Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:20 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


‘Waktu menegur tamat, kini waktu keluar Umno’

Posted: 25 Oct 2016 05:11 PM PDT

Bekas ketua cawangan Umno berkata parti Melayu itu tidak boleh diselamatkan lagi seperti yang diharapkan Tengku Razaleigh.
PETALING JAYA: Sudah terlewat untuk ahli Umno mendisiplinkan pemimpin parti yang dilihat menyimpang daripada perjuangan parti itu, kata seorang bekas ketua cawangan Umno.
Naib Presiden Gerakan Ketua Cawangan Umno Malaysia (GKCM), Rushdan Mohamed mengulas kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah semalam yang menggesa ahli Umno bertegas mengingatkan pemimpin parti kembali menggerakkan negara mengikut visi pengasas negara.
"Masa menegur sudah berlalu, sudah terlambat. Sekarang waktu untuk ahli meninggalkan Umno," katanya ketika dihubungi FMT.
Beliau berkata kritikan yang disuarakan sejumlah pemimpin akar umbi kepada pimpinan tertinggi, terutama Presiden Datuk Seri Najib Razak, sebelum ini dibalas dengan tindakan disiplin.
"Jelas Umno sudah tidak dapat diselamatkan, sebarang teguran sudah tidak berguna. GKCM menggesa ahli menyertai mereka yang sudah meninggalkan Umno untuk menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM)," katanya ketika dihubungi FMT.
Memetik pepatah "busuk ikan bermula dari kepala", Ku Li yang juga ahli Parlimen Gua Musang berkata hanya ahli Umno yang dapat menjamin masa depan parti itu yang kini dilihat menjaga kepentingan pemimpinnya.
Read More / Baca Lagi >>

Ulama perlu suarakan beza wahyu dan tafsiran manusia, kata aktivis Islam

Posted: 25 Oct 2016 04:50 PM PDT

Pengarah IRF berkata terdapat perbezaan antara apa yang boleh dianggap daripada Tuhan dan tafsiran manusia.
farouk-musa-irfPETALING JAYA: Para sarjana Islam perlu bersuara mengenai undang-undang syariah yang berdasarkan tafsiran manusia, kata Pengarah Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa.
Ini kerana terdapat perbezaan antara syariah yang diwahyukan dan undang-undang Islam yang berdasarkan pemahaman dan tafsiran manusia.
Menggunakan rang undang-undang (RUU) syariah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai contoh, Farouk berkata, ia harus dibuka untuk perbahasan kerana ia adalah "secara asasnya adalah tafsiran manusia".
"Ia pada asasnya adalah tafsiran manusia, jadi mereka bukan tuhan dan mereka bukan suci. Kita perlu mampu memahami perbezaan 2 aspek ini – sama ada daripada Tuhan atau apa yang ditafsirkan berdasarkan pemahaman sendiri," kata Dr Farouk kepada FMT.
Memetik Ibn Qayyim, ulama besar abad ke-14, Dr Farouk berkata matlamat utama syariah adalah untuk memastikan keadilan dilaksanakan.
"Jika tidak ada keadilan, mana-mana undang-undang yang diluluskan tanpa keadilan atau undang-undang tidak adil, bukan syariah."
Read More / Baca Lagi >>

Mengapa k’jaan Umno@Bn rahsiakan pengurus dana Brazen Sky?

Posted: 25 Oct 2016 04:45 PM PDT

Oleh TONY PUA
Apa sebabnya menteri kewangan merahsiakan pengurus dana dan bank kustodian bagi pelaburan "unit" yang dikatakan bernilai AS$940 juta? Laporan Ketua Audit Negara dan Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan April yang lalu telah menyatakan bahawa nilai dan aset sejumlah AS$7 bilion (RM28 bilion) tidak dapat dikesan atau disahkan.


Antaranya ialah pelaburan "unit" bernilai AS$940 juta yang pada masa itu disimpan dalam bank kustodian, BSI Bank di Singapura. Ketua Audit Negara tidak dapat mengesahkan kewujudan dan nilai semasa pelaburan tersebut sebab 1MDB telah gagal menyerahkan sebarang dokumen daripada BSI Bank kepadanya walaupun dokumen telah diminta selama setahun.
Aset "unit" yang dikatakan bernilai AS$940 juta ini merupakan baki aset yang ditebus daripada pengurus dana di Cayman Islands pada bulan Januari 2015.
Sehingga hari ini, "unit" yang disimpan di BSI Bank ini merupakan misteri sebab kalau 1MDB begitu terdesak kekurangan aliran tunai, sehingga terpaksa menjual aset-aset penting negara seperti penjanakuasa bebas dan hartanah emas seperti Bandar Malaysia kepada pelabur asing, kenapa pelaburan "unit" ini tidak dijualkan dahulu untuk membiayai hutang gergasi 1MDB?
Keengganan 1MDB untuk menyampaikan sebarang matlumat dan dokumen kepada Ketua Audit Negara, dan keputusan Deloitte Malaysia untuk menarik balik pengakuan kepada audit 1MDB bagi tahun 2013 dan 2014 mengemukakan keraguan besar terhadap kewujudan "unit" yang dipegang dalam BSI Bank tersebut.
Kini, lesen perbankan BSI Bank telah dibatalkan oleh kerajaan Singapura kerana didapati bersalah dari segi pengubahan wang haram yang berkaitan dengan skandal 1MDB.
Saya telah bertanya kepada Menteri Kewangan, apa telah terjadi kepada "unit" tersebut.
Inilah jawapan yang saya telah terima daripada YB Menteri Kewangan pada Hari Khamis yang lalu.
Beliau menyebut bahawa "Ahli Lembaga Pengarah Brazen Sky Limited mengesahkan bahawa sebuah bank berlesen antarabangsa telah diberi mandate sebagai custodian bank untuk mengambilalih peranan BSI Bank, Singapura.
Ahli Lembaga Pengarah Brazen Sky Limited juga telah melaporkan bahawa tiada perubahan status di dalam nilai pelaburan tersebut."
Read More / Baca Lagi >>

