Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:51 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


BAJET OLEH MENTERI KEWANGAN TERBURUK 2016, MEMANG PATUT PUN KELUAR DEWAN!!

Posted: 22 Oct 2016 10:25 AM PDT

Walaupun cuba diberi gambaran buruk dengan pelbagai label dan gelaran, tindakan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang meninggalkan dewan ketika Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2017, sebenarnya adalah sesuatu yang wajar dan penuh intergriti.

Insiden bermula dengan Najib sendiri yang tidak menyedari dan bagaikan lupa diri bahawa berdirinya beliau membentangkan bajet tersebut adalah atas kapasiti sebagai Menteri Kewangan dan bukannya sebagai Presiden UMNO atau Pengerusi BN.

Beliau seharusnya menumpukan ucapannya hanya untuk kepentingan rakyat dan negara, bukannya seperti berucap dalam kempen pilihanraya atau di atas pentas Perhimpunan Agung UMNO.

Mengambil banyak masa untuk mencela dan menghentam wakil pembangkang ketika membentangkan bajet untuk faedah 30 juta rakyat, lebih-lebih lagi dengan dakwaan sandiwara dan pengkhianat, adalah sesuatu yang di luar kebiasaan dan terbabas daripada landasan yang sewajarnya.

Menyindir sikit-sikit atau melemparkan kata-kata sinis kepada pihak pembangkang dengan nada bergurau dan sambil tersenyum sepertimana yang biasa dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim ketika mereka membentangkan bajet masing-masing suatu ketika dahulu, memang merupakan lumrah yang dapat diterima umum.

Malah, jika kita imbas kembali, sindiran dan kata-kata sinis Tun Mahathir dan Anwar kepada pembangkang ketika itu semuanya dapat diterima dengan senyum ketawa oleh Ahli-Ahli Parlimen pembangkang.

Ini kerana mereka sedar ia sekadar guaraun untuk menceriakan suasana semata-mata.

Tetapi Najib bukan saja mengambil banyak masa untuk menyerang pembangkang, malah serangan dan hentamannya tidak ubah seperti pengkhutbah yang pincang.
Read More / Baca Lagi >>

Pemansuhan bajet pampasan tol bermakna kadar tol lebuhraya akan naik

Posted: 22 Oct 2016 10:21 AM PDT

Berita buruk tidak diumumkan kepada rakyat kerana pilihanraya sudah dekatBerita buruk tidak diumumkan kepada rakyat kerana pilihanraya sudah dekat
Rakyat Malaysia berasa senang hati (feel good) dengan bajet yang dibentangkan oleh Perdana Menteri semalam, itu kerana beliau hanya mengumumkan berita baik sahaja. Berita buruk tidak diumumkan kepada rakyat kerana pilihanraya sudah dekat.
"Salah satu berita buruk, yang pada khemat saya paling teruk adalah kadar tol yang mungkin dinaikan secara mendadak tahun 2017," kata Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, selama ini setiap tahun, kerajaan telah sediakan sejumlah peruntukan di bawah Maksud Bekalan 27 - Kementerian Kerja Raya 080100 Bayaran Pampasan Tol. Pada Bajet 2015, kerajaan sediakan RM 459 juta untuk tujuan tersebut.
"Untuk Bajet 2016, kerajaan sediakan RM 593 juta untuk Pampasan Tol.
"Ekoran daripada pampasan ini, kadar tol 8 lebuhraya yang sepatutnya naik pada Januari 2016, belum dinaikan sehingga sekarang.
"Mengikut Menteri Kerja Raya juga, selama 25 tahun kebelakangan ini, kerajaan telah membayar pampasan sebanyak RM 4.07 billion kepada 28 lebuhraya di seluruh Negara.
"Untuk bajet 2017, Bekalan 27 - Kementerian Kerja Raya 080100 Bayaran Pampasan Tol sudah "hilang" atau dibatalkan. Ini menimbulkan banyak persoalan dan saya minta Menteri YB Datuk Seri Fadilah Yusof menerangkan kepada rakyat secepat mungkin," katanya.
Beliau menjangkakan bahawa kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak membayar pampasan kepada pengusaha lebuhraya dan akibat daripada itu, kadar lebuhraya akan dinaikan.
"Saya tidak pasti berapa lebuhraya yang akan menuntut supaya kadar tol dinaikan pada tahun 2017.
"Yang sudah pasti, mengikut kenyataan Menteri YB Datuk Seri Fadilah Yusof, bahawa kerajaan sedang berunding dengan beberapa lebuhraya termasuk lebuhraya utara selatan," katanya.
Beliau mahu menteri memberi penjelasan yang berterus terang kerana rakyat dan terutamanya syarikat-syarikat sedang membuat bajet dan pelan kewangan mereka sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Polis pisahkan konvoi Bersih, Baju Merah di Kapar

Posted: 22 Oct 2016 10:19 AM PDT

Sementara itu, di Johor, kumpulan Baju Merah dilaporkan menahan konvoi Bersih sebelum bersetuju memberi laluan kepada mereka.
polis_bersih_merah_60013
PETALING JAYA: Konvoi Bersih dalam melalui Kapar, Selangor tanpa sebarang insiden tidak diingini hari ini, menerusi pemerhatian polis yang memastikan mereka tidak bertembung dengan penyokong Baju Merah.
Bagaimanapun, di Johor dilaporkan konvoi Bersih ditahan kumpulan Baju Merah di jalan antara Batu Pahat menghala ke Muar.
Dilaporkan, konvoi itu kemudiannya meneruskan perjalanan selepas perbincangan diadakan antara pemimpin kumpulan berkenaan.
Konvoi hari ini berbeza dengan demonstrasi pada minggu lalu di Kuala Selangor, ketika 2 wartawan dan juruvideo The Star serta wartawan Malaysiakini diganggu penunjuk perasaan anti Bersih.
Konvoi di Kapar hari ini selamat tiba di pejabat PKR bandar itu kira-kira jam 2.30 petang, menurut Star Online.
Polis mengepung jalan untuk memastikan mereka terpisah daripada penyokong Baju Merah, yang turut disertai Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos.
Peserta konvoi kemudian memandu keluar, kembali kira-kira jam 3 petang dengan kedua-dua kumpulan bersurai secara aman kira-kira sejam kemudian.
Read More / Baca Lagi >>

