Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:58 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Ucapan Ku Li pada pelancaran buku ‘The End of Umno?’

Posted: 23 Oct 2016 09:25 PM PDT

Terima kasih tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Pertama sekali, izinkan saya mengucapkan terima kasih kepada Profesor Bridget Welsh, tuan rumah yang baik budi, serta Pusat Pembangunan Penyelidikan dan Maklumat Strategik [Strategic Information and Research Development Centre] kerana sudi mengundang saya untuk melancarkan buku mereka, The End of Umno? Essays on Malaysia's Dominant Party.
Saya yakin ia perlu dibaca memandangkan penyumbang rencana yang terkandung di dalamnya merupakan empat tokoh akademik terkenal dengan analisis dan komentar sosio-politik. Saya pasti ia harus dibaca oleh sesiapa yang berminat terhadap hal ehwal politik semasa dan juga perkembangan Umno dari zaman Datuk Onn Jaafar hinggalah ke hari ini.
Acara pada pagi ini memberi peluang untuk saya menjawab soalan mengenai kedudukan saya sebagai ahli Umno. Saya ini sememangnya ahli politik Umno . Pengkritik akan mengalih perhatian umum ke arah Semangat 46.
Mereka akan sengaja lupa untuk memberitahu bahawa pengikut dan rakan saya dari Umno tidak keluar dari Umno.
Sebenarnya kami disekat daripada kembali bersatu dengan rakan-rakan lain selepas Umno didapati menyalahi undang-undang pada 1987. Di antara yang terbabit ialah pemimpin seperti
Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn.
Umno Baru ditubuh selepas Umno diisytihar menyalahi undangundang pada 1987. Tetapi Umno Baru bukannya Umno . Budayanya berbeza daripada semangat perjuangan Umno 1946.
Seperti kita sedia maklum, Mahkamah Tinggi telah mengisytihar Umno sebagai sebuah persatuan yang menyalahi undang-undang akibat 30 atau lebih bahagian parti yang tidak
berdaftar telah menghantar perwakilan ke Perhimpunan Agung Tahun 1987.
Mereka ini juga mengambil bahagian dalam pengundian untuk pemilihan ke Majlis Tertinggi Umno pada tahun tersebut. Dalam masa dua minggu selepas penghakiman itu dibuat, Umno Baru ditubuh.
Umno Baru bukannya Umno
Ini diikuti dengan pemindahan aset Umno 1946 kepada Umno Baru. Apabila ditinjau kembali insiden ini, penyelesaian yang lebih sesuai mungkin tercapai kiranya Mahkamah Tinggi
memerintah agar kedudukan bahagian terbabit diperbetulkan dan pemilihan baru diadakan.
Apabila diamati kembali, rasanya para pemimpin Umno pada waktu itu berperanan dalam menerima keputusan mahkamah tanpa membuat rayuan terhadapnya.
Tetapi barang diingat; Umno Baru bukannya Umno.
Maka itu Semangat 46 dipilih sebagai nama apabila saya tubuh sebuah parti politik baru atas gesaan Tunku untuk merapatkan saf apabila keadaan kembali seperti sedia kala.
Nama ini merangkumi semangat parti yang ditubuhkan oleh Datuk Onn pada 1946 dan ketabahan Tunku memimpin wakil parti Perikatan dan Raja-Raja di perundingan kemerdekaan.
Nama ini juga mencerminkan kesetiaan tidak berbelah bagi saya terhadap Umno semenjak saya mula menjadi ahli pada 1962 ketika berumur 25 tahun.
Sejak itu saya dipilih menjadi ketua bahagian, iaitu jawatan yang saya masih sandang sehingga hari ini.
Di samping itu, saya juga pernah menyandang jawatan bendahari dan salah satu daripada tiga naib presiden yang dipilih. Di bidang penggubalan undang-undang, saya pernah menjadi
Ahli Dewan Undangan Negeri di negeri saya.
Kini saya masih lagi bertugas sebagai Ahli Dewan Rakyat, jawatan yang saya masih sandang sejak pertama kali dipilih ke Parlimen pada 1974.
