Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:56 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hutang luar negara RM848.2 bilion, hutang Kerajaan Persekutuan RM655.7 bilion

Posted: 21 Oct 2016 08:02 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 OKT: Hutang luar Malaysia berjumlah RM848.2 bilion atau 68.8 peratus daripada KDNK pada akhir Jun 2016 berbanding RM833.7 bilion pada akhir 2015.
Manakala hutang Kerajaan Persekutuan berada pada paras RM655.7 bilion atau 53.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir Jun 2016.
Menurut Laporan Ekonomi 2016/2017, hutang dalam negeri kekal sebagai bahagian terbesar daripada jumlah hutang iaitu sebanyak 95.9 peratus manakala selebihnya daripada pinjaman luar pesisir.
Pada akhir Jun 2016, hutang dalam negeri Kerajaan Persekutuan berjumlah RM628.8 bilion, sebahagian besarnya terdiri daripada Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII), menurut laporan itu yang dikeluarkan sempena pembentangan Bajet 2017.
MGS, sebagai instrumen terbesar terbitan Kerajaan Persekutuan, mencatat RM365.9 bilion atau 55.8 peratus daripada jumlah hutang manakala MGII sebanyak RM230 bilion.
"Peratusan MGII kepada jumlah hutang Kerajaan Persekutuan telah meningkat kepada 35.1 peratus berbanding 21.8 peratus pada 2010, mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam mempromosikan Malaysia sebagai hab kewangan Islam antarabangsa," demikian menurut Laporan Ekonomi itu.
Sebahagian besar MGS dan MGII dipegang oleh institusi kewangan iaitu sebanyak 27.1 peratus, diikuti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (23.1 peratus) dan syarikat insurans (4.9 peratus).
Sebagai langkah pengurusan aliran tunai yang lebih baik, Bil Perbendaharaan Malaysia dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia diterbitkan secara berkala dengan tempoh matang 12 bulan dan ke bawah.
Menurut Laporan Ekonomi 2016/2017, pinjaman luar persisir berjumlah RM26.9 bilion, terdiri daripada pinjaman pasaran dan pinjaman projek.
Daripada jumlah ini, pinjaman pasaran merangkumi 75.3 peratus dan bakinya pinjaman projek. Pinjaman projek diperoleh menerusi sumber dua hala dan pelbagai hala terdahulu, bagi membiayai program khusus dan projek infrastruktur seperti perumahan, pembetungan dan empangan.
Hutang luar Malaysia berjumlah RM848.2 bilion atau 68.8 peratus daripada KDNK pada akhir Jun 2016 berbanding RM833.7 bilion pada akhir 2015.
Sebahagian besar hutang ini terdiri daripada deposit dan pegangan bukan pemastautin ke atas sekuriti hutang berdominasi ringgit sebanyak RM309.6 bilion atau 25.1 peratus daripada KDNK, diikuti hutang sektor swasta sebanyak RM166.7 bilion atau 13.5 peratus daripada KDNK.
Sementara itu, pinjaman luar pesisir oleh sektor awam sebanyak 9.9 peratus daripada KDNK dengan hutang Kerajaan Persekutuan hanya berjumlah 2.0 peratus.
Pinjaman luar pesisir meningkat 0.7 peratus kepada RM466.7 bilion pada akhir Jun 2016, terutama disebabkan oleh terbitan kertas hutang mata wang asing termasuk terbitan Sukuk Global Wakalah berjumlah AS$1.5 bilion pada April 2016.
Hutang luar pesisir Kerajaan Persekutuan meningkat kepada RM24.6 bilion disebabkan kesan penilaian serta terbitan pra-pembiayaan bagi penebusan sukuk global US$1.2 bilion yang matang pada Julai 2016 dan kekal rendah pada 5.3 peratus daripada jumlah pinjaman luar pesisir.
Pegangan pelabur asing dalam MGS dan MGII meliputi 34 peratus daripada jumlah kedua-dua instrumen berbanding 31.2 peratus pada akhir 2015.
Sehingga akhir 2015, hutang sektor awam Malaysia berjumlah RM870 bilion atau 75.2 peratus daripada KDNK.
Hutang Kerajaan Persekutuan sebagai komponen terbesar, berjumlah RM630.5 bilion atau 72.5 peratus daripada jumlah hutang sektor awam.

Bajet didakwa tidak endahkan keperluan Cina, India

Posted: 21 Oct 2016 07:51 PM PDT

Mereka mahu bahagian yang adil, bukan umpan pilihan raya, kata ahli Parlimen DAP
Chinese, IndiansPETALING JAYA: Dua ahli Parlimen tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima masyarakat Cina dan India dalam Bajet 2017.
"Belanjawan itu tidak melakukan yang secukupnya untuk masyarakat Cina," kata Nga Kor Ming (DAP-Taiping) kepada FMT. "Apa yang masyarakat Cina mahu adalah keadilan dan peluang sama rata."
Dalam belanjawan yang dibentangkan di Parlimen semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan mahu peruntukkan RM50 juta untuk pembangunan kampung baru Cina, RM20 juta untuk pinjaman mikro-kredit di bawah seliaan Yayasan Usahawan Wanita Cina Malaysia dan RM20 juta untuk pinjaman kepada penjaja Cina.
Kor Ming menepis peruntukan itu sebagai "umpan" menarik sokongan pengundi Cina dan mendakwa Najib tidak menghormati mereka.
Apa yang masyarakat Cina mahu, jelasnya, adalah "bahagian yang adil" daripada belanjawan itu, sebagai mengiktiraf sumbangan mereka kepada pembangunan negara.
Katanya peruntukan yang besar wajar diberi kepada pendidikan Cina. "Pendidikan merupakan pelaburan terbaik ke arah membangunkan modal insan," tambahnya.
Katanya Putrajaya perlu melihat contoh Pulau Pinang dan Selangor, yang memperuntukkan RM500,000 setiap tahun kepada sekolah menengah Cina.
Sementara itu, M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) menyifatkan peruntukan RM10 juta kepada sekolah Tamil cubaan Najib untuk "menyemai hubungan istimewa dengan masyarakat India" sekiranya mereka mengundi Barisan Nasional.
Belajar daripada sejarah, Kulasegaran berkata janji itu cuma "sementara".
Jelasnya 4 tahun lalu kerajaan peruntukkan RM50 juta untuk latihan kemahiran 3,000 belia India.
"Tetapi sasaran tak tercapai," katanya. "Tak sampai 1,000 orang pun dilatih."
Beliau menyoal Menteri Sumber Manusia berhubung perkara itu dan jawapan yang diterima adalah ia sedang diusahakan.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Parlimen dakwa Bajet tidak adil untuk Sabah, Sarawak

Posted: 21 Oct 2016 07:43 PM PDT

Perdana Menteri nampaknya tidak mengendahkan tuntuan dua negeri itu, kata Bandar Kuching dan Penampang
Darell Leiking
PETALING JAYA: Ahli Parlimen pembangkang daripada Sarawak dan Sabah mendakwa negeri mereka tidak diendahkan Bajet 2017.
Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching) menyifatkan pengurangan peruntukan untuk Sarawak sebagai perkara yang "besar", mungkin kerana Barisan Nasional percaya sudah berakar berumbi di negeri itu.
"Jika kamu perhatikan belanjawan itu, Sarawak tidak disebut sebanyak mana dalam belanjawan terdahulu," katanya.
Sementara itu, pemimpin parti baharu Parti Warisan Sabah Darell Leiking (Warisan-Penampang) berkata layanan yang diterima Sabah dalam belanjawan kali ini menunjukkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mahu mengiktiraf kedudukan sama taraf Sabah dan Semenanjung Malaysia.
"Sabah bukan sekadar sebuah negeri; ia rakan pembentukan negara ini," katanya. "Dalam Perlembagaan Persekutuabn, Sabah dijanjikan 40% hasil bersih daripada kutipan negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 5: Pas cakap biar terang, jangan jadi keli dalam besen

Posted: 21 Oct 2016 07:41 PM PDT


Mohd Sayuti OmarMohd Sayuti OmarSetiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan digesa supaya tidak mengeluarkan kenyataan berbelit berhubung penyertaan parti itu dalam himpunan Bersih, 19 November depan.
Penulis buku politik popular Mohd Sayuti Omar berkata, peguam itu boleh sahaja tanpa perlu berselindung menyatakan menjalin hubungan dengan Umno.
"Takiyuddin tidak payah banyak cakap berliku-liku macam jalan ke Bukit Tinggi.
"Terus terang sahaja Pas tidak mahu sertai Bersih kerana Pas sedia untuk berkerjasama dengan Umno. Cakap biar jelas dan terang.
"Ringkas, tidak menyusah dan mengelirukan orang. Dalam perjuangan kena gentlemen tidak jadi macam ikan keli dalam besen," bidasnya dalam status Facebook beliau.
Sayuti mengulas alasan Takiyuddin kononnya Pas tidak menyertai Bersih 5 kerana perjuangan gerakan kempen menuntut pilihan raya yang adil itu sudah melencong.
Takiyuddin yang juga peguam mendakwa terdapat peserta Bersih sebelum ini memijak gambar pemimpin parti tersebut.
"Kalaulah itu alasan kenapa Pas tidak mahu sertai Bersih, betapa rendah jiwa orang Pas.
"Takkan kerana gambar dipijak sanggup menolak gagasan Bersih untuk memastikan pilihan raya adil dan bersih.
"Tengok Anwar walaupun matanya lebam dibaham polis Dr Mahathir tetapi beliau boleh melupai peristiwa itu demi mencapai cita-cita bersama," tegas Sayuti lagi.

