Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:50 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Umno serahkan kepada Najib sokong usul Hadi

Posted: 17 Oct 2016 09:21 PM PDT

Zahid percaya keputusan menyokong atau tidak itu akan ditentukan apabila tiba masanya.
KUALA LUMPUR: Umno akan menyerahkan kepada Presidennya, Datuk Seri Najib Razak bagi menentukan sama ada parti Melayu itu akan menyokong usul rang undang-undang (RUU) persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dibentangkan rakan sejawatnya dari PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Kita serahkan kepada perdana menteri bagi menentukan, pada situasi yang telah ditentukan," katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen, hari ini.
Pindaan yang dibentangkan Hadi Mei lepas itu bertujuan memberikan kuasa lebih kepada mahkamah syariah membicarakan kesalahan jenayah melibatkan orang Islam dan menjatuhkan hukuman lebih berat.
Ia dilihat sebagai usaha awal PAS memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.
Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata kerajaan tidak mempunyai kuasa menentukan sama ada RUU itu akan dibahaskan atau tidak.
"Dalam peraturan Parlimen, RUU ada dalam kedudukan ke-4 dan terletak pada speaker untuk menentukan.
"Kita serahkan sepenuhnya pada speaker," katanya.
Semalam, Ahli Parlimen dari PKR, Tian Chua berkata pihaknya tidak ada masalah menyokong usul untuk memperkasa mahkamah syariah.
Bagaimanapun, beliau mahu butiran lanjut sebelum menyokong usul itu.

Zaid : Pemimpin PAS tidak layak laksana hudud

Posted: 17 Oct 2016 09:20 PM PDT

Umno dan pemimpin PAS tidak layak melaksanakan hudud atau meluluskan RUU 355 kerana mereka tidak adil dan saksama, selain bersikap sombong serta tidak boleh diharapkan rakyat.
zaid-hudud
Oleh Datuk Zaid Ibrahim
Perdana Menteri dan rakan-rakan barunya sekarang mahu melaksanakan undang-undang syariah. Mereka mahu setiap aktiviti dilaksanakan mengikuti kehendak syariah. Dan mereka bekerja bersama untuk memperkenalkan pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 yang bertujuan memberi lebih banyak kuasa kepada Mahkamah Syariah untuk menjatuhkan semua jenis hukuman, kecuali mati.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut menganjurkan "munajat" dan "solat hajat" di Kota Bharu untuk mendapatkan pertolongan Tuhan agar rang undang-undang itu diluluskan apabila dibentangkan nanti.
Saya tidak mempunyai masalah dengan undang-undang Allah. Semuanya sudah dinyatakan di dalam al-Quran. Masalah saya, dan mungkin masalah kepada orang lain juga, bagaimana hukum Allah mesti dilaksanakan manusia; serta apakah jenis manusia yang menjadi pemimpin Islam yang sesuai melaksanakan hukum tersebut?
Adakah mereka yang mahu melaksanakan hukum itu benar-benar dikenali sebagai pemimpin sepertimana yang ditetapkan Islam? Jawabnya, sama sekali tidak.
Pertama, kerana mereka sombong. Apa-apa sahaja mengenai Islam seolah-olah hanya mereka yang tahu dan orang lain tidak berhak mempersoalkan mereka. Satu hari mereka berkata Umno kafir, maka kafirlah Umno. Hari ini mereka kata Umno pejuang Islam, maka pejuang Islamlah Umno.
Orang lain hanya perlu menerima dan akur dengan segala kata-kata dan tingkah laku mereka. Mereka ini, sama ada pemimpin politik atau agama, sama dengan Taliban. Mereka mahu kita semua mengikut mereka tanpa soalan dan jika kita tidak bersikap demikian, maka kita dianggap umat Islam tidak baik.
Kemudian mereka juga menggunakan kuasa yang ada untuk melindungi diri daripada tuduhan jenayah. Mereka menyalahgunakan kuasa untuk memperkayakan diri sendiri, sama ada dengan mencuri wang, balak atau hutan simpan.
Mereka juga akan menangkap dan menghukum orang lain seperti saya yang kerap mempersoalkan kelakuan mereka. Mereka akan menggunakan samseng untuk menghalang perhimpunan aman. Adakah ciri-ciri sedemikian yang ditetapkan al-Quran bagi mereka yang menggelarkan dirinya pemimpin rakyat?
Sudah tentu tidak, kerana al-Quran dan Nabi Muhammad menyatakan dengan jelas pemimpin Islam mesti adil dan penyayang. Mereka mesti hidup secara sederhana dan tidak mengenakan bayaran mahupun upah untuk menyebarkan agama. Islam benci kepada pemimpin yang munafik. Islam benci kepada pemimpin yang berpura-pura dan berdusta. Islam menuntut kejujuran dan integriti dari para pemimpinnya.
Hari ini kita mempunyai pemimpin korup dan tidak jujur dan mereka adalah orang-orang yang mahu memperkenalkan undang-undang hudud. Mereka tidak layak digelar pemimpin Islam dan sama sekali tidak sesuai melaksanakan hudud.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin BERSIH diugut bunuh ala-IS

