan memberikan impak positif kepada penerimanya.
"Hari ini kerajaan kurang duit jadi tidak praktikal masih meneruskan BRIM.
"Sedangkan kita lihat hasilnya tidak membantu kesejahteraan rakyat dari jangka panjang.
"Ini bajet anak orang kaya, kita memberi tetapi kita tidak lihat hasilnya kepada penerima dan negara...kita bagi lagi tahun depan," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Pemberian berterusan BR1M itu memberi manfaatkan kepada 7 juta penerima dengan peruntukan RM6.8bilonpada pada 2017.
Berbanding pada 2016 sejumlah 4.7 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dengan memperuntukkan RM5.9 bilion pada 2016.
Justeru katanya sudah tiba masanya jika kerajaan amat `bermurah hati' untuk merasai denyut nadi rakyat, kerajaan seharusnya meletakkan syarat kepada penerima untuk memperoleh BR1M.
"Apa kata kalau kerajaan nak bagi BR1M disyaratkan rakyat perlu buat sesuatu yang lebih produktif untuk mengubah hidup mereka mengikut daya kemampuan mereka seperti tanam pokok rambutan atau tanam sayuran belakang rumah bagi penerima yang ada tanah di sekeliling rumah mereka.

"Bayangkan kalau separuh daripada penerima BRIM tanam pokok rambutan atau sayuran pastinya mereka dapat makan buahnya atau menjual hasil tuaiannya untuk menambah ekonomi keluarga berterusan hasil daripada pemberian BRIM itu," ujar beliau.
Pembentangan Bajet 2017 Jumaat lalu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak yang juga menteri kewangan itu mengumumkan mengenai kadar pemberian bantuan BRIM akan dinaikkan.
Pendapatan isi rumah RM 3,000 dan ke bawah dinaikkan daripada RM 1,000 kepada RM1,200.

Read More / Baca Lagi >>

Bersih perlu lebih bijak, usah layan provokasi Baju Merah, kata Kadir Jasin

Posted: 26 Oct 2016 09:44 PM PDT

Kadir berkata, Bersih perlu bertindak lebih bijak, berwibawa dan berjiwa besar.
kadir-jasin-bersih-merah
KUALA LUMPUR: Bersih 2.0 perlu lebih bijak dan tidak melayan provokasi gerakan Baju Merah kerana ia adalah gerakan massa yang diterima ramai sekarang, kata Datuk Kadir Jasin.
"Bersih sudah mendapat simpati ramai rakyat Malaysia dan pada peringkat ini, ia perlu lebih magnanimous. Kewibawaan dan kebijaksanaannya harus lebih tinggi.
"Ulangi sahaja mesej perjuangan. Itu lebih baik daripada berkonfrontasi dan cuba menjawab setiap provokasi pihak yang mahu menyekatnya," kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press itu ketika ditemubual Radio Bangsar Utama, semalam.
Kekecohan tercetus antara penyokong Baju Merah dan Bersih di beberapa lokasi konvoi Bersih 5 sejak 1 Oktober lalu bagi mempromosikan himpunan itu pada 19 November ini.
Pada 1 Oktober lalu, aktivis Bersih dan penyokong Baju Merah yang diketuai Jamal bergelut di Teluk Intan, sementara serangan di Sabak Bernam pada 8 Oktober lalu menyaksikan penyokong Baju Merah dirakam menendang penunggang motosikal Bersih yang melalui kawasan terbabit.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah juga dilihat sering berbalas kenyataan dengan pemimpin gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos.
Kadir memuji Bersih 2.0 yang dilihat berjaya menyampaikan mesejnya ke kawasan luar bandar dan pinggir bandar, walaupun tanpa liputan positif media arus perdana.
"Jika melihat gambaran keseluruhan, Bersih sudah diketahui (umum) walaupun liputan media tradisional tidak memihak kepada mereka.
"Mungkin ada penambahbaikan yang boleh dilakukan. Tetapi, hakikat ia sudah sampai ke Teluk Intan, Batu Pahat dan kawasan kampung menunjukkan (gerakan itu) berjaya dalam aspek propaganda dan penyebaran maklumat," katanya.

Permohonan qazaf Anwar ditolak Mahkamah Tinggi Syariah

Posted: 26 Oct 2016 09:27 PM PDT

"Defisit besar, wang itu dari mana," soal Anwar reaksi Bajet 2017

Posted: 26 Oct 2016 08:54 PM PDT

KENAPA 1MDB PAYAH SANGAT NAK CARI JURUAUDIT?