Tidak hadir Bajet 2017, Hadi ada kuliah Jumaat, majlis tahnik

Posted: 21 Oct 2016 07:40 PM PDT

Bajet 2017
Walaupun pembentangan belanjawan setahun sekali tetapi Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam masih tidak dapat hadir ke Dewan Rakyat.
Ketiadaannya ketika Perdana Menteri membentangkan Bajet 2017 dilihat banyak pihak sebagai sudah menjadi kelaziman memandangkan beliau memang dikenali kerap ponteng dalam sidang Parlimen.
Namun, terdapat penyokong Pas yang cuba menjelaskan punca ketidakhadiran Presiden mereka itu di Parlimen.
Pengguna Facebook, Aziz Al Qassam memberitahu Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia itu mempunyai Kuliah Jumaat diikuti majlis tahnik.
"Lepas itu (Kuliah Jumaat), memenuhi hasrat masyarakat Marang untuk tahnik anak mereka.
"Cakap-cakap buat dosa dok menimbulkan kebencian kepada tok guru yang banyak jasa kepada ummah," bidasnya lagi.
Dakwaan Aziz berkenaan adalah respon kepada status Facebook milik Naib Ketua Pemuda Amanah Wilayah Persekutuan, Nik Abdul Razak.
"Semua Ahli Parlimen Pas kekal dalam dewan hingga berakhir pembentangan bajet kecuali Marang," katanya bernada sindiran.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 5: Bersatu sokong lima tuntutan, mahu himpunan berlansung aman

Posted: 21 Oct 2016 07:38 PM PDT

Anina SaadudinAnina Saadudin
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengadakan mesyuarat untuk menentukan gerak kerja dan pembabitkan parti itu dalam himpunan Bersih 5 yang akan diadakan pada 19 November depan.
Ketua Srikandi Bersatu, Anina Saadudin memaklumkan, kehadiran Pengerusi Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir dalam beberapa ceramah dan Konvoi Bersih 5 sejak dua minggu lalu, telah membuktikan pimpinan parti itu menyokong penuh himpunan Bersih 5.
"Pada asasnya kami menyokong lima tuntutan Bersih kerana Bersih juga menuntut supaya Najib melepaskan jawatan sebagai perdana menteri.
"Tetapi keputusan untuk membawa ahli parti Pribumi Bersatu dalam himpunan besar pada November depan, secara teknikalnya pimpinan kami, belum dimuktamadkan lagi kerana kita masih belum bermesyuarat mengenai hal ini," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Katanya lagi, walaupun menyokong penuh lima tuntutan Bersih tetapi parti itu mahu himpunan yang akan diadakan kelak dapat dilaksanakan secara aman dikalangan penyokong Bersih.
"Kita dalam Srikandi mahu demontrasi aman dilaksanakan dan Bersih perlu cukup bersih.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M Terima DAP Kerana Perjanjian Bersama PR 2009

Posted: 21 Oct 2016 07:08 PM PDT

Cerita Sebenar!!~ "Ahli Parlimen Pembangkang Mengamuk Semasa Najib B...

Posted: 21 Oct 2016 07:07 PM PDT

Reaksi Bajet 2017

Posted: 21 Oct 2016 07:04 PM PDT

Intipati Bajet 2017

Posted: 21 Oct 2016 11:51 AM PDT

Berikut ialah intipati Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini.

Bajet 2017 bertemakan "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh".

* Bajet 2016 memperuntukkan RM260.8 bilion, peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.

* RM214.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan

* RM77.4 bilion untuk emolumen, RM32 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan

* Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi terima agihan tertinggi RM25.9 bilion, diikuti sektor sosial RM12.2 bilion, keselamatan RM5.3 bilion, pentadbiran RM2.5 bilion

* Hasil kerajaan Persekutuan 2017 dijangka berkembang tiga peratus kepada RM219.7 bilion

* Sasaran kerajaan untuk defisit fiskal tiga peratus daripada KDNK pada 2017

* GST hampir RM30 bilion dikutip setakat 19 Okt 2016

* KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia meningkat daripada US$23,100 pada 2012 kepada US$26,891 pada 2015

* Jumlah pelaburan asing yang diluluskan bagi separuh pertama tahun 2016, adalah lebih RM28 bilion, peningkatan 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

* Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa dipanjangkan kepada Kumpulan Pelaksana

* Cuti Kuarantin lima hari tanpa rekod kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin

* Menaikkan had kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam kepada RM200,000 hingga RM750,000

* Gred 56 diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar

* RM1.2 bilion bagi membina dan menaik taraf 616 km jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar

* RM4.6 bilion bagi menyelenggara jalan negeri, di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS)

* RM350 juta bagi membina dan membaik pulih 17,000 unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli

* RM800 juta untuk Projek Mesra Rakyat seperti menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil

* RM495 juta untuk meneruskan 69 projek Rancangan Tebatan Banjir di seluruh negara

* RM200 juta untuk bina 5,000 unit MyBeautiful New Home menerusi NBOS bagi B40 pada harga RM40,000-RM50,000 seunit, dengan kerajaan biayai RM20,000

* RM275 juta bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40

* Peruntukan subsidi hampir RM10 bilion merangkumi subsidi gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam.

* BR1M - isi rumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan bantuan kepada RM1,200

* BR1M - isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 dinaikkan bantuan kepada RM900

Read More / Baca Lagi >>

Bajet2017: Teks Penuh Ucapan PM UMNO@BN

Posted: 21 Oct 2016 11:45 AM PDT

"MENJAMIN PERPADUAN DAN PERTUMBUHAN EKONOMI,
MENGHEMAH PERBELANJAAN INKLUSIF,
MENSEJAHTERA KEHIDUPAN RAKYAT SELURUH"

Tuan Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang bertajuk "Suatu Akta bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2017 dan bagi memperuntukkan wang itu untuk perkhidmatan bagi tahun itu" dibaca bagi kali kedua.


Tuan Yang Dipertua,

BismillahirRahmanirRahim
Alhamdulillahi Rabbil A'lamin Wabihi Nasta'in

1. Segala puji dan puja serta kalimah tasbih dipanjatkan ke hadrat Allah Hu Ta'ala di atas limpah kurnianya yang menghimpunkan kita sekali lagi pada petang Jumaat, 21 haribulan Oktober 2016, bersamaan 20 haribulan Muharram 1438 Hijriah yang mulia ini, bagi maksud pembentangan sebuah lagi dokumen besar negara yakni Bajet 2017.

2. Demikianlah, tentunya kita memohon limpahan rahmat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, dengan selawat sesempurna anugerah.

3. Wahai Tuhan Yang Maha Besar, sebaik-baik perancang, dipohon Taufik dan Hidayah serta nikmat bahagia yang berkekal-kekalan kepada hamba-hambaMu ini seluruh rakyat Malaysia.

Tuan Yang Dipertua,

4. Pada kesempatan ini, kita mengalu-alukan kembalinya sejumlah lebih 23 ribu orang Jemaah Haji ke tanah air dengan selamatnya. Didoakan semoga semuanya telah memperoleh Haji yang mabrur. InsyaAllah.
Tuan Yang Dipertua,

5. Saban tahun sejak kurang lebih enam dekad lalu, belanjawan-belanjawan atau bajet-bajet telah dipersembahkan.

6. Jika kita mengimbas sejarah, bermula dengan belanjawan kali pertama pasca merdeka, di Parlimen pada tahun 1959, yang hanya berbekalkan peruntukan sebanyak 888 juta ringgit, hinggalah Bajet 2017 ini, berperuntukkan sejumlah 260.8 bilion ringgit.
7. Dengan izin dan kehendak Allah yang Maha Berkuasa jua, Kerajaan Perikatan, bertali-temali kini, sebagai Kerajaan Barisan Nasional, telah berjaya mempertahan dan memperkekalkan pertumbuhan KDNK, pada purata enam peratus setahun, selama hampir enam puluh tahun berturut-turut.

Alhamdulillah, ..… Alhamdulillah.

Tuan Yang Dipertua,

8. Bajet kali ini dengan diperuntukkan 260.8 bilion ringgit, merupakan peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.

9. Daripada jumlah ini, 214.8 bilion ringgit adalah Perbelanjaan Mengurus dan 46 bilion ringgit pula, untuk Perbelanjaan Pembangunan. Ini tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak 2 bilion ringgit.

10. Di bawah Peruntukan Mengurus, 77.4 bilion ringgit adalah untuk Emolumen, serta 32 bilion ringgit untuk Perkhidmatan dan Bekalan.

11. Manakala, 103.9 bilion ringgit untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula, diperuntukkan 691 juta ringgit, dan 816.6 juta ringgit lagi, untuk perbelanjaan lain.

Tuan Yang Dipertua,

12. Di bawah Peruntukan Pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 25.9 bilion ringgit, diikuti oleh sektor sosial 12.2 bilion ringgit. Sektor keselamatan mendapat 5.3 bilion ringgit, dan sektor pentadbiran am lebih 2.5 bilion ringgit.

13. Oleh itu, berdasarkan prestasi semasa, hasil 2017 dijangka berkembang sekitar 3 peratus iaitu kepada 219.7 bilion ringgit.

14. Selain itu,…sasaran Kerajaan untuk defisit fiskal 3 peratus daripada KDNK pada 2017, mudah-mudahan dapat dicapai, berbanding,… 3.1 peratus pada tahun ini.

15. Jadinya,….. Tuan Yang Dipertua, saudara dan saudari,….. saya faham, angka dan nombor-nombor yang disebut barangkali tidak mudah difahami ramai.

16. Sebenarnya, apa yang hendak saya sampaikan adalah, Kerajaan sentiasa komited untuk melaksanakan bajet yang terbaik melalui perbelanjaan berhemah, sekalipun,… kita berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi dunia.

Saudara dan saudari,

17. Maksud perbelanjaan berhemah oleh Kerajaan di sini, kalau hendak dipercontohkan dalam sesebuah keluarga, seorang bapa atau ketua keluarga harus bijak dalam menguruskan kewangan untuk keperluan seisi rumah.

18. Ertinya, jika dulu,… dapat dibelikan mainan yang agak mahal untuk anak-anak,… dalam keadaan sekarang,… beli tetap beli juga,… tetapi yang bersesuaian dengan kadar kemampuan.

19. Manakala, makan minum,… kalau sebelum ini boleh sedikit bermewah dan makan-makan di restoran mahal,… kini boleh bersederhana serta berjimat, barangkali di restoran-restoran berpatutan, namun tidak kurang enak makanannya.

20. Tambahan lagi, Malaysia dikenali sebagai 'Syurga Makanan'.

21. Misalnya, dalam Amanat Merdeka baru-baru ini, saya telah memberi contoh makanan yang sedap dan harga pun boleh tahan, namun masih enak seperti Nasi Kandar Vanggey di Ipoh.

22. Terkini pula, saya dapat tahu,…telah viral tentang 'Nasi Lemak Anak Dara' di Shah Alam yang diusahakan oleh seorang graduan wanita muda dari Universiti tempatan…Kesiannnn katanya dah kena saman pulak.

23. Apa pun,… Kerajaan kini harap dan kita galakkan individu-individu terutamanya para graduan, yang ingin menjadi usahawan seperti ini didoakan agar terus berusaha dan berjaya.

Tuan Yang Dipertua,

24. Berbalik kepada Bajet 2017 ini,… kita ingin mengambil ibarat dan teladan daripada kisah-kisah di zaman Nabi Allah Yusof Alaihi Salam, bersempena Kitab Suci Al-Quran Surah 12, ayat-ayat 43 hingga 49, tentang perancangan tujuh tahun pertama dan persediaan, selanjutnya tujuh tahun cabaran mengekalkan keutuhan ekonomi negara.