Anak muda dan politik

Posted: 25 Oct 2016 04:32 PM PDT

anak muda politik"Beri aku 1,000 orang tua, niscaya akan kucabut semerus dari akarnya. Beri aku 10 pemuda, niscaya akan kuguncangkan dunia." (Sukarno)
Apabila membicarakan soal penglibatan anak muda dalam kancah politik, umum mengandaikan bahawa anak muda itu sama ada terlalu kritikal atau melecehkan parti politik sama sekali dan sebaliknya lebih cenderung kepada aktiviti bersifat kebudayaan, kesukanan dan kesukarelawanan. Maka tidak hairanlah apabila pendekatan kerajaan dan parti politik dalam mendampingi anak muda akan mengambil bentuk program-program seperti konsert, pertandingan bola sepak dan santai bersama "tweet famous".
Pandangan sebegini tidak semestinya benar dan merupakan generalisasi sedangkan ketidakcenderungan anak muda dalam organisasi politik bukan sesuatu yang hakiki. Malah, sejak awal lagi penglibatan anak muda dalam gerakan politik tidak dapat disangsikan.
Sejarah penglibatan anak muda dalam politik
Ketika gerakan nasionalisme di Asia Tenggara sedang memuncak pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, anak muda giat memainkan peranan langsung. Contohnya di Filipina, Andres Bonifacio dan Emilio Jacinto hanya berusia 20-an ketika mengasas gerakan nasionalis Katipunan yang melawan penjajah Sepanyol. Rakan seperjuangan mereka dan seorang wanita, Gregoria de Jesus, hanya berusia 21 tahun ketika menyertai gerakan tersebut pada 1896. Manakala Emilio Aguinaldo pula berusia 29 tahun apabila bendera Republik Filipina dikibarkan buat julung kali pada tahun 1898 dan beliau diangkat menjadi presiden pertama negara tersebut. Tokoh nasionalis terkemuka Filipina, José Rizal, pula mengarang bukunya yang sangat berpengaruh, Noli Me Tangere (1887) ketika beliau berusia 25 tahun.
Di Burma, gerakan nasionalismenya juga diterajui pada awalnya oleh organisasi anak muda seperti Young Men's Buddhist Association (YMBA) yang menganjurkan bantahan terhadap Akta Universiti Rangoon 1920 yang digubal penjajah British untuk mengekang kebebasan pelajar. Ekoran daripada itu, ahli-ahli YMBA menubuhkan parti-parti politik atas dasar nasionalisme untuk menuntut kemerdekaan. Antara individu penting ketika itu adalah Aung San, tokoh nasionalis Burma. Pada tahun 1938, beliau meninggalkan kampus dan menyertai politik ketika berusia 23 tahun dan menjadi presiden parti Anti-Fascist People's Freedom League pada tahun 1946. Beliau kemudian mengetuai rundingan dengan pihak British dan berjaya menandatangani perjanjian yang menjaminkan kemerdekaan Burma. Malangnya, sebelum sempat melihat hasil usahanya, beliau dibunuh pada tahun 1947 ketika berusia 32 tahun.
Begitu juga halnya di Indonesia, di mana gerakan nasionalisme tidak dapat dipisahkan daripada Kongres Pemuda-pemuda Indonesia pada tahun 1928. Selain berkumandangnya lagu kebangsaan Indonesia Raya buat kali pertama, kongres tersebut juga terpahat dalam sejarah kerana ikrar "Sumpah Pemuda" yang dilafazkan bagi menzahirkan citra Indonesia yang kekal sehingga ke hari ini, iaitu penyatuan bahasa, bangsa dan tanahair. Sesungguhnya, penglibatan kaum muda dalam pergerakan kemerdekaan begitu ketara sehingga Benedict Anderson menggelarkannya sebagai "Revolusi Pemuda".
Di Malaysia, anak muda tidak kurang jasa baktinya. Sebagai contoh, Saberkas yang merupakan antara gerakan nasionalis pertama di tanahair kita telah ditubuhkan di Kedah semasa zaman Perang Dunia Kedua. Ia merupakan gerakan bawah tanah yang mengambil bentuk koperasi, iaitu Syarikat Bekerjasama Am Saiburi, namun singkatan tersiratnya adalah "sayang akan bangsa, ertinya redha korban apa segala". Pengasas gerakan ini merupakan anak muda termasuk Khir Johari, Senu Abdul Rahman, Abdul Aziz Zain dan ramai lagi di bawah naungan seorang putera raja Kedah, Tunku Abdul Rahman Putra.
Read More / Baca Lagi >>

K'jaan BN akan tetap bina hospital Tanjong Karang sembang Noh Omar

Posted: 25 Oct 2016 04:28 PM PDT

Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan tetap menunaikan janji untuk membina Hospital Tanjong Karang bagi memudahkan penduduk di situ dan kawasan sekitar mendapat rawatan terbaik.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata pada masa ini kelewatan pembinaan hospital berharga RM269 juta itu disebabkan masalah teknikal antara pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor.

"Pembinaan Hospital Tanjong Karang tetap akan dilaksanakan seperti dijanjikan dan dimaklumkan surat tawaran pun telah diberikan oleh JKR kepada kontraktor," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan Deepavali kepada penduduk berketurunan India dalam kawasan Parlimen Tanjong Karang semalam.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata demikian ketika mengulas dakwaan pembangkang kononnya kerajaan BN tidak menunaikan janji untuk membina hospital itu sebaliknya bakal membangunkan sebuah klinik pergigian di tapak hospital itu di Sungai Terap.

Katanya klinik itu pada awalnya dicadang dibangunkan di tapak asal iaitu bersebelahan perhentian bas di pekan Tanjong Karang, namun terpaksa dipindahkan ke tapak hospital itu demi keselesaan penduduk kawasan sekitar.
Read More / Baca Lagi >>

SOMBONGNYA "BAKAL PM" NI!!

Posted: 25 Oct 2016 04:22 PM PDT

Agaknya pemimpin-pemimpin UMNO sekarang tidak boleh ditegur sama-sekali, baik oleh orang luar mahupun pemimpin dalam parti itu sendiri.

Kalau teguran pemimpin veteran seperti Tengku Razaleigh yang banyak berjasa dan pengalaman pun, ada pemimpin UMNO yang kononnya merupakan "calon bakal Perdana Menteri di masa depan" mengatakan, "jangan dilayan teguran itu", siapa lagi yang boleh memberi pandangan?

Ketika melancarkan sebuah buku Isnin lalu, Tengku Razaleigh antara lain berkata, UMNO perlu melakukan perubahan dalam strategi politiknya kerana ramai yang berpendapat parti itu ketika ini banyak menghampakan rakyat serta tidak lagi bertindak untuk kepentingan negara.

Beliau kemudian menggariskan 10 perkara yang perlu dilakukan oleh UMNO jika ingin terus relevan dan kekal berkuasa.
Apa yang salahnya dengan teguran Ku Li itu? 