Ludah tangan saya dulu, Khairuddin cabar Jamal

Posted: 22 Oct 2016 10:18 AM PDT

Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan berkata tindakan Datuk Jamal Yunos yang mahu meludah tangan Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan bangsa Melayu nampak "haprak".
khairuddin-abu-hassan_jamal_600
PETALING JAYA : Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Datuk Jamal Yunos meludah tangannya terlebih dulu sebelum meludah tangan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas pemimpin Umno itu berkata tindakan ketua gerakan Baju Merah yang mahu meludah tangan bekas perdana menteri itu mengaibkan, memalukan dan menyebabkan bangsa Melayu nampak "haprak".
"Saya tidak pernah kurang ajar dengan mengatakan mahu meludah muka atau tangan (Datuk Seri) Najib Razak. Ini budaya samseng dan haprak Jamal Yunos yang keseluruhan bangsa Melayu tidak boleh terima sama sekali," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Khairuddin memuji tindakan Jamal itu kerana ia akan membuatkan rakyat negara ini lebih membenci Umno dan BN dan bakal terkubur selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Terdahulu, Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar dilaporkan meluahkan rasa kesalnya kerana bersalaman dengan Dr Mahathir dan mencium tangan bekas perdana menteri itu sebelum ini.
Jamal berkata tingkah laku Dr Mahathir tidak wajar bagi seorang negarawan yang sudah berusia dan akan meludah tangan beliau jika bertemu dengannya sekarang, menurut Malaysiakini.
Katanya, parti baharu Dr Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga tidak akan mampu mengumpul sokongan Melayu untuk pembangkang dan mengadakan himpunan jalanan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November depan.

Jamal kesal cium tangan Dr Mahathir

Posted: 22 Oct 2016 10:17 AM PDT

Katanya, beliau akan meludah di tangan bekas perdana menteri itu jika berpeluang bertemunya sekali lagi.
jamal_mahathir_600
PETALING JAYA: Datuk Jamal Yunos yang mengetuai gerakan Baju Merah meluahkan rasa kesalnya kerana bersalaman dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan mencium tangan bekas perdana menteri itu.
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata tingkah laku Dr Mahathir tidak wajar bagi seorang negarawan yang sudah berusia dan akan meludah tangan beliau jika bertemu dengannya sekarang, menurut Malaysiakini.
Jamal berkata parti baharu Dr Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mampu mengumpul sokongan Melayu untuk pembangkang dan mengadakan himpunan jalanan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November depan.
"Saya bukan rasis, tetapi Bersih 5 sekali lagi akan disertai 'Cina DAP' yang 'biadap dan sombong'," katanya dipetik sebagai berkata.
Satu lagi kumpulan anti Bersih, Pertubuhan Jati Malaysia dilaporkan mendesak kaum India dan Cina menyertai Baju Merah sebagai bantahan terhadap Bersih.
Himpunan Bersih 5 yang akan diadakan untuk mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan menggesa pilihan raya yang adil
Jamal ditahan reman 2 hari pada minggu lalu untuk membantu siasatan kes membabitkan perkelahian penyokong anti Bersih di Kuala Selangor.
Beliau berkata Baju Merah akan mengadakan demonstrasi balas besar-besaran terhadap Bersih 5 di Dataran Merdeka pada 5 November.

Belanjawan Najib cipta sejarah penuh provokasi politik – Azmin

Posted: 22 Oct 2016 04:14 AM PDT

BANTING, 22 OKT: Pembentangan Belanjawan 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak penuh dengan elemen provokasi dan politik melampau, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.
Tanpa memberi tumpuan terhadap pembangunan dan kebajikan rakyat secara menyeluruh, Mohamed Azmin berkata Perdana Menteri gagal membuat perancangan secara komprehansif mengenainya.
"Ini bukan Belanjawan yang dibuat secara komprehansif dan ini kali pertama Belanjawan negara dipolitikkan dan kita tidak nampak satu inisiatif bersungguh untuk bantu rakyat.
"Soal rasuah dan penyelewengan tidak disebut dan tidak dikaitkan langsung dalam pembentangan Belanjawan Perdana Menteri.
"Seharusnya Belanjawan ini bukan sekadar merangkumi aspek pertumbuhan sahaja, tetapi ia merangkumi urus tadbir negara yang perlu dipimpin secara bertanggungjawab," katanya yang juga Dato' Menteri Besar Selangor.
Beliau bercakap kepada pemberita ketika ditemui pada program Selangor Agrofest di perkarangan tempat letak kereta Pantai Morib di sini, petang ini.
Jumaat lalu, Perdana Menteri membentangkan Belanjawan 2017 yang disifatkan komponen pembangkang sebagai tidak realistik susulan kegagalan urustabir pentadbiran Najib.
Read More / Baca Lagi >>

