Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:49 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hanipa pertahan kenyataan GST Hadi di Parlimen dimanipulasi TV3/4....

Posted: 18 Oct 2016 09:19 PM PDT


Petikan ucapan Hadi berkaitan GST ketika berucap  di Parlimen didakwa dimanipulasi TV3.Petikan ucapan Hadi berkaitan GST ketika berucap di Parlimen didakwa dimanipulasi TV3.
Walaupun tidak lagi sehaluan dan berbeza parti, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin tetap mempertahankan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabilanya ucapannya di Dewan Rakyat dimanipulasi TV3.
Hanipa yang merupakan bekas ahli jawatankuasa Pas Pusat menafikan laporan berita TV3 bahawa Abdul Hadi menyokong Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebaliknya mendakwa agensi berita tersebut memanipulasi ucapan presiden Pas itu.

Mohamed Hanipa MaidinMohamed Hanipa MaidinBeliau turut mendakwa stesen televisyen pro kerajaan itu tidak mengamalkan pemberitaan yang bertanggungjawab.

"Saya sedang menonton Buletin Utama TV3 dan sebentar tadi TV3  'twisted 'ucapan Yb Marang kononnya beliau sokong GST.

"To be fair to Yb Marang keseluruhan ucapan beliau tidaklah menyokong GST meskipun dalam muqadimmah ucapan beliau ,dia ada menyatakan bahawa tidak dinafikan GST adalah mekanisme yang berkesan untuk kutip cukai dan selesaikan masalah orang tak bayar cukai tapi,TV3, in practising irresponsible journalism ,hanya ambil bahagian tu sahaja dan tidak siar keseluruhan ucapan YB Marang dan siarkan di Buletin Utama kononnya Yb Marang sokong GST.
"Saya ada di dewan masa Yb Marang berucap," tulisnya di facebook malam tadi.
Hanipa yang pernah pengsan ketika sesi perbahasan Dewan Rakyat April lalu dan mendapat rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur akibat pendarahan otak kembali ke sesi parlimen kali ini.
Beliau yang menjalani pembedahan di bahagian kepala sudah semakin sihat namun masih perlu menjalani rawatan fisioterapi.

Dr M: Bajet 2017 tidak bermakna, Putrajaya tidak ada wang

Posted: 18 Oct 2016 09:13 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, Jumaat ini, dengan pemerhati politik tertanya-tanya sama ada ini adalah belanjawan pilihan raya memandangkan spekulasi bertiup kencang bahawa pilihan raya mengejut semakin hampir.
Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan bajet akan datang, pelan fiskal kewangan kelapan di bawah Najib sebagai tidak bermakna, memandangkan tabung kerajaan kini menghadapi kemarau kewangan.
"Tidak dinafikan sejumlah besar wang akan diperuntukkan kepada kementerian dan agensi-agensi kerajaan. Parlimen pasti akan meluluskan bajet itu kerana ia adalah bajet yang dibentangkan oleh pihak kerajaan yang mempunyai majoriti di Parlimen.
"Tetapi rakyat tahu bahawa kerajaan tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan. Mereka tahu sejak dua tahun lalu, kementerian telah diberitahu bahawa tidak ada wang dan oleh itu mereka perlu membelanjakan kurang daripada apa yang diperuntukkan.
"Bajet itu sebenarnya tidak bermakna kerana kerajaan tahu ia tidak mempunyai wang," katanya dalam blog post pagi ini.
Mahathir mendakwa kerajaan kekurangan dana kerana kewangan negara tidak digunakan untuk tadbir urus yang baik, pembangunan dan kesejahteraan rakyat.
Wang yang ada, katanya, sedang digunakan untuk memenangi populariti bagi perdana menteri sebaliknya.
Beliau mendakwa kerajaan tidak membelanjakan wang untuk rakyat, tetapi sebaliknya, untuk meningkatkan populariti Najib.

Pas Terengganu positif RUU 355 akan dibentang sesi kali ini

Posted: 18 Oct 2016 08:45 PM PDT


KUALA TERENGGANU - Pas Terengganu tetap positif walaupun Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Akta 355 berada di kedudukan ketujuh dalam kertas aturan urusan mesyuarat Parlimen pada hari kedua semalam.
Pengerusi Lajnah Dakwah Pas Terengganu, Azman Shapawi Abd Rani yakin bacaan kali kedua RUU akan berjaya diadakan pada sesi Dewan Rakyat kali ini.
"Saya rasa (perubahan berlaku) dari sudut teknikal sama ada berada di awal atau akhir, ia mengikut budi bicara Speaker tetapi keyakinan saya ia akan dapat dibentangkan pada sesi ini.
"Kepada ahli serta penyokong jangan kesal dan jangan kecewa. Insya ALLAH akan dibentangkan kali ini," katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Sinar Online melaporkan bahawa RUU yang akan dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah ditolak ke bawah dalam kertas aturan urusan mesyuarat Parlimen pada hari kedua sidang Dewan Rakyat, semalam.
Terdahulu pada hari pertama, kelmarin, usul itu tidak sempat dibahaskan memandangkan ia tersenarai pada kedudukan keempat aturan mesyuarat dan semalam pula ia jatuh ke nombor tujuh.
Difahamkan, usul pindaan akta ini diturunkan untuk memberi laluan terlebih dahulu kepada usul yang akan dibawa kerajaan.
Mengulas lanjut, Azman Shapawi menganggap tindakan tersebut bukan bermakna RUU dipermain-mainkan sebagaimana tanggapan segelintir pihak.
Read More / Baca Lagi >>

