Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 9:49 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Skandal 1MDB, ‘rusuhan Baju Merah’ merisikokan ekonomi – Pelabur industri

Posted: 12 Oct 2016 08:36 PM PDT

Skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pergaduhan puak Baju Merah menghalang konvoi Bersih 5 dalam dua minggu kebelakangan ini mula menimbulkan ketakutan dalam kalangan pelabur asing yang menilai masa hadapan ekonomi Malaysia.
Ketakutan itu tidak pernah berlaku dalam pemerintahan lain-lain perdana Menteri selain Najib Razak, biar pun Malaysia lebih tiga kali dilanda kemelesetan ekonomi pada 1975, 1985 dan 1998. Kebimbangan kali ini, menurut seorang pelabur asing yang mahu dikenali sebagai Jameson Tan, adalah berkaitan huru-hara sosial yang sukar dipulihkan.
"Walaupun puak baju merah dan pemimpin mereka telah membuat ugutan serta mengungkit peristiwa hitam 13 Mei, tiada tindakan serius (oleh polis) diambil ke atas mereka. Situasi ini menakutkan pelabur. Ia jangan dibiarkan berterusan.
"Selain daripada itu, satu soalan yang perlu ditanya ialah adakah parti politik tertentu merestui dan menyokong tindakan puak baju merah ini?" katanya yang memiliki kilang di kawasan industri Sungai Buloh, Selangor.
Beliau berpendapat, situasi politik negara pada masa ini amat menakutkan pelabur. Jameson tidak berselindung bahawa beliau sedang memikirkan sama ada mahu menarik keluar pelaburannya atau pun tidak.
Katanya, kerajaan Malaysia seolah-olah belum mahu membuat sesuatu untuk menghentikan tindakan ganas dan ugutan dari puak baju merah.
"Polis lambat bertindak ke atas mereka. Apakah makna ini semua? Saya juga ingin tahu siapakah dalang utama di belakang puak itu?" tanyanya lagi.
Beliau memberi amaran bahawa ekonomi Malaysia akan runtuh sekiranya berlaku tindakan ganas pada perhimpunan Bersih 5, 19 November depan.
Menurutnya, kerajaan Malaysia harus tahu selepas kelembapan ekonomi dunia pulih maka Malaysia akan ketinggalan jauh di belakang negara-negara Asia lain sekiranya puak baju merah bertindak ganas, kerana keganasan akan mengakibatkan pelabur asing menarik keluar modal dan membawanya ke negara jiran yang lebih terjamin keselamatan.
Satu lagi situasi yang mengganggu, kata Jameson, ialah kurangnya tindakan tegas daripada polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara serta Bank Negara menangkap dan mendakwa pihak-pihak yang terlibat dalam skandal1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

MALAYSIA SEBUAH NEGARA ‘RASUAH’ DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN ISLAM RASUAH?

Posted: 12 Oct 2016 08:34 PM PDT


Selama mana lagikah kita mahu membiarkan untuk menanggung malu dengan perbuatan pihak berkuasa dan institusi  antarabangsa – sama ada syarikat atau bank – mencemarkan nama negara di peringkat antarabangsa?
Apakah pemimpin kita, khususnya Perdana Menteri terpaksa buat 'bukan tebal' dengan tuduhan dan nista yang merendah-rendah maruah rakyat dan negara?
Tidak malukah kita daripada sebuah negara yang mendapat pelbagai pujian, termasuk sebuah negara Islam yang ekonominya berkembang pesat kini digelar sebuah negara 'rasuah'?
Tidak malukah pemimpin kita yang selama ini diagung-agungkan sebagai pemimpin berwibawa kini disebut diperingkat antarabangsa sebagai 'pemimpin rasuah'?
Apakah 'damage control' yang dilakukan oleh pemimpin dan kerajaan untuk menghilangkan calar ini?
Apa langkahnya dan berapa lama lagi?
Sebagai rakyat, kita wajib bertanya untuk mengetahui, apa lagi kerajaan yang memerintah sekarang adalah kerajaan yang dilantik secara demokrasi oleh rakyat.
Rakyat wajar diberitahu apa tindakan kerajaan apabila Pejabat Peguam Negara (OAG) Switzerland mulai semalam sudah memulakan prosiding jenayah terhadap Falcon Private Bank (Falcon) kerana gagal menghalang kesalahan berkaitan dengan penyelewengan dana firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bank (1MDB).
Jangan kerana 1MDB sebagai entiti perniagaan, ia tidak ada kena mengena dengan rakyat. Ini kerana ia ada kaitan secara terus dengan Kementerian Kewangan dan Perdana Menteri.
OAG membuat keputusan memulakan prosiding adalah berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh siasatan dalam kes 1MDB dan isu-isu yang dibangkitkan dalam keputusan Finma dari awal bukan ini (Oktober 2016).
Tindakan itu dibuat kerana OAG mengesyaki kekurangan seliaan dalam organisasi dalaman Falcon Private Bank dan dipercayai akibat kekurangan ini, bank itu tidak dapat menghalang pelakuan kesalahan itu yang kini disiasat dalam prosiding jenayah yang berkaitan dengan 1MDB.
Pendedahan oleh Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland atau Swiss Financial Market Supervisory Authority (Finma) kelmarin bahawa kira-kira AS$ 3.8 bilion dana berkaitan 1MDB disalurkan melalui Falcon Private Bank menimbulkan banyak pertanyaan.
Malah, menurut Finma, dana itu termasuk melalui urusniaga AS$681 juta dan pembayaran balik AS$620 juta enam bulan kemudian.
Pihak berkuasa kewangan itu memang tidak memberikan butirannya tetapi jumlah itu dikatakan  sepadan dengan AS$ 681 juta yang diterima oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tindakan pihak berkuasa Switzerland yang memaparkan urusniaga yang dipersoalkan terhadap Falcon dengan sendirinya  menjadikan "derma Arab" RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri menjadi tumpuan semula.
Memang tiada butiran sejauh ini bagaimana AS$681 juta itu berakhir dan bila urusniaga itu dilakukan.