Posted: 17 Oct 2016 09:08 PM PDT

Menjelang perhimpunan besar-besaran 19 November ini, pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah hari ini mengesahkan menerima ugutan bunuh daripada individu tidak dikenali.
"Saya terima banyak (ugutan) jenis ini melalui nombor (telefon) yang tidak dikenali.

"Biasanya saya tidak peduli tetapi yang ini agak keterlaluan," katanya yang turut memikirkan keselamatan tiga orang anaknya.

Maria akan membuat laporan polis petang ini.

Beliau merujuk kepada gambar suntingan yang memaparkan beliau seperti dalam keadaan berlutut sambil pisau diajukan padanya.
Gambar manipulasi itu kelihatan seperti aksi kumpulan bersenjata IS.
Selain Maria, turut berdepan ancaman sama bekas pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pegawai urus setia BERSIH Mandeep Singh.
'Saya pun keliru'
Sementara itu, Mandeep ketika dihubungi berkata beliau juga 'keliru' dengan apa yang berlaku.
"Dulu kita dituduh IS. Sekarang IS nak bunuh kita. Saya pun confused (keliru)," guraunya.
Pemimpin kempen anti-BERSIH Datuk Seri Jamal Yunos pada 28 September lalu mendakwa perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan pada 19 November ini diresapi elemen kumpulan pengganas IS.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini bagaimanapun berkata, beliau tiada maklumat tentang kenyataan pemimpin 'baju merah' itu.

UMNO Johor semakin terancam kehadiran BERSATU

Posted: 17 Oct 2016 09:04 PM PDT

'DAP ambil kira faktor Melayu benci Najib untuk PRU-14'

Posted: 17 Oct 2016 09:04 PM PDT

Usul RUU355 Hadi ditolak ke bawah, mungkin bentang mungkin tidak

Posted: 17 Oct 2016 09:03 PM PDT

Royalti: Harap Mahathir, Tengku Razaleigh jelas perkara sebenar

Posted: 17 Oct 2016 09:01 PM PDT

Harap Mahathir, Tengku Razaleigh jelas perkara sebenar
KOTA BHARU - Pertubuhan Royalti Malaysia (R) berharap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah dapat berkongsi pentas bagi bersama-sama menjelaskan fakta sebenar mengenai tuntutan royalti.
Pengerusi Jawatankuasa Penaja Royalti Malaysia, Mohd Hisyamuddin Ghazali berkata, ini kerana pihaknya menganggap kenyataan Tun M dalam ceramah di Tunjong, Jumaat lalu secara tidak langsung bersetuju menyokong tuntutan R jika pembangkang berjaya memerintah negara.
"Kesudian Tun M merendahkan diri sampai tahap sedemikian dan menyatakan pendiriannya secara tidak langsung untuk bersetuju untuk  sokong tuntutan R jika pembangkang memerintah negara adalah satu petanda positif tuntutan royalti Petroleum untuk Kelantan, Terengganu dan Pahang.
"Ini kerana beliau merupakan penasihat Petronas paling lama dalam sejarah, maklumat ada di tangan beliau dengan kehadiran Tun M dan sokongan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, perjuangan Pertubuhan R dan negeri-negeri pengeluar petroleum di Pantai Timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh dilipatkan gandakan," katanya dalam satu kenyataan media.
Dalam pada itu, Mohd Hisyamuddin berkata, R Malaysia akan menyusun strategi baharu yang lebih dinamik dan berkesan serta memikirkan keadaan Petronas yang tengah gawat berdepan penyusutan harga minyak dunia serta pengurangan tenaga kerja buat masa ini.
"Berdasarkan rekod dan pengiraan daripada data-data sebelum ini, R menganggarkan tunggakan lebih RM10 bilion wang royalti yang perlu dibayar kepada Kelantan sehingga 2012.
"Tentunya lebih banyak data dan kira-kira yang lebih tepat dengan kehadiran Tun M. Wang (royalti) ini akan dapat kepada negeri, siapa yang mentadbir, merekalah yang layak menikmati," katanya.
Beliau turut menyeru parti-parti politik agar menghentikan sentimen politik sempit sebaliknya fokus pada perjuangan Royalti Petroleum sepertimana termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan Perjanjian Kelantan-Petronas 1975.

