Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:58 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


IGP jawap Baju Merah depan balai himpunan haram atau tak?

Posted: 20 Oct 2016 09:13 PM PDT

Perhimpunan penyokong Baju Merah bagi menyambut pembebasan ketua mereka Datuk Seri Jamal Yunos daripada tahanan reman di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur dikira haram atau tidak?
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berdepan soalan ini daripada pemberita dalam sebuah acara di Kuala Lumpur pagi ini.
Khalid bagaimanapun menjelaskannya tidak.
"Untuk itu dia meluahkan perasaan dia, itu kita rasa tak ada masalah pada kami kerana ia tak ada mengganggu apa-apa.

"Dan itu pun dibuat dalam masa yang amat singkat sambil dia berjalan keluar (dari IPD).

"Kalau begitu (diambil tindakan), banyak orang yang kita ambil tindakan, (termasuk) yang berhimpun depan balai, depan bukit Aman, depan penjara.

"Tak ada kerja lain kita," katanya sambil menegaskan polis memberi pertimbangan sewajarnya terhadap acara-acara sebegitu.
Sementara itu, ditanya berkaitan kemungkinan pertembungan Baju Merah dan BERSIH5 dalam himpunan 19 November depan, Khalid menegaskan tindakan akan diambil jika mereka tidak patuh pada Akta Perhimpunan Aman,

"Kita takkan mengecualikan sesiapa. Jadi jika kamu tanya saya sama ada kami akan ambil tindakan pada Merah, Biru atau Putih, semua sekali, termasuk Kuning," katanya.

Terengganu: Amanah tunggu Syed Azman, PPBM tunggu Ahmad Said

Posted: 20 Oct 2016 09:06 PM PDT

Kedua-dua pemimpin PAS dan Umno Terengganu itu diseru memperjelaskan pendirian mereka, selepas Amanah mendapat suntikan Husam di negeri jiran.
Dr-Syed-Azman-Syed-Ahmad-mat-said
KUALA TERENGGANU: Dua parti serpihan daripada PAS dan Umno masih tercari-cari strategi di Terengganu, dan masih berharap 2 pemimpin besar negeri itu akan membuat keputusan segera dan menyertai mereka.
Pemimpin dan akar umbi Amanah di Terengganu berharap Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad, yang secara rasmi masih bersama PAS, akan membuat pendirian segera bagi menggerakkan parti berusia lebih setahun itu.
Begitu juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang berharap bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said akan menyertai mereka menjelang pilihan raya umum ke-14.
Tidak sebagaimana jiran Kelantan, Amanah dan PPBM di Terengganu kelihatan belum mendapat formula kejayaan buat masa ini.
Aktiviti mereka tidak dapat dirasai berbanding dengan rakan di Kelantan yang kini sudah membuat lompatan kijang mencabar PAS dan Umno.
Pimpinan Amanah di Terengganu juga kelihatan tidak ada strategi dalam gerakan mereka untuk menyaingi kedua-dua parti besar mewakili Melayu itu.
"Kami ada strategi tetapi masalah kami adalah untuk mengisi strategi itu," kata Timbalan Pengerusi Amanah Terengganu, Dr Sulaiman Abdullah, kepada FMT, sambil mengaku keperluan kepada pemimpin besar menghidupkan harapan mereka.
Untuk itu, mereka sangat berharap veteran PAS seperti Syed Azman membuat pengisytiharan segera menyertai Amanah mengikut jejak Datuk Husam Musa yang menyertai parti itu Ogos lepas.
"Kami yakin, jika Syed Azman isytihar sertai Amanah, kami akan membuat lonjakan besar," kata Mohd Zubir Mohamad yang mengetuai Biro Pilihan Raya Amanah Terengganu.
Zubir bimbang, suara akar umbi mula putus harapan kepada bekas pemimpin muda yang menjadi mangsa cantas dalam Pas itu.
Penyertaan Husam ke dalam Amanah 30 Ogos lalu mengubah senario politik khasnya Kelantan.
Dari sebuah parti kecil yang tersepit antara Umno dan PAS, Amanah Kelantan kini menjuarai setiap isu dan PAS serta kerajaan negeri terpaksa mengikut jejak isu yang dibina oleh Amanah.
Syed Azman yang merupakan antara golongan profesional awal menyertai PAS, kini aktif dalam pergerakan "R" Terengganu memperjuangkan tuntutan mendapatkan semula royalti petroleum untuk negeri itu, selepas kejayaan Sarawak mendapatkan hak negeri.
Read More / Baca Lagi >>

MB NEGERI SEMBILAN BAKAL DI PECAT?

Posted: 20 Oct 2016 09:03 PM PDT

Saya ahli UMNO dari Negeri Sembilan dan hingga sekarang masih taat setia kepada UMNO. Tetapi taat setia tidak bermakna taat setia kepada pemimpin terutama jika pemimpin menjadi masaalah dan dituduh sebagai seorang "pencuri".
Kami dengar MB kami akan dipecat. Sepatutnya dipecat bersama-sama MB Terengganu, Pahang dan Perak. Tetapi setelah MB Terengganu dipecat dan timbul masalah, niat memecat yang lain terpaksa ditangguh.
Bila saya menyoal ketua-ketua UMNO, mereka sendiri tidak ada jawapan tentang 1MDB. Sebaliknya rakyat lebih tahu tentang 1MDB dan benar-benar tahu tentang 1MDB. Kami ahli-ahli UMNO diberitahu jangan sesekali menyoal tentang 1MDB. Kalau kami tidak diberitahu perkara sebenar, bagaimana kami hendak menjawab soalan-soalan yg dibangkitkan oleh rakyat?
Pemimpin dan kerajaan jangan ingat kerana kami diarah berdiam diri, ini bermakna soal 1MDB akan dilupai rakyat. Kami ahli-ahli biasa UMNO yang berdepan rakyat dan menjawab semua soalan yg dikemukakan oleh rakyat. Pemimpin di Kuala Lumpur boleh duduk di dalam bilik berhawa dingin dan hidup selesa.
Yang ada masaalah ialah rakyat. Mereka terpaksa menghadapi harga barang-barang keperluan yang meningkat semakin tinggi dan soal GST yang Ahmad Mazlan beritahu akan menurunkan harga. Sekarang harga minyak makan pula naik.
Kami dibawah berharap ketua-ketua kami, pak-pak Menteri akan turun ke padang berjumpa kami kerana kami ada banyak perkara yang kami mahukan jawapan. Kami mahu tahu apa jadi kepada janji-janji dalam menifesto BN. Mengapa kangkung pun naik harga? Mengapa kami diminta tukar cara hidup kami tetapi pak-pak menteri tidak tunjuk tanda-tanda mereka sedia berkorban untuk negara. Mereka masih bercuti di luar negara tetapi kami diminta berkorban padahal ada yang membeli bag tangan harga beratus ribu ringgit dan ada yg masih terbang ke sana sini seperti negara tidak ada masaalah padahal hutang negara, saya baca begitu tinggi.
Hutang rumah tangga juga tinggi. Bukankah lebih baik kalau pak menteri yg terlibat dengan ekonomi, bersidang dan cari jalan untuk keluar dari ekonomi negara yg begitu teruk. Rakyat tidak percaya menteri kewangan kata ini masaalah luaran. Kita masih ada penumbuhan. Apa guna penumbuhan kalau rayaat tidak dapat faedah apa-apa?
Yang penting ialah rakyat dan apabila rakyat gelisah, ini bermakna mereka tidak berpuashati dengan kerajaan dan dasar-dasarnya. Rayaat tak mampu membeli rumah kerana harga terlalu tinggi.