Tetapi Jumlah itu dirujuk sebagai RM2.6 bilion berdasarkan kadar pertukaran ketika itu  sepadan dengan "derma" yang disalurkan ke akaun bank Najib pada tahun 2013.
Finma turut mendakwa Falcon melakukan "pelanggaran serius" peraturan pengubahan wang haram dalam urusannya dengan "seorang ahli perniagaan muda Malaysia yang mempunyai kaitan dengan individu tertentu kerajaan Malaysia".
Ia tidak menamakan "ahli perniagaan muda" itu, namun spekulasi mengenai orang muda itu banyak ditujukan kepada Jho Low yang dikatakan rapat dengan keluarga Najib.
Jangan lupa, Jho Low adalah antara mereka yang dinamakan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung dakwaan penyelewengan berkaitan dengan dana 1MDB.
Read More / Baca Lagi >>

Nasrudin Tantawi dinasihat tidak tegak benang basah

Posted: 12 Oct 2016 08:28 PM PDT


Dokumen mahkamah mencatatkan kekesalan Nasrudin menerbitkan artikel yang mengelirukan tentang Guan Eng.Dokumen mahkamah mencatatkan kekesalan Nasrudin menerbitkan artikel yang mengelirukan tentang Guan Eng.
Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan dinasihati agar tidak mengalihkan isu kegagalannya membayar kos RM10,000 yang diperintahkan mahkamah dengan menimbulkan perkara-perkara yang kurang relevan, nasihat Pegawai Khas Undang-undang kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Raja Syarafina Raja Shuib.
Malah Ketua Penerangan Pas itu diminta menerima hakikat bahawa beliau telah melahirkan perasaan kesal dan menarik balik artikel yang memfitnah Guan Eng tanpa syarat selepas disaman malu dan diarahkan membayar kos RM10,000.
"Janganlah cuba menegakkan benang yang basah!" kata Raja Syafarina menjawab kenyataan akhbar Nasrudin.
Menjawab kenyataan Nasrudin, Raja Syafarina menjelaskan bahawa penghakiman termeterai (sealed order) dengan tuntutan pembayaran RM10,000 telah diserahkan kepada peguamcara Nasrudin pada 19 September lalu.
"Walaupun YB Nasrudin berada di luar negara sehingga akhir September 2016, pihak kami tidak pernah menerima apa-apa permohonan lanjutan masa untuk pembayaran daripada YB Nasrudin dan/atau peguam beliau dalam tempoh tersebut.
"Dalam zaman internet ini yang membolehkan komunikasi merentasi sempadan negara dengan cepat, takkan payah sangat untuk YB Nasrudin memaklumkan kepada kami bahawa beliau perlukan masa untuk membayar?" soal beliau.
Raja Syafarina menambah, oleh kerana tiada bayaran diterima sebelum luputnya tempoh pada 2 Oktober lalu, peringatan pembayaran bertarikh 7 Oktober telah dihantar kepada peguam Nasrudin dan diterima pada 11 Oktober.
Walaupun tiada pembayaran dibuat selepas tiga minggu berlalu, Raja Syafarina kesal kerana Nasrudin sebaliknya memilih untuk menyerang beliau dalam kenyataan akhbar.
Beliau turut menegaskan bahawa Nasrudin boleh didakwa menghina mahkamah kerana enggan menjelaskan bayaran yang diperintahkan mahkamah.
"Meskipun saya mempunyai kelulusan undang-undang dan pengalaman, saya terharu dengan kesanggupan YB Nasrudin untuk mengajar pemahaman konsep dan prosedur undang-undang.
"Beliau harus ingat bahawa Penghakiman Persetujuan tersebut ialah arahan daripada mahkamah yang mulia untuk beliau membuat bayaran sebanyak RM10,000 kepada YAB Ketua Menteri sebagai kos serta membuktikan bahawa beliau menzahirkan perasaan kesal beliau atas tuduhan yang tidak berasas ke atas YAB Ketua Menteri dan menarik balik artikelnya," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Sunni, Syiah Rebut Kuasa Timbulkan Isu Keselamatan - Dr Mohd Asri

Posted: 12 Oct 2016 08:16 PM PDT

Sunni Sama Sunni Bertelagah, Syiah Kian Berkembang - Dr Mohd Asri

Posted: 12 Oct 2016 08:14 PM PDT

Pertubuhan, Ahli Politik Dalang Sebar Syiah Di Perlis - Dr Mohd Asri

Posted: 12 Oct 2016 08:14 PM PDT

Jangan bawa ‘spring’ ke negara ini – Hadi

Posted: 12 Oct 2016 07:49 PM PDT


KUALA LUMPUR  – Pas mengingatkan pembangkang agar jangan sesekali mencipta musim atau 'spring' yang tiada di negara ini semata-mata untuk menggulingkan kerajaan dengan menganjurkan Bersih 5.0 kerana najitahnya merugikan semua pihak.
Tampil dengan kenyataan paling tegas setakat ini, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pembangkang perlu insaf serta mengambil iktibar daripada 'Arab Spring' yang kini diibaratkan buah beracun sehingga meragut nyawa tanpa batas.
Beliau yang tampil menyatakan pendirian itu sehari selepas Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan mengulangi pendirian Pas menolak Bersih 5.0 menambah, 'Arab Spring' diharapkan berbuah lazat tetapi realitinya hanya menghasilkan ulat dan racun.
"Buahnya berulat dan beracun, membunuh mangsanya lebih dahsyat daripada wabak penyakit biasa sehingga meragut mangsanya tanpa batas. Banyak darah yang telah mengalir, korban yang gugur, menjadi pelarian serta menunggu giliran (untuk dibunuh).
"Di Malaysia tiada musim bernama 'spring', yang ada hanya musim hujan dan kemarau. Maka jangan ciptakan musim yang tidak ada di sini. Tunggu dan beristiqamah bersama Islam, nescaya selamat. Adapun tanpa Islam menjadi laknat," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Pas sejak Bersih 4.0 konsisten menolak demonstrasi jalanan bagi menggulingkan kerajaan, selepas memutuskan tidak mahu lagi diperkudakan DAP sekali gus menyebabkan pembangkang gagal menghimpunkan jumlah penyokong mereka seperti siri terdahulu.
Read More / Baca Lagi >>

