Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:37 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


'Saya mahu luah pada sidang Parlimen akan datang," kata Husni

Posted: 10 Oct 2016 10:15 PM PDT

Patut ada benda yang baharu dalam Bajet - kata Husni

Posted: 10 Oct 2016 10:14 PM PDT

'Bila saya letak jawatan, ramai orang hentam saya tanpa sebab' - Ahmad Husni

Posted: 10 Oct 2016 10:14 PM PDT

Watak utama insiden ‘listen’ ubah haluan kini bersama Tun, tinggalkan Najib

Posted: 10 Oct 2016 10:08 PM PDT

Hampir 4 tahun selepas insiden 'Listen listen listen', Sharifah Zohra Jabeen kini giat menentang pentadbiran BN yang pernah disokongnya habis-habisan.
Sharifah-Zohra-Jabeen-Syed_600
PETALING JAYA: Wanita ini pernah dikecam hebat selepas klip video yang dirakam akhir tahun 2012 mula menjadi viral pada awal tahun berikutnya, sehingga mengundang kecaman hebat rakyat Malaysia yang menyifatkannya angkuh dalam perbualan dengan seorang pelajar di sebuah majlis di Universiti Utama Malaysia (UUM), Kedah.
Kini, hampir 4 tahun selepas insiden yang diberi jolokan "Listen listen listen" itu, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menganggap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Malah, wanita yang pernah mengetuai sebuah pertubuhan bernama Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang kuat menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak itu, kini bertukar arah.
Sharifah kini merupakan presiden Kelab Generasi Tun (GT), menyokong perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menentang Najib.
"Saya wujudkan Kelab Generasi Tun untuk berjuang menentang kemungkaran. Ia satu perjuangan untuk masa depan anak bangsa di negara ini," katanya kepada FMT baru-baru ini menceritakan kelab yang dinaungi bekas menteri besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dengan keahlian 7,000 orang dan cawangan di 11 negeri.
Lumrah kehidupan
Sharifah menyifatkan apa yang dilaluinya 3 tahun lalu sebagai lumrah kehidupan.
"Ia sekadar peristiwa, setiap orang ada peristiwa silam. Ia datang dan pergi dalam hidup saya. Sama ada isu listen itu ada atau tidak, saya menjalani hidup saya seperti biasa.
"Sebagai orang Islam, kita terima aturannya. Saya sama seperti anda, menjalani kehidupan sederhana. Saya akui Isu listen serba sedikit ada mendatangkan kesan tetapi bukan sepanjang masa," katanya.
Beliau akur insiden itu menutup beberapa "pintu".
"Saya rasa jika wanita lain dalam dunia ini yang mengalami fenomena 'listen!' ketika itu, saya rasa mungkin sudah lar," katanya.
Fenomena "listen" yang dirujuk itu ialah klip video pertikaman lidahnya dengan pelajar perundangan UUM, KS Bawani, aktivis Parti Sosialis Malaysia yang baru-baru ini berjaya dilantik menjadi peguam.
Bawani ketika itu mempertahankan perhimpunan Bersih, tetapi Sharifah berulang-ulang menyuruhnya "listen" (dengar).
Read More / Baca Lagi >>