BAJET NAJIB DAH JADI TAHI TELINGA KEPADA KEPADA TELINGA RAKYAT

Posted: 22 Oct 2016 03:27 AM PDT

Saya bukan pakar dalam bidang kewangan jadi tidak layak untuk mengulas Bajet 2017 yang dibentang Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri Najib Razak semalam. Kita serahkan kepada pakar penganalisis ekonomi dan kewangan untuk membuat ulasan dan sorotan.
Tentu pula pakar ini tidak sependapat dan berbeza pandangan dan analisa. Ia tergantung kepada kapasiti dan kedudukan mereka. Pakar-pakar yang berjawatan dan ada kepentingan diri dengan kerajaan tentu akan memberi ualasan yang memuaskan hati pembentangnya. Memuji memuja bajet Najib sebagai baik dan berpandangan jauh, berjiwa rakyat dan sebagainya.
Manalaka mereka yang kurang senang dan tidak setuju dengannya sudah muak dengan gula-gula manisan ditabur Najib pada setiap kali pembentangan bajet, akan melontar kritikan dan sindiran sinis kepada bajet Najib itu. Apapun mereka tetap juga mengulas tetapi dalam laras yang negatif.
Mudah sahaja untuk mengenali dua golongan ini. Penganalisa yang disiarkan oleh media massa PB atau membuat ulasan langsung dalam tv, adalah mereka yang berjawatan dan berkepentingan diri. Mereka adalah propagandis kerajaan yang sanggup menyembunyikan kebenaran dalam poket. Bila dengar ualasan mereka kita jadi seronok tetapi hakikatnya kosong, retorik.
Jika mereka sarjana, mereka tidak akan diangkat menjadi Prof Madya atau Prof sekiranya mereka berkata benar berdasarkan teori dan pengalaman mereka. Dalam hal ini jarang mereka akan melihat kepada situasi semasa dan realiti kehidupan rakyat. Jadi mereka terpaksa bercakap mengikut irama yang dimainkan walaupun mereka tidak tahu seni kata.
Manakala mereka yang membuat ulasan dari media alternatif atau bercakap dalam blog dan media peribadi di pentas forum bebas adalah mereka yang sudah muak dengan Najib. Pandangan mereka sangat negatif sehinggakan sukar untuk mencari setitik pun kebaikan dari bajet itu. Tetapi mereka ini bagi saya lebih boleh dipercayai daripada golongan pembodek tadi. Mereka ada integriti dan tidak melacurkan pengetahuan yang ada. Mereka tidak menjahit poket dengan benang kerajaan.
Saya dah katakan saya tidak mengulas angka dan unjuran yang Najib bentangkan itu. Bagi saya yang jahil ini, bajet Najib untuk tahun depan sama dengan bajet Najib tahun 2016, 2015 dan 2014. Yang berubah ialah angka-angka dan muka surat sahaja. Najib tetap mengulangi mauduk yang sama. Janji-janji palsu yang disapu cat baharu.

Perubahan paling ketara jika diperhatikan masa pembentangan bajet itu hanya baju Melayu Najib pakai dari biru kepada hijau muda dari hijau muda kepada pink dan bervariasi. Itu sahaja. Seolah-olah  bagi Najib pakaian dan penampilan lebih penting daripada isi dan hakikat bajet.
Dalam tilikan saya kelainan dalam bajet Najib kali ini kehebatan Najib memanipulasian beberapa isu. Tampak sangat sikap dan tindakan ini menunjukkan Najib terdesak. Bajet bukan lagi fakta atau solusi untuk menyelesaikan masalah rakyat dan membangkitkan semangat ekonomi, tetapi tempat untuk dia menjaja murah kehebatan dirinya yang tidak hebat di samping untuk memburukkan oposisi.
Read More / Baca Lagi >>

HARTA, KUASA & WANITA PUNCA KERUNTUHAN ROM – SAMA DENGAN NAJIB?

Posted: 22 Oct 2016 03:25 AM PDT

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2017 hari ini.
Saya ambil maklum dan baca mengenainya di sana sini, tetapi berasa belum berkemampuan dan berinspirasi untuk mengulas mengenainya.
Muse – sumber ilham – saya pun tidak begitu bersemangat menyalakan obor kreativiti saya mengenai bajet tersebut.
Saya harap muse (dibunyikan "mius") para pelawat dan pembahas lebih sedia bekerjasama, jadi bolehlah berbahas dengan tuntas.
Saya sediakan ruang untuk tujuan itu di sini. Tetapi kalau muse saudara dan saudari juga kurang memberi kerjasama, boleh lawati laman ini.
Dalam mitos Greek dan Rom, Muse adalah sembilan puteri Zeus dan Mnemosyne yang dikatakan menjaga hal-hal berkaitan seni dan sains.
Tidak hairanlah muse saya lebih cenderung mengheret saya ke arah sejarah, mitos dan legenda Rom. Mereka merujuk kepada saat-saat genting tamadun Rom apabila Julius Caesar mula berkomplot merampas kuasa untuk mengisytiharkan dirinya diktator.
Di kalangan pembesar Rom yang menentang cita-cita Caesar itu adalah pemikir Marcus Tullius Cicero.
Izinkan saya berkongsi dengan para pembahas dan pelawat sekalian satu perenggan dalam buku Dictator oleh novelis Inggeris Robert Harris seperti berikut: "Perhubungan di antara Terentia dengan Cicero lebih beradab, selain satu hal rumit yang menjadi punca ketegangan sepanjang perkahwinan mereka – wang. Berbeza dengan Cicero, Terentia mengalu-alukan pelantikan suaminya sebagai gabenor. Dia melihatnya sebagai peluang keemasan untuk mengumpul kekayaan. Malah dia membawa bersama ketua orang suruhannya, Philotimus dalam perjalanan ke selatan supaya Cicero boleh memanfaatkan kepandaian Philotimus memeras keuntungan. Cicero menangguhkan perbualan dengan Terentia, tetapi Terentia terus membebel hinggalah ke hari terakhir mereka bersama apabila Cicero hilang sabar.
"Ketaasuban awak dengan mencari kekayaan sangat-sangat tidak kena tempat.
"Keborosan awak membelanjakan wang tidak memberikan saya banyak pilihan," katanya.
Cicero berhenti seketika bagi mengawal kemarahannya dan cuba menjelaskan kepada Terentia dengan lebih tenang. "Awak nampaknya tidak faham yang orang macam saya tidak boleh mengambil risiko melakukan tindakan salah. Musuh-musuh saya sedang menunggu peluang untuk mendakwa saya atas tuduhan rasuah."
Read More / Baca Lagi >>

Tak murtad kalau tak undi BN, kata Ratu Naga

Posted: 22 Oct 2016 03:21 AM PDT


Syarul Ema Rena Abu SamaSyarul Ema Rena Abu SamaBlogger Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai "Ratu Naga" yang menyertai PKR hari ini menegaskan tidak murtad jika seseorang itu tidak mengundi BN.
Beliau yang mendakwa dianiaya Umno BN berkata, sudah tiba masanya beliau dan seluruh rakyat berkorban untuk mengalahkan BN dan menggantikan parti itu dengan parti yang lebih baik.