PRIMA ditubuhkan untuk membina rumah mampu rakyat dan tiap-tiap tahun lebih satu billion diperuntukan untuk tujuan ini tetapi ada berita yang mengatakan peruntukan diumumkan oleh menteri kewangan tapi tidak diberi. ltulah sebabnya sehingga sekarang, belum ada sebuah rumah yang siap dibina oleh PRIMA. Yg dijual adalah rumah-rumah dibeli dari pasaran.
Read More / Baca Lagi >>

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan tolak ‘subjudis’ Pandikar

Posted: 20 Oct 2016 08:58 PM PDT

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Gopal Sri Ram berkata hujah Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, bahawa membahaskan skandal 1MDB di Parlimen adalah subjudis adalah tidak betul dari segi undang-undang.
"Dengan hormat, saya tidak fikir itu akan menjadi perkara subjudis.
"Dalam apa jua keadaan, jawapan menteri itu hanya sekadar cakap-cakap dalam saman DOJ dan oleh itu tidak boleh diterima melainkan jika menteri (berkenaan) memberi keterangan dalam saman itu.
"Jadi dengan hormat, saya fikir bahawa apa yang dikatakan oleh speaker yang mulia itu adalah tidak betul mengikut undang-undang," katanya kepada Malaysiakini.
Semalam, Pandikar mendakwa adalah subjudis untuk membincangkan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk merampas aset berkaitan 1MDB di negara itu.
Ini, kerana menurutnya, perbahasan mengenai isu berkenaan dalam parlimen boleh digunakan walaupun perbicaraan itu dilakukan di luar negara.
"Apa menteri kata di sini boleh dipetik dalam perbicaraan di Amerika. Pada pandangan saya ia akan melencongkan perbicaraan," kata Pandikar.
Selasa lalu, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus turut bersependapat bahawa persoalan subjudis tidak timbul sama sekali.
"Ini kerana ia adalah perbicaraan asing. Peraturan subudis terpakai berhubungan dengan perbicaraan di mahkamah Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.
Saman DOJ yang difailkan di mahkamah California Julai lalu adalah berhubung dengan apa yang digambarkannya sebagai antara tindakan terbesar yang pernah dibuat mengikut Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi.
Ia membabitkan kira-kira AS$1 bilion aset berkaitan 1MDB yang didakwa diselewengkan.

'Jamal isytihar perang terhadap BERSIH, hanya perang mulut' - kata IGP

Posted: 20 Oct 2016 08:06 PM PDT


Polis menganggap pengisytiharan perang besar Datuk Seri Jamal Yunos terhadap BERSIH cuma sekadar perang mulut.
"Terpulang pada kamu jika kamu fikir ia boleh menyebabkan sesuatu, buatlah laporan (polis). Kita akan tengoklah."Tetapi sekadar kadar mengatakan dia melancarkan perang, itu pada saya, cuma perang mulut."Ia tentang bagaimana kamu terimalah," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Azmin: Persekutuan langgar Akta 172, cabuli kuasa Kerajaan Negeri

Posted: 20 Oct 2016 08:04 PM PDT

Langkah Kerajaan Persekutuan membentangkan Pindaan Akta 172 di Dewan Rakyat dipersoal Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali.
azmin-parlimenKatanya, hal ini kerana Kerajaan Persekutuan sebelum ini langsung tidak menghiraukan kewajiban mereka berunding dengan Kerajaan Negeri sebelum meluluskan sebarang aktiviti pemajuan yang hendak dilaksanakan di negeri terlibat.

"Sebagai contoh, apabila Kerajaan Persekutuan memberikan kepada syarikat konsesi untuk membina lebuh raya KIDEX, tidak dirujuk kepada Kerajaan Negeri sedangkan sudah ada termaktub dalam Akta 172 seksyen 20(A) dengan terang dan jelas menyatakan Kerajaan Persekutuan perlu berunding dengan Kerajaan Negeri apa-apa aktiviti pemajuan ia bercadang ingin dijalankan dalam negeri tersebut.
"Jadi, di mana keperluan untuk Kerajaan Persekutuan hari ini datang semula dalam Dewan Rakyat untuk tambah satu lagi kewajipan untuk mendapatkan nasihat," katanya.
Mohamed Azmin berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2016 yang dibacakan buat kali kedua di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen di sini, semalam.
"Nasihat apa yang diperlukan sedangkan rundingan tidak dijalankan, mereka langgar, asak Kerajaan Negeri dengan pelbagai bentuk cadangan yang memberi kekayaan kepada kroni Umno dan Barisan Nasional khususnya menjelang pilihan raya akan datang," tambah Ahli Parlimen Gombak itu.
Read More / Baca Lagi >>

Kalau nak marah, marahlah... RUU 355 kabur dan tidak jelas, tegas bekas Mufti Perlis

Posted: 20 Oct 2016 08:03 PM PDT


Dr Juanda JayaDr Juanda Jaya
Pas perlu terbuka jika ada pihak yang mendakwa Rang Undang-Undang (RUU) persendirian yang dibawa presidennya bukan berdasarkan hukum Tuhan, kata bekas mufti Perlis.
Datuk Dr Juanda Jaya yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jemoreng, Sarawak berkata dengan tiada perincian umum maka RUU itu sekadar dilihat satu cadangan manusia yang diberikan baju agama.
"Sebab itu saya sebut RUU 355, RUU yang kabur. Kalau orang nak marah, marahlah. Sebab kita pun tahu mereka sendiri tak tahu apa yang nak dijelaskan.
"Sekejap kata nak laksana hudud, sekejap kata tidak pula. Undang-undang ini benda yang jelas. Langgar lampu merah kita tahu berapa dendanya. Ini nak laksanakan undang-undang Tuhan.
"Jangan marah jika ada orang kata RUU 355 tidak sakral (kudus). Ia hanya undang-undang cadangan manusia. Barangkali diberi baju agama," katanya dalam satu wawancara bersama ProjekMMO.
Dewan Rakyat yang mula bersidang 17 Oktober lalu dijangka akan membahaskan RUU persendirian Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas bagi memperkasakan mahkamah syariah.
RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016, yang sering didakwa membuka laluan untuk pelaksanaan hudud, dipertikaikan oleh wakil-wakil pembangkang dan Barisan Nasional.
Namun kerajaan dan Pas menafikan ia bertujuan membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan dan Terengganu, sebaliknya ia hanya bertujuan memperkasakan mahkamah syariah.
Juanda, 44, berkata umat Islam perlu kembali pada sejarah Rasulullah apabila akidah, ibadah dan akhlak diperkukuhkan sebelum membicarakan hukuman syariah.
Read More / Baca Lagi >>