Politik baharu tidak semestinya diterajui orang muda, kata Juanda

Posted: 10 Oct 2016 10:04 PM PDT


Anggota Dewan Undangan Negeri Jemoreng Datuk Dr Juanda JayaAnggota Dewan Undangan Negeri Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya"Politik baharu tidak semestinya diteraju lapisan muda, yang penting amanah dan tanggungjawab," kata Anggota Dewan Undangan Negeri Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya.
Katanya ledakan teknologi maklumat ketika ini membawa pembaharuan dalam landskap politik dunia, namun meskipun teknologi itu rata-rata dikuasai oleh golongan muda, tidak bermakna mereka boleh terus saja menerajui agenda politik tanpa bimbingan pemimpin lama yang lebih berpengalaman.
"Apa yang lebih penting adalah kebertanggungjawaban kalangan mereka yang diamanah menjadi pemimpin atau wakil rakyat, kerana faktor usia sebenarnya bukanlah isu," katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya di sini baru-baru ini, semasa diminta mengupas isu-isu yang berkaitan.
Kata Juanda, dalam usianya menginjak 45 tahun, beliau tidak menganggap sedang berada dalam kelompok 'lapisan muda', sebaliknya merupakan kelompok usia yang boleh menjadi jambatan terbaik untuk membina interaksi antara pemimpin lama dengan generasi pemimpin baharu.
Beliau juga berpendapat sifat agresif tidak boleh dikaitkan dengan usia, malah terdapat juga wakil rakyat daripada barisan muda yang langsung tiada aktiviti, tidak mengemas kini laman sosial Facebook, dan selepas menang pilihan raya, terus hilang dan jarang-jarang sekali turun kawasan.
"Namun soal usia adalah sesuatu yang relatif, ia begitu subjektif. Kita tidak nafikan ada pemimpin yang dah berumur tapi semangat hebat bagai orang muda. Contoh Ketua Menteri kita (Tan Sri Adenan Satem), semangatnya cukup kuat, dia cukup inovatif melihat sesuatu isu, mungkin sebab sudah pengalaman luas dalam politik.
"Kami orang baharu (wakil rakyat) ni adakalanya takut juga lihat dia amat berani bawa isu, adakalanya menongkah arus. Biasanya orang politik cuba elak mengkritik antara satu sama lain. Tapi Tok Nan (Adenan) ni berani, dia faham aspirasi anak muda, mahukan perubahan, lebih berterus terang, dia nak tengok hasil, cakap panjang lebar tak nak," katanya.
Bekas Mufti Perlis yang bergelar wakil rakyat di kawasan pedalaman Sarawak itu sejak lima bulan lepas dilihat amat aktif, malah cukup agresif menyuarakan aspirasi dan kehendak penduduk kawasan itu menerusi apa jua saluran yang tercapainya sama ada menerusi Facebook, turun padang, mahupun majlis ceramah yang disertainya, lazimnya berkisar tentang keagamaan.
Read More / Baca Lagi >>

Deklarasi Rakyat: Tunggu keputusan Majlis Raja-Raja

Posted: 10 Oct 2016 10:03 PM PDT

ALOR SETAR - Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang bermula hari ini dilihat amat penting untuk raja-raja menterjemahkan kuasa dan ungkapan 'Raja dan rakyat berpisah tiada' dengan memahami kandungan Deklarasi Rakyat.
 Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, walaupun sukar untuk Majlis Raja-Raja khususnya Yang di-Pertuan Agong untuk memenuhi tuntutan Deklarasi Rakyat, sekurang-kurangnya Majlis Raja-Raja boleh memperakui kandungan Deklarasi Rakyat yang di tandatangani 1.2 juta rakyat.
"Pengiktirafan itu penting walaupun tidak berupaya untuk memecat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Najib tetapi tidak dapat bertindak memecatnya kerana halangan perundangan," katanya.
Menurutnya, walaupun wujud pertikaian dalam mentafsirkan kandungan kuasa Agong dalam Perlembagaan Persekutuan, namun sudah cukup bagi mengubat luka hati rakyat Malaysia jika baginda bersetuju dengan tuntutan itu.
"Rakyat menanti dengan penuh debaran apakah keputusan Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat hingga Khamis ini, bagi membincangkan hal-hal berkaitan kepentingan rakyat dan negara. Rakyat berdepan keperitan hidup menanggung kos hidup yang meningkat bawah pentadbiran Najib," katanya.
Mahfuz berkata, adalah tidak wajar Majlis Raja-Raja membiarkan keadaan itu terus berlarutan dan menjadi lebih buruk.
Pada 4 Oktober lalu, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menghantar surat kepada semua raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri memaklumkan usaha yang dilakukan menerusi Deklarasi Rakyat dan berharap Majlis Raja-Raja akan membuat ketetapan mengambil tindakan terhadap Najib.

