Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:20 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


DR WAN AZIZAH YANG TABAH DAN HARUS DIBERIKAN PUJIAN

Posted: 14 Oct 2016 09:29 PM PDT

Tidak mudah sebenarnya menjadi Dr Wan Azizah Wan Ismail. Malah, barangkali paling susah. Di antara sekian ramai isteri pemimpin di negara kita, beliau mungkin yang paling tabah.

First Lady kita pun belum tentu ada jiwa setabah dan segagah Dr Wan Azizah.

Apabila isteri Anwar Ibrahim itu mengatakan beliau tidak lagi berdendam dengan Tun Mahathir Mohamad, kemuncak ketabahan beliau  memang tiada tandingannya. 

Sesetengah isteri, suami mereka bermasalah dalam JKKK kampung atau berbalah dengan ketua UMNO cawangan  pun, berdendamnya kadang-kadang boleh sampai ke mati.

Walaupun mengambil sedikit masa, pengakuan tiada dendam, bukan saja menyerlahkan besarnya jiwa Dr Wan Azizah, bahkan melegakan kita semua yang sedang ternanti-nanti perubahan dalam negara.
Sebagai seorang wanita dan isteri yang memang dalam diri mereka lebih banyak emosi dan airmata, apa yang dilakukan oleh Dr Wan Azizah tidaklah semudah seorang lelaki melakukannya.

Daripada rentetan peristiwa sejak Anwar dipecat pada 1998, dipukul dan dihina, dihadapkan dengan pelbagai pertuduhan, kemudian di penjara, bukan kepalang isteri mampu meghadapinya.

Malah, atas permintaan suaminya, Dr Wan Azizah kemudian berkorban jiwa raga serta tenaga dengan mengetuai sebuah parti  untuk memperjuangkan apa yang mereka rasa ketidakadilan kepada Anwar. 

Anwar dijadikan simbol ketidakadilan dan reformasi dengan mesej bahawa jika Anwar boleh diperlakukan sedemikian rupa, maka apatah lagi rakyat biasa.

Selepas Anwar dibebaskan, Dr Wan Azizah berkorban lagi dengan melepaskan kerusi Parlimen Pernatang Pauh dan jawatan Ketua Pembangkang yang sedang disandangnya untuk memberi laluan kepada Anwar mengisi jawatan tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Pembangkang kena berdamai, kata Wan Azizah