Politik samseng seperti bom jangka

Posted: 12 Oct 2016 07:47 PM PDT


Pertembungan kumpulan Baju Merah dan Baju Kuning telah membawa kita ke satu ceruk budaya yang menjengkelkan. Apakah ini petanda bahawa samseng kini sudah diterima dalam politik kita?
Bukanlah hendak dikata insiden seumpama itu tidak pernah berlaku namun dahulu, ia adalah kes sangat terpencil. Satu daripada kes yang tidak banyak itu ialah peristiwa serangan oleh sekumpulan orang terhadap kumpulan petugas Pas yang sedang memasang poster Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Padang Terap di Felda Lubuk Merbau, Kedah pada 18 Januari 1985. Seorang daripada mangsa adalah AJK Pas Pusat waktu itu, Ustaz Othman Talib. Dia cedera parah dipukul hingga akhirnya membawa kepada kematian.
 Namun dalam beberapa tahun kebelakangan, keganasan semacam jadi metod politik yang diterima walaupun tidak secara rasmi.
Bermula era reformasi, budaya demonstrasi oleh kumpulan yang membantah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah jadi satu cara untuk melampiaskan kehendak politik. Namun apa yang bermula sekadar sebagai 'unjuk rasa' itu apabila sudah tidak dapat dikawal telah menyebabkan meletusnya keganasan, dan ia adalah sangat mudah untuk berlaku dalam mana-mana situasi tegang!

Korup
Ketika itu, yang jadi sasaran adalah anggota pasukan keamanan. Mereka diancam, diserang, diterajang malah kenderaan milik kerajaan digodam dan diterbalikkan. Petugas keamanan diperlakukan sedemikian hanya kerana dituduh bersubahat dengan kerajaan yang korup!
Lebih malang apabila ada pemimpin politik yang bukan sekadar merestui malah turut sama dalam aksi provokasi.
Mereka tidak pun menegah gelagat melampau penyokong yang tidak matang sebaliknya menjadikan itu sebagai ruang untuk meraih sokongan. Mereka bakar semangat anak-anak muda hingga golongan itu selesa dengan keganasan yang dilakukan!
Itulah yang berlaku ketika era reformasi yang kemudian menginjak kepada apa yang dikenali sebagai Bersih hari ini. Penyokong Bersih dikenali dengan imej Baju Kuning dan rata-rata mereka adalah penyokong parti pembangkang.
Jika selama ini, mereka seakan bertepuk hanya sebelah tangan, kini gayung mereka bersambut!
Muncul kumpulan Baju Merah yang berdiri di sebelah garisan parti pemerintah.
Apa yang membimbangkan ialah pertembungan dua kumpulan ini seakan tidak lagi dipandu akal waras. Tindak-tanduk mereka dipacu emosi hingga mencetuskan insiden-insiden ganas. Ini, jika dibiarkan akan membawa kepada peningkatan tahap keganasan, malah mungkin perang saudara pada masa hadapan. Dalam keadaan ini, apakah munasabah untuk ahli politik yang 'membela' dan 'dibela' oleh mereka sekadar berpeluk tubuh sambil menafikan penglibatan?
Walhal, siapa kepalanya adalah terang-terangan berjawatan ketua dalam parti mereka sendiri.
Namun itu bukanlah bermakna budaya samseng membabitkan penyokong Umno – yang lebih mudah disebut sebagai kumpulan Baju Merah – direstui oleh semua orang Umno.
Pemimpin veteran Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh ketika mengulas tindak-tanduk ganas kumpulan itu berkata, Umno selama ini diberi kepercayaan oleh rakyat untuk terus memerintah kerana dilihat sebagai parti yang rasional.
"Kita tidak menang kerana sikap keras dan 'gedebe' pendokongnya. Ketika Pas diselubungi politik ekstrem ketika zaman amanat Haji Hadi, Umno pula terlihat cukup moderat. Pada ketika DAP sangat cauvinis, Umno memimpin BN dengan kompromi dan tolak ansur. Saya yakin, majoriti rakyat menolak politik demonstrasi," kata bekas Ketua Penerangan Umno Perlis itu.

Kaum
Read More / Baca Lagi >>

Tiada siapa persoal legasi Dr M, kata Salleh

Posted: 12 Oct 2016 07:44 PM PDT

Menteri komunikasi itu berkata legasi Dr Mahathir seperti kereta nasional Proton bukan sesuatu yang boleh dipadam.
salleh-mahathir-klcc
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini mempersoalkan dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduh pentadbiran Najib cuba memadam legasi beliau dengan usaha membunuh industri kereta nasional Proton yang diilhamkannya.
Menteri komunikasi dan multimedia itu berkata jika benar apa didakwa, banyak lagi legasi bekas perdana menteri itu boleh dihapuskan.
"Jika kerajaan mahu menghapuskan legasi beliau, sudah tentu KLCC turut dirobohkan namun kerajaan hari ini berpaksikan kepada rakyat didahulukan iaitu membangunkan kemudahan yang dapat memanfaatkan rakyat secara keseluruhan dan bukan segelintir golongan sebagaimana berlaku di era pentadbiran beliau," kata Salleh menjawab catatan blog Dr Mahathir semalam.
Semalam, Dr Mahathir mendakwa kerajaan cuba memadam terus namanya daripada Proton dengan menghalang kakitangan menjalinkan sebarang kerjasama dengan penyokongnya.
"Nama saya tidak boleh dikait dengan Proton. Ia hendaklah dijual kepada orang asing 100% supaya industri kereta nasional dihapuskan. Hanya kereta import sahaja yang boleh dijual di Malaysia. Jangan ada apa-apa yang dimulakan oleh saya. Biar hancur industri tempatan asalkan Najib puas hati," katanya yang menambah Datuk Seri Najib Razak mahu "bankrapkan" Proton.
Read More / Baca Lagi >>

Bagaimana mahu mentaati kerajaan dan pemimpin pendusta..??

Posted: 12 Oct 2016 07:03 PM PDT

AMENO guna Islam... tetapi mereka lupa Islam tu adil dan jelas panduannya, TIDAK MENGAJAR PEMIMPIN BERDUSTA KEPADA RAKYATNYA...

