Followers

Nuffnang

RAKYAT MARHAEN

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 10:43 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Muhyiddin bawa misi khas damaikan PAS, HARAPAN?

Posted: 01 Oct 2016 09:24 PM PDT

Kemunculan Tan Sri Muhyiddin Yassin di Terengganu malam tadi mungkin cubaan parti itu menyatukan semua parti pembangkang dalam kerjasama rasmi menghadapi BN pada pilihan raya umum akan datang.
Berucap di Kemaman, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu berkata pertemuannya dengan beberapa pemimpin PAS sebelum ini menunjukkan parti berkenaan menunjukkan minat mewujudkan formula satu lawan satu di semua kawasan ditandingi.
Bekas timbalan perdana menteri itu menjelaskan pertemuan itu dibuat sebelum beliau menubuhkan BERSATU.
Antara pemimpin PAS yang ditemui ialah Datuk Seri Abdul Hadi Awang (presiden), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (timbalan presiden) dan Datuk Mustafa Ali (pengarah pilihan raya).
Kata Muhyiddin beliau turut berbincang dengan PKR untuk mewujudkan "muafakat pilihan raya".
"Dan kalau kita dapat rungkaikan dengan terperinci (sebarang isu berbangkit) sama ada antara BERSATU dengan PAS atau Pakatan Harapan dengan sebaik mungkin, saya percaya sampai masanya untuk kita jalinkan (kerjasama antara pembangkang) dalam bentuk konkrit," katanya.
PAS pernah bergabung dengan PKR dan DAP membentuk Pakatan Rakyat pada selepas pilihan raya umum ke 12 pada 2008.
Gagasan itu berjaya memberi kesan besar kepada gerakan politik negara selain menafikan penguasaan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.
Masa sudah sampai
Bagaimanapun kerjasama berkenaan berakhir pada Jun 2015 selepas hubungan DAP dan PAS bertukar menjadi buruk.
Pada masa sama sekumpulan pemimpin dan penyokong PAS dari aliran progresif diketepikan daripada parti berkenaan dan membentuk Parti Amanah Negara (AMANAH) dan bergabung dalam Pakatan Harapan.
PAS menegaskan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan AMANAH.
Kata Muhyiddin pertemuan dengan pemimpin kanan PAS menujukkan parti berkenaan mempunyai matlamat bersama iaitu mengalahkan BN.
Justeru beliau memuji PAS kerana menegaskan parti berkenaan tidak berminat untuk mengadakan "muafakat" dengan Umno.
Ketika ini kata Muhyiddin BN mungkin sedang mempertimbangkan cadangan mengadakan pilihan raya umum lebih awal kerana keadaan pembangkang yang tidak bersatu.
Read More / Baca Lagi >>

'PAS bukan parti anak tangga'

Posted: 01 Oct 2016 09:17 PM PDT

Mana-mana parti politik yang ingin bekerjasama dengan PAS harus melakukan perubahan untuk menegakkan Islam kerana perjuangan parti itu membawa ke akhirat kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya, PAS "bukan parti anak tangga" dan ahli parti terlibat perlu menghormatinya dan melihat sendiri sejauh mana mereka berani menegakkan Islam.
Tuntutan berkenaan dibuat presiden PAS itu bagi mengelakkan tiada pihak lain mempergunakan PAS.
"Jangan ajak PAS bekerjasama tetapi tidak buat perubahan kepada Islam, ini tidak betul. Selagi kuasa pemerintahan Islam tidak ditegakkan selama itulah orang yang memerintah tidak akan kira dosa pahala, akan rompak harta dan macam-macam.
"Cuma Islam mampu perbetulkan orang, PAS hanya boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin tegakkan Islam sahaja.
"Dalam hal ini, DAP jelas menentang dasar Islam diperjuangkan. Dan di sana ada juga parti lain yang ikut," lapor Sinar Harian hari ini.
PAS dilihat menjarakkan diri daripada gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas memutuskan hubungan dengan DAP selepas kedua-dua parti itu bekerjasama dalam Pakatan Rakyat.
Bukan pak turut
Kewujudan Parti Amanah Negara (AMANAH) semakin memburukkan hubungan itu dan PAS sering mengulangi kenyataan bahawa parti itu mengikut telunjuk DAP.
Pada masa sama PAS bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) dengan membawa slogan "politik matang dan sejahtera".
Kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menambahkan lagi jumlah pembangkang dalam negara ketika pilihan raya umum mesti diadakan selewat-lewatnya 2018.
BERSATU ketika ini dilihat cuba menjadi penghubung antara PAS dan HARAPAN.
Abdul Hadi berkata sikap sesetengah parti yang "senyap" dan seolah-olah "tiada pendirian" adalah petanda untuk menentukan sikap orang Islam di negara ini.
Read More / Baca Lagi >>

Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik untungkan BN, kata DAP

Posted: 01 Oct 2016 09:12 PM PDT

Amanah sifatkan cadangan separuh masak, PAS mahu penjelasan lanjut manakala PKR setuju dengan bersyarat
Dr-Tan-Seng-Giaw
PETALING JAYA: DAP percaya cadangan penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik bagi memastikan ketelusan dana biaya politik akan hanya menguntungkan BN.
Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Naib Presiden DAP Dr Tan Seng Giaw berkata cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP) tidak jelas, dan dibimbangi akan merumitkan situasi ahli politik.
"Cadangan JKNMPP itu menimbulkan kontroversi kerana ia tidak jelas. Syarat-syarat yang adil dan munasabah perlu diperlihatkan untuk semua ahli politik, sama ada pembangkang mahu pun BN," katanya.
Semalam, Pengerusi JKNMPP Datuk Paul Low Seng Kuan mengumumkan cadangan untuk menggubal akta yang akan menetapkan semua ahli politik supaya mengisytiharkan dana yang diterima atau disiasat dan dikenakan tindakan.
Akta itu juga akan mengharamkan sumbangan tunai daripada sumber asing sama ada kepada parti mahupun ahli politik, termasuk individu, syarikat, yayasan atau persatuan yang berdaftar atau tidak berdaftar serta tidak berpejabat di Malaysia.
Akta itu juga melarang perniagaan milik kerajaan dan syarikat terima kontrak kerajaan atau konsesi membuat sumbangan politik secara langsung, tidak langsung atau berupa barangan.
Semua sumbangan yang dibenarkan perlu disalurkan ke dalam akaun parti atau akaun peribadi baharu berasingan untuk transaksi itu.
Cadangan ini dikemukakan susulan kontroversi sumbangan politik RM2.6 juta yang disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sementara itu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menyifatkan cadangan itu sebagai separuh masak. Malah, turut mempersoalkan mengapa cadangan itu tidak dibincangkan dengan semua parti politik terlebih dahulu.
"Sepatutnya, beliau perlu memanggil kami semua supaya boleh membincangkan kaedah dan mekanisme terbaik mengenai akta itu," katanya.
Manakala PKR pula sedia menyakinkan para wakil rakyat Pakatan Harapan supaya menyokong cadangan itu dengan bersyarat.
Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata undang-undang penguatkuasaan perlu digubal supaya mewajibkan calon pilihan raya dan pegawai kerajaan Jusa C dan ke atas mengisytihar harta secara terperinci.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin ganti tugas Anwar pujuk Abdul Hadi

Posted: 01 Oct 2016 08:12 PM PDT

Pelukan Abdul Hadi dan Muhyiddin di Masjid Negeri Selangor selepas majlis solat ghaib Allahyarham Datuk Haron Din dianggap permulaan kepada Muhyiddin untuk memujuk Pas menerima konsep pebangkang satu lawan satu menentang BN pada PRU-14.
Pelukan Abdul Hadi dan Muhyiddin di Masjid Negeri Selangor selepas majlis solat ghaib Allahyarham Datuk Haron Din dianggap permulaan kepada Muhyiddin untuk memujuk Pas menerima konsep pebangkang satu lawan satu menentang BN pada PRU-14.
Nampaknya usaha pakatan pembangkang untuk memujuk Pas diteruskan walaupun sebelum ini mereka sudah seakan-akan putus harap.
Bagi mereka Pas sudah menjadi liabiliti untuk membawa konsep satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang.
Mereka menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang yang degil dan pendekatan politik matang Pas hanya memberi peluang talian hayat kepada BN untuk memerintah Malaysia.
Apa pun selepas 'ketiadaan' Datuk Seri Anwar Ibrahim, pakatan pembangkang tidak ada individu yang boleh menggantikan bekas ketua pembangkang yang mampu 'menundukkan' Pas dalam barisan pembangkang seperti dahulu.
Isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail belum cukup kuat mempengaruhi Pas dan pemimpinnya seperti Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Saifudin Nasution dan Rafizi Ramli dianggap masih 'berhingus' untuk berbincang dengan Abdul Hadi.
Jika mahu diharapkan pemimpin Parti Amanah Negara (PAN)- rata-ratanya mereka sudah dianggap 'pengkhianat' oleh pemimpin tertinggi Pas sekarang manakala DAP pula sudah 'dipadamkan' Pas sebagai rakan kerana sering mengkritik ulama parti itu.
Justeru, menerusi sumber, pakatan pembangkang menggunakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai jalan terakhir mendapatkan persetujuan Abdul Hadi untuk memenuhi hasrat satu lawan satu dengan BN.
Muhyiddin diterima oleh pimpinan Pas kerana tidak pernah mengeluarkan kenyataan menyakitkan hati pemimpin Pas sejak menjadi pembangkang berbanding PKR, DAP dan PAN.
Muhyiddin dikatakan sudah menyatakan hasrat untuk memujuk Abdul Hadi sejak mereka bertemu semasa majlis solat jenazah ghaib Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Haron Din di Shah Alam baru-baru ini.
Usai solat jenazah, Abdul Hadi kelihatan memeluk Muhyiddin yang berkopiah putih di Masjid Sultan Salahuddin Shah.
Jadi usaha mempastikan Pas bersetuju dengan taktik satu lawan satu dalam PRU-14 tetap diteruskan dan hari ini Muhyiddin dikatakan akan hadir menutup satu majlis anjuran Pas di Kemaman, Terengganu.
Muhyiddin turun ke Terengganu itu juga bagi berjumpa dan berbincang dari hati ke hati dengan Abdul Hadi yang kini dilaporkan kurang sihat bagi memastikan niat pakatan pembangkang menafikan penguasaaan BN tercapai.
Muhyiddin dijangka akan memujuk Abdul Hadi dan itu buah terakhir pembangkang memujuk Pas dan mungkin ada janji-janji yang ditawarkan kepada Pas.
Read More / Baca Lagi >>