TV3 manipulasi kenyataan Abdul Hadi mengenai GST - Pemuda Pas

Posted: 18 Oct 2016 08:42 PM PDT

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak pernah mengeluarkan kenyataan GST terbukti berkesan di Dewan Rakyat seperti laporan stesen televisyen, TV3.
Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Ir. Khairil Nizam Khirudin mengutuk sekeras-kerasnya tindakan TV3 yang didakwa memfitnah Abdul Hadi melalui berita bertajuk GST: Terbukti Berkesan - Presiden Pas yang disiarkan dalam Buletin Utama semalam
Menurutnya, dalam sesi soal jawab lisan di Parlimen semalam, Presiden Pas yang juga Ahli Parlimen Marang bertanya soalan kepada Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani mengenai sama ada kerajaan mahu membatalkan GST.
Ir. Khairil Nizam Khirudin"Setelah soalan asal tersebut dijawab oleh menteri, Presiden Pas bangun mengemukakan soalan tambahan dengan berkata; "Tan Sri yang diPertua, soalan tambahan saya, GST merupakan percukaian murah oleh kerajaan, khusus terhadap mereka yang melarikan diri daripada cukai, cara yang berkesan tanpa dinafikan.
"Namun pun di sana ada impak Yang Berhormat sebut, dan kesan negatifnya ialah inflasi yang menjadi bebanan kepada rakyat awam, khususnya dalam barang-barang yang disebutkan tadi, masih ada sungutan-sungutan nilai mata wang, ini juga membebankan pelajar kita di luar negara, yang ke luar negara, sungutan itu banyak, sejauh mana langkah-langkah Kerajaan dan penilaian terhadap keberkesanan daripada langkah-langkah itu dan adakah Kerajaan berfikir untuk mengadakan alternatif yang lain sekiranya ada? Terima kasih."
Read More / Baca Lagi >>

RUU 355: PKR harap Pas Perak berhenti bercakap secara bodoh, biadap

Posted: 18 Oct 2016 08:39 PM PDT


Razman ZakariaRazman ZakariaUsul RUU Akta 355 yang 'ditolak' daripada kedudukan keempat aturan mesyuarat kepada nombor tujuh semalam dilihat turut mengundang polemik dalam kalangan pemimpin di peringkat negeri.
Pengarah Komunikasi PKR Pahang, dalam satu kenyataan menempelak dakwaan Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria yang dianggap bodoh dan biadap.
Reaksi berkenaan ekoran Razman dalam catatan di Facebook berpendapat Amanah, PKR dan DAP paling gembira jika RUU 355 yang ingin dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditolak.
"Saya harap Razman berhenti dari bercakap secara bodoh dan biadap seperti itu.
"Kenyataannya itu menjelaskan lagi bahawa ketakutan kamu kepada bayang-bayang sendiri dan menunjukkan kamu juga tidak yakin bahawa RUU 355 itu berjaya," tegasnya.
Beliau turut mempersoal tanggapan buruk Razman itu yang disifatkan bercanggah dengan akhlak Islam.
"Bagaimana beliau boleh menyatakan PKR gembira sekiranya RUU Akta 355 itu ditolak?
"Apakah beliau tahu apa pendirian PKR dalam hal ini sedangkan sehingga kini RUU Akta 355 itu tidak dibaca malah dibahas pun lagi?
"Mengapa tersarangnya perangai buruk, syak wasangka dan busuk hati Razman? Inikah akhlak Islam yang kamu ingin tunjukkan?" bidasnya.
Selain itu, sikap pemimpin Pas nombor satu Perak tersebut yang tidak 'menyerang' Umno di sebalik giliran usul pindaan RUU yang ditolak ke bawah itu juga turut dibangkitkan.
Read More / Baca Lagi >>

Satu logo Pakatan Harapan: DAP tidak yakin Pendaftar Pertubuhan bagi kelulusan

Posted: 18 Oct 2016 08:38 PM PDT


Datuk Ngeh Koo HamDatuk Ngeh Koo HamDAP berpendirian Pakatan Harapan harus mengunakan satu logo untuk menarik sokongan pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 namun ia bergantung kepada kesediakan parti gabungan dan kelulusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Timbalan Setiausaha Agung DAP Datuk Ngeh Koo Ham berkata, secara teorinya ia dilihat boleh dilakukan tetapi pada hakikatnya ia sukar dilaksanakan.
" Secara teori memang ia boleh dilakukan (satu logo) tetapi hakikatnya tidak boleh dibuat melainan RoS setuju Pakatan Harapan bergabung untuk pilihan raya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.
Beliau diminta mengulas tentang cadangan PKR menerusi kenyataan Naib Presidennya, Rafizi Ramli yang dipetik berkata parti-parti Pakatan Harapan (PKR,  DAP dan Amanah) memulakan perbincangan serius untuk menggunakan satu logo kerana jelas bahawa imej setiap parti (apabila berasingan) adalah berbeza dan menarik peratusan sokongan yang berbeza-beza.
Kenyataan Rafizi itu dibuat berdasarkan dapatan kajian terhadap pengundi baru yang menunjukkan 83 peratus pengundi muda dan pengundi kali pertama menolak BN.
Justeru Rafizi menyarankan agar Pakatan Harapan bersedia untuk mengunakan satu logo dalam menghadapi PRU14 untuk meraih undi bagi pengundi muda dan pengundi kali pertama itu.
Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas berkata, DAP mempunyai pengalaman bersama Pakatan Rakyat sebelum ini untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat tetapi ia gagal dilakukan berkemungkinan usaha ke arah penggunaan satu logo juga akan hadapi situasi sama.
"Dulupun kita cuba daftarkan Pakatan Rakyat kerana saya salah seorang penaja bersama 15 lagi yang lain tetapi gagal didaftarkan.
"Bagi DAP sendiri, sejak kita lakukan pindaan perlembagaan DAP sudah setahun RoS tidak luluskan.
"Jadi kita tidak yakin kalau nak buat satu logo kali ini dalam Pakatan Harapan, RoS akan luluskan," terangnya.
Selain Rafizi sebelum ini juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut mencadangkan semua parti pembangkang menggunakan satu nama, bendera dan logo rasmi dengan nama "Barisan Rakyat" bagi mengelakkan undi terpecah sekiranya berhadapan pertandingan satu lawan satu.
Ditanya sejauh mana kesediaan DAP sendiri untuk menerima parti Bersatu bekerjasama dalam Pakatan Harapan, Koo Ham berkata, ia masih lagi tidak dibincangkan bersama dengan Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Read More / Baca Lagi >>