Posted: 14 Oct 2016 09:28 PM PDT

BLOK pembangkang dilihat semakin kukuh apabila mendapat kerjasama daripada Bersatu yang ditubuhkan selepas memperoleh kelulusan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum ini.
Aura bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerajui Bersatu dilihat mampu menarik sokongan ahli Umno untuk menyokong perjuangan pembangkang dalam usaha untuk menukar pimpinan negara ini secara demokrasi.
Wan Azizah Namun begitu, krisis dalaman parti pembangkang dilihat tidak begitu meyakinkan apabila Pas dilihat begitu tegas dengan pendirian mereka untuk menolak mana-mana parti politik yang menjalinkan kerjasama dengan DAP.
Ikuti temu bual eksklusif wartawan Sinar Harian, Asyraf Muhammad dan jurufoto, Rosli Talib bersama Ketua Pembangkang, DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL bagi mengupas isu dan persoalan umum mengenai pakatan berkenaan.
Dengan keadaan pembangkang dilihat berpecah, apakah pandangan Datuk Seri berhubung hala tuju gerakan pembangkang?
Saya rasa jawapannya tak mudah, tapi saya percaya pada kebijaksanaan rakyat. Sebab saya rasa kebimbangan bukan sahaja rakyat, malah pemimpin-pemimpin. Dulu memang nampak solid untuk menghadapi PRU13. Pada masa itu, Anwar masih di luar dan dia menjadi satu force yang membawa mereka ke meja rundingan untuk menandingi BN. Tapi apabila mereka (kerajaan) sedar Anwar menjadi pencetus, maka mereka letakkan balik beliau dalam penjara. Tapi itu tidak bermaksud bahawa gabungan kita dan hasrat kita untuk tukar kerajaan tidak tercapai kerana Anwar juga ada berkata, sebelum ini bahawa tidak penting sekiranya dia ada atau tidak dalam pilihan raya akan datang, kerana apa yang penting adalah untuk rakyat tukar kerajaan. Kita tahu masa dulu mungkin nak tukar kerajaan tak sampai. Parti Bersatu juga pada mula-mula, mereka rasa keresahan itu, mereka berhasrat nak tukar perdana menteri.
Tapi sekarang ini, mereka tahu dan mengakui bahawa menukar perdana menteri itu tidak memadai. Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa pilihan beliau iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tepat, malah menyusahkan. Kalau Tun Mahahthir boleh datang dan bersama kita, dan kalau boleh kita tengok ramai rakyat nak tukar kerajaan maka hasrat itu boleh diterjemahkan. Dan saya rasa parti Pas yang kebanyakan di bawah ini turut bersama kita. Walaupun Pas mempunyai hirarki dan ada pimpinan Pas yang tidak bersama kita dari segi kerjasama dengan DAP, tapi kita tahu Pas dan DAP kerusi mereka tidak overlap. Kami ini yang merasakan dan kena memikirkan cara mana yang terbaik malah kami yakin boleh mengatasinya. Kita dah belajar dari Sarawak. Kita akan belajar juga daripada hasrat kita yang mendepani segala hasrat individu itu untuk negara.
Pembangkang dilihat mempunyai banyak halangan dan kekangan sesama parti mereka. Bagaimana keadaan yang mengelirukan ini boleh meyakinkan pengundi untuk sokong pembangkang?
Itu memang apa yang telah direka cipta oleh BN. Memang memecahkan pembangkang, malah mereka juga bukan sekadar itu sahaja kerana mereka turut menggunakan kuasa mereka seperti persempadanan semula dan ada juga pengundi awal. Ini mesti diambil kira dalam perkiraan kita untuk menang atau tidak. Ini yang cuba kita buat bagaimana untuk mengatasi persempadanan semula ini supaya tidak diguna pakai pada PRU14. Tapi yang lain seperti Pas dan DAP, seperti saya katakan tadi, kerusi mereka tidak overlap, dan yang penting adalah kita sebagai blok terbesar dan kalau kita kalahkan Umno, itu salah satu cara untuk atasi masalah ini. Apabila kita bersama-sama, kita tahu matlamat yang penting dan apabila kita belajar daripada pengalaman, kita tahu 'if we are not together we will lose the base and miss the boat'. Jadi ini saya kira bahawa semua pimpinan kita faham dalam politik.
Saya pun tidaklah lama kalau nak dibandingkan dengan Lim Kit Siang (Penasihat DAP) atau Tok Guru Abdul Hadi Awang (Presiden Pas) serta Tun Mahathir. Kalau datang pada satu tahap ini, sampai Tun Mahathir sendiri rasakan beliau terpaksa keluar dan datang ke depan bersama-sama kami, itu akan kita terima walaupun memang terasa juga kan? 17 tahun beliau (Dr Mahathir) dalam kuasa. Ini telah berlaku pada kami semua yang jadi mangsa. Tapi Tun Mahathir sendiri kata, dia silap pilih Najib dan beliau datang sendiri ke mahkamah untuk berjumpa dengan orang yang dia telah buat macam-macam. Itu adalah satu permulaan yang baik untuk kita asaskan. Memang nampak kompleks tapi 'nothing in life is easy'. Kalau saya fikir kembali, saya kadang-kadang kejahilan itu ada. Jadi saya cuba la dengar sikit-sikit tentang sirah Rasulullah. Tak mudah kerana dia Rasul, siapalah kita? Tapi perjuangan itu mestilah kita ambil berdasarkan apa berlaku sekarang ini. Kita rasa kalau sekurang-kurangnya hasrat kita ada untuk menegakkan keadilan, niat itu memang murni. Dapat tak dapat itu saya kena cuba yang terbaik.
Pas dilihat tekad dengan keputusannya untuk tidak bekerjasama dengan DAP. Pada pandangan Datuk Seri, adakah perkembangan ini memberi laluan sukar buat pembangkang dalam memastikan pertembungan satu lawan satu menjelang PRU14?
Read More / Baca Lagi >>