"Kalau dulu saya dan kita semua boleh berkorban demi pertahankan BN yang kita percaya bagus untuk rakyat tapi hakikat kini BN sedang aniaya kita, apa kata kita berkorban kalahkan BN yang suka aniaya kita ini dan gantikan yang lebih baik. Percaya pada balasan Tuhan, tak murtad kalau tak undi BN," tulisnya di facebook selepas beberapa jam menyerahkan borang bagi menyertai PKR kepada ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

Ema yang mula mendapat perhatian selepas berseteru dengan bekas anggota PKR Badrul Hisham Saharin atau CheGU Bard Jun lalu juga berkata, untuk melakukan sesuatu tidak memerlukan seseorang itu memegang apa-apa jawatan.

"Nak buat semua pekara tak perlu pegang apa-apa jawatan. Niat dah cukup, saya tak nampak salah jika golongan teraniaya diberi perhatian, seperti mana saya di anaiaya Umno," katanya lagi.

Sebelum itu, dalam sidang media penyerahan borang itu, Ema berkata beliau menyertai PKR bagi menebus keterlanjurannya terhadap parti itu.

Ema berkata, beliau memilih PKR berbanding parti pembangkang yang lain kerana beliau melakukan banyak kesilapan terhadap parti itu.

"Bagi saya sama ada masuk parti PKR, DAP atau pembangkang tidak penting. Saya banyak kesalahan pada PKR, saya nak baiki ketelanjuran saya," katanya.

Sementara itu, Zuraida menyifatkan tindakan Ema itu sebagai langkah positif untuk membantu sayap parti itu.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Abduh : Ahli Parlimen tiada hak ganggu ucapan PM

Posted: 22 Oct 2016 03:19 AM PDT

KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan ahli Parlimen perlu bersikap profesional, terutama ketika berada dalam pembentangan Bajet.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, kekecohan yang berlaku ketika mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017 tidak sepatutnya terjadi kerana ia merupakan masa dan ruang yang diperuntukkan khusus kepada perdana menteri.
Nik Abduh Nik Abdul Aziz Dalam masa yang sama katanya, Yang Di Pertua Dewan telah berusaha bersungguh-sungguh membawa penambahbaikan dalam perjalanan Dewan agar lebih mulia dan dihormati.
"Pembentangan Bajet adalah hari besar untuk negara dan rakyat. Ia adalah hari dan masa khas untuk Perdana Menteri  berucap membentangkan Bajet.
"Tiada hak untuk mana-mana ahli parlimen mengganggu ucapan beliau yang penting itu walaupun wujud sindiran dan kecaman olehnya terhadap pembangkang,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan ahli Parlimen pembangkang mengganggu ucapan Perdana Menteri dan bertindak keluar Dewan ketika ucapan bajet sedang berlangsung.
Tindakan itu bagaimanapun tidak dituruti oleh Ahli Parlimen Pas.
Sehubungan dengan itu, Nik Abduh mahu wakil rakyat yang diberikan peluang untuk membahaskan Bajet itu nanti menggunakan kesempatan yang diberikan dengan baik tanpa  perlakuan tidak profesional.
"Saya harap ia digunakan sebaik-baiknya oleh semua ahli parlimen tanpa membazirkan masa dengan perlakuan yang tidak profesional yang hujungnya mematikan masa dan peluang ahli-ahli parlimen yang di giliran akhir mengambil bahagian perbahasan dengan sempurna.,"katanya.

Adakah Bajet 2017 tunjukkan PRU tahun depan?

Posted: 22 Oct 2016 02:48 AM PDT

Dengan pengumuman Bajet 2017, terdapat banyak spekulasi bahawa ia akan menjadi belanjawan pilihan raya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, pada akhir ucapan beliau di parlimen semalam juga menggambarkan perkara itu.
"Kerajaan Barisan Nasional dengan izin Allah jua, yakin dan percaya bahawa, angin kemenangan besar Pilihan Raya Negeri Sarawak, yang telah berpuput-puput bayunya ke Pilihanraya Kecil di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, akan mula meniup obor perjuangan yang kami yakin dan percaya, hari demi hari.
"Insya-Allah dengan kehendak Yang Maha Berkuasa, akan membawa pula kemenangan besar di Pilihan Raya Umum Ke-14 kepada kerajaan Barisan Nasional, Insya-Allah," katanya.
Dalam Bajet 2013, Najib juga membuat rujukan kepada Pilihan Raya Umum ke-13.
Tetapi ia harus diperhatikan bahawa 2013 juga merupakan tarikh akhir untuk pilihan raya umum. Manakala pilihan raya umum akan datang mesti diadakan sebelum Jun 2018.
Ketika ucapan Najib menambah kepada gembar-gembur pilihan raya umum tahun depan, peruntukan yang disediakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menunjukkan sebaliknya.
Di bawah Bajet 2017, SPR akan menerima peruntukan sebanyak RM48.6 juta.
Sebagai perbandingan, SPR diperuntukkan RM150.6 juta di bawah Bajet 2016 dan jumlah itu hanya untuk menjalankan pilihan raya negeri Sarawak.
Bagi PRU ke-13, RM461.1 juta diperuntukkan kepada SPR di bawah Bajet 2013.

