Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:06 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Baju Merah siap sedia telur tembelang untuk baling Konvoi #Bersih5

Posted: 27 Oct 2016 08:20 AM PDT

SALAH seorang samseng baju merah merangkap 'machai' Jamal Jamban memaklumkan di laman facebook miliknya bahawa telur tembelang sudah siap di 'booked' daripada pembekal telur, Zul Tolo.

Menurutnya satu lori telur sudah disediakan untuk menyambut konvoi Bersih 5 di sepanjang jalan yang bakal dilalui konvoi itu minggu ini di Negeri Sembilan.



Ini kerja orang tak ada otak. Daripada dibiarkan telur sampai jadi telur tembelang untuk baling orang, bukankah lebih baik dermakan telur-telur itu kepada orang susah yang tak cukup makan.

Jika perbuatan bodoh dan membazir ini tetap diteruskan aku yakin rakyat Malaysia akan pulaukan dan boikot perusahan Zul Tolo ini kerana menyokong kerja bodoh samseng baju merah.

BACA JUGA — Machai Ali Tonggeng berpaling tadah ikut Jamal Samseng?

Gambar Najib diturunkan selepas dicemuh dalam Ekspo Dunia di Milan

Posted: 27 Oct 2016 03:21 AM PDT

GAMBAR Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak terpaksa diturunkan dan disimpan di tempat lain selepas dicemuh oleh orang ramai dalam satu Ekspo Dunia di Milan, Itali.

Perkara itu didedahkan oleh mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sebuah rakaman video. Menurut beliau, gambar Najib pada asalnya ada diletakkan di dalam pameran tersebut di bahagian hadapan.

Namun ia terpaksa diturunkan dan disimpan selepas orang ramai yang melihat gambar Najib mendakwa mengenali orang dalam gambar itu sebagai pelaku rasuah.



"Apa yang berlaku sewaktu pameran itu, ramai pengunjung datang melawat, dan selepas itu dia (mereka) melihat gambar itu (gambar Najib) dan berhenti di depan gambar."

"Bukan seorang, ramai, mungkin dalam bahasa mereka sendiri tetapi apa yang didengar oleh isteri kepada pegawai ialah ha I think I know this man, (saya rasa saya kenal orang ini),"

"Dia kata dia kenal, terkenal bukan kerana cerita baik tapi cerita soal rasuah yang telah dilakukan oleh Najib Razak. Apa jadi selepas itu, kerana ramai yang menyebut begitu maka terpaksa menurunkan gambar itu dan disimpan di tempat yang lain," kata Muhyiddin.

Muhyiddin sebelum itu mengesahkan cerita ini sebagai sahih, diberitahu kepada beliau oleh isteri seorang pegawai di Kementerian Pelancongan.

Muhyiddin menyifatkan kejadian cemuhan kepada Perdana Menteri Malaysia itu sebagai sesuatu yang amat memalukan dan mempunyai implikasi yang cukup besar kepada Malaysia.

Pada pendapat aku, ini menunjukkan bahawa kisah kleptokrasi, skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion yang dilapor seluruh dunia telah menyebabkan nama dan wajah Najib Razak jauh lebih dikenali di mata dunia berbanding nama Malaysia itu sendiri.

Berikut video ucapan Muhyiddin yang menceritakan kisah tersebut, sila klik untuk menonton.



Comments (0)