SWISS AG HERET FALCON KE MAHKAMAH: YES! SEMOGA KES RM2.6 BIL BAKAL TERUNGKAI

Posted: 12 Oct 2016 06:58 PM PDT


Begitu cepat sekali AG Swiss buat keputusan mahu mendakwa Falcon Bank atas kesalahan jenayah ! Baru semalam beliau kata mahu menimbangkan perkara itu, dan hari ini dah set.
Mungkin pelik bagi kita sebab kita di sini dah terbiasa dengan cara AG kita yang makan masa berbulan2 sebelum ambil keputusan nak kaji fail siasatan, dan berbulan2 sebelum buat keputusan nak dakwa. Di Switzerland mungkin perkara normal kot ….
Dari portal Swiss Government
Like the criminal proceedings opened against the BSI Bank SA on 23 May 2016, the opening of the criminal proceedings on 12 October 2016 against the Falcon Private Bank Ltd is based on information revealed by the investigations relating to 1MDB and on issues raised in the enforcement decision made by FINMA from early October 2016. The information suggests that the offences of money laundering (Art 305bis SCC) currently under investigation in 1MDB case could have been prevented had the Falcon Private Bank Ltd been adequately organised.
Terjemahan Mkini –  "Keputusan memulakan prosiding adalah berdasarkan maklumat yang didedahkan oleh siasatan dalam kes 1MDB dan isu-isu yang dibangkitkan dalam keputusan Finma dari awal Oktober 2016. OAG mengesyaki kekurangan seliaan dalam organisasi dalaman Falcon Private Bank.
"Adalah dipercayai akibat kekurangan ini, bank itu tidak dapat menghalang pelakuan kesalahan itu yang kini disiasat dalam prosiding jenayah yang berkaitan dengan 1MDB,"
Berpunca dari skandal 1MDB !
Apapun, ini satu perkembangan yang positif dalam usaha kita membongkar rahsia disebalik skandal 1MDB.  Nak harapkan pihak berkuasa dalam negara, memang hampeh la. Semua kata tidak ada masalah.
Maka terpaksalah kita mengharapkan usaha2 pihak luar untuk mencari Kebenaran.
Dalam konteks ini, sewajarnya kita berterimakasih kepada Datuk Khairuddin dan Matthias Chang yang membuat report kepada pihak2 berkuasa luar itu tentang skandal 1MDB.
Paling menarik dengan tindakan Swiss AG ini, kita harap akan mendapat pencerahan mengenai transaksi USD681 juta atau yang kita kenali sebagai kes RM2.6 bil . Kes ini turut disebut oleh FINMA semalam.  ( KLiK )
Manalah tahu, kes itu akan diperdengarkan di mahkamah Swiss dan akan diperincikan apa yang berlaku di peringkat bank.
Sekadar mengimbas kembali …. ingat tak lagi slip transaksi yang bikin heboh tahun lepas di mana para macai dan balaci Najib sibuk memainkan isu SWIFT CODE yang tercatat dalam slip itu konon kod itu palsu. Ketika itu Najib belum mengaku yang duit RM2.6 bilion itu ada diterima dalam akaunnya.
Selepas saja Najib mengaku, para macai dan balaci Najib terkedu semuanya. Tidak mereka sangka bakal dikencing dek bos sendiri ! Dengan sendirinya hujah SWIFT CODE hilang ditiup angin lalu ….
Fakta dari slip transaksi di atas adalah –
Bank Pengirim – Wells Fargo , New York
Bank Penerima – AmIslamik KL
Pelanggan – TANORE FINANCE BVI
Arahan Melalui – menggunakan Swift Code UEBESGSG
Semakan SWIFT CODE mendapati UEBESGSG itu  adalah FALCON BANK SINGAPURA 
Nah …. itu connection nya !
Pelik kan …. bank di Singapura, dah dekat sangat dah. Tapi digunakan bank di New York untuk transfer duit itu ke Kuala Lumpur.
Juga sebagai peringatan jejak wang ( Money Trail ) sepertimana yang disebut oleh DOJ, lihat kembali rajah di bawah –
Read More / Baca Lagi >>

Membalak di rizab sungai, musnahkan kubur Orang Asli

Posted: 12 Oct 2016 06:56 PM PDT

Sekumpulan Orang Asli dari Pos Gob menunjukkan tapak kubur Adik A/L Tengah di Kawasan Rondong yang musnah akibat kerja membalak. Sekumpulan Orang Asli dari Pos Gob menunjukkan tapak kubur Adik A/L Tengah di Kawasan Rondong yang musnah akibat kerja membalak.
Kerakusan syarikat pembalak di hulu Kelantan terbukti apabila berlakunya penebangan yang melanggar sempadan ditetapkan Jabatan Perhutanan sehingga menghapuskan kawasan perkuburan Orang Asli.
Tinjauan Malaysia Dateline semalam bersama-sama R Kelantan dan beberapa NGO alam sekitar mendapati aktiviti pembalakan berhampiran Sungai Jawai dilihat berlaku secara tidak terkawal apabila menceroboh rizab sungai tersebut.
Sisa-sisa kayu balak sehingga berdiameter satu meter dapat dilihat jelas di kawasan Rondong itu yang turut memuatkan kubur Adik A/L Tengah dari Pos Gob.
Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa) yang turut serta dalam siasatan itu menyifatkan kerja-kerja membalak berjarak kurang 50 meter dari sungai itu jelas melanggar syarat dan peraturan alam sekitar yang ditetapkan.
Presidennya, Hafizzuddin Nasarudin berkata, aktiviti pembalakan tidak lestari yang menghilangkan fungsi hutan sebagai kawasan tadahan hujan seperti berlaku di Gua Musang itu mencemarkan kualiti sungai yang juga menjadi sumber air bagi Orang Asli.