Nilailah Zahid dengan adil

Posted: 01 Oct 2016 07:57 PM PDT

Oleh Ku Seman
Saya mengikuti isu Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi yang dikatakan kurang fasih berbahasa Inggeris ketika berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)  ke 71  di New York baru-baru ini.  Tetapi saya  bukanlah orang yang tepat untuk menilai kefasihan  Zahid  kerana saya bukanlah arif dalam bahasa Inggeris.
Tanpa menyanggah atau menafikan hujah rakan-rakan  yang mengkritik kelemahan Zahid,  saya  mengakui  fasih adalah satu hal penting tetapi yang lebih penting isi pemikiran atau hujah yang dilontarkan  oleh sang orator. 
Apakah kita akan berbangga sekiranya pemimpin kita yang sangat fasih berbahasa Inggeris tetapi hujah-hujahnya   tidak memperlihatkan pemikiran seorang tokoh?  Kelemahan di segi penuturan boleh dilatih. Tetapi untuk mempunyai pemikiran dan  gagasan idea yang besar, prosesnya bukan saja panjang malah  tidak mudah.
Saya  sengaja tidak mahu menjadikan alasan banyak pemimpin dunia yang lain juga teruk penguasaan bahasa Inggerisnya.  Hal itu  barangkali kesengajaan mereka tidak mahu memahirkan  diri berbahasa Inggeris kerana mahu merendahkan bahasa itu.
Pemimpin  Korea, Jepun atau  Perancis juga menutur   sebutan bahasa Inggerisnya ada nuansa bunyi  bahasa ibunda.  Mereka peduli apa.  Orang Perancis sangat berbangga dengan bahasa mereka, begitu juga Korea atau Jepun.  Samalah juga dengan dasar negara-negara berkenaan untuk tidak menggunakan bahasa Inggeris. Tetapi menjadi negara industri yang jauh lebih maju berbanding kita yang ada program khas memperkasa bahasa Inggeris.
Memang benarlah apabila kita bertutur  sesuatu bahasa,  kita wajib memurnikan bahasa itu dari semua aspek termasuk tatabahasa dan sebutan.  Tetapi  peliknya orang Melayu tidak pernah merasa terhina  apabila orang luar atau pemimpin sendiri  tidak fasih berbahasa Melayu. 
Apabila berada dalam dua keadaan,  satu  tidak fasih tetapi hujahnya bernas dan  kedua,  tidak fasih  ditambah  hujahnya mengarut, melalut dan melaut.  Saya fikir kita patut  merasa lega apabila Zahid setidak-tidaknya hanya kurang fasih tetapi hujah dan retorikanya diyakini.
Tidak wajarlah  kelemahan  Zahid kurang fasih berbahasa Inggeris  ini  tidak boleh dijadikan penanda aras  seorang pemimpin.  Zahid  wajar dinilai  dengan adil misalnya  dalam kurang fasih  berbahasa Inggeris beliau  antara orator yang tidak boleh diperkecilkan.  Maknanya kita boleh menilai kelebihan-kelebihan  yang lain untuk menilai seseorang pemimpin.
Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin, inilah masanya kita lakukan 'penghijrahan'

Posted: 01 Oct 2016 07:52 PM PDT

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mengajak rakyat Malaysia untuk 'berhijrah' ke arah sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan peribadi, keluarga dan masyarakat.

Bersempena dengan sambutan Maal Hijrah, Muhyiddin berkata untuk itu masyarakat digalakkan untuk menyambutnya secara responsif dan produktif agar tahun hijrah yang mendatang ini akan menyaksikan penghayatan makna hijrah sebenar-benarnya oleh seluruh rakyat Malaysia.
"Saya pasti rakyat Malaysia begitu terkesan dengan perkembangan yang sedang berlaku di dalam negara kita sekarang. Bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi juga dari aspek kepimpinan negara yang dilihat semakin terhakisnya nilai-nilai ketaqwaan dalam memikul tanggungjawab kepimpinan seperti kejujuran, amanah, akauntabiliti dan integriti yang dituntut oleh Islam.
"Sedangkan kita sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT agar dikurniakan pemimpin yang bertaqwa dan kehidupan yang sejahtera," katanya dalam utusan sambutan Maal Hijrah tahun ini.
Ujar Muhyiddin,inilah masanya rakyat membuat pilihan yang bakal menentukan kehidupan kita hari ini dan generasi anak bangsa pada masa hadapan.
"Negara kita memerlukan keberanian dan tekad rakyat untuk melakukan penghijrahan minda dan sikap untuk memilih kepimpinan yang lebih baik.
"Usah kita dibelenggu oleh suatu kepercayaan bahawa mentaati pemimpin adalah lebih afdal, sekalipun dia melakukan kemungkaran. Itu bukanlah ajaran Islam yang sebenar," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Akhlak Islam ditinggal orang Islam, diamal bukan Islam