Posted: 26 Oct 2016 08:38 PM PDT

Pernahkah kita mendengar ada mana-mana syarikat milik kerajaan sebelum ini yang juruauditnya bertukar ganti sampai tiga kali?

Kemudian, pernahkah juga kita dengar ada mana-mana syarikat milik kerajaan yang begitu sukar untuk mendapatkan juruaudit baru sebagai pengganti?

Kenapa hanya 1MDB yang ditimpa masalah begitu?
Masihkah lagi kita mahu percaya bahawa 1MDB adalah sebuah syarikat milik kerajaan yang tidak bermasalah dan semuanya selama ini diurus dengan baik?

Jika tidak bermasalah dan semuanya okay, mengapa sehingga ini seolah-olah tiada juruaudit yang sanggup melakukan audit untuk 1MDB?

Selama 22 tahun Tun Mahathir Mohamad jadi Perdana Menteri, pernahkah kita dengar ada syarikat milik kerajaan yang bukan saja tidak diaudit lebih daripada setahun, bahkan untuk melantik juruaudit baru pun banyak kesukarannya?

Dalam hal ini, apa kata Kementerian Kewangan dan 1MDB meminta bantuan Salleh Said Keruak, Abdul Rahman Dahlan atau Annuar Musa untuk mendapatkan juruaudit baru bagi syarikat pelaburan kerajaan paling bermasalah sejak merdeka itu?

Manalah tahu kalau-kalau ada syarikat audit di Kota Belud atau Ketereh yang sanggup menjalankan "tugas murni"  untuk 1MDB itu!!

Anwar: Visi TN50 Najib tak akan ke mana

Posted: 26 Oct 2016 08:34 PM PDT

Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2017 Jumaat lalu tidak akan mencapai tujuannya.
Anwar berkata, wawasan itu tidak akan ke mana selagi masalah salahguna kuasa tidak diselesaikan.
"Visi itu tak akan ke mana selagi kita tak atasi masalah salahgunakuasa dan tata kelola yang lemah," katanya di luar mahkamah.
Beliau juga berkata, kerajaan perlu menangani defisit yang besar dihadapi negara dan kenaikan harga barangan yang tinggi dihadapi rakyat.
Anwar yang juga bekas menteri kewangan ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1990an diminta mengulas ucapan belanjawan Najib baru-baru ini.