Selepas berkhidmat dengan penuh taat kepada Umno selama 54 tahun, saya rasa lebih baik saya teruskan sahaja amalan ini untuk berbakti kepada Malaysia.
Sebagai Ahli Parlimen, saya mewakili para pengundi dan saya telah bersumpah untuk mempertahankan kepentingan mereka melalui sumpah jawatan Ahli Parlimen.
Di samping itu, saya juga berkewajipan kepada negara untuk terus menatang keluhuran perlembagaan. Inilah maksud sebenarnya mengapa sumpah jawatan di Dewan Rakyat diwajibkan.
'Humpty Dumpty'
Nyatalah kewajipan utama saya ialah mendokong perlembagaan. Ia juga semestinya menjadi
kewajipan utama Umno . Sekiranya ia mahu kedudukannya terus relevan, Umno haruslah menerima kenyataan ini dan terus menjunjung keluhuran perlembagaan.
Maka itu, umpamanya, sesuatu dasar negara yang dicadang mestilah didebat dan keputusan dibuat di Dewan Rakyat dan tidak terlebih dahulu oleh majlis tertinggi parti tersebut.
Barang diingat bahawa kita dan negara tidak wujud tanpa perlembagaan. Begitu juga dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong yang termaktub di bawah Perkara 32; Ketua Negara Utama bagi Persekutuan, dan Isterinya.
Keluhuran perlembagaan dengan sendirinya menolak ke tepi konsep kesetiaan kepada wilayah sendiri mengatasi segalanya seperti yang dicanang akhir-akhir ini.
Nampaknya konsep kewilayahan ini semakin menular kerana kerajaan pusat semakin tidak dihormati kerana kedudukannya seolah-olah tidak sah lagi.
Pihak yang menonjol konsep ini tidak mengambil kira peranan perlembagaan yang menyatukan kita sebagai suatu negara. Kita tidak harus lupa akan kebenaran ini.
Sekiranya kita lupa, tidak mungkin Humpty Dumpty [dua watak nyanyian kanak-kanak Barat yang pecah berkecai apabila jatuh ke tanah dari tempat mereka bertenggek di atas pagar] dapat dicantum kembali.
Saya ingin menyingkap kembali kedudukan Majlis Raja-Raja. Walaupun terdapat peruntukan mengenainya di dalam perlembagaan, rakyat jelata cuma merasai kehadirannya dalam bentuk semangat. Ini disebabkan Majlis Raja-Raja tidak mempunyai badan berstruktur; umpamanya ia tidak mempunyai belanjawan sendiri dan terpaksa bergantung kepada kuasa lain untuk
kewujudannya.
Ia juga tidak mempunyai kerangka petadbiran sendiri yang menyeluruh. Ini menyedihkan. Sebenarnya Raja-Raja merupakan salah satu pihak terlibat secara langsung dalam rundingan kemerdekaan.
Merosakkan negara
Ini bermakna Raja-Raja juga terlibat dalam mewujudkan perlembagaan negara, yang pada
waktu itu ialah Persekutuan Tanah Melayu.
Majlis Raja-Raja seharusnya dapat bertindak sebagai kuasa perlembagaan berkumpulan selain daripada tiga cabang kerajaan yang sedia ada.
Keadaan sebegini pasti memberi faedah kepada rakyat dan negara. Majlis Raja-Raja boleh membantu sekiranya sistem pemerintahan terbantut dan ketiga-tiga cabang kerajaan tidak berfungsi sebagai dijangka.
Barang diingat semuanya ini, kiranya berlaku, ialah untuk kebaikan rakyat. Sesungguhnya ini
dapat dilakukan kerana dari segi sejarah, institusi Raja-Raja merupakan salah satu sumber pengwujudan perlembagaan.
Maka itu tepat sekali sekiranya negara merujuk kembali kepada Majlis Raja-Raja jikalau perlembagaan diketepikan, sama ada secara sengaja atau tidak.
Sememangnya tidak keterlaluan jika kita katakan bahawa keluhuran perlembagaan dan demokrasi berperlembagan telah diperlekeh apabila konsep penswastaan diberi keutamaan dan Malaysia Inc dilancar.
Langkah ini telah merosakkan negara dan akibatnya terasa hinggalah ke hari ini.
Kuasa korporat yang diswastakan itu menjadi faktor utama dalam usaha memacu negara ke hadapan. Ini seolah-olah mempersenda akan kekudusan dan keluhuran perlembagaan.
Read More / Baca Lagi >>

