Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:06 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Harga minyak masak dilaporkan naik sejurus selepas Deepavali 2016

Posted: 20 Oct 2016 01:55 AM PDT

DALAM masa 12 hari lagi, kos memasak di negara ini akan meningkat berikutan peningkatan harga minyak masak, malah perbelanjaan 'makan di luar' juga dijangka akan melambung lantaran para pengusaha restoran dan penjual makanan akan menyalurkan peningkatan harga tersebut kepada pelanggan.

Kenaikan harga minyak masak ini merupakan kali pertama berlaku selepas sepuluh tahun.

Mulai 1 November 2016, subsidi yang diberikan kepada semua kecuali dua pakej saiz minyak masak 1kg polybeg dan botol 5kg akan dimansuhkan. Bagaimanapun, subsidi yang diberikan kepada dua pakej itu hanya akan dikekalkan sehingga hujung tahun 2016 sahaja.



Pada Tahun 2017 pula, iaitu tahun depan, dilaporkan hanya minyak masak jenis bungkusan paket saiz 1kg sahaja yang diberikan subsidi, kesemua saiz-saiz bungkusan lain seperti botol 500g, 1kg, 2kg, dan 3kg tidak lagi akan diberikan subsidi.

"Harga jualan bagi kesemua minyak masak campuran dalam pelbagai saiz pembungkusan juga tidak lagi akan diberi subsidi," lapor AsiaOne memetik kenyataan Malaysian Edible Oil Manufacturers' Association.

Dari sini kita boleh faham keadaan ekonomi akan lebih mencabar tahun hadapan. Harga makanan yang sudah sedia mahal dijual di kedai-kedai akan menjadi lebih mahal.

Bila harga semakin mahal, rakyat akan jadi lebih tersepit lebih susah. Peningkatan harga barang terutama makanan sebelum ini sudah menyebabkan ramai orang terpaksa kerja lebih masa, terpaksa korbankan masa bersama keluarga untuk tambah pendapatan.

Selepas ini rakyat terpaksa korbankan masa tidur pula untuk mendapatkan lebih duit. Bagi rakyat yang tidak mampu bersaing dengan cabaran ekonomi, mereka mungkin cari jalan singkat untuk dapat duit iaitu dengan melakukan jenayah.

Bila ekonomi turun jenayah akan naik, kerana ekonomi dan jenayah berkadar songsang.

"Terima kasih kepada tangan-tangan milik si bodoh yang mengundi Barisan Nasional"

Najib Razak terhoyong hayang depan belakang layan lagu Tamil

Posted: 19 Oct 2016 05:46 AM PDT



VIDEO yang tersebar di facebook ini adalah rakaman Perdana Menteri, Najib Razak yang dilihat terhoyong hayang, ke depan dan ke belakang ketika mendengar lagu berbahasa Tamil, difahamkan dalam sebuah perhimpunan MIC.

Aku tak faham bahasa Tamil, tapi aku rasa mungkin ini adalah lagu rasmi Parti MIC, melihatkan semua perwakilan di dalam video berdiri seperti menghormati lagu itu.

Di bawah ini video yang dimaksudkan. Video ini berjaya buat aku ketawa terbahak-bahak melihat gelagat Najib terhoyong hayang ke depan dan ke belakang. Mungkin mengantuk agaknya.

Sila klik untuk menonton.



Comments (0)