Dr Mahathir dedah ‘rahsia’ BN kekal 6 dekad

Posted: 14 Oct 2016 09:27 PM PDT

Dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat Kelantan, Dr Mahathir memberi jaminan negeri itu boleh menikmati royalti petroleum sekiranya berubah pada PRU akan datang.
husam-musa_mahathir_bn_600
KOTA BHARU: Bercakap di hadapan lebih 5,000 orang dalam satu program bersama Datuk Husam Musa semalam, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu rahsia bagaimana Barisan Nasional (BN) boleh kekal menang selama lebih 60 tahun di negara ini – Bersatu, guna satu simbol dan satu manifesto.
"BN boleh ditewaskan, saya selalu menang, tak pernah kalah semasa memimpin BN," kata bekas perdana menteri selama lebih 20 tahun itu dalam ceramah perdana di Kota Bharu malam tadi bersama pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Amanah dan PKR.
"BN menang sebab parti lawan kalah, parti lawan kalah sebab mereka tidak bersatu.
"BN menang kerana mereka berjuang sebagai sebuah parti, mereka guna satu simbol dan satu manifesto, mereka hanya letak satu calon, semua 14 parti hanya sokong satu calon," katanya.
Kenyataan itu susulan pelbagai gesaan supaya parti pembangkang kembali bersatu bagi memastikan satu lawan satu pada pilihan raya umum ke-14 yang perlu diadakan menjelang 2018.
Sebelum ini, beberapa pimpinan Amanah dan PPBM dipercayai terlibat dalam usaha meyakinkan PAS supaya tidak bergerak bersendirian dalam menghadapi BN.
PAS, yang memutuskan hubungan dengan DAP dan berikrar tidak akan bekerjasama dengan Amanah, masih mengekalkan pertaliannya dengan PKR. Baru-baru ini di Terengganu, pemimpin PAS berkongsi pentas dengan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagaimanapun ia belum tentu mengubah sikap parti Islam itu dalam menjalinkan kerjasama dengan parti lain.
Dr Mahathir semalam sekali lagi menegaskan kepentingan pembangkang bergabung.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin - dulu orang kanan PM, kini beralih ke belakang

Posted: 14 Oct 2016 09:26 PM PDT

Dalam dua sesi bajet yang lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin duduk di barisan hadapan di sebelah kanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, bersesuaian dengan kedudukannya sebagai pemimpin nombor dua kerajaan pada masa itu.
Apabila Parlimen bersidang pada Oktober tahun lepas, tempat itu diambil alih oleh MP Bagan Datoh, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang menggantikan Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri.
Pergeseran antara Muhyiddin dan Najib menyaksikan ahli Parlimen Pagoh itu dipecat daripada kerajaan.
Tanpa jawatan dalam kerajaan, Muhyiddin duduk bersama-sama dengan penyokong BN yang lain.
Muhyiddin menduduki kerusi ahli Parlimen Johor Bharu, Tan Sri Shahrir Samad yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN, yang telah dipindahkan satu barisan di belakang.
Di sebelahnya ialah Ahli Parlimen Keningau, Datuk Joseph Pairin Kitingan, pemimpin Parti Bersatu Sabah.
Bagaimanapun, landskap politik negara mengalami perubahan yang lebih drastik pada tahun lalu.
Muhyiddin, yang terus lantang mengkritik cara Najib pengendalikan isu 1MDB, telah dipecat dari Umno pada 24 Jun, menjadikannya wakil rakyat tanpa parti.
Pada 8 September, Muhyiddin menjadi pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia selepas Pendaftar Pertubuhan diluluskan pendaftaran parti tersebut.
Bagaimanapun, Parlimen masih belum mengiktiraf parti yang baru didaftarkan itu dan Muhyiddin dianggap sebagai ahli Parlimen Bebas apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini untuk sesi Bajet 2017.
Beliau akan ditempatkan di sebelah belakang Dewan, bersebelahan dengan ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim, yang juga ahli parlimen Bebas selepas dipecat daripada PKR.
Kerusi yang akan diisi oleh Muhyiddin itu kosong sejak awal sesi Parlimen selepas pilihan raya umum ke-13.
Kerusi di sebelah kiri Muhyiddin akan diisi oleh Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Shafie Apdal, yang turut mengalami nasib yang sama dengan bekas timbalan perdana menteri itu.
Bekas menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu dipindahkan untuk duduk bersama-sama dengan penyokong BN yang lain selepas beliau disingkirkan daripada kerajaan kerana mengkritik penglibatan Najib dalam 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Skandal 1MDB, Leo digesa letak jawatan utusan PBB

