Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:28 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Zeti sertai panel penasihat Bank Pelaburan Infrastruktur Asia

Posted: 19 Oct 2016 08:17 AM PDT

AIIB mengumumkan Zeti akan menyertai 10 ahli utama lain dalam AIIB.
zeti-azizKUALA LUMPUR: Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai ahli panel penasihat antarabangsa Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).
Zeti yang disenaraikan sebagai ketua bank pusat terbaik dunia pada 2009 oleh majalah Global Finance, bersara pada April lalu, selepas 16 tahun menerajui BNM.
Dalam kenyataan, AIIB mengumumkan Zeti akan menyertai 10 ahli utama lain, termasuk bekas Perdana Menteri Pakistan, Shaukat Aziz; bekas Menteri Kewangan Sweden, Anders Borg; bekas Perdana Menteri Jepun, Yukio Hatoyama dan Setiausaha Agung Yayasan Global, Steve Howard.
Selain itu, bekas Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Strategi dan Kewangan Korea Selatan, Dr Oh-Seok Hyun; bekas Menteri Kewangan Nigeria dan bekas Pengarah Urusan Bank Dunia, Dr Ngozi Okonjo-Iweala.
Bekas Menteri Kewangan Timor-Leste, Emilia Pires; bekas Duta Amerika Syarikat, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Global Strategic Associates, Paul Speltz; bekas Ketua Ekonomi Bank Dunia, Nicholas Stern dan bekas Ketua Eksekutif Hong Kong, Tung Chee-Hwa.
AIIB berkata, mesyuarat pertama panel penasihat itu diadakan di Beijing hari ini.
"Panel tersebut menyediakan nasihat adil, objektif dan bebas kepada presiden, membolehkan bank tersebut meraih manfaat daripada pengalaman dan kepakaran ahli-ahli panel," katanya.
Pada mesyuarat itu, ahli-ahli panel membincangkan keadaan ekonomi global dan implikasinya kepada operasi bank, keperluan menggalakkan infrastruktur hijau dalam agenda global baharu dan kepentinganmeningkatkan penglibatan sektor swasta dalam infrastruktur di rantau ini.
Read More / Baca Lagi >>

Orang Asli 'Melayu jati', pertahan tanah kami – Dewi Malam

Posted: 19 Oct 2016 08:14 AM PDT

Dewi Malam salah seorang daripada 4,000 penduduk mukim Tanjong Dua Belas Kuala Langat yang kini tanahnya sedang dalam usaha pelengkungan semula Paya Indah Wetlands oleh kerajaan Selangor.
Beliau, abangnya Jafrin dan bapa mereka Malam Gerchang kalah dalam kes di Mahkamah Rayuan di Putrajaya bulan lalu selepas diputuskan tiada locus standi untuk mewakili masyarakat Temuan di situ.
Bagaimanapun, kira-kira tiga minggu berlalu, Dewi masih berharap 17,900 ekar tanah di kawasan itu, seperti dipohon dalam saman mereka, dapat diubah status kepada rizab Orang Asli.
Dewi berhujah, mempertahankan tanah mereka sama seperti mempertahankan tanah Orang Melayu kerana mereka sebenarnya "Melayu tulen" dan "Melayu jati" negara ini.
"Kalau moyang saya Sakai, Saya ini Sakai. (Orang) Asli itu Sakai, Asli itu Melayu, (kita) Melayu tulen, Melayu jati.
"Orang Malaysia tak faham, Orang Sakai itu Asli, orang sakai itu Melayu tetapi sekiranya tanah-tanah ini habis, orang Melayu sendiri yang akan rugi.
"Orang Asli rugi sebab dipinggirkan, tetapi yang meminggirkan adalah orang Melayu itu sendiri.
"Anak muda harus faham, kalau orang Melayu meminggirkan orang asli dia telah meminggirkan bangsa dia sendiri, asal dia sendiri," katanya sedikit emosi.
Mahkamah simpati, tapi tak dapat buat apa
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di ibu negara.
Ketiga-tiga pemohon hadir dalam sidang media hari ini bersama peguam mereka Serene Tan Pei Shan, aktivis Raymond Tan dan pengasas SAMM Badrul Hisham Shaharin.
Mahkamah Rayuan pada 27 September lalu memutuskan Malam, yang juga bekas tok batin suku Temuan, dan dua anaknya tidak mempunyai locus standi (hak undang-undang) untuk menyaman kerajaan Selangor dan empat pihak lagi bagi deklarasi untuk menuntut kembali tanah Orang Asli.
Berikutan keputusan panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh, saman sivil Malam, 72, Dewi, 56, dan Jafrin, ditolak, lapor Mstar.
Read More / Baca Lagi >>