Sabotaj air? PKR selar JAS Pahang

Posted: 10 Oct 2016 09:58 PM PDT

Ahli Parlimen PKR gesa JAS Pahang bersikap tegas, telus dan terbuka dalam menangani isu pencemaran air Sungai Semantan.
fuziah-salleh_jas
PETALING JAYA: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang digesa mengemukakan bukti melalui data pemeriksaan ke atas Sungai Semantan sekiranya betul sungai berkenaan tidak berlaku pencemaran.
Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh berkata, bukti perlu diberikan kepada rakyat kerana JAS Pahang bertanggungjawab dalam mengenal pasti pencemaran sungai yang berlaku di negeri tersebut.
"JAS perlu bertindak tegas, telus dan terbuka. Sekiranya betul ada pencemaran, mereka harus berlaku adil kepada orang ramai.
"Kalau ada pencemaran tetapi tidak cakap apa-apa, itu satu bentuk sabotaj. Bukan nak tuduh sabotaj, tetapi Pahang bekalkan air kepada Selangor. Dan jika air kotor, rakyat Selangor marah kepada kerajaan negeri yang kini sedang dipimpin Pakatan Rakyat (PR)," katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian mengulas gesaan exco Selangor bertanggungjawab terhadap alam sekitar, Elizabeth Wong yang meminta JAS menyemak semula keputusan siasatannya sebelum ini yang Sungai Semantan di Pahang bebas pencemaran memandangkan ujian awal kerajaan Selangor mendapati keadaan sebaliknya.
Elizabeth berkata, wakil Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan pasukan pemantau sungai Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengenal pasti punca pencemaran baharu di Bentong, Pahang.
"Malangnya, pasukan itu tidak dapat memasuki premis berkenaan kerana pegawai JAS Pahang tidak hadir semasa pemeriksaan pagi ini," kata beliau dalam satu kenyataan.
Wong berkata jika pencemaran baharu berterusan, Projek Pemindahan Air Pahang-Selangor tidak dapat dilaksanakan akibat keadaan air dari Sungai Semantan.
Mengulas lanjut, Fuziah berkata JAS Pahang perlu mengambil iktibar daripada kejadian bauksit yang mengakibatkan pencemaran sungai di sekitar Kuantan.
Read More / Baca Lagi >>

Terjejas dengan persempadanan semula? Ketahui 3 cara mudah

Posted: 10 Oct 2016 09:53 PM PDT

Dengan tempoh bantahan bagi cadangan kawasan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ditutup Sabtu ini, gerakan reformasi pilihan raya BERSIH sedang meningkatkan kempen untuk mengumpul sokongan bagi membantah proses itu yang didakwa tidak berperlembagaan.
Antara lain, BERSIH berkata, cadangan itu melanggar jaminan perlembagaan bahawa setiap undi adalah sama di seluruh Malaysia dan kawasan pilihan raya mencerminkan hubungan masyarakat.
Parti-parti pembangkang juga menentang persempadanan semula itu dengan alasan bahawa cadangan itu menghakis kemenangan majoriti mereka di kawasan pilihan raya dan menghimpunkan penyokong pembangkang dalam sebuah kawasan untuk memberi manfaat kepada BN.
SPR terpaksa mendengar setiap bantahan. Bantahan hanya boleh dikemukakan jika ia mendapat sokongan sekurang-kurangnya 100 pengundi di kawasan itu.
Bagaimana anda tahu jika anda terjejas? Anda boleh menuju ke pusat SPR di kawasan anda, atau menyemak menerusi Malaysiakini untuk mengetahui dalam tiga langkah mudah.
Hanya pilih negeri, Dewan Undangan Negeri dan daerah mengundi daripada menu di bawah, dan ia akan memberitahu anda jika anda terjejas dan bagaimana untuk membuat bantahan.
[Nota editor: Klik di sini jika anda tidak dapat melihat menu di bawah]

