Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:04 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Najib Razak dan Sasterawan Negara berbalas pantun di Twitter

Posted: 27 Oct 2016 12:43 AM PDT

SEMASA pembentangan bajet 2017 tempoh hari, Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak menjual sebuah pantun menggunakan perkataan 'dedak' melalui akaun twitter miliknya.

"Dedak bukan, umpan pun bukan, BR1M yang ikhlas satu pemberian, keperluan rkyt kita dahulukan, Jumlah BR1M kita tambah-tambahkan," tulisnya.



Pantun itu bagaikan dijawab secara sinis oleh Sasterawan Negara Datuk A Samad Said juga melalui twitter.

"Masuk ke hutan muncul di rimba; selam di tasik timbul di laut, Bajet umpama simbahan gula; yang heboh, beri; yang senyap, kaut." tulisnya.



Satu lagi yang buat aku tergelak bila salah seorang pengikut Najib di twitter turut mengajuk dan menjadikan pantun dijual najib itu sebagai bahan lawak dalam video berikut, sila klik untuk menonton



Skandal seks Husni Hanadzlah mula disebar portal pro Najib

Posted: 26 Oct 2016 10:37 AM PDT

KELANTANGAN mantan Timbalan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Husni Hanadzlah yang mempersoalkan tentang 1MDB di dewan rakyat nampaknya tidak dijawab sebaliknya dibalas dengan pendedahan skandal seks oleh portal pro Najib.

Sudah menjadi kebiasaan Umno akan gunakan isu seks untuk membunuh karakter sesiapa yang menentang mereka. Sebelum ini bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut diserang dengan isu skandal seks dengan isteri seorang hakim.

Kali ini nampaknya giliran Datuk Husni Hanadzlah pula apabila sebuah portal pro Najib mendakwa kononnya beliau telah banyak kali dituduh melakukan gangguan seksual dan banyak laporan dibuat terhadap beliau daripada wanita-wanita yang menuduhnya meraba buah dada dan punggung mereka.



Datuk Husni turut didakwa kononnya tidur dengan isteri orang dan rahsianya itu kini akan kembali menghantui kerana beliau berpura-pura sebagai seorang lelaki yang alim, padahal dia sebenarnya adalah miang dan bangsat tulis portal pro Najib tersebut.

Sama-sama kita nantikan apakah episod selanjutnya tentang tuduhan ini? Mungkin salinan laporan polis daripada pengadu mangsa raba Datuk Husni pula akan didedahkan. Mungkin juga pengakuan suami yang isterinya telah ditiduri oleh Husni akan disebarkan.

Dulu masa Husni dalam kabinet Najib kenapa tak mahu dedahkan skandal ini?

Adakah semasa Husni masih menteri kabinet, raba buah dada dan punggung wanita bukan satu kesalahan?

Adakah masa Husni jadi menteri dulu tidur dengan isteri orang bukan satu dosa?

"Sokong Najib jadi malaikat, lawan Najib jadi syaitan..."

Pemuda Umno pakai baju logo PSM gesa Guan Eng letak jawatan

Posted: 26 Oct 2016 04:11 AM PDT

SEKUMPULAN anak muda berbaju hitam dengan logo Parti Sosialis Malaysia, PSM hari ini dilaporkan berhimpun di perkarangan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meletak jawatan.

Aku diberitahu kebanyakan peserta himpunan ini adalah dari golongan penganggur yang tidak ada kerja tetap. Sebab itu mereka boleh berhimpun seperti ini walaupun pada hari bekerja.



Aku tak kisah pun kau nak berhimpun, nak berarak dan nak minta sesiapa pun letak jawatan, itu hak kau, hak yang dijamin dalam perlembagaan negara. Selagi kau tak berhimpun bawa senjata dan mencederakan orang lantak kau lah nak berhimpun sampai pagi esok sekali pun.

Cuma aku pelik kenapa kumpulan berbaju hitam yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim ini gunakan logo PSM pada baju mereka?



Takkanlah tak ada 'design' lain? Atau memang kamu ni otak kosong nak hasilkan idea untuk buat logo t shirt pun tak mampu?

Rasanya mustahil jika mereka tak tahu bahawa logo penumbuk diacung ke langit itu adalah logo Parti Sosialis Malaysia, PSM yang berpengkalan di Malaysia.

Lebih menarik, kumpulan baju merah ini turut membawa banner bertulis "DAP simpan MO1 perasuah dalam kerajaan negeri Pulau Pinang".



Semua orang tahu bahawa MO1 perasuah 'kleptokrasi' yang ditulis dalam dokumen Departmen of Justice, DOJ adalah Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak tapi nampaknya mereka ini tak tahu apa pun tentang MO1, datang berhimpun mungkin hanya sebab dapat upah RM30, lepaslah kalau nak beli rokok sekotak.

Orang kalau ada otak, tak sanggup pegang banner yang terang-terang membawa mesej tidak benar. Sejak bila DAP simpan Najib Razak dalam kerajaan Pulau Pinang? Pengikut seperti ini tidak hairanlah mudah dibeli untuk buat kerja merapu walau hanya dengan upah yang sedikit.

Comments (0)