NUTP desak Bajet 2017 tambah peruntukan selenggara sekolah

Posted: 18 Oct 2016 08:32 PM PDT

Presidennya berkata ada bangunan sekolah terjejas akibat faktor masa, misalnya yang memerlukan penyelenggaraan segera termasuk di Sabah dan Sarawak.
kamaruddin-bajet
KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berharap kerajaan dapat menambah peruntukan bagi menyelenggarakan bangunan sekolah di seluruh negara dalam Bajet 2017 demi keselesaan dan keselamatan guru dan pelajar.
Presidennya, Kamarozaman Abd Razak berkata ini sangat penting kerana terdapat bangunan sekolah terjejas akibat faktor masa, misalnya yang memerlukan penyelenggaraan segera termasuk di Sabah dan Sarawak.
"Kami mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah, kami dapati terdapat bangunan sekolah lama perlu diselenggarakan terutama sistem pendawaian bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti kebakaran.
"Di Sabah dan Sarawak, melalui perbincangan dan tinjauan kami, banyak bangunan sekolah lama memerlukan penambahbaikan," katanya.
Kamarozaman berkata ada juga sekolah terutama sekolah asrama harian dan asrama penuh yang menghadapi masalah bekalan air.
"Kami berpandangan walaupun kerajaan kini melaksanakan langkah penjimatan, namun dalam isu penyelenggaraan ia tidak boleh dikompromi.
"Ia memerlukan penyelesaian segera supaya tidak mengganggu gugat pelan pendidikan yang dirancang kementerian dan sesi pendidikan di sekolah," katanya.

Hadi kata GST paling berkesan tingkatkan ekonomi negara lapor Utusan

Posted: 18 Oct 2016 08:32 PM PDT


KUALA LUMPUR  – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan pada 1 April 2015 sebagai cara paling berkesan untuk meningkatkan ekonomi negara.
Justeru menurut Ahli Parlimen Marang itu, kerajaan perlu memastikan tiada peniaga yang boleh lari daripada membayar cukai berkenaan seperti yang berlaku ketika pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
"GST merupakan cara paling berkesan untuk meningkatkan ekonomi negara. Adakah kerajaan mempunyai kaedah untuk mengesan peniaga yang cuba lari daripada membayar cukai ini atau mungkin kerajaan ada alternatif lain bagi menggantikan GST," katanya ketika melontarkan soalan tambahan berkaitan GST kepada Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Menjawab soalan Abdul Hadi itu, Johari berkata, kerajaan tidak pernah bercadang memansuhkan GST kerana objektif pelaksanaan cukai itu adalah untuk menyusun semula sistem cukai kepenggunaan negara supaya menjadi lebih telus dan cekap kerana telah mengambil kira kedudukan semasa sosio ekonomi masyarakat.
Beliau memberitahu, dari Januari hingga Oktober ini Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengutip RM29.34 bilion GST iaitu meningkat sebanyak RM1.41 bilion berbanding sembilan bulan pelaksanaan cukai itu tahun lalu yang berjaya meraih RM27.93 bilion.
Katanya, walaupun kerajaan menetapkan kadar GST sebanyak enam peratus, namun jumlah barangan dan perkhidmatan yang efektif dikenakan cukai tersebut hanya pada kadar 3.6 peratus.
Read More / Baca Lagi >>

SELEPAS RUU 355 DARI NOMBOR 4 KE NOMBOR 7, UMNO PALING TERASA BAHANGNYA?

Posted: 18 Oct 2016 08:25 PM PDT

Sekali lagi tekanan adalah di atas bahu Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri dan pemimpin tertinggi UMNO yang lain.
Ini kerana UMNO  akan menyerahkan kepada Presidennya, Datuk Seri Najib Razak bagi menentukan sama ada parti Melayu itu akan menyokong usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965.
  
Hari ini, Dr Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa menentukan sama ada RUU itu akan dibahaskan atau tidak.
 "Kita serahkan sepenuhnya pada speaker," katanya.
"Kita serahkan kepada Perdana Menteri bagi menentukan, pada situasi yang telah ditentukan," katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen.
Pada 4 Jun lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata berkata RUU yang dibentangkan Presiden PAS sebelum ini dibuat atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya beliau  menerima arahan itu selepas melaporkan maklumat yang disampaikan oleh Speaker Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak membantah untuk usul Hadi itu dibahaskan.
Katanya, maklumat bertulis 'tiada bantahan' itu telah disampaikan kepada Speaker Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 
Satu laporan oleh PAS pada 14 Oktober lalu mengatakan RUU yang dikemukakan oleh PAS itu telah dimasukkan dalam senarai usul yang akan dibentangkan pada 4 November ini.

laporan blog hambali1.blogspot.my Sepytember lalu.
Usul itu  dijangka mencetuskan perdebatan hangat dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang berulang kali memberi jaminan bahawa usul pindaan tersebut tidak bertujuan melaksanakan hukum hudud.
Ia hanya mahu meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah dengan mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah kecuali hukuman mati.
Berikutan itu banyak pihak, termasuk komponen parti BN termasuk MCA, Gerakan, MIC dan beberapa parti di Sarawak dan Sabah menentang pindaan tersebut yang dikhuatiri akan membolehkan hukum hudud dilaksanakan.
Read More / Baca Lagi >>

Menteri UMNO kata harga barang boleh turun kerana GST...

Posted: 18 Oct 2016 07:35 PM PDT


Penyelamat Ekonomi Kerajaan Boros & Tiris...!!!

Posted: 18 Oct 2016 07:33 PM PDT

FAKTA Yang Perlu Rakyat Tahu TERUTAMA pemakan dedak...

GST system cukai yang digunapakai di kebanyakan negara. Negara lain bila GST diperkenalkan, kjaan di sana akan memastikan cukai sedia ada dikurang demi kesejahteraan rakyat.. berbeza di Malaysia.. cukai SST dimansuhkan, tapi DIGANTIKAN CUKAI sehingga rakyat terus dibebani dgn peningkatan kos sara hidup..