Apakah sebagai pemimpin lama, beliau tidak boleh memberi teguran sama sekali?

Dah UMNO tengah nazak dan ditolak di sana sini pun,  masih nak sombong lagi?

Hudud: Kelantan peruntuk RM1j bangun prasarana material

Posted: 25 Oct 2016 04:20 PM PDT

Ahmad Yakob
KOTA BHARU - Ketika mana bacaan kedua pindaan Akta 355 di Parlimen menarik perhatian masyarakat, Kerajaan Kelantan membuat langkah susulan bagi merealisasikan Kanun Jenayah Syariah II dapat dilaksanakan di negeri ini.
Dalam pembentangan Bajet 2017 yang bertemakan 'Kelantan Sejahtera untuk Islam', kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta bagi membangunkan prasana material perlaksanan kanun itu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, sebanyak RM1.3 juta pula diperuntukkan kepada Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Kelantan iaitu sebuah jabatan baru yang dipecahkan daipada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik).
"Ini usaha pertama pertama yang dilaksanakan seumpama ini di Malaysia dan insya-ALLAH selepas ini bakal menyaksikan pengasingan bahagian penguatkuasaan Udang-Undang Syariah daripada Jaheik untuk dijadikan jabatan baru," katanya.
Menurutnya, tindakan itu membuktikan bahawa usaha Kerajaan Kelantan dalam memartabatkan perundangan syariah di negeri ini bukanlah satu retorik atau momokan kosong.
Terdahulu, Ahmad mengumumkan bajet defisit berjumlah RM42 juta, dengan hasil hutan terus kekal penyumbang terbesar hasil kerajaan.
Katanya,  anggaran hasil negeri pada 2017 dijangka meningkat 43.18 juta kepada RM636.98, berbanding anggaran perbelanjaan mengurus RM679.63.
Beliau berkata, hasil hutan kekal menjadi penyumbang terbesar dengan RM177.20 atau 27.81 peratus daripada keseluruhan hasil.
"Ia menunjukkan peningkatan sebanyak RM4.25 juta ataupun 1.73 peratus dibandingkan dengan anggaran pada 2016 sebanyak RM172 juta," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Siapa Sebenarnya Kaldai & Anjing Gila Itu?

Posted: 25 Oct 2016 04:18 PM PDT

Jangan berlagak keldai dan anjing gila, kata Hadi

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta semua ahlinya khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya.

"Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," kata Abdul Hadi dalam tulisannya di Harakahdaily, lidah rasmi Pas.


Abdul Hadi dipercayai merujuk kenyataannya kepada tindakan sebahagian besar pembangkang yang bergaduh dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan Bajet 2017 Jumaat lalu.

Dalam peristiwa itu, hampir kesemua pembangkang keluar dari dewan selepas itu namun ahli parlimen Pas kekal.

"Kewajipan kami ialah mengajak seluruh manusia dalam masyarakat majmuk supaya melakukan perubahan kepada Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua," katanya.

Kini, katanya, PAS masih menjadi pembangkang dan tidak berhasrat menyertai BN kerana perbezaan dasar dan pendekatan serta masih banyak perkara yang tidak memuaskan.

"PAS menjadi pembangkang yang istiqamah dengan dasar Islam, konsep dan pendekatannya," kata ahli parlimen Marang itu. 

Biasalah Haji Hadi dengan bahasanya begitu. Nak buat macamanalagi. Naib Ketua Ulama Sedunia katakan. Ada lesen besar untuk berkata sesuka hati agaknya.

Beliau meminta semua ahli PAS khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya.

Tapi beliau sendiri tidak hadir di parlimen. Akhlak Islamkah yang mengajar seseorang itu untuk ponteng parlimen walaupun ambil gaji dan elaun?




Bukankah menunaikan amanah sebagai ahli parlimen itu WAJIB hukumnya? Jika tak mampu untuk hadir, lebih baik letak jawatan sebelum hukum kebenaran dan keadilan berjalan dimana Presiden PAS akan dipaksa untuk meletakkan jawatan. Siapa memaksa? Ya hukum kebenaran dan keadilan yang menyatakan: yang tak menjalankan amanah akan tetap menerima hukum yang setimpal dariNya. HukumanNya boleh datang dalam pelbagai bentuk, direntap segala macam kurniaan nikmat seperti nikmat kesihatan dan paling akhir ialah "mati dengan tiba-tiba" tanpa sempat untuk bertaubat. Kita sekadar mengingatkan. Read More / Baca Lagi >>

Pembangkang lepas lagi peluang 'duga' Najib semalam

Posted: 25 Oct 2016 04:16 PM PDT

Datuk Seri Najib Razak hadir di Dewan Rakyat - untuk kali ketiga pada sesi ini - semalam ketika sesi Soal Jawab Menteri untuk menjawab satu soalan mengenai hutang negara yang dibangkitkan wakil BN.
Wakil pembangkang mempunyai peluang untuk bertanya soalan ringkas kepada perdana menteri.
Mereka, sebagai contoh, boleh bertanya mengenai kebimbangan bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ketika membahaskan belanjawan kelmarin.
Pembangkang juga boleh bertanya mengenai keadaan sebenar ekonomi negara sehingga mendorong kerajaan memotong peruntukan untuk universiti awam.
Sebaliknya Tan Seng Giaw (DAP-Kepong) bangkit bertanya mengenai bentuk pinjaman luar pesisir kerajaan bernilai RM2.7 bilion.
Menjawabnya Najib berkata kebanyakan pinjaman itu dalam bentuk sukuk.
Najib kemudian beredar meninggalkan Dewan Rakyat.
Ia satu lagi peluang yang tidak dimanfaatkan pembangkang untuk menyoal perdana menteri selepas ruang sama tidak digunakan dengan baik pada Isnin lalu apabila Tan menyoal secara umum keadaan ekonomi negara.
Soalan susulan Tan biasa-biasa saja tetapi membuka ruang kepada pembangkang menyoal Najib secara berdepan mengenai siasatan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS ke atas 1MDB, serta Malaysian Official 1 (MO1), serta bagaimana ia memberi kesan kepada ekonomi.
Suasana itu berlangsung sebelum Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat ketetapan menolak sebarang soalan lisan berkaitan saman sivil DOJ sebagi subjudis.
Bagaimanapun Liew Chin Tong (DAP-Kluang) membangkitkan soalan sama ada kerajaan akan mengurangkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kepada tiga peratus. Ia sepatutnya boleh dibangkitkan ketika perbahasan belanjawan.
Ditemui di lobi parlimen, Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata pembangkang sepatutnya bertanyakan soalan lebih mencabar kepada Najib.
Read More / Baca Lagi >>