Tiada maklumat BERSIH diresapi IS, kata TPM

Posted: 17 Oct 2016 08:30 PM PDT

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi berkata, beliau tiada maklumat tentang kenyataan pemimpin gerakan 'baju merah' Datuk Seri Jamal Yunos yang mendakwa gabungan BERSIH diresapi pengganas IS.
"Tidak ada maklumat," kata Zahid yang juga menteri dalam negeri pada sidang media di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung dakwaan ketua Umno bahagian Sungai Besar itu yang membuat laporan polis bahawa BERSIH mempunyai elemen kumpulan pengganas IS.
Jamal pada 28 September lalu dilaporkan mendakwa perhimpunan BERSIH 5 yang dijadualkan pada 19 November ini diserapi elemen kumpulan pengganas IS.
Jamal berkata, kenyataan tersebut dibuat berdasarkan maklumat yang diterimanya dairpada sumber yang boleh dipercayainya.
Jamal juga mendakwa BERSIH mahu menjatuhkan kerajaan melalui cara pernah dilakukan di Thailand, iaitu dengan mengepung tempat-tempat penting dalam negara seperti lapangan terbang KLIA, KLIA2 dan Putrajaya.

Apa yang subjudis, soal bekas hakim mahkamah rayuan

Posted: 17 Oct 2016 08:29 PM PDT

Menteri tidak boleh dihalang daripada menjawab soalan di Parlimen mengenai saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dakwaan penyelewengan dana 1MDB atas alasan subjudis.
Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus berkata demikian ketika mengulas keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat semalam.
Mohd Hishamudin, yang bersara pada September tahun lalu, berkata soal subudis tidak timbul sama sekali.
"Ini kerana ia adalah perbicaraan asing. Peraturan subudis terpakai berhubungan dengan perbicaraan di mahkamah Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.
Pandikar semalam menegaskan bahawa menteri tidak perlu menjawab soalan yang dikemukakan mengenai saman DOJ yang difailkan di mahkamah California Julai lalu.
Saman itu adalah berhubung dengan apa yang digambarkan oleh DOJ sebagai antara tindakan terbesar yang pernah dibuat mengikut Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi, yang membabitkan kira-kira AS$1 bilion aset berkaitan 1MDB yang didakwa diselewengkan.
"Rakyat Malaysia telah ditipu pada skala sangat besar (dalam) satu skim di hampir di seluruh dunia," kata Timbalan Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Andrew McCabe.
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan DOJ tidak melibatkan dirinya.

