Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:03 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Adik penjual nasi lemak yang viral dapat tapak niaga percuma

Posted: 17 Oct 2016 02:25 PM PDT


ADA hikmahnya bila kisah nasi lemak anak dara jadi viral di media sosial — beberapa lagi penjaja makanan turut menjadi sensasi di laman sosial Facebook dan Twitter selepas itu.

Peningkatan hasil jualan mereka turut meningkat seiring dengan populariti yang melonjak secara mendadak di internet.

Salah seorang yang turut menjadi viral di media sosial ialah adik yang meniaga di depan Maybank, Ampang — adik ini dikatakan terpaksa berhenti sekolah untuk membantu keluarga mencari rezeki bagi menampung persekolahan adik-adik yang lain.

Khabarnya selepas kisahnya menjadi viral di internet, sering kali dia pulang awal kerana nasi lemak yang dijual habis diborong orang. Dalam bab ni memang aku puji, rakyat Malaysia memang ramai yang murah dan baik hati.

Bukan itu sahaja, baru-baru ini pihak Hijrah Selangor turut bertemu adik ni dan membeeikan tapak serta khemah percuma kepadanya.


Tapak niaga yang dimaksudkan di Pasar Bandar Baru Ampang — jadi dapatlah dia berniaga di kawasan yang menjadi tumpuan ramai, mudah-mudahan hasil perniagaannya akan turut bertambah.

Jika anda terjumpa atau ternampak gerai adik ni, jangan lupa singgah ye. Khabarnya nasi lemak yang dijual memang 'power' maka tak hairanlah kisah dia jadi viral di internet.

Aku difahamkan Hijrah Selangor adalah program mikrokredit gagasan Menteri Besar Selangor, Dato' Azmin Ali sebagai program untuk membantu penjaja kecil Negeri Selangor.

Program dengan peruntukan RM100 juta itu memberikan pinjaman mudah dan cepat kepada penjaja dan peniaga kecil yang seringkali menghadapi masaalah untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan.

Peminjam juga berpeluang mendapatkan lebih banyak pinjaman mudah berbanding jumlah yang diterima kali pertama jika memenuhi syarat (kalau bayar cantik, bolehlah dapat lebih banyak pinjaman).

Kepada mana-mana peniaga dan penjaja kecil di Selangor, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan kemudahan ini.

Kalimah Allah dicetak pada tayar jenama Autotec

Posted: 17 Oct 2016 01:33 PM PDT

DAPAT sebaran di whatsapp mendakwa ada tulisan kalimah Allah dicetak pada tayar jenama Autotec. Dalam gambar yang disebarkan memang ada tulisan 'Allahuakbar' dalam bahasa Arab.

Mesej yang aku dapat meminta supaya orang ramai memboikot tayar jenama Autotec kerana disifatkan menghina Islam melalui tindakan mencetak kalimah Allah pada tayar keluarannya.

Berikut gambar yang dimaksudkan.


Bagaimanapun, aku tak pasti sama ada gambar ini tulen atau 'superimpose', sekali pandang tak nampak macam gambar edit. Mungkin company Autotec boleh buat pengesahan tentang gambar ini.

Comments (0)