Umno yang patut malu, negara diperintah pencuri, perompak, penyamun.

Posted: 23 Oct 2016 08:53 PM PDT


MP pembangkang keluar Dewan Rakyat selepas pertengkaran berlaku antara mereka dengan Najib yang sedang membentangkan Baljet 2017.MP pembangkang keluar Dewan Rakyat selepas pertengkaran berlaku antara mereka dengan Najib yang sedang membentangkan Baljet 2017.
Pemimpin Umno yang patut malu apabila menjadi pemimpin negara yang dirujuk sebagai 'global kleptocracy' atau negara yang diperintah oleh PPP - pencuri, perompak dan penyamun, kata ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang.
Menurut beliau, pembangkang tidak perlu malu dengan tindakan mereka meninggalkan Dewan Rakyat ketika perdana menteri sedang membentangkan belanjawan negara.
"Saya tidak pernah rasa semalu ini selepas umur saya 75 tahun hidup di negara yang saya sayang ini di mana saya bersedia untuk berkorban kebebasan saya tetapi sangat malu apabila negara saya dikenali seluruh dunia sebagai negara 'global kleprocracy' yang diperintah oleh PPP - Pencuri, Perompak dan Penyamun!" kata Kit Siang dalam kenyataannya hari ini.
Beliau mengulas kenyataan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, menteri pertahanan Datuk Seri Hishamudin Hussein dan menteri belia dan sukan Khairy Jamaludin yang mempertikaikan tindakan pembangkang keluar meninggalkan Dewan Rakyat ketika Najib sedang membentangkan Bajet 2017.
Bagi beliau, Parlimen adalah tempat yang pertama patut dinyatakan penentangan dan protes secara nyata dan jelas ke seluruh dunia terhadap gelaran 'global kleprocracy' ini.
"Tidak ada pilihan untuk Parlimen dan negara untuk hanya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa gelaran yang diberikan dunia bahawa Malaysia adalah 'global kleptocracy'," kata Kit Siang.
Media dunia menyerang Malaysia sebagai 'global kleptocracy' atau negara pengubah wang haram ekoran skandal 1MDB yang dikaitkan dengan perdana menteri Najib.
Jababatan Kehakiman (DoJ) Amerika telah mengambil tindakan dengan membekukan semua aset yang dikaitkan dengan 1MDB di negara itu manakala Singapura juga membuat tindakan mereka termasuk menutup dua cawangan bank yang terlibat dengannya.
Pembangkang mengambil tindakan keluar dari Dewan Rakyat ketika Najib sedang menyampaikan Bajet 2017 Jumaat lalu apabila Najib bertanya, siapa bersandiwara dan diikuti dengan kenyataan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, "MO1".
Najib dalam ucapannya berkata beliau mendengar ada pihak yang membuat tuduhan bahawa Bajet 2017 sebagai satu sandiwara kerajaan.
"Baru-baru ini kita mendengar ada pihak buat tuduhan bahawa Bajet 2017 satu sandiwara kononnya tanpa substance kerajaan tidak mempunyai wang mencukupi.
"Malah ada seorang pemimpin pembangkang menyebut pula Malaysia mengalami ribut ekonomi yang sukar pada kaumnya.
Read More / Baca Lagi >>

'Apa nak takut, jangan jadi Jamal bodoh,' kata Muhyiddin

Posted: 23 Oct 2016 08:46 PM PDT

'Pak Lah tak pecat saya, tetapi silap sokong Najib'

Posted: 23 Oct 2016 08:41 PM PDT

Penyamun Bentang Bajet, Boleh Percaya Ke ?