Isu pembalakan boleh selesai tanpa dalang hasut Orang Asli, sembang Mohd Amar

Posted: 19 Oct 2016 08:10 AM PDT

Amar berkata, kerajaan negeri masih meneliti rasional tindakan Orang Asli menghalang pengeluaran balak dari HSK Balah yang mungkin didalangi pihak tertentu kerana aktiviti pembalakan di kawasan itu berjalan lancar sejak 30 tahun lalu.
nik-amar
KOTA BHARU: Isu pembalakan berhampiran kawasan penempatan Orang Asli di Gua Musang dapat diselesaikan dengan baik, jika tiada dalang menghasut masyarakat itu, kata timbalan menteri besar Kelantan.
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerajaan negeri sedang meneliti beberapa laporan berkaitan isu itu, hasil perbincangan dengan beberapa agensi berkaitan, termasuk Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).
"Hasil penelitian mendapati wujud kekeliruan yang perlu diperbetulkan kerana kita dapati laporan awal yang diterima seperti kerajaan dipersalahkan. Ini tidak betul kerana kerajaan bertindak atas peraturan dan undang-undang yang ada, tanpa menafikan hak Orang Asli," katanya kepada pemberita hari ini.
Pada 3 Oktober lalu, kerajaan negeri mengeluarkan arahan menangguhkan aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Gua Musang selepas lebih 200 penduduk Orang Asli membuat sekatan menghalang laluan keluar masuk lori pengangkut balak di Kampung Petei, Pos Bering, di Gua Musang sejak 26 September lalu.
Kumpulan terbabit menggesa semua aktiviti pembalakan di HKS Balah berhampiran kawasan penempatan mereka dihentikan kerana mendakwa aktiviti itu merosakkan alam sekitar dan kepupusan hutan hingga menjejaskan mata pencarian mereka.
"Sekiranya berlaku pencemaran atau pengabaian, masyarakat Orang Asli di kawasan terbabit boleh mengemukakan masalah tersebut kepada kerajaan melalui Tok Batin dan Jakoa untuk diselesaikan," kata Mohd Amar.
Read More / Baca Lagi >>

Ahli Parlimen BN: Bajet pembangkang tidak realistik, hanya populis

Posted: 19 Oct 2016 08:07 AM PDT

Shamsul Anuar dan Irmohizam berkata, Belanjawan Alternatif tidak menyatakan secara teliti dari mana kerajaan hendak mendapatkan sumber pendapatannya.
johari-alternative-budget-gst-1
KUALA LUMPUR: Belanjawan Alternatif 2017 Pakatan Harapan tidak realistik dan hanya bersifat populis, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani.
Beliau berkata, cadangan pembangkang termasuk penambahbaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 'berkadar sifar' akan menyebabkan negara kehilangan sumber pendapatan dan berdepan krisis ekonomi.
"Senaraikan kepada saya pengganti kepada hasil GST, daripada mana mereka mahu mendapatkan kembali hasil yang sudah hilang itu," katanya di lobi Parlimen, hari ini.
Ahli Parlimen Titiwangsa itu berkata, cadangan menghapuskan GST akan menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan lebih RM30 bilion setahun.
Selain itu, katanya, cadangan menaikkan kadar gaji minimum RM1,000 kepada RM1,500 dan pemberian subsidi RM250 daripada kenaikan itu, turut akan membebankan kewangan negara.
Sementara itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, belanjawan itu hanya bersifat populis dan retorik.
Beliau berkata, pembentangan Belanjawan Alternatif itu tidak menyatakan secara teliti sumber pendapatan diperolehi.
"Seperti biasa, ia merupakan bajet populis sahaja, bajet yang hanya dibuat untuk menguar-uarkan, bagi membolehkan rakyat menerima mereka," katanya.
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, Belanjawan Alternatif itu hanya ingin 'menggula-gulakan' rakyat dengan falsafah yang cuba ditonjolkan, namun tidak menyatakan sumber pendapatan diperolehi.
Read More / Baca Lagi >>

SIAPAKAH PALING GEMBIRA bila dpt tahu dah dapat kutip puluh2 bilion ringgit itu !!!

