Followers

Nuffnang

MiLo SuaM

Posted by Admin Direktori Blog | Posted on 2:20 PG | Posted in

sumber :-

MiLo SuaM


Jamal Samseng kantoi edit sendiri gambar lelaki berjanggut, bertongkat

Posted: 15 Oct 2016 02:13 AM PDT

PIHAK Polis dilaporkan sedang mengesan seorang lelaki berjanggut dan bertongkat seperti di dalam video dan gambar yang tersebar di media sosial di mana menyaksikan seorang penyokong Bersih 5 diserang.

Jamal Samseng, Ketua Samseng Baju Merah atau nama sebenarnya Jamal Yunos cuba menafikan kewujudan lelaki berjanggut dan bertongkat yang dilihat ada bersama-sama dengan Perdana Menteri, Najib Razak dan Noh Omar dalam satu pertemuan yang tersebar di media sosial itu.

Jamal dilapor berkata, gambar seorang lelaki berjanggut, bertongkat serta memakai baju putih dengan logo Barisan nasional sebenarnya adalah gambar 'superimpose' yang telah diedit oleh pihak tertentu sebelum disebarkan ke media sosial.



"Itu gambar edit. Kita tak tahu siapa yang edit gambar itu dan diletakkan lelaki itu di belakang Perdana Menteri, Tan Sri Noh dan saya sendiri."

"Sekarang ini superimposed, macam-macam ada canggih, yang tak ada diada-adakan, yang ada tidak diadakan," katanya dipetik oleh portal mStar pada hari Khamis.

Gambar diambil di facebook milik Jamal Yunos

Jika benar kenyataan Jamal ini, maka individu yang meng 'edit' dan melakukan 'superimpose' terhadap gambar tersebut tentulah dia atau pihaknya sendiri. Ini kerana gambar-gambar yang tersebar di media sosial itu sebenarnya diambil di halaman facebook miliknya sendiri.

Pada 9 Jun 2016 lalu halaman Facebook milik Jamal Yunos telah memuatnaik gambar lelaki berjanggut dan bertongkat tersebut dilihat berada di belakang dia, Noh Omar dan Najib Razak dalam satu pertemuan.



Anda boleh rujuk pautan-pautan gambar tersebut yang disertakan dihujung artikel ini.



Jika bukan dia atau pihaknya yang edit gambar itu, maknanya Jamal kantoi cuba menipu bahawa lelaki berjanggut dan bertongkat yang sedang diburu Polis itu sebenarnya memang pernah bertemu dengan dia, Noh Omar dan Perdana Menteri sekaligus jelas sekali dia cuba menyembunyikan identitinya orang tua itu.

Inilah wajah penyokong dan pembela Najib Razak. Anda nilailah sendiri bagaimana kualiti pemimpin yang masih tinggal dalam Umno.

"Bila buka sahaja mulut terus terpampang kebodohan..."

Sumber Gambar:| Gambar 1 | Gambar 2 |

Ketua Penerangan Umno Selangor kena maki kantoi edit gambar

Posted: 14 Oct 2016 01:57 AM PDT

KETUA Penerangan Umno Selangor, Dato Zein Isma B Ismail kena maki dengan pengguna media sosial selepas tindakannya mengirim poster anak muda tolak Bersih di laman facebook miliknya didedahkan sebagai foto edit 'superimpose' tanpa kebenaran pemilik gambar.



Lebih lucu, individu-individu di dalam gambar tersebut yang diedit memegang plakad "KAMI TOLAK BERSIH" sebenarnya adalah penyokong BERSIH.

Siapa pun pasti akan marah bila gambarnya digunakan oleh pemimpin Umno tidak bertanggung jawab seperti ini. Sudahlah gambar digunakan tanpa izin, gambar itu pula memaparkan mesej yang jelas sekali bertentangan dengan pendirian.

Gambar yang diedit itu dipercayai diambil dari Laman Facebook Save Ulu Papar yang sebelum ini pernah melancarkan kempen atas talian meminta warga media sosial menunjukkan sokongan dengan foto memegang plakad bertulis "Save Ulu Papar".



Sumber: Save Ulu Panar

Comments (0)