Waktu Pertanyaan Menteri diperkenal di Parlimen hari ini

Posted: 17 Oct 2016 07:50 PM PDT

MQT akan diadakan dari jam 10 hingga 10.30 pagi, setiap Selasa dan Khamis, sebelum bermulanya sesi pertanyaan jawab lisan dari jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari.
parliment-10-mntKUALA LUMPUR: Sesi khas Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) diadakan di Parlimen buat julung kalinya hari ini, dengan 30 minit diperuntukkan kepada wakil rakyat untuk mengemukakan isu serius dan terkini.
Langkah itu adalah sebahagian daripada pembaharuan Parlimen yang dilaksanakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Bagaimanapun, pembangkang mengkritik langkah terbaharu itu, sebaliknya mereka mahu Waktu Pertanyaan Perdana Menteri seperti yang diadakan di United Kingdom, di mana pemimpin negara mempunyai setengah jam untuk menjawab soalan ahli Parlimen.
MQT akan diadakan dari jam 10 hingga 10.30 pagi, setiap Selasa dan Khamis, sebelum bermulanya sesi pertanyaan jawab lisan dari jam 10.30 pagi hingga 12 tengah hari.
Ahli Parlimen hanya perlu menyerahkan soalan sehari sebelum MQT diadakan untuk memberi masa kepada menteri terbabit menyediakan jawapan mereka, sementara sesi pertanyaan jawab lisan pula, soalan perlu dikemukakan sekurang-kurangnya 10 hari lebih awal.
Ini kerana, kata Pandikar pada September lalu, soalan pada sesi pertanyaan jawab lisan lebih rumit dan memerlukan kajian serta persediaan menteri.
Ketika MQT diadakan, setiap soalan dihadkan kepada 10 minit dengan maksimum 3 soalan setiap sesi.
Tiga soalan itu akan dipilih speaker.
Ahli Parlimen dibenar mengemukakan 2 soalan susulan selepas soalan pertama, selagi mereka kekal dalam tempoh 10 minit ditetapkan.

Syarikat teksi cadang pemandu makan gaji lawan Uber, Grab

Posted: 17 Oct 2016 07:49 PM PDT

Shamsubahrin berkata, langkah memberi pendapatan tetap kepada pemandu teksi perlu untuk mengelakkan mereka kehilangan pekerjaan.
PETALING JAYA: Selepas sekian lama pemandu teksi terpaksa membayar sewa harian wajib, syarikat teksi kini mempertimbangkan langkah mengubah model perniagaan untuk terus kekal di pasaran.
Menurut laporan The Star, cadangan itu didedahkan Penasihat Big Blue Capital Sdn Bhd, Shamsubahrin Ismail ekoran "penghijrahan" puluhan ribu pemandu teksi ke perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber dan Grab.
"Syarikat teksi mungkin perlu menghapuskan model sewa, sebaliknya memilih untuk mengupah pemandu dengan memberi gaji tetap.
"Berdasarkan kadar peralihan pemandu teksi, setiap syarikat teksi sedang menggali lubang sendiri dan ia termasuk saya. Mereka (pemandu teksi) tidak peduli jika tiada liputan," katanya yang dipetik The Star.
Shamsubahrin yang menentang perkhidmatan perkongsian kenderaan berkata, ia berpunca daripada pemandu teksi mengurangkan kadar sewa untuk kenderaan persendirian yang digunakan sebagai rakan kongsi memandu Uber atau Grab.
Kebiasaannya, pemandu teksi konvensional perlu membayar sehingga RM90 setiap hari untuk menyewa kenderaan daripada syarikat teksi.
Jumlah itu perlu dibayar, tanpa mengambil kira jika pemandunya tidak sihat atau tidak boleh memandu.
Akhbar itu memetik pegawai sebagai berkata, Grab sedang memancing pemandu teksi dengan sewa mingguan RM250 bagi kereta baharu berbanding RM630 yang dikenakan syarikat teksi.
Minggu lalu, FMT memetik jurucakap Badan Bertindak Pemandu Teksi Bersatu, Rosman Rahman sebagai berkata, kira-kira 30,000 pemandu teksi di seluruh negara perlu meninggalkan syarikat teksi untuk menyertai Grab dan Uber.
Read More / Baca Lagi >>