Mursyidul am PAS tolak kerjasama jatuhkan Najib

Posted: 20 Oct 2016 08:01 PM PDT

Ucapan pertama Hashim Jasin sebagai mursyidul am dengan jelas tidak mahu bersekongkol dengan pihak yang mahu menjatuhkan perdana menteri.
hashim-jasin
KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Hashim Jasin semalam menolak sebarang bentuk kerjasama dengan pihak yang mahu menukar kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak dan menggantikannya dengan perdana menteri yang baharu.
Hashim, dalam ucapan sulung di Kelantan selepas baru 2 minggu dilantik menerajui jawatan tertinggi PAS itu, berkata parti itu sudah membuat pelbagai jenis kerjasama sebelum ini dan terbukti ia tidak memberikan hasil.
"Ada parti baharu ajak kita bersatu bagi membolehkan satu lawan satu untuk menjamin kemenangan. Itu nak ambil kira mudah saja," kata Hashim, dipercayai merujuk usaha PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendekati PAS bagi memastikan tiada pertindihan kerusi di kalangan pembangkang menghadapi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Baru-baru ini, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya satu cara sahaja BN boleh dikalahkan iaitu dengan menggunakan satu simbol, satu manifesto dan satu calon melawan BN.
"Semua parti pembangkang mesti bersatu dengan menggunakan satu simbol, satu manifesto, satu calon untuk mengalahkan Umno/BN," kata Dr Mahatir di Shah Alam minggu lalu.
Hashim berkata PAS menolak sebarang kerjasama semata-mata untuk menukar kerajaan yang ada atau menggantikan perdana menteri.
"Kamu ajak kami berpadu, nak tukar kerajaan, nak ganti PM. Saya nak kata, kami tak boleh terima. Dulu kami dah cuba macam-macam, masuk dalam BN, kemudian berpakat dengan pembangkang, semua tak jadi," katanya dalam majlis sambutan 26 tahun kerajaan negeri Kelantan di bawah PAS, di Kota Bharu, malam tadi.
Pada awa 1990an, PAS pernah bekerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46 di bawah Angkatan Perpaduan Ummah, gabungan yang dipimpin Tengku Razaleigh Hamzah, sebelum beliau
Read More / Baca Lagi >>

Sikap suka bergantung punca Melayu lemah

Posted: 20 Oct 2016 07:59 PM PDT


Penentangan Melayu terhadap Malayan Union pada 1947 melahirkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Januari 1948.Penentangan Melayu terhadap Malayan Union pada 1947 melahirkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Januari 1948.
Pemimpin Melayu sendiri menjadi punca kepada kelemahan orang Melayu dengan mencipta budaya pergantungan, kata Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr Mohd Nasir Hashim.
Bercakap dalam diskusi sejarah Hartal 20 Oktober di ibu negara malam tadi, beliau berkata, dasar pecah dan perintah yang dilakukan kolonial Inggeris masih terus berlaku.
"Yang ada orang kita sendiri jadi penjajah. Dia pergunakan kaum dan agama demi kepentingan diri. Pecah dan perintah.
"Buat sesuatu demi keuntungan. Apa yang berlaku dulu, sekarang masih berlaku bahkan lebih sofistikated. Kita juga dapat lihat budaya ketakutan masih menjalar," bidasnya.
Menurut beliau, eksploitasi yang masih wujud itu menyebabkan orang miskin menjadi bertambah miskin manakala segelintir kaya semakin kaya.
"Tiada perubahan. Ada sesuatu yang tidak kena dengan kepimpinan apabila polisi ekonomi bagi Bumiputera tidak banyak membantu," ujarnya.
Dr Nasir berkata, keadaan pada masa ini diburukkan lagi dengan polisi ekonomi neo-liberal melalui penswastaan dan  pensyarikatan.
"GLC (Syarikat Berkaitan Kerajaan) sepatutnya wujud untuk membantu rakyat miskin tapi sekarang GLC buat projek untuk yang kaya bukan bagi rakyat miskin lagi," tegasnya.
Dr Nasir Hashim melontarkan pandangan dalam wacana anjuran Radical UnionDr Nasir Hashim melontarkan pandangan dalam wacana anjuran Radical Union
Inspirasi
Mengulas tentang kejayaan Hartal di seluruh Malaya pada 1947, beliau berkata, tindakan boikot bekerja dan tidak menjalani urusan seharian bagi membantah Perlembagaan Persekutuan yang dikemukakan oleh penjajah Inggeris itu  memberi inspirasi bahawa rakyat boleh bersatu.
"Memang sungguh luar biasa pencapaiannya. Hartal ini satu perjuangan menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan dalam erti kata sebenar.
"Putera-AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat - All Malayan Council of Joint Action) dapat menyatukan masyarakat berbilang kaum ketika itu sebelum dipecahkan propaganda kolonial.
"Perpaduan masyarakat pada 69 tahun lepas membolehkan mereka ada Perlembagaan Rakyat yang jika diamalkan sejak dulu, kita hari ini tidak lagi berdepan isu sempit kaum dan agama," jelasnya.
Walaupun hartal itu berjaya sehingga menyebabkan penjajah menanggung banyak kerugian tetapi mereka enggan keluar dari negara ini.
"Mengikut rekod, British rugi  4 bilion pound ketika itu. Itu tahun 1947. Kalau sekarang banyak lagi tetapi kolonial tidak mahu berundur kerana Malaya ini memang sumber kekuatan ekonominya daripada getah dan bijih timah juga kawasan strategik untuk pertahanan.
"Dia jual negara kita. Kita dapat lihat mereka masih guna 'divide and rule' (pecah dan perintah). Kita ini membiayai kemajuan di negara penjajah dengan hasil getah dan bijih timah.
Read More / Baca Lagi >>

'Tak perlu gentar, Bersatu masih kucar kacir' - Pemimpin Umno

Posted: 20 Oct 2016 07:35 PM PDT


KUALA LUMPUR - BN tidak perlu gentar dengan kehadiran parti baharu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam arena politik negara.
Ahli Parlimen BN, Datuk Noraini Ahmad berkata, Bersatu masih berada di dalam keadaan kucar kacir dalam mencari keahlian di seluruh negara.
"Bersatu masih sibuk cari ahli, lebih-lebih lagi ahli daripada parti lain. Mereka bukan ancaman besar kepada BN.
"Saya lihat Bersatu ditubuhkan dari perasaan dendam dan marah seseorang individu ke atas seseorang individu yang lain di dalam Umno.
"Saya harap mereka yang berbuat demikian fikirkan terlebih dahulu sebelum ambil tindakan," katanya.
Baru-baru ini, bekas Senator, Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor kini dilaporkan menyertai Bersatu yang diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ezam dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan Mahathir dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi menyerahkan borang keahlian parti.
Sebelum itu, Bersatu turut menerima penyertaan bekas Adun Kupang, Datuk Ismail Abu Bakar setelah beliau mengumum keluar daripada Umno.
Pengisytiharan itu dibuat pada Majlis Pelancaran Parti Bersatu Bahagian Baling di Kampung Seberang Pekan di hadapan lebih 600 hadirin yang hadir.
Ismail Abu Bakar yang merupakan bekas Adun Kupang berkata, perjuangan Umno yang semakin tersasar menjadi penyebab utama keputusan itu dibuat.

Jangan panik ahli keluar Umno..!!