Posted: 23 Oct 2016 08:32 PM PDT

Cara Pemberian BR1M Menghina Maruah Penerima

Posted: 23 Oct 2016 08:32 PM PDT

Jika Terus Pilih BN Kerana Brim, Sampai Bila2lah Nasib Tidak Akan Berubah

Posted: 23 Oct 2016 08:32 PM PDT

Tiga Kali DiCabar Umno, Kini Nak Pujuk Balik Masuk Umno ... Boleh Belah Laaa

Posted: 23 Oct 2016 08:31 PM PDT

Zaman Najib Apapun Takde Sedangkan Cukai GST Tinggi, Subsidi Pula DiTarik

Posted: 23 Oct 2016 08:30 PM PDT

Pasca Bajet: Pinjaman Perumahan Tak Selesai Masalah

Posted: 23 Oct 2016 08:30 PM PDT

Antara ‘sinis’ Bajet 2017 dan pembangkang keluar Dewan Rakyat

Posted: 23 Oct 2016 08:15 PM PDT

Sejauh mana tindakan keluar tidak menghormati institusi Parlimen dan adakah ucapan "sinis" perdana menteri semasa pembentangan bersesuaian peruntukan peraturan mesyuarat Dewan rakyat.
bajet-2017
Oleh Fakhrurrazi Rashid
Pembentangan Bajet 2017 seharusnya menjadi cerita sejarah yang menggemparkan negara. Gaya dan pendekatan Datuk Seri Najib Razak yang tidak mempunyai semangat "negarawan" dalam membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat menyaksikan ahli Parlimen di kerusi pembangkang keluar dewan.
Tindakan ini mendapat respons pantas dengan pelbagai reaksi daripada rakyat. Semua berkisar tentang tindakan tersebut melampaui adab di Parlimen. Menariknya, Najib juga mengambil kesempatan dengan ungkapan sinis mempersendakan tindakan pembangkang di media arus perdana selepas selesai belanjawan dibentangkan.
Namun, sejauh manakah tindakan ahli Parlimen keluar Dewan Rakyat ini tidak menghormati institusi Parlimen? dan adakah ucapan "sinis" perdana menteri semasa pembentangan itu bersesuaian dengan peruntukan peraturan mesyuarat Dewan rakyat?
Urusan pembentangan bajet negara
Pembentangan belanjawan negara mendapat liputan dan disiarkan secara langsung oleh media arus perdana. Inilah satu-satunya peluang rakyat untuk melihat salah satu proses dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia secara langsung di kaca televisyen dan radio. Pembentangan belanjawan negara diadakan pada setiap Oktober, berbeza dengan amalan Parlimen Britain dan Singapura yang membentangkan belanjawan pada awal tahun, iaitu pada Mac.
Sebenarnya, hari pembentangan belanjawan merupakan satu-satunya hari perdana menteri "rajin" hadir ke Parlimen. Tetapi, jika diungkai kedatangan Najib ke Parlimen sepanjang sesi Dewan Rakyat bersidang, maka jelas kehadirannya di Parlimen tidak memberangsangkan dan boleh dikira dengan jari.
Seharusnya, seorang perdana menteri perlu hadir ke Parlimen dalam menjawab pertanyaan ahli Parlimen, khususnya pembangkang mengenai dasawarsa dan isu negara.
Perkara ini sudah termaktub dalam Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan tanggungjawab perdana menteri dan Kabinetnya ke atas Parlimen. Tetapi, fasa Perlembagaan Persekutuan ini seolah-olah tidak wujud dalam memberi tekanan kepada perdana menteri hadir dan menjawab segala masalah negara di Parlimen.
Mekanisme kerajaan menggunakan ruang awam, yakni di luar Dewan Rakyat, dalam menjelaskan isu negara seperti rasuah, kelembapan ekonomi negara dan skandal 1MDB oleh kerajaan ternyata tidak mampu mewujudkan satu perbahasan yang sihat.
Parlimen merupakan institusi yang tepat dalam menjelaskan kritikan yang dilontarkan oleh orang awam dan pembangkang. Itulah fungsi parlimen yang merupakan sebuah institusi perwakilan rasmi yang mempunyai peranan dan garis panduan rasmi dalam menentukan setiap keputusan penting buat negara dan rakyat.
Dalam erti kata lain, perdana menteri perlu hadir ke Parlimen menjawab tohmahan pembangkang mengenai isu yang terpaut di bahunya dan Kabinet. Proses ini bersesuaian dengan peranan Parlimen untuk menyemak dan mengimbangi gerak kerja perdana menteri dan Kabinet mentadbir urus negara.
Najib perlu mencontohi tindakan dan tanggungjawab dipersembahkan David Cameron, bekas perdana menteri Britain yang hadir di House of Commons (Parlimen di Britain) bagi menjawab isu dibongkar Panama Paper's tentang kepentingannya memiliki dana syarikat luar pesisir yang diasaskan bapanya, Ian Cameron.
David menjawab skandal dana itu di hadapan Ketua Pembangkang Jeremy Corbyn daripada parti Buruh dan ahli Parlimen pembangkang pada Isnin, 11 April 2016. Malah, perbahasan selama sejam 27 minit ini akhirnya menyelesaikan isu tersebut dengan memperkenalkan dasar baharu. Mudah bukan?
Jika Najib mengambil komitmen untuk hadir Parlimen menjawab pertanyaan mengenai masalah negara daripada pihak pembangkang, tentunya ia akan mencipta satu kekuatan luar jangkaan dalam menyelesaikan isu negara dan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