Tak bayar pampasan, Lim arah tindakan baru pada Nasrudin

Posted: 10 Oct 2016 09:47 PM PDT

Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang Lim Guan Eng telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan undang-undang baru yang sewajarnya kepada ketua penerangan PAS Nasrudin Hassan.
Pegawai khas undang-undang KM, Raja Syarafina Raja Shuib, berkata selepas sekurang-kurangnya selepas tiga minggu, Nasrudin masih gagal membayar kos pampasan, selepas menarik balik kenyataannya setelah disaman Lim.
"Ini ialah arahan daripada mahkamah yang mulia untuk defendan membuat bayaran tersebut serta membuktikan bahawa memang defendan menzahirkan perasaan kesal beliau atas tuduhan yang tidak berasas ke atas YAB KM dan menarik balik artikelnya.
"Kegagalan atau keengganan defendan untuk membayar jumlah yang diperintahkan merupakan suatu pengingkaran dan penghinaan perintah Mahkamah," kata Raja Syarafina.
Nasrudin, anggota parlimen Temerloh pada 18 Januari lalu, menarik balik sebahagian kenyataannya pada 6 Ogos 2014 dan mengaku ia tiada asas.
Persetujuan bersama itu direkodkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan Nasrudin diperintah membayar RM10,000 sebagai pampasan kepada Lim.
Lim menyaman Nasrudin kerana mendakwa beliau menganugerahkan projek pembinaan terowong dasar laut RM4.63 bilion kepada Konsortium Zenith BUCG Bhd secara rundingan terus, walaupun Pakatan Rakyat menentang cara itu.
Nasrudin kemudian mempersoal mengapa Lim tidak dibidas sedangkan bekas menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim diselar dan didesak meletak jawatan kerana projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara.

Sementara itu, Raja Syarafina berkata, akibat kelewatan memuktamadkan terma-termanya, perintah penghakiman kes itu hanya berjaya diekstrak dari pihak mahkamah pada 14 September lalu.

Penyampaian Perintah tersebut dilakukan oleh firma peguam yang mewakili Lim ke atas defendan menerusi pos berdaftar serta peguam defendan pada 19 September.

Salahuddin masih taruh harapan ketika Khalid tidak yakini PAS

Posted: 10 Oct 2016 09:08 PM PDT

Timbalan Presiden Amanah mengalu-alukan usaha PPBM pujuk PAS agar bersama perikatan pembangkang
salahuddin
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Amanah masih menaruh harapan agar PAS dapat bekerjasama dengan perikatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Salahuddin Ayub mengalu-alukan usaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memujuk PAS untuk bersama usaha politik mereka.
"Kita masih punya waktu untuk buktikan kepada rakyat negara ini bahawa kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memujuk PAS.
"Ini sangat penting supaya biar rakyat faham dengan jelas dikemudian hari nanti parti manakah yang sebenarnya merosakan segala impian dan harapan untuk menolak BN," katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Samad tidak yakin BN adalah musuh utama PAS.
Katanya PAS tidak lagi mementingkan soal satu lawan satu kerana beranggapan parti Islam tidak mempunyai masalah sekiranya Barisan Nasional (BN) terus membentuk kerajaan.
Bagaimanapun Salahuddin berkata perikatan pembangkang perlu membuka pintu rindungan dalam batas waktu yang ditentukan agar penentuan hala tuju parti-parti pembangkang yang bermuafakat dapat dimuktamadkan segera.
Read More / Baca Lagi >>

Tun M: Najib bentang belanjawan harapan palsu kelabui mata rakyat?