Jamal tuduh penunggang BERSIH, media diserang BERSIH sendiri

Posted: 22 Oct 2016 01:57 AM PDT

Dalam kenyataan mengejutkan, pemimpin Baju Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, lelaki yang menyerang penyokong BERSIH di Sabak Bernam dan mengasari petugas media di Kuala Selangor sebenarnya adalah daripada BERSIH.
"Saya ingin menyatakan bahawa kekerasan adalah provokasi daripada BERSIH.
"Apa yang berlaku di Sabak Bernam, penunggang berbaju kuning yang diterajang dari belakang itu adalah diupah oleh BERSIH dengan pakai T Shirt sama seperti yang kami pakai. Boleh didapati di mana-mana," kata Jamal.
Ditanya mengenai kekasaran terhadap wartawan minggu lalu, Jamal berkata bahawa ia juga adalah daripada BERSIH.
 Bercakap kepada media selepas perhimpunan balas menentang konvoi BERSIH di Kapar, Jamal berkata beliau tidak akan terkejut jika BERSIH tiba-tiba "diserang" oleh penyamar yang memakai T-shirt merah.
Kumpulan Baju Merah itu berkumpul di sebuah stesen minyak dekat pejabat PKR Kapar di mana BERSIH mengakhiri konvoi mereka.
Kedua-dua kumpulan bersurai pada pukul 3.30 petang secara aman dan tanpa kejadian tidak diingini.

Konvoi BERSIH 5 diganggu di Johor, namun 'settle' boleh lalu

Posted: 22 Oct 2016 01:39 AM PDT

Individu yang terajang 'biker baju kuning' diupah BERSIH, dakwa Jamal

Posted: 22 Oct 2016 01:35 AM PDT

"Kalau jumpa Mahathir, saya ludah tangan dia," amaran Jamal

Posted: 22 Oct 2016 12:59 AM PDT

"Terima kasih PAS tidak sertai BERSIH 5," kata Jamal

Posted: 22 Oct 2016 12:54 AM PDT

BERSIH 5 berjaya serah obor simbolik di Kapar

Posted: 22 Oct 2016 12:54 AM PDT

Menangani ketaksuban perkauman dan agama dengan Sosial Demokrasi

Posted: 22 Oct 2016 12:40 AM PDT

hamidi
"Ideologi dari segi politik secara umumnya seperti kompas atau GPS, sebagai penanda arah. Bagi DAP, kami tidaklah menyembah ideologi. Ia adalah jalan menuju matlamat," kata Wan Hamidi dalam sesi dialog.
Perlembagaan Persekutuan tidak sama sekali menghalang DAP untuk terus memperjuangkan demokrasi sosial yang berteraskan kebebasan, keadilan dan solidariti dalam masyarakat majmuk Malaysia.
Malah, DAP dalam Deklarasi Shah Alam 2012 juga telah mengulangi pendirian dan komitmennya untuk mendaulatkan sepenuhnya Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.
Bagaimanapun, DAP sering mendapat tohmahan puak pelampau perkauman dan agama dengan tuduhan melulu kononnya DAP berpegang kepada ideologi komunisme.
Mengulas perkara tersebut Pengarah Eksekutif Jabatan Pendidikan Politik DAP Kebangsaan Wan Hamidi Hamid berkata, ideologi Sosial Demokrasi sangat jauh berbeza dengan komunisme.
"Tanpa membohongi siapa-siapa, lahirnya Sosial Demokrasi itu ialah asalnya daripada ideologi progresif Marxisme.
"Marxisme itu berkembang kepada pelbagai ideologi sosialisme yang ada," kata beliau dalam sesi dialog dan pelancaran buku Asas Sosial Demokrasi di Perpustakaan REFSA dekat sini baru-baru ini.
Menurutnya DAP memilih ideologi Sosial Demokrasi kerana ia merupakan ideologi paling moderat dalam sosialisme.
"Dalam erti kata lain kita terima pasaran tetapi kita takkan benarkan pasaran 'membeli' kita, (we do not let the market dictate us) kerana kita tidak mahu rakyat, pekerja dan pengguna ditekan oleh pasaran.
"Kalau ikut sejarah DAP, asalnya tahun 1966, 50 tahun dulu, ideologi kita demokratik sosialisme. Iaitu sosialisme yang demokratik. Iaitu sosialisme yang menolak komunisme, menolak diktator, dan menganggap demokrasi itu penting. Itu dia, kemudian pada 2006-2007 kita pinda perlembagaan parti untuk luaskan lagi tanpa meninggalkan prinsip itu," jelasnya yang juga pengetua Sekolah Demokrasi.
Wan Hamidi berkata ideologi itu amat penting kerana ia merupakan penanda arah kepada sesebuah organisasi mahupun parti politik untuk mencapai objektif perjuangannya.
"Ideologi dari segi politik secara umumnya seperti kompas atau GPS, sebagai penanda arah. Bagi DAP, kami tidaklah menyembah ideologi. Ia adalah jalan menuju matlamat.
"Ideologi Sosial Demokrasi, secara umum terbina di atas nilai asas freedom, justice and solidarity. Di dalamnya terkandung tentang keadilan, persamaan hak, peluang yang setara, dan sebagainya. Itu idaman kita untuk Malaysia," jelas beliau.
Relevankah ideologi pada saat ini?
Menjawab persoalan itu, Wan Hamidi menegaskan ideologi amat penting sebagai penanda arah yang baik dalam usaha mewujudkan sebuah negara yang lebih baik.
"Relevankah ideologi? Zaman Dr Mahathir, beliau kata ideologi tidak penting, yang penting ialah pragmatis; ada logiknya, tapi bila diterjemah (kepada tindakan) ia menjadi 'aku buat apa yang aku suka'. Hasilnya adalah seperti sekarang, walaupun saya tau kadang-kadang kita kena berkawan dengan musuh lama. That's realpolitik," ujarnya.
Beliau menegaskan, pegangan kepada ideologi akan meluaskan ruang bicara dan wacana dalam masyarakat dari sekadar sudut kaum dan agama yang seolah-olah tidak ada jalan keluarnya pada hari ini.
"Seperti yang dibangkitkan tadi apabila tidak ada perbahasan atau dialog tentang ideologi, hampir 50 tahun atau lebih, politik di Malaysia difokuskan kepada kaum dan agama dan saya tau ramai di antara kita marah dengan fokus yang terlalu perkauman, nak kata terlalu keagamaan bukan yang itu, tetapi lebih kepada ketaksuban," jelas Wan Hamidi.
Read More / Baca Lagi >>