Read More / Baca Lagi >>

Gandingan Mahathir-Husam, politik Kelantan bergegar lagi esok

Posted: 12 Oct 2016 06:52 PM PDT

Ceramah di Kota Bharu yang diusahakan Zaid itu menghimpunkan tokoh politik Kelantan bersama Dr Mahathir untuk memberikan harapan kepada rakyat negeri itu.
KUALA LUMPUR: Politik Kelantan akan bergegar lagi esok apabila Tun Dr Mahathir Mohamad bergabung dengan tokoh politik Kelantan, Datuk Husam Musa, Datuk Zaid Ibrahim dan juga Datuk Rosli Ibrahim dalam program ceramah di Kota Bharu.
husamBuat pertama kalinya, Dr Mahathir akan berceramah satu pentas dengan Husam, kerana ketika bekas perdana menteri itu berucap di Padang Majlis Daerah Kota Bharu di Ketereh sebelum ini, Husam tidak dibenarkan bersama.
Ia merupakan syarat kerajaan negeri PAS jika Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu meneruskan majlis itu di padang milik kerajaan negeri.
"Saya yakin kali ini akan ramai orang menyertainya," kata Wan Johari Wan Omar, ketua Amanah Tumpat yang turut terlibat membantu program ini.
Zaid, yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, merupakan tokoh di belakang program ini.
Melalui sebuah NGO, beliau menganjurkan ceramah menghimpunkan tokoh pembangkang Kelantan bersama Dr Mahathir untuk sama-sama memberikan harapan kepada rakyat negeri itu yang mereka boleh menang melawan PAS.
Di bawah tema "Mengapa kita boleh menang", Zaid yakin menerima sambutan baik termasuk daripada pengundi di luar Kelantan dengan mensasarkan 10,000 kehadiran pada majlis yang akan diadakan di Tunjong itu.
"Kita bukan mahu menang Malaysia sahaja tetapi kita mahu menang Kelantan juga. Kita nak sapu bersih dan membawa era baru di Kelantan," kata Zaid kepada FMT, menyokong gelombang yang dibawa Husam ke Kelantan.
Jika menang pusat dan Kelantan, kata Zaid, rakyat negeri pantai timur itu paling untung kerana Dr Mahathir sebelum ini sudah berjanji memberikan royalti minyak untuk Kelantan yang tidak pernah diperolehi sebelum ini.
Sejak menyertai Amanah 30 Ogos lepas, Husam menggempur Kelantan habis-habisan.
Dua hari lalu, beliau menubuhkan 22 cawangan Amanah di Machang.
Di majlis pengumuman kemasukan ahli baharu ke dalam Amanah di Cyberjaya, Husam secara peribadi meminta izin rakyat Kelantan agar Amanah mengambil alih negeri Kelantan daripada PAS bagi mengelakkannya jatuh ke tangan Umno dalam pilihan raya umum nanti.
Husam yakin, Amanah akan mendapat sokongan paling tinggi di negeri itu walaupun jika berlaku pertandingan 3 penjuru dengan PAS dan BN.
Read More / Baca Lagi >>

Siti Kasim dakwa Kelantan sekat jalan masuk kampung Orang Asli

Posted: 12 Oct 2016 06:46 PM PDT

Peguam itu berkata Jabatan Perhutanan dan Pejabat Tanah menghalang jalan masuk ke kampung Orang asli di Gua Musang yang membantah pembalakan dijalankan di situ.
siti kasimPETALING JAYA: Peguam dan aktivis Siti Kassim hari ini mendakwa Jabatan Perhutanan dan Pejabat Tanah menutup laluan ke perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan.
Dalam posting di Facebooknya jam 8 malam tadi, Siti berkata beliau dihalang dalam satu sekatan di kawasan itu hari ini.
"Mereka halang semua orang kecuali Orang Asli," katanya.
Siti berkata ini bermakna tidak ada sesiapa boleh menghantar bantuan makanan ke kampung itu dan Orang Asli juga dihalang hak mereka untuk mendapatkan bantuan guaman.
Katanya, beliau akan membuat laporan polis kerana tidak dibenarkan masuk bertemu anak guamnya dan dihalang menghantar bekalan kepada Orang Asli.
Masyarakat Orang Asli di situ marah kerana aktiviti pembalakan dijalankan di hutan itu. Sekatan jalan yang mereka letakkan sebelum itu menghalang pembalak masuk, dipecahkan.

Dr Vida didakwa hari ini elak cukai RM4 juta

Posted: 12 Oct 2016 06:44 PM PDT

Jutawan kosmetik itu akan dihadapkan ke mahkamah di Ipoh hari ini kerana kesalahan mengelak GST.
vidaPETALING JAYA: Usahawan terkenal Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali Dr Vida akan didakwa di Mahkamah Seysen di Ipoh hari ini atas kesalahan mengelak cukai barangan dan perkhidmatan (GST), lapor Berita Harian.
Pengasas syarikat kosmetik Vida Beauty itu akan didakwa dengan 3 kesalahan di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 2014, iaitu lewat membuat pendaftaran GST, gagal mengemukakan penyata GST dan gagal membayar cukai itu.
Semua kesalahan Dr Vida itu dipercayai membabitkan jumlah cukai yang tidak dijelaskan berjumlah hampir RM4 juta.
Berita Harian memetik sumber berkata jutawan kosmetik itu memamklumkan syarikatnya sudah mendaftar dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia, namun belum menjelaskan cukai GST.
Beliau dilaporkan kecewa kerana tidak dimaklumkan oleh kastam yang dirinya akan dihadapkan ke mahkamah hari ini, sebaliknya hanya mengetahui melalui media.
"Vida mendakwa kes itu berlaku kerana masalah teknikal dan salah faham," kata sumber dipetik akhbar itu.
Awal tahun ini, produk kecantikan Qu Puteh yang dikeluarkan Vida Beauty terpaksa dipanggil balik selepas diharamkan Kementerian Kesihatan kerana kandungan merkuri.

Naikkan cukai haram tampung Biasiswa Nasional - PERKASA

Posted: 12 Oct 2016 06:34 PM PDT

Ibrahim Ali 'rela mati seorang diri, takkan gadai prinsip'