GST memberi pulangan kepada kerajaan tapi BUKAN kepada rakyat... malah janji hasil GST akan dikembalikan kepada rakyat tidak ditepati.. kerana kjaan memerlukan GST bagi menampung amalan KETIRISAN & KEBOROSAN yang memudaratkan negara.. dan rakyatnya..

Dari celik mata sampai nak mati SEMUA KENA GST !!!

Posted: 18 Oct 2016 07:29 PM PDT

Tak puas2 nak menyamun & menyangak duit rakyat oleh pemerintah yg zalim.

Halal Belaka....!!!

Posted: 18 Oct 2016 07:27 PM PDT


Halal Haram sama-sama bantai, janji rakyat dapat disuapkan #BR1M..

Boros, Tiris..
Rompak, Rasuah..
juga ikut syariat Islam juga ka..??!!

Banjir Kelantan: Lumpur sudah lama kering, rumah belum ada

Posted: 18 Oct 2016 07:26 PM PDT


img_2029
"Permohonan rumah dah buat dan sudah diberi kepada Penghulu kampung, tapi sehingga kini tak ada khabar"


img_2030
Antara barang-barang yang musnah akibat banjir

Di Gua Musang, kami dibawa menyelusuri Kampung Nerang yang pernah terjejas teruk akibat malapetaka yang menimpa.
Kami dihidangkan dengan pemandangan bangkai kereta diliputi semak hijau yang meliar, jalan tanah merah yang berlopak dan rumah-rumah yang musnah.
Ternyata dari penglihatan tersebut, 'kesedihan' yang berlalu dua tahun sudah masih mengisi ruang penduduk yang terselamat dan kembali menetap di kampung berkenaan setelah bah yang melanda mulai surut dan kering.
Meski terkadang terhimbau rasa pilu mengenangkan harta benda yang musnah dan ranap dibawa arus deras banjir, mereka masih mampu tersenyum, malah masih gagah dan tabah menjalani kehidupan seharian seperti biasa.
Noriah Binti Mamat, 51, seorang mangsa banjir yang sempat diziarahi pasukan kami memaklumkan bahawa beliau telah menetap di Kampung Nerang sejak 25 tahun lalu bersama-sama suami dan lapan orang anaknya, dengan empat darinya sudah bersekolah.
Namun, dinding dan atap yang sejak sekian lama menjadi tempat mereka berteduh bakal terpisah dari memori dan igauan yang pernah menghuni fikiran dan rasa mereka.
Tapak rumah yang mereka duduki kini adalah di atas tanah milik kerajaan negeri di bawah rizab sungai dan berkemungkinan besar akan dirobohkan pihak berkuasa pada bila-bila masa.
Malah, Noriah menceritakan bahawa pernah kawasan rumahnya disita oleh kerajaan negeri sewaktu keluarganya ingin memasuki semula dan membaiki rumah berkenaan selepas banjir mulai surut.
Lebih tambah memburukkan, keputusan bagi permohonan rumah kerajaan negeri dan pusat pula masih tak kunjung tiba.
"Permohonan rumah dah buat dan sudah diberi kepada Penghulu kampung, tapi sehingga kini tak ada khabar.
"Kali terakhir jumpa dengan Penghulu dua bulan yang lepas," ujarnya.
Dari suara halusnya, kami dapat menangkap rasa hiba yang cuba ditahan, tambahan pula keluarga jiran yang lain kebanyakkan sudah menerima rumah bantuan yang disediakan.
Kami meninggalkan rumah puan Noriah dengan pelbagai persoalan yang bermain di benak (namun tak menemui jawapan) dengan rasa yang tak tergambarkan.
Tiba-tiba segalanya menjadi perlahan dan semakin perlahan, meski kereta yang kami naiki terus meluncur membelah kehijauan.
Rumah di sebatang sungai, jambatan
img_1998
Siapa yang tidak tersentuh apabila melihat empat dinding dengan atap zink tanpa penghadang untuk membahagikan ruang tandas, ruang tamu, dan dapur dihuni dengan rasa syukur dan tidak meminta-minta oleh seorang mangsa banjir yang telah melalui segala kesukaran dan kesulitan.
Nasri Mohamed, 56, tinggal bersendirian di rumah sementara berkenaan hasil sumbangan sebuah Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Kampung Manek Urai Lama.
Tidak pernah berkahwin, beliau terpaksa mengharapkan bantuan daripada adik kandungnya, Hakimi untuk menyediakan keperluan asas dan sebagainya.
"Saya tak dapat bekerja dah, dulu saya kerja-kerja kampung sahaja, tolong-tolong orang, tapi sekarang sakit, akan dapatkan rawatan nanti di hospital," katanya tanpa menyatakan penyakit yang dihadapinya.
Read More / Baca Lagi >>

10 tahun berlaku, masih tiada keadilan selepas pembunuhan Altantuya, dakwa bapanya