SEBENARNYA ‘LOLIPOP’ ALI RUSTAM DI TIPU UMNO MO1

Posted: 25 Oct 2016 04:12 PM PDT


Oleh Ahli UMNO Melaka:
Bekas Ketua Menteri Melaka Dato Seri Ali Rustam (yang sudah expiry date) mahu memberi gula lolipop pula kepada Ahli Parlimen Pembangkang yang telah bangun keluar Dewan kerana membantah pembentangan Belanjawan 2017 oleh MO1 yang sebenarnya tidak serius dan lebih menghampiri lawak jenaka.
Ali Rustam mungkin terlupa dia berada dalam Dewan Parlimen dan bukan di perasmian persidangan UMNO atau MIC. Ali sepatutnya memberi gula lolipop kepada MO1 sebab pembentangan Bajet 2017 oleh  MO1 adalah seperti kelakuan budak-budak.
Dulu Ali Rustam memang popular di kalangan ahli UMNO sehingga Ali cukup yakin menjadi calon merebut jawatan naib presiden dalam pilihan parti UMNO. Tetapi malangnya bagi Ali dia tidak sedar bukan sikit pemimpin UMNO yang tidak suka kepada kejayaannya.
Ali tidak sedar bahawa MO1 sendiri telah berkomplot untuk menghalangnya dari mara ke depan dalam pilihan parti sebab sebarang kemenangan Ali akan memadamkan peluang bagi saudara MOI sendiri  menduduki tampuk pimpinan parti dan pemerintahan negara.
Jadi terpaksalah Ali Rustam kena sabotaj.  Dengan sepantas  kilat lembaga disiplin UMNO mendapati Ali Rustam terlibat kesalahan politik wang. Secepat kilat Ali dilarang bertanding jawatan parti.
Sebagai seorang pejuang Ali tidak putus asa. Pada PRU13 Ali Rustam telah melepaskan kerusi DUN dan bertanding kerusi Parlimen Bukit Katil pula.  Ali Rustam merasa penuh konfiden akan menangi Parlimen Bukit Katil  sebab beliau adalah seorang Ketua Menteri Melaka yang sangat popular.  Malangnya Ali telah kalah dalam pilihanraya untuk merebut kerusi Parlimen di Melaka.
Ali mendapati sangat sukar untuk menerima keputusan pilihanraya itu. Beliau langsung tidak sangka boleh kalah Bukit Katil dan Ali telah menyalahkan kaum bukan Melayu kerana tidak mengundinya.
Malangnya bagi Ali dia tidak sedar bahawa sebenarnya UMNO yang telah sabotaj peluangnya untuk menang. Jika Ali Rustam menang  Parlimen Bukit Katil  maka sudah tentu beliau akan dilantik menjadi Menteri. Ramai pemimpin UMNO dan pemimpin pelapis membimbangi populariti Ali Rustam.
Sudah begitu lama dan dengan begitu tekun Ali telah melabur masa, tenaga dan duit untuk mendekati ahli peringkat bawah. Ahli parti suka kepada Ali Rustam yang sopan dan prihatin. Beliau tidak menunjuk sombong dan selalu menghadiri majlis dan khenduri di seluruh negara. Beliau menjadi 'mentor' kepada ramai Ketua Bahagian dan juga memberi mereka lolipop. Ali sering memberi anugerah Datuk kepada ramai orang dari seluruh negara yang menjadikannya lagi popular.   Beliau juga cerdik dalam mentadbir negeri Melaka. Jentera kerajaan negeri berjalan dengan pantas dan efisien yang telah membawa kemajuan ekonomi kepada penduduk Melaka dan hasil yang lumayan kepada kerajaan negeri.Kejayaan pentadbiran Ali Rustam telah menarik perhatian Tun Daim Zainuddin yang menjadi Menteri Kewangan pada waktu itu.  Daim mahu Melaka menjadi negeri contoh yang boleh diikuti oleh negeri lain dari segi pembangunan ekonomi. Dan Tun Daim mendapati bahawa Ali Rustam memenuhi kriteria sebagai seorang pemimpin yang sangat rajin dan efisien dalam menjalankan tugas serta mampu menyiapkan projek-projek pembangunan dalam masa yang singkat.
Nasib Ali Rustam bertukar menjadi bertambah baik. Dia menjadi 'blue eyed boy' Daim Zainuddin. Ali kerap berjumpa dengan Daim di Kementerian Kewangan untuk mendapat kelulusan bagi projek pembangunan di Melaka. Daim kerap meluluskan permintaan Ali Rustam dengan cepat juga, memandangkan bahawa projek itu membawa faedah dan pembangunan kepada rakyat dan negeri Melaka.
Di bawah pimpinan Ali Rustam sebagai Ketua Menteri dan dengan bantuan Daim Zainuddin sebagai Menteri Kewangan Pusat, Melaka telah berkembang dan maju dengan begitu cepat.  Daim juga telah memberi peruntukan untuk projek membersihkan Sungai Melaka yang kemudiannya  menjadi penarikan pelancongan taraf antarabangsa.
Malangnya tanpa pengetahuan Daim Zainuddin, Ali Rustam juga sibuk mengutip lolipop dari peniaga dan towkay yang perlu untuk dihadiahkan kepada ramai Ketua Bahagian yang disebut tadi. Ali mengumpul banyak lolipop yang digunakan untuk meng-gula dan me-madukan penyokong dan ahli akar umbi. MO1 mungkin telah belajar dari Ali Rustam cara-cara untuk memberi lolipop kepada penyokong.
Jadi sebab semua inilah Ali pun merasa begitu konfiden dia boleh menangi Parlimen Bukit Katil  dan menjadi ahli Dewan Rakyat. Tetapi apa yang berlaku sebenarnya ialah pimpinan parti runsing dan tidak senangi popularitinya. Mereka mula bergerak untuk sabotaj peluang Ali Rustam.
Read More / Baca Lagi >>