25. Beriktibar daripada peristiwa bersejarah itu, merujuk kepada situasi yang berlaku kepada ekonomi negara kita, pada tahun 2008, yakni tujuh tahun lalu, Malaysia tidak terlepas daripada dilanda kelembapan ekonomi global.

26. Justeru, selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan, di bawah pimpinan Mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, kami telah melancarkan Pakej Rangsangan Ekonomi Pertama, berjumlah hampir tujuh bilion ringgit, bagi merangsang kembali pertumbuhan ekonomi negara.

27. Sebenarnya, pakej pertama itu, merupakan langkah interim sahaja. Kemudiannya, kira-kira sebulan sebelum saya dilantik menjadi Perdana Menteri pada Mac 2009, Pakej Rangsangan Kedua bernilai 60 bilion ringgit telah digerakkan.

28. Ternyata, langkah pro-aktif ini berjaya memangkin ekonomi negara yang lembap pada masa tersebut. Hasilnya, ekonomi Malaysia kembali berkembang, dengan pertumbuhan KDNK mencecah 7.4 peratus pada tahun 2010.

Tuan Yang Dipertua,

29. Alhamdulillah, rentetan daripada inisiatif-inisiatif pakej-pakej stimulus tersebut, dan tujuh bajet yang telah dilaksanakan, ekonomi kita stabil dan kekal berada di landasan positif.

Tuan Yang Dipertua,

30. Sesungguhnya, keadaan ekonomi global atau external economy masakini adalah tidak menentu dan berada di luar kawalan kita.

31. Pertumbuhan perlahan ekonomi antarabangsa berpunca, daripada kelembapan kesemua Kuasa-Kuasa Besar Ekonomi Dunia secara serentak.

32. Sebab itulah, pertumbuhan KDNK dunia menurun daripada 3.2 peratus pada 2015, ke paras 3.1 peratus yang diunjurkan bagi tahun 2016.

33. Kendatipun begitu, kita amat bersyukur, pertumbuhan ekonomi kita masih kekal stabil dan sustainable bagi separuh pertama tahun ini.

34. Jelasnya, ekonomi negara terus berkembang pada 4.1 peratus dan kita yakin sasaran pertumbuhan 4 hingga 4.5 peratus bagi tahun 2016 dan 4 hingga 5 peratus pada 2017 akan tercapai, Insya-Allah.

35. Sesungguhnya jua, we are now on the right track kerana berani membuat membuat keputusan-keputusan yang tepat, sekalipun ia tidak popular.

36. Saya hendak nyatakan di sini, bahawa all those major and crucial decisions were deliberately done.

37. Bak kata pepatah Melayu, Menyediakan Payung Sebelum Hujan dengan mempasak dan memancang, foundation yang kukuh demi kedudukan jangka masa panjang kewangan dan ekonomi negara.

Tuan Yang Dipertua, Saudara dan Saudari sekalian,

38. Segalanya ini dicapai berkat kegigihan dan perancangan Kerajaan dengan menumpukan kepada beberapa dasar strategik, sejak tahun 2010.

39. Pertamanya: Mempelbagaikan sumber hasil Kerajaan, terutamanya mengurangkan kebergantungan hasil negara daripada sektor minyak dan gas sebanyak 41.3 peratus pada tahun 2009 kepada, 14.6 peratus pada tahun 2016.

40. Hasil daripada mempelbagaikan ekonomi secara lebih meluas ini, pertumbuhan ekonomi negara dapat dipertahankan dan masih terpelihara, sungguhpun harga minyak telah merosot hampir 50 peratus.

41. Keduanya: Langkah berani Kerajaan memperkenalkan GST untuk meluaskan sumber pendapatan Kerajaan. Perlu kita sedar, hasil cukai langsung dari individu hanyalah terdiri daripada 2.1 juta pembayar sahaja, daripada 14.6 juta jumlah warga kerja negara.

42. Tambahan pula, dengan kejatuhan harga minyak, dianggarkan Kerajaan kehilangan pendapatan kira-kira 30 bilion ringgit setahun, daripada sumber cukai pendapatan, cukai korporat, royalti, dividen PETRONAS dan cukai petroleum.

43. Sedarilah, dengan adanya GST, Kerajaan berupaya menampung perbelanjaan di kala sumber yang lain berkurangan.

Tuan Yang Dipertua,

44. Sukacita saya melaporkan, melalui GST sebanyak hampir 30 bilion ringgit telah berjaya dikutip setakat 19 Oktober 2016.

45. Apa yang pastinya, ingin saya tegaskan di sini,…janganlah percaya gembar-gembur bahawa kadar GST akan dinaikkan. Itu cuma cakap-cakap kosong dan tidak benar sama sekali.

46. Langkah Ketiganya, Rasionalisasi Subsidi: Sebagai contoh, jika hendak dibandingkan bagi minyak, pada tahun 1995, masa itu subsidi hanyalah 123 juta ringgit. Jumlah ini hanya mewakili 0.24 peratus daripada bajet keseluruhan negara.

47. Kemuncaknya, pada tahun 2012, mencecah jumlah subsidi 24.8 bilion ringgit, atau 9.8 peratus daripada bajet keseluruhan negara.

48. Secara langsungnya, dasar subsidi pukal jelas membebankan kewangan negara dan menggalakkan ketirisan, dan kita telah ganti dengan subsidi bersasar, yang manfaatnya sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan.


Tuan Yang Dipertua,

49. Terbukti, melalui segala inisiatif yang diambil oleh pihak Kerajaan ini, ekonomi kita berkembang secara mampan, dan kini, mengikut ukuran Purchasing Power Parity,… Malaysia telah menjadi sebuah negara upper middle income, mengatasi banyak negara bukan sahaja di Asia, namun di seantero dunia.

50. Maknanya, menurut KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia, telah meningkat daripada 23,100 dolar Amerika pada tahun 2012, kepada 26,891 dolar Amerika pada tahun 2015.

Tuan Yang Dipertua,

51. Pada sudut lain,… Kerajaan sedar tentang desas desus bahawa, para pelabur sekarang kononnya tidak lagi berkeyakinan dengan ekonomi Malaysia.

52. Perlu difahami, ekonomi sesebuah negara sangat berkait rapat dengan persepsi, sebabnya, tanpa keyakinan mana mungkin datangnya pelaburan untuk ekonomi digerakkan.

53. But,..… if our own people,…. undermine and sabotage our own economy, ibaratnya merudumkan rumah dan tanah air kita sendiri.

54. Justeru, perbuatan seperti ini oleh musuh-musuh luar apatah lagi tangan-tangan kotor dalam negara, yang tidak bertanggungjawab seperti ini,… mesti dihentikan!!!

Tuan Yang Dipertua,

55. Bagi kita,… Kerajaan Barisan Nasional,….. bak kata orang, sekalipun seribu panah tersusuk di badan,… seandainya sejuta luka terbenam diserang, demi rakyat Malaysia yang tercinta, dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak, kita akan terus mara menjulang Malaysia ke hadapan.

Tuan Yang Dipertua,

56. Syukur Alhamdulillah, fakta-fakta telah membuktikan hakikat sebenarnya.

57. Misalnya, jumlah pelaburan asing yang telah diluluskan bagi separuh pertama tahun 2016, adalah lebih 28 bilion ringgit. Ini merupakan peningkatan sebanyak 32 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

58. Ini,… tidak termasuk pelaburan domestik lebih 60 bilion ringgit.

59. Malah, semasa lawatan ke Jerman bulan lalu, pertemuan saya dengan komuniti perniagaan di sana, mereka menyatakan minat untuk terus kekal dengan pelaburan di sini, kerana yakin dengan dasar-dasar Kerajaan Malaysia yang jelas.

60. Contohnya, syarikat Osram telah mengumumkan pelaburan bernilai 1 bilion Euro, atau hampir 5 bilion ringgit.

61. Pelaburan untuk kilang LED di Kulim Kedah ini adalah yang terbesar dan terkini di seluruh dunia.

62. Insya-Allah, minggu hadapan, saya akan ke China pula. Doakanlah agar lawatan ini akan membawa kejayaan yang lumayan untuk negara kita.

63. Terkini, menurut Kaushik Basu, Chief Economist and Senior Vice President of the World Bank,…as many nations suffer because of falling global commodity prices, Malaysia stands out for having transformed itself from a poor, commodity-exporting nation to a modern diversified economy.

Tuan Yang Dipertua,

64. Setiap kali bajet dibuat, ramai akan merujuk dan membahas kepada beberapa ayat penting dalam Al-Quran, antaranya Surah Al-Hasyr ayat 7, bahawa, janganlah harta itu berlegar di kalangan orang-orang kaya di antara kamu sahaja.

65. Saya telah merujuk kepada pandangan pakar dan alim ulama tentang perkara ini dan difahamkan bahawa tafsiran ayat ini perlulah dilihat dalam konteks yang lebih luas dan holistik.

66. Memetik huraian Imam Al-Mawardi, sesuatu pemberian atau peruntukan seperti bajet ini, kepada masyarakat adalah bersifat subjektif dengan mengambil kira keperluan dan maslahah semasa rakyat terbanyak.

67. Sesungguhnya, untuk menggubal sebuah bajet yang kompleks, bukanlah perkara enteng. Sebagai Kerajaan yang merasa denyut nadi rakyat, sepanjang beberapa bulan yang lalu, Kerajaan juga telah menerima ribuan idea daripada rakyat pelbagai lapisan dan kategori.
Tuan Yang Dipertua,

68. Bertapak dari itu, makanya Bajet 2017 digubal dengan berpegang kepada Lima Prinsip dan Falsafah Kerajaan.

Satu: Kerajaan ini adalah Kerajaan yang mengutamakan kesepaduan nasional dalam pembinaan negara bangsa. Kepelbagaian etnik dan kemajmukan sebagai aset teras kemajuan dan pembangunan negara semenjak dulu, kini dan selamanya;
Kedua: Kerajaan ini adalah Kerajaan yang mementing dan memelihara kedaulatan, keluhuran perlembagaan dan undang-undang serta keselamatan negara;

Ketiga: Kerajaan ini, adalah Kerajaan yang kohesif dan stabil serta bekerja sebagai satu pasukan yang jitu;

Keempat: Kerajaan ini, adalah Kerajaan yang gigih berusaha, dengan arah tuju yang jelas, perancangan yang sistematik dan pelan pelaksanaan yang tersusun, efisyen lagi holistik. Indeed, this Government has delivered,… we are still delivering and most importantly, we will continue to deliver.

dan,…

Kelimanya: Kalau dalam bernegara, kita berpegang kepada ideologi kebangsaan yakni Rukun Negara. Maka dalam mentadbir Malaysia, Kerajaan ini akan terus berpandukan kepada falsafah Islami yang universal sifatnya yakni Wasatiyyah, merangkumi kesederhanaan, keseimbangan, keadilan sosial, kesaksamaan dan kecemerlangan.