Posted: 19 Oct 2016 07:46 AM PDT


TAHUKAH ANDA KERAjaan Najib dah kutip GST RM57,270,000,000 (RM57.27 bilion)..

Itu blom masuk lagi kutipan cukai dari cukai2 judi, arak, minyak sawit, kayu balak, bauksit, PTPTN etc....

Ke mana agihnya kutipan puluhan bilion itu ??!!

Bila di depan rakyat punyalah nasihat rakyat jangan boros berbelanja...

Posted: 19 Oct 2016 07:43 AM PDT

TETAPI diri sendiri boros sampai puluhan jutaan ringgit apa cerita !!!

Gila ke apa.. SURIRUMAH TAK BERGAJI tetapi beli bag, bershopping sampai RM24 juta !!

Masing2 nak tonjolkan ketuanan melayunya yg cuba pertahankan kepala besar samseng mereka..

Posted: 19 Oct 2016 07:40 AM PDT


Ratus jutaan ringgit lesap kat kementerian, rakyat pulak yg jadi mangsa bayat GST..

Posted: 19 Oct 2016 07:38 AM PDT

Mentang2lah dah kutip cukai GST sampai RM57.27 bilion, nak mintak plok RM500,000,000 (500 juta) !!!

Kes songlap RM100 juta kat #KBS tu apa cerita !!!

Pakatan Rela Bajet 2017 Diciplak BN

Posted: 19 Oct 2016 06:06 AM PDT

Shafie Apdal Sedia Semeja Parti Mahu Tumbangkan BN Di Sabah

Posted: 19 Oct 2016 05:42 AM PDT

Sanusi Junid BUKA CERITA Mahathir Penjarakan Ramai Pembangkang

Posted: 19 Oct 2016 05:41 AM PDT

PUTAR BELIT NAJIB!! 50 Billion Itu Hutang Syarikat 1MDB,Bukan Hutang Kerajaan

Posted: 19 Oct 2016 05:40 AM PDT

Pakatan Harap Bajet 2017 Terakhir Dari Najib

Posted: 19 Oct 2016 05:36 AM PDT

Belanjawan Alternatif Pakatan cadang potong separuh peruntukan Perdana Menteri

Posted: 19 Oct 2016 05:35 AM PDT


KUALA LUMPUR, 19 OKT: Pakatan Harapan melancarkan Belanjawan Alternatif 2017, dua hari lebih awal sebelum kerajaan membentangkannya di Parlimen Jumaat nanti.
Belanjawan tersebut memfokuskan, antara lain, pengurangan peruntukan untuk Pejabat Perdana Menteri sebanyak RM10 bilion, daripada RM20.31 bilion bagi tahun 2016, selain berhasrat menghapuskan ketirisan akibat rasuah.
cvhhmrowaaarxzgMenurut dokumen Belanjawan setebal 40 muka surat itu juga, gabungan politik DAP, PKR dan Amanah itu menjangkakan pembanterasan korupsi dan sistem anti rasuah akan dapat menjana penjimatan sehingga 20% untuk satu tahun fiskal.
Lebih menarik lagi, Pakatan Harapan turut mengemukakan sebelas cadangan dasar yang diinspirasikan daripada maqasid syariah, yang menjadi sandaran perjuangan pertumbuhan sosio-ekonomi Pakatan demi ekonomi yang adil untuk semua.
Sebelas dasar ini mencakupi aspek peluang pekerjaan dan keusahawanan, kenaikan gaji, kawalan pekerja asing, urustadbir yang baik serta daya melawan rasuah, pembangunan Sabah dan Sarawak, pengangkutan awam, serta isu-isu perumahan dan kesihatan.
"Belanjawan Pakatan Harapan mengutamakan kebajikan rakyat dengan menguruskan kos-kos sara hidup dan meningkatkan pendapatan orang ramai," ujar Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming kepada Roketkini.
Belanjawan tersebut diusahakan secara bersama antara beliau, Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya Wong Chen dan juga Dr Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi Amanah.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bakal membentangkan Belanjawan 2017 pada hari Jumaat ini di Parlimen.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet HARAPAN tawar gaji RM1,500, GST berkadar 'sifar'