Posted: 10 Oct 2016 09:03 PM PDT

MELAKA, 11 OKT: Demi mempertahankan kuasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijangka melakukan apa sahaja termasuk membentangkan belanjawan harapan palsu bagi menggulakan rakyat dengan pelbagai sogokan ketika membentangkan Belanjawan 2017 nanti.
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, bagaimanapun berkata, sebaliknya peruntukan berbilion ringgit kepada kementerian yang diumumkan dalam Belanjawan 2017 itu sebenarnya tidak wujud

"Ini tak lama lagi ada belanjawan, nak beri berbilion kepada kementerian tetapi kemudian hantar surat kepada kementerian, jangan belanja kerana duit itu tidak ada dan tidak akan datang kerana kerajaan tidak ada duit tetapi belanjawan nampak cantik.
"Inilah cara Najib. Dunia akui Najib curi duit tetapi pengikutnya masih berkata dia tak curi tetapi tok arab beri," kata Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Siri Jelajah Penerangan 1MDB – 1 Malaysia Dalam Bahaya di Taman Paya Dalam di sini, malam tadi.
Jelas Dr Mahathir, beliau turut menjangkakan Najib bakal menaikkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) dalam Belanjawan 2017 nanti bagi memancing undi rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.
Justeru, Dr Mahathir mengingatkan supaya rakyat negara ini tidak tertipu dengan janjivmanis ditaburkan dalam Belanjawan 2017 itu nanti.

Tun M: GST dimansuh, ikut gaya Selangor jika menang

Posted: 10 Oct 2016 08:59 PM PDT

MELAKA, 11 OKT: Pakatan pembangkang komited membantu rakyat dengan menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya menang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, kata Pengerusi Parti Pribumi Rakyat Bersatu (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mantan Perdana Menteri itu berkata Pakatan juga berusaha sedaya upaya membantu rakyat dengan apa cara sekali pun seperti dilakukan Kerajaan Selangor.

"Apabila Datuk Seri Najib dijatuhkan, maka kita pulihkan semula negara ini. Kita hapuskan GST. Kita bantu rakyat seberapa yang mungkin seperti yang dilakukan Selangor.
"Selangor ini kaya, dia boleh bagi air percuma tetapi Kedah tak bolehlah sebab negeri miskin, kena caj juga tetapi kita boleh kurangkanlah," kata Mahathir pada Siri Jelajah Penerangan 1MDB – 1 Malaysia Dalam Bahaya di Taman Paya Dalam di sini, malam tadi.
Jelasnya, kerajaan baru itu nanti sedia membantu rakyat sebaik mungkin termasuk mempermudahkan permohonan lesen kepada peniaga kecil yang tidak mempunyai lesen perniagaan.
Katanya, 'kerajaan menanti' itu juga akan membantu masyarakat untuk berdiri di atas kaki sendiri melalui pelbagai kursus bagi membolehkan golongan terbabit memperolehi pekerjaan dengan bayaran upah setimpal.
"Cara Najib sogok rakyat, dia bagi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), tak payah kerja, bagi BR1M. Ini tak baik tuan-tuan. Sepatutnya kita dapat duit dengan tenaga yang kita sumbang. Kalau dia tak tahu kerja kita hantar dia belajar dengan biasiswa. Itulah caranya bukan dengan cara kita bagi duit," katanya lagi.
Jelasnya lagi, bagi tujuan itu kerajaan baru itu nanti berusaha meningkatkan peluang pekerjaan untuk semua lapisan masyarakat.
"Bagaimanapun untuk dapatkan itu semua, mula-mula tuan-tuan kena jatuhkan Umno dan Najib terlebih dahulu," kata Dr Mahathir.

Bagaimana sindiket 'sial' tonto boleh bermaharajalela?