Posted: 14 Oct 2016 09:20 PM PDT

Aktivis masyarakat sivil telah menggesa superstar Hollywood Leonardo DiCaprio meletak jawatan sebagai utusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk perubahan iklim sekiranya dia tidak menjauhkan diri daripada skandal 1MDB.
Gesaan itu dibuat oleh aktivis dari Malaysia, United Kingdom dan Switzerland dalam satu sidang akhbar di London semalam.
Mereka menggesa DiCaprio untuk menafikan secara terbuka hubungannya dengan Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan jutawan Malaysia Jho Low.
Kedua-duanya memainkan peranan penting dalam membiayai penerbitan filem 'The Wolf of Wall Street' yang didakwa menggunakan AS$61 juta yang diseleweng dari firma pelaburan tersebut.
"Leonardo DiCaprio secara berterusan enggan menjelaskan hubungan peribadi dan kewangan dengan individu-individu utama dalam skandal 1MDB itu.
"Ini tidak boleh diterima. Jika DiCaprio gagal untuk menjauhkan dirinya daripada rasuah Malaysia, dia perlu meletak jawatan sebagai utusan PBB untuk perubahan iklim.
"Kita tidak boleh menyelamatkan alam sekitar jika kita gagal untuk menghentikan rasuah," kata pengarah Bruno Manser Fund yang berpangkalan di Switzerland Lukas Straumann.
Sementara itu, wakil Pusat untuk Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Sudhagaran Stanley menggesa supaya dana yang didakwa diseleweng di luar negara dari 1MDB, dikembalikan kepada Malaysia.
"Leonardo DiCaprio dalam kedudukan yang terbaik untuk berbuat demikian dan membayar balik berjuta-juta yang diterimanya daripada Jho Low dan Riza Aziz.
"Pembayar cukai Malaysia tidak boleh ditipu," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Jamal Yunos KANTOI BOHONG LAGI !!!

Posted: 14 Oct 2016 08:50 PM PDT


HAKIKATNYA, foto2 tersebut SEMEMANGNYA WUJUD & ASLI lagi di dalam posting yg bertarikh 9 Jun 2016 di FB Page Jamal sendiri.

NAK SPIN AUTA APA LAGI JAMAL !!!

Wan Azizah: 'Dulu Saya Selalu Main Badminton Dengan Siti Hasmah'

Posted: 14 Oct 2016 08:39 PM PDT

'Dari Bukit Jalil Lagu Umno, Di Gua Musang Lagu Lain' - Saifuddin Nasution

Posted: 14 Oct 2016 08:38 PM PDT

BERSIH 5 dilancar dari Kluang ke Batu Pahat

Posted: 14 Oct 2016 08:35 PM PDT

Terimalah Hakikat PAS Takkan Bersama!!!

Posted: 14 Oct 2016 06:12 PM PDT

"PAS Melutut kat UMNO!" - Mujahid Yusof

Posted: 14 Oct 2016 06:11 PM PDT

KANTOi Anak Rosmah Guna Duit 1MDB 1 Billion USD untuk Pesta TELANJANG!

Posted: 14 Oct 2016 05:31 PM PDT

Royalti ? Menang Kerajaan Pusat Dulu Dan Kita Sendiri Tentukan

Posted: 14 Oct 2016 05:29 PM PDT

Ketepikan Permusuhan, Satu Simbol, Satu Manifesto, Satu Calon !

Posted: 14 Oct 2016 05:29 PM PDT

Di Tuduh Mencuri, Kita Berasa Malu ... Itu Kalau Kita Tak Mencuri la...

Posted: 14 Oct 2016 05:28 PM PDT

Siapa BIAWAK Yang Tun Maksudkan Ini ?

Posted: 14 Oct 2016 05:28 PM PDT

Angkara Najib, Generasi Akan Datang Turut Berhutang !