Ini bererti,… kita senantiasa berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh yang terbaik,… bukan sederhana, complacent atau berpuas hati dengan pencapaian ala kadar sahaja.

Tuan Yang Dipertua, rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

69. Dalam melalui suka duka episod memacu kejayaan negara,… kita tidak lupa kepada tokoh-tokoh juga pimpinan-pimpinan yang menjadi sumber inspirasi dan teladan kepada semua.

70. Lalunya,… di kesempatan ini, kita menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga beberapa insan yang banyak berjasa kepada negara. Mereka yang akan saya sebutkan sememangnyalah bukan terdiri daripada ahli Parlimen namun, sekadar berkongsi cerita dan rasa.

71. Pertamanya, Allahyarham Tan Sri Haji Abdul Aziz Tapa yang menumpah taat setia kepada perjuangan bangsanya dan partinya hingga ke hujung usianya, 93 tahun.

72. Kedua, kepada seorang lagi sahabat peribadi saya dan keluarga, yakni Allahyarham Tuan Guru Ustaz Dato' Dr. Haron Din.

73. Sesungguhnya, kita rakyat Malaysia telah kehilangan dua tokoh yang sangat dihormati.

74. Jelas sekali, meskipun Allahyarham Tuan Guru berada di landasan politik berbeza, namun, kita tetap menyanjung tinggi perjuangan beliau untuk ummah, dan pihak Kerajaan telah menganugerahkan gelaran Tokoh Khas Maal Hijrah 2016 kepadanya. Tapi kita berasa sedih dan kecewa, kerana ada kalangan pihak pembangkang sendiri yang terang-terangan membenci dan menista beliau.

Tuan Yang Dipertua,

75. Pernah, semasa saya melawat beliau di hospital, secara peribadi tokoh ilmuwan Islam ini, ada menyebut kepada saya bahawa, "jika kita suka kepada seseorang itu berpada-padalah,… mana tahu kelak kita akan membencinya. Kalau kita benci kepada seseorang itu pula, berpada-pada jugalah,… kerana mungkin orang yang dibenci itu kelak akan menjadi orang yang kita sayang"…..

76. Kepada kedua-duanya, yang telah dipanggil pulang ke ribaan Yang Maha Esa, kita sedekahkan – ummul kitab Al-Fatihah…
Tuan Yang Dipertua,

77. Kita kini berada di ambang enam dekad kemerdekaan watan tercinta ini. Selama itulah penjawat awam yang kini jumlahnya mencecah 1.6 juta orang, menjadi tonggak pentadbiran dan jentera kemajuan negara.

78. Sebagai menghargai khidmat bakti dan jasa mereka, sukacitanya saya mengumumkan:

Pertama: Kemudahan Cuti Belajar dengan gaji dibayar penuh bersama biasiswa yang sebelum ini hanya kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional, kini akan diberikan juga kepada Kumpulan Pelaksana;

Kedua: Pemberian Cuti Kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuaratin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak 5 hari;

Ketiga: Kalau seperti sedia ada kemudahan pembiayaan diberikan kepada pembelian komputer, bajet kali ini memutuskan agar kemudahan ini diperluaskan meliputi pembelian smartphone dengan had pinjaman sehingga 5 ribu ringgit bagi setiap tiga tahun; dan

Keempat: Tidak cukup dengan itu,…tidak cukup…..Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan daripada 5 ribu ringgit kepada 10 ribu ringgit.


Tuan Yang Dipertua,

Kelima: Kerajaan tetap mengambil berat tentang perumahan penjawat awam, dan terus komited supaya mereka memiliki rumah sendiri.
Maka dengan ini, sukacita Kerajaan bersetuju menaikkan kelayakan pinjaman perumahan penjawat awam daripada serendah-rendahnya 120 ribu ringgit kepada 200 ribu ringgit, manakala pinjaman paling tinggi sebelumnya 600 ribu ringgit, kini dinaikkan kepada 750 ribu ringgit;

Keenam: Sebanyak 30 ribu unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan; dengan harga jualan sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran; yakni berharga antara 90 ribu ringgit hingga ke 300 ribu ringgit;

Ketujuh: Kepada pegawai contract of service dan contract for service yang akan tamat pada penghujung tahun ini pula, usahlah bimbang, kontrak tuan-tuan dan puan-puan akan Kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi;

Kelapan: Bagi mengatasi masalah para doktor pakar yang mahu meninggalkan perkhidmatan awam atas isu kelewatan naik pangkat,… Kerajaan memandang serius,… seraya kita umumkan satu lapisan gred baru, yakni gred 56 antara gred 54 dan JUSA C diwujudkan, bagi pegawai perubatan pakar dan pegawai pergigian pakar; dan

Kesembilan: Kerana kekangan jawatan tetap, Kerajaan mengambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian dan farmasi selewat-lewatnya Disember 2016.

Untuk makluman,… hampir 2,600 doktor yang sebelum ini tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital, kini boleh menjalani housemanship secara kontrak. Harapnya, berita ini akan membawa khabar gembira kepada mereka dan keluarga.

Tuan Yang Dipertua,

79. Sebelum pembentangan diteruskan, saya ingin memperbetulkan beberapa tuduhan dan misconceptions yang dimomok oleh pihak tidak bertanggungjawab, sehingga mengeliru dan menimbulkan keresahan tidak menentu di kalangan masyarakat tentang ekonomi Malaysia.

80. Salah faham dan salah persepsi yang pertama,… dikatakan – Kerajaan Akan Bankrap atau Muflis.

81. Berkait perkara ini, saya ingin maklumkan bahawa, sesebuah Kerajaan hanya dikategorikan sebagai bankrap atau muflis, sekiranya Kerajaan tersebut tidak mampu membayar tanggungan hutang-hutangnya.

82. Letak duduk ini, dinilai melalui penarafan oleh antaranya tiga buah agensi antarabangsa yang sangat berwibawa yakni, Fitch, Moodys dan Standard & Poors.

83. Institusi-institusi inilah Badan-Badan Penarafan yang diterima pakai rating dan laporan keupayaan negara-negara dalam membayar-balik hutang.

84. Sebagai perbandingan, menerusi agensi penarafan Fitch, terkini Malaysia diberi penarafan A- berbanding dengan Filipina BBB -, Thailand BBB + dan Vietnam BB -.

85. Malah penarafan Malaysia, adalah sama dengan kelompok negara yang saiz ekonominya lebih besar dan maju daripada negara kita, seperti Korea AA- , China A+ , Taiwan A+ , dan Jepun A.

86. Maknanya di sini,… istilah muflis atau bankrap itu jauh sekali daripada kamus ekonomi Malaysia!!!

Tuan Yang Dipertua,

87. Salah faham dan salah persepsi kedua,… dikatakan bahawa Malaysia is a Failed State, atau Negara Yang Gagal.

88. Inipun fitnah semata-mata. Saya nak terangkan apa maknanya Failed State….. Ia terjadi seandainya sesebuah negara itu gagal melaksanakan sebahagian besar tanggungjawab dan fungsi asas Kerajaan.

89. Ini termasuklah kegagalan anggota polis dan askar mengawal keamanan dan keselamatan negara, kegagalan Kerajaan untuk membayar gaji penjawat awam, kegagalan untuk membekalkan keperluan asas seperti air dan elektrik, kadar inflasi melambung tinggi atau hyper inflation, sehingga membawa kepada kehancuran ekonomi.

90. Ternyata ciri-ciri tersebut tidak wujud di Malaysia!!! …dan,… dengan Pertolongan Allah, Kerajaan ini tidak sesekali akan membiarkan kita terjerumus ke kancah negara yang gagal.

Tuan Yang Dipertua,

91. Bajet ini bukanlah digubal bagi kepentingan, atau berlegar kepada kumpulan rakyat tertentu sahaja. Namun direkayasa, bersifat inklusif demi kesejahteraan rakyat seluruhnya.

92. Justeru, jika digambarkan melalui piramid, dalam negara kita, terdapat tiga kategori utama rakyat berdasarkan kepada julat pendapatan isi rumah yakni T20, M40 dan B40.

93. Bagi golongan rakyat M40 secara umumnya, adalah kelompok isi rumah yang berpendapatan sekitar 3,900 ringgit hingga 8,300 ringgit.

94. Golongan M40 termasuklah individu bujang, dan kebanyakkannya merupakan suami isteri bekerja, berpendidikan dan berkemahiran tinggi.

95. Alhamdulillah, golongan ini tidak mempunyai masalah memenuhi keperluan asas mereka. Namun, menjadi hasrat Kerajaan untuk meningkatkan disposable income atau pendapatan boleh guna mereka.

96. Ini merangkumi aspek-aspek kerjaya yang terjamin, peluang peningkatan pendapatan dari masa ke semasa, perumahan, keselamatan, pendidikan, kesihatan dan keseimbangan antara kesibukan kerja, berekreasi serta masa yang berkualiti bersama keluarga masing-masing.

Tuan Yang Dipertua,

97. Untuk kefahaman ramai, B40 pula ialah golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah, dengan pendapatan isi rumah sekitar 3,900 ringgit ke bawah. Dari perspektif ekonomi makro, wujudnya golongan ini adalah lazim di mana-mana negara membangun.

98. Menurut Laporan Khazanah Research Institute, kadar pertumbuhan pendapatan isi rumah B40 ini meningkat lebih pantas, jika dibandingkan dengan pertumbuhan pendapatan golongan M40 dan T20.


Tuan Yang Dipertua, saudara-saudari dan rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

99. Sekiranya dalam Bajet 2015, saya telah mentafsirkan People Economy dan Capital Economy, kali ini, saya mahu menambah satu lagi konsep penting dalam kita menuju status negara maju yakni, public happiness.

100. Maksud saya, bajet ini bukan hanya tentang pendapatan semata-mata, tetapi ia berkait kualiti kesejahteraan hidup rakyat, seperti aman dari jenayah, menikmati alam sekitar yang bersih dengan pelbagai seni dan kebudayaan yang berwarna warni.

101. Juga,… pencapaian pendidikan yang tinggi, mengangkat kesarjanaan dan keintelektualan, adanya khidmat kesihatan yang terjamin serta memiliki akses kepada pengangkutan awam yang efisyen.

