Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:14 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Enjin jet TUDM hilang terbang sendiri tiada siapa bersalah

Posted: 07 Oct 2016 12:49 AM PDT

SATU masa dahulu kecoh kisah enjin jet TUDM hilang, ramai yang mempersoalkan bagaimana enjin jet yang 'besar gedabak' boleh hilang, lebih lucu dikatakan hanya pegawai pangkat rendah TUDM yang didakwa di mahkamah.

Kisah enjin Jet hilang ini begitu popular dalam ceramah-ceramah Pakatan Rakyat di seluruh negara. Antara pemimpin yang sering membangkitkan isu itu ialah saudara Mat Sabu sebelum Pilihanraya Umum ke 13.

Tindakan mendakwa pegawai biasa TUDM itu dikatakan tidak logik, bagaimana pegawai biasa ada kemampuan untuk memikul dan membawa keluar enjin jet yang berat dan besar tanpa dapat dikesan?


Seolah-olah prosedur keselamatan TUDM terlalu longgar, sampaikan enjin sebesar itu boleh lesap, bukan satu tapi dua. 

Akhirnya telahan itu jelas jadi kenyataan, pegawai yang didakwa di mahkamah telah dibebaskan tanpa perlu membela diri pun. 

Kesimpulannya, enjin pesawat TUDM yang hilang telah terbang sendiri tanpa ada sesiapa pun curi, tiada siapa yang bersalah. Wang rakyat beratus juta ringgit hilang begitu sahaja larut dalam tiupan angin.

Comments (0)