Posted: 01 Oct 2016 07:35 PM PDT

Benarkah akhlak yang diajar dalam Islam banyak diamal masyarakat bukan Islam seperti menjaga alam sekitar.Benarkah akhlak yang diajar dalam Islam banyak diamal masyarakat bukan Islam seperti menjaga alam sekitar.
Orang Islam memperjuangkan akidah tetapi akhlak Islam ada pada bukan Islam, tegas Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Menurutnya, gejala rasuah menjadi masalah yang dihadapi oleh orang Islam di seluruh dunia.
"20 negara yang paling rendah rasuah di dunia, tiada satu pun negara orang Islam.
"Sebab itu, 10 negara rasuah paling tinggi di dunia, hampir semuanya negara orang Islam," ujarnya dalam Ceramah Kemuncak Setahun Amanah di Kampung Baru, Kuala Lumpur malam tadi.
Sehubungan itu, beliau menyeru supaya penekanan seimbang diberikan terhadap aspek akhlak dan akidah.
"Kita mesti berani membuat perubahan supaya akhlak dengan akidah kita cantumkan supaya Islam dilihat penyelamat kepada manusia bukan digeruni dan ditakuti.

"Kenapa orang Islam tidak anti-rasuah? Kita bercakap di masjid tetapi praktisnya lari," ujarnya yang mengaku bersama Pas selama 38 tahun.
Lebih malang lagi, tambahnya, apabila dunia mengenali Malaysia sebagai negara kleptokrasi iaitu diperintah oleh penyamun.
"Bagaimana beg tangan Rosmah jatuh?" sinisnya lagi apabila menceritakan kembali tentang pendedahan harga beg isteri Perdana Menteri Singapura yang kurang daripada RM50.

WOWW...ADA TUGAS BARU BAKAL MENANTI UNTUK GERAKAN BAJU MERAH!!

Posted: 01 Oct 2016 07:31 PM PDT

Barangkali ramai antara kita sudah membaca berita atau menonton video melalui media sosial mengenai pertembungan antara Bersih 5 dengan Gerakan Baju Merah di Perak semalam. 

Peserta jelajah Bersih yang bergerak secara aman cuba dihalang oleh Gerakan Baju Merah melalui aksi "ala samseng" dan "cuba cari gaduh" dengan mereka.

Tidak pernah berlaku di bawah mana-mana Presiden UMNO atau Perdana Menteri sebelum ini, wujud apa yang berlaku seperti semalam. Lebih-lebih, Gerakan Baju Merah ini diketahui oleh seorang Ketua UMNO Bahagian, sebuah parti yang sedang menguasai kerajaan.

Sebelum ini, jika ada pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan demo, jelajah atau apa-apa yang berbentuk perhimpunan awam, pihak polislah yang bertanggungjawab menanganinya. Tetapi, sekarang ini Baju Merahlah yang lebih ke depan.

Inilah salah satu kehebatan atau ciri wassatiyah yang telah berjaya diserapkan oleh kepimpinan Najib Razak. Kumpulan Baju Merah ini dikhabarkan bukan saja ada di setiap negeri, malah sudah meresap ke ceruk-ceruk kampung di seluruh negara.

Dengar khabarnya juga, oleh kerana gerun dengan kehebatan Kumpulan Baju Merah itu, siri jelajah Bersih 5 yang banyak dirancang seterusnya di tempat-tenpat lain bakal dibatalkan sama sekali. Tidak ada lagi yang berani terlibat dengan jelajah tersebut, malah ramai yang menggigil ketakutan selepas insiden semalam.

Kemungkinan juga, disebabkan penangan Gerakan Baju Merah yang menakutkan dan sekaligus menjadi kebanggaan UMNO serta Najib itu, perhimpunan Bersih 5 pada 19 November depan tidak akan berlangsung seperti yang dirancang.

Seterusnya, turut menjadi perkhabaran ialah semua yang terlibat dalam Perhimpunan Bersih 5, termasuk pemimpin parti-parti pembangkang, akan turut melakukan "pusingan U" dan ikrar taat setia mengumumkan sokongan tidak berbelah bagi kepada kerajaan dalam sehari dua ini.

Mereka kini dikatakan sedang mencari tarikh yang sesuai yang mengumumkan secara terbuka sokongan tidak berbelah bagi itu.