Posted: 18 Oct 2016 07:21 PM PDT

Dr Shaariibuu Setev mengesyaki Mongolia, Malaysia dan Australia mahu mendiamkan kes sensitif politik seorang bekas anggota polis Malaysia yang disabit membunuh anak perempuannya satu dekad yang lalu dan kini di dalam tahanan imigresen di Sydney.
Setev adalah seorang profesor universiti pengajian filem di Ulaanbaatar, ibu negara Mongolia.
Anak perempuan sulungnya, Altantuya Shaariibuu, 28, seorang penterjemah dan ibu kepada dua anak lelaki, dibunuh pada 19-20 Oktober 2006 dan dua anggota polis Malaysia telah disabitkan melakukannya.
Dia ditembak dua kali di kepala sebelum diletupkan dengan bahan letupan C-4 dalam hutan di pinggir Kuala Lumpur. Motif jenayah itu dan sumber arahan kepada anggota polis itu masih tidak diketahui.
Pembunuhnya, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar adalah anggota unit polis komando elit yang menyediakan perkhidmatan pengawal peribadi kepada pemimpin utama Malaysia, termasuk Menteri Pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak, yang kini menjadi perdana menteri.
Sirul sedang ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney sejak 21 bulan yang lalu, selepas dia ditahan menggunakan visa pelancong yang tamat tempoh.
Pegawai kerajaan tidak membuat sebarang komen ketika ditanya sama ada ianya luar biasa bagi seseorang ditahan sekian atas kesalahan visa tamat tempoh. Atau adakah pegawai Australia mengaitkan - sekurang-kurangnya secara tidak terbuka - tahanan Sirul kepada satu sabitan pembunuhan dan hukuman mati yang dijatuhkan ke atasnya tanpa hadir di Malaysia tahun lepas.
Australia mempunyai dasar dalam Akta Migrasinya yang menghalang seseorang diekstradisi ke mana-mana negara di mana mereka akan menghadapi hukuman mati. Apabila ditanya jika polisi ini relevan dengan kes itu, tiada sebarang komen rasmi.
"Kerajaan Mongolia tidak berbuat apa-apa. Menteri kehakiman Mongolia kini melarikan diri dari saya. Jika dia nampak saya berjalan melalui pintu ini, dia keluar ikut pintu lain."
Ketika ditemui sebelum ini, seorang jurucakap menteri imigresen dan perlindungan sempadan, Peter Dutton, tidak memberikan sebarang komen mengenai dakwaan Setev itu.
Peguam Negara Persekutuan, George Brandis, yang pejabatnya mengendalikan hal ekstradisi, tidak respon kepada soalan sama yang dihantar kepadanya melalui kakitangannya.

Ugutuan bunuh ala IS: KPN perlu bertindak segera, kata Mat Sabu

Posted: 18 Oct 2016 07:18 PM PDT


(Dari kiri) Mohamad, Ambiga dan Maria Chin ketika sidang media diadakan semalam.(Dari kiri) Mohamad, Ambiga dan Maria Chin ketika sidang media diadakan semalam.Presiden parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak bersikap sambil lewa terhadap ugutan bunuh ala IS terhadap Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah.

Beliau berkata, ugutan bunuh tersebut jelas membahayakan dan menggambarkan pelakunya diresapi fahaman IS dan perlu dibendung dari awal.

"Kita menjunjung demokrasi berpelambagaan. Ugutan ini adalah satu perkara yang serius. Saya harap ketua polis negara jangan main-main lagi soal ini. Ini masalah keselamatan negara dan rakyat.

"Ini bukan soal parti politik, mana-mana NGO tapi soal keselamatan negara dan rakyat," katanya kepada pemberita di ibu pejabat polis (IPD) Petaling Jaya petang semalam.

Sebelum itu,Maria Chin, bekas pengerusi Bersih Datuk S Ambiga dan pegawai urus setia Bersih Mandeep Singh membuat laporan polis berhubung ancaman bunuh yang diterima melalui nombor telefon yang tidak dikenali.

Maria Chin membuat laporan tersebut kerana bimbang akan keselamatan keluarganya.

Menurut kenyataan Bersih, antara ancaman yang diterima oleh Maria berbunyi: "Demi Allah dan kesucian perjuangan Islam di Malaysia, kalau ko nak hilang kepala macam kat Syria, teruskan keje bodoh tu. Aku potong kepala ko aku rakam dan akan aku sebar dalam u tube...aku kenal sape ko, aku tau kat mana kau tinggal dan aku jugak tau sape family dan anak-anak ko...".

Read More / Baca Lagi >>

MELAYU PERLU UMNO ATAU UMNO PERLU MELAYU?

Posted: 18 Oct 2016 07:17 PM PDT

Masih ada yang bertanya, apa jadi kepada Melayu jika UMNO kalah pilihanraya dan hilang kuasa?
Masihkah orang Melayu terbela? tanya mereka lagi.
Apabila ditanya kembali, adakah mereka selama ini cukup dibela walaupun UMNO sudah berkuasa lebih 60 tahun lamanya, ramai antaranya jadi terdiam, malah mula keliru.
Mahu dikata tidak terbela, banyak sekali dasar membela Melayu sambil berdegar-degar mulut pemimpin UMNO yang mengatakan hidup dan perjuangan mereka adalah untuk membela Melayu semata-mata.
Mahu dikata cukup dibela, ramai antaranya kekal tidak punya apa-apa, malah masih mengharap bantuan BR1M jatuh ke riba. Saham bumiputera dan tanah rizab Melayu sudah lama hilang entah ke mana.
Kenapa masih ramai Melayu yang miskin dan jadi golongan peminta-minta sedangkan daripada Raja, yang tinggal di Seri Perdana, menteri, menteri besar, ketua setiausaha, malah boleh dikata hampir semuanya, adalah Melayu-Melayu belaka?
Siapa lagi yang harus kita salahkan, kalau bukan UMNO, sedangkan merekalah yang selama ini diberi mandat untuk membela?
Kalau seorang pengurus yang diberi kuasa untuk memajukan syarikat, tetapi selama bertahun-tahun masih gagal juga membawa keuntungan kepada syarikat dan pemegang saham, apakah yang harus kita lakukan kepadanya?
Namun, mengapa masih ada yang sayang untuk "memecat" UMNO sebagai pengurus bangsa daripada terus berkuasa sedangkan peluang sudah diberi selama lebih 60 tahun lamanya?
Apakah Melayu mahu terus berharap kepada UMNO untuk tahun-tahun seterusnya?
Rasa sentimental orang-orang Melayu kepada UMNO sebenarnya lebih kepada perjuangan kemerdekaan yang pernah dilakukannya. Ia seperti mengikat mereka untuk kekal bersama UMNO selama-lamanya.
Mengingati dan menghargai perjuangan UMNO dari segi menuntut kemerdekaan tidak ada salahnya, tapi UMNO juga harus diingati kerana kegagalannya memajukan bangsa sendiri selepas merdeka, meskipun sudah diberikan kuasa dan mandat yang lama untuk berbuat demikian.
Bukan UMNO tidak mampu memajukan bangsa sendiri, tetapi setiap kali pemimpinnya menjerit "Hidup Melayu", bermakna setiap kali itu jugalah kekayaan negara telah dilencongkan ke poket sendiri atau kroni melalui pelbagai cara, sementara rakyat biasa terus dibiarkan melopong dengan mulut ternganga.
Dengan gagal selama 60 tahun dan melalui UMNO juga, orang Melayu terus berpecah sehingga hari ini, parti itu kini tidak boleh lagi dianggap sebagai mewakili Melayu. Melayu dalam UMNO semakin mengecil sebenarnya.
Banyak parti lain yang kini mahu mengalahkan UMNO juga ada Melayu di dalamnya. Di dalam PKR ada Melayu, dalam Amanah ada Melayu, dalam DAP sudah ramai Melayu, dalam PAS juga Melayu dan dalam PPBM lagilah Melayu.
Dengan yang demikian, jika masih ada Melayu yang masih bimbang dengan nasib Melayu sekiranya UMNO kalah pilihanraya serta hilang kuasa, mereka seharusnya melihat dalam perspektif yang lebih luas dan terbuka.
Oleh kerana semua parti-parti tersebut ada Melayu di dalamnya dan mereka sedang bergandingan antara satu sama lain, mereka lebih menyeluruh sifatnya.
Read More / Baca Lagi >>

