Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:03 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


TV3 putar belit ucapan Presiden PAS kononnya sokong GST

Posted: 18 Oct 2016 08:18 AM PDT

NAMPAKNYA TV3 masih tidak serik walaupun sudah berulang kali diarah bayar ganti rugi oleh mahkamah kerana memfitnah.

Terbaru kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di parlimen dikatakan telah diputar belit, di mana hanya sebahagian ucapannya diambil agar kelihatan kononnya beliau menyokong Cukai Barangan dan Perkhidmatan, GST.

Sebuah gambar paparan TV3 yang menunjukkan gambar TG Hadi sedang berucap di parlimen tersebar secara meluas selepas waktu siaran Buletin Utama TV3 malam ini. 


Gambar yang memaparkan tulisan "GST  terbukti berkesan — Presiden PAS," membayangkan kononnya TG Hadi menyokong cukai GST, telah mengundang kritikan di media sosial. 

Ramai yang mempertikai dan mengkritik TG Hadi kerana terkeliru dengan putar belit TV3 itu.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin yang ada di dewan Rakyat ketika TG Hadi berucap tampil mendedahkan putar belit tersebut melalui akaun facebooknya. Menurut Hanipa, TV3 telah memutar belitkan ucapan YB Marang (Hadi Awang) kononnya beliau menyokong GST.


Hanipa turut mendakwa secara keseluruhan ucapan Hadi tidaklah menyokong GST meskipun dalam mukadimah ucapannya ada mengatakan bahawa tidak dapat dinafikan GST adalah mekanisme yang berkesan untuk mengutip cukai dan selesaikan masaalah orang tak bayar cukai.

Comments (0)