Posted: 19 Oct 2016 05:32 AM PDT

Pakatan Harapan hari ini melancarkan bajet alternatif yang mengenengahkan antaranya potongan peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM), menangani rasuah, mengurangkan pergantungan kepada cukai barangan dan perkhidmatan serta peluang yang sama untuk semua rakyat Malaysia.
Bajet yang kali pertama disediakan oleh Pakatan Harapan itu diumumkan dua hari sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan Bajet 2017 di Parlimen pada Jumaat ini.
Bajet alternatif oleh PKR, DAP dan AMANAH itu mencadangkan pengurangan sebanyak RM10 bilion dalam peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri dari RM20.31 bilion pada 2016 kepada RM10.31 bilion.
Sementara itu, pakatan itu turut mencadangkan kewujudan Akta Peluang Pekerjaan Saksama yang akan memberi kuasa kepada suruhanjaya untuk menghukum sebarang perbuatan diskriminasi di tempat kerja berdasarkan bangsa, agama atau jantina.
Gaji minimum juga meningkat kepada RM1,500, satu langkah yang menelan belanja sehingga RM4.98 bilion.
Kerajaan juga, cadang Pakatan Harapan, harus membahagikan kos ini sama rata dengan sektor swasta menerusi pemberian separuh subsidi daripada kenaikan.
Pada masa yang sama, pakatan itu turut mencadangkan penambah baikan GST 'berkadar sifar'.

Leka RUU 355 hingga lupa masalah rakyat, kata Raja Bahrin

Posted: 19 Oct 2016 05:28 AM PDT

Beliau melahirkan kekesalan kerana tidak banyak tumpuan diberi kepada keperluan segera rakyat.
raja-kamarul
KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) dan beberapa isu besar lain menyebabkan ramai pemimpin di Terengganu terlupa dengan masalah harian rakyat.
Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad berkata, terlalu banyak tenaga ditumpukan pada polemik dan isu-isu besar berbanding masalah dihadapi rakyat.
"Saya rasa sekarang ini terlalu banyak tumpuan tentang isu yang mungkin tidak memberi tumpuan kepada keperluan segera rakyat.
"Ekonomi sekarang ini lembap, disebabkan GST (cukai barang dan perkhidmatan), kejatuhan wang lagi. Pantai Timur, khususnya Terengganu tidak dinamik seperti Lembah Klang.
"Apa-apa yang dirasai Lembah Klang, kalau rasa teruk, di Terengganu lagi teruk dan bertambah berat," katanya kepada FMT.
Tinjauan yang dilakukan FMT mendapati rata-rata rakyat Terengganu mengeluh kerana terpaksa berdepan dengan masalah ekonomi yang lembap.
Malah, di ibu negeri yang pernah sibuk satu masa dulu, premis perniagaan melaporkan keuntungan semakin merosot, dengan beberapa pusat membeli-belah dilihat lengang.
Begitu juga Pasar Payang yang seperti dilanggar garuda, tidak bersesak-sesak seperti sebelum ini.
Buah duku Terengganu yang selama ini menjadi tarikan utama pada musim buah-buahan juga seolah-olah tiada harga kali ini.
Jelas Raja Bahrin lagi, rakyat Terengganu yang bekerja sendiri turut menghadapi masalah ekoran kekurangan pendapatan.
"Rakyat yang mencari pendapatan harian menghadapi masalah, mereka nak bayar sewa juga terdesak. Seharusnya, masalah mereka lebih banyak diberikan tumpuan.
Read More / Baca Lagi >>

MO1 TAK MAHU PULANGKAN JUGAK KE??