Posted: 20 Oct 2016 07:30 PM PDT

KUALA LUMPUR - Umno tidak perlu panik sekiranya ada ahlinya ingin keluar parti, terutama mereka yang sememangnya 'bermasalah'.
Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebaliknya kerelaan mereka keluar parti akan memberi kebaikan kepada Umno.
"Apabila parti baru ditubuhkan dan ada orang keluar masuk, biarkan, jangan panik tak bertempat. Malah bagi Umno ada unsur baiknya sebab ada sesetengah personaliti ini bermasalah.
ANNUAR MUSA "Kita nak selesaikan tak boleh, tapi kadang-kadang mereka sukarela pula keluar parti. Alhamdullillah, bagus juga begitu biar mereka yang bermasalah ini duduk setempat," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor serta bekas Exco Pemuda Umno, Mohd Rafiq Naizamohideen dan 28 bekas pemimpin cawangan di Melaka dan Selangor yang keluar parti baru-baru ini.
Mengulas mengenai usaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang cuba merekrut ahli Umno, Annuar berkata, mereka mempunyai hak untuk berbuat demikian.
"Sebagai parti politik, itu tugas dan hak mereka untuk cari ahli. Kita amalkan sistem politik terbuka di mana sesiapa saja boleh jadi ahli kepada parti pilihan mereka.
"Tidak perlu ada satu keresahan kalau mana-mana parti nak cari ahli kerana akhirnya rakyat yang buat pilihan," katanya.
Menurut Annuar, keahlian bukan segala-galanya kerana sokongan daripada rakyat juga penting.
"Di bahagian saya, ada 15,000 ahli Umno tapi saya dapat undi 26,000 dalam PRU. Apa maknanya? Maknanya ada orang tak jadi ahli tetapi tetap sokong Umno," katanya.

Keluar parti: Umno tak perlu gentar dengan Bersatu

Posted: 20 Oct 2016 07:28 PM PDT

KOTA BHARU - Umno tidak perlu gentar dengan kemungkinan ia akan menghadapi krisis ahli keluar parti beramai-ramai untuk menyertai parti Bersatu menjelang PRU14 nanti.
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN), Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, berdasarkan pemerhatian yang dibuat, kemungkinan untuk perkara ini berlaku adalah agak tipis.
Dr Kamarul Zaman Yusoff "Tidak dinafikan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah bekas Presiden dan Timbalan Presiden Umno, sudah tentu mereka mempunyai pengikut tersendiri.
"Bagaimanapun, perlu diingat, budaya politik dominan dalam Umno adalah lebih kepada kesetiaan terhadap pemimpin yang sedang berkuasa bukan terhadap bekas pemimpin walau sebesar mana pun jasa mereka.
"Sudah menjadi lumrah, bila sahaja pemimpin terlucut dari puncak kuasa tiba-tiba sahaja pengikut yang berada sekitar mereka sebelum ini akan berkerumun mengelilingi pemimpin baru pula.
"Tambahan pula, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah bertapak aktif dalam Umno sejak 1976 lagi, jadi dalam tempoh lama ini sudah tentulah beliau mempunyai jaringan dalam parti yang cukup kuat," katanya kepada Sinar Harian.
Kamarul Zaman berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan beberapa bekas ahli Umno seperti Datuk Mohd Ezam Mohd Noor dan Mohd Rafiq Naizamohideen menyertai Bersatu baru-baru ini.
Menurutnya, dalam Umno sendiri pun masih ramai ahlinya meletakkan kesetiaan kepada perjuangan parti bukan individu tertentu, apatah lagi apabila individu ini dilihat melakukan perkara yang bercanggah dengan perjuangan parti.

Apa menanti rakyat M'sia dalam Bajet 2017

Posted: 20 Oct 2016 07:25 PM PDT

Semua tahu pilihan raya umum (PRU) ke-14 kemungkinan besar akan diadakan tahun depan, justeru, Bajet 2017 dikatakan mampu memberikan petunjuk kepada perancangan kerajaan itu.
Bagaimanapun, tatkala kantung negara tidak 'semeriah' dahulu ekoran kejatuhan harga minyak tahun ini dan harga komoditi tersebut masih berlegar-legar di paras AS$50 setong pada masa ini, ramai juga yang menjangka sebaliknya.
Pendapat yang sama dilontarkan oleh Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin yang tidak langsung melihat Bajet 2017 sebagai belanjawan pilihan raya.
Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak, Prof Dr Shazali Abu Mansor turut berkongsi pandangan yang sama dengan menyifatkan ia sebagai bajet urus tadbir negara dan tidak akan dipacu oleh faktor PRU.
Sekurang-kurangnya, banyak pihaknya mampu menarik nafas apabila Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani menegaskan kadar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang mula dilaksanakan 1 April 2015 tetap kekal pada enam peratus.
Justeru, dalam kekangan kewangan yang menimpa negara dan keperluan untuk memenangi hati sanubari rakyat, Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak nampaknya terpaksa 'berhempas-pulas' untuk menentukan apa yang kerajaan dan Perbendaharaan perlu jadikan keutamaan.
'Potongan peruntukan' 
Cakap-cakap mengenai kenaikan harga ubat-ubatan dan pengurangan ujian kesihatan khususnya ujian darah di hospital makin kuat kedengaran, walaupun kerajaan beberapa kali menepisnya.
Selain itu, biasiswa JPA juga khabarnya akan dihentikan untuk para pelajar dan penjawat awam yang mahu melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda dan ke atas di luar negara.
Apakah ini memberikan petunjuk bahawa Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan antara kementerian yang bakal menerima kesan paling besar dalam bajet kali ini.
Peruntukan untuk JPM
Sejak Najib memasuki pejabat PM pada tahun 2009, peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) meningkat dengan ketara - RM12.2 bilion pada tahun 2010 kepada RM23.1 bilion tahun ini.
Kenaikan tersebut rata-rata disebabkan peningkatan jumlah menteri di JPM dari enam kepada sembilan semenjak Najib mengepalai kabinet.
Lebih daripada itu, fungsi beberapa badan tertentu dirasakan berlebihan seperti penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat (SPAD) setelah negara memiliki Kementerian Pengangkutan.
Dengan pengurangan peruntukan terutama beberapa kementerian utama seperti pendidikan, kesihatan dan perdagangan
antarabangsa dan industri, pastinya sebarang lonjakan dalam peruntukan JPM pada bajet kali ini akan membuahkan kritikan yang luar biasa, sama ada dari dalam mahupun luar kerajaan.
Oleh itu, peruntukan JPM yang mendapat tentangan hebat di kalangan pembangkang dirasakan tidak mengalami peningkatan ketara walaupun wujudnya keperluan di jabatan itu untuk terus memayungi banyak keperluan dan kehendak semasa.
Percukaian
Putrajaya yang menyasarkan kutipan GST sejumlah RM39 bilion untuk tahun 2016 telah mengumpulkan RM17.2 bilion pada enam bulan pertama tahun ini.
Untuk tidak menambah beban rakyat terutama kenaikan harga barangan ekoran pengenaan GST itu, kerajaan telah merancang untuk mengekalkan kadar GST sedia ada enam peratus tetapi perlu meninjau sumber alternatif pendapatan tambahan.
Kerajaan telahpun menaikkan cukai ke atas golongan kaya dalam Bajet 2016 dengan kadar cukai pendapatan individu pemastautin yang mempunyai pendapatan mulai RM600,001 hingga RM1 juta dinaikkan satu peratus kepada 26 peratus berbanding 25 peratus sedia ada.
Bagi kalangan mereka yang berpendapatan melebihi RM1 juta pula, cukai yang dikenakan lebih tinggi iaitu tiga peratus kepada 28 peratus mulai 2016 berbanding 25 peratus.
Mungkinkah kerajaan terus 'menekan' golongan berada ini jika kerajaan mahu menaikkan lagi pendapatan percukaiannya atau mengenakan levi baru.
Bagaimanapun, terdapat spekulasi cukai korporat akan dikurangkan daripada 24 peratus kepada 23 peratus dalam usaha untuk merangsang perniagaan tempatan.
BR1M
Read More / Baca Lagi >>