Posted: 12 Oct 2016 06:33 PM PDT

Tidak ada kepentingan rebut jawatan PM, kata Anwar

Posted: 12 Oct 2016 07:47 AM PDT

Kepentingan rakyat dan negara buat masa ini akan mengubah sistem kerajaan sedia ada, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyampaikan kenyataan itu melalui isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Wan Azizah berkata, tidak ada kepentingan buat Anwar bertanding atau merebut jawatan perdana menteri.
"Ada satu soalan yang diajukan kepadanya iaitu adakah beliau (Anwar) masih mahu bertanding.
Anwar Ibrahim "Beliau kata ia tak penting tapi yang lebih penting perlu tukar kerajaan yang menindas kita," katanya selepas selesai menghadiri prosiding yang membabitkan suaminya di Mahkamah Persekutuan, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai prosiding yang berjalan di mahkamah, Wan Azizah memuji hujah pasukan peguam yang mewakili Anwar.
"Hujah mereka memang terbaik sepanjang prosiding tadi.
"Anggap sahajalah semua ini ujian untuk kita dan Malaysia," katanya.
Pada masa sama, Wan Azizah juga sempat berkongsi keadaan semasa suaminya itu kepada penyokong-penyokong Himpunan Bebaskan Anwar bersebelahan perkarangan Mahkamah Persekutuan.
"Terima kasih kepada semua yang bersusah payah datang. Beliau sampaikan salam dan doa untuk kita semua supaya kita dapat menukar dan ubah sistem kerajaan sekarang ini.
"Beliau sihat tapi keadaan tangannya tidak berapa baik. Pada hari jadinya yang lepas beliau ada berkata, kalau tak boleh angkat tangan kanan.
"Angkatlah tangan kiri kalau tidak boleh sikit pun kita boleh berdoa, asalkan ada sumbangan sikit pun jadilah," katanya lagi sebelum meminta kumpulan penyokong himpunan bersurai.

Bekas KPN terkejut skandal rasuah RM3.3 bilion

Posted: 12 Oct 2016 07:27 AM PDT

Musa Hasan

Skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan projek infrastruktur di Sabah yang bernilai RM3.3 bilion mengejutkan banyak pihak.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan tidak menyangka ia membabitkan dana kerajaan yang sangat besar.
"Saya sendiri terperanjat melihat jumlah itu. Tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya kepada media selepas Seminar Integriti dalam Perkhidmatan Awam dan Majlis Penutup Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) Siri 16 dan 17, di sini, hari ini.
Menurutnya, semua pihak perlu mengambil iktibar agar tidak melakukan perkara sama.
"Jangan jadikan budaya. Jika tidak, negara akan rosak dan imej akan terjejas," katanya.
Beliau berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melakukan tanggungjawab mereka dengan baik sehingga skandal rasuah terbesar tersebut berjaya ditumpaskan.
"Saya harap usaha ini akan berterusan dan jangan ada lagi mana- mana kakitangan kerajaan yang terlibat. Ia memalukan," katanya.
Musa berkata, sewaktu dalam perkhidmatan, beliau juga pernah ditawarkan RM2 juta sebulan namun ditolak.
"Bayangkan duit kopi Ketua Polis Negara RM2 juta sebulan, tapi saya tidak terima. Mereka ditangkap dan dituduh di mahkamah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
"Saya tidak tahulah sama ada budaya duit kopi diteruskan atau tidak selepas perkhidmatan saya," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kerana sayang, setiausaha BERSATU tinggalkan UiTM

Posted: 12 Oct 2016 07:08 AM PDT

Datuk Dr Shahruddin Md Salleh meletakkan jawatannya sebagai anggota lembaga pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkuat kuasa semalam.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jorak berkata, langkah itu diambil sebagai jalan tengah supaya UiTM tidak dipersalahkan jika beliau dipecat.
"Saya ambil keputusan untuk melepaskan jawatan tersebut kerana ada suara untuk memecat saya kalau saya tak hantar peletakan jawatan saya.
"Saya ambil jalan tengah dan saya pun tak mahu UiTM dipandang tidak adil kepada saya, jadi buat satu surat untuk peletakan jawatan sebagai anggota lembaga pengarah," kata Shahruddin.
Dalam temu bual eksklusif dengan Malaysiakini hari ini, setiausaha agung Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) itu bagaimanapun kelihatan masih mempunyai ikatan emosi dengan universiti yang banyak melahirkan graduan bumiputera itu.
Ini mungkin kerana bukan sahaja menjadi anggota lembaga pengarahnya, Shahruddin bahkan pernah menjadi pensyarah kejuruteraan awam di situ.
Malah, beliau ketika bertegur sapa dengan wartawan Malaysiakini turut bertanya jika ada sesiapa yang menjadi lepasan UiTM di portal itu.
Empat hari lepas Shahruddin dipecat serta-merta sebagai pengerusi lembaga pengarah Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), kira-kira 24 jam selepas dilantik sebagai setiausaha agung BERSATU.
Lebih popular jika dipecat
Berkunjung ke pejabat Malaysiakini di Petaling Jaya, hari ini, Shahruddin mengakui beliau mungkin akan lebih popular sekiranya dipecat.
Bagaimanapun, katanya, beliau memilih berundur sendiri kerana bimbang reaksi balas negatif pada pusat pengajian tinggi awam itu.
Read More / Baca Lagi >>

Apa salah jadi penasihat PFP, tengok Najib - MP Umno

Posted: 12 Oct 2016 07:05 AM PDT

Anggota Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin menegaskan beliau tidak berbuat sesuatu yang salah dalam menerima jawatan penasihat dalam Parti Front Pulau Pinang (PFP) yang baru ditubuhkan walaupun tidak disenangi Umno Pulau Pinang.
Setakat yang diketahuinya, kata Zahidi, Pengerusi BN dan Presiden Umno yang merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak juga merupakan penasihat daripada Malaysia Makkal Sakti Party berteraskan Hindu dan "tidak ada masalahpun".
Najib telah melancarkan Makkal Sakti pada 10 Oktober 2009 dan berkata pada masa itu beliau akan bekerjasama dengan mana-mana pihak atau badan bukan kerajaan yang disokong slogan 1Malaysia.
"PFP adalah parti Cina dan mereka meminta nasihat saya untuk bertanding menentang DAP. Jadi saya berikan nasihat. Mereka tidak mengatakan mahu bertanding kerusi Umno, jadi itu baik bagi saya, "Zahidi kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
"Umno tidak perlu bimbang kerana tidak ada kena mengena dengan Umno. MCA dan Gerakan juga boleh meminta nasihat saya selagi mereka anti-DAP, saya akan nasihati mereka," ujar beliau.
Zahidi berkata, tindakannya itu bukan 'tidak beretika mahupun tidak sesuai" dan tidak menjadi kesalahan buat Umno selagi menasihati ahli-ahli PFP sebagai kawan dan tidak menyertai parti tersebut.
Tambah beliau, pihaknya hanya menasihatkan PFP mengenai rancangannya untuk bertanding di 25 kerusi di Pulau Pinang menentang kerana parti itu baru dan tidak berpengalaman.
Lagipun, beliau berasal dari Pulau Pinang dan memenangi kerusi Parlimen Padang Besar untuk Umno dengan majoriti yang besar, jelasnya lagi.
Zahidi berkata demikian bagi mengulas bantahan oleh Ketua Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Seri Zainal Abidin Osman terhadap PFP serta jawatan penasihat itu yang disandang Zahidi.