Mesyuarat PAC esok dijangka dipulaukan

Posted: 25 Oct 2016 08:23 AM PDT

Beberapa ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dari kedua-dua pihak pembangkang dan BN dipercayai telah memulaukan mesyuarat jawatankuasa berkenaan akhir-akhir ini berikutan perbezaan pendapat dengan ketuanya, Datuk Hasan Arifin.
Menurut sumber, ahli parlimen ini secara berterusan tidak hadir apabila PAC bermesyuarat sepanjang April hingga Oktober.
PAC dijadualkan bermesyuarat lagi mulai esok dan pemulauan dijangka berterusan.
Adalah difahamkan pemulauan itu berpunca daripada keputusan Hasan yang secara unilateral memadamkan ayat utama dalam laporan PAC mengenai siasatan ke atas 1MDB, selepas ia secara kolektif diluluskan.
Ayat yang menjadi pertikaian itu menyatakan bahawa Bank Negara telah memaklumkan kepada PAC yang Good Star Ltd dimiliki oleh individu yang tidak dikaitkan dengan kumpulan PetroSaudi.
Sejak itu, telah dipastikan bahawa Good Star dimiliki oleh hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low, yang menurut pihak berkuasa Amerika menyelewengkan dana 1MDB.
Syarikat itu menerima AS$1.03 bilion dana 1MDB yang sepatutnya bagi membiayai projek usaha sama dengan PetroSaudi International.
Ketika dihubungi, ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mengesahkan bahawa beliau, bersama-sama dengan ahli parlimen Teluk Kemang, Kamarul Baharin Abbas Shah dan Ahli Parlimen Selayang William Leong, selama ini tidak menghadiri mesyuarat PAC.
Mengenai sama ada beliau akan menghadiri mesyuarat PAC akan datang, Pua menjawab: "Saya mungkin keluar negara".
Sementara itu, Malaysiakini telah menghubungi seorang ahli parlimen BN yang dikatakan juga menghilangkan dirinya daripada mesyuarat.
Beberapa sumber yang sangat dipercayai memberitahu Malaysiakini bahawa Ahli Parlimen BN itu memang telah tidak hadir pada mesyuarat PAC sejak laporan mengenai 1MDB dibentangkan.
Mesyuarat PAC esok dijadual membincangkan Agrobank milik kerajaan.
Adalah difahamkan, dua wakil rakyat pembangkang - ahli parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw dan ahli parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan - bukan sebahagian daripada anggota yang memulaukan mesyuarat itu.
Tan dari DAP adalah timbalan pengerusi PAC.

‘Perdana menteri yang dipilih juga boleh jadi diktator’ – Tun M

Posted: 25 Oct 2016 08:20 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menjawab dakwaan bahawa beliau seorang diktator ketika menjadi perdana menteri keempat.
Bagaimanapun, beliau memberikan jawapan penuh sindiran tajam, seperti yang sering dilakukannya.
"Saya setuju sepenuhnya dengan apa yang orang kata pada saya.
"Sudah tentu saya jadi diktator selama 22 tahun, yang mahu orang lain setia secara mutlak pada saya.
'Perdana menteri yang dipilih juga boleh jadi diktator' - Tun M"Majlis Tertinggi Umno dan kabinet agak dungu dan saya seorang saja yang bercakap. Mereka hanya angguk kepada dan kata ya," sindirnya.
Beliau mengulas tulisan bekas timbalannya Tan Sri Musa Hitam dalam buku biografinya Frankly Speaking.
Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir juga membandingkan dirinya dengan diktator-diktator dunia seperti pemimpin Nazi Adolf Hitler, pemimpin fasis Itali Benito Mussolini dan pemimpin Kesatuan Soviet Joseph Stalin.
"Kebetulan saya hendak sebut bahawa semua diktator, Hitler, Mussolini dan Stalin, letak jawatan secara sukarela seperti saya.
"Misterinya bagaimana saya berjaya dipilih lima kali. Tetapi kini kita tahu bahawa perdana menteri yang dipilih juga boleh jadi diktator," katanya.
Mahathir meletakkan jawatan pada 2003 dan memberi laluan kepada penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau kemudian bertukar pendirian dan mengakui membuat pilihan salah.
Beliau terus lantang mempersoalkan pentadbiran perdana menteri sehingga sekarang, melibatkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Bertanding kerusi DAP: Adakah Pas yakin menang atau mahu balas dendam?

Posted: 25 Oct 2016 08:19 AM PDT

Kenyataan Mursyidul Am Pas Ustaz Hashim Jasin bahawa Pas mungkin bertanding di kerusi DAP pada pilihan raya umum (PRU) ke 14 mendapat reaksi kurang menyenangkan daripada ahli parti itu sendiri.
Veteran Pas era Fadzil Noor berpendapat kenyataan Hashim tidak masuk akal dan membuang masa kerana bertanding di kawasan majoriti Cina tidak pernah dilakukan sepanjang sejarah penubuhan parti itu.
Salah seorang veteran yang rapat dengan almarhum Fadzil Noor berkata, tindakan tersebut bukan dilakukan secara berstrategi sebaliknya hanya di atas faktor bencikan DAP semata-mata.
"Dalam hal ini (bertanding di kawasan DAP) rasanya Pas bukan nak lawan untuk menang tapi lawan untuk balas dendam kerana mereka bencikan DAP selepas parti itu putuskan hubungan dengan Pas
"Dengan cadangan ini, nampaknya Pas semakin menuju arah politik sempit dan kacau bilau antara kemahuan ahli bawahan dan kehendak segelintir pimpinan kanan yang sakit hati terhadap DAP," katanya yang enggan namanya tidak disiarkan.
Beliau juga mengkritik tindakan Pas yang menjauhkan diri daripada rakan-rakan pembangkang lain dan menjaja politik akhirat untuk terus berkuasa.
"Slogannya (Pas) sekarang biarlah kalah atas dunia tapi tetap yakin menang di akhirat
"Namun Pas pernah mendapat habuan duniawi dengan kehebatan strategi Fadzil Noor. Langkah Fadzil menyokong perjuangan Anwar Ibrahim pada 1998 dulu menyebabkan Pas meraih kemenangan demi kemenangan sehinggalah sekarang
Read More / Baca Lagi >>