Undang-undang kawal Uber, Grab dibentang 2017

Posted: 17 Oct 2016 07:48 PM PDT

Buat masa ini Uber dan Grab akan beroperasi mengikut undang-undang yang sama digunapakai untuk industri teksi, kata menteri
nancy-1
KUALA LUMPUR: Nasib syarikat perkhidmatan perkongsian kenderaan Uber dan Grab perlu menunggu tahun depan untuk melihat bagaimana kerajaan akan mengawal perniagaan mereka.
Ini susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri di Dewan Rakyat hari ini yang berkata undang-undang berkaitan – di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 – hanya akan dibentangkan pada 2017.
"Ini akan membolehkan kerajaan laksana beberapa program dan reformasi memastikan keadaan yang lebih adil tentang pemberian permit teksi persendirian dan kawalan perkhidmatan e-hailing seluruh negara," katanya hari ini.
Nancy menjawab soalan Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) sudahkah kerajaan mengenakan sebarang syarat yang perlu dipatuhi perkhidmatan perkongsian kenderaan.
Sekarang ini beberapa permit dipajakkan oleh syarikat teksi.
Nancy berkata buat masa ini Uber dan Grab akan beroperasi mengikut undang-undang yang sama digunapakai oleh industri teksi bagi memastikan keselamatan penumpang.
Dalam perkara berkaitan, Nancy memaklumkan Putrajaya akan memberikan geran RM5,000 kepada pemandu teksi yang layak membeli teksi baharu.
Beliau menambah undang-undang itu bertujuan menjaga kebajikan pemandu teksi.
Nancy menggesa pemandu teksi supaya mempelajari teknologi terkini supaya mereka tidak ketinggalan dan boleh menambahbaik perkhidmatan mereka seiring kehendak dan perkembangan pasaran.
"Kajian terkini kerajaan mendapati lebih 50% pengguna menggunakan aplikasi telefon pintar untuk mendapatkan perkhidmatan teksi, tetapi hanya 14% pemandu teksi mendapat pengguna melalui aplikasi telefon pintar."
Read More / Baca Lagi >>

SIAPA PENYANGAK & PEROSAK NEGARA sebenarnya ??!!

Posted: 17 Oct 2016 07:30 PM PDT

DAH KUTIP CUKAI GST LEBIH RM30 BILION (setakat akhir tahun 2015) pon ekonomi negara masih jatuh merudum lagi.. ??!!

KE MANA HASILNYA RM30 BILION ITU PERGI !!!

SIAPA Perdana Menterinya..
SIAPA Menteri Kewangannya..
SIAPA 'Kepala' 1MDBnya..
SIAPA Dapat 'DERMA' RM2.6 bilionnya..
SIAPA Bercuti Ke Luar Negara Satu Keluarga guna jet mewah VVIP kerajaan..

KENAPA BODOH SANGAT nak bandingkan GST M'sia dgn GST Indonesia !!!

Posted: 17 Oct 2016 07:28 PM PDT

Cukai GST 10 peratus di Indonesia itu hanya dikenakan kpd barang2 yg diimport shj, BUKANNYA BARANGAN KELUARAN TEMPATAN.

TAHUKAH ANDA.. wpon cukai GST Indonesia 10%
- segala jualan makanan di hotel, restoran, gerai makan termasuk penghantaran makanan & barangan.. cukai GST DIKECUALIKAN (0%).

- minyak & gas.. cukai GST DIKECUALIKAN (0%).

- yg melibatkan insuran.. cukai GST DIKECUALIKAN (0%).

- servis 'parking'.. cukai GST DIKECUALIKAN (0%).

- DAN BANYAK LAGI...

TIBA-TIBA Najib 1MDB cakap tanpa GST, negara lumpuh..

Posted: 17 Oct 2016 07:27 PM PDT

DARI AWAL LAGI keratan media pada 23 Mac 2010 mnyatakan GST bebankan rakyat dan terbukti kebenarannya..

GST dikutip dari rakyat sebagai penyumbang utama hasil pendapatan kerajaan..

NAMPAK TAK strategy AMENO neh..!!

