Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 1:58 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Samseng baju merah terajang penyokong Bersih 5 depan Polis

Posted: 08 Oct 2016 12:45 AM PDT

SAMSENG baju merah yang dipimpin oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal (sebut Jamal Jamban) semakin mengganas.

Jika sebelum ini mereka memberi amaran kepada anggota Polis (baca — Samseng baju merah beri amaran kepada Polis), kali ini mereka dengan biadap terajang seorang penyokong Bersih 5 meskipun dengan kehadiran anggota Polis.

Seorang lelaki memakai T shirt Bersih 5, yang menunggang motorsikal kebetulan lalu di tempat kejadian untuk pulang ke rumah diserang oleh kumpulan samseng baju merah, dia disepak hingga terjatuh dari motorsikal. Scroll ke bawah untuk menonton video.

Bukan itu sahaja lelaki itu turut dibaling dengan objek  termasuk telur ke arah muka  dan badan sambil kumpulan samseng itu menunjukkan isyarat lucah jari tengah terhadapnya.

Tidak cukup dengan itu, dia turut diterajang sekali lagi oleh salah seorang samseng baju merah yang menutup muka dan memakai 'cap' dipercayai untuk menyembunyikan identiti. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Sabak Bernam sebentar tadi.



Malunya aku tengok gelagat machai-machai upahan Umno, baru terima dua tiga puluh ringgit upah (sebut dedak) sanggup jadi beruk buat kacau serang orang tak tentu pasal.

Senangnya jadi pemimpin Umno, rembat berbilion duit rakyat, bagi dedak sikit sorang RM30 kepada machai bawahan, sudah boleh kekalkan jawatan untuk terus merembat lagi.

Nak tipu machai senang je, beritahu mereka cina nak rampas Malaysia nescaya mengaruklah sekalian machai bagai beruk-beruk yang terkena belacan.


Samseng baju merah bagi amaran kepada Polis

Posted: 07 Oct 2016 10:24 PM PDT

BUKAN main lagi samseng baju merah kali ini, mereka semakin berani seolah-olah undang-undang negara ini dan pihak Polis berada di bawah telunjuk mereka.

Dalam satu rakaman serangan samseng baju merah yang memakai baju T Shirt berlogo Umno terhadap konvoi Bersih 5 di Alor Setar, Kedah dapat kita lihat gelagat salah seorang samseng baju merah memberi amaran kepada anggota Polis yang cuba menenangkan keadaan.



"Jangan pegang saya jika tak mahu jadi apa-apa!" bentak seorang samseng baju merah (sebut machai baju merah) sebaik sahaja salah seorang anggota Polis cuba menghampirinya.

Anggota Polis itu nampak bertindak dengan cara lembut, cuba menenangkan keadaan, minta supaya dia tidak mengeluarkan kata-kata provokasi terhadap konvoi Bersih 5.

"Jangan cakap yang bukan-bukan, jangan timbulkan provokasi" kata polis tersebut dengan tenang.

Namun samseng itu terus meninggikan suara sebelum rakan-rakannya melaungkan jeritan "hidup Umno!" sesama mereka.



Jelas di sini pemimpin Umno berjaya menjadikan machai-machai mereka merasa bangga walaupun hanya memainkan watak sebagai machai.

Baru jadi machai, sudah begitu sombong sampaikan polis pun dia berani bagi amaran.

"The pride of machai..."

Comments (0)