MUHYIDDIN MERUJUK NAJIB SEBAGAI MALAYSIAN OFFICIAL ONE DI PARLIMEN

Posted: 26 Oct 2016 08:24 PM PDT

Semalam Muhyiddin tampil buat pertama kalinya berucap di Parlimen selaku Presiden PPBM, membahas Bajet 2017. Mengikut teks ucapan sebagaimana di FB beliau, banyak kali ditulis perkataan Malaysian Official One.
4.Banyak perkara yang saya bangkitkan mengenai skandal 1MDB ketika saya masih di dalam kerajaan. Saya tidak bersetuju dengan Perdana Menteri hampir dalam semua perkara yang melibatkan 1MDB. Semasa di dalam kerajaan saya menolak pelan rasionalisasi 1MDB untuk menyelesaikan hutang-hutang yang bertimbun menerusi penjualan aset-asetnya yang diperolehi dengan harga yang murah daripada kerajaan kerana saya percaya ada elemen-elemen terselindung yang tidak dijelaskan dengan nyata. Pelan tersebut tidak dibuat oleh pihak pakar yang bebas, tetapi disediakan secara dalaman sahaja oleh Kementerian Kewangan. Seolahnya Malaysian Official One ingin menyembunyikan fakta-fakta penting mengenai penyelewengan 1MDB daripada diketahui oleh pihak lain.
8.Saya berdoa semoga Malaysian Official One diberikan hidayah oleh Allah s.w.t. untuk mengakui kesilapannya, memohon maaf dan bertaubat nasuha di atas segala kemungkaran yang dilakukan. Rakyat yang bermaruah pastinya tidak akan bertolak ansur dengan kemungkaran. Malah adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk melawan dan mengubah kemungkaran. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith sahih:
9.Keduanya ialah tentang institusi-institusi penting negara seperti Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia yang gagal berfungsi atau menjadi, dengan izin, dysfunctional. Institusi-institusi ini telah disalahgunakan oleh Malaysian Official One untuk melindungi kesalahan jenayah besar yang telah dilakukannya. Peguam Negara dipecat, pegawai-pegawai SPRM ditukar dan dibersarakan, Gabenor Bank Negara diugut dan Ketua Polis Negara telah gagal melaksanakan amanah.
11.Tetapi di Malaysia tiada apa yang berlaku. Kenapa senyap sunyi? Seolah-olah siasatan terhadap salahlaku oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam skandal 1MDB tidak dikuatkuasakan! Siasatan terhadap bekas CEO Shahrul Halmi tidak diambil. Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah yang berhenti tidak disiasat dan dilepaskan begitu saja. Tiada seorang pun dipecat atau dihadapkan ke mahkamah atas salahlaku yang dibuat oleh mereka. Yang nyata seolah-olah segala yang berlaku ini disahkan oleh Perdana Menteri. Peguam Negara yang baharu pun tidak menemui sebarang bukti untuk mendakwa sesiapapun yang terlibat dalam skandal 1MDB. Walaupun ada bukti RM42 juta wang SRC International masuk ke dalam akaun Perdana Menteri, tetapi Peguam Negara mendapati Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa perbuatan jenayah. Pelik dan ajaib! Kalau seringgit pun duit syarikat milik kerajaan masuk ke dalam akaun penjawat awam tanpa ada sebab munasabah merupakan satu perbuatan rasuah, inikan pula RM42 juta masuk ke dalam akaun Perdana Menteri. Bagaimana Peguam Negara boleh mengatakan ini bukan perbuatan rasuah? Betapa rosaknya institusi Peguam Negara di bawah telunjuk Malaysian Official One!
19.Malangnya, bajet 2017 yang dibentangkan oleh Malaysian Official Onelangsung tidak menunjukkan bahawa kerajaan serius serta mempunyai pelan yang jelas untuk memulihkan ekonomi negara dan mempersiapkan Malaysia bagi menghadapi sebarang kemungkinan buruk yang akan berlaku akibat ketahanan ekonomi negara yang lemah.
21.Kaitannya dengan bajet adalah jelas. RM53 bilion hutang 1MDB kini ditanggung oleh kerajaan. Tetapi malangnya, Malaysian Official Onetidak menjelaskan secara terperinci bagaimana hutang piutang ini hendak dibayar oleh kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Apa lagi yang Melayu mahukan?