Pindaan RUU 355: Umno senyap, Pas tak keruan

Posted: 25 Oct 2016 08:17 AM PDT

Pas sejak setahun lalu berbaik sangka dengan Umno dengan harapan mendapat sokongan untuk perlaksanaan undang-undang syariah ala Malaysia di Kelantan dan boleh meluluskan pindaan RUU 355
Tiba-tiba Umno yang menyokong pindaan RUU 355 itu dikecam oleh rakan bukan Islam. Maka Umno terus diam tidak berani layan Pas
dan RUU 355 juga seakan-akan tidak muncul di Dewan Rakyat untuk dibahaskan. Hanya rang undang-undang kerajaan dan Bajet 2017 yang menjadi fokus utama.
Ditipu berkali-kali
Kesenyapan Umno itu mengundang kritik dalam kalangan ahli Pas yang 'kurang walak'. Bagi mereka, telah berkali-kali pimpinan Pas diingatkan agar jangan tertipu oleh Umno.
Tetapi juak-juak Pas yang ada dalam Umno dan NGO Umno 'dok bodek, dok siram, dok tepuk, dok usap' pimpinan Pas supaya yakin bahawa Umno pun orang Islam dan mereka akan sokong RUU 355.
Mufti-mufti yang selama ini cenderung agar Pas bekerjasama dengan Umno pun mainkan jarum mereka isytihar sokongan atas RUU 355. Maka tenggelamlah pimpinan Pas dalam temberang dan bodek Umno.
Bajet Umno pijak rakyat
Mana ada bajet yang pembangkang pernah setuju sama ada naik gaji atau turun cukai yang diusulkan BN selama kini. Tetapi oleh kerana majoriti di parlimen sentiasa menyebelahi BN maka mereka mudah meluluskan bajet.
Kali ini heboh MP pembangkang keluar dewan masa pembentangan bajet 2017
Hanya MP bengong sahaja tidak faham psiko cara serang membantah bajet BN maka mereka terus duduk melongo dalam dewan dan mengecam rakan pembangkang yang lain.
Tidak timbul isu MP hina dewan atau hina PM apabila keluar dewan masa PM berucap. Bahkan tindakan itu disebabkan Tuan Speaker yang menghalau MP pembangkang ketika pembentangan bajet hampir berakhir
Hashim Jasin Mursyidul baharu
Read More / Baca Lagi >>

GANDINGAN RAZALEIGH - MUSA - MALAYSIA BOLEH CAPAI NEGARA MAJU SEAWAL 2000...

Posted: 25 Oct 2016 08:10 AM PDT

 
Bayangkan sekiranya regu Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah mentadbir negara dari 1988 dan jika Tun Dr Mahathir Muhamad, kalah dalam pemilihan UMNO 1967.
Tengku Razaleigh Hamzah sebagai 'Presiden UMNO' akan menjadi Perdana Menteri sementara Musa Hitam yang menewaskan Tun Ghafar Baba,  menjadi 'Timbalan Perdana Menteri'.
Kedua-duanya adalah regu mantap yang akan membolehkan Malaysia mencapai status negara maju lebih cepat daripada Wawasan 2020.
Malaysia mungkin capai status negara maju pada tahun 2000 atau lebih awal.
Namun sayang sekali kita terlepas peluang itu (apabila Dr Mahathir terus menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum menyerahkannya kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi).
"It is a pity. If I had been defeated by T.R., we would be able to see the close friendly relation between T.R. and Musa in the Government. The country would probably become fully developed by 2000 or earlier. We missed a great opportunity."
Itu bukan saya kata. Dr Mahathir yang kata melalui catatanya melalui blognya chedet.cc semalam.

Dr Mahathir secara sinis menggambarkan betapa kedua-dua boleh menjadi regu yang baik kerana mereka memang pasangan cocok  yang akan dapat bekerjasama dan saling 'sayang-meyayangi'.
Sindiran Dr Mahathir itu dibuat pada ketika beliau menyiarkan dua surat bekas timbalannya, untuk menepis pandangan Musa yang mendakwa beliau  meletak jawatan daripada Kabinet Dr Mahathir selepas Perdana Menteri itu membuat tuduhan beliau cuba menyingkirkan Dr Mahathir.
Musa sebelum ini menyatakan perkara itu dalam memoirnya bertajuk  'Frankly Speaking'.
Melalui pendedahan ini, Dr Mahathir memberitahu apa sebenarnya berlaku dengan Musa – perletakan jawatannya kononnya kerana ketidak-kepercayaan Perdana Menteri atau kerana sebab beliau sendiri yang minta berhenti.
Dr Mahathir turut mengulas mengenai panggilan Hitler terhadapnya.

Dr Mahathir menyatakan hakikat sebenar melalui dua surat Musa yang dianggap rahsia selama ini.
Menurut Dr Mahathir, Musa meletakkan jawatan  kerana membantah tindakan Perdana Menteri ketika itu  yang menawarkan kepada Ahli Parlimen Gua Musang itu jawatan Menteri Perdangangan dan Industri pada susunan semula Kabinet 1984.
Untuk menilai sejauh mana ikhlas cerita Musa mengenai dirinya, Dr Mahathir menyiarkan dua surat Musa. "Bandingkanlah..."kata Dr Mahathir.
"Untuk melihat bagaimana berterus terangnya cerita Musa tentang dirinya, sila baca kedua-dua suratnya. Salinan asal sukar dibaca, jadi saya menulis semula kandungan. Anda boleh membuat perbandingan," katanya.
Surat asal tidak disiarkan sepenuhnya di blog itu tetapi Dr Mahathir melampirkan salinan apa yang ditulis Musa.


Dr Mahathir juga berkata dengan menyiarkan surat berkenaan beliau tidak dapat mengekalkan keinginan Musa untuk merahsiakan surat berkenaan kerana memoir bekas timbalannya itu membayangkan tiada apa yang ingin disembunyikan.
Surat pertama bertarikh 5 Julai 1984 memaparkan perkataan Top Secret (Rahsia Besar) di atasnya, manakala surat kedua bertarikh 31 Julai 1984.
Read More / Baca Lagi >>

Shahrir selar 2 bekas menteri bangkit isu 1MDB tak berpendirian

Posted: 25 Oct 2016 08:06 AM PDT

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional berkata mereka seharusnya mempunyai prinsip tersendiri dan bukannya bersifat populis kerana mahu menentang BN.
Tan-Sri-Shahrir-Abdul-Samad
KUALA LUMPUR: Dua bekas menteri yang membangkitkan rasa tidak puas hati mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) pada persidangan Dewan Rakyat kali ini disifatkan sebagai individu yang tidak berpendirian tetap.
Ahli Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semasa memegang jawatan menteri, tidak pernah membantah, sebaliknya bersetuju dengan pelaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB.
"Soal rasionalisasi 1MDB diputuskan Kabinet dan ketika itu Shafie menjadi menteri yang bersetuju kepada pelan itu… tapi kenapa masa itu tiada bantahan.
"Saya pernah jadi menteri, selepas itu calon bebas bertanding lawan BN, tetapi dalam kempen saya tidak mengungkit apa perkara yang saya bersetuju bersama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.
Shahrir yang juga pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkata mereka seharusnya mempunyai prinsip tersendiri dan bukannya bersifat populis kerana mahu menentang Barisan Nasional (BN).
Shafie, ahli Parlimen Semporna yang juga bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah mempersoalkan beberapa keputusan kerajaan berhubung 1MDB ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat hari ini.
Semalam, Husni iaitu ahli Parlimen Tambun yang juga bekas menteri kewangan kedua turut membangkitkan isu sama selain menggesa kerajaan menguruskan ekonomi negara lebih cekap dan telus.
Read More / Baca Lagi >>

1MDB BERHUTANG RAKYAT YANG TANGGUNG BUNGA DAN POKOK...!!!