102. Sehubungan dengan hal alam sekitar, kita perlu terus memelihara alam semulajadi terutama kawasan tadahan air dan mempastikan bahawa kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan sebagai hutan simpanan dan taman-taman nasional dijaga serta sentiasa dipertahankan agar tidak dicerobohi. Ini hanya akan menjadi kenyataan seandai semua Kerajaan Negeri memberikan kerjasama sepenuhnya dengan gandingan sektor swasta dan rakyat jelata.

Tuan Yang Dipertua,

103. Demi kesejahteraan rakyat, Kerajaan akan terus komited melaksanakan projek dan program Rakyat Centric di bandar dan luar bandar seperti berikut:

Pertama: Melalui maklumat dan sesi turun padang, terdapat kampung-kampung yang masih berada dalam keadaan suram malah gelap tanpa kelengkapan tiang-tiang lampu jalan.

Makanya, menjadikan kampung di waktu malam lebih terang, bercahaya lagi selamat, sebanyak 97 ribu lampu jalan dan 3 ribu lampu LED di persimpangan jalan akan dipasang.

Ini melibatkan 7,500 kampung di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak;

Kedua: Membina dan menaik taraf 616 kilometer jalan kampung dan jambatan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar, dengan peruntukan 1.2 bilion ringgit;

Ketiga: Bagi menyelenggara jalan negeri, 4.6 bilion ringgit disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia atau MARRIS;

Keempat: Membina dan membaik pulih 17 ribu unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli dengan peruntukan 350 juta ringgit.

Setiap unit rumah diberi bantuan baik pulih antara seribu hingga 15 ribu ringgit bergantung kepada usangnya keadaan rumah tersebut;

Kelima: Meningkatkan penyediaan bekalan air bersih dengan peruntukan 732 juta ringgit, mensasarkan 5,200 buah rumah, termasuk menaik taraf sistem bekalan air FELDA.

104. Terkini pula, terdapat pelbagai masalah bekalan air di beberapa negeri, antaranya kekurangan kapasiti bekalan, cuaca kemarau, pencemaran sisa industri dan pembalakan serta kebocoran paip.

105. Bagi menaik taraf kapasiti dan menjamin bekalan air, Kerajaan memperuntukkan geran 156 juta ringgit dan 509 juta ringgit dalam bentuk pinjaman.

106. Sebagai tambahan, untuk mengatasi masalah bekalan air, di seluruh negara, Tabung Bekalan Air akan diwujudkan dengan segera, berperuntukkan 500 juta ringgit.

Keenam: Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10 ribu buah rumah dengan peruntukan 460 juta ringgit; dan

Ketujuhnya: Kerajaan sentiasa mengambil berat kebajikan penduduk bandar khususnya yang tinggal di flat. Didapati rumah-rumah pangsa ini banyak berkeadaan luntur dan kusam kerana tidak dipulihara sebaiknya. Begitu juga keadaan lif-lif yang rosak dan bermasalah.

Oleh itu, Kerajaan menyediakan 300 juta ringgit untuk membaik pulih kemudahan kawasan flat dan 113 Program Perumahan Rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar.

107. Kerajaan juga akan melaksanakan Projek Mesra Rakyat dengan peruntukan 800 juta ringgit. Antaranya, menaik taraf dan membina surau, titi, parit, balai raya, pasar dan gerai perniagaan kecil. Keutamaan projek diberi kepada kontraktor kelas G1 dan G2 tempatan.

108. Selain itu, 69 projek Rancangan Tebatan Banjir akan diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan 495 juta ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

109. Sukacita saya mengumumkan satu lagi inisiatif baharu Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS yakni, MyBeautiful New Home, khusus kepada golongan B40, dengan peruntukan 200 juta ringgit.

110. Sebagai permulaan, 5 ribu unit rumah akan dibina dengan harga 40 ribu hingga 50 ribu ringgit seunit.

111. Menariknya, Kerajaan akan membiaya 20 ribu ringgit dan bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik. Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yang telah mendapat kebenaran tuan tanah dan tanah kurniaan Kerajaan Negeri.

112. KPKT pula akan membina 9,850 unit rumah di bawah PPR dan menyediakan sebanyak 134 juta ringgit bagi tahun 2017.

113. Sementara itu, 11,250 unit rumah PPR sedang dalam pembinaan dan 576 juta ringgit disediakan. Rumah ini dijual dengan harga antara 35 ribu sehingga 42 ribu ringgit, walaupun kos pembinaannya menelan 120 hingga 160 ribu ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

114. Bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40, 275 juta ringgit diperuntukkan seperti berikut:

Pertama: Memperluaskan Program MySuria dengan peruntukan 45 juta ringgit. Panel solar akan dipasang di lebih 1,600 rumah. Setiap peserta program akan menerima 250 ringgit sebulan;

Kedua: Memperluas Program Mobilepreneur oleh GIATMARA, dengan peruntukan 30 juta ringgit, yang mensasarkan 3 ribu peserta bermotosikal;

Ketiga: Melaksanakan program Agropreneur, dengan peruntukan 100 juta ringgit bagi melahirkan 3 ribu usahawan tani muda yang terlibat di dalam pengeluaran hasil tani bernilai tinggi; dan

Keempat: Menggiatkan program eUsahawan dan eRezeki di bawah MDEC, merangkumi 300 ribu peserta dengan peruntukan 100 juta ringgit.

Saudara dan saudari,

115. Bagi meringankan kos sara hidup rakyat, Kerajaan menyediakan peruntukan subsidi hampir 10 bilion ringgit, merangkumi subsidi bahan api termasuk gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam.

116. Untuk membantu golongan pesawah padi pula, Kerajaan memperuntukkan 1.3 bilion ringgit untuk subsidi harga padi, benih padi dan baja padi, termasuk padi bukit.

117. Sebagai insentif kepada pekebun kecil getah yang berdaftar, Kerajaan memperuntukkan 250 juta ringgit untuk pelaksanaan pembelian 'harga lantai'.

118. Sebagai langkah tambahan, bajet ini juga mengumumkan, Kerajaan akan memperkenalkan Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak 200 ringgit sebulan bagi 3 bulan pada November, Disember dan Januari memanfaatkan 440 ribu pekebun kecil dan penoreh getah.

119. Selanjutnya, bagi meringankan beban sara hidup 57 ribu nelayan, pemberian elaun 200 hingga 300 ringgit sebulan akan diteruskan.

Tuan Yang Dipertua,

120. Sejak Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M diperkenalkan, setiap tahun tanpa gagal, program ini terus mendapat sambutan dan maklum balas yang sangat positif daripada penerima.

121. Pada satu program yang saya hadiri, seorang penerima BR1M dari keturunan India, telah datang dan menggenggam erat tangan saya sambil berkata,… 'saya tarak kisah apa orang mau cakap pasal Kerajaan, yang penting Dato' Najib,… BR1M bantu saya dan keluarga'.

122. Jadinya, Tuan Yang Dipertua, saudara dan saudari rakyat Malaysia sekalian,… kata orang,…

Dedak bukan,… umpan pun bukan,
BR1M yang ikhlas satu pemberian,
Keperluan rakyat kita dahulukan,
Jumlah BR1M, kita tambah-tambahkan.

123. Sehubungan itu, untuk tahun hadapan, kadar BR1M dinaikkan seperti berikut:

Pertama: BR1M kepada isirumah dalam senarai e-Kasih dan berpendapatan bulanan di bawah 3 ribu ringgit, akan dinaikkan daripada 1,050 dan 1,000 kepada 1,200 ringgit;

Kedua: BR1M kepada isirumah berpendapatan 3 ribu hingga 4 ribu ringgit, akan dinaikkan daripada 800 kepada 900 ringgit; dan

Ketiga: Bagi individu bujang berpendapatan di bawah 2 ribu ringgit, BR1M akan dinaikkan daripada 400 kepada 450 ringgit.

124. Tidak sekadar itu, Skim Khairat Kematian akan diteruskan dengan pampasan seribu ringgit kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah dan warga emas. Keseluruhan Program BR1M ini akan memanfaatkan 7 juta penerima dengan peruntukan 6.8 bilion ringgit.

Tuan Yang Dipertua,

125. Bagi menghasilkan tenaga kerja tempatan yang memenuhi keperluan industri, kapasiti pendidikan TVET akan diperkasakan dengan peruntukan 4.6 bilion ringgit kepada institusi-institusi TVET.

126. Menerusi NBOS, untuk mengoptimakan aset-aset Kerajaan, maka sembilan buah kampus Institut Pendidikan Guru, akan diubah-suai untuk menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional.

127. Akhirnya, empat buah akan menjadi Politeknik, empat lagi Kolej Vokasional, dan sebuah lagi sebagai pusat latihan jurulatih TVET.

128. Di atas inisiatif kreatif ini, hanya kira-kira 400 juta ringgit diperuntukkan, berbanding 250 juta ringgit, untuk membina hanya sebuah politeknik yang baharu. Ini menjimatkan wang Kerajaan kira-kira 2 bilion ringgit.

129. Selanjutnya, 270 juta ringgit disediakan untuk naiktaraf peralatan pembelajaran di institusi TVET serta 360 juta ringgit bagi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

130. Berhubung ini, potongan cukai sebanyak dua kali diberikan ke atas perbelanjaan syarikat swasta yang menyediakan Structured Internship Programme bagi pelajar di peringkat ijazah sarjana muda, diploma dan pelajar Tahap 3 dan ke atas di bawah Program TVET. Insentif ini dilanjutkan untuk tempoh 3 tahun mulai tahun taksiran 2017 hingga tahun taksiran 2019.

131. Selain itu, geran padanan latihan dan pembangunan kurikulum akan diberi kepada institusi TVET awam yang berjaya mendapatkan sumbangan dalam bentuk peralatan daripada industri.

Tuan Yang Dipertua,

132. Bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan, 50 juta ringgit disediakan untuk perluasan program Skim Latihan 1Malaysia oleh GLC kepada 20 ribu graduan bagi tahun 2017, berbanding 15 ribu graduan pada tahun 2016.

Tuan Yang Dipertua,

133. Rumah tempat berteduh adalah soal yang amat dekat di hati saya. Mahu tidak mahu,… Kerajaan terus komited dalam ehwal perumahan rakyat di mana setiap keluarga mampu memiliki kediaman sendiri.

134. Untuk meningkatkan keupayaan pembeli rumah pertama, konsep berikut akan diperkenalkan:

Konsep Pertama: Melalui NBOS lagi, kita akan menyediakan tanah Kerajaan yang tidak diguna-pakai di lokasi strategik kepada GLC dan PR1MA, untuk membina lebih 30 ribu unit rumah membolehkan harga jualan antara 150 ribu ringgit hingga 300 ribu ringgit. Harga ini jauh lebih rendah dari pasaran;

Konsep Kedua: Membina 10 ribu unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap, termasuk graduan muda yang baru memasuki alam pekerjaan.