Posted: 26 Oct 2016 08:18 PM PDT

Kepimpinan politik Melayu telah berada di tangan Umno sekian lama. Walaupun Umno telah dilanda berbagai skandal dan masalah, namun secara umumnya, masyarakat Melayu masih menerima kepimpinan Umno. Kedudukan Umno sebagai parti bangsa Melayu telah pada waktu tertentu tercabar, itu pun hasil dari perpecahan yang telah berlaku dalam Umno. Parti serpihan Umno, bermulanya dengan PAS, kemudian Semangat 46 dan PKR telah menghakis sokongan Melayu terhadap Umno, tetapi hanya untuk seketika. Kemudiannya sokongan tersebut telah kembali pada Umno walaupun Umno terus dikaitkan dengan corak kepimpinan yang korup dan rasuah.
PAS yang telah wujud sejak tahun 50an dilihat secara tradisinya sebagi saingan pada Umno. Namun, setelah 60 tahun telah tetap tidak berjaya mencabar kedudukan Umno sebagai parti politik utama orang Melayu. Kecuali hanya di daerah dan negeri tertentu. Secara umumnya dianggarkan tidak sampai 30 peratus masyarakat Melayu bersama PAS. Itu pun sokongan tersebut tercapai hanya sejak tahun 1998 sedangkan sebelum itu sokongan PAS hanya terdapat di negeri Kelantan, Terengganu serta Kedah dan Perlis.
PAS mengaku tak mampu?
Keadaan ini mungkin antara sebab mengapa PAS sudah berubah pendekatan, kecewa dengan kegagalan mendapatkan sokongan majoriti Melayu, maka mula bermesra dengan Umno. Sepertimana yang dikatakan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang :"Nakkan undi Umno, perlu berbaik dengan Umno". Kata-kata itu dengan sendirinya menzahirkan kesimpulan bahawa cara selama ini yang diikuti PAS tidak boleh diguna-pakai. Sokongan Melayu terhadap Umno begitu kental dan tidak boleh berubah dengan PAS melawan Umno. PAS mesti berkawan dengan Umno.
Malangnya tindakan sebegitu menyebabkan PAS berpecah. Ingin tambah undi melalui pendekatan baharu tetapi akhirnya hilang sokongan sebahagian ahli dan pimpinan sendiri! Sedangkan yang dengan Umno tetap dengan Umno. Dengan berpecahnya PAS sehingga tertubuhnya AMANAH, kemungkinan sokongan 30 peratus tersebut telah menjadi tidak lebih dari 20 peratus. Ini yang dikatakan pepatah Melayu, "yang dikendung tercicir, yang dikejar terlepas".
Wujudnya PKR
Dengan wujudnya PKR (dahulunya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional) pada tahun 1998, maka sokongan Melayu terhadap Umno turut terhakis lagi. Pada awalnya, sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat dan muncul dengan mata lebamnya, hampir 30 peratus masyarakat Melayu bersama PKR. Ini menyebabkan pada tahun 1999, lebih 50 peratus undi Melayu telah bersama gabungan Barisan Alternatif (BA) apabila dicampurkan sokongan Melayu pada PAS dan PKR. Namun undi bukan Melayu pula tidak bersama BA pada ketika itu. Maka, undi bukan Melayu menyelamatkan Umno/BN dalam pilihan raya tersebut.
Dalam keadaan sekarang Melayu yang bersama PKR mungkin tidak lebih dari 20 peratus. Itulah sebabnya apabila dicampurkan sokongan Melayu terhadap PAS dan PKR, ianya sekadar lebih kurang 40-45 peratus sahaja sepertimana undi yang diperolehi pada pilihan raya 2008 dan 2013.
Melayu tetap bersama Umno?
Keadaan di mana sokongan majoriti Melayu tidak berganjak dari Umno terus menjadi sesuatu yang menghairankan ramai. Apa yang perlu dilakukan sehingga Melayu boleh dibawa berhijrah dari Umno?
Kalau ingin terlebih dahulu melihat pemimpin Umno melakukan rasuah dan penyelewengan, baru mahu tinggalkan Umno, ini sudah pun berlaku secara besar-besaran. Kalau ada rekod dunia untuk rasuah dan penyelewengan, saya yakin Malaysia akan mendapat emas.
Kerajaan tidak akan berjaya ditukarkan tanpa berlakunya anjakan sokongan Melayu dari Umno kepada pihak yang lain. Sedangkan Melayu tetap bersama Umno/BN!
Soal keyakinan?
Tetapi ada juga yang mengatakan ianya soal 'keyakinan'. Keyakinan terhadap kemampuan pemimpin 'Melayu pembangkang' berbanding pemimpin Melayu Umno. Khususnya ketidakyakinan rakyat Melayu terhadap kemampuan kepimpinan Melayu pembangkang menangani kepimpinan bukan Melayu pembangkang! Mengikut pandangan mereka, teruk macam mana sekalipun Umno, Umno tetap menguasai BN. Melayu Umno mendominasi bukan Melayu dalam BN. Adakah Melayu pembangkang dapat mempertahankan kepentingan dan hak Melayu dalam gabungan pembangkang? Ini yang dikatakan sebagai kekhuatiran utama.
Read More / Baca Lagi >>

Rakyat Thailand mahukan puteri sebagai pengganti

Posted: 26 Oct 2016 08:09 PM PDT


KEMANGKATAN Raja Bhumibol Adulyadej pada 13 Oktober lalu, meninggalkan kesan yang mendalam terhadap rakyat Thailand.
Warganegara Gajah Putih yang berkumpul di hospital di mana tempat raja mereka mangkat menangis dan pilu tatkala mendengar perkhabaran berita itu, hinggakan kerajaan Thailand menetapkan tempoh masa berkabung selama setahun.
"Tuanku mangkat dalam keadaan tenang di Hospital Siriraj,"jelas kenyataan istana Thailand, petik laporan Channel News Asia.
Bagi rakyat Thailand, Raja Bhumibol 88, adalah segalanya. Dialah sosok yang berjaya menyatukan Thailand tatkala zaman peralihan kuasa daripada  perdana menteri kepada kudeta tentera.
Bhumibol pernah menegur Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang autokratik, baginda juga pernah memanggil pemimpin  tentera pada 1992 untuk diadakan pilihan raya pada tahun tersebut, dilaporkan dua orang jeneral tentera yang dipanggilnya, menghadap dalam keadaan berlutut.
Bhumibol atau Raja Rama IX dimahkotakan menjadi raja pada tahun 1946 dan mula menaiki takhta pada tahun 1950, ketika itu usianya baharu menjengah 19 tahun, dari awal pemerintahannya baginda telah mendapat tempat dihati rakyatnya kerana sikap kesederhanaannya dan keprihatinan pada rakyat.
Raja Bhumibol dan Ratu Sirikit menggunakan kekayaan kerajaan untuk membangunkan sekolah dan kemudahan umum yang lain, baginda mencintai petani dan begitu juga petani.
Sekiranya baginda tidak memakai busana diraja, baginda akan membawa kamera yang dikalungkan di lehernya. Bhumibol memang seorang pencinta fotografi.