Leonardo DiCaprio sedia pulangkan balik wang yang dicuri dari 1MDB

Posted: 18 Oct 2016 07:16 PM PDT

Pelakon itu sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat bagi menyiasat sama ada wang tersebut datang dari sumber yang boleh dipersoalkan.
DiCaprio-foundation
NEW YORK: Sebuah yayasan diterajui bintang Hollywood Leonardo DiCaprio berkata ia akan memulangkan balik sumbangan dan hadiah kepadanya sekiranya ia didapati berasal daripada 1MDB, menurut jurucakap.
Dalam reaksi pertama beliau mengenai siasatan antarabangsa terhadap syarikat milik kerajaan Malaysia itu, DiCaprio berkata beliau sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat bagi menyiasat sama ada wang tersebut datang dari sumber yang boleh dipersoalkan, menurut kenyataan itu.
Julai lalu, saman sivil di AS oleh Jabatan Kehakiman menuduh sebuah syarikat penerbitan Hollywood menggunakan AS$100 juta daripada dana 1MDB bagi membiayai filem dibintangi DiCaprio, "The Wolf of Wall Street".
Kenyataan wakil DiCaprio semalam berkata beliau mendapat tahu mengenai siasatan itu menerusi media.
"Beliau serta merta mengarahkan wakilnya menghubungi Jabatan Kehakiman bagi menentukan sama ada beliau atau yayasannya, Yayasan Leonardo DiCaprio (LDF), pernah menerima apa-apa hadiah atau sumbangan kebajikan secara langsung atau tidak yang berkait dengan pihak yang dinamakan, dan sekiranya ada, akan mengembalikan hadiah atau sumbangan itu secepat mungkin," kata kenyataan itu.
Syarikat Red Granite Pictures sebelum ini berkata setahunya tidak ada wang yang diterimanya secara tidak sah.
LDF yang ditubuhkan pada 1998 menyokong pelbagai usaha berkait alam sekitar.
Read More / Baca Lagi >>

Polis tangkap Jamal di KLIA setibanya dari Dubai

Posted: 18 Oct 2016 07:14 PM PDT

Jamal ketika tiba di KLIA awal pagi tadi diiringi dua pegawai polis untuk dibawa ke IPD Dang Wangi.Jamal ketika tiba di KLIA awal pagi tadi diiringi dua pegawai polis untuk dibawa ke IPD Dang Wangi.
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini ditahan oleh dua anggota polis sejurus beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 8.30 pagi ini.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu sebelum ini diarahkan untuk hadir ke balai polis bagi membantu siasatan terhadap dakwaan "parang terbang' yang dikaitkan beliau sebagai pemilik laman facebook berkenaan.
Ini ekoran kontroversi satu akaun Facebook atas nama 'Dato Jamal Yunos' didakwa mengeluarkan kenyataan yang berbunyi "Saya berjanji Tragedi 13 May akan berulang dan PARANG TERBANG akan terjadi jika Bersih 5 dibuat pada masa, tarikh dan tempat yang sama dengan perhimpunan #BERSIH5 yang dijadualkan pada 5 November ini. Hidup Melayu!".
Perkara itu turut mendapat reaksi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitternya yang memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap pemilik laman Facebook terbabit.
Namun Jamal menafikan facebook berkenaan bukan miliknya sebaliknya adalah sebuah laman facebook palsu dan beliau turut membuat laporan polis mengenainya.
Selain siasatan polis terhadap dakwan Jamal dan kumpulan baju merahnya yang menyerang salah seorang penyokong Bersih di Sungai Besar pada Konvoi Bersih 5.
Difahamkan Jamal dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Dang Wangi pagi ini setelah beliau gagal hadir untuk membantu siasatan kerana berada di luar negara.
Dijangka satu sidang media akan diadakan pada jam 10 pagi ini di balai polis Dang Wangi.