Posted: 19 Oct 2016 04:31 AM PDT

Antara pihak yang turut dikaitkan pernah menerima dana 1MDB yang dilencongkan ialah pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio melalui yayasan miliknya, Lepnardo DiCaprio Foundation.

Dalam reaksi melalui wakilnya mengenai siasatan pelbagai negara berkaitan penggubahan wang haram terhadap syarikat pelaburan paling bermasalah yang ditubuhkan oleh Najib Razak, pemenang Oscar itu menyatakan beliau akan memulangkan wang yang pernah diterimanya jika ia didapati berpunca daripada 1MDB.

Kata wakil itu lagi, mereka kini sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa AS untuk menentukan sama ada wang tersebut datangnya daripada sumber-sumber yang boleh dipersoalkan dan jika ya, pemulangan akan dilakukan secepat mungkin.
Nampak jugalah bagusnya DiCaprio ini!!

Nama Malaysian Official 1 yang kemudian disahkan oleh Abdul Rahman Dahlan sebagai Najib turut disebut dalam kertas mahkamah Jabatan Kehakiman AS dengan didakwa menerima secara keseluruhan  wang AS$731 juta atau hampir RM3,000 juta yang dipercayai berpunca daripada 1MDB melalui akaun peribadinya.

Pernah kita dengar Malaysian Official 1 berkata mahu memulangkan wang tersebut jika ia juga berpunca daripada 1MDB?

Walaupun bukan beragama Islam, suka berhibur dan selalu minum arak, tindakan Dicaprio sekurang-kurangnya harus diberi pujian kerana masih kenal antara wang halal dengan wang haram.

Tidak teringinkah Malaysian Official 1  mahu mengeluarkan kenyataan yang sama seperti DiCaprio?

Muhyiddin: Mengapa tak boleh bincang DOJ di Parlimen?

Posted: 19 Oct 2016 04:25 AM PDT

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang melarang soalan berhunung saman Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan dana 1MDB.
Menurut Pandikar, soalan berkenaan tidak boleh diajukan kerana ia adalah subudis, tetapi Muhyiddin tidak sepenuhnya yakin.
"Terdapat ramai orang di luar sana bercakap mengenainya (DOJ) setiap hari.
"Saya bercakap pada forum-forum dan menjelaskan kepada rakyat tentangnya dan keperluan pihak yang berkenaan berdepan dengan tindakan undang-undang kerana ia adalah skandal yang sangat serius.
"(Jadi) bagaimana mungkin ahli-ahli parlimen tidak dibenarkan untuk membincangkan perkara ini?" soal Muhyiddin ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Menurutnya, beliau memahami bahawa keputusan Pandikar adalah muktamad, tetapi memohon speaker untuk mempertimbangkan keputusan berkenaan semula.

'Di luar orang bercakap isu DOJ, Speaker pula larang MP ' - Muhyiddin

Posted: 19 Oct 2016 04:19 AM PDT

PAS sangkal Amanah, ekonomi Terengganu tak berkait RUU Hadi

Posted: 19 Oct 2016 02:34 AM PDT

Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata isu ekonomi rakyat tidak pernah diabaikan, malah ia sering dibangkitkan di DUN.
saiful-bahri_law_pas
PETALING JAYA: Kelembapan ekonomi Terengganu tidak berkaitan langsung dengan kempen Rang Undang-undang (RUU) pindaan Akta Mahkamah Syariah bidang kuasa jenayah (RUU 355), kata Saiful Bahri Mamat.
Pesuruhjaya PAS Terengganu itu berkata tuduhan pemimpin Amanah negeri kononnya PAS terlalu sibuk memperjuangkan RUU itu dan mengabaikan hak rakyat dalam membangunkan ekonomi negeri, amat tidak masuk akal.
"Apakah kaitan kelembapan ekonomi negeri dengan RUU? Tuduhan pemimpin Amanah itu tidak masuk akal.
"Kita tak pernah dengar pun wakil rakyat Amanah bercakap dalam dewan (DUN) mengenai isu pembaziran, pendidikan, pembangunan negeri. Saya lihat wakil rakyat PAS yang banyak berjuang isu rakyat di Terengganu," katanya kepada FMT.
Terdahulu, Amanah Terengganu menyarankan PAS menumpukan soal ekonomi rakyat, bukannya sibuk berkempen menyokong RUU yang dibentangkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.
"Sepatutnya masa ini kita berusaha jatuhkan kerajaan pusat untuk pulihkan ekonomi negara, tetapi PAS sibuk kempen sokong RUU," kata pemimpin Amanah Terengganu, Mohd Zubir Mohamad.
Read More / Baca Lagi >>