Di Thailand, gambar Raja Bhumibol dan Ratu Sirikit ada di mana-mana. Bahkan sebelum sebuah filem ditayangkan di panggung wayang gambar baginda akan ditayangkan ketika mana lagu kebangsaan dimainkan bersama.
Bhumibol memerintah selama 70 tahun dan merupakan raja yang paling lama berkhidmat di dunia ini.
Read More / Baca Lagi >>

Mahkamah Tinggi Syariah tolak permohonan qazaf Anwar terhadap Shafee Abdullah

Posted: 26 Oct 2016 08:03 PM PDT

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini menolak permohonan qazaf Datuk Sri Anwar Ibrahim terhadap peguam kanan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah selepas memutuskan bahawa ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan yang berkaitan dengan liwat.
Hakim Mohamed Fouzi Mokhtar berkata demikian kerana negeri Selangor tidak menganggap liwat satu kesalahan sama dengan zina.
Beliau berkata ini walaupun penerimaan majoriti ulama Islam bahawa liwat boleh dimasukkan di bawah zina.
Mahkamah tersebut, katanya, mempunyai bidang kuasa yang terhad dan hanya boleh melaksanakan dan mentafsirkan undang-undang.
Dalam keputusan lisannya, beliau berkata, oleh kerana bidang kuasa yang terhad, maka terpulang kepada badan perundangan negeri atau badan perundangan persekutuan untuk memperluaskannya.

DBKL tak nampakkah banyak gerai warga asing, soal netizen

Posted: 26 Oct 2016 07:28 PM PDT


DBKL didakwa melakukan tindakan berpilih merobohkan gerai milik peniaga Melayu di Lembah PantaiDBKL didakwa melakukan tindakan berpilih merobohkan gerai milik peniaga Melayu di Lembah Pantai
Rata-rata netizen mengecam tindakan  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merobohkan beberapa gerai makanan milik peniaga Melayu di Parlimen Lembah Pantai hari ini.
Robohan gerai berkenaan di kawasan pesat membangun itu juga menyebabkan Ahli Parlimen Nurul Izzah Anwar terpaksa meninggalkan persidangan Dewan Rakyat bagi meninjau situasi semasa.
"Operasi meroboh gerai di Lembah Pantai sepanjang Jalan Pantai Murni oleh DBKL. YB Nurul Izzah bergegas meninggalkan Parlimen untuk melawat peniaga yang terbabit," dipetik dari Facebook Nurul Izzah Anwar yang dimuatnaik kira-kira pukul 4.30 petang tadi.
Selepas sejam dimuat naik terdapat lebih 30 perkongsian dengan lebih 70 komen berkenaan perkara tersebut antaranya Aishah Rash yang menulis, "Pergi Selayang bersepah warga asing dan penipu timbang tak cukup satu kilo."
Mazaliffah Md Esa juga mengulas tentang lambakan peniaga warga asing di Pasar Selayang yang terletak di utara ibu negara.
"Kat pasar Selayang warga asing niaga sebelah lori besar DBKL. Kadang-kadang ada serbuan tapi tidak sampai setengah jam mereka datang balik. Halau, datang balik," ujarnya.
Tindakan penguatkuasaan berpilih DBKL juga dibangkitkan Shahril Tajul Bahar, "Suruh (DBKL) ke Mydin Sinar Kota. Berapa banyak kedai Nepal. Inilah nasib rakyat Malaysia."
Hal sama turut diperkatakan Ayep Dean yang menganggap Melayu seolah-olah menjadi mangsa penguatkuasaan undang-undang berbanding kaum lain dan pendatang asing tanpa izin (PATI).
"Undang-undang Malaysia hanya dikuatkuasakan kepada Melayu saja. Melayu saja yang kena tindakan. Kalau bangsa lain atau PATI mereka bebas tidak terikat dengan undang-undang," ujar Ayep.
Bahkan, rasa simpati terhadap nasib golongan peniaga Melayu di ibu kota juga dikongsi oleh netizen berketurunan Cina.
"Orang Malaysia lagi susah cari makan berbeza warga asing. Dia orang letak semua barang dekat kaki lima tidak pula ada masalah. Orang Malaysia hendak mohon lesen banyak alasan. Taka da lesen semua sapu," tegas Rayment Yau.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB: Husni tanya soalan pernah dijawabnya sendiri