Belanjawan 2017: Kerajaan BN buat hutang tertinggi dalam sejarah

Posted: 22 Oct 2016 12:38 AM PDT

Rakyat khususnya generasi muda negara ini terpaksa mewarisi beban yang berat ekoran hutang melebihi paras RM811 bilion meliputi hutang negara dan hutang jaminan kerajaan dalam Belanjawan 2017 semalam.
Jumlah itu sekaligus merupakan aras tertinggi hutang kerajaan BN dalam sejarah selain mencatat rekod baru defisit sebanyak RM43.15 bilion dalam tempoh 20 tahun.
"Defisit kali ini berjumlah 3.15 peratus dari jumlah KDNK, ini menunjukkan kerajaan BN gagal menepati sasaran defisit kurang dari 3.1 peratus.
"Hutang negara terus meningkat. Jumlah kos bayar hutang negara pun meningkat dari RM26.5 bilion menjadi RM29.17 bilion," kata Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Ming kepada Roketkini.
Daripada jumlah tersebut katanya, sebanyak RM2.46 bilion atau sebanyak 11.1 peratus daripada jumlah bajet digunapakai setiap bulan untuk membayar hutang.
Menurutnya lagi, rakyat pula semakin terbeban dengan kos kehidupan yang semakin tinggi ekoran pemansuhan subsidi minyak, diesel, gula, tepung, beras dan minyak masa.
Dalam keadaan itu pun, kerajaan BN akan terus memerah rakyat dapabila menyasarkan kutipan cukai GST sebanyak RM40 bilion pada 2017.
"Jumlah ini pasti akan meningkatkan beban rakyat," katanya.
Ujar anggota Majlis Eksekutif DAP Pusat itu, selain hutang dan perolehan pendapatan kerajaan melalui GST, apa yang menimbulkan tanda tanya ialah tindakan kerajaan memotong peruntukan bagi pembangunan.
"Jumlah belanja tinggi tetapi Pembangunan amat kurang. Daripada jumlah RM262.8 bilion bajet 2017, sebanyak 81.7 peratus diberi untuk belanja mengurus dan hanya 18.3 peratus saja untuk belanja membangun," jelas beliau.
Keadaan ini katanya hanya akan terus menjadi beban kepada negara sekaligus rakyat terbanyak khususnya generasi muda yang terpaksa mewarisi segala masalah akibat tadbir urus kerajaan BN yang lemah.

Noh kata BERSIH biadap sebab pembangkang biadap

Posted: 22 Oct 2016 12:28 AM PDT

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menyifatkan gabungan Pillihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) sebagai biadap kerana mencontohi sikap pemimpin pembangkang.
"Siapa di belakang kuning (BERSIH)? Ialah pembangkang.
"Kenapa kuning dia bertindak agak biadap, sebab pemimpin dia juga biadap,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia 2016 di Pusat membeli belah Mid Valley di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau merujuk tingkah laku anggota parlimen pembangkang semasa pembentangan Belanjawan 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di parlimen semalam.
Semalam sebahagian MP pembangkang keluar dari Dewan Rakyat semasa Najib membentangkan belanjawan dan mengangkat plakad 'Siapa MO1'.
"Semalam di dalam parlimen, you tengok, pembangkang, itu biadap. Contradict (bertentangan) peraturan 41(1). You tulis dalam Malaysiakini, pembangkang biadap, sebab itu kuning pun biadap," katanya.
BERSIH sebelum ini mengadakan konvoi selama tujuh minggu menjelang perhimpunan besar-besaran pada 19 November depan, yang menyaksikan beberapa pertembungan dengan gerakan Baju Merah diketuai Datuk Seri Jamal Md YUnos.
Ini termasuk satu insiden di mana seorang peserta BERSIH dikepung dan diserang oleh sekumpulan anggota Baju Merah serta kejadian di mana petugas media dikasari penyokong anti-BERSIH itu.
Terdahulu, dalam majlis yang sama hari ini, apabila ditanya mengenai kekecohan tersebut, Noh meminta wartawan bertanya kepada BERSIH mengenai perkara itu terlebih dahulu.
"You go and ask kuning, mengapa dia buat (konvoi)? No kuning, no merah lah. Why you nak blame merah? Itu, you pergi tanya kuninglah," katanya.

Ratu Naga kini Wanita PKR

Posted: 22 Oct 2016 12:18 AM PDT

Beliau atau nama sebenarnya Syarul Ema berkata keputusannya menyertai PKR ialah untuk "menebus keterlanjurannya" dalam parti itu.
Ratu-Naga_pkr
PETALING JAYA: Syarul Ema Rena Abu Samah atau lebih dikenali sebagai "Ratu Naga" menyertai Wanita PKR dengan harapan untuk "menebus keterlanjurannya" terhadap parti itu.
Bercakap pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini, Ema berkata beliau memilih PKR berbanding parti lain kerana ada banyak kesilapannya dengan parti itu.
"Bagi saya sama ada masuk parti PKR, DAP atau pembangkang tidak penting. Saya banyak kesalahan pada PKR, saya nak baiki ketelanjuran saya," katanya.
Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan itu sebagai langkah positif untuk membantu sayap parti itu.
"Kepakarannya akan membantu kami. Mungkin cara dia sebelum ini sedikit negatif, tetapi saya yakin dia boleh memainkan peranan besar dalam meningkatkan martabat wanita dan kesedaran mengenai dasar untuk wanita," kata Zuraida.
Katanya, Ema boleh melatih Wanita PKR mengenai media sosial kerana beliau mahir menggunakannya.
"Saya harap ini aka menjadi era baharu untuk Wanita PKR dalam media sosial untuk memartabatkan wanita," katanya.
Ema menjadi perhatian kerana media sosialnya sebelum ini.
Read More / Baca Lagi >>