‘Gula-gula’ ucapan Najib tiada dalam dokumen Bajet 2017

Posted: 23 Oct 2016 08:09 PM PDT

Ahli Parlimen DAP berkata antara pengumuman PM yang tiada dalam dokumen ialah RM340 juta untuk tablet percuma kepada 430,000 guru.
steven-lim
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Mertajam mendakwa sebahagian "gula-gula" yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2017, Jumaat lalu tiada dalam dokumen sebenar belanjawan.
Steven Sim berkata perkara itu membimbangkan kerana kerajaan hanya perlu melaksanakan apa terkandung dalam dokumen bajet, bukannya ucapan Najib yang juga menteri kewangan.
Katanya, 2 program penting wanita iaitu ujian mamogram dan vaksinasi HPV tiada dalam Anggaran Perbelanjaan Persekutuan tetapi ia disebut pada baris 291 teks dalam ucapan bajet dengan Najib menyebut peruntukan RM30 juta untuk program itu.
"Baris 207 menyebut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan membelanjakan RM1 bilion untuk menambah baik mutu jalur lebar seluruh negara, namun Anggaran Perbelanjaan Persekutuan hanya memperuntukkan RM57.5 juta di bawah perbelanjaan pembangunan untuk projek jalur lebar,
"Dalam baris 224, Najib mengumumkan SKMM akan memperuntukkan RM340 juta untuk tablet percuma kepada 430,000 guru. Ini satu lagi 'program yang hilang' dalam anggaran perbelanjaan.
"Malah, peruntukan bagi perkhidmatan dan bekalan kepada sekolah rendah dan menengah masing-masing dipotong 82% dan 64%," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bajet 2017 memperuntukkan RM260.8 bilion, dengan RM214.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM46 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.
Pengarah Penang Institute itu berkata tiada jaminan "gula-gula" itu akan dilaksanakan kerana kerajaan tidak terikat dengan ucapan bajet, sebaliknya hanya perlu melaksanakan kandungan dalam dokumen seperti Anggaran Perbelanjaan Persekutuan, Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan dan Laporan Ekonomi.
Read More / Baca Lagi >>

Berapa kerusi Bersatu boleh dapat jika nak ganti Umno? kata Annuar

Posted: 23 Oct 2016 08:08 PM PDT

Tan Sri Annuar Musa Tan Sri Annuar Musa
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)  yang dipresidenkan Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat tidak akan mempunyai kerusi Parlimen majoriti dalam kerajaan pakatan pembangkang untuk mencorak pentadbiran, malah dilihat agak sukar mendapat laluan parti lain untuk bertanding dalam PRU akan datang.
"Muhyiddin kata parti dia (Bersatu) akan ganti perjuangan Umno, kalau nak ganti Umno berapa kerusi dia dapat bakal bertanding (PRU akan datang) adakah DAP, Amanah, PKR dan Pas akan beri laluan kepada dia, sudah tentu tidak.
"Kalau Bersatu boleh menang paling banyak 50 kerusi (Parlimen) adakah parti ini boleh menentukan corak pentadbiran negara, kalau tidak boleh jadilah parti si luncai yang menang sorak kampung tergadai," katanya di Melaka malam ini.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pemimpin Bersama Akar Umbi Peringkat Negeri Melaka di Ayer Keroh di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, yang juga pengerusi badan perhubungan Umno Melaka.
Annuar berkata Umno ditubuhkan atas dasar perjuangan membela Melayu dan masyarakat negara ini secara keseluruhannya, maka mana mungkin parti yang dibina atas dasar kemarahan beberapa individu tertentu seperti PPBM dapat menggantikan Umno.
Bahkan Umno tidak akan tergugat dengan kewujudan Bersatu, katanya.
Beliau berkata tindakan anggota Umno yang bertindak keluar parti dilihat seperti proses pembersihan dalam parti kerana anggota yang tidak setia dalam perjuangan parti sekiranya dibiarkan akan menjadi duri dalam daging.
Read More / Baca Lagi >>

TUAN IBRAHIM SAJAKAH DALAM PAS YANG SEDAR BAHAYANYA NAJIB KEPADA RAKYAT MALAYSIA?

Posted: 23 Oct 2016 08:01 PM PDT

Menurut kata Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, kemungkinan besar kadar cukai GST akan mengalami kenaikan jika kerajaan UMNO dan BN terus kekal berkuasa selepas PRU 14 akan datang.
Keadaan ini, tambah beliau, tidak mustahil akan berlaku sekiranya kerajaan gagal mempelbagaikan hasil pendapatan untuk menampung perbelanjaan yang semakin besar.
Sekiranya jangkaan hasil tidak menepati sasaran, apakah bermakna lebih banyak lagi duit akan diambil dari rakyat?, tanya beliau.
Dalam erti kata lain, Tuan Ibrahim sedar bahayanya kepada rakyat jika UMNO, BN dan Najib Razak terus kekal berkuasa selepas PRU 14 akan datang.
Berdasarkan Bajet 2017, tidak terlibat projek-projek berimpak tinggi yang mampu menjana pendapatan bakal dilaksanakan oleh Najib, sebaliknya yang selalu dipuji berulang-kali ialah GST yang dianggap penyelamat kepada ekonomi negara.
Menumpukan semata-mata hanya kepada GST, apatah lagi jika kadarnya sentiasa dinaikkan, bererti Najib terus menekan kehidupan rakyat.
Tetapi, adakah para pemimpin Pas lain juga sedar bahayanya UMNO, BN dan Najib kepada rakyat negara ini?
Jika mereka turut sedar, mengapa Hadi Awang semakin kendur perjuangannya serta pernah berkata, parti itu tidak mahu berebut kuasa, sebaliknya memadai menjadi penasihat saja?
Begitu juga, mengapa Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin dengan keras menyatakan enggan bekerjasama dengan sebarang usaha untuk menjatuhkan Najib?
Kenapa pula Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan menolak untuk  bersama-sama menyertai Bersih 5 bagi menuntut pilihanraya yang adil dan bersih bagi tujuan lebih mungkin UMNO, BN serta Najib dapat disingkirkan?
Apa sebenarnya perjuangan Pas sekarang?
Mahu membela rakyat dan membebaskan mereka daripada segala derita dan kesengsaraan yang diakibatkan oleh UMNO, BN serta kepimpinan Najib atau mahu membantu beliau terus kekal sebagai Perdana Menteri?
Lagi-lagi yang selalu kedengaran bersuara pro kepada rakyat dalam Pas hanyalah Tuan Ibrahim, manakala yang lain-lain seperti merasakan Najib itu lebih agung untuk terus dikekal dan dipertahankan.
Adakah Tuan Ibrahim sedang bersendirian dengan pendirian pro rakyat dalam Pas ketika ini?