OPOSISI, JANGAN JADIKAN LOGO SEBAGAI MASALAH

Posted: 20 Oct 2016 07:22 PM PDT

Hasrat Dr Mahathir Mohamad agar berlaku satu lawan satu antara parti oposisi dengan parti kerajaan (UBN) dalam Piraum akan datang adalah sesuatu yang pratikal tetapi sukar untuk menjadi kenyataan. Beliau yakin kalau wujud situasi itu UBN akan kalah.
Rasanya ramai yang setuju dengan analisa Dr Mahathir itu. UBN hanya boleh dijatuhkan apabila oposisi bersatu dan menghadapi UBN secara satu lawan satu. Hakikat ini telah terbukti dalam dua Piraum lalu dengan kewujudan Barisan Alternatif (2008) dan Pakatan Rakyat (2013) yang mampu menafikan kuasa 2/3 UBN di Parlimen.
Bukan itu sahaja persepakatan itu juga menyebabkan lima buah negeri yang dikuasai UBN sebelum ini jatuh ke tangan oposisi. Negeri-negeri itu ialah Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah disamping mengekalkan Kelantan.
Hujah Dr Mahathir tanpa wujud kesatuan oposisi UBN tidak akan tumbang dan Najib Razak tidak akan tersingkir. Tanpa penyingkiran UBN dan Najib ertinya negara terus-terusan dalam keadaan sakit dan perjuangan bertahun untuk selamatkan negara sia-sia sahaja.
Sejajar dengan cadangan Dr Mahathir itu pemimpin hakiki AMANAH Kelantan, Husam Musa menggesa agar parti oposisi yang telah bersetuju untuk bergabung memulakan langkah ke arah pengemasan pakatan berkenaan. Menurut Husam parti-parti yang sudah menunjukkan mahu kerjasama tidak perlu menunggu mana-mana parti lain yang juga berminat untuk berkolaborosi melawan UBN tetapi masih menghitung hari.
Sehingga ini empat buah parti yang sudah menunjukkan keinginan dan hasrat untuk bergabung bagi menghadapi UBN secara satu lawan satu. Parti-partiu itu ialah Demokrat Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pati Amanah Negara (Amanah) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang baharu ditubuhkan.
Kepimpinan parti itu masing-masing sudah memasang nawaitu dan menzahirkan aksi ke arah itu dengan memulakan gerakan mengadakan majlis ceramah dan penerangan bersama dari masa ke semasa. Sambutan dan fokas rakyat kepada parti berkenaan memberangsangkan. Situasi ini menyebabkan tidak ada sebab lagi kalau kerjasama itu difikirkan.
Betul gesaan dan ajakan dibuat Husam. Parti oposisi yang sudah memasang tekad dan menunjukkan persefahaman itu tidak perlu lewat dalam bertindak. Masa berjalan begitu cepat di mana Piraum boleh diumumkan bila-bila masa sahaja. Kalau ia lambat boleh mendatang masalah.
Empat parti itu perlu berikat dahulu membentuk tunggak seperti mana Umno – MCA dan MIC menjadi tunggak kepada BN. Sekiranya ada parti-parti lain mengubah pemikiran dan ingin sertai sama mereka boleh bergabung kemudian.
Dipercayai masih ada beberapa buah parti kecil di Sabah dan Sarawak yang sedia berkolaborasi dengan empat buah parti itu yang kini memilih Pakatan Harapan (PH) sebagai wadah atau jenama baharu menggantikan Pakatan Rakyat (PR) yang sudah hancur.
Parti pimpinan bekas Naib Presiden Umno Shafei Afdal, Parti Warisan Sabah (Warisan) yang baharu ditubuhkan juga boleh jadi akan ikut berikat sama dengan Pakatan Harapan.
Dalam masa sama para pemimpin oposisi kecuali DAP juga masih berharap supaya parti agama (Pas) ikut sama dalam pakatan itu. Jika Pas bersama PH harapan untuk menumbangkan UBN makin jelas. Usaha masih dilakukan oleh pemimpin PKR dan Bersatu untuk memujuk Pas agar bersama mereka. Walaupun ketika ini Pas menunjukan sikap "gelenyer"nya untuk bersama Umno tetapi keadaanya masih kabur dan tidak mustahil Pas akan membuat u-turn disaat akhir. Pemimpin utama Pas terkenal dengan berklu klik.
Pas kini semacam hilang akal. Sesetengah pemimpin terutamanya presiden dan Majlis Syura Ulama (MSU) ingin menjalinkan kerjasaama dengan Umno, tetapi pemimpin dan ahli bawahan menafikan tuduhan yang Pas ingin "bersenyawa" dengan Umno.
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim dan dua orang naib presidennya menunjukkan sikap jengkil dengan hajat untuk bersama Umno. Kenyataan-kenyataan mereka tampak kontradik dan lebih bersifat terbuka dan waspada. Sehinggalah Pas mengambil konsensus mutkamad mengenai kedudukannya sama ada bersama Umno atau tidak bermakna pintu untuk Pas memasuki Pakatan Harapan masih terbuka.
Read More / Baca Lagi >>

Duterte umum Filipina ‘berpisah’ dengan AS

Posted: 20 Oct 2016 07:20 PM PDT

Pengumuman Duterte itu menandakan perubahan arah dasar luar Filipina selepas bekas datuk bandar berusia 71 tahun itu mengambil alih jawatan presiden Jun lalu.
DuterteBEIJING: Presiden Rodrigo Duterte semalam mengumumkan "perpisahan" dengan sekutu kuat Filipina, Amerika Syarikat, sambil mengisytiharkan kerjasama lebih rapat dengan China selepas kedua-dua negara itu bersetuju menyelesaikan secara aman tuntutan melibatkan wilayah Laut China Selatan.
"Di dewan ini, tuan puan, di dewan ini, saya mengisytiharkan perpisahan dengan Amerika Syarikat," Duterte memberitahu ahli perniagaan China dan Filipina disambut tepukan di sebuah forum di Dewan Besar Rakyat, yang turut dihadiri Naib Perdana Menteri China, Zhang Gaoli.
"Dalam kedua-dua lapangan ketenteraan, mungkin bukan sosial, tetapi juga ekonomi. Amerika sudah tewas."
Presiden Filipina itu kini dalam rangka lawatan ke Beijing bersama 200 ahli perniagaan.
Usaha Duterte menjalinkan hubungan lebih mesra dengan China diadakan beberapa bulan selepas The Hague memutuskan Beijing tidak ada hak ke atas Laut China Selatan, dalam kes yang dibawa ke mahkamah antarabangsa oleh pentadbiran Manila sebelum ini.
Pengumuman Duterte itu menandakan perubahan arah dasar luar Filipina selepas bekas datuk bandar berusia 71 tahun itu mengambil alih jawatan presiden Jun lalu.
Menteri perusahaannya Ramon Lopez berkata sejumlah AS$13.5 bilion perjanjian perdagangan bakal dimeterai bersama China.
"Saya kini menyelaraskan semula aliran ideologi saya dan mungkin selepas ini saya akan ke Rusia bercakap dengan (Presiden Vladimir) Putin untuk memberitahunya kini ada kami bertiga menentang dunia – China, Filipina dan Rusia.
Read More / Baca Lagi >>

Rasuah: Sembilan menteri, 19 gabenor Indonesia dipenjara.....Malaysia...??