MB nafi 25% rakyat Terengganu sakit mental

Posted: 18 Oct 2016 07:11 PM PDT

Razif berkata masalah kesihatan mental seperti kerunsingan dan stres juga berpunca daripada tekanan hidup seperti kos sara hidup dan kenaikan harga.
razif-terengganu
KUALA TERENGGANU: Laporan 4 empat rakyat Terengganu mengalami sakit mental adalah tidak benar, kata Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman.
Beliau berkata jumlah tersebut sebenarnya merujuk kepada masalah kesihatan mental seperti kerunsingan dan tekanan.
"Ini adalah 2 perkara yang berbeza di mana sakit mental ialah gila dan mereka yang menghidapinya perlu mengambil ubat manakala masalah kesihatan mental pula biasa dihadapi ramai orang.
"Jadi, bukanlah bermaksud setiap 4 daripada rakyat, seorang tu kena ambil ubat sebab sakit mental (gila) bukan macam tu, ini tidak logik… sebab ini bidang saya, bidang psikologi, saya terkejut dengar.
"Kalau betul macam ni untunglah, saya boleh buka klinik sebab saya ada lesen," katanya sambil berseloroh.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai salah faham terhadap laporan akhbar yang dipetik menerusi kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud dalam satu majlis baru-baru ini.
Read More / Baca Lagi >>

Ekonomi Terengganu semakin lembap di kala ahli politik sibuk usul Hadi

Posted: 18 Oct 2016 07:08 PM PDT

Bandar Kuala Terengganu juga lengang dengan premis perniagaan tidak sibuk seperti dulu.
bandar-terengganu
KUALA TERENGGANU: Di kala usaha PAS yang berkubu kuat di negeri ini menjalankan kempen mendapatkan sokongan terhadap rang undang-undang membolehkan pesalah syariah dijatuhkan hukuman berat, rakyat Terengganu berdepan dengan realiti ekonomi yang lembap.
Malah, di ibu negeri yang pernah sibuk satu masa dulu, premis perniagaan melaporkan keuntungan semakin merosot, dengan beberapa pusat membeli-belah dilihat lengang.
Begitu juga pusat beli-belah utama di bandar ini, Pasar Payang, yang umpama dilanggar garuda, tidak bersesak-sesak seperti sebelum ini.
Buah duku Terengganu yang selama ini menjadi tarikan utama di musim buah-buahan juga seolah-olah tidak ada harga pada musim kali ini.
"Kami harapkan musim cuti sekolah sahaja sekarang. Itu pun tidak semeriah dulu lagi. Mereka kata tidak ada duit sekarang," kata seorang pemilik kedai menjual barangan batik di Pasar Payang ketika ditemui FMT.
Pemilik restoran yang terdapat di atas Pasar Payang juga mengesahkan fenomena itu.
Malah pada waktu makan tengahari, hanya 2 meja sahaja yang ada pelanggan dalam restorannya, yang berada di tempat sangat strategik dengan pemandangan muara sungai Terengganu yang cantik itu.
"Kami harapkan musim cuti sekolah saja," kata beliau kepada FMT.
Kesan kelembapan ekonomi Terengganu turut dirasai dalam bidang hartanah.
Pembinaan rumah terhenti akibat tidak ada pelanggan yang mahu membeli rumah yang dibina selepas pihak bank mengetatkan pinjaman mereka.
"Buat masa ini kami menghentikan pembinaan projek baru. Cuba jaga projek lama saja. Pembeli susah sekarang kerana bank sukar bagi pinjaman," kata Yusof Abdul Rahman, seorang pemaju perumahan di Kuala Terengganu.
"Boleh kata tidak ada lagi pinjaman dari bank sekarang," kata beliau ekoran tindakan bank mengetatkan syarat pinjaman perumahan mereka.
Menurut Yusof, kalau ada pinjaman yang diluluskan pun hanya kepada kakitangan kerajaan sahaja kerana bank bimbang memberi pinjaman kepada kakitangan swasta ekoran nasib yang tidak menentu kepada ekonomi negara.
Sesetengah pihak di Terengganu menyalahkan fenomena ini kepada parti politik di Terengganu yang tidak lagi menjadikan keperluan rakyat sebagai sebahagian perjuangan mereka.
"Harapkan PAS, sibuk dengan RUU mereka sahaja," kata seorang pemilik sebuah kedai jam di Kuala Terengganu, merujuk usaha PAS meluluskan rang undang-undang bagi membolehkan mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat.
Beliau antara yang tertekan akibat masalah kelembapan ekonomi di Kuala Terengganu sekarang.
"Saya memerlukan kira-kira RM1,500 sehari jualan untuk menampung segala keperluan saya. Jika tidak, susah. Sekarang nak dapat RM1,000 sehari pun susah," katanya yang pernah menyokong dan bekerja untuk PAS selama lebih 20 tahun.
Read More / Baca Lagi >>

Halang ke luar negara: Zunar akan cabar KPN dan KP Imigresen di mahkamah

Posted: 18 Oct 2016 08:54 AM PDT


Zulkiflee Anwar UlhaqueZulkiflee Anwar Ulhaque
"Mereka boleh mengharamkan kartun saya, mereka boleh mengharamkan perjalanan saya, tetapi mereka tidak akan dapat mengharamkan minda saya," ujar kartunis prolifik Zunar.
Kartunis prolifik Zunar dihalang dari keluar negara oleh pihak Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)  dakwanya atas arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Dalam satu kenyataan hari ini, Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque berkata, kejadian yang berlaku semalam jam 2 petang itu sewaktu beliau dalam perjalanan ke Singapura untuk menghadiri sebuah forum di sana.
"Semalam 17 Oktober 2016, jam 2 petang, dalam perjalanan ke Singapura untuk sebuah forum, saya telah dihalang dari keluar negara oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Saya diberitahu oleh pegawai tersebut bahawa arahan datangnya dari pihak polis. Setelah menyemak lebih lanjut seorang pegawai imigresen memberitahu bahawa arahan itu datang dari Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri dan ia berkuatkuasa sejak 24 Jun 2016.
"Berdasarkan undang-undang, KPN dan Ketua Pengarah Immigresyen tidak punya hak untuk menghalang saya dari keluar negara. Hanya mahkamah mempunyai kuasa tersebut, itu pun hanya boleh dijalankan menurut undang-undang tertentu," ujarnya dalam kenyataan itu.
Zunar  sempat merakamkan gambarnya ketika ditahan pegawai Imigresen di KLIA semalam.Zunar sempat merakamkan gambarnya ketika ditahan pegawai Imigresen di KLIA semalam.
Justeru Zunar berkata tindakan pihak berkuasa negara ni menghalangnya keluar negara satu tindakan bermotif politik.
"Tindakan menghalang saya dari keluar negara adalah satu tindakan bermotif politik dan berniat jahat serta bertentangan dengan Perlembagaan Negara.
"Ia juga bertentangan dengan deklarasi hak asasi manusia sejagat.
"The International Covenant on Civil and Political Rights artikel 12 menyatakan dengan jelas bahawa setiap orang mempunyai kebebasan untuk ke luar negara, ini termasuk negara sendiri. Selanjutnya deklarasi itu menjelaskan bahawa hak-hak tersebut tidak boleh disekat kecuali jika diperuntukkan di bawah undang-undang, keperluan keselamatan negara, ketenteraman awam atau kesihatan.
Read More / Baca Lagi >>