Kini mereka sedar bahawa Gerakan Baju Merah, melalui aksi "ala samseng" dan "cari gaduhnya" itu, sudah berjaya mewujudkan keamanan dan kestabilan dalam negara. Semua isu berbangkit mengenai pilihanraya tidak berbangkit lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Gani pernah soal Najib tentang wang SRC - Muhyiddin

Posted: 01 Oct 2016 07:27 PM PDT

Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail pernah bersemuka dengan Datuk Seri Najib Razak untuk bertanyakan tentang wang dalam akaun peribadi perdana menteri itu.
Kata bekas timbalan perdana menteri berkenaan Gani bertanyakan tentang wang berjumlah RM42 juta yang ada dalam akaun persendirian itu dan ia berkaitan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kejadian itu kata Muhyiddin berlaku ketika Gani masih berkhimat dalam kerajaan sebagai peguam negara.
"Saya dimaklumkan peguam negara bertemu perdana menteri dan memberitahunya bahawa siasatan SPRM mendapati wang berkenaan ada dalam akaun beliau.
"Apabila ini dimaklumkan kepada perdana menteri, beliau (perdana menteri) berkata, tak, mana ada. Tetapi ia (wang berkenaan) sudah disahkan oleh peguam negara.
"Apabila Gani Patail berkata: Ya, wang itu ada pada akaun tuan" dia (Najib) masih berkata: Tak ada.
"Wang itu dibuktikan ada di situ kerana beliau (perdana menteri) membelanjakannya," kata Muhyiddin.
Beliau berucap di satu majlis ceramah anjuran PAS di Kemaman, Terengganu malam tadi.
Ia turut disiarkan secara langsung melalui akaun Facebook presiden penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu.

Amanah yakin ambil alih pentadbiran Kelantan, tegas Mat Sabu

Posted: 01 Oct 2016 07:25 PM PDT

Mohamad SabuMohamad Sabu
Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan parti itu akan mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Kelantan dalam pilihan raya akan datang.
Disambut tepukan gemuruh hadirin yang memenuhi Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru malam tadi, beliau berkata, hal itu hanya boleh dicapai jika bersama dalam Pakatan Harapan.
"Di Malaysia, kalau kamu nak politik sorang-sorang, eloklah duduk sorang-sorang, jadi kera sumbang.
"Dalam politik tidak ada musuh yang tetap, tidak ada kawan yang tetap," ujarnya sambil menyebut beliau pernah dipenjara di bawah pemerintahan Tun Mahathir.
Beliau yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata, bekas Perdana Menteri itu mahu BN dijatuhkan pada ketika tidak mempunyai kuasa.
"Sekarang dia (Tun Mahathir) tiada kuasa, dia mahu BN jatuh dan dia nak berkawan dengan kita.
"Berkatalah yang hak depan pemerintah yang zalim bukan dengan pencen yang zalim," ujarnya sempena Ceramah Kemuncak Setahun Amanah anjuran Wilayah Persekutuan.
Selanjutnya, beliau menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang berjiwa lebih besar berbanding dirinya.
"Ini orang yang berjiwa besar, boleh tandatangan deklarasi bersama untuk menentang MKN (Majlis Keselamatan Negara).
"Pakatan Harapan dalam mesyuarat pertama di Subang Jaya masih lagi mengiktiraf kalau Pakatan Harapan menang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri," tegas Mat Sabu lagi.

Serahkan kami kerusi dimenangi Umno, Muhyiddin beritahu PAS

Posted: 01 Oct 2016 07:24 PM PDT

Muhyiddin buat pertama kali menyampaikan ceramah dalam program PAS semalam dalam usaha meyakinkan parti itu bekerjasama dengan pembangkang lain.
muhyiddin-pas
KEMAMAN: Dalam ceramah yang buat pertama kali di atas pentas PAS, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menawarkan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dengan PAS dan Pakatan Harapan bagi memastikan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Presiden PPBM itu memberikan 3 jenis kerjasama yang boleh berlaku antara mereka iaitu pembentukan barisan pembangkang, kerjasama antara PPBM, PAS dan Pakatan Harapan (PH), atau kerjasama pilihan raya (electoral pact) antara kesemua mereka.
"Kita yakin kerjasama ini akan menggoncang orang Putrajaya dan silap-silap dia tidak akan buat pilihan raya sampai bila-bila," kata Muhyiddin yang berceramah di atas pentas PAS di Kemaman, Terengganu, malam tadi.
Dalam ucapan itu, Muhyiddin turut mengesahkan pertemuannya dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang beberapa minggu lalu, yang menurutnya berjalan dengan baik.
Muhyiddin juga mengaku sudah beberapa kali bertemu dengan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pengarah Pilihan Raya PAS, Datuk Mustafa Ali, untuk tujuan yang sama.
Muhyiddin yakin, melalui perbincangan dengan semua pihak itu, pertandingan satu lawan satu yang dicita-citakan itu akan boleh berlaku dalam PRU nanti.
"Ini adalah jihad untuk kita memelihara maslahah Malaysia di masa depan," kata Muhyiddin di depan kepimpinan dan penyokong PAS Terengganu
Walaupun rata-rata PH yang dianggotai PKR, DAP dan Amanah bersetuju bekerjasama dengan PPBM, pendirian PAS dilihat masih samar, dengan tiada keputusan jelas daripada pucuk pimpinan sama ada mahu mengadakan kerjasama dengan parti yang berusia kurang sebulan itu.
PAS juga dilihat kurang senang dengan kehadiran DAP dan Amanah, sementara masih menjalinkan hubungan dengan PKR.
'Beri kami kubu Umno'
Menurut Muhyiddin, partinya sedia bekerjasama dan berunding dengan PAS termasuk pembahagian kerusi pilihan raya.
"Bukan kita nak ambil kerusi yang sudah dimenangi PAS tetapi kerusi yang Umno menang itu, bagilah kepada kami untuk kami kalahkan Umno.
"Kita akan pastikan Umno tewas dan kini menang dan membentuk kerajaan bersama," kata Muhyiddin.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah, DAP galas hasrat rakyat menentang korupsi BN