Pengusaha teksi terkejut Bajet 2017 ‘malapkan’ pelancongan

Posted: 22 Oct 2016 12:15 AM PDT

Limpahan sektor pelancongan meningkatkan pendapatan industri teksi, jelas Shamsubahrin
UberPETALING JAYA: Pengusaha teksi terkejut Bajet 2017 'malapkan' sektor pelancongan selepas mendapati kerajaan tidak memberi penekanan kepada sektor pelancongan.
"Saya terkejut dengan pembentangan bajet kali ini dan saya ingin mempersoal kerana Kementerian Pelancongan dibawah Datuk Seri Nazri Aziz tidak dapat perhatian yang meluas." kata Penasihat Big Blue Capital Sdn Bhd Datuk Shamsubahrin Ismail di satu sidang media di KLCC hari ini.
Jelasnya ia memberi kesan kepada industri teksi memandangkan pendapatan teksi juga bergantung kepada kehadiran jumlah pelancong ke Malaysia.
"Pelaburan tingkatkan pelancongan penting kerana ia membantu meningkatkan pendapatan industri teksi, jadi salah satu kepincangan Bajet 2017 adalah tidak ada penekanan dibuat kepada sektor pelancongan," katanya.
Bagi sektor pelancongan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan lima langkah promosi dan penambahbaikan iaitu:
  • Peruntukan RM400 juta antaranya untuk inisiatif clean air dan pelancongan eko.
  • Tempoh permohonan Taraf Perintis dan Elaun Cukai Pelaburan bagi pelaburan hotel baharu bertaraf 4 dan 5 bintang dilanjutkan sehingga 31 Disember 2018.
  • Potongan cukai untuk sektor swasta yang menaja pertunjukan kesenian, kebudayaan, warisan tempatan dan luar negara dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM700,000.
  • Mempromosi Malaysia melalui kempen Tahun Melawat Asean@50, Sukan Sea dan Sukan Para Asean 2017.
  • Meluaskan eVisa ke negara rantau Balkan dan Asia Selatan bagi mencapai sasaran 32 juta pelancong tahun hadapan.

Maria: Jadi apa kalau BERSIH 4 lebih ramai Cina?

Posted: 21 Oct 2016 11:22 PM PDT

Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah menjawab dakwaan bahawa pemantau pilihan raya itu membuang masa dan wang dengan mengadakan satu lagi perhimpunan mega pada 19 November.
Katanya, empat perhimpunan BERSIH sebelum ini telah mendorong berlakunya perubahan, meskipun kehadiran BERSIH 4 pada tahun lepas lebih ramai disertai kaum Cina.
Antara kesan tersebut ialah pembentukan jawatankuasa pilihan parlimen mengenai pembaharuan pilihan paya, penggunaan dakwat kekal dan jumlah keluar mengundi sehingga 83 peratus.
Lebih ketara, katanya, adalah hakikat bahawa rakyat Malaysia bersama-sama untuk satu matlamat tanpa mengira kaum.
"Buat kali pertama kita bersama-sama apabila kita menjalankan protes jalanan kita - bukan sebagai satu bangsa, tetapi sebagai rakyat Malaysia.
"Jika anda kata BERSIH 4 terdiri daripada majoriti Cina - ya, tetapi saya tidak menjadikannya alasan.
"Ada orang Melayu dan juga kaum-kaum lain dan bersama-sama saya menganggap mereka sebagai rakyat Malaysia yang ingin mempunyai suara dalam sistem yang menindas ini.
"Jadi apa kalau lebih daripada satu kaum - adakah rakyat Malaysia tidak dibenarkan untuk bercakap" soalnya di Facebook.
Maria berkata kegagalan BN mendapat majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008, dan pengurangan majoriti BN dalam pilihan raya umum 2013 sebagai bukti bahawa perhimpunan BERSIH pada 2007 hingga 2012 mempunyai kesan.
"(BERSIH) memecahkan faktor ketakutan dan juga mencabar politik perkauman," katanya.
"Saya tak fikir ada sesiapa telah membuang duit (dengan menderma kepada Bersih)," katanya.

Galak B40 sertai Uber boleh jejas pengangkutan awam

Posted: 21 Oct 2016 11:19 PM PDT

Kerajaan perlu tahu perbezaan antara pemandu teksi terlatih dan orang miskin bawa Uber, kata Datuk Samsubahrin
KUALA LUMPUR: Galakan kerajaan kepada golongan B40 supaya menjadi pemandu Uber akan menjejaskan industri perkhidmatan pengangkutan awam, kata pengusaha teksi.
"Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) harus tahu perbezaan antara pemandu teksi dan orang miskin bawa teksi," kata penasihat Big Blue Capital Sdn Bhd Datuk Samsubahrin Ismail di satu sidang media di KLCC hari ini.
"Saya ada ramai orang miskin menjadi pemandu teksi, dan kita latih mereka menjadi pemandu profesional.
"Bukannya dengan meluluskan Uber (kemudian galak B40 jadi pemandu tanpa latihan)."
Industri teksi dilaporkan terhimpit ketika ini menghadapi persaingan daripada perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Uber dan Grab.
Uber dan Grab memberi peluang kepada orang kebanyakan dan golongan profesional menjana pendapatan tambahan sebagai pemandu menggunakan kenderaan sendiri.
Semalam, Najib menyatakan sokongan kerajaan kepada perkhidmatan tersebut dan mengalakkan penyertaan golongan B40 sebagai pemandu Uber.
Dalam Bajet 2017, kerajaan mahu menyediakan rebat RM4,000 bagi membantu mereka mem beli Proton Iriz bagi tujuan Uber, selain menggunakan BR1M untuk membuat bayaran pendahuluan.
"Sekarang kamu mahu orang miskin bawa Uber. Kerajaan pimpinan perdana menteri meletakkan semua pemandu profesional sama taraf orang miskin.
"Saya juga mahu cadangkan Uber diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat," katanya.
Semalam Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) Kamarudin Hussain berkata pemandu teksi tidak boleh lagi berharap kepada kerajaan.
Timbalan Pengerusi PERS1M Kamarudin Hussain berkata insentif yang diberikan kepada pemandu teksi tidak mencukupi.
"Semasa pilihanraya umum ke-13 perdana menteri berjanji akan tranformasi industri teksi, tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila industri teksi dibunuh," katanya.
Kerajaan mempunyai pelaburan dalam Uber melalui Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).