Posted: 14 Oct 2016 05:27 PM PDT

Muslihat Di Sebalik Tuduhan Mohd Najib

Posted: 14 Oct 2016 05:27 PM PDT

A Kadir Jasin

APAKAH muslihat Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak membuat kenyataan mengenai "dua individu" yang dituduhnya mengganggu dan mengancam perpaduan negara?
Dua individu yang dituduh berniat jahat tetapi tidak dinamakan itu tidak lain tidak bukan adalah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Adakah Mohd Najib membuat kenyataan di radio Astro Awani itu kerana (1) Majlis Raja-Raja bersidang (2) Dr Mahathir dan Anwar saling sokong menyokong bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasioal dan (3) menyiapkan landasan untuk menggunakan Akta Majlis Keselamatan Negara yang baru dikuatkuasakan?
Sebelum Majlis Raja-Raja bersidang minggu ini, Dr Mahathir telah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mengutus surat kepada Raja-Raja Melayu yang lain bagi mempersembahkan Deklarasi Rakyat.
Dr Mahathir berjumpa dan berbincang dengan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 5 September lalu dan seterusnya mengemukakan afidavit menyokong saman Anwar bagi menghalang pelaksanaan Akta MKN.
Pertemuan 5 September
Ini disusuli oleh "perisytiharan perdamaian" antara Dr Mahathir dan Anwar serta kesepakatan bahawa mereka akan berusaha ke arah melancarkan serangan bersepadu atas prinsip satu-lawan-satu ke atas BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin juga menemui Anwar selepas itu bagi memperkukuh rangka kerjasama blok pembangkang.
Atau apakah serangan baru ke atas Dr Mahathir dan Anwar itu helah untuk mengalih pandangan rakyat jelata daripada gunung berapi 1MDB yang semakin ganas ledakannya?
Pada 12 Oktober, Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) mengarahkan penutupan Falcon Private Bank atas alasan kelemahan kawalan dan salah laku berkaitan urus niaga yang melibatkan 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Mudah sungguh nak 'cuci' dosa memfitnah..

Posted: 14 Oct 2016 05:19 PM PDT



JANGAN RISAU, bila disoal jawab Malaikat Munkar dan Nakir, jawabler dgn cara pemimpin AMENO jawab tu.. "SAYA HANYA VIRAL JER.."

Dah banyak kali, Zein Isma Ismail menfitnah kepimpinan PH Selangor... sesuai sgt layak digelar Ketua Fitnah AMENO Selangor..

Umno: Program jelajah gelombang merah diwujudkan semula

Posted: 14 Oct 2016 05:15 PM PDT

JELI - Umno Kelantan mewujudkan semula program Jelajah Gelombang Merah yang kali ini lebih bersifat mesra rakyat sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, program itu yang pertama kali diperkenalkan Umno Kelantan ketika menghadapi PRU13 lalu, dirancakkan semula dengan format baharu yang melibatkan seluruh pimpinan Umno di peringat negeri, bahagian dan cawangan.
Mustapa Mohamed "Terdapat penambahbaikan dalam pengisian program Jelajah Gelombang Merah kali ini iaitu ia lebih bersifat santai dan mesra rakyat.
"Konsep ini dilihat penting kepada kami bagi menaikkan lagi semangat rakyat di negeri ini untuk menyokong Barisan Nasional (BN) dalam usaha memastikan PRU14 milik kami di Kelantan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jelajah Gelombang Merah peringkat Umno Bahagian Jeli di sini, hari ini.
Mustapa berkata, antara aktiviti yang dilaksanakan ialah gotong royong membersihkan kawasan kemudahan awam, sukan rakyat, persembahan kebudayaan, pemeriksaan kesihatan, pameran dan jualan, serta penjelasan isu-isu semasa.  
Beliau berkata, program Jelajah Gelombang Merah ini akan pergi ke setiap 14 bahagian Umno di negeri ini secara bergilir-gilir, sehingga menjelangnya PRU14.
Menurut Mustapa pihaknya menyasarkan kira-kira 5,000 orang akan hadir pada setiap program itu diadakan, dan rakyat akan berpeluang mendapat penjelasan bagi pelbagai isu semasa.
Ditanya mengenai kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Kelantan, Mustapa berkata pihaknya memantau perkara tersebut.
"(Bagaimanapun) Setakat ini, pertambahan anggota baharu di setiap bahagian Umno begitu banyak," katanya. – Bernama