Posted: 01 Oct 2016 07:23 PM PDT


Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa di majlis Perasmian Cawangan Cawangan Parti Amanah kawasan Parlimen Parit BuntarNaib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa di majlis Perasmian Cawangan Cawangan Parti Amanah kawasan Parlimen Parit Buntar
Parti Amanah Negara (Amanah) bukannya khadam kepada DAP sepertimana yang sering didakwa oleh mereka yang prejudis terhadap perjuangan yang mampu membawa perubahan besar menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Sebaliknya Amanah bersama DAP adalah atas dasar prinsip perjuangan yang sama bagi menentang korupsi dan penyelewengan yang telah sebati dalam kepimpinan kerajaan Umno dan BN sekarang.
Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata demikian ketika berucap pada majlis Perasmian Cawangan-Cawangan Parti Amanah kawasan Parlimen Parit Buntar yang disempurnakan oleh Presiden, Mohamad Sabu.
"Selamatkan negara dari kerakusan kuasa dan penyelewengan serta membela nasib rakyat adalah matlamat utama kita.
"Siapa saja yang bersekongkol dengan Umno dan BN sebagai pemerintah yang terbukti melakukan banyak kezaliman, tidak harus diberi sokongan.
"Atas keyakinan inilah, pimpinan Amanah Parit Buntar mengambil pendekatan terbuka sehingga sokongan terhadap Amanah semakin mencambah, " katanya lagi.
Tegasnya lagi, kini bukan saja ahli PAS telah menyertai Amanah, tetapi sudah ada golongan yang tidak pernah menyertai mana-mana parti turut menyerahkan borang menjadi ahli Amanah.
"Ramai yang menyerahkan borang masuk Amanah adalah orang-orang Umno yang sudah meluat dan menyampah dengan Umno.
"Tidak kurang juga yang sudah tidak rela melihat parti berjenama Islam yang sering dikumandangkan, sebaliknya berkilblatkan Umno kini.
Read More / Baca Lagi >>

Beri isyarat kepada rakyat supaya tolak parti mesra BN

Posted: 01 Oct 2016 07:22 PM PDT

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara Amanah Salahuddin AyubTimbalan Presiden Parti Amanah Negara Amanah Salahuddin Ayub
Pakatan Harapan mesti memberi isyarat kepada rakyat agar menolak parti yang tidak mahu bersama-sama mereka menentang Umno Barisan Nasional (BN).
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub berkata, rakyat mesti diberi isyarat bahawa parti yang tidak mahu bersama-sama dalam Pakatan Harapan adalah parti yang mahu bersama Umno BN.
"Jika kita mahu menang dan sampai ke Putrajaya ada satu syarat iaitu satukan tenaga untuk jatuhkan BN dalam PRU akan datang.
"Parti yang tak mahu bersatu dalam Pakatan Harapan kita kena hantar isyarat kepada rakyat merekalah yang bersama Umno," katanya ketika berucap dalam program Ceramah Kemuncak Setahun Amanah di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, malam tadi.
Beliau berkata demikian dipercayai merujuk kepada Pas yang enggan bekerjasama dalam Pakatan Harapan dalam mencapai matlamat satu lawan satu pada pilihan raya umum ke-14.
Beliau sebelum itu berkata, Pas dahulu mempunyai kekuatan di peringkat akar umbi dan mempunyai cawangan yang banyak khususnya di Kelantan.
Namun selepas parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat, ia dilihat semakin lemah dan hilang sokongan.
"Parti sejarah saya, dulu kuat di akar umbi, ada cawangan yang banyak khususnya di Kelantan tapi bila kita berseorangan kita tak akan menang," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Amanah seru pembangkang sebaris lawan Umno‎

Posted: 01 Oct 2016 07:21 PM PDT

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) menyeru semua parti-parti politik di negara ini duduk dalam satu barisan bagi menentang BN dalam pilihan raya akan datang.
Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, mana-mana parti pembangkang yang tidak bersama barisan pembangkang jelas menunjukkan sokongan kepada BN.
"Nak menang, semua parti dalam negara ini perlu bersatu. Ayuh satukan tenaga untukk berdepan dengan BN dalam Pilihan Raya ke-14 (PRU14) akan datang.
Salahuddin Ayub "Mana-mana parti yang tidak bersama pembangkang, mereka hantar isyarat jelas kepada rakyat bahawa merekalah yang bersama Umno-BN. Kita kena 'firm'," katanya ketika berucap pada Ceramah Kemuncak Setahun Amanah, di sini, semalam.
Salahuddin juga menegaskan kepada penyokongnya, Amanah dan parti pembangkang lain tidak mampu menang sekiranya berseorangan.
"Tapi kalau kita berkawan, kita boleh menang. Dulu kita (Pas) berkawan dengan (Parti) Semangat 46 kita mampu tewaskan Umno BN di Kelantan.
"Kita perlu belajar dari pengalaman lalu," katanya.
Dalam ucapan sama, beliau memberitahu setelah setahun bertapak, Amanah telah mempunyai lebih 80,000 ahli berdaftar.
Amanah ditubuhkan 16 September tahun lalu selepas berlaku perpecahan dalaman Pas.