Posted: 10 Oct 2016 08:48 PM PDT

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat memandang berat kejadian pegawai kerajaan yang mati akibat disondol kereta tonto. Semua rakyat Malaysia juga harus membuka mata dan berfikir bagaimana sindiket "sial" boleh bermaharajalela dan menakutkan penguatkuasa kerajaan.
Mereka seolah-olah paling berkuasa di Malaysia bebas berbuat apa saja dengan mengatasi segala undang-undang.
Apa tidaknya, sehingga ke hari ini kes sebuah kereta penguat kuasa diterbalikkan sampai ke hari ini masih tidak dapat diselesaikan dan penyerang masih tidak dibawa ke muka pengadilan.
Satu tanda tanya besar untuk semua kerana sudah tentu ada yang tidak kena. Bolehkah tonto hidup dan bermaharajalela tanpa pelindung mereka.
Siapakah pelindung mereka? Perlakuan jenayah yang dilakukan oleh tonto berlarutan sejak puluhan tahun lalu.
Penguat kuasa diikut ke rumah

Ugutan dan ancaman mereka ke atas penguat kuasa telah terlalu banyak menggagalkan, menakutkan dan menghantui pihak itu daripada tugasan harian mereka.
Mereka memantau pihak berkuasa tempatan, kastam, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan apa jua urusan serbuan yang dirancang dengan memberi dan menyampaikan berita kepada pelaku kesalahan untuk menutup kesalahan peniaga atau beredar sebelum diserbu.
Premis judi, maksiat, pengedar barangan haram, barangan seludup, barangan tiruan dan lain-lain pelaku kesalahan mendapat amaran untuk lari atau menutup premis mereka.
Pihak penguat kuasa menjadi takut kerana mereka diancam dan diikut ke rumah.
Read More / Baca Lagi >>

Bajet 2017 perlu utamakan pendidikan, bukan JPM, kata PAS

Posted: 10 Oct 2016 08:43 PM PDT

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bajet tambahan untuk Jabatan Perdana Menteri boleh diambil menerusi pembanterasan rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran kerajaan.
Tuan-Ibrahim_najib_jpm_600
PETALING JAYA: Jika perdana menteri serius mengenai perbelanjaan negara, Bajet 2017 sepatutnya memfokuskan kepada sektor pendidikan, bukannya Jabatan Perdana Menteri (JPM), kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Timbalan presiden PAS itu berkata ini kerana pendidikan yang membina rakyat dan negara untuk jangka panjang serta memberi keyakinan, harapan dan keamanan seterusnya ia asas kepada pembangunan rakyat dan negara.
Beliau berkata kerajaan boleh menggunakan dana yang dijimatkan melalui pelbagai subsidi ditarik balik daripada rakyat seperti beras, gula, tepung, minyak dan gas untuk memberikan pendidikan sekolah rendah dan menengah secara percuma.
"Gunakan dana itu untuk meringankan beban anak muda yang berhutang untuk membiayai pendidikan, seperti PTPTN untuk melanjutkan tempoh pembayaran balik semula," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim berkata kesungguhan Datuk Seri Najib Razak mengawal belanja boleh dinilai daripada kesungguhannya mengawal perbelanjaan JPM selama ini, di mana peruntukan JPM meningkat daripada RM13 bilion ke RM20 bilion dari 2012 ke 2016, dan angka ini dijangka meningkat di 2017.
"Apa yang menyedihkan ialah sementara bajet JPM meningkat, bajet untuk rakyat seperti pendidikan pula dikurangkan.
"Jika PM serius mengenai perbelanjaan negara, selain perbelanjaan berhemah, perbelanjaan negara juga perlu tepat ke sektor yang menjana peluang pekerjaan seperti sektor tenaga bersih, infrastruktur, syarikat kecil dan pendidikan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Siasatan dana 1MDB: S'pura tutup sebuah lagi bank

Posted: 10 Oct 2016 08:15 PM PDT

Pihak berkuasa kewangan Singapura (MAS) menarik balik status bank perdagangan Falcon Private Bank Ltd cawangan negara itu susulan kaitannya dengan aliran dana berkaitan 1MDB.
MAS mengumumkan perkara itu susulan "kegagalan serius kawalan antipengubahan wang haram (AML) dan pengurusan tidak betul oleh pengurusan kanan di ibu pejabat di Switzerland, dan juta cawangan Singapura".
Kenyataan itu menambah: "MAS juga mengenakan denda kewangan pada DBS Bank Ltd (DBS) dan UBS AG, cawangan Singapura (UBS) kerana melanggar keperluan AML MAS."
Tindakan itu diambil susulan pemeriksaan terhadap aliran dana berkaitan 1MDB melalui ketiga-tiga bank itu antara Mac 2013 dan Mei 2015.

