Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:29 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Bajet 2017 Selangor vs Bajet 2017 Malaysia: Apa reaksi netizen?

Posted: 30 Oct 2016 11:05 PM PDT

BARU sebentar tadi selesai Pembentangan Bajet 2017 Selangor, oleh Menteri Besar Dato' Azmin Ali. Aku sempat mengikuti pembentangan itu secara langsung di facebook rasmi beliau.

Menonton siaran langsung Bajet 2017 Selangor membolehkan kita melihat secara nyata (real time) reaksi netizen terhadap pembentangan bajet tersebut.

Aku mengambil kira reaksi netizen melalui 6 emoji yang disediakan oleh facebook.

Dari pemerhatian, reaksi netizen terhadap pembentangan Bajet Selangor dilihat sangat positif — Daripada 10 ribu reaksi diberikan, lebih 83 peratus netizen menunjukkan reaksi positif. Reaksi negatif agak kecil sekitar 1.37 peratus sahaja.

8,200 rasa suka,
1,900 rasa sangat suka,
204 rasa terkejut
154 rasa lucu,
94 rasa marah dan
43 rasa sedih.



Ini menyebabkan aku terfikir untuk menyelongkar kembali video siaran langsung bajet 2017 yang dibentang oleh Najib 21 Oktober lalu melalui facebook rasminya.

Tujuan aku untuk bandingkan apa pula reaksi rakyat terhadap pembentangan Bajet 2017 yang dibuat oleh Najib.

Daripada pemerhatian, Bajet 2017 jelas sekali menerima reaksi sangat negatif oleh netizen, nampaknya emoji marah mengatasi emoji suka dan sangat suka.

Berikut hasil pemerhatian aku — Daripada 60,000 reaksi yang diberikan, 46 peratus netizen menunjukkan reaksi negatif. Peratus reaksi benci lebih banyak berbanding reaksi suka dan sangat suka (42.8 peratus).

26,000 rasa marah,
21,000 rasa suka,
4,700 rasa sangat suka
3,200 berasa lucu,
1,900 rasa terkejut dan
1,800 rasa sedih



Kesimpulannya, Najib hanya syok sendiri kononnya Bajet 2017 adalah bajet mengikut denyut nadi rakyat, bajet yang mengutamakan rakyat. Padahal majoriti rakyat menunjukkan rasa benci terhadap bajet tersebut.

Ini petanda orang dah tak suka dengan pentadbiran Najib, cuma dia saja yang tak malu muka tebal, masih gilakan jawatan Perdana Menteri, bak kata pepatah "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong"

Comments (0)