Jamal tidak peduli dakwaan Muhyiddin

Posted: 17 Oct 2016 07:25 PM PDT

Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, beliau tidak hairan dengan dakwaan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau merupakan punca hubungan kaum di negara ini kini kelihatan semakin tegang.
Jamal yang merupakan Pengerusi Gerakan Merah Malaysia (GNGOM) berkata, dakwaan Muhyiddin itu adalah 'kata-kata orang kecewa' yang diucapkan selepas beliau dipecat daripada jawatannya.
"Jika dahulu Muhyiddin memandang sesuatu itu putih, namun hari ini semua yang putih telah menjadi hitam dan buruk.
"Umpama pasangan suami isteri telah bercerai, masing-masing cuba untuk memburukkan pasangan mereka sedangkan perkara tersebut tidak pernah dibangkitkan sebelum ini," katanya.
Kelmarin, dalam satu kenyataan, Muhyiddin mendakwa Jamal sebagai punca hubungan kaum di negara berada di paras paling rendah disebabkan sokongan tersirat terhadap gerakan rasis kumpulan Baju Merah yang diketuainya.
Jamal berkata, beliau langsung tidak hairan dengan tuduhan itu sebaliknya akan meneruskan gerakan memprotes perhimpunan Bersih 5.
"Kami akan melipat gandakan lagi usaha untuk memprotes perhimpunan Bersih 5 kerana ianya bertentangan dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara kita," tegasnya.
Katanya, pemimpin-pemimpin Bersih bersekongkol dengan mereka yang jelas lari daripada prinsip demokrasi dan nilai-nilai murni dengan mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berundur.
"Pemimpin yang mereka agungkan umpamanya Lim Guan Eng sedang berdepan tuduhan rasuah di mahkamah. Mengapa mereka tidak desak pemimpin tersebut meletakkan jawatan sehingga selesai kesnya dibicarakan?.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim juga disabitkan bersalah atas kesalahan meliwat. Apakah mereka mahukan pemimpin-pemimpin sedemikian untuk menjadi perdana menteri?," soalnya.

Kadar inflasi tahunan 1.7% pada September

Posted: 17 Oct 2016 07:21 PM PDT

Harga minyak yang rendah membendung inflasi meskipun harga makanan lebih mahal, menurut pakar ekonomi.
minyak
KUALA LUMPUR: Kadar inflasi tahunan Malaysia pada September kemungkinan 1.7%, menurut tinjauan Reuters, sedikit laju berbanding kadar bulan sebelumnya.
Harga minyak yang rendah membendung inflasi meskipun harga makanan lebih mahal, menurut pakar ekonomi.
Pada Ogos, indeks harga pengguna naik 1.5% daripada tahun sebelumnya, kenaikan kadar inflasi pertama selepas 5 bulan yang perlahan.
Inflasi tahunan mencecah paras tertinggi dalam 7 tahun iaitu 4.2% pada Februari, namun terkawal dengan pudarnya kesan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan pada April 2015.
Pada Julai, Bank Negara Malaysia mencantas unjuran inflasi bagi tahun ini kepada 2%-3% daripada 2.5%-3.5%.

Hari kedua, usul Hadi ditolak ke bawah

Posted: 17 Oct 2016 07:20 PM PDT

Usul kontroversi 'hudud' Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah ditolak ke bawah dalam kertas perintah pada hari kedua sesi ketiga dan terakhir Parlimen tahun ini.
Usul Hadi membentangkan rang undang-undang persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), telah diturunkan daripada senarai nombor 4 semalam kepada nombor 7 hari ini.
Ia diturunkan apabila lebih banyak usul kerajaan dimasukkan dalam senarai.
Lazimnya, usul kerajaan didahulukan berbanding usul persendirian.
Dengan kedudukan di bawah senarai itu, ada kemungkinan usul Hadi tidak akan dibawa ke Dewan.
Malah, ia mungkin terus ditolak lebih bawah pada kertas perintah itu berikutan hari-hari akan datang.
Bermula minggu depan, debat parlimen akan memberi tumpuan kepada Bajet 2017 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Jumaat ini.
Perbahasan hanya akan beredar kepada perkara-perkara lain pada dua hari terakhir sesi Parlimen ini, yang berakhir pada 24 November.
Jika usul itu terus ditolak ke bawah, peluang Hadi adalah hanya jika beliau memohon kerajaan menaikkannya.
Ini yang berlaku pada sesi Parlimen lalu, apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berbuat demikian atas arahan Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Namun selepas bantahan daripada parti komponen BN seperti MCA dan MIC, peluang untuk perkara ini berulang menjadi persoalan.