Posted: 20 Oct 2016 07:15 PM PDT

Presiden Indoensia, Jokowi JAKARTA - INDONESIA. Presiden Indonesia, Joko Widodo berkata pentadbirannya mengambil tindakan tegas terhadap pesalah rasuah.
Menerusi wawancara khas beliau bersama BBC News, Joko Widodo atau lebih di kenali sebagai Jokowi berkata, tindakan itu termasuklah terhadap perasuah  'jerung' di negaranya.
Katanya, tiada sikap pilih bulu dalam menangani gejala rasuah di negaranya.
"Kami mengambil tindakan keras dan tegas, kerana sebanyak sembilan orang menteri, 19 gabenor, 300 pemimpin tempatan dan 100 ahli parlimen berada dalam penjara kerana rasuah," katanya.
Ujarnya lagi, kerajaan pimpinannya akan sentiasa konsisten dan akan berusaha lebih gigih untuk membanteras gegala tersebut.

Bersih 5: Ugutan bunuh persis pengganas IS ancaman serius

Posted: 20 Oct 2016 07:13 PM PDT


Mohamad turut mengiringi Maria Chin menyerahkan memorandum ke Bukit Aman siang tadi.Mohamad turut mengiringi Maria Chin menyerahkan memorandum ke Bukit Aman siang tadi.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu bimbang ugutan bunuh terhadap pemimpin dan aktivis Bersih menyalin perwatakan pengganas IS.
Pada masa sama, beliau menyifatkan hubungan Perdana Menteri dengan negara yang dikaitkan aksi militan itu bertambah rapat.
"Ugutan bunuh ala IS dan hubungan Najib sendiri dengan negara-negara yang melahirkan IS itu makin rapat khasnya Arab Saudi. Tidak seperti zaman Mahathir," ujarnya.
Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, aksi pihak yang mengugut bunuh serta menyimbah cat merah ganas menjelang himpunan Bersih, 19 November depan berbeza dengan siri demonstrasi sebelum ini.
"Ini pastinya bukan provokasi biasa-biasa. Kita nampak reaksi mereka (samseng) terhadap Bersih kali ini lebih kasar berbanding siri Bersih terdahulu.
"Macam mereka rasa selamat. Mereka makin berani mengganas," katanya ketika ditemui Malaysia Dateline di perkarangan Bukit Aman hari ini.
Mengulas ugutan bunuh  terhadap tiga pemimpin Bersih serta ahli keluarga terbabit, Mat Sabu berkata, sikap memilih dalam mengenakan tindakan undang-undang tidak harus berlaku.
"Mereka semakin berani seolah-olah dilindungi oleh polis.
"Belah sana buatlah apa pun, tangkap sekejap kemudian lepas," ujarnya lagi.
Sementara itu, Bersih dalam sidang medianya hari ini menyeru PDRM Bukit Aman mengambil alih siasatan kes ugutan bunuh kepada Maria Chin Abdullah, Datuk Ambiga Sreenevasan dan Mandeep Singh supaya dapat diselesaikan pada kadar segera.

PARAH DAH KETUA PENERANGAN UMNO INI?

Posted: 20 Oct 2016 07:11 PM PDT

Sekali lagi timbul persoalan, apa sebenarnya sudah jadi dengan Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO ini?

Jika sebelum ini, beliau bercakap mengenai legasi Tun Mahathir Mohamad yang dianggapnya negatif dan Najib Razak harus berani merombaknya, mengatakan politik kebencian adalah suatu jenayah dan beberapa perkara lain lagi, kali ini hujahnya ternyata jauh lebih parah.

Berhujah dengan mengatakan Malaysia lebih berani daripada Amerika Syarikat semata-mata kerana membenarkan wujudnya banyak parti berbanding negara tersebut yang hanya ada dua parti, barangkali bukan saja menyebabkan Najib  Razak "menyesal"  melantiknya mengetuai aktiviti penerangan parti, bahkan mungkin membuatkan Ahmad Maslan dan Hasan Malek turut berguling-guling ketawa jadinya.

Mengenali Annuar sejak sekian lama, malah beliau dianggap sebagai pemidato dan pelontar idea yang hebat, rasa seperti tidak percaya bekas menteri itu boleh mengeluarkan perbandingan sedemikian rupa.

Kalau ia pun mahu memuji, menyanjung dan membodek Najib Razak serta kerajaan yang sedang dipimpinnya, takkanlah sampai begitu hujahnya?

Kata orang Perak, "parah bebenor" bandingan sebegitu.  Itu hujah ke laut, kata anak-muda zaman sekarang pula.
Read More / Baca Lagi >>

Johari: Kami tak usik rakyat, subsidi minyak masak diteruskan

Posted: 20 Oct 2016 07:10 PM PDT

Johari berkata, kerajaan hendak mengawal subsidi minyak masak yang diguna pakai untuk jualan eksport.

KUALA LUMPUR: Rakyat akan terus menerima subsidi minyak masak daripada kerajaan, kata Menteri Kewangan kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.
"Kita tidak usik rakyat, mereka tetap akan dapat subsidi," katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media memetik Persatuan Pekilang-pekilang Minyak Makan Malaya (Meoma) mendakwa harga beberapa kategori minyak masak akan dinaikkan mulai bulan
depan, susulan pemansuhan subsidi oleh kerajaan.
Johari bagaimanapun berkata, langkah bagi mengatasi ketirisan subsidi minyak masak perlu diberi perhatian serta memuji ketegasan langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam menangani isu berkenaan.
"Apa yang berlaku, subsidi minyak masak kerajaan beri diguna pakai untuk jualan eksport, itu yang kita nak kawal," katanya.
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, lesen perniagaan pemborong dan pembekal minyak masak akan ditarik balik jika mereka didapati menyorok bekalan bahan tersebut bagi mengaut keuntungan.

AKTA 355, NAJIB TAK MAHU?

Posted: 20 Oct 2016 07:07 PM PDT

Persoalan sama ada Akta 355 melalui usul persendirian oleh Hadi Awang akan diberi peluang untuk dibahaskan atau tidak, seharusnya tidak sukar untuk difahami, termasuk oleh ahli-ahli Pas sendiri.
Speaker Dewan Rakyat, Pandikar Amin Haji Mulia berkata, perkara itu terserah kepada kerajaan menentukannya seperti terkandung di bawah Peraturan Mesyuarat 15.
Katanya, meskipun usul itu sudah dimasukkan dalam aturan mesyuarat, namun ia masih perlu menunggu urusan melibatkan kerajaan selesai terlebih dahulu.
Dan urusan atau akta melibatkan kerajaan pula, tambahnya, masih boleh disisipkan dalam tempoh 24 jam sebelum ia dibentangkan.
Sehubungan itu, tegasnya, beliau tidak mempunyai kuasa sama sekali untuk menentukan usul mana yang perlu didahulukan atau dikeluarkan dalam aturan mesyuarat.
Kerajaan yang berhak membuat keputusan. Kalau kerajaan tak mahu sesuatu usul, sama ada daripada pembangkang mahupun kerajaan daripada dibahaskan, maka ia tidak akan akan dibahaskan, meskipun saya sebagai Speaker mahu berbuat demikian, kecuali  kalau Peraturan 15 itu diubah, tambah Pandikar Amin lagi.
Penjelasan Pandikar Amin ini cukup jelas untuk difahami bagi dikaitkan dengan usul Akta 355 oleh Hadi Awang. Oleh kerana ia bukan urusan kerajaan, sebaliknya adalah usul persendirian, maka terserah kepada kerajaan sama ada mahu memberi laluan atau tidak.
Siapakah yang berhak memberi kata putus mewakili kerajaan dalam hal ini?
Ia tidak lain ialah Najib Razak selaku Perdana Menteri dan ketua kerajaan. Sebagaimana Najib memberi laluan pada Jun lalu kepada Hadi Awang untuk membentangkannya bagi kali pertama, hanya beliau yang berhak memberi laluan sekali lagi.
Kalau Najib mahu, jalanlah usul Hadi itu. Jika Najib tak mahu atau kata nanti dulu, tertangguhlah ia di situ.
Segala-galanya terserah kepada Najib untuk memberi kata putusnya.
Agak-agaknya Najib mahu atau tidak Akta 355 ini? Pernah kita dengar apa pendirian Najib mengenainya?