Matlamat Warisan dapatkan autonomi rakyat Sabah, kata Shafie

Posted: 19 Oct 2016 02:11 AM PDT

Presidennya berkata parti itu akan mengutamakan autonomi untuk rakyat Sabah kerana itu yang rakyat mahukan, iaitu perubahan.
shafie-afdal
KUALA LUMPUR: Autonomi untuk rakyat Sabah menjadi tumpuan utama Parti Warisan Sabah (Warisan), kata Datuk Seri Shafie Apdal.
Presiden Warisan itu berkata pembangunan di Sabah di bawah pentadbiran BN pada masa ini jelas tidak seimbang.
"Sudah tentu (akan utamakan autonomi untuk rakyat Sabah). Itu apa yang rakyat Sabah mahukan, iaitu perubahan.
"Ketika ini pembangunan tidak seimbang. Ada sekolah yang masih guna kayu, tidak ada akses Internet," katanya ketika ditemui di Dewan Rakyat, hari ini.
Pada 17 Oktober lalu Warisan ditubuhkan dan Shafie bertekad untuk menyatupadukan semua kaum di negeri itu.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata situasi kini menunjukkan rakyat Sabah terutama di kawasan Parlimennya sukar melakukan rutin harian.
"Saya berada dalam kerajaan selama 30 tahun. Saya tahu apa yang berlaku, keluar dan masuk. Nak tangkap ikan di Semporna pun kita (rakyat) kena minta lesen di Kuala Lumpur," katanya.
Pada 4 Julai, Shafie yang merupakan bekas naib presiden Umno mengumumkan keluar parti Melayu itu selepas keahliannya digantung pada 24 Jun kerana dituduh bersekongkol dengan pembangkang.
Shafie bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada Kabinet tahun lalu selepas mereka mempersoalkan hutang ditanggung 1MDB.
Beliau sebelum ini enggan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang ditubuhkan Muhyiddin dan dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Parti Warisan Sabah tolak RUU Akta 355

Posted: 19 Oct 2016 02:10 AM PDT

KUALA LUMPUR - Parti Warisan Sabah (Warisan) mengambil pendirian untuk tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) yang dibentangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.
Presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, pendirian parti itu adalah sama seperti pendirian ahli Parlimen dari negeri Sarawak untuk menolak RUU355 berkenaan.
"Pendirian kita (Warisan) berhubung perkara itu sama seperti Sarawak.
Shafie Apdal "Saya tak akan undi kerana apa yang lebih penting adalah kepentingan rakyat di negeri Sabah," katanya ketika ditemui wartawan di lobi Parlimen, hari ini.
Sebelum ini, 25 Ahli Parlimen dari Sarawak sebulat suara bersetuju untuk menolak RUU 355 yang dibawa oleh Abdul Hadi.
Bacaan kedua bagi RUU Persendirian itu dijangka bakal berlaku dalam sidang Dewan Rakyat kali ini selepas Abdul Hadi  berjaya membawanya untuk bacaan pertama, Mei lalu.
Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa mahkamah syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara tiga tahun, denda RM5,000, enam kali sebatan syarie.
Difahamkan, pindaan akta itu hanya memerlukan majoriti mudah dan tidak perlu mendapatkan sokongan dua per tiga dewan.
Dalam perkembangan lain, ketika ditanya mengenai kerjasama dengan parti lain di Sarawak, Shafie memaklumkan bahawa buat masa ini, pihaknya hanya menumpukan untuk menyatukan rakyat di Sabah terlebih dahulu.
"Alhamdulilah, ramai yang berminat dengan parti baru ini. Tak baik kita cakap besar yang penting 'outcome' kepada rakyat.
"Walaupun orang cakap kita parti kecil, parti baru but it's ok kerana kita yakin rakyat boleh nilai mana satu landasan dan pimpinan yang dia inginkan,"katanya.
Selain itu, Shafie berkata beliau turut mahukan autonomi bagi rakyat di negeri Sabah yang menginginkan perubahan berikutan pembangunan tak sekata di negeri tersebut.