Mereka boleh menyewa dengan tempoh maksima lima tahun, pada kadar yang lebih rendah daripada kadar pasaran, sementara mereka membina kemampuan kewangan untuk membeli rumah sendiri; dan

Ketiganya: Syarikat Perumahan Negara Berhad diperuntukkan 200 juta ringgit untuk membina lebih 5 ribu unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi Kerajaan sehingga 20 ribu ringgit seunit.

Tuan Yang Dipertua,

135. PR1MA telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. Setakat ini, lebih 12 ribu unit kediaman, berjumlah 3.3 bilion ringgit telah ditempah. Manakala 85 ribu lagi dalam pelbagai peringkat kelulusan.

136. Di kesempatan ini, saya ingin mengumumkan satu skim pembayaran akhir atau end-financing khas jenis step-up untuk program PR1MA.

137. Melalui skim khas ini, pembiayaan lebih mudah dan accessible kepada pembeli, dengan jumlah pinjaman mencecah 90 hingga 100 peratus, dan kadar penolakan pinjaman akan berkurangan secara drastik.

138. Proses permohonan bagi skim ini akan mula dilaksanakan pada 1 Januari 2017. Skim ini merupakan hasil kerjasama di antara pihak Kerajaan, Bank Negara Malaysia, KWSP dan juga 4 bank tempatan iaitu Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.

139. Contohnya, pemohon yang berpendapatan 3 ribu ringgit sebulan, hanya layak mendapat pinjaman lebih 187 ribu ringgit. Melalui skim pembiayaan khas ini, pemohon boleh mendapatkan pinjaman sehingga lebih 295 ribu ringgit.

140. Di samping itu diumumkan pengecualian duti setem dinaikkan kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik dan surat cara pinjaman perumahan. Ini membantu mengurangkan kos pemilikan rumah pertama, berbanding 50 peratus pada masa ini.

141. Walau bagaimanapun, layanan pengecualian ini terhad kepada nilai rumah sehingga 300 ribu ringgit bagi pembelian kediaman pertama sahaja, antara tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2018.

Tuan Yang Dipertua,

142. Untuk pembangunan infrastruktur bagi Rumah Generasi Kedua, FELDA, FELCRA dan RISDA masing-masing diperuntukkan 200 juta ringgit, 100 juta ringgit dan 100 juta ringgit lagi.

Tuan Yang Dipertua,

143. Seterusnya berita gembira untuk pembayar cukai. Jika kini terdapat 21 kategori pelepasan cukai individu, terbaru, untuk pembelian bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup.

144. Ini diperluaskan meliputi pembelian akhbar-akhbar arus perdana, smartphone dan tablet, langganan internet serta bayaran keahlian gimnasium. Pelepasan ini diberi sehingga 2,500 ringgit setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017.


Tuan Yang Dipertua,

145. NBOS telah menjimatkan 3.5 bilion ringgit perbelanjaan negara.

146. Oleh kerana sambutan hebat daripada rakyat, 4 lagi UTC di Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor, dan 3 lagi RTC di Selangor, Sabah dan Sarawak akan dibina dengan peruntukan 100 juta ringgit.

147. Sebagai langkah baru, setiap UTC akan disediakan sebuah Job Centre untuk membantu memadankan antara pencari kerja dan bakal majikan.

148. Di sini saya ingin bertanya,…mana ada Kerajaan dalam dunia yang menyediakan pusat khidmat sehenti beroperasi tujuh hari seminggu, bermula 8 pagi hingga 10 malam? Mana ada,… melainkan Kerajaan Barisan Nasional.

149. Selain itu, inisiatif NBOS yang lain seperti program Bahasa Inggeris 1Malaysia, Coding di sekolah, Volunteering for International Professional dan Global Entrepreneurship Community 2 diperuntukkan 40 juta ringgit.

Tuan Yang Dipertua,
Read More / Baca Lagi >>

BAJET 2017 - WAWASAN 2020 TUN M DIHAPUSKAN, MATLAMAT NEGARA MAJU DITUNDA KE TAHUN 2050

Posted: 21 Oct 2016 11:38 AM PDT


Tanyalah siapa saja, rata-rata mengatakan Bajet 2017 yang dibentangkan Najib Razak semalam paling tidak menarik sekali. Tiada apa-apa yang luar biasa yang ditawarkan, walaupun seperti banyak gula-gula, semuanya hanya ala kadar dan biasa-biasa saja.

Ramai juga yang tidak mahu berbicara mengenainya, malah mengatakan tidak mustahil nanti akan dirombak semula seperti tahun lalu.
Pemotongan subsidi minyak masak dan lain-lain barang pengguna yang tidak diumumkan turut menjadi kebimbangan ramai bahawa ia akan dilakukan kemudian atau sebulan dua selepas ini.

Bagi pihak pembangkang, mereka menyifatkan Bajet 2017 sebagai tidak realistik, tidak telus dan tidak seimbang antara perbelanjaan dengan  hutang.
 
Daripada mana wang diperolehi juga tidak jelas, kata mereka.
Lagi-lagi senjata Najib adalah BR1M, tetapi dalam masa yang menyasarkan kutipan cukai GST yang lebih tinggi berbanding RM30 bilion yang dikutip tahun ini. 

Maknanya GST akan terus menjerut leher rakyat.

Peruntukan untuk Bajet 2017 ialah sebanyak RM260.8 bilion yang merangkumi RM214.8 bilion untuk belanja mengurus, RM46 bilion untuk pembangunan, RM77.4 untuk emolumen dan RM32 bilion untuk perkhidmatan serta bekalan.

Dalam erti kata lain, perbelanjaan banyak tertumpu untuk membayar gaji dan elaun, sementara jika Malaysian Official 1 sebagaimana yang didedahkan oleh Jabatan Kehakiman AS yang didakwa menerima AS$731 juta atau kira-kira RM3 bilion wang 1MDB yang dilencongkan ke dalam akaun peribadinya, peruntukan RM46 bilion untuk pembangunan bagi 30 juta rakyat Malaysia itu hanya menyamai kewujudan 15 orang MO1 sahaja.
Read More / Baca Lagi >>

Masih tanya siapa 'MO1', Rahman Dahlan kata, dia ada jawapan

Posted: 21 Oct 2016 11:35 AM PDT

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau telah mendedahkan siapa itu 'Malaysian Official' (MO1) yang dirujuk dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan dana yang diseleweng daripada 1MDB.
"Bukankah saya sudah beritahu di hadapan jutaan penonton antarabangsa BBC? Masih mahu bertanya?" tulisnya dalam tweet.
Rahman mengulas kenyataan seorang lagi pengguna Twitter, yang berkata mereka yang masih mempersoalkan identiti MO1 adalah "keldai".
Ini merujuk tindakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang membawa sepanduk yang tertera 'Siapa MO1?' apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 di Parlimen, hari ini.
Mereka kemudian meninggalkan dewan, apabila Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu mereka yang tidak berminat mendengar ucapan bajet supaya beredar.
Rahman sebelum ini mengesahkan bahawa Najib adalah MO1, tetapi menegaskan memandangkan perdana menteri tidak dinamakan dalam dokumen DOJ, maka beliau tidak disiasat.
Saman DOJ itu menamakan empat individu termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan kelahiran Malaysia, Jho Low yang dikatakan rapat dengan keluarga perdana menteri.
Najib berulang kali menafikan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi, dan peguam negara juga telah membersihkannya daripada sebarang salah laku.

Sembilan tahun berkhidmat, hari ini paling kecewa - Pandikar Amin

Posted: 21 Oct 2016 11:31 AM PDT

KUALA LUMPUR  - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meluahkan kekecewaan berhubung tindakan keluar dewan oleh segelintir ahli Parlimen pembangkang siang tadi sewaktu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membentangkan Bajet 2017.
Katanya, tindakan keluar dewan beramai-ramai oleh wakil DAP, PKR, dan Parti Amanah Negara (Amanah) itu jelas melanggar peraturan yang telah ditetapkan di Dewan Rakyat.
Pandikar Amin Mulia "Selama sembilan tahun saya berkhidmat (baru) hari ini saya berasa benar-benar kecewa. Kekecewaan itu bersandarkan Peraturan Mesyuarat 41 (1) yang mengatakan semasa seseorang ahli Parlimen bercakap, semua ahli lain hendaklah diam dan tidak mengganggu dengan cara kurang adab atau biadab.
"Apa yang saya nampak sebentar tadi (walaupun kita ditonton oleh lebih kurang 29 juta rakyat) sebilangan ahli Parlimen yang selama ini mendakwa mereka berada di pihak yang benar dan jujur telah menampakkan satu kebiadaban.
"Saya amat kecewa...," katanya sebaik sahaja berakhirnya pembentangan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, Parlimen, di sini, hari ini.
Kecoh di dewan hari ini apabila Najib yang juga Menteri Kewangan mendakwa pemimpin pembangkang menuduh negara sedang alami ribut ekonomi.
Berang dengan kenyataan Perdana Menteri itu, ahli Parlimen pembangkang bangun serta-merta bersama plakad #SiapaMO1? sekaligus menukarkan suasana tenang dewan kepada hingar-bingar tidak terkawal.
Keadaan tidak terkawal itu menyaksikan campur tangan Pandikar yang akhirnya terpaksa mengarahkan ahli Parlimen meninggalkan dewan sekiranya tidak mahu mendengar isi pembentangan Bajet 2017.
Seketika kemudian, rata-rata ahli Parlimen pembangkang khususnya DAP, PKR dan Amanah bertindak bangun meninggalkan dewan.

'Kami keluar dewan kerana Bajet tidak realistik'

Posted: 21 Oct 2016 11:29 AM PDT

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak telus.
Katanya, isi pembentangan yang dilihat tidak realistik memaksa beliau bersama ahli Parlimen pembangkang yang lain meninggalkan Dewan Rakyat. 
"Siapa yang sandiwara? Bukan kami! (Sebaliknya) Kami mahu beliau jawab siapa itu Malaysia Official 1 (MO1). Belanjawan ini mesti realistik, nampak baik beri macam-macam tetapi hutangnya?
"Kami mahu sandiwara yang dikatakan itu dijawab oleh kerajaan. Siapa MO1 (Malaysia Official1)? Itu mesti dijawab," katanya kepada pemberita di pekarangan dewan, di Parlimen, hari ini.
Kecoh di dewan hari ini apabila Najib yang juga Menteri Kewangan mendakwa pemimpin pembangkang menuduh negara sedang alami ribut ekonomi.
Berang dengan kenyataan Perdana Menteri itu, ahli Parlimen pembangkang bangun serta-merta bersama plakad #SiapaMO1? sekaligus menukarkan suasana tenang dewan kepada hingar-bingar tidak terkawal.
Keadaan tidak terkawal itu menyaksikan campur tangan Pandikar yang akhirnya terpaksa mengarahkan ahli Parlimen meninggalkan dewan sekiranya tidak mahu mendengar isi pembentangan Bajet 2017.
Seketika kemudian, rata-rata ahli Parlimen pembangkang khususnya DAP, PKR dan Amanah bertindak bangun meninggalkan dewan.