Bajet 2017: Kesatuan sekerja mahu pengambilan pekerja asing dihadkan 20%

Posted: 14 Oct 2016 05:13 PM PDT

MTUC dalam tuntutan 13 perkara kepada Perdana Menteri turut meminta cukai lebih tinggi ke atas syarikat yang bergantung kepada pekerja asing
Abdullah SaniPETALING JAYA: Kurang seminggu pembentangan Bajet 2017 pada 21 Oktober ini, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mahu kerajaan menghadkan pengambilan pekerja asing kepada 20% di setiap tempat kerja.
Perkara itu sebahagian daripada tuntutan 13 perkara MTUC kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi.
"MTUC yang mewakili kaum pekerja kebanyakannya daripada sektor swasta amat mengharapkan Bajet 2017 boleh memberi kesaksamaan dan kesejahteraan kepada semua rakyat," kata Pemangku Presiden Abdullah Sani Abdul Hamid.
Isu pengambilan pekerja asing yang ramai berbanding pengambilan pekerja tempatan antara isu yang berlarutan sejak tahun lepas, menyusuli langkah pengurangan jumlah kakitangan sejak beberapa tahun lalu.
Majikan beralasan pekerja tempatan tidak mahu melakukan kerja yang kotor, sukar dan bahaya, namun pengkritik menjawab gaji yang dibayar tidak setimpal.
Lantas MTUC dalam tuntutannya menggesa kerajaan supaya mengenakan cukai yang lebih tinggi kepada syarikat yang bergantung kepada pekerja asing.
Dalam masa yang sama, MTUC mahu skim Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) diperluaskan kepada semua pekerja asing kerana "pada masa ini mereka tiada sebarang perlindungan".
"Insentif khas harus diberikan kepada majikan yang menggajikan pekerja tempatan," kata Sani, disamping pelepasan cukai bagi syarikat yang memberi elaun khas dan bonus untuk pekerja.
Tuntutan lain adalah meningkatkan sumbangan caruman KWSP, kadar premium 0.25% untuk skim insurans pekerjaan yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi, gaji minimum RM1,500 untuk semua sektor dan pelepasan cukai perseorangan daripada RM9,000 kepada RM12,000.
Sani ketika dihubungi FMT berkata MTUC gagal mendapatkan respon Najib berhubung beberapa memorandum yang dihantar sebelum ini, dan cadangan janji temu untuk membincangkan penyelesaian isu pekerja.
"Tetapi pertemuan itu tidak berlaku lagi. Saya rasa tiga empat surat kita dah hantar," kata.
Najib sebelum ini mengajak rakyat memberikan cadangan mereka dalam penyediaan Bajet 2017, dan membuka laman khas bagi tujuan itu mulai 5 September hingga 19 September lalu.

Hanya dengan bersatu pembangkang boleh kalahkan BN, kata Mahathir

Posted: 14 Oct 2016 05:06 PM PDT


Pengerusi
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad menyeru semua parti-parti pembangkang bersatu jika benar-benar bertekad untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) dan membentuk kerajaan baru dalam pilihan raya umum ke 14 nanti.
BN boleh ditewaskanBN boleh ditewaskan"Rahsia BN menang dan berjaya memerintah negara ini hampir enam puluh tahun adalah kerana mereka berpakat, tidak berlawan sesama sendiri dan menggunakan satu simbol.
Hadirin tidak berganjak mengikuti ucapan Tun Mahathir walaupun hujan renyai-renyai.Hadirin tidak berganjak mengikuti ucapan Tun Mahathir walaupun hujan renyai-renyai."Jadi sekarang kalau kita benar-benar mahu menang kita perlu bersatu dan usahakan menggunakan satu simbol," katanya dalam ceramah "PRU 14 BN boleh ditewaskan" di Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu malam ini.
Dr. Mahathir mahu semua pihak yang mahu Datuk Seri Najib Razak diturunkan sebagai perdana menteri memberi fokus kepada mewujudkan pakatan semua parti sekiranya mahu impian itu menjadi kenyataan.
"Saya bekas orang Umno, bukan ahli biasa, tapi presidennya, tapi kali ini saya akan lawan Umno kerana parti ini sekarang bulan lagi parti Umno tapi telah jadi parti Najib.
"Seluruh dunia sekarang memberitahu bahawa Najib adalah seorang pencuri." katanya.
Najib yang berpegang kepada "cash is king" (duit adalah raja), menurutnya telah menubuhkan 1MDB bagi membolehkan sejumlah wang diambil secara tidak betul bagi membiayai sogokan politik.
"(Datuk) Shahril di Johor mengaku beliau terima dari Najib RM1 million.
"Tak kan Shahril  saja terima, tentu orang lain terima juga," katanya.
Beliau yang sudah 3 kali keluar Umno mahu kali ini usaha selamatkan rakyat dengan menjatuhkan Umno berbar-benar berjaya.
Suasana ketika Datuk Husam Musa menyampaikan ucapanSuasana ketika Datuk Husam Musa menyampaikan ucapan"Tiga kali saya keluar Umno, pertama dipecat Tunku Abdul Rahman, kedua kerana marahkan Pak Lah, kali ini tak boleh tahan dengan Najib," katanya.
"Sekarang saya duduk sekali dengan orang-orang yang dulu saya lawan, saya yakin kalau kita boleh berunding dan mencapai persetujuan, kita akan berjaya," katanya lagi.
Turut berucap adalah Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa, Pengerusi PKR Kelantan, Abdul Aziz Kadir dan bekas Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim.
Lebih 5 ribu berhimpun mengikuti program berkenaan.