CERAMAH KEMUNCAK SETAHUN AMANAH

Posted: 01 Oct 2016 07:16 PM PDT

Bersih 5.0 vs Bodoh x 5.0 (Nombor Plat di salin) - Jamal Yunos, Malaysia

Posted: 01 Oct 2016 07:15 PM PDT

Bersih 5.0 vs Bodoh x 5.0 (Hello, Jamal Yunos datang)

Posted: 01 Oct 2016 07:14 PM PDT

Bersih 5.0 vs Bodoh x 5.0 (Teknologi Dual Camera - 18+ keatas)

Posted: 01 Oct 2016 07:12 PM PDT

ADUN DAP: Tangkap Jamal seperti dilakukan ke atas pembangkang

Posted: 01 Oct 2016 08:21 AM PDT

ADUN Kampung Tunku dari DAP Lau Weng San menggesa supaya Ketua bahagian Umno Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos ditangkap serta merta.
Ini berikutan Jamal dan Gerakan Baju Merah hari ini bertempur dengan BERSIH di Teluk Intan selepas cuba merampas kain rentang mereka.
Lau berkata polis harus menyegerakan tindakan terhadap Jamal sepertimana dilakukan terhadap pembangkang.
"Ia adalah jelas bahawa orang-orang yang sengaja mencetuskan huru-hara dan kekacauan adalah Baju Merah yang diketuai oleh Jamal.
"Saya menggesa pihak polis untuk mengambil tindakan segera dengan menyiasat dan menangkap Baju Merah yang diketuai oleh Jamal Yunos seperti yang berlaku dalam siasatan berkaitan 'salah laku' pembangkang," kata Lau dalam satu kenyataan.
Beliau berkata polis tidak boleh dilihat berat sebelah apabila melibatkan kes-kes individu dari parti pemerintah.
Beliau berkata sebelum pertempuran di Teluk Intan, sekumpulan penyokong Baju Merah yang bermotosikal juga telah menyerang konvoi BERSIH di Lumut.
Lau mengkritik polis kerana dikatakan tidak bertindak pantas ketika berada di tempat kejadian.
"Mereka (polis) dilihat terpaku dalam kedudukan mereka dan tidak mengambil tindakan pencegahan atau menahan sesiapa," katanya.

ZAHID PERLI HISHAM?

Posted: 01 Oct 2016 07:58 AM PDT

Di Johor hari ini, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan pemimpin-pemimpin UMNO agar tidak terlalu memikirkan kedudukan dalam parti, sebaliknya perlu lebih fokus kepada mencapai kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang.
Katanya, beliau sedar ada segelintir daripada mereka yang bercita-cita untuk menempah jawatan tertentu dalam UMNO dan bukannya mengutamakan kemenangan parti.

Ehem, ehem...Zahid perli siapa ni?

Meskipun Zahid bercakap secara umum dan tidak menyasarkan kepada sesiapa, adakah ucapan beliau itu ada kaitan dengan sebuah kajian baru-baru ini yang mendapati pesaingnya, Hishammuddin Hussein lebih popular 1 peratus berbanding dirinya untuk menggantikan Najib Razak, yang sekaligus menyebabkan para penyokong sepupu Perdana Menteri itu mula melonjak keriangan?

Tambahan lagi, Zahid juga menyebut perkara itu di Johor, negeri yang menjadi tapak politik bagi Hishammuddin.
Read More / Baca Lagi >>

AKSI MELAMPAU!! JAMAL GANGSTER Dengan SAMSENG Baju Merah MENYERANG Peserta Konvoi Bersih 5