Nasib usul Hadi jadi tanda tanya

Posted: 17 Oct 2016 07:18 PM PDT

Hari pertama sidang parlimen ketiga tahun ini berakhir tanpa kemunculan rang undang-undang persendirian yang mahu dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Perbahasan siang tadi ditangguhkan ketika bacaan kedua Rang Undang-undang Ordinan Peguam Bela (Sabah) (Pindaan) 2016 yang diletakkan pada turutan kedua kertas peraturan mesyuarat.
Perbahanan mengenainya akan disambung esok.
Usul dibawa Abdul Hadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) berada di kedudukan keempat susunan aturan mesyuarat.
Keadaan itu dilihat akan mengurangkan peluang usul itu untuk dibahaskan pada beberapa hari akan datang, dan ada kemungkinan ia dikemudiankan oleh rang undang-undang dan usul dariada pihak kerajaan.
Mingu depan perbahasan akan tertumpu kepada isu belanjawan 2017 selepas ia dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat ini.
Perbahasan mengenai hal-hal lain mungkin disambung pada dua hari terakhir sidang kali ini yang dijadual tamat pada 24 November.
Bagaimanapun jika usul Abdul Hadi itu dibahaskan, proses pengundian yang akan berlangung memang menarik untuk dilihat.
Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata BN sudah mencapai persetujuan bersama berhubung isu itu namun tetap enggan mendedahkan sebarang butiran bagi menjelaskan kenyataan itu.
"Tanyalah pada setiausaha agung BN," katanya kepada media pagi tadi, merujuk kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Read More / Baca Lagi >>

NAJIB LEBIH BAHAYA JIKA TERUS DIBERI KUASA?

Posted: 17 Oct 2016 07:15 PM PDT


Menjawab soalan tambahan pada hari pertama sidang Parlimen, Najib Razak menyimpulkan cukai GST sebagai penyelamat kepada ekonomi negara.
Sehubungan itu, beliau menolak gesaan yang mencadangkan agar cukai GST 6 peratus dikurangkan kepada 3 peratus.
Tanpa GST, ekonomi negara akan lumpuh, katanya lagi.
Maknanya apa?
Jawapan Najib itu tidak lain bermaksud bahawa GST bukan saja akan terus dikekalkan, malah mungkin akan dinaikkan.
Menurunkan kadar GST saja, bagi Najib, adalah mustahil kerana ia akan melumpuhkan ekonomi negara.
Najib nampaknya tidak melihat faktor pertumbuhan domestik dengan merangsang atau menggalakkan iklim perniagaan sebagai asas utama mengukuhkan kedudukan ekonomi, sebaliknya merasakan hanya melalui GST, sejenis cukai ala pukat harimau untuk mendapatkan sumber kewangan negara.
Penganalisis ekonomi juga tidak menolak kemungkinan cukai GST akan terus mengalami kenaikan berikutan kerajaan seperti tidak mempunyai sumber pendapatan yang lain yang produktif.
Lantaran itu, boleh dibayangkan bahawa bahaya lebih besar sedang menanti rakyat jika UMNO, BN dan Najib terus diberi kuasa mentadbir negara ini selepas PRU 14 nanti.
Najib hanya nampak GST atau wang dalam poket rakyat untuk memperolehi pendapatan, malah mungkin menaikkan kadarnya, sebagai cara mudah mengisi kantung kewangan negara.