Muhyiddin tekankan sikap amanah, Rahman 'serang' kait Red Bean Army

Posted: 21 Oct 2016 11:27 AM PDT

Tan Sri Muhyiddin Yasin hari ini mempersoalkan keengganan Datuk Seri Mohd Najib Razak menjelaskan isu berkaitan kepentingan rakyat dan negara termasuk isu Malaysian Official 1
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, pembentangan Bajet 2017 adalah ruang untuk Perdana Menteri berbuat demikian.
"Patutnya mesti ada sikap amanah, bertanggungjwab lebih-lebih lagi isu pokok yang rakyat mahu tahu sepatutnya perlu diberi penjelasan.
"Ini kesempatan yang baik tapi langsung tidak disentuh," ujarnya kepada pemberita di perkarangan Dewan Rakyat selepas keluar bersama kumpulan Ahli Parlimen pembangkang.
Walau bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam reaksinya yang disiar melalui Astro Awani meminta Muhyiddin mengemukakan kepada pihak kerajaan tentang dasar ekonomi pihak pembangkang.
"Sampai sekarang ini belum ada lagi satu dasar ekonomi diketengahkan. Mana dasar ekonomi? Mana dasar sosial? Mana dasar pendidikan?
"Mana dasar keselamatan negara? Mana dasar hubungan antarabangsa?
"Mana polisi kamu? Jika ada mari beritahu kami," soal anggota Majlis Tertinggi Umno itu bertubi-tubi.
Rahman mendakwa polisi sedia ada di pihak kerajaan adalah dasar-dasar BN yang bertanggungjwab.
Mengulas dakwaan sandiwara yang dilontarkan kepada pihak kerajaan, beliau menjawab, sandiwara itu sepatutnya ditujukan kepada Muhyiddin sendiri.
"Saya telah bersama beliau beberapa tahun dalam kerajaan. Cara kita menggubal bajet dan sebagainya adalah berdasarkan fakta," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Bangkit bantah atas kapasiti saya sendiri, akui Mahfuz

Posted: 21 Oct 2016 11:26 AM PDT

Mahfuz  bertindak keluar dewan atas pendirian peribadi bukannya parti. Mahfuz bertindak keluar dewan atas pendirian peribadi bukannya parti.

Datuk Mahfuz Omar satu-satunya Ahli Parlimen Pas yang bertindak protes dengan keluar dari Dewan Rakyat ketika setengah jam terakhir pembentangan Bajet 2017 oleh Najib Razak hari ini.
Menjawab soalan pemberita berhubung reaksinya, beliau berkata, tindakannya adalah atas pendirian peribadi bukannya parti.
"Saya individu, saya bangkit sendiri. Saya bangkit atas kapasiti saya sendiri kerana saya nak menjawab PM (Perdana Menteri).
"PM soal, saya jawab. Ini bukan rancangan saya tanya ustaz jawab, ini PM tanya, MP jawab," ujarnya.
Diasak lagi tentang sikap ahli parlimen Pas lain yang masih mengikuti pembentangan Najib itu, beliau tidak mengetahui tentang hal tersebut.
"Saya pun tidak tahu mereka keluar atau tidak. Saya pun tak nampak. Saya keluar ramai-ramai (dengan MP lain)," ujarnya lagi.
Mengulas pembentangan Bajet 2017 Najib yang turut menyelitkan penghargaan kepada Allahyarham Datuk Haron Din, beliau mempersoalkan jaminan daripada aspek tata kelola ditambah wujudnya gejala kleptokrasi.
"Bagaimana pengurusan dan perbelanjaan kewangan itu nanti dengan dasar kleptokrasi yang diamalkan kerajaan selama ini?
Read More / Baca Lagi >>

'Bajet 2017 - Sengsara untuk rakyat tahun hadapan'

Posted: 21 Oct 2016 11:24 AM PDT

Bajet 2017 membuktikan bahawa kerajaan bukan hanya kehabisan wang tunai, tetapi keadaan akan menjadi lebih buruk, membuatkan 2017 mungkin menjadi tahun yang paling sengsara untuk rakyat Malaysia.
K'jaan gagal penuhi sasaran pendapatan 2016
Tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan belanjawan mengumumkan kerajaan dijangka mengutip RM225.7 billion untuk tahun 2016.
Walau bagaimanapun, berdasarkan anggaran terkini, pendapatan 2016 kini disemak semula kepada RM212.6 bilion. Ini adalah kekurangan yang sangat besar iaitu 5.8 peratus atau RM13.1 bilion bagi 2016.
Untuk meletakkan perkara dalam perspektif, dan untuk menunjukkan betapa gawatnya keadaan, lazimnya pada masa lalu, kerajaan akan mengutip lebih banyak hasil daripada unjuran mereka.
Kekurangan ini pula menyebabkan perbelanjaan mengurus dan pembangunan lebih rendah daripada yang diunjurkan.
Kerajaan kini menganggarkan perbelanjaan mengurus untuk 2016 akan berkurangan daripada RM215.2 bilion kepada RM207.1 bilion, manakala perbelanjaan pembangunan akan jatuh dari RM50 bilion kepada hanya RM45 bilion.
Sebagai contoh, ini adalah sebab mengapa kita melihat pemotongan besar dalam perbelanjaan kesihatan, sehingga menjejaskan ujian darah yang kritikal serta peningkatan kos ubat-ubatan untuk rakyat marhaen.
Emolumen dan pembayaran hutang
Ini hanya akan menjadi lebih buruk pada 2017.
Peningkatan saiz perkhidmatan awam telah menyaksikan bayaran "emolumen" bagi 2016 meningkat sebanyak RM3.8 bilion kepada RM73.9 bilion walaupun perbelanjaan operasi berkurangan sebanyak RM8 bilion.
Bagi tahun 2017, kerajaan mengunjurkan bayaran emolumen akan meningkat sekurang-kurangnya RM3.6 bilion.
Dalam pada itu, bayaran untuk pencen dan persaraan pula akan meningkat dengan ketara daripada RM19.0 bilion pada 2016 kepada RM21.8 bilion pada tahun 2017.
Di samping itu, caj "khidmat bayaran hutang" tahunan - ansuran dan pembayaran balik yang perlu dibayar oleh kerajaan atas pinjaman yang diambil pada masa lalu - telah meningkat dengan ketara.
Untuk 2016, adalah dianggarkan ia berjumlah RM26.6 bilion atau kenaikan RM2.36 daripada tahun 2015.
Pada tahun 2017, jumlah itu akan terus meningkat kepada RM28.9 bilion. Ini adalah akibat dasar pinjaman melulu kerajaan sehingga hutang kerajaan persekutuan sepanjang dekad lalu terus meningkat.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2017 tak realistik, kata Muhyiddin

Posted: 21 Oct 2016 11:23 AM PDT

Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Bajet 2017 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini sebagai tidak realistik dan gagal menangani isu teras mengenai pendapatan negara yang berkurangan.
"Rakyat diberi 'gua-gula' melalui tawaran tertentu tetapi pada hakikatnya kerajaan tidak mempunyai dana.
"Aliran tunai juga adalah beban dan itu tidak diterangkan," kata Muhyiddin sebagai respons kepada bajet pertama yang dibentangkan selepas pemecatannya sebagai bekas timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.
Berdasarkan pengalaman beliau dalam kerajaan, Muhyiddin berkata ia adalah amalan biasa untuk mengumumkan peruntukan lebih besar daripada apa yang sebenarnya disalurkan kepada kementerian.
"Saya percaya ini berlaku kerana ia adalah jelas bahawa kerajaan tidak mampu menanggung sebahagian besar beban dan perbelanjaan," katanya kepada pemberita selepas keluar dewan bersama-sama ahli parlimen Pakatan Harapan
"Saya tidak berpuas hati kerana apa yang dibentangkan tidak menggambarkan keadaan kewangan sebenar negara. Ia kelihatan manis tetapi sebenarnya pahit," katanya.
Bekas menteri Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang kini mengetuai parti berdaftar baru Parti Warisan Sabah juga berkata tiada apa yang baru dalam bajet berkenaan.
"Apa yang kita perlukan adalah peluang pekerjaan.
"Bagaimana kamu buat itu? Adakah dengan beri BR1M, atau dengan mewujudkan industri baru?" kata Shafie yang bagaimanapun mendengar ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sehingga tamat.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad pula berkata parti itu mempunyai respons yang bercampur-campur terhadap bajet berkenaan.
Antara lain, beliau berkata PAS mengalu-alukan lebih banyak peruntukan untuk pembangunan luar bandar tetapi pada masa yang sama mempersoalkan pemotongan untuk pembiayaan bagi pendidikan tinggi.