JASA jangan sombong

Posted: 23 Oct 2016 08:00 PM PDT


Muhammad Syafiq AzmiMuhammad Syafiq AzmiJabatan Hal Ehwal Khas (JASA) diingatkan supaya mengambil pengajaran daripada sikap angkuh bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo sebelum ini ekoran insiden pemberian penyapu.
Setiausaha Politik Pengerusi Amanah Negeri Melaka, Muhammad Syafiq Azmi berkata, desakan JASA bahawa mana-mana penjawat awam yang tidak bersetuju dengan Bajet 2017 supaya meletakkan jawatan tidak harus berlaku.
"Inilah sifir mudah kerajaan yang ada hari ini. Mengapa tidak pimpinan saja yang berhenti jika Bajet 2017 yang bukan sahaja tidak disukai penjawat awam malahan rakyat terbanyak?
"Jangan sombong JASA. Ingat peristiwa yang menimpa Khir Toyo selepas respon angkuh beliau dalam tragedi anugerah penyapu suatu ketika dahulu di Selangor? Akhirnya beliau disapu pada Pilihanraya Umum 2008.
"Apakah JASA juga mahu menerima pengajaran yang sama? Jangan sombong kerana kamu ada kuasa," bidasnya.
Menurut Syafiq, pihak kerajaan hari ini perlu belajar untuk berdepan kekalahan pada pilihan raya umum akan datang dan menerima hukuman daripada penjawat awam.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Abduh: Umno-Pas bersatu realisasi pindaan Akta 355

Posted: 23 Oct 2016 07:58 PM PDT


KUALA LUMPUR  – UMNO dan Pas menunjukkan kesungguhan merealisasikan pindaan Akta 355 bagi memperkasakan Mahkamah Syariah sekali gus disifatkan sebagai satu langkah ke hadapan untuk mengukuhkan Islam di negara ini.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, walau bagaimanapun, u­sa­ha untuk mengembalikan umat Islam kepada kesatuan di atas agama yang sebenar itu adalah besar tetapi sukar dan penuh halangan.
"Usaha meminda Akta 355 melalui Rang Undang-Undang Persendirian Ahli Parlimen Pas yang bertujuan memperkasakan Mahkamah Syariah dilihat menjadi faktor terbaik yang sedang menyatukan umat Islam di atas jalan agama.
"UMNO dan Pas sa­ling menunjukkan ke­­sung­guhan untuk men­­jadikannya satu ke­nyataan dan mengang­gapnya sebagai satu langkah ke depan ke arah mengukuhkan Islam di dalam negara. Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan(NGO) Islam juga menyatakan sokongan yang besar," katanya dalam kenyataan menerusi harakahdaily.net, hari ini.
Nik Mohamad Abduh berkata, usaha penyatuan menerusi pindaan akta itu bukan mudah kerana wujud kumpulan yang terlalu mahu menjaga kepentingan mereka sekali gus enggan menerima kelebihan kumpulan lain yang bertentangan dengan mereka.
Katanya, ini mendorong sebahagiannya pula menentang secara keras manakala sebahagian lagi cuba mencipta halangan dengan perbahasan-perbahasan teknikal yang boleh sahaja dibaiki pada masa akan datang.
"(Ini bertepatan dengan sifat) sebuah undang-undang yang se­ring ditambah baik dari semasa ke semasa," katanya.