Lebih banyak RUU Syariah, lebih baik, kata peguam syariah

Posted: 20 Oct 2016 07:05 PM PDT

Nizam berkata, sebaik-baiknya 3 parti itu berbincang dan merumuskan satu rangka kerja bersama untuk meminda akta itu, sebelum membentangkannya di Parlimen bagi mengelakkan kecelaruan.
Nizam-Bashir
PETALING JAYA: Peguam syariah menyambut baik tindakan Amanah dan Barisan Nasional (BN) mengemukakan cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 seperti yang diusulkan presiden PAS Mei lalu.
Peguam Nizam Bashir mengalu-alukan lebih banyak pilihan, selain rang undang-undang (RUU) persendirian yang diusulkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda akta itu bagi memperkasakan Mahkamah Syariah.
"Isu ini agak mudah sebenarnya dan 3 parti pada dasarnya mempunyai matlamat sama untuk memperkasakan Mahkamah Syariah," katanya kepada FMT.
Beliau mengulas laporan BN mungkin mengusulkan RUU sendiri untuk meminda akta itu, iaitu RUU ke-3 berkaitan syariah, selepas usul PAS dan Amanah.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kerajaan sedang mengkaji rancangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang mengehadkan hukuman ke atas penjenayah syariah kepada penjara 3 tahun, 6 sebatan dan denda RM5,000.
Nizam berkata, sebaik-baiknya pihak terbabit berbincang dan merumuskan satu rangka kerja bersama untuk meminda akta itu, sebelum membentangkannya di Parlimen.
"Jika mereka tidak boleh merumuskan satu rangka kerja bersama, maka kita akan berdepan keadaan celaru di mana setiap pihak akan cuba mendesak pindaan dicadangkan mereka," katanya sambil menambah setiap parti akan cuba meyakinkan wakil rakyat atas pagar untuk menyokong cadangan mereka.
Katanya, wakil rakyat bukan Islam juga perlu memberi perhatian terhadap isu ini dan mengundi apabila tiba masanya.
"Ahli Parlimen bukan Islam juga mempunyai kewajipan mewakili pengundi Islam di kawasan mereka, jadi mereka perlu menyuarakan pandangan pengundi mereka dan mengundi dalam perkara itu."
Seorang lagi peguam syariah, Akberdin Abdul Kader turut sependapat ia perkembangan positif, di mana BN dan Amanah turut mempunyai cadangan mereka selain PAS.
"Ada sentimen terima atau tolak, tetapi dengan adanya lebih banyak pilihan, kita boleh memperluaskan skop perbincangan mengenai perkara itu," katanya kepada FMT.
Beliau menganggap perkara biasa untuk Amanah dan BN mengemukakan cadangan mereka yang disokong rakan sekutu dan ahli masing-masing, sebelum membentangkannya di Parlimen.
"Sudah tentu Amanah dan BN tidak akan mengusulkan sebarang RUU jika rakan dan ahli mereka tidak setuju dengannya.
Read More / Baca Lagi >>

Wisma Yakin kini tinggal 'nyawa-nyawa ikan' - Aznil Nawawi

Posted: 20 Oct 2016 07:04 PM PDT

Dianggap sebagai satu daripada legasi penting peniaga Melayu di tengah kota raya, masa depan Wisma Yakin kini menjadi tanda tanya apabila ia dilihat melalui zaman malapnya.
Salah seorang yang berasa amat pilu dengan keadaan itu adalah Datuk Aznil Nawawi.
Menurutnya, peniaga Wisma Yakin mulai mengalami kesan sampingan apabila sebuah tapak bazar moden mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 2004 -didirikan betul-betul di hadapan bangunan 11 tingkat itu.
"Akibatnya, laluan masuk ke bangunan dibina Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) itu menjadi sekecil-kecil lorong tikus."
"Pengunjung sampai tidak nampak laluan masuk kerana dilindungi bazar yang dibuka," katanya kepada Malaysiakini.
Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil sebenarnya bercakap sebagai wakil selain penasihat kepada Persatuan Penjaja Wisma Yakin.
Walaupun Aznil bukan peniaga aktif, bangunan berusia 44 tahun itu banyak menyimpan legasi keluarganya.
"Secara turun-temurun keluarga saya, dari datuk hingga anak buah menjalankan perniagaan di situ," katanya.
Sekitar tahun 2000 jalan depan Wisma Yakin dipenuhi penjaja haram. Bagi mengatasi situasi tersebut sebuah tapak bazar moden dibina.
Wisma Yakin menempatkan 30 kedai di tingkat bawah tetapi kini hanya tinggal beberapa unit yang diibaratkan sebagai 'nyawa-nyawa ikan' masih cekal meneruskan perniagaan.
Mengikut persetujuan awal kata Aznil, waktu operasi bazar moden itu sepatutnya dibuka pukul 3 petang dan berakhir 12 tengah malam setiap hari.
Tetapi lain pula halnya apabila ia beroperasi seolah-olah 24 jam sehari.
"Akhirnya peniaga Wisma Yakin rugi, ada kedai yang tidak dibuka kerana tiada keuntungan apabila pengunjung tidak nampak kedai kami.
"Kedai juga tiada orang nak sewa dan tidak laku dijual," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Nak ugut perang plok ??!!

Posted: 20 Oct 2016 06:41 AM PDT

Apa dah jadi dengan 'parang terbang' ??

Samseng Jamban Baju Merah memang kebal...

PENDIRIAN KEADILAN MENGENAI PINDAAN KEPADA RUU 355

Posted: 20 Oct 2016 05:56 AM PDT

Mengangkat Prinsip Keadilan

KEADILAN sebagai sebuah wadah perjuangan sentiasa mengangkat dan memperjuangkan prinsip keadilan, kemanusiaan dan berdasarkan nilai-nilai Islam sebagai "rahmatan lil 'alamin."

Usaha memperkasakan undang-undang syariah bagi umat Islam perlu diteruskan dengan hikmah dan penjelasan teliti kepada rakyat.

Pasca kemerdekaan, usaha memartabatkan syariah telah pun diusahakan secara bertahap mencakup langkah memperkukuh institusi agama seperti zakat, dan dakwah serta memperluas peranan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri.

Dari sudut perundangan dan hukum, negeri Kelantan di bawah pimpinan al-marhum Dato' Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menambah peruntukan dan bidang kuasa beberapa aspek syariah dan takzir dalam Enakmen tahun 1993.

Di peringkat Persekutuan, atas inisiatif al-marhum Tan Sri Datuk Prof. Ahmad Ibrahim dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dikemukakan peruntukan Perlembagaan Perkara 121 (1A) bagi mengangkat kedudukan Mahkamah Syariah tanpa menjejaskan hak bukan Islam merujuk kes ke mahkamah sivil. Perlu dijelaskan bahawa rang undang-undang tersebut telah dibincang oleh Badan Perunding Islam, Pusat Islam dan kabinet.