Posted: 26 Oct 2016 07:27 PM PDT

ANNUAR MUSAPersoalan yang dibangkitkan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (BN - Tambun) berkenaan 1MDB sebahagiannya telah dijawab Husni sendiri sewaktu menjadi Menteri Kewangan II, kata Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.
Annuar yang juga merupakan Ketua Penerangan Umno berkata, antara kenyataan beliau pada masa itu adalah "1MDB ditubuhkan dengan matlamat jelas iaitu melabur dan membangun projek dalam bentuk jangka panjang yang mempunyai kepentingan strategik kepada ekonomi dengan sasaran menjana kewangan dan kejayaan pada masa depan (20 Februari 2015)."
"Oleh itu, tiada fakta baru yang Datuk Seri Husni kemukakan. Malah persoalan lain yang beliau lontarkan adalah bersifat kebimbangannya di atas andaian pihak-pihak tertentu dan beliau ingin tahu apakah langkah yang akan diambil oleh kerajaan sekiranya ia menjadi kenyataan," katanya dalam satu kenyataan hari ini
Beliau berkata demikian bagi mengulas perbahasan Husni di Dewan Rakyat semalam yang melontarkan pelbagai persoalan mengenai 1MDB ketika beliau berucap membahaskan belanjawan 2017.
Mengulas lanjut, Anuar berkata, bagaimanapun beliau yakin kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi penjelasan kepada soalan yang dibangkitkan oleh Husni itu, walaupun beliau sebelum ini pernah menjawabnya sendiri.
"Kita harus ambil daripada sudut positif setiap perkara yang diutarakan.
"Isu 1MDB sememangnya sentiasa diberi perhatian serius kerajaan dan pelbagai langkah memperbaiki segala kelemahan sedang giat dilakukan oleh pelbagai pihak yang berwajib," katanya.

Selepas kutuk kerajaan BN dan PAS, lelaki dipercayai bunuh diri

Posted: 26 Oct 2016 07:25 PM PDT

Status Facebooknya menjadi viral di Whatsapp, bagaimanapun pihak berkuasa masih mencari mayat lelaki itu di perairan Pulau Pinang.
penangGEORGE TOWN: Seorang peniaga yang berdepan hukuman penjara 4 bulan kerana menjual rokok seludup dikhuatiri terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah semalam, selepas kiriman di Facebook meluahkan kemarahan terhadap kerajaan malah menasihati pembangkang khususnya PAS.
Usaha mencari di perairan dekat Batu Maung bagaimanapun hanya menemui motorsikal milik lelaki berasal dari Tasek Gelugor, Butteworth itu.
Sebelum itu, pemilik kedai runcit itu memuat naik kiriman di Facebook mengutuk pihak berkuasa dan kerajaan kerana tindakan ke atasnya.
"Ya aku mengaku salah perkara itu salah…tapi hukumannya tak setimpal. Yang pengarah tibai berjuta boleh lepas pula dengan duit jaminan. *** punya pimpinan kerajaan sekarang, berniaga kedai runcit kampung je, bukan untung besar pun," katanya dalam apa yang didakwa sebagai nota terakhir ditujukan kepada isteri dan sahabat.
"Ku tak sanggup lagi menyusahkan orang dengan meminjam duit. Mula ku pilih untuk dipenjara tapi terkenangkan anak nanti digelar anak banduan. Ya Allah, ampuni dosaku," tulisnya.
Dia mendakwa pernah ditahan pada 2012 kerana memiliki rokok seludup bernilai RM160, dan sekali lagi pada Februari lalu.
Status Facebooknya menjadi viral di Whatsapp, bagaimanapun polis tidak menerima apa-apa laporan orang hilang daripada ahli keluarga.
Nota Facebook itu turut diakhiri dengan kritikan terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana semakin rapat dengan Umno.
"Yang terakhir buat presiden PAS, janganlah tertipu dengan pimpinan Umno, depa wayang jer kata sokong rang undang-undang yang nak dibawa itu agar pembangkang berpecah. Bersatulah kembali menjadi pembangkang kuat agar nasib macam aku terbela."
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin kuku besi hancurkan negara, kata Mujahid