Bersih hipokrit bila bicara soal pembangkang, kata Pemuda Umno

Posted: 23 Oct 2016 07:56 PM PDT

Naib ketua Pemuda Umno berkata, sikap berdiam diri mengenai rasuah di kalangan ahli pembangkang membuktikan Bersih 2.0 tidak lebih daripada alat politik.
khairul-azwan-lim-guang-eng
PETALING JAYA: Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun mempersoalkan mengapa Bersih 2.0 mendiamkan diri berhubung tuduhan rasuah di negeri-negeri bawah pentadbiran pembangkang.
Beliau mendakwa jika pemantau pilihan raya itu benar-benar komited menegakkan pilihan raya yang bersih dan adil, menentang politik kotor, serta mengukuhkan institusi negara, maka mereka akan juga memberi tumpuan kepada rasuah di kalangan pembangkang untuk dikuatkuasakan.
Beliau memberi contoh kes Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang didakwa menerima rasuah untuk beliau dan isterinya dengan meluluskan 2 permohonan tukar syarat tanah dan kemudiannya membeli banglonya di bawah harga pasaran.
"Masanya sudah tiba untuk kita mengenali apa siapa Bersih sebenarnya; hanya satu lagi alat politik digunakan bagi menjayakan agenda politik pembangkang," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Khairul mendakwa Bersih ditenggelami manipulasi DAP dan sedang digunakan untuk melanjutkan agenda emosi pembangkang.
"Kebiadaban membuta tuli mereka terhadap prosedur demokrasi negara berbahaya dan hipokrit, dan ia sedang digunakan bagi menjayakan agenda buta pembangkang yang berasaskan emosi dan bukan logik. Mereka seharusnya lebih tahu."
Read More / Baca Lagi >>

Pengurangan bajet KPT ada baiknya, kata Idris Jusoh

Posted: 23 Oct 2016 07:55 PM PDT

Pengurangan peruntukan kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam Bajet 2017 perlulah dilihat secara positif, kata menteri berkenaan Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata langkah itu dibuat selaras dengan usaha mengurangkan kebergantungan universiti awam kepada kerajaan selain menggalakkan institusi berkenaan memaksimumkan penggunaan asetnya.
"Ia juga selaras dengan Pelan Tindakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 yang tidak mahu universiti awam terlalu bergantung kepada kerajaan.
"Sekarang, pergantungan universiti awam kepada kerajaan adalah di antara 70 hingga 90 peratus," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam bersama Alumni University of New Haven (UNH) di ibu negara, malam ini.
Bajet 2017, yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat, memperuntukkan RM250 juta kepada Kementerian Pendidikan Tinggi.
Mengenai majlis itu yang dihadiri kira-kira 200 alumni, Idris yang juga bekas penuntut UNH yang terletak di Connecticut, Amerika Syarikat, berkata ia merupakan usaha baik bagi menghimpunkan bekas penuntutnya.
Sementara itu, bekas penuntut UNH Datuk Serin Sudah @ Masree, 58, berkata beliau menuntut di universiti itu dari peringkat ijazah sarjana muda hingga sarjana dalam bidang ekonomi dari 1982 hingga 1988.
"Suasana di universiti itu kini lebih baik dengan pelbagai kemudahan berbanding ketika saya belajar dahulu," katanya sambil berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengikuti pengajian di universiti itu.

Potong RM35 juta untuk SPRM beri mesej tidak serius lawan rasuah

Posted: 23 Oct 2016 07:52 PM PDT

Penganalisis berkata pengurangan itu memberikan tanggapan kerajaan berdolak dalih dalam melawan amalan rasuah
awang-pawi-macc-bajet-2017-1
PETALING JAYA: Bajet 2017 yang memotong peruntukan untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada RM251 juta tahun lalu kepada RM216 juta boleh memberi tanggapan yang kerajaan tidak bersungguh-sungguh dalam memerangi rasuah, kata seorang penganalisis politik.
Dr Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata sejumlah peruntukan besar perlu dibelanjakan sekiranya kerajaan serius menangani amalan rasuah khususnya melibatkan kes besar.
"Kita perlu teknologi canggih seperti di Hong Kong sekiranya mahu melawan rasuah, dan kita juga perlu latihan di samping mendapatkan kepakaran luar bagi memperkasakan SPRM," katanya kepada FMT.aid.
"Bagaimana melawan rasuah menggunakan kaedah terkini seperti rasuah antarabangsa dan pengubahan wang sekiranya peruntukan dikurangkan?"
Pengurangan sebanyak RM35 juta, kata Awang Azman, memberikan tanggapan kerajaan berdolak dalih dalam melawan amalan rasuah.
Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen pula berkata pengurangan itu seolah-olah menghukum SPRM berikutan beberapa kejayaannya baru-baru ini, termasuk penangkapan pegawai atasan di Sabah yang terlibat dengan wang tunai berjuta ringgit.
"Anda memberikan mesej kepada umum yang kerja mereka tidak dihargai," katanya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata bajet yang tidak konsisten itu merupakan salah satu sebab wakil rakyat pembangkang bertindak keluar dewan ketika ia dibentangkan Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat lalu.
Menurutnya, menteri kewangan itu tidak langsung memberikan penjelasan langkah yang diambil kerajaan bagi menghentikan ketirisan dana awam dan melawan rasuah.
Read More / Baca Lagi >>