1MDB Scandal Investigation Reaches the White House

Posted: 14 Oct 2016 04:55 PM PDT

Kebijaksanaan Sultan Nazrin bantu Institusi Raja

Posted: 14 Oct 2016 06:12 AM PDT

Sultan Nazrin Shah
IPOH - Kebijaksanaan dan keperibadian serta pekerti tinggi dimiliki Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pastinya dapat membantu dalam memperkukuhkan institusi raja di negara ini.
Terkenal sebagai sultan yang sentiasa melontarkan idea-idea bernas selain teguran membina, pemilihan Sultan Nazrin sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong merupakan berita gembira buat seluruh rakyat Perak.
Anggota Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid berkata, beliau mewakili penduduk Bandar Diraja itu amat berbangga dengan pemilihan Sultan Nazrin yang terkenal sebagai pemimpin yang bersikap rendah diri dan berjiwa rakyat.
"Pemilihan tersebut akan memberi satu sejarah yang sangat cemerlang di negara ini. Kami mendoakan kesejahteraan tuanku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Sultan Nazrin Shah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong mulai 13 Disember 2016 untuk tempoh lima tahun oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara hari ini.
Ketua Penerangan Veteran Umno Perak Datuk Mohd Sani Supi pula berkata Veteran Umno Perak merafakkan sembah setinggi tahniah atas pemilihan Sultan Nazrin dan pastinya seluruh rakyat berasa bangga.
"Sebagai ilmuan tersohor dan berkeperibadian terpuji, tuanku akan menambah wibawa dan kemuliaan kepada Institusi Raja Berperlembagaan di negara ini. Semoga perlantikan itu mendapat keberkatan Allah," katanya.
Di KUALA KANGSAR, Imam Utama Masjid Diraja Ubudiah, Abdul Hadi Khadri,43, berkata pemilihan Sultan Nazrin untuk jawatan tersebut amat membanggakan rakyat Perak amnya serta penduduk Kuala Kangsar khasnya.
"Dengan keperibadian dan pendidikan yang tinggi, kami rakyat Perak percaya baginda dapat menyumbang khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara," katanya.
Senada dengan Abdul Hadi adalah pesara guru, Nazri Osman,81, yang berkata Sultan Perak itu sememangnya dikenali sebagai seorang pemimpin yang berdisiplin dan bijaksana.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan Muhammad V prihatin terhadap masjid, Islam

Posted: 14 Oct 2016 05:53 AM PDT


KOTA BHARU - Sultan Kelantan Sultan Muhammad V, yang dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu, dilihat begitu prihatin dalam soal masjid dan agama Islam.
Imam Besar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik), Muhammad Hana Pizi Abdullah, berkata baginda sering berada di masjid termasuk di Masjid Muhammadi yang merupakan masjid negeri.
"Kami warga masjid amat dekat dengan tuanku kerana baginda cukup prihatin dengan masjid dan agama. Seperti yang diketahui umum, tuanku seorang sultan yang memang mendekati dan selalu berada di masjid dan selalu dapat ditemui rakyat," katanya kepada Bernama di sini.
Menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, Sultan Muhammad V dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja kali ke-243 (Khas) di Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.
Pelantikan itu berkuat kuasa 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun, menurut kenyataan itu. 
Muhammad Hana Pizi berkata kehadiran baginda di masjid menjadikan tuanku begitu dekat dengan rakyat.
"Tuanku pernah mengimamkan solat hajat di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV yang disertai ribuan jemaah beberapa tahun lalu," katanya.
"Kami yakin tuanku mampu melaksanakan tugas sebagai Yang di-Pertuan Agong dengan cemerlang dan membawa negara ke mercu kejayaan sebagaimana yang telah tuanku lakukan di negeri Kelantan terutama dari segi asas-asas agama yang diperkukuhkan oleh tuanku," katanya.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata beliau yakin pemilihan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong akan menjadi lambang penyatuan kepada seluruh rakyat Malaysia secara am dan penduduk Kelantan khasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)