MAS bekerjasama dengan pelbagai badan antarabangsa, terutamanya Pihak Berkuasa kawasan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma).
Falcon menjadi bank kedua ditutup, selepas bank Switerzerland BSI, di tengah-tengah dakwaan skandal syarikat pelaburan Malaysia, 1MDB.

Dr M harap tiada lagi permusuhan antara dia dan Anwar

Posted: 10 Oct 2016 08:12 PM PDT

Selepas salam damai dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berharap perasaan tidak senang mereka berdua tidak berpanjangan.
"Saya sudah berdamai," kata Mahathir dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lepas.
Ini berbeza dengan kenyataannya bulan lalu, bahawa beliau hadir untuk menyokong usaha Anwar mencabar Akta Majlis Keselamatan Nasional dan bukannya berdamai.
Ditanya sama ada beliau rasa tiada lagi perseteruan akibat sengketa lama antaranya mereka berdua, Mahathir menjawab:
"Saya patut harap begitu".

Bagaimanapun, diminta mengulas kes liwat yang menjadi titik mula permusuhan mereka 18 tahun lalu, Mahathir cuma memetik kenyataan pihak berkuasa.

"Polis kata mereka ada bukti, itu urusan mereka untuk putuskan (dakwa Anwar di mahakamah)," katanya.
Anwar mendakwa beliau menjadi mangsa konspirasi politik.
Berkaitan kes liwat kedua melibatkan bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan pula, Mahathir berkata beliau tidak tahu jika kali ini terdapat komplot terhadap Anwar.
"Saya tidak tahu, ia berlaku selepas saya letak jawatan (sebagai perdana menteri)."
Dalam usaha menjatuhkan Najib pula, Mahathir mengakui tidak tahu untuk mengukur "jarak kerjasama" tetapi sehingga sekarang mereka bekerjasama ke arah itu.

Dalam wawancara itu, Mahathir juga bercakap tentang parti barunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), peluang pembangkang dalam pilihan raya depan serta peranan PAS.

Tun M-Anwar sudah berdamai? Ikuti penjelasan Mahathir

Posted: 10 Oct 2016 08:09 PM PDT

Aksi tunjuk jari tengah hanya spontan, Siti Kasim ikrar cabar 'Islamofasis' Hadi Awang

Posted: 10 Oct 2016 08:09 PM PDT

"Jangan jadikan kami alat politik dan kambing hitam," tegas NGO Melayu

Posted: 10 Oct 2016 08:08 PM PDT

"Sejak bila Jamal dan Ali Tinju jadi ketua kami' - soal NGO Melayu/Islam

Posted: 10 Oct 2016 08:06 PM PDT

Tiada lagi pantun Ali Rustam sejak kalah PRU13

Posted: 10 Oct 2016 08:04 PM PDT

Ali Rustam kalah PRU13 kerana anggap musuh enteng

Posted: 10 Oct 2016 08:04 PM PDT

UMNO buktikan Ali Rustam amal politik wang

Posted: 10 Oct 2016 08:02 PM PDT

Mesyuarat Majlis Raja-raja jadi tumpuan

Posted: 10 Oct 2016 07:36 PM PDT

Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-242 dijangka mendapat perhatian pemerhati politik tanah air susulan seorang Yang di-Pertuan Agong baru akan dipilih.
Mesyuarat pre-council akan berjalan hari ini diikuti mesyuarat rasmi tiga hari yang akan berakhir 14 Oktober (Jumaat) depan.
Apa sahaja keputusan yang dibuat bakal memberi kesan terhadap senario politik, lebih-lebih lagi ketika raja-raja Melayu terus digesa campur tangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melalui gerakan Selamatkan Malaysia telah menghantar 1.2 juta tandatangan rakyat Malaysia yang menolak pentadbiran Najib dan memohon tindakan lanjut istana.
Beliau malah telah mengadap Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah bulan lalu, yang membawa pesanan sama.