Sempena Asyura, Hadi seru penyatuan Sunni-Syiah

Posted: 12 Oct 2016 07:02 AM PDT

Presiden PAS berkata sedangkan ulama terkemuka Sunni dan Syiah zaman dulu pun boleh bersatu menentang pemerintahan zalim pada zaman masing-masing.
hadiPETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyeru umat Islam bermazhab Sunni dan Syiah di seluruh dunia kembali bersatu dengan mencontohi hubungan erat ulama kedua-dua mazhab itu suatu ketika dulu.
Hadi yang juga naib presiden Persatuan Ulama Sedunia berkata ulama terkemuka Sunni dan Syiah zaman dulu bersatu menentang pemerintahan zalim pada zaman masing-masing.
"Imam Abu Hanifah di penjara bersama Imam Jaafar al-Sadiq. Imam Syafie pula diheret bersama Imam Ziad kerana menentang kezaliman khalifah pada zaman mereka. Ini menunjukkan betapa Sunni dan Syiah boleh bersatu.
"Ulama Sunni dan Syiah sepakat bersedih dan mengutuk pembunuhan Husain, cucu kesayangan Rasulullah yang disebut sebagai Penghulu Pemuda di Syurga yang dibunuh syahid di Karbala," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, pihak berkuasa agama baru-baru ini membuat 2 tangkapan terhadap penganut mazhab Syiah yang mengadakan sambutan sempena memperingati kematian Husain pada Hari Asyura.
Majlis Agama Islam Melaka (Maim) menahan 2 lelaki warga tempatan ketika sedang membuat persiapan menyambut hari Asyura 2 hari lalu, manakala Majlis Agama Islam Selangor menyerbu majlis sambutan yang diadakan 50 penganut Syiah warga Pakistan semalam.
Hadi berkata beliau kecewa kerana keadaan jauh berubah dengan zaman sebelum ini apabila golongan Sunni dan Syiah kini saling bermusuhan dan lebih malang ia seperti disokong agamawan kedua-dua pihak.
"Dikeluarkan fatwa daripada kalangan ulama di negara masing-masing, hujahnya ialah mazhab Sunni yang wajib melawan Syiah dan di pihak Syiah pula wajib melawan Sunni.
"Barangkali, zaman kini sudah berubah, kiblat sembahyangnya lain dan kiblat politik dan ekonominya lain pula," katanya sambil membayangkan pengaruh luar yang turut menjadi faktor perpecahan mazhab itu.
Read More / Baca Lagi >>

Husam bakal datang esok, kerajaan negeri sekat ‘orang luar’ masuk

Posted: 12 Oct 2016 07:01 AM PDT

Masyarakat Orang  Asli membuat formasi Masyarakat Orang Asli membuat formasi "Help Us"(Bantu Kami) dalam menarik sokongan awam tentang ancaman pembalakan melampau yang seolah-olah tidak dipeduli kerajaan negeri.
Esok difahamkan pemimpin Amanah, Datuk Husam Musa dijadualkan akan menziarahi masyarakat Orang Asli di Hutan Simpan Kekal Balah, Gua Musang.
Namun, sumber dari Orang Asli di Pos Tohoi memberitahu pihak kerajaan negeri hari ini mulai mengadakan sekatan menghalang 'orang luar' masuk.
Sekatan itu dibuat di dua lokasi iaitu melalui Pos Tohoi selepas jambatan besi dekat kawasan lapang dan melalui Pos Bering dari arah Meranto.
Sekatan dilakukan Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan serta Pejabat Tanah dan Galian Kelantan itu juga berlaku sehari selepas ekspedisi NGO Royalti Kelantan bersama sekumpulan aktivis alam sekitar dan media meninjau lokasi terjejas dengan aktiviti pembalakan.
Dalam hal berkaitan, tinjauan ekpedisi berkenaan yang turut melalui alat penerbangan kawalan jauh atau drone mendapati kadar kemusnahan hutan simpan di Gua Musang amat kritikal dengan antaranya wujud kerja membalak di rizab sungai.

BERAPA BANYAK LAGI FIRMA JURUAUDIT 1MDB TERPAKSA ‘MANDI AIR BUNGA’?

Posted: 12 Oct 2016 05:25 AM PDT

"Juruaudit terbarunya, Deloitte  juga terpaksa menarik diri...audit tidak dapat diselesaikan kerana dokumen yang diperlukan telah dirampas oleh polis dalam satu serbuan pada Julai tahun lalu."
Kalau dulu-dulu kes seperti ini 'kena mandi bunga'. Ini kerana ia bagaikan terkena 'sumpahan'.
Apa tidaknya, selepas satu, satu pula diganti. Tidak berkesudahan. Malah kini dengan yang ketiga juga sudah tidak menjadi. Perlu digantikan dengan yang keempat.
Banyak alasan diberikan oleh pemiliknya tetapi yang nyata, syarikat ini bagaikan sudah tidak 'seelok' seperti yang cuba dipertahankan oleh pemiliknya dan sukar dijangka apa lagi 'bala' yang akan mendatang.
Itulah yang terjadi kepada syarikat pelaburan strategik negara – 1Malaysia Development Bank (1MDB) – apabila dimaklumkan bahawa juruauditnya, Deloitte kini terpaksa menarik diri.
Ini baharu dalam konteks pengauditan syarikat yang kini berdepan dengan siasatan di 10 negara, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura dan di negara sendiri.
Alasan diberikan oleh Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy semalam ialah firma audit Deloitte kini menarik diri kerana gagal menyiapkan laporan audit akaun firma pelaburan negara bagi tahun kewangan 2015.

Banyak pihak melalui media sosial bertanyakan ditahap mana audit 1MDB sedang dijalankan kerana ingin mengetahui kedudukan syarikat yang dikatakan bermasalah itu.