Posted: 25 Oct 2016 07:56 AM PDT

Bayar bunga hutang 1MDB sampai RM2.7 bilion setahun boleh plok bayar.

Bayangkan Najib bercita2 mahu jadi PM selama 22 tahun, berapa trillion ringgit bakal Najib kerah GST dari rakyat utk bayar bunga sahaja hutang 1MDB ??!!

KERA DIHUTAN DISUSUKAN OLEH KERAJAAN UMNO@BN...!!!

Posted: 25 Oct 2016 07:53 AM PDT

Inilah satu kejayaan TRANSFORBASI NAJIB semenjak beliau jadi PM.

Bersiap sedialah dgn Transformasi Nasional 2050 Najib (TN50) itu..

Kan tak lama lagi nak PRU14..
BRAVO NAJIB !!!!.. BRAVO..

Siapakah Pengkhianat Negara sebenarnya !!!
Kamu punya angkara TETAPI CINA-DAP JUGA YG KAMU TETAP PERSALAHKANNYA..

SIAPA YANG "GADAI" NEGARA...!!!!

Posted: 25 Oct 2016 07:50 AM PDT

Panglima Perang Orang Islam Najib SUDAH 'gadai'-jual 60 peratus hartanah aset negara kpd negara KOMUNIS-CHINA TETAPI BAYARANNYA DIBUAT PADA TAHUN 2022 ??!!!

DAH GILA KA APA PM MALAYSIA NI !!!!

Anda fikirlah sendiri jika Najib pon bercita2 nak jadi PM SELAMA 22 TAHUN.

Agak2 apa lagi aset negara yg bakal digadaikannya nanti...

Bila Najib Nak Jawab...!!!

Posted: 25 Oct 2016 07:48 AM PDT

Memang benar apa yg dinyatakan oleh Tunku Temenggong Johor Tunku Idris... Hospital di bawah Kementerian Kesihatan bukannya di bawah Kerajaan Johor...

Apa dah jadi dengan kutipan GST RM57.27 bilion pergi ??!!

"RM85 JUTA BAGI PERMATA", Najib Razak (21/10/2016)

Rupa2nya hutang 1MDB tiada kaitan langsung pada hutang Malaysia..

Posted: 25 Oct 2016 07:46 AM PDT

Sebab itulah Najib hanya lantik penasihat & menteri2nya di kalangan orang yg pandai menipu & perbodohkan rakyat.

Bajet 2017 ikat perut rakyat tetapi kerajaan tetap boros

Posted: 25 Oct 2016 06:24 AM PDT

Bajet 2017 adalah bajet defisit sepanjang 20 tahun berturut-turut sejak 1998, ia adalah satu rekod baru yang membimbangkan.
Jumlah defisit tahun 2017 adalah sebanyak RM40.3 bilion jika dibandingkan dengan defisit tahun ini sebanyak RM38.9 bilion, satu peningkatan yang membimbangkan.
Sekiranya ditambah dengan bajet tambahan yang kini berlaku setiap tahun dibawah pentadbiran Najib, jumlah defisit tahun depan dijangka akan melebihi paras RM50 bilion.
Dari jumlah RM260.8 bilion yang diperuntukan, bajet 2017 menyaksikan belanjawan mengurus adalah setinggi RM214.8 bilion atau 81.7 peratus sebaliknya belanjawan membangun hanya 18.3 peratus atau RM46 bilion sahaja.
Jumlah ini merupakan satu pengurangan sebanyak RM6 bilion. Pengurangan adalah satu perkembangan buruk kerana ia mencerminkan pengurusan fiskal kewangan yang telah sesat hala tuju memandangkan negara kita adalah negara yang sedang membangun dan status negara maju masih tidak kesampaian.
Hutang negara akan mencecah paras baru sehingga RM870 bilion termasuk contingent liabiliti.
Jumlah ini dapat dilihat dari kos membayar hutang negara yang semakin meningkat, ia naik dari RM26.4 bilion tahun ini hingga RM28.8 bilion pada tahun 2017.
Dengan kata lain, negara kita terpaksa membayar RM2.4 bilion kos & faedah setiap bulan dan setiap rakyat terpaksa menanggung hutang lebih dari RM26,000.00 setiap orang.
Lebih mengkhuatirkan adalah Malaysia kini telah mengalami kenaikan hutang setiap tahun yang tidak pernah surut tetapi kerajaan tiada rancangan atau tidak mampu mengurangkan hutang yang semakin menggunung.
Jumlah hutang ini masih tidak dikira masuk RM50.4 bilion yang ditanggung oleh 29 buah syarikat GLC dan hutang 1 MDB sebanyak RM30 bilion.
Dengan kata lain, rakyat kini berhadapan dengan risiko yang tinggi kerana beban hutang yang semakin berat.
Rakyat terpaksa ikat perut kerana subsidi barang keperluan asas seperti minyak, diesel, gula, gandum, beras mahupun minyak masak kini telah atau akan dihapuskan.
Penghapusan subsidi-subsidi menunjukkan kekangan kewangan kerajaan dan ini bakal menyaksikan kenaikan harga.
Bajet 2017 juga memotong peruntukan 19 kementerian dari jumlah 25 kementerian. Yang kena
potong termasuk SPRM yang menyaksikan pemotongan RM78 juta dalam tahun ini dan tahun depan.
Peruntukan SPRM jatuh dari RM295 juta ke RM216 juta. Pemotongan satu pertiga bajet untuk SPRM membuktikan janji BN utk banteras rasuah adakah janji kosong.
Selain SPRM, jabatan ketua audit negara juga menyaksikan satu pemotongan bajet yang drastik.
Jumlah peruntukan untuk Jabatan Audit negara akan jatuh dari RM163 juta hingga RM135 juta,
pemotongan RM27.92 juta ini akan menjejaskan usaha jabatan audit negara untuk mencegah ketirisan, pembaziran mahupun penyelewengan, akhirnya yang rugi adalah rakyat jelata.
Walaupun ekonomi kian lembap, kerajaan masih cadang untuk kutip RM40 bilion cukai GST pada tahun depan, ini bererti setiap warga negara akan menanggung RM1,333 setiap orang, jika satu keluarga mempunyai 5 orang, jumlah GST yang dibayar adalah dianggarkan sebanyak RM6,500.00, satu jumlah yang jauh lebih tinggi dari BR1M.
Selain subsidi, Bajet ini menyaksikan banyak nikmat kepada rakyat sebanyak RM259 juta akan
dihapuskan.
Ini termasuk biasiswa Bursary sebanyak RM30 juta, program susu percuma 1 Malaysia, dana penyelenggaraan bangunan kerajaan, biasiswa sukan, dana biayaian aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain.
Read More / Baca Lagi >>