Posted: 26 Oct 2016 07:20 PM PDT


Mujahid Yusuf RawaMujahid Yusuf RawaSesebuah negara akan menuju kehancuran apabila pemimpin bertindak secara kuku besi terhadap pihak yang membongkar penindasan dan rasuah, tegas Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Amanah-Parit Buntar).
"Suasana manusia yang mahukan sebuah negara yang dapat memberikan kepadanya rasa belas dan rahmat serta bebas adalah idaman seluruh warganegara.
"Namun ada juga pemimpin negara yang merasakan dirinya mula terancam apabila teguran kepada kefasadan (kerosakan) politik seperti rasuah dan penindasan disambut dengan tindakan ala kuku besi bertopengkan undang-undang dan kuasa yang ada. Saat itu sesebuah negara akan menuju kehancuran," ujarnya dalam perbahasan Bajet 2017 semalam.
Beliau berkata, skandal kewangan syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menanggung kadar hutang terlalu besar dan terkait dengan Perdana Menteri masih belum disiasat.
"Perkara asas menuntut jawapan seperti skandal 1MDB, jumlah besar wang RM 2.6 bilion dalam akaun Perdana Menteri dan lain-lain dibalas dengan pelbagai helah yang tidak menjawab hatta perkara asas seperti menyiasat dan membawa ke pihak pengadilan mereka yang terlibat.
"Malah, bertanyakan soalan ini satu kesalahan sehingga ada yang dipecat dari jawatannya kerana soalan yang menggamit kepentingan negara dan maruah negara," tegasnya.
Mengulas tentang kecenderungan langkah kerajaan memajukan apa yang didakwa bagi kepentingan ekonomi Melayu, beliau berkata, keberkesanan pelbagai polisi berkenaan perlu diteliti semula.
"Apakah dasar-dasar ini telah gagal sehingga ia terpaksa diteruskan dalam format affirmatif dan Melayu-centric?
"Apakah masalah hubungan antara kaum yang menjadi asas penstruktran semula masyarakat dapat diselesaikan?
"Adakah sasaran kepada orang Melayu tercapai dengan mereka mampu bersaing tanpa dasar affirmatif?" soalnya.
Hal ini memandangkan, jelasnya, lahir istilah ketuanan Melayu selepas Dasar Ekonomi Baru (DEB) serta masih berleluasanya kelompok rasis masih mempertikaikan kaum lain atas asas bukan asal di Malaysia.
"Amalan perlindungan politik, akses dan ugutan bahaya 'bangsa lain' masih lagi berlegar dalam kelompok Melayu, diwajarkan persempadanan semula atas kaum dan momokan DAP anti Melayu dan golongan tertentu liberal dan sebagainya," ujar beliau.
Sehubungan itu, beliau berkata, belanjawan yang dikemukakan harus melihat stuktur baharu masyarakat dan perkembangan semasa di luar kawalan yang melahirkan pemikiran baharu dalam rakyat menilai segala tindak-tanduk kepimpinan politik negara.
Read More / Baca Lagi >>

Tamrin bidas Hadi hentikan ‘mulut celupar’

Posted: 26 Oct 2016 07:19 PM PDT

Bekas veteran Umno itu menjawab kenyataan Hadi dipercayai ditujukan kepada wakil rakyat Pakatan Harapan yang keluar dewan ketika pembentangan Bajet 2017 Jumaat lalu.
Mohd Tamrin GhafarKUALA LUMPUR: Bekas veteran Umno Mohd Tamrin Ghafar menyarankan Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya berhenti menggunakan label menghina ke atas musuh politiknya, selepas kenyataan presiden PAS itu yang menyamakan cara pembangkang menegur kerajaan umpama "keldai" dan "anjing gila".
"Bukan sekali Abdul Hadi bermulut celupar begitu. Bahkan pelapisnya seperti Nasrudin Hassan (Ahli Parlimen Temerloh) pun pernah menyebut tentang siku dan lutut menggambarkan pendekatan politik samseng pemimpin parti yang kononnya Islam itu," kata Tamrin, anak bekas timbalan perdana menteri Tun Ghafar Baba, dipetik portal pro-Amanah, Malaysia Dateline hari ini.
Hadi pada Selasa menyeru ahli PAS supaya bertindak menggunakan "cara Islam", 4 hari selepas wakil rakyat pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika ucapan Bajet 2017 oleh Datuk Seri Najib Razak.
Hadi tidak hadir tetapi ahli Parlimen PAS yang berada di Dewan, kecuali Datuk Mahfuz Omar, kekal di kerusi masing-masing.
"Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," kata Hadi dalam kenyataan yang sarat dengan petikan ayat Al-Quran.
Tamrin bagaimanapun berkata Hadi dan pimpinan PAS perlu "perbetulkan diri sendiri daripada terus menganggu fokus rakyat untuk menumbangkan Umno-BN yang dikepalai Najib".
Read More / Baca Lagi >>