Bagaimanapun, Seri Paduka, yang penggalnya sebagai Agong akan tamat hujung tahun ini, dilaporkan memberitahu Mahathir bahawa baginda tidak dapat campur tangan kerana halangan perlembagaan.

Ini berdasarkan kenyataan Najib.

Sesetengah pihak, termasuk peguam Mahathir, Haniff Khatri Abdulla, berpendapatan sebaliknya.
Bagaimanapun, jika Sultan Kedah itu tidak berkenan campur tangan, adakah pengganti baginda akan berkongsi pandangan sama?

Kelantan berada dalam giliran selanjutnya untuk dilantik sebagai Agong, walaupun ia tidak semestinya dipilih.
Seorang raja tidak layak menduduki tahkha Istana Negara jika tidak cukup umur atau memaklumkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa baginda menolaknya.
Baginda juga hilang kelayakan jika Majlis Raja-raja tidak memilihnya.

Raja-raja Melayu boleh mengundi untuk tidak memilih seseorang yang dirasakan tidak layak sama ada daripada aspek mental atau fizikal atau sebab-sebab lain, menurut laman web Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.
Jika bukan sultan Kelantan, giliran seterusnya ialah Sultan Ahmad Shah daripada Pahang, negeri Najib.
Najib, yang menjadi anggota parlimen Pekan sejak menang tanpa bertanding pada 1976, mempunyai hubungan baik dengan istana.
Ogos tahun lalu, sultan Pahang menggesa rakyat mendukung Najib kerana kerja kerasnya.

Dua bulan kemudian, Majlis Raja-raja mengarahkan siasatan terhadap 1MDB diselesaikan segera dan segala salah laku, jika ada, dihukum.
Read More / Baca Lagi >>

Bersih 5: Impak tidak sehebat dahulu..?

Posted: 10 Oct 2016 07:31 PM PDT

Bersih 4.0
Sebahagian besar peserta himpunan Bersih 4.0 banjiri hadapan pentas utama mendengar ucapan pemimpin Bersih 4.0
SHAH ALAM – Penganalisis politik berpandangan Bersih 5 yang bakal diadakan November nanti tidak akan memberi impak yang berkesan terhadap rakyat dan kerajaan.
Ini kerana menurut penganalisis politik, Prof Madya Dr Jeniri Amir, rakyat kini sudah letih untuk mengikuti dan menyertai pelbagai siri himpunan anjuran pembangkang.
"Saya rasa yang dulu (Himpunan Bersih 1 dan Bersih 2) lebih hebat, kesannya mungkin tidak seberapa kerana rakyat sudah letih dan muak dengan setiap himpunan jalanan. Hasilnya (dari himpunan) tetap tiada.
"Mungkin yang kelihatan berbeza sedikit berbanding dahulu adalah himpunan ini digerakkan di seluruh negara," katanya ketika dihubungi Sinar Online.
Beliau juga percaya rakyat tidak perlu banyak berhimpun di jalanan untuk menyuarakan kehendak masing-masing.
Jelasnya lagi, tindakan seperti itu hanya akan mengeruhkan keadaan semasa negara seperti mana yang berlaku di beberapa negara lain.
Jeniri dalam masa sama turut menasihatkan kumpulan Baju Merah dan Bersih mengawal tingkah laku dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan.
"Kedua-duanya perlu kawal tingkah laku dan kawal emosi. Perlu diingatkan, tindakan yang melampau boleh menjerumuskan kita ke dalam kancah yang merugikan.
"Jangan keluarkan kenyataan yang menghasut atau tidak disukai orang lain. Jangan sampai pertembungan kedua himpunan ini merosakkan hubungan rakyat dan sistem demokrasi negara," katanya lagi.

Comments (0)