Mampukah serangan Husni Hanadzlah goyahkan Najib dan Umno?

Posted: 25 Oct 2016 06:21 AM PDT


Kita mungkin tidak terlalu terkejut apabila bekas Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menggesa kerajaan supaya prihatin terhadap masalah kewangan negara dengan memetik skandal 1MDB semalam.
Alasan beliau 'tidak mahu ditukarkan ke kementerian lain' sebelum meletakkan jawatan terakhirnya di Kementerian Kewangan Julai lalu sudah memberi gambaran kurang elok terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
datukhusniTeka-teki dan cakap-cakap belakang hampir 90 hari peletakan jawatan Ahli Parlimen Tambun itu akhirnya jelas apabila beliau mengkritik kerajaan BN ketika membahaskan ucapan Belanjawan 2017 Najib.
"Apa tindakan yang diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana melabur wang bukan di tempat sepatutnya?" soal Husni.
Kata-kata beliau yang senada dengan pemimpin Pakatan Harapan itu sekaligus menempelak tohmahan jahat media pro-Umno dan BN konon dakwaan pembangkang melibatkan isu 1MDB adalah bersifat politik semata-mata. Kini, MP Umno juga sudah mula bersuara.
Jika sebelum ini tentera cyber dan media pro-UMNO menuduh pendedahan Anwar Ibrahim,  Rafizi, Tony Pua, Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen pembangkang lain terhadap penyelewengan 1MDB dianggap sebagai fitnah, apa pula kata mereka kali ini?
Dalam ucapannya, Husni turut menggesa kerajaan supaya memikirkan kesan negatif skandal 1MDB terhadap negara.
Beliau juga secara jelas menyekolahkan Presiden partinya sendiri terhadap mainan 'persepsi' serta menzahirkan kekhuatiran terhadap peluang BN dalam pilihanraya akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Shafie khuatir M’sia jadi Filipina tahun 70-an

Posted: 25 Oct 2016 06:12 AM PDT


Negara dikhuatiri terjebak dalam kancah huru-hara, tanpa penguatkuasaan undang-undang jika ekonomi disalah urus, ujar Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal.
Dalam ucapan perbahasan belanjawan, anggota Parlimen Semporna itu menekankan bagaimana Sabah dan Sarawak tidak meraih manfaat daripada kekayaan sumber aslinya.
Jelas beliau, ini terjadi kerana terdapat ramai pembodek yang mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi daripada hasil kekayaan negeri.
"Saya khuatir (keadaan ini akan) menyebabkan apa yang berlaku kepada negara-negara jiran kita seperti Filipina (tahun 1970-an).
"Ekonomi merudum, berlaku banyak kes-kes (jenayah) seperti kecurian, penculikan dan pembunuhan. Wujudnya pengangguran," Shafie memberitahu Dewan Rakyat.
Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri termiskin di Malaysia.

Najib wajib jawab semua soalan Ahmad Husni, kata Pemuda Amanah

Posted: 25 Oct 2016 06:11 AM PDT


Shazni Munir Mohf IthninShazni Munir Mohf IthninPemuda Amanah Nasional mendesak Menteri Kewangan Datuk Seri Mohd Najib Razak memberi jawaban terhadap semua pertanyaan Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Ahmad  Husni Hanadzlah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  di dewan rakyat.
Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, Ahmad Husni yang juga selaku bekas Menteri Kewangan 2, soalan Ahli Parlimen Tambun tersebut merupakan soalan 'maha penting' dan menyentuh langsung tentang kredibiliti Najib selaku pihak yang mengasaskan penubuhan 1MDB.
"Lebih penting, hiruk-pikuk yang melingkari skandal kewangan terbesar yang dipelopor 1MDB itu juga akan reda sekiranya Datuk Seri Najib berani tampil menjawab semua soalan yang dikemukan bekas orang nombor duanya di Kementerian Kewangan.
"MP Pekan itu boleh memilih untuk menjawab secara langsung dan disiarkan di seluruh stesen televisyen. Atau paling tidak, Datuk Seri Najib hadir sendiri ke Parlimen dan bersedia dengan jawapan-jawapan ke atas soalan tersebut,"ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam Ahmad Husni telah mempersolkan isu berkaitan 1MDB ketika perbahasan di dewan rakyat.
Shazni Munir berpandangan jawaban kepada semua persoalan diajukan itu perlu dijawab oleh Najib selaku Pengerusi 1MDB.

"Kalau itu pun tidak mampu dilakukan, memadai Datuk Seri Najib mewakilkan kepada mana-mana menteri sebagaimana biasa dilakukan beliau.
"Jika itu pun tidak dibuat - dengan malu yang ditanggung negara dan wang berbilion ringgit hangus begitu sahaja - maka meletakkan jawatan adalah jawapan terbaik untuk beliau," tegasnya.
Datuk Seri Ahmad Husni HanadzlahDatuk Seri Ahmad Husni HanadzlahBerikut disenaraikan soalan yang dikemukan MP Tambun semasa sesi perbahasan Belanjawan 2017 semalam.
1. Mengapakah ditubuhkan 1MDB?
2. Mengapa diletakkan USD4 billion atau lebih kurang RM16 billion dalam Aabar PJS Limited yang bukan dimiliki IPIC, sebuah syarikat yang dimiliki oleh dua 'anak raja' yang didaftarkan di British Virgin Island?
3. Mengapa tindakan undang-undang tidak diambil terhadap pengurusan 1MDB kerana memasukkan duit di tempat yang tidak betul dan mengapa tidak diambil tindakan kepada dua 'anak raja' ini kerana penyelewengan-penyelewengan wang tersebut?
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)