Nurul Izzah tempelak Najib 'bakul sampahkan' Wawasan 2020

Posted: 26 Oct 2016 07:19 PM PDT

Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dipertahankan oleh Nurul Izzah Anwar, sesuatu yang agak mengejutkan banyak pihak.
Anggota Parlimen Lembah Pantai dari PKR itu mempertahankan dasar yang pernah diperkenalkan oleh bekas musuh ketat bapanya itu dengan membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana 'membakul sampahkan' wawasan tersebut.
"Saya tidak faham bagaimana Pekan (Najib) boleh menafikan wawasan yang telah dibina sekian lama," Nurul Izzah memberitahu Dewan.
Najib semasa pembentangan Bajet 2017 mengumumkan Transformasi Kebangsaan 2050 atau TN50 yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai penolakan kepada Wawasan 2020.
Wawasan 2020 adalah agenda Mahathir untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara maju.
Nurul Izzah berkata, walaupun pembangkang mengkritik rejim autokratik yang lalu, mereka tidak pernah membenci aspek peribadi.
Oleh itu, ujar beliau, pembangkang tidak pernah menyerang Wawasan 2020.
"Kita mungkin tidak bersetuju dengan banyak perkara yang Mahathir lakukan, banyak kekejaman tetapi apabila melibatkan wawasan yang menggariskan masa depan bersama (kami tidak menyerangnya)," tambahnya.

Menteri Umno kata 1MDB masih cari juruaudit ganti Deloitte

Posted: 26 Oct 2016 07:16 PM PDT

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani berkata 1MDB masih belum menemui juruaudit baru untuk mengganti Deloitte Malaysia, yang menarik diri pada bulan Julai.
Oleh itu, 1MDB masih tidak dapat mengemukakan penyata kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2015 walaupun diberi dua lanjutan tempoh enam bulan sehingga Mac 2016 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk mengemukakan laporan itu.
Katanya, beliau telah memberitahu lembaga pengarah 1MDB bahawa mereka perlu segera meneliti akaun mereka.
"Malah, lembaga pengarah telah meneliti untuk melantik juruaudit baru sejak Deloitte menarik diri," katanya kepada Malaysiakini, sambil menambah bahawa masalahnya ialah ia tidak dapat melantik juruaudit baru.
"Saya rasa mereka mahu mencari juruaudit yang bersedia menerima tugas itu," katanya ketika ditanya sebab ketidakupayaan 1MDB untuk menjamin juruaudit baru.
"Ada banyak perkara (yang perlu dilakukan). Saya yakin lembaga pengarah dan juga pihak pengurusan perlu meyakinkan juruaudit supaya mereka bersedia untuk menerima tugas itu," jelasnya.
"Semua syarikat di bawah Kementerian Kewangan mesti berupaya untuk mengaudit (akaun mereka). Jika tidak, mereka mesti beritahu kami mengapa. Dalam kes ini, mereka telah memberitahu kami mereka tidak dapat mendapatkan juruaudit untuk menggantikan Deloitte," kata Johari yang juga anggota majlis tertinggi Umno.
Malaysiakini telah cuba untuk menghubungi Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Presidennya Arul Kanda Kandasamy untuk mengulas lanjut.
Awal bulan ini, Arul Kanda berkata Deloitte menarik diri kerana tidak dapat menyiapkan pengauditan akaun 2015 firma pelaburan itu.
Firma itu memberikan sebab yang sama seperti sebelum ini, bahawa ia menunggu pemulangan dokumennya, yang dirampas dalam satu serbuan tahun lepas.

Siapa Pengurus Dana dan Bank kustodian Yang Baru? - Tony Pua

Posted: 26 Oct 2016 07:04 PM PDT

Peruntukan Untuk Setiap Sekolah Perlu Dipertingkatkan

Posted: 26 Oct 2016 07:04 PM PDT

Angka Pendaftaran Pengundi Baru Membimbangkan - Teo Kok Seong

Posted: 26 Oct 2016 07:04 PM PDT

Petisyen Bagi Pertimbangkan Sensitiviti Pelajar Semasa Perayaan Deepavali

Posted: 26 Oct 2016 07:03 PM PDT

Rahman Dahlan: 60% Bandar Malaysia Dijual Kepada Pegangan Syarikat China Tidak Benar -

Posted: 26 Oct 2016 07:02 PM PDT

Comments (0)