11 dasar Belanjawan Alternatif 2017, Pakatan rela diciplak kerajaan

Posted: 19 Oct 2016 02:08 AM PDT


Datuk Seri Wan Azizah Ismail membentangkan belanjawan alternatif dari Pakatan Rakyat. Foto Malaysia Dateline oleh Wan Zahari SallehDatuk Seri Wan Azizah Ismail membentangkan belanjawan alternatif dari Pakatan Rakyat.
Pakatan Harapan (PH) membentangkan 11 cadangan dasar dalam Belanjawan Alternatif Malaysia 2017 bertemakan Pakatan Harapan Menentukan Masa Hadapan yang dilancarkan hari ini.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, PH rela cadangan itu diciplak oleh kerajaan BN dan segera diguna pakai demi kepentingan rakyat dan negara.
"Tiada masalah jika kerajaan mahu menggunakannya, kami sedia membantu tapi minta diberikan kredit juga kepada pihak kami. Kalau hadis pun ada perawinya, berikanlah sedikit penghargaan kepada kami," katanya dalam sidang media pelancaran belanjawan tersebut di bangunan parlimen hari ini.
Sebelas cadangan dalam belanjawan itu berlandaskan prinsip-prinsip keadilan sosial yang diterima pakai oleh semua agama dan dililhamkan oleh ciri-ciri kesederhanaan yang didukung berasaskan maqasid as-syariah.
Bagi golongan pekerja, PH berhasrat mewujudkan peluang sama rata dalam pekerjaan dan keusahawanan; meningkatkan upah, serta mengurangkan pekerja asing dan melebihkan pendapatan rakyat.
PH juga mahu melaksanakan urus tadbir yang baik dengan membaik pulih prosedur kerajaan bagi pelaporan fiskal dan meningkatkan pencegahan rasuah, jimat dan mudah.
Bagi Sabah, Sarawak, dan pembangunan luar bandar pula, PH mencadangkan pendekatan serampang tiga mata bagi merapatkan jurang ketidaksamaan di dua negeri itu.
Selain itu, PH juga mahu menyemarakkan industri beras dengan mewujudkan semula Lembaga Padi dan Beras Negara (Bernas) dan menyediakan ikatan perkhidmatan untuk membantu para petani memaksimumkan keuntungan jualan menuai.
Ahli parlimen PH dan pimpinan utama turut hadir.Ahli parlimen PH dan pimpinan utama turut hadir.Pakatan Harapan juga mencadangkan dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) digunakan bagi merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan luar bandar melalui konkrit yang lebih banyak langkah jangka panjang seperti penyediaan liputan telekomunikasi yang lebih baik, internet komuniti dan pusat-pusat pembelajaran.
Selain itu juga, Belanjawan Alternatif itu juga menawarkan pengangkutan awam bandar yang lebih baik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas dan bangunan pencakar langit.
Bagi perumahan awam pula, PH menyokong dasar perumahan awam yang menjurus ke arah mereka yang miskin menjadi pemilik rumah, bukan sebagai penyewa semata-mata.
PH berpandangan, harga perumahan boleh dikawal jika kerajaan negeri mengekalkan kawalan atas pembangunan dan pengurusan perumahan awam.
Berkaitan kesihatan pula, PH akan memastikan kemampanan tenaga kerja dengan menangani kekurangan dalam penempatan housemanship selain mencadangkan hospital swasta membuka tempat untuk pelatih bidang kesihatan.