KEANGKUHAN YANG MEMBINASAKAN: FATAL CONCEIT

Posted: 17 Oct 2016 07:13 PM PDT

Ia nya perlakuan dan tindakbalas yang semula jadi. Apabila hasil dari usaha yang kita lakukan tidak sebagaimana yang diharapkan, secara semula jadi kita menyalahkan orang lain, kecuali diri kita sendri.
Walhal, minda2 terhebat dalam negara ini bertungkus lumus menghasilkan apa yang kerajaan telah istiharkan. Sejak 2009, kita dihujani dan dibanjiri dengan pelbagai 'inisiatif' seperti ETP, NKRA, GTP, dan pelbagai akronim lain- tapi yang dicapai tidak seperti yang disarankan.
Bak kata orang putih, gimmickry bukan ganti substance atau isi.Dan kita sendiri terkesan oleh omongan kosong ini.
Berlawanan dengan pendapatan yang lebih tinggi, pendapatan negara menurun akibat harga minyak turun, harga komoditi rendah; kadar pertumbuhan ekonomi tidaklah sehebat yang diterangkan- kita perlu ingat kita menumbuh dari asas yang kecil. Negara industry besar tumbuh daripada asas/base yang besar. 1% pertumbuhan negara perindustrian lebih besar dari 4% pertumbuhan dalam ekonomi kecil. Kerajaan menaikkan cukai yang tidak adil kepada mereka yang berpendapatan rendah; perbezaaan pendapatan secara absolut makin melebar dan keadaan ini tentulah menimbulkan perasaan tidak adil.
Tapi kerajaan Najib menyalahkan orang lain kerana kegagalan nya. Ada kuasa dan tangan ghaib yang mensabotaj usaha kerajaan kata Najib. Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim, bekas PM dan TPM sekarang ini dianggap musuh utama. Perpaduan tidak boleh dicapai kerana 2 orang ini mensabotaj usaha kerajaan.
Kerajaan Najib enggan mengaku bahawa penyebab huru hara ialah dasar dan polisi mereka yang cacat. Jenis PM apa yang membenarkan suatu kumpulan rakyat negara ini, menyerang suatu kumpulan rakyat lain? Ini disebut anarki, kerajaan hilang kawalan atas perlaksanaan undang2 dan ketenteraman awam.
Mengenai sikap rasmi terhadap Mahathir dan Anwar, ini suatu layanan yang tidak masuk akal. Idea2 besar Mahathir selama 22 tahun itu adakah ianya salah belaka? Sedangkan, sama ada kita suka atau tidak, idea2 besar atau leading ideas semasa itu menjadikan Malaysia apa ianya sekarang. Yakni sebelum dimusnahkan dan dirosakkan oleh Najib yang tidak ada punca atau clue bagaimana mengurus negara selain dari berbuih mulut mengeluarkan slogan dan propaganda.
Read More / Baca Lagi >>

Zunar boleh cabar saya di mahkamah, kata KPN

Posted: 17 Oct 2016 07:12 PM PDT

Khalid Abu Bakar berkata kartunis kontroversi itu bebas untuk mencabar larangan keluar negara yang dikenakan ke atasnya di mahkamah
igp-zunaar
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak gentar dengan ancaman tindakan undang-undang oleh kartunis kontroversi Zunar.
Beliau sudi bertemu kartunis itu di mahkamah.
"Dia (Zunar) kata dia akan cabar saya di mahkamah. Jadi, biar dia cabar saya lah," katanya dalam satu pesanan kepada FMT.
Beliau menjawab kenyataan Zunar yang mahu memfailkan saman terhadap Khalid kerana mengenakan larangan keluar negara ke atasnya.
Awal hari ini, Zunar, atau nama sebenar Zulkiflee Anwar Ulhaque, berkata dia dihalang daripada menaiki penerbangan jam 3 petang ke Singapura, di mana dia dijadualkan untuk menyertai suatu forum.
Menurut Zunar, anggota imigresen menerima arahan daripada Khalid, yang menyenarai hitamkan Zunar daripada keluar negara atas alasan tertentu.
Zunar akan mendapatkan nasihat daripada peguam untuk langkah seterusnya, memandangkan dia mempunyai aktiviti lain di luar negara di masa akan datang.
Zunar terkenal dengan kartun yang mempersenda kerajaan Barisan Nasional dan institusi negara yang didakwa rasuah.
Dia berdepan 9 pendakwaan, yang antara lain kerana mendakwa pensabitan liwat bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dicemari campurtangan kerajaan dan berat-sebelah.

RAMAI SEDAR!! Undi Melayu Milik PEMBANGKANG, Bukan Lagi Umno

Posted: 17 Oct 2016 07:08 PM PDT

PAS perjuang RUU 'sampai kiamat' kata Idris Ahmad

Posted: 17 Oct 2016 07:07 PM PDT

BERSATU akan bertanding dikesemua kwsn Melayu yg dikumpul SPR

Posted: 17 Oct 2016 07:07 PM PDT

Comments (0)