Perjuangan Impian Kelantan belum selesai

Posted: 21 Oct 2016 11:18 PM PDT


'Bah Kuning' yang menerpa masuk ke dalam sejarah terburuk Kelantan lewat dua tahun lalu tanpa ketukan amaran telah menjadi semacam gelanggang untuk ahli-ahli politik bersilat lidah dan menunding jari antara satu sama lain – hampir sepanjang tempoh ketika kerja-kerja pemulihan infrastruktur masih diusahakan.
14612601_10210840162257728_9206493183214563988_oMalah geran bernilai RM20 juta yang dianugerahkan kerajaan negeri kepada 1,000 penyelidik bagi tujuan menjalankan kajian pasca banjir itu mencapai kata putus yang sama, tanpa sedikit pun menyentuh faktor lain sebagai punca menyumbang kepada terjadinya banjir terburuk dalam sejarah negara itu.
Namun, pihak yang benar-benar mengamati permasalahan berkenaan, sama ada dari luar dan dalam percaya aktiviti pembalakan yang beroperasi sejak beberapa dekad yang lalu, telah menyumbang kepada banjir besar yang telah menenggelamkan dan melumpuhkan sebahagian besar kawasan-kawasan utama di negeri itu.
Ia diakui dengan mata kasar kita sendiri apabila lumpur kuning menyerbak dan terpalit di mana-mana, yang diimani pelbagai pihak berlaku akibat pembalakan rakus dan tidak terurus pemerintah negeri.
Sedang rakyat berendam air mata, meratapi kehilangan harta benda, keluarga tercinta dan kenangan yang pernah tersemat di tangga rumah, lidah ahli politik nampaknya tidak mampu untuk menampung beban yang sedia dipikul mangsa-mangsa banjir.
Sebaliknya, kelompok akar umbi, yang sedia bekerja dan bebas dari tatanan politik lebih cekap mengisi kelompongan yang ditinggalkan ahli-ahli politik tertentu yang ketika itu masih berdiri dan bermain di atas kayangan dan membumi di Amerika Syarikat menikmati terjahan bola glof bersama Barack Obama.
Pada Januari 2015, Impian Kelantan pun ditubuhkan atas usaha murni untuk mengembalikan semangat rakyat yang tercalar dek keabsurbdan alam dan percaturan salah pemimpin.
Dan penyelarasnya, Young Syefura atau lebih mesra dipanggil Rara menceritakan kisah yang meruntun jiwa berkisar seputar kehidupan yang dilalui mangsa.
"Selepas banjir besar mulai surut dan apabila hujan turun semula dengan lebat, anak-anak kampung memang sangat trauma, mereka menangis di waktu malam.
"Saya sendiri mengalami pengalaman tersebut apabila saya tidur bersama anak-anak kampung di asrama Sekolah Rendah Pasir Tumbuh. Mereka memang sangat takut. Mereka menangis dan mereka rasa perkara yang sama akan berlaku lagi.
"Saya rasa amat sedih dan juga kasihan kepada mereka kerana mereka masih anak-anak kecil yang berusia dalam lingkungan tujuh dan lapan tahun, tetapi terpaksa mengalami pengalaman yang sangat dahsyat.
"Apabila kita mendengar cerita-cerita penduduk kampung, kalau kita berada di tempat itu pun kita tak tahu apa nasib kita. Kerana mereka bercerita bagaimana mereka perlu meredah hutan pada waktu malam, tidur di dalam hutan di dalam ladang getah. Yang paling kasihan sekali pada ibu yang baru lepas melahirkan anak.
"Kerana nak larikan diri daripada banjir dari air yang sedang naik itu, mereka terpaksa melarikan diri ke dalam hutan dan perlu bawa anak yang baru dilahirkan, ini antara pengalaman yang mereka hadapi sewaktu itu" katanya.
Kampung Pasir Tumbuh yang terletak di Gua Musang, iaitu antara kawasan yang paling terjejas teruk, merupakan kampung angkat pertama Impian Kelantan bagi meneruskan objektif murni penubuhannnya.
Bagi menceriakan kembali wajah-wajah sugul mangsa banjir, pasukan Impian Kelantan dibantu hampir 20 sukarelawan, berkampung selama lebih enam bulan di sana dengan mengisi tentatif program melakukan kerja-kerja membina, membaiki dan mengecat lebih daripada 60 buah rumah yang terjejas teruk.
"Penerimaan orang kampung sangat-sangat baik, mereka terharu dan sangat gembira dengan kedatangan pasukan 'medical camp' daripada Impian Kelantan kerana mereka memerlukan ubat-ubatan selepas banjir berlaku, kehilangan harta benda dan wang. Kesihatan mereka juga turut terjejas.
"Apabila 'medical camp' ini masuk ke kampung pedalaman mereka sangat-sangat gembira dengan kedatangan kami," katanya sambil menambah Impian Kelantan tidak terhenti di situ sahaja, malah turut membantu membaik pulih Pasar Baru di Kuala Krai yang musnah akibat daripada arus deras banjir.
Pandangan mengenai aktiviti kesukarelawan
Dengan berbekalkan ilmu kejururawatan, Rara sememangnya tidak kekok dengan kegiatan kesukarelawan, malah pernah menjalani latihan praktikal di Hospital Mental, Tanjung Rambutan.
"Bukan semua orang ada akses ke dalam wad Tanjung Rambutan," katanya sedikit ketawa.
Ketika dialihkan perbualan mengenai penglibatan masyarakat dalam lapangan sukarelawan, beliau dengan mata bundar dan tersenyum memaklumkan bahawa banyak tanda-tanda positif sejak akhir-akhir ini, malah, Impian Kelantan menerima kunjungan ramai individu daripada pelbagai latar belakang yang bersedia untuk melakukan kerja-kerja membantu mangsa banjir.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)