'Semua dana kepada Najib diagihkan kepada bahagian Umno' - Annuar Musa

Posted: 23 Oct 2016 07:51 PM PDT

Semua pembiayaan politik yang disalurkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah diagih-agihkan kepada bahagian-bahagian Umno, menurut Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.
Ia termasuk wang yang dipindahkan terus kepada Najib, kata Annuar, memetik laporan akhbar New Straits Times hari ini.
"Sebagai sebuah parti, kita selama ini bergantung kepada sumber-sumber pembiayaan yang diwujudkan melalui pembentukan perniagaan berkaitan parti yang dikawal oleh orang-orang tertentu.
"Itulah yang terjadi selama ini dan parti menggerakkan jentera pilihan raya menerusi pembiayaan oleh pihak-pihak ini," jelas beliau lagi.
Annuar berkata demikian ketika berucap kepada akar umbi Umno Melaka dalam program jelajah di seluruh negara berhubung perkara itu di kediaman rasmi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron semalam.
'Mahathir sebabkan Umno melutut'
Beliau menyalahkan hubungan yang kukuh antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan sesetengah pihak sehingga menyebabkan Umno melutut.
"Masalahnya ialah apabila seseorang menerajui negara ini selama 22 tahun, pasti ramai ahli perniagaan seperti itu dan penyokong yang rapat dengan beliau yang digunakan untuk memegang dana parti.
"Itulah bagaimana parti dikendalikan dan sistem yang Mahathir wujudkan, dan inilah bagaimana beliau cuba untuk terus mengawal," kata Annuar, sambil menambah bahawa sistem itu telah memaksa Najib untuk mengubahnya dan mencari cara baru untuk menstabilkan Umno.

MENGAPA MASIH ADA LAGI nak sokong & undi PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT ??

Posted: 23 Oct 2016 07:44 PM PDT


Kalau Tak Menipu Bukan Jamal Jamban Pak Tongkol Sekinchan namanya...

Posted: 23 Oct 2016 07:42 PM PDT


Najib nak jadi PM selama 22 tahun...??

Posted: 23 Oct 2016 07:40 PM PDT

ALANGKAH BAGUSNYA kalau Najib kekal PM sampai mati..

- Bagi rakyat boncit dgn dgn duit BR1M..
- Byk aset negara bakal tergadai..
- GST terus kekal rompak duit rakyat..
- Rosmah Najib bermewah terbang naik jet mewah
- Rakyat terus diTOLolkan Najib..
- 1.5 juta bangladesh bakal temui anda...
- Boleh bayar hutang judi lagi

Yang songlap 'derma' RM2.6 bilion itu nak panggil apa plok ??!!

Posted: 23 Oct 2016 07:38 PM PDT

Membantu ahli keluarga satu perbuatan terpuji.. TAPI menyebabkan ratusan ribu rakyat Sabah menderita kerana menggunakan wang yang sepatutnya disalurkan untuk kebajikan rakyat..

Berhujah dengan fakta kajian boleh mendedahkan pembohongan lawan.

Posted: 23 Oct 2016 07:36 PM PDT

[FAKTA NO.1..]
Dlm senarai Forbes 2013, hanya 4 orang putera sahaja berada dalam senarai 100 terkaya. Yang paling kaya kepada seorang raja adalah Putera Mutaib Abdulaziz dengan kekayaan AS$110.1 juta pada ranking ke-98. YANG PELIKNYA.. boleh lagi derma AS$681 juta pada Najib ???

[FAKTA NO.2..]
Jika benar Najib pulangkan balik AS$620 pada Ogos 2013, sepatutnya beliau akan berada di ranking lebih tinggi dalam senarai Forbes. YANG PELIKNYA kenapa beliau tidak pula tersenarai pada Forbes 2014 ???

NAMPAK TAK !!!.. NAJIB, ZAHID HAMIDI, AG APANDI, & pemimpin2 Umno lain yg pertahankan derma RM2.6 bilion semuanya kaki pembohong...

Comments (0)