Posted: 01 Oct 2016 07:50 AM PDT

Video tunjuk bukti Jamal cetus pergelutan dengan Bersih

Posted: 01 Oct 2016 06:48 AM PDT

Maria berkata, pemimpin Gerakan Baju Merah itu punca kekecohan berlaku, tetapi Jamal pula mendakwa penyokong Bersih yang mula menolak.
jamalPETALING JAYA: Bersih 2.0 memuat naik 1 rakaman video menunjukkan pergelutan antara aktivisnya dan penyokong Gerakan Baju Merah yang diketuai Datuk Jamal Md Yunos di Teluk Intan, Perak, hari ini.
Rakaman video selama 1 minit 37 saat yang dimuat naik ke laman Facebook Bersih 2.0 itu jelas menunjukkan pergelutan antara aktivis Bersih dan penyokong Gerakan Baju Merah.
Pada mulanya, aktivis Bersih dilihat bercakap dengan Jamal dan pengikutnya, sebelum keadaan bertukar kecoh apabila Jamal menyambar 1 kain rentang daripada aktivis Bersih.
Pergelutan itu berlaku dekat sebuah van polis, di mana ada orang yang kedengaran memanggil polis untuk campur tangan, sebelum pergelutan berakhir tidak lama kemudian.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mendakwa Jamal sebagai punca kekecohan itu berlaku, apabila beliau menyerang seorang aktivis Bersih.
Bagaimanapun, ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu menafikan dakwaan Maria.
Maria memberitahu FMT, polis Teluk Intan bertindak menghalang penyokong Baju Merah mendekati aktivis Bersih, tetapi ketika kedua-dua pihak berunding, Jamal bertindak melancarkan serangan.
Beliau berkata, Jamal sepatutnya ditahan serta-merta kerana mendakwa seorang pegawai polis menyaksikan serangan Jamal itu.
Katanya, Umno perlu menegur Jamal dan menyingkirkan ahli yang berlagak seperti samseng, kecuali parti itu mahu dilihat membiarkan tingkah laku sedemikian.
Jamal bagaimanapun memberitahu perkara sebaliknya kepada FMT dengan menafikan dakwaan beliau menyerang aktivis Bersih.
"Mereka berarak dari pejabat Amanah di Teluk Intan dengan sepanduk dan kain rentang serta melaungkan slogan," katanya sambil menambah kumpulan aktivis itu turut mengedar risalah yang didakwanya sarat dengan pembohongan mengenai kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Umno gesa k'jaan batal kontrak syarikat dikaitkan BERSIH

Posted: 01 Oct 2016 06:47 AM PDT

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii menggesa kerajaan membatalkan kontrak syarikat yang didakwa terlibat dengan perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH).
Mendakwa memiliki banyak bukti, Mohd Razlan berkata syarikat-syarikat berkenaan menikmati keuntungan daripada kestabilan negara dan kini mahu menjatuhkan kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat.
"Pada mana-mana pihak syarikat yang bergantung dengan kerajaan yang melibatkan diri dengan BERSIH patut diberhentikan kontrak mereka serta merta.
"Sekiranya mereka bersedia untuk turun berdemo, maka mereka juga patut bersedia sekiranya kontrak syarikat mereka ditamatkan," katanya pada kenyataan media hari ini.
Mohd Razlan berkata, pihaknya akan mengumpul data mereka yang terlibat dalam perhimpunan 'menjatuhkan kerajaan' yang dirancang pada 19 November depan.
Beliau juga memberi amaran kepada peserta BERSIH supaya bersedia 'menerima kesan' daripada tindakan mereka.
"Kerajaan persekutuan tidak perlu lagi berlembut dengan mereka yang terang-terangan mahu menjatuhkan kerajaan hari ini," katanya.
Malaysiakini pada 27 September lalu melaporkan Pemuda Umno mahu membuat laporan polis terhadap anak seorang jutawan dan proksi sebuah gergasi korporat yang didakwa terlibat dalam gerakan menjatuhkan perdana menteri.
Exconya Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, berdasarkan maklumat diterimanya, kedua-dua pihak itu dikatakan menjadi penaja untuk "gerakan" itu.
Bagaimanapun Armand membatalkan laporan polis sehari selepas itu kerana semakan yang dibuat mendapati maklumat itu tidak sahih.

Polis kata tiada tumbukan, hanya tolakan penyokong Baju Merah, Bersih

Posted: 01 Oct 2016 06:42 AM PDT

Yahaya berkata, polis sudah mengenal pasti beberapa individu yang memulakan provokasi itu dan tindakan akan diambil terhadap mereka.
jamal merahPETALING JAYA: Tiada tumbukan dilaporkan berlaku dalam pergelutan antara penyokong Gerakan Baju Merah dan aktivis Bersih di Teluk Intan, Perak, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Supt Yahaya Hassan yang dipetik The Star Online menyifatkan ia sebagai insiden kecil antara penyokong kedua-dua pihak dan tiada tumbukan dilepaskan.
Yahaya berkata, polis sudah mengenal pasti beberapa individu yang memulakan provokasi itu dan mengesahkan tindakan akan diambil terhadap mereka.
Satu rakaman video dimuat naik ke laman Facebook Bersih 2.0 menunjukkan pergelutan antara penyokong Gerakan Baju Merah yang diketuai Datuk Jamal Md Yunos dan aktivis Bersih 5 di Teluk Intan, hari ini.
Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah mendakwa kekecohan itu berpunca daripada Jamal yang menyerang aktivis Bersih terlebih dahulu.
Namun, dakwaan itu ditepis Jamal dengan mendakwa akvitis Bersih yang menolak mereka dahulu.
Bersih 2.0 mengadakan konvoi jelajah ke bandar di luar Kuala Lumpur bagi memaklumkan himpunan Bersih 5 akan diadakan pada 19 November nanti untuk menuntut pembaharuan institusi.

CELAKALAH!! Najib Ambil Duit Tabung Haji Untuk Tanggung Hutang 1MDB Dan Kayakan Kroni

Posted: 01 Oct 2016 06:37 AM PDT

Comments (0)