Akhir September lalu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Tan Sri Irwan Serigar Abdullah berkata juruaudit baru untuk 1MDB akan diumumkan tidak lama lagi. Beliau enggan mengulas mengenai soalan lain berkaitan 1MDB.
"Saya tidak mahu respon kepada itu, terima kasih," katanya ketika ditanya mengenai 1MDB pada sidang media di satu majlis di Kuala Lumpur. Irwan Serigar mengetuai lembaga pengarah baru 1MDB.
Semalam, ditanya oleh pelajar pada sesi town hall di Universiti Malaya di Kuala Lumpur -  mengapa juruaudit 1MDB seringkali diubah - beliau menjelaskan bahawa apabila syarikat asal 1MDB iaitu Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) ditubuhkan, Ernst dan Young (EY) dilantik sebagai juruaudit pertama.
Bagaimanapun,  apabila TIA diambil alih oleh kerajaan persekutuan dan menjadi 1MDB pada Julai 2009, juruauditnya diubah kerana pemilikan syarikat juga telah berubah.
Selepas itu KMPG dilantik menggantikan EY, tetapi EY pula menandatangani sebarang laporan tahunan 1MDB
Mengulas lanjut,  Arul Kanda terpaksa memberitahu pelajar malam tadi bahawa juruaudit terbarunya juga terpaksa menarik diri.
Arul Kanda memberitahu sesi itu audit tidak dapat diselesaikan kerana dokumen yang diperlukan telah dirampas oleh polis dalam satu serbuan pada Julai tahun lalu.

Polis pula dijadikan alasan? Apakah 1MDB tidak mempunyai salinan dokumen atau dokumen lain untuk sokongan?
Hakikatnya, 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  terpaksa mengunakan juruaudit Delloite selepas The Big Three 'gagal untuk melaksanakan kerja mereka'.

Sesi town hall di Universiti Malaya di Kuala Lumpur malam semalam.
 Apakah benar mereka gagal atau kerana sebab-sebab tertentu?
Sebuah blog, pada 30 Julai lalu mengulas mengenai firma juruaudit 1MDB ini mengemukakan pertanyaan, " Audit 1MDB - Juruaudit Antarabangsa Bermasalah Atau 1MDB Sorok 'Punca'?"
Walau apa alasan Arul Kanda, hakikatnya, Deloitte sebelum ini pernah menyatakan hasratnya menarik diri daripada menjalankan kerja sedemikian. Kenapa menyatakan demikian?
Ini terutamanya, selepas Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat  pada 20 Julai lalu mengemukakan dua saman sivil untuk menyita pelbagai aset dan harta tanah bernilai lebih AS$1 bilion.
DOJ mendakwa wang diperoleh aset dan harta itu adalah melalui wang (1MDB) yang diselewengkan.
Ada laporan  mengatakan Deloitte gagal menemui beberapa urus niaga dan tawaran yang dijalankan dan tidak dapat membuat audit yang 'sebenarnya'.
Ini termasuk AS$ 3.5 bilion bayaran 1MDB kepada penipuan Aabar Investment PJS Limited, selain AS$ 1.56 bilion pelaburan 1MDB Global Investment Limited dalam beberapa dana pelaburan dianggap 'kabur'.
Malah, kenyataan Deloitte yang merujuk kepada apa yang disebut melalui kenyataan yang  dibuat oleh DOJ itu. mengatakan:
"The complaint contains information, which, if known at the time of the 2013 and 2014 audits of 1MDB, would have impacted the financial statements and affected the audit reports and, accordingly, those audit reports issued by Deloitte Malaysia dated March 28, 2014 and Nov 5, 2014 respectively in connection with the 2013 and 2014 financial statements of 1MDB should no longer be relied upon." (Deloitte, 27 July, 2016)

Dengan notis Deloitte untuk menarik diri, bagi melepaskan tanggungjawabnya sebagai juruaudit dana kerajaan Malaysia itu, menjadikannya firma audit ketiga yang menamatkan khidmat dengan 1MDB sejak penubuhannya pada 2009.
Read More / Baca Lagi >>

Melayu dan Red Indian serupa.

Posted: 12 Oct 2016 05:12 AM PDT


Oleh Zaharin Mohd Yasin
Tun Dr Mahathir Mohemad dan kumpulan penentang Najib Razak (baca cara betul ya.. mereka bukan menentang UMNO) pada awalnya mendesak Najib Razak meletakan jawatan Perdana Menteri kerana terpalit kes IMDB yang menyebabkan kerugian ketara sampai RM42Billion yang bunga pinjaman perlu di bayar sekitar RM2Billion sebulan. Dimana jumlah itu lebih dari cukup membantu pelajar yang ditamatkan pinjaman dan biasiswa samada didalam atau diluar negeri.


Sekarang kumpulan mereka menubuhkan parti dan terpaksa mengalahkan UMNO dalam piliharaya.. Itu tidak salah. Tetapi pernahkah UMNO bertanya pada diri sendiri.. Pelajar yang terganggu pembelajaran kerana biasiswa dan pinjaman dihentikan adakah akan berkempen untuk UMNO dan kemudian tanya pula ibubapa yang mengharapkan anaknya berjaya dalam pelajaran dan sekarang menghadapi masalah kewangan. adakah mereka kekal menyokong UMNO dan akhirnya bagaimana adik beradik saudara mara mereka yang simpati dengan ibubapa dan pelajar yang berkenaan. Jika ada 40ribu pelajar terjejas kerana ekonomi negara yang rosak kerana IMDB dicampur dengan ibu bapa mereka sudah ada 120 ribu undi BN/UMNO melayang. Isu menyentuh rakyat ini juga akan dirasai oleh ibubapa yang anaknya bakal masuk kepengajian tinggi khasnya keluarga miskin..
Ini belum lagi bekas pelajar yang tidak membayar hutang di PTPTN yang masih tidak punya pekerjaan tetapi diminta bayar hutang. Ada juga yang telah kena senarai hitam. Dan jumlah bukan sedikit.
Sekiranya isu ini diangkat menjadi manifesto oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.. tidak kurang ada 300ribu undi tidak berpihak kepada BN/UMNO. UMNO kena menilai dan mengkaji apakah manisfesto yang dibuat oleh Parti Pembangkang.. sebabnya manifesto BN/UMNO sudah tidak menjadi reraliti. Dan tidak ada siapa membaca dan mahu mendengar dalam keadaan sekarang.
Read More / Baca Lagi >>

Comments (0)