Emas permata buat manusia gelap mata

Posted: 21 Oct 2016 11:21 AM PDT

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2017 hari ini.
Saya ambil maklum dan baca mengenainya di sana sini, tetapi berasa belum berkemampuan dan berinspirasi untuk mengulas mengenainya.
Muse – sumber ilham – saya pun tidak begitu bersemangat menyalakan obor kreativiti saya mengenai bajet tersebut.
Saya harap muse (dibunyikan "mius") para pelawat dan pembahas lebih sedia bekerjasama, jadi bolehlah berbahas dengan tuntas.
Saya sediakan ruang untuk tujuan itu di sini. Tetapi kalau muse saudara dan saudari juga kurang memberi kerjasama, boleh lawati laman ini.
Dalam mitos Greek dan Rom, Muse adalah sembilan puteri Zeus dan Mnemosyne yang dikatakan menjaga hal-hal berkaitan seni dan sains.
Tidak hairanlah muse saya lebih cenderung mengheret saya ke arah sejarah, mitos dan legenda Rom. Mereka merujuk kepada saat-saat genting tamadun Rom apabila Julius Caesar mula berkomplot merampas kuasa untuk mengisytiharkan dirinya diktator.
Di kalangan pembesar Rom yang menentang cita-cita Caesar itu adalah pemikir Marcus Tullius Cicero.
Izinkan saya berkongsi dengan para pembahas dan pelawat sekalian satu perenggan dalam buku Dictator oleh novelis Inggeris Robert Harris seperti berikut: "Perhubungan di antara Terentia dengan Cicero lebih beradab, selain satu hal rumit yang menjadi punca ketegangan sepanjang perkahwinan mereka – wang. Berbeza dengan Cicero, Terentia mengalu-alukan pelantikan suaminya sebagai gabenor. Dia melihatnya sebagai peluang keemasan untuk mengumpul kekayaan. Malah dia membawa bersama ketua orang suruhannya, Philotimus dalam perjalanan ke selatan supaya Cicero boleh memanfaatkan kepandaian Philotimus memeras keuntungan. Cicero menangguhkan perbualan dengan Terentia, tetapi Terentia terus membebel hinggalah ke hari terakhir mereka bersama apabila Cicero hilang sabar.
"Ketaasuban awak dengan mencari kekayaan sangat-sangat tidak kena tempat.
"Keborosan awak membelanjakan wang tidak memberikan saya banyak pilihan," katanya.
Cicero berhenti seketika bagi mengawal kemarahannya dan cuba menjelaskan kepada Terentia dengan lebih tenang. "Awak nampaknya tidak faham yang orang macam saya tidak boleh mengambil risiko melakukan tindakan salah. Musuh-musuh saya sedang menunggu peluang untuk mendakwa saya atas tuduhan rasuah."
Read More / Baca Lagi >>

Zaid dakwa Najib guna ucapan Bajet pikat ahli PAS, Umno

Posted: 21 Oct 2016 11:17 AM PDT

Zaid berkata, ucapan Bajet 2017 yang disampaikan Najib semuanya mengenai politik.
Zaid-IbrahimPETALING JAYA: Datuk Zaid Ibrahim mendakwa perdana menteri menggunakan ucapan Bajet 2017 untuk merayu ahli Umno dan PAS menyokong beliau.
"Semuanya politik," kata Zaid sebagai mengulas tindakan Datuk Seri Najib Razak memberi penghormatan kepada bekas veteran Umno, Tan Sri Abdul Aziz Tapa dan bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din.
Bekas menteri Umno itu berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan Najib.
"Beliau bukan menteri kewangan biasa."
Ketika mempersoalkan mengapa Najib tidak menyebut bekas Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Zaid berkata, jawapannya jelas.
"Sebab Nik Aziz tidak pernah menyokong beliau."
Seorang lagi pengkritik Najib, Art Harun melalui Twitternya hairan mengapa Najib menyebut nama orang meninggal dunia dalam ucapannya yang sepatutnya ditumpukan kepada belanjawan negara.
"Mengapa seseorang perlu memperingati orang yang sudah meninggal ketika membentangkan bajet negara adalah di luar kawalan saya.
"Saya tidak pernah mendengar begitu banyak bahasa berbelit politik yang tiada makna dalam hidup saya."
Najib dalam ucapannya berkata, ketika negara berusaha mencapai kejayaan melalui saat gembira dan sedih, ia tidak pernah melupakan pemimpin teladan yang memberi inspirasi kepada rakyat serta negara.
Read More / Baca Lagi >>

Uber gembira bajet 2017 daripada Najib

Posted: 21 Oct 2016 11:15 AM PDT

Bajet 2017 mengalakkan penyertaan dengan bantuan bayaran pendahuluan kereta menggunakan BR1M dan rebat RM4,000 bagi pembelian Proton Iriz.
uber-carPETALING JAYA: Uber Malaysia sukacita Perdana Menteri mengiktiraf kesan positif perkhidmatan perkongsian kenderaan ke atas sosioekonomi golongan B40.
Pengurus Besar Leon Foong berkata dengan menyediakan pilihan mata pencarian di hujung jari kepada semua rakyat, ia membantu pemandu Uber menampung keluarga dan diri sendiri, tanpa kekangan dalam mengejar cita-cita mereka.
"Kami memuji kerajaan kerana membentangkan belanjawan yang pintar dan berteraskan rakyat," kata Leon dalam satu kenyataan hari ini.
"Inisiatif ini jelas menyediakan pertumbuhan ketara dan pemberdayaan ekonomi. Ini satu kemenangan untuk industri perkongsian kenderaan dan menunjukkan kepimpinan yang berwawasan."
Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan bajet petang tadi berkata kerajaan mengalakkan penyertaan golongan B40 dalam industri perkongsian kenderaan seperti Uber, terutamanya bagi pemilik kenderaan sendiri.
"Bagi mereka yang tidak memiliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan rebat sebanyak Rm4,000 bagi pembelian kereta Proton Iriz," umum Najib, dalam belanjawan yang bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh'.
Langkah Najib ini sudah dijangka memandangkan kerajaan sendiri dilaporkan melabur dalam Uber melalui Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP).
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2017: Pemandu teksi berhenti berharap pada kerajaan...Uber anak emas kini..!!!

Posted: 21 Oct 2016 11:13 AM PDT

Selepas perdana menteri galak rakyat sertai Uber menerusi Bajet 2017, persatuan teksi ajak pemandunya cari cara lain untuk lebih berdikari, bukan bergantung pada kerajaan.
Kamarudin-Mohd-HussainPETALING JAYA: Pemandu teksi tidak mahu lagi berharap kepada kerajaan selepas Bajet 2017 yang dibentangkan hari ini, apabila perdana menteri sendiri menggalakkan rakyat menyertai perkhidmatan pemandu perkongsian seperti Uber atau GrabCar.
Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M) Kamarudin Hussain berkata pemandu teksi kini perlu mencari inisiatif lain untuk berdikari.
"Berapa banyak protes kami buat? Tiada satu pun yang dapat menghalang niat kerajaan untuk mengharamkan Uber dan GrabCar.
"Kami bukan berputus asa. Tetapi kami tidak mahu lagi bergantung harap pada kerajaan dalam menyelesaikan masalah menolak operasi perkhidmatan lain selain teksi," katanya kepada FMT.
Dalam Bajet 2017 yang dibentangkan hari ini, Datuk Seri Najib Razak berkata golongan B40 khususnya penerima BR1M digalakkan menjadi pemandu dalam perkhidmatan seperti Uber atau GrabCar bagi menjana pendapatan tambahan.
Kamarudin berkata PERS1M menerima pengumuman itu dengan hati terbuka dan menganggap tindakan kerajaan 'menghalalkan' Uber sebagai cabaran kepada pemandu teksi.
"PERS1M tidak mahu berterusan bertelagah dengan mana-mana pihak dan menyarankan 100,000 pemandu teksi di negara ini menyertai program aplikasi 2Go sebagai antara usaha memberi nafas baru dalam industri teksi.
"Aplikasi yang bakal bermula Rabu depan mendapat kerjasama Ambank dan Celcom dan ia salah satu inisiatif kami untuk bersaing secara sihat," katanya.
Beliau berkata bermula 26 Oktober depan tepat jam 12.01 pagi, semua pemandu serta penumpang yang menggunakan aplikasi ini bakal dilindungi insurans secara automatik.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2017: Yuran mahal masalah utama pelajar universiti, bukan baucar buku

Posted: 21 Oct 2016 11:10 AM PDT

Anis Syafiqah berkata, kerajaan sepatutnya menyelaraskan kadar yuran standard dan berpatutan untuk semua universiti awam, bagi mengurangkan beban kewangan pelajar serta ibu bapa.
Anis SyafiqahPETALING JAYA: Masalah utama pelajar universiti ialah yuran mahal dan tidak selaras, bukannya penggantian baucar buku dengan kad debit, kata penganjur #TangkapM01 Anis Syafiqah Md Yusof.
Pelajar Universiti Malaya itu berkata kerajaan sepatutnya menyelaraskan kadar yuran standard dan berpatutan untuk semua universiti awam, bagi mengurangkan beban kewangan pelajar serta ibu bapa.
"Yang mungkin sedikit sebanyak terkesan disebabkan pemotongan bajet universiti sebanyak RM8.7 bilion kepada RM7.3 bilion (sebanyak RM1.4 bilion dipotong) dalam Bajet 2016.
"Bukankah peruntukan pendidikan tinggi bagi 20 universiti awam dinaikkan daripada RM7.3 bilion pada 2016 kepada RM7.4 bilion pada 2017?.
Mengapa tidak kerajaan menyelaraskan kadar yuran yang standard dan berpatutan bagi universiti awam," soalnya ketika dihubungi FMT.
Beliau mengulas pengumuman Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kerajaan akan menggantikan baucar buku dengan kad debit pelajar berjumlah RM250 bagi meningkatkan keberkesanan pemberian bantuan pendidikan tinggi.
Najib berkata, kad debit itu akan memanfaatkan 1.3 juta pelajar dalam pembelian buku, alat tulis,

Sektor swasta kecewa dengan Bajet 2017, kata MTUC

Posted: 21 Oct 2016 11:09 AM PDT

Gopal berkata, Bajet 2017 kurang memfokuskan pembangunan sektor swasta.
N-Gopal-KishnamPETALING JAYA: Sektor swasta kecewa kerana kebanyakan manfaat dalam Bajet 2017 disalurkan kepada sektor awam, kata setiausaha agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Gopal Kishnam berkata, mereka diabaikan kerana tiada "apa-apa untuk sektor swasta", rujuknya kepada kekurangan elaun sara hidup (COLA) antara lain.
"Kami jangka kerajaan akan menasihatkan majikan sektor swasta untuk mempertimbangkan pemberian COLA kepada pekerjanya. RM300 sudah diberikan kepada penjawat awam.
"Kami jangka pelepasan cukai pendapatan yang berada pada 9% ketika ini, tetapi tiada apa-apa," katanya kepada FMT.
Beliau juga kecewa dengan gaji minimum yang dilaksanakan baru-baru ini tidak diselaraskan antara Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
"Kami menjangkakan ia diseragamkan tahun ini. Ia adalah satu kekecewaan besar," katanya.
Perintah Gaji Minimum 2016 yang dikuatkuasakan mulai 1 Julai lalu, menetapkan gaji minimum bulanan RM900 hingga RM1,000 untuk Semenanjung Malaysia serta RM800 hingga RM920 bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin Bardan memuji tindakan kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk meningkatkan peluang graduan diambil bekerja dan memperluaskan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) kepada 20,000 graduan pada 2017, berbanding 15,000 graduan tahun lalu.
Bagaimanapun, beliau berkata, latiha itu perlu diberikan kepada majikan sektor swasta juga.
"Ia tidak patut dihadkan kepada GLC kerana keupayaan mereka melatih 20,000 graduan setahun mungkin dipersoalkan."

Comments (0)