Kursus Diploma bagi kadi-kadi juga diperkenalkan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia bagi menyediakan mereka dengan kaedah perundangan dan kesaksian.

Langkah Susulan Kerajaan Negeri

Kerajaan-kerajaan Negeri perlu mengambil langkah susulan. Ini telah dilakukan di Negeri Selangor dengan penambahan peruntukan dan beberapa langkah mengukuh institusi agama termasuk tindakan progresif Mahkamah Syariah Selangor yang melantik dua orang hakim wanita Mahkamah Tinggi Syariah dan empat penolong pendaftar Mahkamah Rendah Syariah demi memastikan kelancaran perundangan syari'ah.

Langkah sedemikian perlu diteruskan bagi memantapkan institusi kehakiman syariah selaras dengan tugas yang bertambah. Namun masih terdapat kelemahan yang perlu di atasi.

Di antara yang dikenalpasti adalah skim dan elaun hakim mahkamah syariah yang agak jauh berbeza ketinggalan dengan hakim mahkamah sivil.

Hal tersebut didedahkan oleh Dato' Dr. Hj Mohd Na'im Mokhtar, Ketua Hakim Mahkamah Syariah Selangor, bahawa seorang Hakim Mahkamah Syariah menerima gaji mendengar kes penjagaan anak hanya RM6,000 manakala hakim mahkamah sivil yang mendengar kes yang sama menerima gaji RM40,000.[i]

Perbedaan gaji boleh diterima berdasarkan pengalaman yang berbeda tetapi jurang sedemikian dianggap tidak munasabah.

Kerajaan negeri Pulau Pinang juga telah menambah peruntukan dua kali ganda dari jumlah sebelumnya.

Namun terdapat keterbatasan dan kelemahan dalam pelaksanaan keputusan Mahkamah Syariah tanpa tindakan yang diambil oleh kerajaan Persekutuan.

Hal yang sama berlaku, terutama manakala kerajaan Kelantan menambah kuasa Mahkamah Syariah seperti dalam Enakmen 1993.

Jabatan Kehakiman Syariah Pulau Pinang mendedahkan kepincangan malah pelanggaran prinsip hukuman dan layanan terhadap pesalah kerana diletakkan dipenjara bersama banduan kesalahan sivil dan jenayah lainnya seperti kesalahan dadah, rogol, merompak dan lain-lain. Pesalah dalam kes Syariah patut dibezakan kerana penekanannya adalah pendidikan dan keinsafan.[ii]

Mengenalpasti dan Memperbaiki Kelemahan

Beberapa kelemahan lain dalam undang-undang Syariah dan pelaksanaannya perlu dikenalpasti dan diperbaiki. Terdapat peruntukan menghalang pendakwah berkelayakan atas alasan tauliah sejati yang melibatkan Ustaz Mat Isa Deraman; Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Negeri Perlis; Ustaz Abdullah Yassin dan lebih serius dengan hukuman setahun penjara ke atas Ustaz Rasul Dahri.

Yang perlu dilarang adalah ajaran sesat; anjuran keganasan tetapi kegiatan dakwah sihat tidak wajar dihindari. Selain itu, kelemahan menonjol adalah kedudukan dan bidang kuasa Ketua Pendakwa Syariah yang kini merupakan seorang pegawai jabatan dan di Wilayah Persekutuan masih bertugas di bawah Ketua Pengarah Jabatan dan Menteri Agama. Ketua Pendakwa harus bebas daripada sudut undang-undang dan kuasa seperti kedudukan Peguam Negara.

Jika tidak, keputusan beliau akan dicurigai sepertimana yang diajukan ke Mahkamah Syariah Kehakiman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Laporan Qazaf yang beliau kemukakan sejak tahun 2008, tidak diambil tindakan oleh Ketua Pendakwa Syariah. Berlarutan di Mahkamah, kes ini membahaskan soal teknikal mengapa Ketua Pendakwa enggan mendakwa.

Kecelaruan Kefahaman Kepada RUU 355

Kami memahami dan menghormati aspirasi sebahagian besar masyarakat Islam dalam negara ini menghendaki sistem perundangan Islam diperkasakan. Kami juga mengambil maklum tindakan pihak PAS melalui rang undang-undang (RUU) persendirian yang dicadang oleh Ahli Parlimen Marang adalah berniat untuk memartabatkan mahkamah syariah.

RUU persendirian ini mencadangkan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) supaya had hukuman yang sedia ada untuk kesalahan-kesalahan berkaitan dengan lunas-lunas Islam iaitu tiga tahun penjara, lima ribu ringgit denda dan enam sebatan dibatalkan dan mahkamah syariah dibenarkan memberi hukuman selaras dengan undang-undang syariah kecuali hukuman mati.

Sebelum ini, peruntukan tersebut tidak membayangkan hasrat pelaksanaan hukum hudud selain penambahan hukuman dan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Kami difahamkan bahawa RUU 355 telah dirujuk ke Jawatankuasa Teknikal bersama di antara wakil Persekutuan (UMNO) dan Kelantan (PAS).

Tiada maklumat diberikan kepada umum mengenai perkembangannya. Tetapi Ogos lalu, seorang ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud peringkat Pusat, Prof. Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz menganggap RUU 355 tiada dalam "road map" yang dibincangkan Jawatankuasa Teknikal. Beliau berpendapat RUU sedemikian harus dibentang oleh kerajaan yang memerintah, dan bukan RUU persendirian.[iii]

Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan menolak tanggapan bahawa RUU 355 itu adalah hudud.[iv]

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom menegaskan bahawa RUU 355 tiada kaitan dengan hudud.[v]

Beberapa tokoh politik bukan Islam dari Barisan Nasional dan DAP membantah kerana menganggap RUU 355 bertentangan dengan prinsip Perlembagaan. Pemimpin Negeri Sabah, dan terutamanya Sarawak mempertikai RUU 355 dengan nada ugutan kerana dianggap bercanggah dengan prinsip penubuhan negara Malaysia.

Persepsi Masyarakat
Read More / Baca Lagi >>

Penarikan subsidi minyak bukan alasan naik harga makanan, kata persatuan restoran

Posted: 20 Oct 2016 05:26 AM PDT

Menurut Presma, peniaga restoran sememangnya dilarang membeli minyak masak yang disubsidi.
Noorul Hassan Saul HameedPETALING JAYA: Pemilik restoran tidak boleh menjadikan penarikan subsidi minyak masak sebagai alasan untuk menaikkan harga makanan.
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) berkata, ini kerana menurut undang-undang, pengusaha restoran perlu membeli minyak masak dengan harga komersial.
"Dasar kerajaan menyatakan subsidi minyak masak untuk orang awam. Jika selama ini ada peniaga restoran yang membeli minyak masak pada harga yang sama di pasar raya atau borong, ini disebabkan tiadanya penguatkuasaan atau kerajaan beri kelonggaran.
"Tiada alasan peniaga restoran untuk menaikkan harga makanan mereka terutama peniaga yang selama ini menggunakan minyak masak subsidi," kata Pengerusi Presma, Noorul Hassan Saul Hameed ketika dihubungi.
Justeru, Noorul Hassan berkata orang ramai tidak perlu bimbang akan kemungkinan harga makanan di restoran meningkat ekoran perkembangan ini.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)