Mereka ada foto MyKad anak saya, kata Maria berhubung ugutan bunuh

Posted: 18 Oct 2016 08:51 AM PDT

Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mendedahkan bahawa pihak yang mengeluarkan ugutan bunuh terhadap beliau juga menghantar gambar MyKad tiga orang anak lelaki beliau.
"Saya tidak tahu bagaimana mereka mendapatkan gambar itu. Ini hanya menunjukkan betapa terdesak mereka ini.
"Mereka menggunakan nama Islam untuk menyebarkan fitnah dan menakut-nakutkan kami," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya petang ini.
Maria menerima ugutan itu melalui telefon bimbitnya, dan mesej berkenaan didakwa adalah amaran daripada kumpulan IS di Malaysia.
Menurut kenyataan BERSIH, antara ancaman yang diterima oleh Maria berbunyi: "Demi Allah dan kesucian perjuangan Islam di Malaysia, kalau ko nak hilang kepala macam kt Syria, teruskan keje bodoh tu. Aku potong kepala ko aku rakam dan akan aku sebar dalam u tube...aku kenal sape ko, aku tau kt mana kau tinggal dan aku jugak tau sape fmly dan anak-anak ko..."
Turut hadir di ibu pejabat polis adalah Pengerusi Pertubuhan Hak Asasi Manusia (Hakam), Datuk Ambiga Sreenivasan, ahli sekretariat BERSIH, Mandeep Singh dan aktivis serta ahli parlimen pembangkang.

Jamal kata Maria, Ambiga tak perlu wujud di Malaysia

Posted: 18 Oct 2016 08:49 AM PDT

Nampaknya ketua kumpulan baju merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos tidak berlapik menyatakan pandangannya terhadap tiga orang kuat BERSIH yang membuat laporan polis petang tadi.
Bagi Jamal, Maria Chin Abdullah, Datuk S Ambiga dan Mandeep Singh "sepatutnya telah lama mati" dan mereka "tidak perlu wujud di Malaysia" ini.
Bercakap kepada Malaysiakini Jamal yang juga ketua Umno Sungai Besar memberitahu kumpulan BERSIH serta "fahaman" mereka tidak diperlukan bagi sebuah negara majmuk seperti Malaysia yang menikmati suasana aman damai sejak merdeka.
Mengulas mengenai dakwaan mereka menghadapi ancaman bunuh Jamal berkata beliau tidak hairan ketiga-tiga pemimpin BERSIH terbabit menerimanya dan beranggapan ia hanyalah rekaan.
"Ia (tuduhan mendapat ancaman bunuh) dibuat ekoran kegagalan BERSIH dalam siri jelajah mereka sejak beberapa minggu lalu.
"Saya percaya apa yang mereka lakukan ini adalah perbuatan terdesak kerana sejak beberapa minggu road show BERSIH mereka gagal menarik sokongan orang ramai selain kelompok kecil penyokong dan orang-orang mereka sendiri," tegas Jamal.
Petang tadi Maria Chin, Ambiga dan Mandeep membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selepas beranggapan mereka mendapat ancaman bunuh.
Malah Maria Chin mendedahkan pihak yang mengugutnya itu juga menghantar gambar MyKad tiga anak lelakinya melalui telefon bimbit.
Amaran itu didakwa datang daripada kumpulan IS di Malaysia.
Kumpulan pendesak reformasi pilihan raya itu sedang menjalankan kempen mempromosi perhimpunan BERSIH 5 yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 19 November ini.
Read More / Baca Lagi >>

UM keluar surat pada 3 siswa #TangkapMO1

Posted: 18 Oct 2016 08:46 AM PDT

Tiga lagi penuntut Universiti Malaya (UM) menerima surat tunjuk sebab daripada pentadbiran pusat pengajian tinggi itu selepas jurucakap perhimpunan #TangkapMO1 Anis Syafiqah Md Yusof menerimanya semalam.
Perkara itu Ini disahkan Gabungan Gerakan Mahasiswa Malaysia (GGMM) dalam satu kenyataan hari ini.
Ketiga-tiga pelajar terbabit ialah Suhail Wan Azahar, Luqman Hakim dan Luqman Nul Haqim.
Menurut GGMM, surat tunjuk sebab tersebut meminta mereka memberikan asalan menyertai perhimpunan #TangkapMO1 pada 27 Ogos lalu.
GGMM berpendapat tindakan diambil UM terhadap empat penuntut terbabit berniat jahat kerana pindaan pada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) kini jelas membenarkan mereka terlibat dalam aktiviti politik di luar kampus.
"Tindakan oleh universiti seolah-olah mereka tidak mengetahui atau menafikan kewujudan pindaan Auku," kata kenyataan berkenaan.
GGMM percaya tindakan disiplin terhadap empat penuntut itu adalah usaha pihak universiti menakut-nakutkan organisasi pelajar secara keseluruhannya.
Melalui kenyataan itu juga, gerakan dan kumpulan mahasiswa seluruh negara bersepakat untuk menyatakan solidariti buat empat orang sahabat mereka.
"Ingatlah sebanyak manapun tindakan dikenakan kepada para pejuang di kalangan mahasiswa dan mahasiswi, kami sekali-kali tidak gentar dan tidak akan berhenti. Kami akan terus bersuara demi masa depan anak bangsa," kata kumpulan itu.

Comments (0)