MP Pokok Sena sifatkan kerajaan Najib dah jadi kerajaan kongsi gelap

Posted: 19 Oct 2016 02:06 AM PDT

Datuk Mahfuz Omar
Kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib bahawa ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST adalah suatu yang sangat lucu dan memalukan.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Haji Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan mencukai rakyat dengan GST untuk memajukan negara menunjukan Najib menjadi PM yang tak perlu pakai otak untuk fikir bagaimana menjana kewangan dan menambah pendapatan negara selain dari menjadi penyeluk saku (pick pocket) rakyat.
"Kenyataan Najib tidak langsung bersifat 'pro rakyat'tetapi sebaliknya bersifat 'peras rakyat'.
"Najib dan kerajaan cuba untuk menakutkan rakyatkan kononnya ekonomi negara akan lumpuh tanpa GST," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Cukai GST katanya, bukan sekadar mekanisma untuk menghalang peniaga peniaga lari dari bayar cukai tetapi GST juga adalah cukai yang bertujuan untuk mengenakan cukai ke atas setiap rakyat yang tak layak dicukaikan.
"Kenyataan Najib sekadar untuk menghalalkan tindakan kerajaan mengenakan GST yang merupakan langkah 'memeras rakyat' untuk menampung perbelanjaan negara.
"Tak ada idea yang tidak membebankan rakyat.
"Najib dan kerajaan Umno-Bn dah jadi macam kumpulan kongsi gelap yang memeras rakyat dengan wang perlindungan (protection money)," katanya.
Beliau mengingatkan Najib dan rakyat, ekonomi negara akan lumpuh dan runtuh dengan rasuah, penyelewengan, pembaziran, salah guna kuasa dan salah urus dari pemimpin negara yang tidak amanah dan tidak berintegriti.
"Rakyat terpaksa *menanggung beban GST untuk kebodohan dan kejahatan Najib dan Umno-Bn memerintah negara.
"Apa tidaknya kalau pembaziran pentadbiran negara yang bertujuan untuk merompak wang rakyat.
"Dah ada EPU di tubuhnya PEMANDU, dah ada MARA dibuatnya TERAJU, dah ada Syarikat Perumahan Negara (SPN) ditubuh pula PR1MA. dah ada JPJ dibuatnya SPAD, dah ada KHAZANAH ditubuhnya 1MDB untuk curi wang rakyat.
"Siapa yang bayar gaji?..Rakyat yg bayar!" katanya.
Beliau berkata nilai harga keborosan, kebodohan, kezaliman, kerakusan dan kejahatan Najib bersama Umno-Bn dalam menguruskan negara terpaksa ditanggung oleh rakyat.
"Mentadbir negara dengan dwi agensi merupakan satu pembaziran yang tidak boleh dimaafkan," katanya.

Belanjawan PAKATAN 2017: Najib digesa letak jawatan Menteri Kewangan

Posted: 19 Oct 2016 02:06 AM PDT

Permintaan pertama Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan (PAKATAN) 2017 ialah menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata PAKATAN berharap ini merupakan belanjawan terakhir Najib sebagai Menteri Kewangan.
Katanya Najib perlu memberikan laluan kepada orang yang lebih arif, cerdik berkaitan dengan kewangan untuk mentadbir negara.

"Skandal 1Malaysian Development Berhad (1MDB) jelas menunjukkan kegagalan Perdana Menteri dalam mentadbir urus kewangan dana pelaburan ini apatah lagi dana negara.
"Jarang berlaku, seorang Perdana Menteri yang juga berperanan sebagai seorang Menteri Kewangan," kata Wan Azizah.
Beliau berkata demikian semasa membentangkan Belanjawan Alternatif Malaysia 2017 bertemakan 'Pakatan Harapan Menentukan Masa Hadapan' di Bilik Jawatankuasa 2, di Parlimen, hari ini.
Wan Azizah berkata dunia mengetahui identiti MO1 dan kedudukan Najib Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan terus menghampakan keyakinan pelabur domestik dan juga antarabangsa.
"Identiti MO1 disahkan sebagai YAB Pekan dalam wawancara oleh YB Kota Belud bersama BBC pada 1 September 2016 yang lalu.
"Penjelasan YB Kota Belud yang mengukuhkan kedudukan YAB Pekan sebagai MO1 sekaligus merangkap Menteri Kewangan telah turut menurunkan tahap ekonomi negara kita ke paras yang lebih rendah," katanya.

Comments (0)